Peranan Akhbar and Majalah Dalam Sastera

1
Paper2

Peranan Akhbar & Majalah
Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum
Ding Choo Ming
Dalam makalah “Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya
Sastera Melayu Tentang Masalah Hubungan kaum”, kita telah
lihat sepintas lalu kemunculan generasi baru penulis Melayu
yang pro-rakyat sejak Abdullah Munsyi. Mereka menceritakan
kemiskinan dan kemunduran orang Melayu yang juga telah
dipinggirkan di tanah air mereka, yang membuat mereka benci
kepada penjajah British dan orang bukan Melayu. Karya
seumpama itu telah disiarkan dalam lebih kurang 30 buah
akhbar dan majalah Melayu dalam tempoh dari tahun 1920-an
ke 1940-an. Selain itu, mereka telah juga menjauhkan diri
daripada orang bukan Melayu, walaupun tidak memotong atau
menolak kaum yang lain itu dengan sepenuhnya bagi
melindungi kepentingan orang Melayu daripada orang bukan
Melayu, dan juga menggesa orang Melayu bersatu dan
bekerjasama. Menyedari hikmatnya ‘bersatu teguh, bercerai

runtuh’, lagipun ‘semakin ramai semakin selamat’, mereka
sedar diri orang Melayu tidak boleh memencilkan diri sesama
sendiri dengan berpecah belah menjadi kumpulan yang lebih
kecil yang hanya akan membuat mereka menjadi lebih lemah
lagi.
Bekerjasama demi perlindungan diri tanpa mengira
perbezaan latar belakang sosial dan juga dari tempat yang
berasingan itu juga sudah didorong keresahan, kebimbangan
dan ketakutan mereka setelah melihat semakin lama semakin
banyaknya orang bukan Melayu telah dibawa masuk oleh
penjajah British, lebih-lebih lagi orang bukan Melayu itu akan
mengambil alih hak-hak orang Melayu, selain menduduki tanah
air mereka seperti yang telah dilakukan di bandar-bandar yang
besar. Dalam kontek inilah, maka tidaklah salah untuk
mengatakan keberadaan penjajah British dan juga orang bukan
Melayu amatlah penting dalam pembentukan kesedaran orang
Melayu tentang kebersamaan nasib mereka dalam satu
kumpulan dan Tanah Melayu pula sebagai tanah air mereka,
sekalipun ramai daripada mereka mungkin tidak sedar bahawa
tanah air mereka sudah tidak lagi dipanggil Tanah Melayu,

tetapi British Malaya.

2

Walau bagaimanapun, berbekalkan dengan segala
macam ide dan cita-cita tinggi yang dibakar semangat untuk
melindungi kepentingan orang Melayu, mereka telah
menggunakan dengan sepenuhnya peluang keemasan yang
didapati daripada perkembangan teknologi percetakan,
terutamanya akhbar dan majalah, dan juga novel secara
amnya, untuk menyebarkan ide, cita-cita dan cara mereka
untuk membebaskan orang Melayu daripada belenggu
penjajahan dan kuku orang bukan Melayu yang sudah
‘mencerobohi’ tanah mereka dan mengambil hak-hak mereka.
Dalam kontek ini, akhbar dan majalah Melayu, walaupun
dikatakan masih di peringkat bayi perkembangannya, telah
memainkan peranan mereka yang besar sebagai agen
kebangkitan kesedaran orang Melayu terhadap diri mereka
sebagai satu bangsa dalam sejarah.
Sebagai orang yang berwibawa, yang penting dan yang

berpengaruh besar di bidang kerja mereka masing-masing,
sama
ada
di
lapangan
pendidikan,
agama,
politik,
kewartawanan dan lain-lain, penulis-merangkap-intelek-awam
itu telah memainkan peranan besar membuat pembaca mereka
menyedari kemiskinan dan kemunduran mereka, dan
seterusnya membuat mereka bukan sahaja tidak dapat
bersaing dengan orang bukan Melayu yang sudah ada di
tengah-tengah mereka, tetapi juga membuat mereka tidak
terdaya untuk menyertai perkembangan dunia yang sudah
berubah dengan cepat sekali di pinggir abad ke 19, selepas
Revolusi Perindustrian. Menjadi sebagai penjaga kepentingan
dan masa depan orang Melayu, mereka tidak mahu melihat
orang Melayu menjadi miskin dan menderita lagi di tanah air
mereka yang kaya raya, makmur dan cepat membangun. Dari

