Peranan Proses Kerja and Tanggungjawab K
14
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
PERANAN, PROSES KERJA & TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR DI
JABATAN AGAMA ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH
KEKELUARGAAN
Norhayati Ahmad, 1Norhudayati Hj. Mansor, 2Roslee Ahmad, 3Sulaiman Shakib Mohd. Noor
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor
[email protected], [email protected], [email protected],
3
[email protected]
ABSTRAK
Jabatan Agama dikenal pasti sebagai agensi perbadanan untuk masyarakat. Usaha ini
terujudnya perkhidmatan rundingcara yang memberikan peluang kepada klien untuk
berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha
kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan rundingcara berbeza mengikut
klien.
Rundingcara meliputi penyelesaian masalah keluarga, membimbing dan
membantu klien membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman
kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau
memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan interaksi dengan individu lain. Pegawai
Rundingcara berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah
yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya selaras dengan
konsep kaunseling Islam untuk mendapat keredhaan Allah Ta’ala yang berteraskan qada dan
qadar ke arah mencapai matlamat kebahagian hidup di dunia dan akhirat .
PENGENALAN
Kaunseling di Jabatan Agama dikenali sebagai Rundingancara dan kaunseling. Ia
melibatkan pengurusan sebagai pemudahcara. Di samping itu, pegawai yang terlibat dalam
unit ini tertakluk kepada akta yang menjurus kepada pelbagai tugas yang diperlukan seperti
wakil rasmi kadi semasa ketiadaannya, sebagai AJK dalam bidang keagamaan dan
penandaan pelbagai surat .
Menurut pandangan Islam” …. Dan tidak kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan
untuk memberi petunjuk kepada seluruh alam …..”
“Surah Anbiya, ayat 107”
Mulai tahun 1998 tugas tersebut telah diubah dan secara khusus lebih memfokus kepada
perundingan dan khidmat nasihat, dan proses tersebut tertakluk kepada undang-undang
syarak. Pada tahun 2002, agensi perundingcara dan khidmat nasihat tidak terikat kepada
akta kaunseling tetapi teori perlaksanaan ada dijalankan dalam sesi tersebut. Pelaksanaan
sesi 30 jam isteri, 30 jam suami dan rumusan suami dengan isteri 30 jam. Ini bergantung
kepada kes dan klien.
Bancian kes pada tahun 2007 dan 2008 ( Jun ) adalah maksima dianggarkan 150 kes di
Daerah Mersing. Dikenalpasti di antara negeri di Malaysia yang terbaik dalam
mengendalikan kaunseling ialah Jabatan Agama Negeri Sembilan. Ianya di bawah Jabatan
Majlis Agama Islam. Prosedurnya ada tauliah, persatuan kaunselor berdaftar, akta ( terma),
bilik kaunselingnya yang selesa dan suasana teraputik dapat berjalan lancar.
DEFINISI
Rundingcara ialah proses menolong dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua
hala di antara pegawai rundingcara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan
penyelesaian. Majikan bermaksud Ketua Jabatan termasuk Pengarah tempat di mana
Pegawai Rundingcara bertugas.
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
15
Klien bermaksud individu yang menerima khidmat rundingcara daripada Pegawai
Rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri bagi menghasilkan perubahan, perkembangan
dan penyesuaian peribadinya secara sukarela.
Pegawai Rundingcara ertinya Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, Penolong Pegawai Hal
Ehwal Islam Gred S27 dan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 yang dilantik termasuk
secara sukarela, sangkut dan kontrak untuk mengendalikan proses rundingcara dengan klien
bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan
menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika rundingcara.
OBJEKTIF JABATAN
•
•
•
Untuk melahirkan individu berpotensi dan bertanggungjawab dalam institusi keluarga
yang berlandaskan syariat Islam.
Memperkukuhkan dan memantapkan institusi keluarga dalam mengharungi arus
teknologi masa kini.
Membantu mendapatkan hak-hak dan perlindungan melalui Enakmen UndangUndang Keluarga 1990 terutama wanita dan kanak-kanak.
Tujuan Perunding Cara Dan Khidmat Nasihat
• Membantu pasangan suami isteri dan ahli-ahli keluarga meneroka idea-idea serta
pilihan-pilihan baru ke arah kehidupan kekeluargaan yang sejahtera, harmoni dan
saling faham memahami dengan menganalisis kisah-kisah serta naratif keluarga.
