Budaya asing terhadap budaya in (2)
1.0 PENGENALAN KEBUDAYAAN MELAYU
Kebudayaan Melayu boleh ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia
atau masyarakat orang Melayu. Cara hidup sukar untuk difahami kecuali melalui
kebudayaan masyarakat tertentu. Budaya dapat membezakan masyarakat Melayu
dengan masyarakat yang lain. Budaya Melayu bermaksud cara hidup yang menjadi
kepunyaan bersama kalangan orang Melayu. Budaya Melayu yang ditonjolkan oleh
masyarakat Melayu di Malaysia dapat menentukan keperibadiaan kebangsaan.
Budaya Melayu meliputi hal-hal tentang bahasa, agama, kesenian, adat, peraturan
dan sebagainya. Budaya Melayu kini telah dipersetujui dijadikan teras kebudayaan
kebangsaan dan mampu menerima unsur-unsur budaya lain juga seperti budaya
Cina dan budaya India.
Kamus Dewan edisi keempat (2007:212) pula mendefinisikan kebudayaan
sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan
berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan (akal budi).
Siti Hajar (2008) menjelaskan bahawa kebudayaan merupakan tamadun
sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang
berikutnya. Kebudayaan ini bersifat dinamik dan mempunyai ciri menerima dan
menolak. Kebudayaan Melayu merujuk kepada keseluruhan sistem kehidupan yang
dipraktikkan oleh masyarakat Melayu. Kebudayaan yang dimaksudkan terkandung
unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi dan organisasi
yang menjadi milik bersama masyarakat melayu.
1
2.0 KONSEP BUDAYA
Konsep yang berkaitan dengan istilah budaya ialah tamadun atau peradaban,
kemajuan fikiran atau akal budi, iaitu cara berfikir, berkelakuan, bertingkah laku dan
sebagainya. Oleh itu, budaya merupakan keseluruhan sistem hidup manusia
manusia yang kompleks yang terkandung di dalamnya unsur-unsur moral,
pengetahuan, kepercayaan dan peraturan
Budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture bermaksud cara hidup
manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat
dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Budaya berasal dari dua perkataan
iaitu budi dan daya kemudian menjadi budaya. Bu membawa maksud asli, pertama,
sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya
mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan. Budi sebenarnya merujuk
kepada aspek dalaman manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh itu, budaya
boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai
bentuk, sama ada yang tidak dlihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu
konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
Kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut culture yang berasal daripada
bahasa Latin, iaitu cultura. Dalam bahasa Mandarin pula disebut wen hua manakala
bahasa Arab disebut thaqafah. Perkataan culture diterjemahkan dengan maksud
budaya, sedangkan kebudayaan ialah terjemahan daripada cultural. Namun, dalam
penggunaan seharianyang bersifat umum, perkataan culture juga merujuk kepada
kebudayaan. Kebudayaan berasal daripada perkataan buddhayah, iaitu bentuk
jamak daripada perkataan buddhi yang bermaskud budi atau akal. Dengan itu,
kebudayaan dapat diertikan sebagai segala kegiatan manusia yang bersangkutan
dengan akal budi.
2
Berikut ialah beberapa definisi yang dikemukakan oleh ahli antropologi:
a) Kroeber dan Kluckhohn, 1952; Geertz, 1973
(Ahli Sosiologi)
The total lifestyle of a people, including all of the ideas, values, knowledge,
behaviors, and material objects that they share.
b) Edward B. Tylor (1871)
Budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya terkandung
unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat
istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
That complex whole which includes knowledge, belief, art, morals, law, custom and
any other capabilities and habits acquired by man as a member of society.
c) Thomas J. Sullivan (1993)
Budaya merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang.
Culture refers to that people’s traditions, customs, and behaviors.
d) Lucy Mair:
“Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama”.
e) Taib Osman (1988)
Kebudayaan adalah cara hidup: Cara mengatur hidup satu-satu kelompok manusia.
Lebih penting daripada perbuatan hari-hari (seperti cara makan, cara beribadah, cara
menegur seseorang dan ciri-ciri lain), iaitu tanggapan alam sekitar atau world-view,
dan nilai-nilai sosial atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang mewarnakan
sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.
f) Prof. Koetjaraningrat
“Keseluruhan daripada kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh
tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar”.
3
g) Ralph L. Beats dan Harry Hoijer
“Mengenal pasti kelakuan yang biasa dipraktikkan, diperoleh melalui pembelajaran
oleh sekumpulan masyarakat.
