Masalah Hudud Di Malaysia satu

Masalah Hudud Di Malaysia
Pengenalan

Hudud dari segi Bahasa yang mudah bererti menahan atau mencegàh. Dari segi istilah hudud
ditakrifkan sebagai siksaan ataupun hukuman yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan
AsSunnah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh diubah mahupun
ditambah ataupun dikurangkan.

‫م ال ظ‬
‫دود ن الل ظهل فنمأول نئ ل ن‬
‫)ت لل ن ن‬
229) ‫ن‬
‫دو ن‬
‫مو ن‬
‫ح م‬
‫ن ي نت نعند ظ م‬
‫دود م الل ظهل فننل ت نعنت ن م‬
‫ح م‬
‫ك م‬
‫ظال ل م‬
‫ك هم م‬

‫ها ون ن‬
‫م ن‬
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa
yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” Surah al-Baqarah

Antara tujuan utama hukum ini diadakan adalah bertujuan:
 Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah
yang sebenar dan tidak menjadi murtad.
 Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab
keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu
tidak rosak.
 Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak
dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

Tujuan-tujuan yang dinyatakan tersebut adalah supaya manusia sebagai pesuruh Allah S.W.T
tidak terus leka dan hanyut dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Malah
ianya turut dapat meperbaiki diri kepada arah kebaikan.
Jenis kesalahan dan hukuman mengikut hudud.

1) Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman: Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang
telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
suatu jalan yang buruk.
(Al-Quran, al-Isra: 32)

2) Qazaf (menuduh zina)
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman: sebat 80 kali

3) Minum arak
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman: sebat 40 kali
Firman Allah yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar iaitu arak, berjudi, berkorban
untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan
Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan atau
kejayaan.

(Al-Quran, al-Maidah: 90)

4)

Mencuri

Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman: potong tangan
Firman Allah yang bermaksud:
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai
pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah.
(Al-Quran, al-Maidah: 38)

5) Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman: a) sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
b) sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara
bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan
seterusnya.
c) sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara.


6) Riddah (murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman: Bunuh (setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari atau 3 kali)

Semua jenayah hudud yang telah dinyatakan kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud
tanpa sebarang pengurangan dan pindahan kepada hukuman yang lain seperti penjara atau wang.
kesemua sumber perundangan yang utama dari Al-Quran dan Al-Sunnah mengenai jenayah. Syariat
menentukan secara tepat mengenai siksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, manamana pihak persendirian tidak mempunyai hak seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti
kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau mengubah hukumannya.

Mengapa hukum hudud masih tidak dilaksanakan di Malaysia

Menurut sumber yang diperolehi, hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya rakyat
Malaysia bersatu menerima hukum tersebut. Seperti yang diketahui hukum hudud yang wajib
dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian
kepada yang bukan beragama Islam.
Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya akan ada dua jenis hukuman yang
berbeza. Orang Islam yang melakukan zina bagi yang dah berkahwin akan dihukum rejam, manakala
orang bukan Islam yang berzina pula mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda.

Masalah ini akan menjadi lebih rumit apabila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan
pasangannya pula bukan beragama Islam. Pasangan yg bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan
hukuman berat, manakala pasangannya yang beragama Islam akan direjam sampai mati jika pesalah
sudahpun berkahwin. Di sini masalahnya akan timbul apabila tiada asas hukuman yang sama.
Bagaimana pula dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan
didapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam
dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.
Cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita seharusnya meminda
undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan
hukuman hudud, dari pandangan itu, akan mewujudkan persamaan dari segi hukuman. Dari segi
masalah yang lain, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam
parti politik yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? bukan semua penyokongpenyokong serta pemimpin akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud disebab kita
mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.
Kesimpulannya, hukum yang membabitkan agama seharusnya dipertimbangkan oleh pihak
atasan untuk dilaksanakan ataupun sebaliknya. Manakala kita sebagai rakyat seharusnya memikirkan
tentang keselamatan diri dan keluarga disamping mengharungi liku-liku hidup dalam keadaan yang
penuh keharmonian dan kesejahteraan yang mementingkan disiplin yang tinggi. Disiplin yang tinggi
akan lebih mudah diperbentuk dari hukuman yang setimpal menjadi santapan dikala melakukan
sesuatu kesalahan.