• Pegawai rundingcara menggunakan piawai seperti inventori kepuasan perkahwinan
ke arah matlamat perkahwinan.
Jadual 1 : Teori-teori yang diterapkan
Teori
Kaunseling
Keluarga Psikodinamik
Pengasas: Ackerman
Kaunseling Keluarga
Eksperiential
Pengasas: Satir, Whitaker
Kaunseling Keluarga
Struktural
Pengasas : Minuchin
Kaunseling Keluarga
Strategik
Pengasas: Haley
Proses
• Berfokuskan kuasa
intrapersonal dan
interpersonal (
contoh :
menguatkan ego,
menjelaskan
peranan)
Matlamat
• Memupuk perubahan
dan pertumbuhan
melalui pengubahsuai
pola-pola komunikasi.
• Menyelesaikan konflik
patologi dalaman
• Bebaskan ahli-ahli
keluarga untuk
bergerak ke arah
penyempurnaan
kendiri
• Penekanan kepada
“kini-dan-di sini”
• Memupuk komunikasi
yang jelas
• Membantu ahli-ahli
keluarga menjadi
individu yang bersifat
autonomi dan autentik
• Memupuk suasana
keluarga yang positif.
• Mengubah struktur
interaksi antara ahliahli keluarga
•
•
• Cuba
menyelesaikan
masalah yang
dikemukakan
secara langsung.
• Tidak menimbulkan
Menjelaskan sempadan
Meningkatkan
keluwesan interaksi ahliahli keluarga.
• Mengubahsuaikan
struktur keluarga yang
tidak berfungsi
• Mendefinisikan semula
struktur keluarga yang
tidak berfungsi
16
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
celik akal
berasaskan
peristiwa-peristiwa
lalu
Kaunseling Keluarga
Adlerian
Pengasas: Adler
Kaunseling Pasca Moden
Pengasas: Anderson
• Fokus kepada
pendidikan
• Membantu ibu bapa
mempelajari
kemahirankemahiran
huubngan ibu bapaanak yang positif
• Memahami asal-usul
masalah yang timbul
dalam keluarga.
• Memupuk hubungan ibu
bapa-anak yang positif
• Mengembang dan
menulis semula
kisah mengenai
kehidupan
kekeluargaan.
• Mewujudkan
peluang-peluang
baru untuk
kehidupan
kekeluargaan yang
bermakna.
• Membantu keluarga
menjana kisah baru ke
arah kefungsian
keluarga yang baik.
PROSES KERJA
Proses kerja bagi menguruskan sesi runding cara dan kaunseling boileh dilihat menerusi
Jadual 2 dan 3.
Jadual 2 : Proses Kerja Bagi Menguruskan Sesi Runding Cara dan Kaunseling.
Bil
Proses Kerja
1.
Terima fail klien daripada pembantu
pegawai rundingcara
2.
Jalankan sesi rundingcara/kaunseling
3.
Membuat
penutupan sesi dan
mencatatkan segala penilaian sesi
rundingcara / kaunseling
4.
Tentukan
tarikh
sambungan jika perlu
5.
Minta
Pembantu
Pegawai
Rundingcara membuat panggilan
pihak-pihak terbabit untuk temujanji
seterusnya.
6.
Tandakan “K.I.V” pada fail jika pada
pertimbangannya
kes
perlu
ditangguhkan untuk sementara waktu
7.
Tandakan “MAHKAMAH” pada fail
untuk
Pegawai Yang
Meluluskan
Dirujuk
sesi
Undang-undang
/ peraturan
Akta Kaunseling
1998
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
jika
klien
memutuskan
membawa kes ke mahkamah.
17
untuk
8.
Mengemukakan
laporan
sesi
kaunseling kepada pihak mahkamah
dengan
menggunakan
borang
laporan kepada hakim
9.
Tandakan “SELESAI” jika kes telah
dapat diselesaikan secara baik.
10.
Mengemukakan fail kepada PTA/KPP
jika pada pertimbangannya kes tidak
dapat diselesaikan secara baik.
11.
Edar borang “SSKPS” pada klien dan
minta klien serahkan kepada PPR
12.
Kumpul SSKPS yang telah diisi klien.
Jadual 3: Proses Kerja Bagi Menyelaras Dan Melaksanakan Program-Program
Kekeluargaan Serta Menyediakan Laporan
Bil
Proses Kerja
1.
