perumpamaan di dalam al quran

perumpamaan di dalam al-quran:

Jantung Keras Seperti Batu
Jantung Yang Berfikir
Manusia berfikir dengan akalnya. Tetapi, di manakah sandaran bagi akal itu?
Adakah di jantung atau di otak? Sekalipun sebahagian orang terutamanya
golongan falsafah menyatakan bahawa otak adalah tempat bagi akal, Ayat
al-Quran jelas menyatakan bahawa jantunglah tempatnya.
Firman Allah:
     
       
       
       
   
179. Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak
mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang
yang lalai.

(Al-A`raf: 179)
Jantung mempunyai sifat yang banyak. Natara sifat bagi jantungialah, ia
mampu untuk menjadi keras dan lembut. Pada perbahasan kali ini, saya
akan menjelaskan tentang jantung yang keras.

Jantung Yang Telah Sakit
Di dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman:

      
      
Page 1 of 7

10. Dalam jantung mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat
penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi
penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab
seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta
(dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah: 10)
Jantung yang keras umpama sakit yang sudah kritikal. Apa sahaja ubat yang
diberikan tidak lagi mampu untuk menyembuhkan penyakit kronik

berkenaan.

Jantung Yang Keras
Setelah Allah menceritakan ayat sebelum ini yang menyebutkan tentang
keengganan Bani Israil mengikuti perintah Allah serta tegarnya mereka di
dalam kesombongan. Bahkan, Allah telah menghidupkan orang mati di
hadapan mata mereka, mereka melihat pelbagai tanda-tanda kebesaran
Allah seperti makanan syurga dan bumi, tetapi mereka masih tetap berkeras
untuk tidak mentaati Allah. Akhirnya Allah menurunkan ayat 74 Surah alBaqarah. Allah bercerita secara lengkap:
      
    




 


      


       
      
      
      
       
     
72. dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia,
kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan
itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
73. maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian
anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya
dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang
yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda
kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.

Page 2 of 7

74. kemudian sesudah itu, jantung kamu juga menjadi keras seperti
batu, bahkan lebih keras lagi. Sedangkan di antara batu-batu itu ada
yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di

antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air
daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah kerana
takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa
yang kamu lakukan.
(Al-Baqarah: 72-74)
Ayat yang memberikan perumpamaan jantung mereka dengan jantung batu.
Ia mencela dan mencemuh Bani Israil. Seolah-olah jantung mereka itu keras
seperti batu yang tidak akan menjadi lembut.
Imam Ibn Kathir merekodkan bahawa al-Aufi di dalam Tafsirnya menyatakan
satu kenyataan daripada Ibn Abbas:
Setelah orang yang terbunuh itu dipukul dengan beberapa bahagian
daripada lembu berkenaan, dia terus duduk. Hidup kembali seperti semula.
Lalu dia ditanya: Siapakah yang membunuhmu? Dia menjawab: Anak-anak
saudaraku yang membunuhku.Tetapi anak-anak saudaranya menafikan
sedangkan telah jelas kebenaran di hadapan mata mereka. Lantas Allah
menyebutkan:









 

    

kemudian sesudah itu, jantung kamu juga menjadi keras seperti batu,
bahkan lebih keras lagi.
Jantung mereka bertambah keras sedangkan mereka telah melihat
kebesaran Allah di hadapan mata mereka sendiri. Tiada ubat lagi bagi
kekerasan itu. Bahkan, Allah menyatakan ia seperti batu bahkan lebih keras
daripada batu.
Batu dan objek lain yang ada di muka bumi ini ialah makhluk Allah yang juga
mempunyai perasaan. Dalam banyak keadaan batu, ada batu yang boleh
terpecah sekalipun batu itu sifatnya keras. Batu yang keras di pergunungan
pecah menjadi sungai sehingga air yang bersifat lembut dapat lalu di
atasnya.


Page 3 of 7

Ada juga batu yang terbelah sehingga menyebabkan terpancarnya mata air.
Demikian juga ada batu yang jatuh daripada tempat tinggi kerana takutkan
Allah.

Objek Mempunyai Perasaan
Allah berfirman:
     
    ... 
72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya;
(Al-Ahzab: 72)
Allah berfirman:
     
         
       


44. langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada
padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun
melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak
faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi
Maha Pengampun.
(Al-Isra’: 44)
Imam al-Bukhari dengan sanadnya merekodkan: Abi Humaid al-Saidi
menyatakan bahawa apabila Nabi SAW melihat bukit Uhud, baginda berkata:

‫جب وي ي ل‬
‫ه و‬
ُ،‫ه‬
‫ون ه ح‬
‫ل يه ح‬
‫و‬
‫ذاَ ه‬
‫حب ب ه‬
‫حب بوناَ و‬
Bukit kecil ini mencintai kita dan kita juga mencintainya.
(HR al-Bukhari: 1481)


Page 4 of 7

Demikianlah pelbagai hadis dan ayat al-Quran menyatakan bahawa objekobjek yang terdapat di atas muka bumi ini adalah makhluk Allah. Kesemua
objek berkenaan juga memuji Allah dan menyembah Allah dengan cara
mereka sendiri.
Mereka taat kepada Allah sekalipun sifat mereka berbeza. Ada yang luas
seperti langit, ada yang keras seperti batu, ada yang lembut seperti air, ada
yang lembik seperti obor-obor, ada yang garang seperti singa. Tetapi,
semuanya adalah makhluk Allah yang mempunyai perasaan dan ibadah.
Namun, jantung manusia apabila telah sakit dan tenat. Ia akan keras seperti
batu, bahkan lebih keras daripada itu. Ia tidak lagi dapat diubati.

Larangan Kepada Umat Islam Berjantung Keras
Justeru itu, Allah melarang umat Islam daripada mengikuti jejak Bani Israil
ini. Allah berfirman:
      
     






     
      
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk
khusyuk jantung mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah
serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada
mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang
yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu
melalui masa yang lanjut maka jantung mereka menjadi keras, dan
banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadid: 16)
Allah berfirman:
      
       
       
22. Adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk
menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk)
dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata jantungnya

Page 5 of 7

dengan selaput kederhakaan)? maka kecelakaan besarlah bagi orangorang yang keras membatu jantungnya daripada menerima peringatan
yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah
dalam kesesatan yang nyata.
(Az-Zumar: 22)
Tetapi, sifat utama umat Islam ialah seperti ayat berikut:





     





 
2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang

apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah jantung
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka
jualah mereka berserah.
(Al-Anfal: 2)

Ubat Bagi Jantung Yang Keras
1.Beriman kepada Allah dan mencari jalan-jalan untuk
meningkatkan keimanan.
Firman Allah:
        
       
 
11. Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa
(seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman
kepada Allah, Allah akan memimpin jantungnya; dan (ingatlah), Allah
Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Taghabun: 11)
3. Belajar ilmu agama dan berdoa

Page 6 of 7

Di dalam permulaan surah Ali Imran, Allah memuji orang yang berilmu. Lalu
Allah menyatakan tentang mereka:
       ...
        
 
     
         
 
7. ... dan orang-orang mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama,
berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan
kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan
orang-orang Yang berfikiran.
8. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau
memesongkan jantung Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya
Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali Imran: 7-8)

WallahuA`lam.

Page 7 of 7