Hudud dan demokrasi

Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Pemilihan yang dilakukan
menerusi pilihan raya yang berpaksi kepada parti politik. Tiada kriteria khusus sebagaimana
kehendak islam mengenai calon-calon yang dipilih sebagai calon pilihan raya dan seterusnya menjadi
perwakilan di Dewan Perundangan. Namun, budaya memerlukan keperibadian yang tinggi seseorang
adalah penting.
Perbezaan antara islam dan demokrasi ialah mengenai sumber hukum dan falsafah.
Walaupun demokrasi yang kita ada ini bukan bersumber atau berfalsafah agama, namun kita masih
boleh mencorakkannya supaya bertepatan dengan kehendak berdasarkan sistem perundangan
negara. Sebuah negara yang mengamalkan demokrasi masih berpeluang untuk melaksanakan
undang-undang jenayah Syariah tanpa perlu membubarkan demokrasi dan tanpa perlu
mengisytiharkan negara sebagai negara islam.
Dalam konteks demokrasi dan undang-undang jenayah, seharusnya difahami bahawa antara
tujuannya ilah untuk mewujudkan peraturan dalam sistem sosial masyarakat bagi menjaga
keharmonian sesebuah masyarakat. Sebaliknya, didalam sistem demokrasi, segala jenis kesalahan
yang dianggap boleh menjejaskan atau menggugat keadaan sosial masyarakat boleh dijadikan
sebagai kesalahan jenayah.
Di Malaysia, falsafah negara kita yang meletakkan kedudukan agama pada tempat yang
selesa yang mana kita perpegang kepercayaan kepada tuhan, lebih mementingkan kesetiaan kepada

raja dan negara, meletakkan perlembagaan sebagai sumber undang-undang, kita lebih mendaulatkan
udang-undang dan kita juga menjaga moral diri sendiri. Adalah penting untuk kita penuhi kehendak
falsafah negara kerana kita tidak mahu undang-undang itu ditolak oleh masyarakat.
Mengenai proses penggubalan, suatu undang-undang akan sah beroperasi sekiranya ia
melalui proses perundangan yang diiktiraf dalam demokrasi. Oleh itu, sekiranya undang-undang
Syariah ini melalui proses perundangan yang diistiharkan oleh perlembagaan dan diluluskan
berdasarkan kepada sistem perundangan dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini maka
ia akan menjadi undang-undang yang sah. Kesimpulannya, kesemua prosedur demokrasi tersebut
dan undang-undang jenayah syariah ini boleh dilaksanakan tanpa perlu menukar identiti neagara dan
demokrasi yang sedia ada tidak perlu untuk dibubarkan.

Proses Pelaksanaan Kesalahan dan Hukuman Hudud

Dalam pelaksanaan hukum hudud, kita memerlukan undang-undang prosedur dan dalam
perbicaraan kes hudud, kita memerlukan undang-undang keterangan. Kedua-dua jenis undangundang ini boleh diluluskan oleh badan perundangan berkaitan. Penguatkuasaan hudud perlu
dilakukan

oleh

agensi


penguatkuasa

yang

layak

dan mampu.

Persekutuan,maka penyiasatan dilakukan oleh pasukanPolis,dan

Sekiranya

Pejabat

di

peringkat

Peguam


Negara

melaksanakan tanggungjawab berkaitan pendakwaan dan seterusnya perbicaraan di Mahkamah
Sivil. Bagi proses penyiasatandan pendakwaan ini, sekatan atau halangan perundangan tidak
begitu ketara. Sebagaimana diperuntukkan bawah seksyen 3 dan 20 Akta Polis, tugas
penguatkuasaan undang-undang yang sah beroperasi adalah tanggungjawab Polis dan begitu
juga tanggungjawab Pejabat Peguam Negara sebagaimana kehendakPerkara 145 Perlembagaan
Persekutuan.
Sekiranya kita mengambil pendekatan hudud sebagai urusan negeri, komplikasi dari
segi penguatkuasaan akan menjadi lebih ketara kerana bidang kuasa negeri yang terhad. Ini belum
lagi mengambil kira proses pentadbiran lain, seperti pengendalian

orang

tertuduh

serta

penyampaian saman kepada saksi.Walauapapun urusan teknikal,proses pelaksanaan ini boleh

difikirkan setelah kita selesai dan mencapai kata sepakat dan muktamad dalam menentukan
kedudukan substantif hudud dan kedudukannya dalam konteks Perlembagaan dan falsafah
perundangan negara. Kita baharu sahaja bermula pada tahap pertama dalam proses yang panjang
dan mencabar. Perincian teknikal boleh dilakukan setelah urusan falsafah ini selesai.