Merancang program pembangunan
keluarga berkenaan tarikh, masa,
tempat, penceramah dan peruntukan
program
2.
Menyediakan kertas kerja untuk
melaksanakan
program
dan
menentukan
ahli
jawatankuasa
program serta agensi yang berkaitan
3.
Mengadakan
mesyuarat
untuk
mengagihkan tugas-tugas kepada
ahli jawatankuasa yang terlibat
4.
Memastikan keperluan perlaksanaan
program
seperti
penceramah,
jamuan, alat siaraya dan sebagainya
berjalan dengan sempurna
5.
Membuat pemantauan dan tinjauan
persediaan program
6.
Memastikan
program
dijalankan
mengikut perancangan dan lancar
7.
Analisa dan nilai keberkesanan
program yang telah dijalankan
8.
Menyediakan laporan pelaksanaan
program untuk dihantar kepada ibu
pejabat.
Pegawai Yang
Meluluskan
Dirujuk
Undang-undang /
peraturan
18
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
Jadual 4 pula memaparkan senarai semakan bagi aktiviti yang berkaitan dengan sesi
kaunseling.
Jadual 4: Senarai Semakan Merancang, Menjalankan Dan Menyediakan Laporan Sesi
Runding Cara
TINDAKAN
1. Tentukan tarikh dan tempat
2. Buat dan edar surat panggilan kepada
klien
3. Terima pengaduan klien
4. Jalankan sesi rundingcara/kaunseling
5. Mencatat penilaian sesi
6. Tentukan keperluan sesi ulangan/rujuk
7. Klien ke Mahkamah / Hospital / Biro
8. Bantuan Guaman
9. Menyediakan laporan sesi jika perlu
10. Rekod dan simpan fail
TANDA (
)
CATATAN
Menyelaras Dan Melaksanakan Program Kekeluargaan Serta Menyediakan Laporan
Program
• Tentukan tarikh dan tempat
• Mengajukan kertas kerja kepada Ketua Jabatan
untuk mendapatkan kelulusan
• Melantik ahli jawatankuasa dan adakan mesyuarat
pelaksanaan program
• Agihkan tugas kepada ahli jawatankuasa
• Buat dan edarkan surat jemputan /iklan program
• Lantik dan pastikan kehadiran penceramah dan peserta
• Membuat tempahan jamuan
• Menyediakan hadiah / buku cenderahati program
• Menyediakan laporan program
JENIS-JENIS MASALAH
Jenis-jenis masalah yang dirundingkan iaitu:• Tanggungjawab
• Keluar Rumah
• Penagihan
• Poligami
• Nafkah
• Penderaan
• Campurtangan
• Pelbagai
• HIV / Aids
• Sumbang Mahram
• Cerai Baik
• Cerai Taklik
• Fasakh
INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KHIDMAT RUNDINGCARA
Berikut adalah individu yang memerlukan khidmat rundingcara:• Mengalami tekanan (stress) / Konflik
• Sukar berinteraksi
• Ingin berkongsi masalah
• Memerlukan pengukuhan emosi
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
•
•
•
•
•
•
19
Memerlukan bimbingan /panduan
Ingin memahami peraturan /prosedur
Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
Mengenalpasti masalah
Sebab-Sebab Runding Cara Diperlukan
• Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal
• Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
• Mempertingkat kemahiran dan keupayaan diri dengan mengenalpasti kelemahan /
keistimewaan
• Mencari jalan penyelesaian yang terbaik ( Damai / Cerai )
• Membina keluarga bahagia
Tatacara Mendapatkan Perkhidmatan Rundingcara
• Suami / Isteri hadir di Pejabat Agama Daerah
• mengikut tempat bermastautin
• Isi borang yang disediakan
• Lampirkan salinan surat nikah/rujuk dan kad pengenalan
• Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji
KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAUNSELOR
Kod Etika Pegawai Rundingcara Khidmat Keluarga
Kod etika ini adalah sebagai satu inisiatif ke arah mempertingkatkan kualiti khidmat
rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Ia menjadi panduan kepada Pegawai
Rundingcara yang merangkumi 4 kod tatalaku iaitu:
•
•
•
•
Tanggungjawab terhadap klien
Rakan sejawat
Masyarakat
Majikan
Kod Tatalaku Pegawai Rundingcara
• Pegawai Rundingcara hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara identity
sebagai seorang Pegawai Rundingcara dan integriti perkhidmatan rundingcara.