Pendapat Ibnu Khaldun pula menyatakan bahawa budaya merujuk kepada
kebiasaan cara hidup. Budaya membezakan manusia dengan haiwan iaitu manusia
mempunyai kemampuan intelek dan daya berfikir - melalui intelek, manusia dapat
berhubung/memahami satu sama lain. Selain itu, manusia dapat menyesuaikan cara
hidup dengan alam sekeliling – proses penyesuaian melahirkan budaya yang
berbeza-beza antara kawasan. Budaya merujuk kepada gaya atau cara hidup
manusia secara keseluruhan, termasuklah pemikiran, nilai, pengetahuan, perlakuan
dan bahan material (material objects) yang dikongsi oleh mereka.
2.1 Fungsi Kebudayaan Melayu
Kebudayaan Melayu yang dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan dapat
dikatakan sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam
kebudayaan ini dibuat untuk membuka ruang kepada unsur-unsur kebudayaan
sukuan dan kaum yang lain. Antara fungsi kebudayaan melayu ialah:
a. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum agar rakyat dapat bersatu padu di
bawah satu payung kebudayaan yang menjadi hak milik bersama dan
menghormati lambang kebangsaan.
b. Mewujudkan
satu
kesatuan
kebudayaan
dan
keselarasan
dalam
menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identiti bagi negara
Malaysia.
c. Menjadi landasan bagi menanamkan nilai-nilai kebangsaan dan menolak nilainilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja.
d. Menjadi amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti sistem protokol,
adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan sebagainya.
2.2 Ciri-ciri kebudayaan Melayu
4
Ciri-ciri kebudayaan Melayu meliputi sebahagian besar daripada kebudayaan negara
Malaysia. Oleh itu, ciri-ciri kebudayaan Malaysia boleh dianggap sebagai ciri-ciri
kebudayaan Melayu itu sendiri antara lain adalah seperti yang berikut:
i.
Bersifat dinamik
Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud kebudayaan yang mengalami perubahan
yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat yang mendukungnya. Ada
kebudayaan yang bersifat statik, iaitu kebudayaan yang tidak mengalami sebarang
perubahan ataupun mengalami perubahan yang amat perlahan. Sebagai contoh,
semasa kedatangan Islam dahulu, orang Melayu menerimanya dengan senang hati
tanpa ada sikap penolakan.
ii.
Menerima dan menolak unsur tertentu
Gerak kuasa pertama ialah gerak kuasa yang menolak dan menentang perubahan.
Keadaan ini dianggap sebagai salah satu unsur konservatisme dalam kebudayaan,
iaitu terdapat segolongan yang mahu mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai
dan cara hidup lama yang sedia ada. Gerak kuasa kedua ialah gerak kuasa yang
menarik kemasukan idea-idea baharu dalam kebudayaan. Hal ini bermakna, jika
sesuatu budaya dari luar itu sesuai dengan kebudayaan masyarakat setempat, maka
5
kebudayaan itu akan diterima, sebaliknya juka perubahan itu tidak sesuai, maka
akan ditolak.
iii.
Kebudayaan diwarisi
Ciri ini bermaksud kebudayaan diwarisi daripada satu generasi ke genarasi yang
lain. Kebudayaan itu hidup bersama masyarakat, jika terdapat perubahan yang telah
melalui fasa menerima dan menolak. Kebudayaan itu persefahaman yang dikongsi
bersama. Jadi, apabila kebudayaan itu dikongsi bersama maknanya kebudayaan itu
akan diwarisi. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek
moyang dahulu masih dikekalkan seperti berandam, malah berinai, khatam qur’an
dan bersanding.
iv.
Proses kesinambungan
Setiap kebudayaan mengalami perubahan dan proses kesinambungan, sama
ada dalam bentuk seni bina, peralatan dan budaya bukan kebendaan seperti
kepercayaan, adat resam, pantang larang dan sebagainya. Sebagai contoh, seni
bina rumah yang dahulunya dalam bentuk sederhana telah mengalami proses
kesinambungan yang berterusan, maka muncullah rumah yang ada berbagaibagai bentuk seni bina pada hari ini.
Kebudayaan melalui tiga aspek iaitu akulturasi, akomodasi dan asimilasi :
i.
Akulturasi:
Akulturasi merupakan perpaduan dua budaya. Kedua-dua unsur kebudayaan
yang bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi tetapi tidak
menghilangkan unsur asli kedua-dua kebudayaan tersebut. Perpaduan antara
kebudayaan yang berbeza ini berlangsung dengan damai dan serasi. Akulturasi
ialah suatu proses sosial. Suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan asing.