banyak segi, penulis-penulis Melayu itu adalah
pencetus
pembangkitan kesedaran diri orang Melayu.
Antara majalah yang popular dan yang berpengaruh
besar di kalangan orang Melayu masa itu tidaklah lain daripada
Majalah Guru, majalah bulanan penerbitan Persatuan GuruGuru Melayu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ianya
khusus untuk menyiarkan makalah, esei dan ulasan mengenai
isu-isu yang ada kaitan dengan pendidikan. Sehubungan itu,
guru-penulis Melayu yang terkemuka dan yang berpengaruh
masa itu seperti Ahmad Bakhtiar, Harun Aminurrashid, Abdullah
Sidek, Muhd. Yassin Makmur, Ahmad Murad Nasaruddin, Ahmad
Kotot dan Za'ba tidak melepaskan peluang keemasan yang ada

3

itu untuk menerbitkan karya kreatif dan esei mereka yang
berbau politik. Inilah yang dapat mereka lakukan dan telah
mereka lakukan dengan baik sekali.
Ramai daripada guru-penulis itu adalah graduan dari
Kolej Latihan Perguruan Melayu (yang ditubuhkan pada 1909)

dan juga daripada Maktab Perguruan Sultan Idris (yang dibuka
pada tahun 1922 dan telah menggantikan kolej di Melaka).
Mereka ini bukan sahaja telah membangkitkan semangat
persekutuan (fellowship) yang kuat di kalangan orang Melayu,
tetapi juga mempunyai rasa kemegahan yang tinggi terhadap
sejarah gemilang masa lampau yang sudah hilang (Virginia
2000: 76). Selain itu, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek dan
Ahmad Kotot yang prolifik itu bukan sahaja telah menarik
perhatian khalayak pembaca, tetapi juga telah mempengaruhi
ramai orang yang lain. Contoh sehubungan itu akan diberi
nanti.
Oleh kerana mereka adalah kakitangan kerajaan, dan
tidak dibenarkan menulis secara langsong tentang isu politik,
mereka telah menggesa orang Melayu untuk melanjutkan
pelajaran sebagai jalan keluar yang penting untuk maju ke
depan setelah menyedari orang Cina dan India bukan sahaja
sudah semakin kaya, tetapi juga semakin kukuh kedudukan
sosio-ekonomi mereka berbanding dengan orang Melayu.
Mereka juga menggalakkan orang Melayu untuk rajin membaca
buku, majalah dan akhbar untuk membolehkan mereka tahu

diri mereka dengan lebih baik. Sehubungan itu, dalam Hikayat
Percintaan Kasih Kemudaan (1927), Ahmad Kotot menceritakan
ayah Yazid sudah berulang kali menggesa Yazid dan sepupunya
untuk mengikut ajaran ugama Islam dan juga bekerja keras
agar negara ini tidak akan diambil alih oleh orang bukan
Melayu (Virginia 2000: 44). Inilah cara yang lain untuk
membuat orang Melayu berkuasa dan kuat untuk maju ke
depan dan naik ke atas. Jika tidak, mereka akan mendapati diri
mereka sangatllah daif dan serba kekurangan berbanding
dengan orang Cina dan India yang sudah hidup mewah di
bandar-bandar besar yang telah berubah menjadi pusat baru
aktiviti kebudayaan, pentadbiran dan politik.
Bersama-sama dengan akhbar dan majaah yang popular
dan yang berpengaruh yang lain seperti Utusan Zaman, Warta
Ahad, Warta Malaya, Hiburan, Majlis, Berita Malai dan Idaman,
Majalah Guru juga ada satu lagi tempat untuk mereka menjalin
hubungan yang diperlukan kerana sudah ada permintaan yang

4


mendesak untuk solidariti kumpulan dan perpaduan. Seperkara
yang penting sehubungan perkembangan itu adalah sudah
timbul dalam kontek ini semangat dan misi untuk memujuk,
mengajar, mendidik dan mempengaruhi. Kesemua itu memang
mampu dilakukan penulis-wartawan Melayu yang terkemuka,
termasuk Abdul Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad.
Apabila Abdul Rahim Kajai dilantik sebagai editor Warta
Ahad, Warta Malaya dan lain-lain, dan Ishak Haji Muhammad
dilantik sebagai editor Utusan Melayu, Berita Malai dan lainlain, mereka tidak sahaja menentukan apa yang boleh
diterbitkan, tetapi juga memilih cerita untuk diterbitkan untuk
selanjutnya mempengaruhi dan membentuk tanggpan dan
pendapat umum di kalangan orang Melayu. Hal ini sama
dengan tanggungjawab yang dipikul penulis dan wartawan
yang lain yang terkemuka, seperti Keris Mas dan Tongkat
Warrant, ketika mereka dilantik untuk menerajui jawatan ketua
editor atau editor kanan majalah Dewan Bahasa, Mastika dan
lain-lain selepas kemerdekaan.
Antara perkara penting daripada kedudukan editorial
kanan mereka dalam majalah dan akhbar yang popular dan
yang berpengaruh itu ialah pendapat, pandangan dan ulasan

