Format penulisan proposal sem 7 2014

CADANGAN KANDUNGAN : PROPOSAL LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1
Dr.Rosinah bt. Edinin, JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu,
PENENTUAN TAJUK
 Dihasilkan daripada masalah/ isu yang dihadapi – sasaran+isu/ masalah+
tindakan/intervensi + meningkat...
 Maksimum dalam 12 perkataan sebaik-baiknya.
 Contoh : Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah di dalam penulisan Bahasa
Inggeris menggunakan “little book technique”.
 Meningkatkan/ mengembangkan/ menambah ....... Di dalam ....(Nyatakan pendekatan/
aktiviti/ program dll).
PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN IPGM
 Nama penyelidik
 Nama institusi
 Isi kandungan
 PENDAHULUAN
 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
 TINJAUAN LITERATUR
 KUMPULAN SASARAN
 PELAKSANAAN KAJIAN

 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
 SENARAI RUJUKAN
 LAMPIRAN
PENDAHULUAN
 Latar belakang kajian
 Menerangkan berkaitan topik kajian
 Menerangkan hal/ perkara berkaitan tujuan, objektif kajian

Dr. Rosinah binti Edinin
JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu
2014

1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU (10%)
 Menerangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran yang dijalankan.
 Biasanya, penulisan menggunakan perkataan ‘saya’.
 Refleksi melalui pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dijalankan untuk
menjelaskan masalah yang dihadapi.
 Refleksi kepada :



Diri sendiri, murid,



Kawan-kawan, isi kandungan, BBM, BBB



Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran: strategi, teknik, kaedah, aktiviti

 Rumusan : Nyatakan masalah sebenar/pokok setelah membuat refleksi (tapi belum
menjalankan kajian saintifik-penyelidikan)
FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN (25%)
Terdiri daripada 3 bahagian :
a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian (5%)
 Kenal pasti dan nyatakan isu kajian/ masalah sebenar yang ingin dikaji.
 Menghuraikan dan menjelaskan isu/ masalah berkenaan.
 Rumusan : masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.

b. Tinjauan masalah (10%)
 Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah
saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).
 Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
 Temubual, Pemerhatian, Analisis dokumen, Soal selidik, Ujian
 Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
 Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
 Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara
pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah (10%)
 Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
o

Temubual – tertutup, separa, terbuka – senarai semak, transkripsi
Dr. Rosinah binti Edinin
JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu
2014

2


o

Pemerhatian – berstruktur, tidak berstruktur - senarai semak, nota lapangan

o

Analisis dokumen – senarai semak

o

Soal selidik – frekuensi, peratus

o

Ujian – markah, peratus

 Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh daripada kajian yang
dijalankan.
 Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu
keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.

 Buat refleksi ke atas kesimpulan2 yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.
OBJEKTIF KAJIAN (5%)
 Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
 Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
 Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan
dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
 Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik,
pendekatan, aktiviti p & p, program)
 Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat
alat kajian yang digunakan).
 Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,
menghasilkan lukisan ...., menghasilkan penulisan..
SOALAN KAJIAN
 Tuliskan soalan kajian mengikut objektif khusus tetapi ditulis dalam bentuk soalan.
 Gunakan kata soal – Contoh:
o

Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat membantu murid menulis dengan
baik?


o

Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat meningkatkan kemahiran menulis
dengan betul?

o

Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat mengembangkan keupayaan menulis
huruf a hingga z?

TINJAUAN LITERATUR (10%)

Dr. Rosinah binti Edinin
JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu
2014

3

 Bahagian 1 : Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program, dasar-dasar
kerajaan, misi, visi, falsafah pendidikan, KSPK - semua yang berkaitan dengan soalansoalan/ objektif kajian yang dijalankan.

 Bahagian 2 :Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
 Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian,
kaedah analisis dan dapatan kajian
 Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan (tepat)
KUMPULAN SASARAN (5%)
 Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:
 bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
Menerangkan pelaksanaan kajian yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah iaitu langkahlangkah penyelesaian masalah, cara mengumpul data (alat kajian yang digunakan untuk
mendapatkan data bagi membuktikan tindakan/ intervensi yang dipilih telah berjaya) dan cara
untuk menganalisis data yang diperoleh selepas menjalankan tindakan.
Terdiri daripada 3 bahagian :
1. Perancangan langkah-langkah tindakan (10%)
2. Perancangan cara mengumpul data (10%)
3. Perancangan cara menganalisis data (10%)
a Perancangan langkah-langkah tindakan (10%)
 Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/ kaedah/ teknik yang digunakan.
 Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
 Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/

kaedah/teknik berkenaan. Hampir sama dengan penulisan RPH.
 Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/
intervensi.
b Perancangan cara mengumpul data (10%)
 Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
o

Temubual – mendapatkan maklumat secara mendalam/ mendapatkan
penjelasan, menggunakan MP3

Dr. Rosinah binti Edinin
JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu
2014

4

o

Pemerhatian – memerhati dan mencatat tingkahlaku murid semasa sesi
pengajaran, menggunakan Video


o

Analisis dokumen – membuat penilaian menggunakan senarai semak yang
disediakan

o

Soal selidik – mendapatkan persepsi responden berkaitan sesuatu isu/ perkara

o

Ujian – membuat penilaian keatas ilmu pengetahuan yang diberikan/ diperoleh

 Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
 Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat
‘triangulasi’. Tujuannya untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data
yang diperoleh.
 Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
 Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

c Perancangan cara menganalisis data (10%)
 Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian yang digunakan ( i,ii, iii,iv).
 (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa). Contoh :
o

Soal selidik - Frekuensi, peratus

o

Temu bual - Tema-tema, naratif

o

Ujian - Markah, peratus

o

Analisis dokumen - Ada/tidak ada, peratus

 Paparkan alat kajian berkenaan ( i, ii, iii, iv )

 *Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis
dokumen, temu bual, soal selidik dll.
 *Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu
keprihatinan).
 *Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan
penyelidik.
*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan. Perlu diberi perhatian untuk penulisan
Laporan Penyelidikan Tindakan (sem 8)
PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN (5%)
Bahagian ini terdiri daripada :
a. Jadual pelaksanaan Kajian Tindakan
Dr. Rosinah binti Edinin
JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu
2014

5

b. Kos Kajian

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan dalam bentuk jadual (Bil,
Perkara/Aktiviti, Tarikh). Cadangan item dalam jadual berkenaan.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hari
Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hari
Merancang tindakan – 3 hari
Melaksanakan tindakan – 8 hari
Menganalisis tindakan – 2 hari
Membuat refleksi – 1 hari
Menulis laporan kajian – 10 hari
Pembentangan dapatan kajian – 2 hari

KOS KAJIAN
 Sediakan dalam bentuk jadual:
◦ Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
 Pengangkutan
 Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian – BBB, BBM,dll
PENULISAN RUJUKAN (10%)
 Sila rujuk cara penulisan mengikut stail dan sistem APA:



Jurnal, Buku, Buku dalam buku, ERIC document
Jurnal online, Tesis, Laporan, Seminar, prosiding

SEKIAN, TERIMA KASIH.
SEMOGA PERKONGSIAAN INI DAPAT MEMBANTU PENULISAN DAN PENILAIAN
PENYELIDIKAN TINDAKAN SEMESTER 7

Dr. Rosinah binti Edinin
JPIPK, IPG Kampus Bahasa Melayu
2014

6