6
Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam kebudayaannya sendiri
tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Contohnya
ialah orang India memakai baju Melayu dan bersongkok pada suatu majlis rasmi.
Dalam
sejarah
tamadun
manusia,
sering
berlaku
pertemuan
atau
pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan
berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman
digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan
sendiri. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya
tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak
mudah untuk membentuk suatu masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan
seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
ii.
Asimilasi:
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan
dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan
formula A+B+C=A. A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C
mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua
aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara
hidup orang Thai.
Di Malaysia, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya
merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan
serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan
anutan, kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi
umumnya bergantung pada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti
mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
7
iii.
Akomodasi:
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C.
A, B dan C merujuk kepada budaya.
Pelbagai kumpulan etnik
hidup secara harmonis dan menghormati antara
satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling
bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap
kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika
dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik
bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat
penyesuaian antara mereka.
3.0 MASYARAKAT MELAYU
3.1 Takrif Melayu
8
Sebelum mengkaji Kebudayaan Melayu, kita perlu mengetahui takrif Melayu terlebih
dahulu. Menurut sarjana, perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama
sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari,
Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu
sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Dari segi etimologi,
perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya"
yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang
mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal daripada "Sungai Melayu" di
Jambi.
Dalam pengertian yang khusus, istilah Melayu merujuk kepada bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan juga disebut gugusan
pulau Melayu. Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan juga
Indonesia. Oleh sebab itu, sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam
kalangan pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah negara yang mencantumkan
Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang bernama
Melayu Raya. Walau bagaimanapun, percantuman dua buah negara tersebut tidak
berlaku sehingga ke hari ini.

Istilah Melayu yang lebih umum merujuk kepada suku bangsa yang
menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu,
pantai timur, Sumetera, Brunei dan beberapa kawasan yang berhampiran. Bahasa
suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang diktiraf sebagai bahasa kebangsaan di
negara Malaysia, dan dikenali sebagai bahasa Indonesia di negara Indonesia.
9
Berkaitan dengan taburan penduduk Melayu, UNESCO menandai Melayu
meliputi kawasan-kawasan Austronesia lain, termasuklah kawasan di sebelah timur
yang
meliputi
keluarga
Melanesia,
Mikronesia
membahagikan
kawasan
Austonesia
kepada
dan
Polinesia.
kawasan
Kepulauan
UNESCO
Melayu
(Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia Timur)
3.2 Takrif Melayu Berdasarkan Undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam
perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)
atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan
atau di Singapura.
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di Malaysia, orang Melayu
itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar
serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
3.3 Latar Belakang Bangsa Melayu
Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu, iaitu:
Bangsa Melayu berasal dari Yunan (Teori Yunan)
Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
3.4 Teori Yunan
10
Teori ini disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R
Foster,
J.R
Logen,
Slametmuljana
dan
juga Asmah
Haji
Omar.
Secara
keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti yang
berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemukan di
Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan bahawa adanya migrasi
penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam
(berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih
lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunan dengan
menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa
Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
3.5 Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana seperti J.Crawford, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana
dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan seperti yang di bawah:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad
ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang
lama. Perkara ini menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berasal dari
mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa
Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang
berlaku dalam kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau
Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya
kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut
yakni berasal dari Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
11
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang
ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia
Dari segi sejarah, apakah keistimewaan orang Melayu? Menurut Asmah Hj.
Omar (2003), terdapat perdebatan dalam kalangan budayawan Malaysia sama ada
orang Melayu pada asasnya petani atau pelayar. Menurut beliau lagi, orang Melayu
biasanya digolongkan sebagai petani. Hal ini bermakna bahawa dari awal sejarah
mereka dalam alam Melayu, mereka dikatakan menempati kawasan tanah yang
subur, yang dipugar untuk menanam tanaman yang menjadi sara hidup mereka.
Pengembara China, antaranya I-Tsing dalam abad ketujuh Masihi telah
mencatatkan bahawa orang-orang Kedah sudah pun mempunyai cara bercucuk
tanam yang canggih, yakni dalam pertanian padi. Keadaan alam di Kedah dengan
sawah bendang yang terbentang luas serta kaedah orang-orang Kedah menanam
dan menuai padi menyokong pendapat ini, dan juga merupakan bukti bahawa tradisi
yang seperti itu adalah tradisi yang sudah wujud berabad-abad lamanya. Pertanian
yang seperti ini menggambarkan bahawa teknologi dan pengetahuan tentang
keadaan alam (termasuk kualiti dan jenis tanah) yang telah ada merupakan ciri
budaya tinggi.
