Pemikiran Kanak Kanak Praoperasi Dan Kon

Isi kandungan

Perkara

muka surat

Pengenalan

2-4

Pengumpulan data

5- 16

Interpretasi

17- 19

Kesimpulan

19 -21


Bibiliografi

22

1

Tajuk tugasan : Pemikiran Kanak-kanak Praoperasi dan Konkrit.
1.0 Pengenalan.
Dalam melaksanakan uji kaji ini, saya telah menemuramah dua orang murid yang berbeza umur
dan latar belakang. Kanak-kanak A yang saya gunakan adalah berumur 7 tahun dan mempunyai
latar belakang keluarga yang tidak begitu stabil. Manakala kanak-kanak B yang berumur 5 tahun
ini pula mempunyai latar belakang keluarga yang agak baik Di bawah saya rumuskan maklumat
murid dalam bentuk jadual.

Maklumat

Kanak-kanak
A


Kanak-kanak
B

Nama

Amelia ak Robin

Castello ak John

Umur

7 Tahun

5 Tahun

Jantina

Perempuan

Lelaki


Pekerjaan bapa

Buruh kasar

Kerani

Suri Rumah Tangga

Pembantu Pra Sekolah

Kelayakan tertinggi bapa

UPSR

SPM

Kelayakan tertinggi ibu

UPSR


PMR

Pekerjaan ibu

2

2.0. Teori Piaget.
2.1 Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)
Menurut Piaget, pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh
bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi
pesat. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap
pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek
mempunyai jiwa. Oleh itu, mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan.
Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh
khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif (daripada umum
kepada contoh khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir
peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka,
boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian

bilangan.
2.2 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)
Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun. Kanak-kanak
dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai
pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti komputer, perabot dan
benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanakkanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam
bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi
segera seperti rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan, mereka membentuk
peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Seterusnya,
menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakul daripada bentuk luaran
sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman
objek-objek yang konkrit ini untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di
dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek

3

yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan
mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep.
2.3 Matlamat kajian.
Matlamat kajian ini ialah untuk mendapatkan bukti tentang perbezaan pemikiran antara kanakkanak pada tahap praoperasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun dan kanak-kanak pada

tahap operasi konkrit yang dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun.

4

3.0 Pengumpulan Data Untuk Tugasan 1: Konservasi Cecair.
Dalam melaksanakan tugasan ini saya telah menyediakan dua buah balang kaca yang sama besar
berisi air yang sama banyak pada peringkat pertama. Kanak-kanak ini ditanya untuk
mendapatkan data. Seterusnya saya mengambil sebuah lagi balang yang lebih panjang dan
menuang air daripada salah satu balang yang berisi air tadi ke dalam balang yang lebih panjang ,
tanpa mengurang dan menambah air yang sedia ada di dalamnya. Kemudian saya akan bertanya
lagi kepada kanak-kanak ini untuk mendapatkan maklumat yang saya kehendaki. Di sini saya
telah memperolehi beberapa data. Ikuti perbualan saya dengan kanak-kanak ini.
Profile Kanak-kanak A:
Nama

:

Amelia ak Robin

Umur


:

7 Tahun

Jantina

:

Perempuan

Bangsa

:

Iban

Agama

:


Kristian

Pekerjaan bapa

:

Buruh kasar

Pekerjaan Ibu

:

Suri Rumah Tangga

Bilangan adik beradik :

5 orang

Merupakan Anak ke :


4.

Kenderaan ke sekolah :

Van sekolah.

5

Temu bual bersama Amelia
Peringkat pertama:
Mengisi air dalam balang yang sama besar. Kandungan air sama banyak. Diletakkan di hadapan
Amelia agar dapat dilihat dengan jelas.
Penyelidik

: Sekarang saya telah mengisi air dalam kedua-dua balang ini. Sila
perhatikan betul-betul . Adakah kamu nampak dengan jelas air dalam
balang ini ?

Kanak-kanak A


: Ya, saya dapat melihatnya dengan jelas.

Penyelidik

: Adakah air yang ada di dalam kedua-dua balang ini sama banyak ?

Kanak-kanak A

: Ya. Sama banyak.