Hudud sebagai Undang-Undang Jenayah Umum

Sekiranya hudud dilabelkan sebagai undang-undang jenayah umum, dan membebaskan
hudud daripada sekatan undang-undang yang bersumberkan agama Islam, maka hudud boleh
digubal oleh Parlimen. Dari perspektif Perlembagaan, tiada halangan untuk Parlimen menggubal
undang-undang hudud di bawah tiket undang-undang jenayah. Asalkan sahaja ia adalah berkaitan
dengan mana-mana perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan. Tiada sekatan yang
diletakkan ke atas Kuasa Parlimen bagi tujuan Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana
perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang
persekutuan.
Senarai Persekutuan begitu luas untuk merangkum kesalahan-kesalahan hudud seperti
Hirabah, mencuri, al-baghy, zina, qazf,riddah dan minum arak atas sebab falsafah undangundang jenayah berkaitan ketenteraman atau keselamatan awam.Lebih daripada itu kita perlu
selaraskan falsafah undang-undang jenayah yang sedang kita amalkan di Mahkamah Sivil bagi
mengembalikannya


kepada falsafah

jenayah

sebagaimana

kehendak

hukum

Allah S.W.T

terutamanya berkaitan maqasid Syariah yang mempertahan kedudukan agama, akal, keturunan,
harta dan kehormatan. Ini juga bagi memudahkan kita untuk menyelaraskan tuntutan Syariah
dengan peruntukan Perlembagaan, terutamanya dalam menggariskan hukuman bagi kesalahan
riddah, dan minum arak yang sentiasa sahaja dihujah dan dikaitkan dengan kebebasan
beragama atau kebebasan individu.
Dengan

lebar

dan

luasnya kuasa

Parlimen dengan

sedikit

persediaan berhujah

mengenai falsafah undang-undang jenayah berkaitan penggubalan undang-undang jenayah
serta hukumannya, maka lebih sesuai untuk hudud iaitu kesalahan dan hukuman digubal oleh
Parlimen dan seterusnya dilaksana di peringkat Persekutuan berbanding di peringkat negeri.

Penutup

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa perlembagaan tidak meletakkan halangan
yang muktamad bagi perlaksanaan hudud, sama ada dari segi penggubalan undang-undang atau dari
segi perlaksanaan. Dengan kata lain, perlembagaan persekutuan tidak mempunya peruntukan
khusus yang menafikan ruang penggubalan dan perlaksanaan hudud di negara ini.
Menurusi peruntukan perlembagaan adalah difahami bahawa kemungkinan untuk
penggubalan hudud boleh berlaku di peringkat perundangan negeri dan juga persekutuan. Namun
begitu, walau kedua-dua peringkat badan perundangan mempunyai kuasa untuk menggubal undangundang hudud. Badan perundangan di peringkat persekutuan iaitu parlimen didapati lebih berkesan
kerana kuasa parlimen berkaitan pengwujudan kesalahan dan hukuman begitu jelas sekali. Namun,
kita mempunyai masalah dalam memahami dan mengubah falsafah undang-undang jenayah dalam
sivil dan kesukaran mengubah semasa untuk kita masukkan falsafah jenayah syariah.
Sekiranya hudud hendak dilaksanakan di peringkat negeri, kita mungkin menghadapi
pelbagai komplikasi undang-undang, terumanya dari segi kuasa Dewan Perundangan Negeri dan juga
bidang kuasa Mahkamah Syariah. Walaupun Perlembagaan secara umumnya tidak menyekat
Badan Perundangan Negeri daripada menggubal kesalahan berkaitan perintah agama Islam dan
hudud ini merupakan sebahagian daripada perintah agama Islam, perkara-perkara berkaitan
juga hendaklah diambil berat kerana ia akan mendatangkan reputasi negatif terhadap hukuman
jenayah Syariah khususnya dan seterusnya memberi kesan buruk kepada kedudukan agama Islam
umumnya.
Sekiranya

kita

mengambil

pendekatan

memperkenalkan

hudud

sebagai undang-

undang jenayah umum dengan meletakkannya di bawah bidang kuasa Parlimen, maka perkara
pokok yang perlu diusahakan ialah dengan menjelaskan falsafah undang-undang jenayah Syariah
supaya boleh dirangkum di bawah Senarai Persekutuan dan seterusnya mewujudkan undangundang berkenaan hudud yang mantap.

