Sejarah perkembangan hoki di Malaysia

Modul, pdf moe
Sejarah perkembangan hoki di Malaysia
Hoki merupakan salah satu cabang olahraga permainan beregu, dimana
setiap pemain menggunakan alat yang disebut stik untuk menahan, membawa
dan memukul bola sesuai dengan peraturan permaianan yang telah ditetapkan,
olahraga ini dimainkan oleh dua regu yang berusaha memasukkan bola ke
gawang atau kawasan gol lawan. Olahraga hoki ini dapat dimainkan dalam
ruangan (indoor) dan dilapangan terbuka (out field). Dalam permainan hoki
ruangan mempunyai peraturan tersendiri dan khusus yang sebahagiannya tidak
sama dengan permainan hoki lapangan.
Perbezaan permainan tersebut dapat dilihat dari jumlah pemain dari tiap
pasukan yang bertanding . Bagi hoki ruangan, satu pasukan itu terdiri daripada
12 pemain iaitu, 6 pemain inti dan 6 pemain cadangan, manakala bagi hoki
lapangan terbuka satu pasukan itu terdiri daripada 16 pemain iaitu, 11 pemain
inti dan 5 pemain cadangan.
Rekod sejarah menunjukkan permainan hoki telah mula dimainkan pada
abad ke 15. Orang Mesir, Romania, Athens, Austealia dan Eropah dikenal pasti
telah bermain satu permainan dengan menggunakan kayu yang melengkung
untuk memukul bola. asal perkataan hoki telah wujud daripada perkataan
Anglosaxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet. Hoki moden mula
dimainkan di sekolah Inggeris sekitar kurun ke 19 dan seterusnya tersebar luas

ke negara dibawah naungan British pada abad ke 19.
Permainan hoki mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di sukan OLIMPIK
tahun 1900.Permainan ini mula dipertandingkan pada tahun 1928. Bukti sejarah
menunjukkan hoki dimainkan lebih kurang 4000 tahun dahulu di Mesir.Sebuah
dinding makam Bani Hasan dekat Minia sekitar 2000 sebelum Masihi.
Sebelum penemuan ini dipercayai hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M.
Orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo dan dikatakan hoki adalah
keturunan daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo
adalah versi hoki yang halus wujud lebih awal.
Hoki wujud di Greek dan Rom sekitar 500 S.M. Bas-Reliefs (seni arca
dinding) yang ditemui di Athens menggambarkan permainan menyerupai hoki
telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu
permainan kayu yang menyerupai hoki.
Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley manakala di Scotland dikenali
sebagai Shinty dan di Perancis sebagai houquet. Orang Inggeris menggunakan
nama commock sehingga tahun 1840napabila nama hockie digunakan. Tahun
1800 sukan popular mula terkenal di sekolah-sekolah England. Kelab hoki
Wimbledon ditubuhkan pada tahun 1886 apabila hoki menjadi terkenal.
Shinty dimainkan di Scotland dengan bola gabus atau getah yang
dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Kayu hoki dibuat daripada kayu ash


atau oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. England, Ireland
dan Wales juga memainkan permainan serupa. Kedua-dua belah kayu digunakan
untuk memukul bola.
Manakala di Malaysia pula permainan hoki merupakan satu permainan
yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan
kumpulan umur. Majlis sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setiap tahun
akan mengelolakan pertandingan hoki untuk pelajar. Hoki merupakan sukan
yang terkenal samada peringkat sekolah menengah,maktab dan universiti.
Hoki di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1898. Permainan ini
menjadi popular pada awal tahun 1920 an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah
awam Inggeris. Pertandingan liga pertama kali dianjurkan di Pulau Pinang pada
tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri pertama ditubuhkan di Perak pada tahun
1927. Majlis hoki Malaysia kemudiannya ditubuhkan oleh negeri Perak pada
tahun 1927. Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 untuk
menguruskan semua aktiviti sukan hoki di Malaysia.
Dua perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan Tun HUssien Onn
pernah menjadi presiden persatuan ini . Malaysia sangat aktif dalam hoki pada
peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera
bergabung dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Pertandingan-pertandingan hoki

dikendalikan oleh persatuan kebangsaan, persatuan-persatuan hoki negeri, bank,
angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam sukan
Olimpik buat pertama kali pada tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan
Malaysia telah menyertai sukan Olimpik tersebut.
Pasukan hoki Malaysia terutamanya pasukan lelaki pernah mencatat nama
di peringkat antarabangsa. Mereka mandapat kelayakan menyertai sukan olimpik
sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja mereka tidak mendapat kelayakan iaitu
pada tahun 1988 di Seoul.
Pada tahun 1989 hoki Malaysia mengalami perubahan apabila Piala Razak
(format baru) dua divisyen telah dilancarkan sebagai penambahbaikkan kepada
permainan hoki di Malaysia. Seterusnya pasukan hoki juga pernah mencatat
sejarah dalam sukan Komanwel 1998 dengan meraih Naib Johan.
Kesimpulannya dalam merealisasikan impian Negara untuk menjadi johan
hoki dalam Sukan Olimpik,pelbagai usaha dan program terancang perlu
dilaksanakan. Semua pihak seperti Persatuan Hoki Malaysia , MSSM dan pihak
lain perlu bekerjasama.