Kemudiannya, muncul pula pemikiran pakar sejarah dan budaya Melayu
bahawa orang-orang Melayu lebih merupakan pelayar yang merantau ke merata-rata
tempat, dan bukan petani yang memugar tanah. Jika diterima teori bahawa orang
Melayu berasal dari Yunnan di Selatan China, maka sudah tentulah cara mereka
bermigrasi ke tempat mereka sekarang adalah dengan melayari selat dan juga
lautan terbuka. Jika inilah caranya, maka pastilah mereka mempunyai pengetahuan
tentang selok-belok pelayaran. Hal ini memperlihatkan bahawa orang Melayu ialah
pelaut atau pelayar yang hebat.
4.0 KEBUDAYAAN MELAYU (SUDUT POLITIK, SOSIAL, KESENIAN DAN
EKONOMI)
12
4.1 Takrif kebudayaan
•
Menurut kamus à kebudayaan didefinisikan sebagai satu cara kehidupan.
•
Dalam pertuturan seharian, kebudayaan bermaksud pengertian kebudayaan
yang ‘tinggi’ seperti tarian, muzik, pakaian, atau pakaian.
4.2 Berdasarkan Ahli sosiologi
a. Cara hidup yan dipelajari, diubahsuaikan, dan diturun-temurunkan daripada
satu generasi ke generasi yang lain.
b. Hasil dan idea – kepercayaan, nilai, politik, adat resam, undang-undang, dan
peraturan, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan material – yang
dikongsi oleh ahli dalam sebuah masyarakat.
c. Menurut Edward B. Taylor dalam bukunya Primitive culture, Kebudayaan ialah
satu keseluruhan sistem yang kompleks,di dalamnya terkandung unsur-unsur
kepercayaan,
seni,moral,undang-undang,adat
istiadat
dan
sehubungan
dengannya.
d. Menurut Lucy Mair dalam bukunya An Introduction to Social Antropology
menyatakan bahawa kebudayaan ialah milik bersama sesuatu masyarakat
yang mempunyai tradisi yang sama.
e. Prof. Koentjaraningrat merumuskan bahawa kebudayaan itu keseluruhan dari
kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh tatakelakuan yang
harus diperolehi dengan cara belajar.
f. Ralph Linton ( 1945 ) menyatakan kebudayaan adalah sesuatu yang dipelajari
dan diulangi dalam sesebuah masyarakat, iaitu warisan sosial ahli-ahli
masyarakat.
13
g. Clyde Kluckohn ( 1949 ) menafsirkan kebudayaan sebagai satu cara hidup
yang tersendiri.
4.3 Kebudayaan Kognitif
Keseluruhan pemikiran yang ada pada sebuah masyarakat yang merangkumi
bahasa, simbol-simbol lain, pengetahuan, kepercayaan dan nilai.
Pengetahuan – melibatkan segala idea yang boleh disokong secara empirikal
(berdasrkan permerhatian atau eksperimen, bukan teori) seperti persekitaran alam
semula jadi ciptaan tuhan atau yang telah dicipta oleh manusia.
Kepercayaan – segala idea mengenai apa yang baik dan apa yang buruk ;
benar dan palsu. Kebanyakkan ahli masyarakat menganggap kepercayaan mereka
adalah rasional, musabah dan benar.
Nilai – tanggapan mengenai apa yang baik dan buruk dalam kebudayaan.
Bersifat luas dan abstrak. Kadangkala nilai tersebut bertentangan dengan nilai orang
lain
4.4 Kebudayaan Normatif
Mores – norma yang menetukan tingkah laku yang penting dan ahli-ahli
masyarakat yang mahukan omformiti dalam tingkah laku. Sekiranya
ada yang langgar mores ini, maka dia adalah ancaman kepada
kumpulan tersebut.
Folkways – peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku seharian
yang diterima oleh masyarakat
Jika melanggar atau mematuhi norma, makaakan dikenakan isbat, iaitu
penggunaan
dendaan
dan
ganjaran
bagi
menggalakkan
dan
14
mengukuhkan norma, sama ada secara normal mahupun secara tidak
formal yang merupak kawalan sosial.
Isbat negatif – tidak menggalakkan tingkah laku dimana melibatkan
kecederaan, penjara atau dipulauka oleh masyarakat.
Isbat positif – seseorang yang mematuhi norma dan menerima
ganjaran dalam bentuk pembayaran wang, pemberian kuasa, dan
presij dalam kedudukannya.
