Sunnah sunnah Yang Ditinggalkan Pada Bul

SUNNAH-SUNNAH
YANG DITINGGALKAN PADA
BULAN RAMADHAN
Syeikh Nasiruddin Al-Albani Rahimahullah

Tajuk : Sunnah-Sunnah yang Ditinggalkan
Pada Bulan Ramadhan
Penulis : Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani
Terjemahan : Ibnu Zakaria al-Bary
Alhamdulillah, selesai terjemahan pada 7.00 pagi,
17.4.2018(Selasa).

Catatan;
Terjemahan ini merupakan jawapan Syeikh
Albani atas pertanyaan seseorang yang meminta
nasihat dalam menjalankan puasa di bulan
Ramadhan.
Sumber ini adalah dari artikel berbahasa
Inggeris www.calltoislam.com.
Sebagaimana tajuknya, di dalam ini berisi
penjelasan sunnah-sunnah di bulan Ramadhan

yang telah banyak ditinggalkan orang. Semoga
ini dapat memberikan manfaat kepada semua,
untuk kembali menghidupkan sunnah-sunnah
Rasulullah dan meraih keutamaan di bulan Ramadhan.

Pertanyaan:
Bolehkah Syeikh memberikan nasihat
kepada kami pada kesempatan ini dalam
memasuki Ramadhan yang diberkahi?

Jawapan:
Syeikh Al-Albani rahimahullah berkata: Allah
SWT berfirman(bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas
orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”
(QS Al-Baqarah [2] : 183)
Di dalam ayat ini, yang tidak tersembunyi dari
orang-orang yang hadir, Allah memberitahu
kepada umat Muhammad, melalui ayat ini,

Dia(Allah) telah mewajibkan puasa keatas mereka
sebagaimana Dia telah mewajibkan puasa atas
umat sebelum kita. Ini adalah sebuah perkara
yang diketahui oleh seluruh Muslim yang membaca
ayat ini, dan memahami dengan jelas maknanya.
Namun apa yang hendak saya ketengahkan adalah

sesuatu yang lain, sebuah perkara yang hanya
sedikit difahami oleh kebanyakan orang dan ini
adalah firman Allah SWT di akhir ayat ini(bermaksud):
“agar kamu bertakwa”.
Allah Azza wa Jalla, ketika Dia memerintahkan
hamba-hamba-Nya yang beriman atau mewajibkan
mereka atas beberapa syariat, biasanya hanya
menyebutkan perintah tanpa menjelaskan hikmah
disebaliknya. Ini kerana hikmah disebalik
penetapan kewajipan oleh Allah terhadap
hamba-hambaNya adalah Dia menguji mereka
dengannya, sehingga jelas orang-orang yang taat
kepadaNya dan orang-orang yang derhaka

kepada-Nya.
Namun demikian, di dalam ayat ini, Allah
menyebutkan sesuatu yang tidak sering ditemui
dalam Al-Quranul Karim, yang mana Dia
menyebutkan alasan atas perintah berpuasa dengan
firmanNya(bermaksud):

“agar kamu bertakwa”.
Maka hikmah disebalik puasa orang-orang Mukmin
tidak hanya mereka menahan diri dari kesenangan-kesenangan
dan perkara-perkara yang diperbolehkan,
meskipun perkara ini merupakan kewajipan bagi orang
yang berpuasa, namun ini bukanlah satu-satunya
yang diwajibkan dan dimaksudkan dari berpuasa.
Allah Azza wa Jalla, mengakhiri perintahNya
berpuasa dengan berfirman:
“agar kamu bertakwa”.
Bermaksud hikmah disebalik kewajipan berpuasa
adalah seorang Muslim perlu meningkatkan
ketaatan kepada Allah, di bulan Ramadhan, dan

menjadi lebih taat berbanding sebelumnya.
Dan Nabi menyatakan dengan jelas dan menjelaskan
dengan sempurna hikmah ketetapan ini,
dengan sabda Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan

di dalam Sahih al-Bukhari (no. 1903), Baginda
bersabda(bermaksud):
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan
bohong, bertindak atas kebohongan itu, maka Allah
tidak memerlukan dia meninggalkan makanan
dan minumannya.”
Maksudnya Allah tidak menginginkan dengan
kewajipan berpuasa ini(untuk menahan(diri)
pada waktu-waktu yang telah ditentukan
sebagaimana yang kita ketahui) bahawa mereka hanya
menahan diri dari makan dan minum sahaja.
Sebaliknya mereka harus menahan diri dari apa
yang Allah larang berupa dosa-dosa dan
kemaksiatan terhadapNya, dan daripada perkataan
dan perbuatan dusta.