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Pertama
Kanak-kanak A

6

Peringkat Kedua:
Penyelidik menuang air daripada salah satu balang yang berisi air tadi ke dalam sebuah balang
yang lebih besar.
Penyelidik


: Sekarang, saya akan menuang air yang dalam balang ini ke dalam balang
yang lebih besar. Saya hendak kamu perhatikan apa yang akan berlaku
pada kandungan air yang di dalam balang besar itu. Adakah kamu
nampak dengan jelas apa yang berlaku ?

Kanak- kanak A

: Ya saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik

: Pada pemerhatian kamu adakah kandungan air dalam kedua-dua balang
ini sama banyak ?

Kanak- kanak A

: Ya, sama banyak.

Penyelidik

: Mengapa kamu mengatakan ia masih sama banyak ?

Kanak-kanak A

: Sebab ia masih merupakan air yang sama.

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Kedua
Kanak-kanak A

7

Profile Kanak-kanak B:
Nama

:

Castello ak John

Umur

:

5 Tahun

Jantina

:

Lelaki

Bangsa

:

Iban

Agama

:

Kristian

Pekerjaan bapa

:

Kerani

Pekerjaan Ibu

:

Pembantu Pra Sekolah

Bilangan adik beradik :

3 orang

Merupakan Anak ke :

3.

Kenderaan ke sekolah :

Kereta.

Temu bual bersama Castello.
Peringkat pertama:
Mengisi air dalam balang yang sama besar. Kandungan air sama banyak. Diletakkan di hadapan
Castello agar dapat dilihat dengan jelas.
Penyelidik

: Saya telah mengisi air ke dalam kedua-dua balang ini. Sila
perhatikan betul-betul . Adakah kamu nampak dengan jelas air dalam
balang ini ?

Kanak-kanak B

: Ya, saya dapat melihatnya dengan jelas.

Penyelidik

: Adakah air yang ada di dalam kedua-dua balang ini sama banyak ?

Kanak-kanak B

: Ya. Sama banyak.

8

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Pertama
Kanak-kanak B

9

Peringkat Kedua:
Penyelidik menuang air daripada salah satu balang yang berisi air tadi ke dalam sebuah balang
yang lebih besar.
Penyelidik

: Sekarang, saya akan menuang air yang dalam balang ini ke dalam balang
yang lebih besar. Saya hendak kamu perhatikan apa yang akan berlaku
pada kandungan air yang di dalam balang besar itu. Adakah kamu
nampak dengan jelas apa yang berlaku ?

Kanak- kanak A

: Ya saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik

: Pada pemerhatian kamu adakah kandungan air dalam kedua-dua balang
ini sama banyak ?

Kanak- kanak A

: Tidak sama banyak.

Penyelidik

: Mengapa kamu mengatakan ia tidak sama banyak ?

Kanak-kanak A

: Sebab balang yang baru ini lebih besar.

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Kedua
Kanak-kanak B

10

4.0 Pengumpulan Data Untuk Tugasan 2 : Konservasi Jisim
Dalam melaksanakan tugasan ini pula, saya telah menyediakan dua ketul plastisin yang sama
banyak. Saya ketulkan sebesar bola hoki. Kedua-duanya sama saiz. Pada peringkat pertama, saya
bertanya untuk mendapatkan maklumat dan data tentang persamaan pendapat mereka. Pada
peringkat kedua saya telah mengubah bentuk salah satu daripada bola berkenaan dan
bertanyakan semula pendapat mereka tentang perkara yang sama. Di sini juga saya mendapat
respon yang saya hendak daripada kanak-kanak ini. Saya tidak pasti adakah ianya pengaruh
rakan sebayanya atau gambarannya sendiri. Ikuti perbualan saya bersama mereka secara data.
Kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama :
Temu bual bersama Amelia
Penyelidik

: Di depan kamu sekarang ada dua ketul plastisin. Saya akan ketulkan
plastisin ini sama bentuk. Dapatkah kamu melihat bentuk plastisin ini
dengan jelas ?

Kanak-kanak A

: Ya. Saya dapat melihatnya dengan jelas.

Penyelidik

: Pada pemerhatian kamu adakah kedua-dua ketul plastisin ini sama
besar ?