Kebudayaan biasanya merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat
yang diwarisi dan bersifat dinamik dan sebagai panduan untuk ahli
masyarakat menghadapai masalah yang datang.
Disamping itu,ada unsur menerima dan menolak yang dipraktiskan oleh
sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan.
Di dalamnya terkandung unsur teknologi,ekonomi organisasi sosial,
kepercayaan dan sistem simbol yang menjadi milik bersama suatu
masyarakat ini.
4.5 Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan kebangsaan melambangkan identiti kebudayaan kebangsaan
sesuatu bangsa dan negara. Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini,iaitu kebudayaan orang melayu kerana
orang melayu merupakan rakyat asal yang menduduki rantau ini. Unsur-unsur
kebudayaan luar yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur
dalam pembentukan kebudayaan itu.
Islam menjadi
unsur penting
dalam pembentukan
kebudayaan
kebangsaan. Kebudayaan kebangsaan menolak nilai perkauman disamping
menanamkan nilai-nilai kebangsaan. Kebudayaan kebangsaan bertujuan
melahirkan nilai-nilai yang dinamik, progresif,demokratik dan rasional
dikalangan masyarakat malaysia. (semangat cintakan negara).
15
5.0 BIDANG POLITIK
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan awal di
Tanah Melayu telah mempengaruhi kepada pembentukan susun lapis masyarakat.
setiap lapisan masyarakat ini mempunyai peranannya yang masing-masing. Secara
amnya, susun lapis masyarakat Melayu lama ini dapat dikategorikan kepada 2
kumpulan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
i.
Golongan
pemerintah
menduduki
bahagian
teratas
susun
lapis
masyarakat. raja atau Sultan merupakan orang yang menduduki tempat
yang tertinggi dalam kategori ini.
ii.
Baginda di pandang mulia. Baginda mempunyai kuasa mutlak bagi
melakukan apa-apa sahaja. Sebagai contoh, baginda berkuasa menggubal
undang-undang untuk memperkukuhkan kedudukannya.
iii.
Baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat. Mengikut konsep
dewa raja, segala perintah haruslah diikuti oleh rakyat jelata tanpa
dipersoalkan.
iv.
Baginda juga berhak memiliki hak-hak keistimewaan seperti penggunaan
bahasa dalaman, penggunaan warna kuning dan sebagainya.
v.
Baginda juga dianggap sebagai seorang yang daulat dan apabila baginda
mangkat, tempatnya akan diwarisi oleh puteranya melalui adat pertabalan.
vi.
Kerabat diraja pula menduduki tempat selepas raja. Mereka merupakan
ahli daripada keluarga di raja yang mempunyai pertalian darah dengan raja
yang sedang memerintah. Golongan kerabat diraja ini dibenarkan
menggunakan bahasa dalaman, warna kuning dan sebagainya.
vii.
Semuanya ini merupakan hak istimewa mereka tetapi hak istimewa yang
dimiliki oleh mereka, tidak boleh melebihi hak istimewa yang dimiliki oleh
raja yang sedang memerintah.
16
viii.
Golongan bangsawan, pembesar dan ulama menduduki tempat selepas
golongan kerabat diraja. Golongan ini dikenali sebagai anak baik-baik.
mereka boleh terdiri daripada kerabat diraja dan juga kerabat raja. Taraf
mereka adalah sentiasa kekal. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat di
kalangan pembesar dan rakyat. Mereka juga memainkan peranan yang
penting dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. Bagi mengekalkan
identiti mereka, golongan bangsawan dibenarkan menggunakan bahasa
dalaman.
ix.
Pembesar pula merupakan orang yang memainkan peranan yang penting
dalam sektor pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
x.
Mereka merupakan golongan yang paling menghampiri raja atau Sultan
yang memerintah. Jawatan pembesar ini biasanya diwarisi secara turuntemurun.
xi.
Sebagai contoh, Bendahara Melaka di negeri Melaka diwarisi oleh
keluarga Tun Perak secara turun-temurun.
xii.
Golongan ulama pula merupakan orang yang menjadi pemimpin agama.
Mereka merupakan orang mahir atau pakar dalam bidang keagamaan,
kesenian, kesusasteraan dan sebagainya. Mereka juga menjadi penasihat
atau perujuk kepada Sultan khasnya dalam soal keagamaan.
xiii.
Biasanya, golongan ulama ini menjadi penulis atau perawi diraja juga.