Dengan demikian Nabi menekankan ayat ini:

“agar kamu bertakwa”.
Iaitu kita perlu(sebagai amal ibadah untuk
mendekatkan diri kepada Allah, selain daripada
menahan diri daripada makan dan minum) juga
menahan diri pada perkara-perkara yang diharamkan,
seperti ghibah, namimah, menjadi saksi palsu, berbohong,
dan sebagainya, yang berkenaan dengan perkara-perkara
yang dilarang yang telah kita ketahui bersama.
Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan seluruh
Muslim harus menyedari perbuatan-perbuatan
yang merosakkan puasa, dan tidak hanya(menjaga)
perbuatan fizikal(semata-mata), yang diketahui secara
umum, iaitu makan, minum dan jima’. Puasa tidak hanya
bermaksud menahan diri dari perkara-perkara ini.
Oleh sebab itu para ulama membezakan dan membagi
perkara-perkara yang merosakkan puasa ke dalam dua
kategori, dan inilah yang saya maksudkan dalam pembicaraan

pada waktu yang diberkahi ini, insyaAllah.

Perkara ini khususnya penting kerana orang-orang
yang menyampaikan Khutbah dan memperingatkan
manusia dalam bulan Ramadhan, ketika mereka
bercakap tentang perkara-perkara yang merosakkan
puasa, mereka hanya bercakap mengenai perkara-perkara
yang bersifat material semata-mata, perkara-perkara
yang baru saja kita sebutkan(makan, minum dan jima’).
Namun apa yang perlu mereka lakukan, sebagai
penasihat yang ikhlas dan orang-orang yang memberikan
peringatan kepada manusia secara umum, untuk
lebih menumpukan kepada kategori kedua yang
merosakkan puasa. Perkara ini kerana manusia menjadi
terbiasa berfikir puasa hanyalah menahan
diri dari kategori pertama, menahan diri dari perkara-perkara
yang bersifat jasmaniah. Namun ada kategori
lainnya yang merosakkan puasa, yang disebut perkara-perkara
yang bukan jasmaniah yang dapat merosakkan puasa.
Kita tadi baru saja mendengar sabda Nabi(bermaksud):

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan

bohong, bertindak atas kebohongan itu, maka Allah
tidak memerlukan dia meninggalkan makanan
dan minumannya .”
Oleh kerana itu setiap orang yang berpuasa perlu
memeriksa dirinya dan melihat, adakah dia hanya
menahan diri dari perkara-perkara yang bersifat
material atau dia menahan diri dari perkara-perkara
yang bersifat non-material?
Maksudnya, dia menjadikan akhlaknya dan
Perbuatannya baik ketika datangnya bulan Ramadhan
yang diberkahi. Jika demikian, maka dia telah
melaksanakan firman Allah SWT di akhir ayat(bermaksud):
“agar kamu bertakwa”.

Namun bagi orang yang membataskan diri dalam
berpuasa hanya menahan diri daripada makan dan
minum, namun terus dan tetap melakukan


perbuatan buruk yang dilakukannya sebelumnya,
sebelum bulan Ramadhan, maka ini bukanlah
puasa yang diinginkan dan diwajibkan dari hikmah
disebalik ketetapan syariat di bulan yang mulia ini,
dimana Rabb kita Azza wa Jalla mengisyaratkan
dengan firmanNya(bermaksud):
“agar kamu bertakwa”.
Oleh kerana itu kami menasihatkan dan mengingatkan
saudara-saudara kami yang Muslim, mereka harus
mengingati kategori yang ini, iaitu perkara-perkara yang
non-material, yang merosakkan puasa, dan merupakan
sesuatu yang perlu ditekankan oleh para penceramah
dan orang-orang yang mengarahkan
manusia kepada jalan yang benar(kerana ianya jarang
diperingatkan), itu belum lagi masyarakat umum yang tidak
menyedari kategori ini(iaitu perkara-perkara yang dapat
merosakkan puasa).
Inilah yang ingin saya ingatkan kepada saudara-saudara kami
yang hadir dalam majlis ini, insyaAllah, sehingga dapat


menjadi penyebab bagi mereka untuk meningkatkan amal
ibadah, mendekatkan diri kepada Allah, di bulan yang
diberkahi ini, bulan puasa, yang mana kami
berharap Allah akan memberikan kita taufiq
untuk memenuhi hak dari bulan yang diberkahi ini,
iaitu kita menahan diri dari perkara-perkara yang bersifat
jasmani dan rohani yang dapat merosakkan puasa.
Lebih lanjut sebagai tambahan, saya berharap
kita memberikan perhatian terhadap beberapa
perkara, yang telah ditinggalkan oleh sebahagian
besar Muslim, itu belum lagi orang-orang
yang memiliki ilmu.
Terdapat hadis yang seringkali diabaikan kerana
adanya hadis lain, kerana sebahagian besar orang
tidak dapat menyatukan dalam praktikal dan
penerapan diantara keduanya. Hadis ini adalah
sabda Baginda(bermaksud):