Kanak-kanak A

: Ya. Sama besar.

Penyelidik

: Adakah kamu pasti dengan jawapan kamu?

Kanak-kanak A

: Ya. Saya pasti.

11

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama
Kanak-kanak A

12

Peringkat Kedua :
Penyelidik mengubah bentuk dengan memanjangkan salah satu daripada plastisin itu tanpa
mengurangkan kuantitinya. Perkara ini dilakukan di hadapan kanak-kanak A.
Penyelidik

: Sekarang, saya telah mengubah bentuk salah satu daripada plastisin ini.
Adakah kamu nampak apa yang telah saya lakukan dengan jelas ?

Kanak- kanak A

: Ya, saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik

: Pada pemerhatian kamu sekarang, adakah kedua-dua bentuk ini sama
besar ?

Kanak- kanak A

: Ya. Kedua-dua ketulan ini masih sama besar.

Penyelidik

: Mengapa kamu mengatakan demikian ?

Kanak-kanak A

: Sebab ia masih ketulan yang sama.

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Kedua
Kanak-kanak A

13

Kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama :
Temu bual bersama Castello
Penyelidik

: Di depan kamu sekarang ada dua ketul plastisin. Saya akan ketulkan
plastisin ini sama bentuk. Dapatkah kamu melihat bentuk plastisin ini
dengan jelas ?

Kanak-kanak B

: Ya. Saya dapat melihatnya dengan jelas.

Penyelidik

: Pada pemerhatian kamu adakah kedua-dua ketul plastisin ini sama
besar ?

Kanak-kanak B

: Ya. Sama besar.

Penyelidik

: Adakah kamu pasti dengan jawapan kamu?

Kanak-kanak B

: Ya. Saya pasti.

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama
Kanak-kanak B

14

Peringkat Kedua :
Penyelidik mengubah bentuk dengan memanjangkan salah satu daripada plastisin itu tanpa
mengurangkan kuantitinya. Perkara ini dilakukan di hadapan kanak-kanak B.
Penyelidik

: Sekarang, saya telah mengubah bentuk salah satu daripada plastisin ini.
Adakah kamu nampak apa yang telah saya lakukan dengan jelas ?

Kanak- kanak B

: Ya, saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik

: Pada pemerhatian kamu sekarang, adakah kedua-dua bentuk ini sama
besar ?

Kanak- kanak B

: Tidak. Kedua-dua ketulan ini tidak sama besar.

Penyelidik

: Mengapa kamu mengatakan demikian ?

Kanak-kanak B

: Sebab ketulan yang baru ini lebih panjang.

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Kedua
Kanak-kanak B

15

Dengan melihat kepada dapatan saya dalam kajian ini, murid dalam lingkungan umur 7 tahun ,
lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam memanipulasikan dan membentuk reprentasi
mental secara dalaman. Kanak-kanak ini boleh dikatakan mempunyai pelbagai pemikiran dan
memori tentang objek-objek yang konkrit seperti benda-benda maujud. Berbanding dengan
kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 5 tahun, mereka hanya bole menggunakan bahasa dan
symbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Pada peringkat umur pra operasi ini, kanakkanak ini tidak dapat membezakan angan-angan dengan kenyataan. Oleh yang demikian kanakkanak di tahap ini, tidak dapat membuat perbandingan yang tepat di mana mereka lebih kepada
pandangan yang nampak sahaja.

16

5.0 Interpretasi
Rumusan data yang telah diperolehi:-

Tugasan

Konservasi Cecair

Konservasi Jisim

Murid A

Murid B

( 7 Tahun )

( 5 Tahun )