Mereka dikenali sebagai khatib, mufti dan kadi dan memakai gelaran yang
dianugerahkan oleh Sultan seperti Maharaja Kadi dan sebagainya.
xiv.
Golongan diperintah pula terdiri daripada 2 golongan utama manusia.
xv.
Salah satunya ialah rakyat. Golongan rakyat ini pula dapat dibahagikan
kepada 2 kumpulan iaitu rakyat biasa dan orang asing.
xvi.
Rakyat biasa merupakan rakyat yang bermastautin secara tetap dalam
kerajaan itu. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan.
Biasanya, aktiviti perniagaan atau perdagangan yang dijalankan oleh
mereka merupakan milikan para pembesar.
17
xvii.
Mereka yang terlibat ini dikenali sebagai orang kiwi. Selain itu, terdapat
juga orang yang mahir dalam sesuatu bidang seperti tukang kayu, tukang
jahit dan mereka dikenali sebagai orang menderhaka.
xviii.
Golongan rakyat biasa ini juga menjadi pengikut atau penyokong kepada
seseorang pembesar yang memegang kawasan mereka menetap.
xix.
Orang asing pula merupakan sebahagian daripada golongan rakyat.
Mereka ini lebih dikenali sebagai orang dagang. Selain itu, penerokawan
juga merupakan orang asing.
xx.
Biasanya, orang asing datang ke sini untuk menuntut, berniaga dan
sebagainya. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi tentera upahan
di kerajaan-kerajaan Melayu awal.
xxi.
Orang asing ini dapat dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu mereka yang
mengunjungi sekali-sekala dan mereka yang menetap terus di kawasan
kerajaan tersebut.
xxii.
Dari golongan yang menetap terus, ada kalangan mereka telah
menukarkan identiti mereka supaya sama dengan masyarakat tempatan;
ada juga dikalangan mereka yang masih mengekalkan identiti asal
mereka. Walaupun begitu, mereka tetap tidak terlepas daripada hukum
adat seperti Hukum Kanun Melaka.
xxiii.
Hamba berhutang pula terdiri daripada mereka yang tidak mampu
membayar hutang kepada pemiutangnya dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
xxiv.
Mereka ini disebut sebagai masuk hulan. Mereka ini terpaksa bersama
isteri dan anak-anaknya tinggal dengan si pemiutang dan bekerja sehingga
hutangnya dibayar.
xxv.
Mereka boleh diperjual beli kepada/daripada pembesar-pembesar lain.
Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila
ia setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang
dijanjikan.
18
xxvi.
Hamba biasa pula menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya
secara turun-temurun. Mereka ini dapat digolongkan kepada 3 jenis iaitu
hamba abdi yang membuat kerja-kerja berat dan kasar, dengan yang
merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan orang
suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.
xxvii.
Setelah British hadir ke Tanah Melayu, struktur/organisasi sosial telah
mengalami perubahan yang mendadak. Kini, golongan raja tidak lagi
berkuasa seperti dahulu, kuasa mereka telah diambilalih oleh Residen.
xxviii.
Sistem perhambaan juga mengalami kemerosotan dan akhirnya pupus.
Akhirnya, satu struktur organisasi sosial yang lebih unik telah diwujudkan
dan hak-hak setiap orang telah diperakui dan dilindungi.
xxix.
Sistem politik Melayu adalah bersifat musyawarah, musyawarah dijalankan
oleh ketua atau pemangku adat setempat.
xxx.
Musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan
sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Sehingga
sistem musyawarah yang dijalankan akan memiliki corak yang berbeza
antara daerah yang satu dengan yang lainnya.
xxxi.
Di sini dapat dilihat bahwa masyarakat Melayu telah mengenal sistem
politik
menjurus
kepada
budayanya.
Maka
tidak
hairan
bahawa
masyarakat Melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sebab
musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan
sosial sebagai suatu permufakatan.
6.0
BIDANG SOSIAL
6.1
Identiti Individu
19
Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya
daripada individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina
image atau identiti diri dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masingmasing. Pengenalan diri yang berasaskan identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya
perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai perkara.
Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan
ciri-ciri pengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang
popular dan dikenali ramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti
orang lain pula. Misalnya, identiti seorang penyanyi popular dengan mudah pula
dapat mempengaruhi peminat-peminatnya.
Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina
secara sedar atau tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu
dan anggota masyarakat.
6.2
Individu dan Budaya
Seorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang
memupuk nilai-nilai itu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh
itu, individu itu mempelajari dan menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras
budaya memainkan peranan penting dalam menyatakan identiti sesuatu budaya itu.