mereka tentang isu-isu ‘nasional’ dan dasar telah menarik
perhatian pihak pemerintah. Ini bermakna bahawa penglibatan
mereka dengan akhbar dan majalah yang popular dan
berpengaruh itu telah dengan sendirinya memberi pentas atau
membuka
gelanggang
yang
mereka
perlukan
untuk
menyebarkan ide dan cita-cita mereka. Daripada situlah juga
mereka turut membentuk kedudukan mereka daripada segi
sosio-budaya, ekonomi dan politik Melayu dan seterusnya
mempunyai suara dalam hal-hal itu. Dalam kontek inilah ramai
penulis Melayu yang terkemuka itu sudah memainkan peranan
mereka sebagai agen perubahan, sekaligus kebangkitan
kesedaran
diri
dalam
masyarakat

Melayu
semasa,
menggantikan peranan golongan elit Melayu di istana Melayu
pada masa lalu.
Sehubungan ini, A. M. Thani (1990: 10) menambah
bahawa hampir kesemua akhbar dan majalah Melayu dalam
tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an sudah menjalankan
tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan kesedaran
diri orang Melayu terhadap keadaan ekonomi, politik dan sosial
di kalangan mereka. Banyak karya sastera yang disiarkan
dalam akhbar dan majalah Melayu masa itu telah juga

5

mengkritik orang besar Melayu yang didapati telah
membelakangkan kepentingan orang Melayu, selain sudah
menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi
mereka, dan bukanlah untuk kepentingan anak buah mereka
yang sepatutnya dijaga dan dilindungi mereka.
Dalam kontek itulah pembangunan percetakan massa

media didapati telah juga membina semacam pelantar,
jambatan dan penghubung kepada orang Melayu yang tahu
membaca dan menulis itu bagi mengumpulkan mereka
daripada seluruh negara. Sehubungan ini, Virginia (2000: 66)
menganggap kumpulan orang Melayu yang menjadi pembaca
baru bahan-bahan penerbitan akhbar dan majalah masa itu
adalah
kumpulan sosial baru yang penting. Kesemua
perkembangan itu
berlaku kerana kuasa penulisan karya
sastera yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan novel dalam
tempoh dari tahun 1920-an ke 1940-an. Perkembangan
dramatik akhbar dan majalah Melayu itu telah membuat bahanbahan cetak masa itu mudah diakses di seluruh negara.
Penyebaran semacam itulah telah juga memberi banyak bahan
bacaan dalam bahasa Melayu itu penting kepada orang Melayu
untuk
mengetahui
pendirian
penulis-wartawan
dalam

mempertahankan hak-hak mereka daripada dieksploitasi oleh
penjajah British dan mengurangkan rasa takut mereka kepada
orang Cina dan India.
Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini Ishak Haji
Muhammad, Harun Aminurashid, Abdullah Rajim Kajai dan lainlain telah menggunakan kuasa dan pengaruh massa media
cetak
dengan
sepenuhnya
tidak
sahaja
untuk
mengkomunikasikan rasa takut, bimbang, syak wasangka dan
tidak percaya kepada orang bukan Melayu, malah untuk
memainkan pengaruh mereka seperti yang sepatutnya. Ini
mempunyai kesan yang belum pernah terasa sebelum ini
kerana ianya memang tidak dapat dilakukan dengan mulut
untuk menyebarkan maklumat, berita dan cerita seperti dalam
tradisi manuskrip pada masa lalu. Dalam kontek itulah dapat
kita memahami bagaimana penulis-wartawan dalam tahun
1920an, 1930-an dan 1940-an bukan sahaja dapat
menggunakan kuasa dan pengaruh massa media cetak dengan
sepenuhnya, tetapi juga kuasa mereka sendiri yang datang
daripada kedudukan tinggi mereka sebagai penulis dan editor
dengan
sebaik-baiknya.
Pendek
kata,
mereka
telah
menggabungkan kuasa-kuasa sastera dan massa media cetak