Peringkat 1

Peringkat 1

Sama

Sama

Peringkat 2

Peringkat 2

Sama

Tidak Sama

Peringkat 1

Peringkat 1

Sama

Sama

Peringkat 2

Peringkat

Sama

Tidak Sama

17

Melalui rumusan yang telah saya lakukan ini, jelas terlihat oleh kita bahawa, terdapat perbezaan
antara kanak-kanak berumur antara 5 tahun dengan kanak-kanak berumur 7 tahun. . Di sini,
kita boleh nampak dengan jelas, kanak-kanak A yang berusia 7 tahun dan kanak-kanak B yang
berusia 5 tahun ini mempunyai tahap pemikiran yang tidak sama. Kanak-kanak yang berumur 7
tahun ini adalah lebih matang lagi tahap pemikirannya berbanding dengan tahap pemikiran
kanak-kanak yang berumr 5 tahun. Melalui kajian ini, tahap pemikiran mereka yang berbeza ini
dapat kita buktikan. Selain daripada faktor usia perbezaan ini mungkin juga disebabkan oleh
beberapa faktor lain seperti latar belakang keluarga dan pengaruhi sekeliling semasa kajian
dijalankan. Sesuai dengan kenyataan Piaget di mana beliau menyatakan kanak-kanak pada usia
ini tidak dapat membezakan angan-angan dengan kenyataan.
Keseluruhannya pada peringkat pertama tugasan, kanak-kanak memang memberikan jawapan
yang sama. Namun pada peringkat kedua, jawapan daripada kedua-dua mereka agak berbeza
mengikut pemerhatian dan penaakulan mereka sendiri . Menurut Piaget pada tahap pra operasi
konkrit ini, kanak-kanak ini akan menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang
penaakulan daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat
memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini untuk mengenal pasti kuantitikuantiti yang terkandung di dalamnya. Ini membuktikan yang dia memang boleh menggunakan
gambaran-gambaran mental untuk memahami dunianya, tetapi pemikirannya yang begitu
simbolik, hanya direfleksikan dengan apa yang dia nampak dengan jelas. Inilah yang berlaku
pada kanak-kanak B iaitu adik Castello yang berusia 5 tahun ini. Pemikirannya yang simbolik ini
pula ,ada yang dilahirkan dengan penggunaan kata-kata dan gambaran. Di sini penggambaran
mental mulai digunakan dan ini ada kalanya, yang melampaui hubungan informasi sensorik
daripada tindakan fisik. Akan tetapi, ada beberapa hambatan dalam pemikiran anak pada tahap
ini, seperti egosentrisme dan sentralisme. Oleh yang demikianlah saya rasakan pada tugasan
yang kedua iaitu konservasi jisim itu, mereka memberikan jawapan yang tidak sama pada bola
plastisin yang sepatutnya sama saiz itu walaupun setelah diubah bentuk salah satu daripadanya.
Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi
sosial dan kemahiran berbahasa. Pemikiran kanak-kanak berkembang akibat pergaulan dengan
orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak
18

dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar
dari apa yang dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya
sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu
yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik- beradik, keluarga terdekat dan rakan
sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing
komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat
ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan
dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.
Menurut Piaget , bagi kanak-kanak sekitar 7 – 8 tahun , mereka sudah mampu berfikir secara
logik mengenai kejadian-kejadian sebenar, memahami konsep percakapan, mengorganisasikan
objek menjadikan kelas-kelas hierarki (klasifikasi) dan menempatkan objek-objek dalam urutan
yang teratur (serialisasi). Ini jelas kepada kita melalui rumusan data yang telah saya peroleh, di
mana kanak-kanak sekitar usia ini, nampaknya lebih dewasa menjawab. Mereka telah
mempunyai kenyakinan diri dan telah mulai pandai mengenali dan memahami konsep nombor
dan gambaran. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekitar usia ini, adakalanya masih juga
mempunyai tindakan yang sama dengan kanak-kanak seusia 6 – 5 tahun . Jadi di sini , memang
ada juga kebenaran pada teori Vygotsky , iaitu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan
sosialnya atau alam sekelilingnya. Dan sememangnya mereka perlu dibantu untuk mendapatkan
yang terbaik dalam kerjaya kehidupan mereka.