Pandangan mahasiswa dan mahasiswi di Unikl MIMET, Lumut, Perak tentang hudud.

“Hudud adalah satu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T berdasarkan kesalahan yang
dilakukan oleh seseorang”. khuzairin yaacob, BME batch 2016.
“Hukum islam yang telah dibahaskan dalam Al-Quran sejak Al-Quran telah diturunkan. Hukum ini
merupakan hukuman yang paling fleksibal, adil dan setimpal dengan kesalahan pelaku” Mohd
Shahridzuan, BMO batch 2016.
“Satu hukuman yang dijalankan berlandaskan agama islam mengikut kesalahan-keslahan yang
dilakukan, serta hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan.” FakhrulHazziq,
BMO batch 2016.
“Cara menghukum manusia dengan menggunakan cara islam berpandukan Al-Quran dan hadith.”
Megat Adam, BMO batch 2016.
“Hukum yang telah ditentukan oleh syarak berpandukan Al-Quran dan Hadith. Tidak boleh
sewenang-wenangnya dijatuhkan kepada pesalahan, ianya perlukan saksi”. Putra Khairul Hazim,
BMO batch 2016.
“Hudud di Malaysia mempertikaikan oleh kerana keadilan yang tidak setara antara kaum islam dan
bukan islam atas hukuman yang dijatuhkan”. Aliff Masron, BMO batch 2016.
“Ianya dapat menjamin keselamatan sejagat. Contohnya dapat mengurangkan kes-kes kecurian.
Tambahan dapat menaikkan identity negara islam, kiranya bangsa atau negara lain akan menyanjung
kerana kita melaksanakan hukum Allah S.W.T dan buat mereka gerun akan umat islam” Nazeem
Nasrulhaq, BMO batch 2016.
“Hudud bagus dilaksankan kerana negara yang melaksankan hudud seperti Arab Saudi kurang
berlakunya kes-kes kecurian ataupun berzina” Nashrul Rizal, BMO batch 2016.
“Hukum hudud adalah hak Allah S.W.T yang tidak boleh diubah atau ditukar ganti dan diubah suai
dengan mana-mana perundangan dan sistem yang lain sehingga hari kiamat”. Jua, BMO batch 2016.
“Hudud adalah hukum yang dituntut oleh Allah S.W.T untuk dilaksanakan kepada umat islam yang
melakukan keslahan dan setiap kesalahan harus dihukum”. Shahlin Johar, BMO batch 2016.
“Sesiapa yang melanggar hukum hudud mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim”.
Anis Khairani, BMO batch 2016.
“Hudud itu hukumn Allah S.W.T yang ditentukan atas dunia bagi manusia yang melakukan kesalahan.
Demi Allah S.W.T, hudud ini sebenarnya untuk meringankan beban pesalah waktu akhirat kelak.
Namun tanggapan bukan islam menganggap hudud kejam walhal mereka tidak percaya langsung
tentang akhirat”. Shaf Aziz, BMO batch 2016.
“Hudud itu hukuman atau denda yang Allah S.W.T telah tentukan bagi manusia yang melakukan
kesalahan. Seperti contoh apabila seseorang melakukan kesalahan seperti mencuri akan dikenakan
denda yang setimpal dengan salah lakunya tersebut”. Muhd Fadzran, DMEE Batch 2016.

Sumber Rujukan:

1)
2)
3)
4)
5)
6)

http://arkibislam.blogspot.my/2010/04/apa-itu-hukum-hudud.html
http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.php
http://www.mykmu.net/2015/03/hudud
http://kentong-suhaizan.blogspot.my/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud
http://www.jais.gov.my/article/hukum-jenayah-islam
Mahasiswa dan mahasiwi UniKL Mimet