6

dengan jawatan yang berpengaruh dan penting yang mereka
sendiri pegang itu dalam bidang masing-masing untuk
mempengaruhi pendapat umum di kalanganak pembaca
mereka.1
Pengaruh mereka semakin lama semakin berkembang
(bukan sahaja terus dan tetapi juga tersebar dengan cepat)
setelah mendapat kuasa tambahan daripada segi politik. Yang
dimaksudkan itu adalah pada masa itu terdapat seramai 35
orang pelajar di Maktab Perguruan Sultan Indris (MPSI), atau
Kolej Sultan Idris Training (SITC) yang telah menubuhkan
sebuah organisasi yang dipanggil Belia Malaya (Belia Malaya) di
bawah kepimpinan Ibrahim Yaakob (dalam tahun 1930-an).
Organisasi ini telah menolong
menyemaikan benih yang
kemudiannya
telah
tumbuh
menjadi
pohon
rendang
nasionalisma orang Melayu yang sampaikan sudah meliputi
semua pelusuk negara setelah mereka tammat pengajian dan
mengajar di sana sini beberapa tahun terkemudian.
Pada tahun 1938, Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau
Kesatuan Pemuda Melayu, parti politik yang pertama di Tanah
Melayu,
sudah
ditubuhkan.
Sehubungan
itu,
Harun
Aminurrashid dan Za'ba telah juga membuat yang terbaik
untuk menyemai sentimen anti-British ke dalam jiwa pelajar
mereka semasa mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Untuk
menyekat pengaruh kedua-dua mereka ke atas pelajar, Za'ba
sudah ‘dipindahkan’ ke Biro Terjemahan, Jabatan Pelajaran, di
Kuala Lumpur, sementara Harun Aminurrashid telah ‘dibuang’
ke Brunei.
Tentang kuasa sastera dan massa media cetak dalam
membangkitkan nasionalisma orang Melayu, ada dua buah
karya sastera Melayu yang telah mengisahkan orang muda
Melayu bertindak sebagai pembawa obor nasionalisma Melayu
itu perlu ditonjolkan di sini. Yang pertama adalah seorang muda
Melayu, Ajmain, dalam cerpen Nasib Pengarang Muda (1940)
daripada Belia Teluk Pulai - Kelang. Watak ini telah berusaha
untuk menghidupkan semula semangat Melayu dalam karyakaryanya itu sudah terhenti setelah dia dibuang negeri ke Hong
Othman Puteh, 1994: 15, Keris Mas menghasilkan antara 20 - 40 cerita
pendek setahun pada 1948, 1949 dan 1950. Rupa-rupanya disebabkan
tanggung jawab mengendalikan ruang sastera di akhbar dan majalah,
pengarang-wartawan terpaksa menulis sendiri untuk memenuhkan
halaman, selain ciri-ciri ketergesaan mereka menghasilkan karya sastera
kreatif.
1

7

Kong untuk selama 10 tahun. Pengorbanannya cuba memberi
kuasa kepada (empower) orang Melayu daripada segi politik itu
agaklah sama dengan yang dialami Harun Aminurrashid yang
sudah ‘dibuang’ negeri ke Brunei. Ajmain dibuang negeri
kerana aktivitinya dianggap berbahaya kepada politik penjajah
British. Dalam cerita yang kedua, Osman, seorang lagi orang
muda Melayu dalam cerpen Nasib Penganjur Melayu (1940)
daripada Muhammad Yasin b. Makmur. Setelah lulus dari
sekolah Melayu, watak Osman, yang melengkapkan diri dengan
ilmu agama Islam dan bahasa Inggeris itu telah membuat
keputusan untuk berhenti kerja kerana dia lebih suka menjadi
penulis untuk membangkitkan semangat nasionalisma orang
Melayu. Dengan berbuat demikian, dia percaya akan
berpeluang untuk mengembara ke seluruh dunia seperti cerita
dalam cerpen Cerita Awang Putat (1941), karya Abdul Rahim
Kajai.
Selepas mengembara sambil belajar selama lapan tahun,
dia pulang ke tanah air untuk menubuhkan Persatuan Beliau
Melayu Semenanjung. Tetapi, kegiatannya menulis di akhbar
dan majalah sudah didapati seperti duri dalam daging kepada
kerajaan penjajah. Seperti yang dijangka, dia ditangkap dan
dibuang ke Bombay. Selepas dua tahun, dia pulang semula
untuk memburu cita-citanya. Sekali lagi dia ditangkap buat kali
yang kedua atas tuduhan mengetuai demonstrasi yang haram.
Cerita ini berakhir dengan dia rela menerima hukuman mati.
Dilihat dalam konteknya, kita dapati penulis Melayu masa
itu kuat mempercayai kuasa sastera sebagai agen perubahan
dan kebangkitan. Mereka menulis atas inisiatif sendiri.
Bersama-sama dengan penulis Melayu yang lain, mereka telah
melakukan apa yang disebut sebagai ‘menyimbah minyak ke
atas api’ dalam erti kata sudah telah menyemarakkan lgi rasa
kebencian dan dendam orang Melayu terhadap penjajah British
dan orang bukan Melayu. Kesedaran kolektif mereka itu datang
daripada kesedaran mereka sendiri tentang apa yang mereka
fikir dan lihat pada diri mereka dan juga orang Cina dalam
perjuangan yang berasingan untuk menegakkan dan
melindungi kepentingan diri masing-masing.
Kisah-kisah dalam karya sastera mereka itu telah menjadi
semacam sensasi yang tersebar dengan luas sekali kerana
percambahan akhbar dan majalah Melayu. Pengedaran ide dan
mesej mereka dalam majalah dan akhbar itu dimungkinkan
kerana peningkatan secara dramatik kemudahan awam dan