19

7.0 Kesimpulan.
Secara kesimpulannya menurut kajian yang saya jalankan ini, ia lebih cenderung menyokong
teori piaget. Ini kerana menurut piaget, perkembangan kanak-kanak adalah berperingkatperingkat. Apa yang saya jalankan di sini adalah peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun ) dan
peringkat konkrit ( 7 – 11 tahun ).
Sesuai dengan kajian saya pada peringkat praoperasi ini, kanak-kanak ini, hanya boleh
menggunakan simbol dan bahasa. Mereka belum memahami akan hukum keabadian jisim, luas,
berat, isipadu dan nombor. Jesteru itulah kita dapat melihat jawapan dan reaksi mereka semasa
mereka menjawab soalan kita, mereka sememangnya belum memahaminya.
Menurut data yang diperolehi hasil dari kajian ini, adik Castello yang berusia 5 tahun, tidak
mampu menginterpretasikan kenyataan. Apa yang mampu dinyatakan oleh adik ini hanyalah
pada perkara yang boleh dia nampak dengan jelas. Contohnya objek yang besar dan kecil atau
benda maujud yang jelas di pandangannya, itulah yang akan menjadi jawapannya. Di sini kita
nampak kejujurannya menjawab berdasarkan pemerhatian. Ini amat bersesuaian dengan teori
piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini hanya boleh menggunakan
bahasa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep.
Manakala pada peringkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun ) kanak-kanak ini telah maju setapak ke
hadapan. Mereka ini lebih klasifikasi, reversibiliti dan telah boleh memahami serba sedikit
hukum keabadian jisim, luas, berat, isipadu dan nombor. Kalau dilihat dari cara mereka
menjawab soalan pun, mereka berkenyakinan dan berfikir dulu sebelum menjawab. Agak
berbeza dengan kanak-kanak praopreasi.
Melihat kepada dapatan saya melalui kajian ini, adik Amelia yang berusia 7 tahun dapat
memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Buktinya semua jawapan
yang diberikan pada peringkat kedua setiap kajian adalah mengikut persepsi yang lebih tepat
berbanding dengan kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Pemikirannya tidak transdaktif, tetapu
lebih konkrit dan teliti. Kanak-kanak ini juga yakin dengan jawapannya dan tidak mudah
20

terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Contohnya ketulan plastisin yang telah diubah
bentuknya , kanak-kanak ini masih tetap mengatakan yang saiznya masih sama walaupun
bentuknya berbeza kerana dia nampak dengan jelas yang itu adalah plastisin yang sama.
Sesuai dengan kenyataan Piaget dalam teorinya yang mengatakan kanak-kanak ini mempunyai
pelbagai pemikiran dan memori yang baik tentang perkara-perkara yang konkrit yang
diperhatikannya seperti objek-objek atau benda maujud yang jadi bahan kajian. Jesteru itu, dalam
konservesi jisim yang dilakukan kanak-kanak ini dapat menaakul dalam mindanya tentang
kuantiti dan perubahan pada objek yang dipaparkan.
Melalui kajian yang telah saya laksanakan ini, dapatlah saya nyatakan bahawa ia telah
menyokong Teori Piaget seratus peratus.

21

Rujukan:
Teori Piaget dan Vygotsky oleh Opini, 2011. Di perolehi pada 26.03.2013.
http://edukasi.kompasiana.com/2011/01/01/teori-piaget-dan-vygotsky-329469.html
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980) oleh R.A&S,2011. Diperolehi pada
26.03.2013.
http://www.ipgktarpengajiansosial.com/2011/04/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2 ) Psikologi
Pendidikan dan Pedagogi, 2003, Kuala Lumpur.
Piaget, J. (1983). Piaget's theory. Dalam P. Mussen (ed.). Handbook of Child Psychology. ed. ke4. Vol. 1. New York: Wiley.
Piaget, J. (1985). The Equilibration of Cognitive Structures: The Central Problem of Intellectual
Development. Chicago: University of Chicago Press.
Traill, R.R. (2012). Dasar molekuler untuk Piaget-“schème” (sabagai memori-kode): Beberapa
implikasi mengejutkan; Makalah yang disajikan, pada 42 Konferensi Tahunan dari Jean Piaget
Masyarakat.
Vonèche, J.J. (1985). Genetic epistemology: Piaget's theory. International Encyclopedia of
Education, Vol. 4. Oxford: Pergamon.
Smith, L. (2001). "Jean Piaget". In J. A. Palmer (ed.) 50 Modern Thinkers on Education: from
Piaget to the Present. London: Routledge

22