• Pegawai Rundingcara hendaklah seorang yang bersahsiah mulia, professional,
bertanggungjawab (akauntabiliti), berdaya saing ( kompetetif) dan berwibawa.
• Pegawai Rundingcara hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan
pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
• Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan
oleh Islam.
• Pegawai Rundingcara ditegah daripada terlibat dengan kegiatan yang menyalahi
akidah, perlakuan jenayan dan perkara yang boleh mendatangkan keresahan,
ketegangan dan perpecahan di kalangan masyarakat.
• Pegawai Rundingcara hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat pada
setiap masa.
• Pegawai Rundingcara mestilah diawasi dan dinilai tugas rundingcaranya oleh ketua
melalui penyeliaan lazim dan sokongan perundingan.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP KLIEN
•
•
Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien,
sama ada klien individu atau klien kelompok.
Pegawai Rundingcara hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala
maklumat yang diperolehi semasa rundingcara melainkan maklumat yang akan
membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
20
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Pegawai Rundingcara hendaklah memahami dan menghormati latar belakang
sosiobudaya klien.
Semasa menjalankan sesi kaunseling, Pegawai Rundingcara hendaklah memelihara
kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk
kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan
sebagainya.
Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara dengan hikmah dan
adil serta tidak dipengaruhi oleh keadaan atau klien.
Pegawai Rundingcara hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Pegawai Rundingcara juga perlu
menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
Pegawai Rundingcara hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur
dan membuktikan kemahiran serta kecekapannya.
Pegawai Rundingcara tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan
diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal,
mental atau diskriminasi dalam bentuk apa-apa pun.
Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai
keperluan
proses dan implikasi perkhidmatan rundingcara secara jelas dan difahami oleh klien.
Pegawai Rundingcara hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat
awal sesi rundingcara mengenai batasan umur kerahsiaan.
Persetujuan antara Pegawai Rundingcara dengan klien mengenai kerahsiaan boleh
disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.
Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan
bahaya, Pegawai Rundingcara hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk
menjaga kepentingan klien dan orang yang terlibat.
Pegawai Rundingcara tidak digalakkan memberikan perkhidmatan runding cara
kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim
dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbirannya yang membuat
penilaian.
Pegawai Rundingcara tidak dibenarkan meninggalkan sesi runding cara seperti yang
dijadualkan tanpa alasan yang munasabah.
Pegawai Rundingcara tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi
kaunseling atau ingin bertukar kepada Pegawai Rundingcara yang lain.
Pegawai Rundingcara hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani
runding cara dengan Pegawai Rundingcara yang lain pada masa yang sama.
Sekiranya mengikut pertimbangan Pegawai Rundingcar klien memerlukan
perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya Pegawai Rundingcara hendaklah
merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.
Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara di tempat yang
selesa dan private. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan
dengan kebenarannya, termasuk juga sesi rundingcara yang dirakam atau
dipitavideokan.
TANGGUNGJAWAB
RUNDINGCARA
•
•
•
•
PEGAWAI
RUNDINGCARA
TERHADAP
RAKAN
PEGAWAI
Pegawai Rundingcara hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan
profesionalisme masing-masing.
Pegawai Rundingcara hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka
terhadap rakan Pegawai Rundingcara.
Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta
memperbetulkan perlakuan rakan Pegawai Rundingcara yang tidak beretika.
Pegawai Rundingcara hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu dan
membela rakan Pegawai Rundingcara yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan
perlakuan yang tidak beretika.
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
21
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP MASYARAKAT
•
•
•
Pegawai Rundingcara hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya
masyarakat di mana dia berkhidmat.
Pegawai Rundingcara hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.
Pegawai Rundincara tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa hokum dan perkara
khilafiah yang akan mengelirukan masyarakat.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Pegawai Rundingcara hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang
ditandatangani dengan Jabatan tempat dia berkhidmat.
Pegawai Rundingcara hendaklah berusaha untuk mengikut polisi dan prosedur serta
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
Pegawai Rundingcara hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi
dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaan.
Pegawai Rundingcara tidak boleh membuat apa-apa keputusan yang menyentuh
perkara dasar kecuali setelah mendapat kelulusan daripada majikan.
Pegawai Rundingcara tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan di akhbar
kecuali dengan kebenaran majikan.
Pegawai Rundingcara tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya.
Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap
kecekapannya.