Gambaran atau identiti yang dibina oleh individu itu adalah tidak terpisah daripada
budayanya.
Walau
bagaimanapun
individu
turut
memainkan
peranan
dalam
menyumbangkan nilai-nilai sosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain,
individu itu sebagai anggota masyarakat dapat membawa perubahan atau
memperkukuhkan identiti masyarakat dan budayanya.
Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu. Anggota-anggota
masyarakat
mempunyai
tanggungjawab
penting
dalam
menentukan
identiti
masyarakat dan budayanya. Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunya
menerngkan sifat-sifat anggota masyarakat. Melaluinya juga sesuatu masyarakat
dan budaya dikenali umum.
20
Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial.
Pengenalan diri yang melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai
sosial dibina demikian sehingga terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.
6.3 Identiti dan Perubahan Budaya
Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial
atau proses sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat
dipertahankan. Individu sebagai anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat
dan budayanya yang berbeza daripada masyarakat dan budaya lain.
Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina
gambar dan identiti tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam
membina kesedaran rasa kekitaan, maka ia berusaha mempertahankan image atau
identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial dalam sesuatu masyarakat itu
membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat masyarakat dan budaya
yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu merupakan
khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.
Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan
jelas kekuatan masyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di
samping itu, anggota-anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang
berlaku itu menyatakan dengan jelas tentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan
yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identiti yang diwarisi sejak sekian lama.
Dalam perubahan yang berlaku masih boleh diteliti identiti yang dipertahankan.
Budaya Melayu yang dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikan
dengan perubahan, tetapi mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama.
Dengan tu dapat dikatakan, tidak Melayu hilang di dunia.
6.4 Identiti dan Prasangka
Identiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggotaanggota masyarakat. Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi
21
dan mereka bina sekian lama. Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk
dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisi yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai
yang tinggi yang ingin dipertahankan.
Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota
masyarakat melihat dan menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang
sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknya mereka juga melihat keluar, iaitu melihat
masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atau orang luar melihat budaya
Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budaya lain berasaskan
sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalam konteks
mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi
semata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala
prasangka itu dibina berasaskan kepentingan tertentu.
Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan etnik, boleh menimbulkan
prasangka antara satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan
dalam hubungan antara kumpulan etnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan
bagi mengurangkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain.
Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang
pernah ditulis oleh orang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang
Melayu sangat buruk. Mereka tidak memahami masyarakat dan budaya Melayu.
6.5 Kelompok majoriti dan kelompok minoriti
Kelompok majoriti, seperti orang Melayu di Malaysia mewarisi tradisi budaya
dan berusaha mengekalkan identiti Melayu dalam berbagai lapangan. Tradisi budaya
memainkan peranan penting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan
dari satu generasi kepada generasi berikut. Kelompok majoriti itu menentukan
identiti. Walaupun perubahan berlaku, tetapi kelompok itu berusaha mengekalkan
identiti.
22
Kelompok Melayu minoriti, terutama di luar alam Melayu ini didapati tidak
mampu untuk mempertahankan identiti Melayu seperti kelompok majoriti itu.
Kelompok minoriti itu selalunya dipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti
sehingga kelompok itu tidak mampu untuk mengekalkan identiti. Apabila generasi
baru mengambil tempat dalam kelompok minoriti itu, maka kaitan dengan identiti itu
didapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lama identiti Melayu yang asal
itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di Afrika Selatan, Sri Lanka
dan lain-lain.
6.6 Krisis Identiti
Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan,
terutama tekanan daripada peradaban asing dan proses globalisasi, anggotaanggota masyarakat menghadapi masalah dalam mempertahankan tradisi. Mereka
menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagai menyatakan lambang
identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu, selalunya
unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan.
Dalam keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulankumpulan tertentu yang mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya
tradisi yang diwarisi sekian lama.
Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya
perubahan yang melanda orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada
individu, dalam menentukan bahawa perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan,
maka ia juga menghadapi krisis dalam mengekalkan tradisi.
Krisis identiti ini turut dialami individu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia
menghadapi masalah dalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah
bapanya. Dalam keadaan ini selalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhi
seseorang itu.
23
6.7 Mencari dan Mengenali Identiti
Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini
dapat dilakukan secara luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang
dihasilkan dalam melambangkan identiti itu berasaskan kepada struktur luaran.
Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitu jiwa Melayu itu. Oleh itu
dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya, iaitu struktur
dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat.
Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina
identiti sendiri sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam
membina identiti itu berbagai cara pernah dilakukan, misalnya melalui agama
kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang tersendiri, di samping memupuk
nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat terpengaruh dengan
kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau
bagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan
budaya Melayu yang dianggap domina.
7.0 KONSEP KESENIAN MELAYU
Kesenian diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada
kesan kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Seni hanya hiburan
iaitu yang boleh dinikmati melalui penghayatan pengalaman indera semata-mata
seperti telinga dan mata. Seni sebenarnya turut meliputi aspek-aspek gerak-geri,
warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk-lampai gerak dalam
tarian dan kombinasi cahaya dan sebagainya.
Seni diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara dua unsur pokok, iaitu
keindahan dan kemanfaatan. Dalam Islam, kesenian harus dapat menyampaikan
keberanan Ilahi, menyerapkan nilai-nilai akhlak mulia dan terjalin secara indah,
barulah dapat disebut sebagai karya seni yang baik dan berguna kepada manusia.
Kesenian ialah usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang melahirkan rasa
kesenangan hati. Apabila menilai sesuatu karya seni, akan wujud dalam diri rasa
suka, kagum, tenang dan sebaliknya. Perasaan yang menyenangkan ini merupakan
24
perasaan yang mengalami keindahan. Kesenian sebagai satu aspek kehidupan
tertakluk kepada syariat Allah. Seni yang tidak membawa kemudaratan dan
kerosakan diharuskan, manakala seni yang mungkin memberikan kemudaratan atau
kesusahan
dimakruhkan,sebaliknya
seni
yang
merosakkan
dan
keimanan
diharamkan sama sekali.
7.1 Fungsi kesenian melayu
Antara fungsi kesenian melayu adalah seperti yang berikut:
i.
Medium hiburan
ii.
Media untuk pendidikan
iii.
Kesenian diperlukan dalam upacara ritual dan agama
iv.
Lambang identiti bangsa
7.1 Jenis-jenis kesenian
a. Seni Suara
b. Seni Gerak
25
c. Seni Rupa
d. Permainan Tradisional
a. Seni suara
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta
bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
Seni Vokal
Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada
pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat
Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan
muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu
ialah :
a. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan
dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau
upacara bercukur kepala.
b. Nazam atau naban
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa
Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para
sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan
kemerduan suara.
26
c. Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi
Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan
berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu.
Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi
memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.
Lagu yang digabungkan dengan muzik
a. Dikir
Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir
Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan
rebana atau kompang.
b. Hadrah
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan
sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
c. Beduan
Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian
gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah
yang diringi dengan pukulan rebana.
d. Dikir barat
Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan
dengan pukulan rebana.
e. Ghazal
27
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan
iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
f. Seni Muzik
Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang
menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyibunyian.
Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik.
Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang
sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak
dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai
dengan hati atau perasaan.
Muzik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :
Tradisi tinggi (great tradition)
Tradisi rendah (little tardition)
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang
merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat
kebudayaan.
Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan
dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi
satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam
upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para
pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang
melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal
diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik
28
yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong,
gendang dan gong.
Tradisi Muzik Rakyat
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah
dalam kalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan.
Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir
daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka
mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat
muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka
seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan
sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional.
Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti
dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
Tradisi Muzik Melayu yang lain
Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling
diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan
Perlis menggunakan alat muzik seperti gong, rebab, gendang dan serunai. Di
samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit,
kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari
zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan
dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat
peribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui
India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik
yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan
dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di
Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang
dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang
di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.
29
b. Seni gerak
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur –
unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata
dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.
Seni tari
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan
definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa
manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu
terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang
telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu
asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti
tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil
daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan
Singapura Dua.
Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian
yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada
waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian
– tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan
sebagainya.
2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi
seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda
kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
Tarian asli
30
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu –
lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada
lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani,
Asli Abadi dan sebagainya.
Tarian asyik
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan
di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian
terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri
Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara
perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah
rebab , gambang dan gedombak.
Tarian ayam didik
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang
diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian
dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
Tarian balai
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh
gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarnawarni yang diletakan dibawah gelanggang.
Canggung
31
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung
berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia
kedua.
Tarian Siti wau Bulan
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena
dengan temasya dan permainan wau.
Tarian cinta sayang
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini
menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para
nelayan sebelum turun ke laut.
Tarian dabus
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait
dengan kepahlawanan Sayidina Ali.
Tarian gambus
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan terkenal
didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu dan dipercayai berasal dari negara Arab.
Tarian inai
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majli