Pismp.blogspot.my

2) Senaraikan peralatan yang digunakan dalam permainan hoki dan terangkan

perkembangannya.
Setiap permainan mempunyai peralatan tersendiri termasuk hoki. Bagi
mengelakkan kecederaan berlaku semasa permainan dijalankan penting untuk
mengenali setiap satu alat yang digunakan dalam permaianan hoki ini.
Alat atau perkara pertama yang perlu ada dalam permainan hoki ialah
padang. Ciri-ciri padang dalam sukan hoki ialah mesti berbentuk segi empat,
dengan ukuran panjang 91.40 meter dan lebar 55 meter. Garisan panjang
dikenali sebagai garisan tepi dan garisan yang lebar dikenali sebagai garisan
belakang.
Kedua bulatan jaringan (striking circle). Bulatan jaringan merupakan satu
garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan
berukuran 14.63 meter. Kemudian terdapat dua suku bulatan dengan radius
14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
Bulatan jaringan ini dikenali sebagai kawasan D. Strok penalti berada pada 6.4
meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalty yang lain berada 5.0
meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.
Ketiga, pintu gol. Setiap permainan mempunyai pintu gol kerana gol itu
merupakan sesuatu matlamat untuk dicapai. Bagi permaianan hoki, setiap
pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri pintu gol hoki ialah
kedudukannya berada di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada

dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan
jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter, tiang berketinggian 2.14 meter,
tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm
lebar dan dalam antara 5.0m-7.5m dan semua tiang gol dicat putih.
Keempat, jarring. Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat
kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai ‘mesh’
berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
Kelima tiang-tiang bendera. Pada setiap empat penjuru padang terdapat
empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini
dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera
ini diletakkan di luar sudut dan diperbuat dari bahan yang lembut untuk
keselamatan pemain.
Keenam alat yang perlu ada dalam hoki ialah bola. Antara cirri-ciri bola
ialah keras,pejal atau kosong,mempunyai permukaan yang licin, berwarna putih
(dibolehkan warna lain dengan persetujuan kedua belah pihak) mempunyai berat
156 g minimum dan maksimum 163 g dan berukur lilit 224 mm minimum dan
235 mm maksimum.
Ketujuh ialah kayu hoki. Sebatang kayu hoki yang baik perlu mempunyai
cirri yang rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di
sebelah kanan. Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul

bola.Hanya permukaan muka kayu (sebelah kiri) dibenarkan memukul bola.

Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’. Kayu
hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan berbahaya di tepi-tepi
kayu. Tebal kayu dihadkan, dimana sebuah gelung yang berdiameter 51mm
boleh melepasinya. Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun
kecuali logam, tetapi mest menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak
melebihi 737 g.
Kelapan ialah kasut.pemain dibenarkan memakai apa jenis kasut yang
sesuai.Namun kasut yang membahayakan seperti kasut yang mempunyai
(spikes) tetungku atau paku tidak dibenarkan. Kasut yang mempunyai tetungku
getah adalah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di
atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
Alatan bagi penjaga gol ialah sangat penting kerana mereka perlu
menjaga keselamatan. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang
berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol ialah
ped kaki yang dipakai di pergelangan kaki hingga lutut, dipasang bersama
kickers kerana bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat
di man aped-ped disambungkan ke kickers di atas pergelangan kaki. Ped hanya
berdimensi 300 mm maksimum apabila dipakai untuk suatu permainan. Selain

itu alatan lain penjaga gol ialahsarung tangan yang diperbuat daripada kulit dan
plastic dimana sarung tangan ini sangat penting untukmemberi keyakinan
kepada penjaga gol menahan bola pada kelajuan 140-160 km sejam. Sarung
tangan ini juga perlu lembut supaya boleh memeganag kayu hoki dengan kukuh
dan lebar sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm dan 335 panjang.
Alat-alat lain bagi penjaga gol ialah pelindung dada, ped-ped bahu,
penutup muka, pelindung mulut, seluar berped dan pelindung kemola (untuk
penjaga gol lelaki).
Akhir sekali permukaan bermain untuk permainan hoki. Permukaan
sintetik semakin popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai
tanda selar (brands) digunakan yang disahkan oleh persatuan Hoki
Antarabangsa.Namun banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan
menyebabkan kecederaan kepada pemain seperti lebam sekiranya pemain
terjatuh.