8

komunikasi yang lain. Di sini, jaringan jalan raya, pelayaran
kapal stim dan perkhidmatan kereta api serta perkhidmata pos
yang baru muncul itu, turut memainkan peranran bear dalam
membantu menyebarkan kisah-kisah mereka kepada pasaran
yang baru di sekolah, perpustakaan, kedai-kedai buku dan
institusi sosial yang lain di lebih banyak tempat. Tidak kurang
pentingnya ialah penerbit dan kedai buku di bandar-bandar
besar seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka juga
memang mempunyai agen dan pengedar di banyak lagi bandar
dan kampong yang lebih kecil. Rangkaian itu telah
membolehkan lebih ramai lagi orang Melayu di seluruh negara
dapat berfikir tentang diri mereka, lebih-lebih lagi membuka
peluang yang baru kepada mereka untuk menghubungi orang
yang lain. Perkembangan seumpama itu tidak pernah berlaku
sebelum itu.
Perbincangan dalam bahagian ini boleh dirumuskan
dengan memetik pendapat daripada Hashim Awang (1975:
189-90) yang telah memberi tiga sebab tentang pertumbuhan
dinamik cerpen yang berbau anti-penjajahan Inggeris dan
orang Cina dari tahun 1920-an ke 1940-an. Pertama, cerita
dalam cerpen mudah ditampung dalam ruang yang terhad di
dada akhbar dan majalah. Kedua, cerita pendek dalam cerpen
dapat memenuhi keperluan pembaca yang sibuk, maka tidak
banyak masa untuk membaca novel yang lebih panjang.
Ketiga, cerpen yang membawa masalah ekonomi, politik dan
sosial yang dihadapi orang Melayu adalah sumber maklumat
alternatif kepada pembaca Melayu berbanding dengan esei
yang amat didaktik sifatnya, maka membuatnya popular.
Kepada kesemua itu bolehlah juga ditambah bahawa
penulis Melayu yang menggunakan kuasa akhbar dan majalah
itu telah memainkan peranan penting mereka bukan sahaja
kerana dapat menghubungi orang Melayu di mana-mana
sahaja, tetapi juga yang lebih penting lagi untuk mendedahkan
mereka kepada peristiwa yang berlaku di seluruh negara dan
dunia. Dengan cara inilah orang Melayu tidak sahaja lebih
mengetahui perbezaan antara mereka dengan orang bukan
Melayu, tetapi juga dapat mengenal arus pergolakan peristiwa
antarabangsa, seperti kemerosotan kuasa Eropah di Timur
tengah dan Turki di satu pihak, lebih-lebih lagi kemunculan
Jepun sebagai kuasa baru di dunia ketika itu. Dengan
pengetahuan dan pemahanan itu mereka mendapati harga diri

9

dan identiti orang Melayu mereka sudah bertambah tinggi dan
kukuh (Virginia 2000:80).
Rujukan
A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.
Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8
Nov 1941.
Ahmad Kotot. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Al-Matbaah
al-Rawdzah al-Islam wa Syarikah, 1927.
Belia Teluk Pulai Kelang. Nasib Penganjur Melayu. Warta Ahad, I:
Bil. 286, 20 Okt. 1940, Bil. 287, 27 Okt. 1940, Bil. 288, 3
Nov. 1940
Hashim Awang. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia
Ke-dua: Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
Muhammad Yasin b. Makmur. Nasib Pengarang Muda. Warta
Ahad, Bil. 276, 11.8.1940.
Virginia Matheson Hooker. Writing a New Society: Social
Change Through the Novel in Malay. Honolulu: Allen &
Unwin and University of Hawaii Press, 2000.