Pegawai Rundingcara hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan
persetujuan kerja dengan ketua dan stafnya mengenai khidmat rundingcara
khususnya mengenai unsur kerahsiaan perbezaan atau fakta umum atau peribadi
beban kerja dan akauntabiliti.
Pegawai Rundingcara hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang
keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat
keberkesanan perkhidmatannya.
Pegawai Rundingcara hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari
semasa ke semasa.
Pegawai Rundingcara hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas
peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.
Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi
• Pemasalahan klien ajak keluar
• Birokrasi Membuat pengaduan kepada pihak atasn dianggarkan 5% dari 50
orang.
• Recam Fokus pengkhususan kerja hakiki tidak dapat dijalankan dengan
sempurna contohnya menghadiri majlis rasmi, menggantikan
mesyuarat bagi pihak kadi. Ini menimbulkan sedikit kesulitan.
• Pegawai Rundingcara hanya seorang di satu daerah ini menimbulkan kesulitan pada
pegawai tersebut.
• Apabila klien hadir untuk menjalani sesi, pegawai tidak ada . Ini menimbulkan
rungutan dan aduan.
• Klien tidak memahami undang-undang.
• Pegawai yang dilantik tidak ada asas kaunseling dan tiada pengalaman.
• Rundingcara terikat kepada perintah mahkamah syariah mengikut enakmen 2003 /
1997 dalam satu kes.
• Suasana bilik yang tidak sempurna.
Cadangan ( Nilai Tambah )
• Perlu ada satu dasar yang berasaskan akta kaunseling.
• Pegawai yang dilantik perlu ada tauliah.
• Perlu ada pengubahsuaian bilik rundingcara agar lebih tenang dan tertutup
22
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
•
•
•
•
Pegawai yang dilantik perlu ada pengalaman dan asas kaunseling agar teoritikal
dapat diterapkan.
Kurangkan bebanan tugas pada Pegawai Rundingcara hanya ada satu
pengkhususan sahaja.
Klien perlu didedahkan kepada etika-etika jabatan dan sesi rundingcara dengan lebih
sistematik
Perlu ada arahan dari semasa ke semasa agar ada penambahbaikan.
KEBERKESANAN AGENSI UNTUK MENCEGAH
•
•
•
•
•
Mengikut teori sistem yang berasaskan prinsip circular causality, konsep utama iaitu
struktur keluarga, pola komunikasi, peraturan keluarga dan pemerosesan maklumat.
Mengikut laporan kaunseling Daerah Mersing, tahun 2007 dan 2008 ada
penambahbaikan dari jabatan sehingga agensi merupakan satu keperluan
(Lampiran)
Ada nilai kepercayaan dari orang ramai pada Jabatan Agama.
Susun atur perjalanan di jabatan tersusun ini memberikan gambaran yang positif.
Ada peraturan dan etika jabatan sehingga Pegawai Rundingcara dapat menjalankan
tugas dengan sistematik.
KESIMPULAN
Rundingcara dan khidmat nasihat merupakan satu agensi di Jabatan Agama dalam
memudahcara pada klien yang menghadapi masalah dengan proses peringkat awal,
membina hubungan yang positif, membuat tafsiran, menetapkan matlamat dan memberi
bantuan. Peringkat pertengahan menggunakan pelbagai strategi interensi agar matlamat
tercapai. Peringkat akhir menamatkan sesi konteks ini diguna pakai oleh Pegawai
Rundingcara.
RUJUKAN
Aziz Salleh ( 220 ) Kaunseling Islam. Kuala Lumpur .
Badan Kebajikan, Pejabat Agama Mersing. Nota Kursus Pra – Perkahwinan Islam.
Choong Lean Keow ( 2007 ), Kaunseling : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Fariza Md Sham, Siti Rugayah Hj Tibek, Othman Hj Talib ( 2006 ). Dakwah dan Kaunseling
Di Malaysia . UKM Bangi.
JKIM, Kod Etika, Pegawai Rundingcara Khidmat Keluarga.
Lily Mastura Harun, Ramlan Hamzah ( 2007 ) Asas Kaunseling Keluarga. Shah Alam,
UPENA. UTM.
Pejabat Agama Daerah Mersing, Pegawai Rundingcara dan Kaunseling, Fail Meja (S41).
Zulkifli Yusuf ( 1988), Panduan Khidmat Bimbingan ( untuk guru dan bakal guru ). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.