“Umatku akan tetap berada dalam kebaikan
selama mereka menyegerakan berbuka dan


mengakhirkan sahur.”
Disini ada dua perkara yang disebutkan, dan
keduanya ditinggalkan oleh sebahagian besar
manusia, dan keduanya adalah: menyegerakan
berbuka, dan menunda(memperlambatkan) sahur.
Adapun meninggalkan perkara yang pertama,
mempercepatkan berbuka puasa, dalam pandangan
sebahagian orang menyelisihi hadis lain, iaitu
sabda Baginda(bermaksud):
“Ummatku akan tetap berada dalam kebaikan selama mereka
menyegerakan(tidak mengakhirkan) solat Maghrib.”
Disini ada dua perintah, untuk menyegerakan dua
perkara. Sehingga tampak bagi sebahagian orang
bahawa kita tidak dapat menyegerakan dua perkara
sekaligus.
Namun menyatukan antara perintah menyegerakan

berbuka puasa dan menyegerakan solat Maghrib adalah
sesuatu yang sangat mudah. Ini adalah sesuatu yang Nabi kita

menjadikannya jelas bagi kita dengan amal
perbuatan Baginda. Baginda berbuka dengan tiga
biji kurma. Baginda makan tiga biji kurma, kemudian Baginda
solat Maghrib, kemudian Baginda makan apabila mendapati
dirinya memerlukan makan malam.

Tapi sekarang ini, kita jatuh ke dalam dua
pelanggaran:
(1) Pertama kita menunda azan dari waktu yang
ditentukan. Dan setelah penundaan ini datang penundaan yang
lain, iaitu kita duduk untuk makan(kecuali bagi beberapa
orang yang berhasrat solat Maghrib di masjid).
Namun sebahagian besar manusia menunggu sehingga
mereka mendengar azan, kemudian mereka duduk
untuk makan seperti mereka hendak makan
malam(berlama-lama).
Azan pada masa sekarang ini(di sebahagian negara

Islam sayangnya, saya harus mengatakan, dan
bukan hanya di Jordan, dan saya mengetahuinya
melalui penelitian, di sebahagian besar negara Islam(azan
Maghrib dilaksanakan selepas waktunya).
Dan alasannya adalah kerana kita mengabaikan
berpegang kepada(dan menerapkan) kaedah
Islam, dan sebaliknya kita bergantung kepada
perhitungan astronomi. Kita bergantung pada
jadual.
Namun jadual ini (dibuat) berdasarkan perhitungan
astronomi yang menganggap negeri ini
sebagai sebuah bidang datar. Maka mereka
menetapkan waktu untuk bidang datar ini,
manakala kenyataannya negeri ini, khususnya
negeri kita menetap, berbeza antara rendahnya
lembah dan tingginya gunung. Maka tidak benar
sebuah waktu ditetapkan yang meliputi pantai,
dataran dan pergunungan. Tidak…, setiap bahagian
negeri memiliki waktunya tersendiri. Maka siapa yang mampu
di tempat dimana dia tinggal, di bandar atau di kampungnya,

melihat matahari terbenam dengan matanya, maka bila pun
matahari terbenam, maka itulah(waktu) bersegera yang
kita diperintahkan dengan perkataan Baginda
yang baru saja kami sebutkan(bermaksud):
“Umatku akan tetap berada dalam kebaikan selama mereka
menyegerakan berbuka puasa.”
Nabi sangat teliti dalam menerapkan Sunnah dengan
mengajarkannya dan menerapkannya.
Adapun ajarannya, Baginda bersabda, dalam
hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam
Sahihnya (no. 1954), sabdanya(bermaksud)
“Jika waktu malam tiba dari dari arah sana,”
dan Baginda menunjuk ke arah timur,
“dan waktu siang berlalu dari arah sana,”
dan Baginda menunjuk ke arah barat,

“dan matahari telah terbenam, bermaksud orang yang
berpuasa telah berbuka.”
Apa maksudnya puasa orang yang berpuasa telah
berbuka?
Maksudnya dia telah masuk ke dalam hukum
dimana dia harus membatalkan puasanya.
Kemudian datang hukum sebelumnya dimana
Rasulullah mendorong untuk menyegerakan
berpuka puasa, dan Rasulullah melaksanakannya,
meskipun Baginda berkenderaan dalam
perjalanan.
Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari (no. 1955)
bahwa Nabi memerintahkan salah seorang
sahabatnya untuk mempersiapkan iftar baginya.
Dia menjawab, “Ya Rasulullah, hari masih terang
di depan kita.”

Maksudnya: Cahaya matahari, meskipun telah terbenam,
namun cahayanya masih jelas di sebelah barat. Rasulullah
tidak menanggapi perkataannya, sebaliknya Baginda
menekankan kembali perintahnya untuk mempersiapkan iftar.
Maka perawi hadis berkata: Kami dapat melihat siang di
depan kami(maksudnya cahaya matahari) ketika
kami berbuka puasa, dia berkata lagi:
“Jika salah seorang dari kami naik ke punggung untanya, dia
akan dapat melihat matahari.”
Matahari telah terbenam disini dan Rasulullah
memerintahkan salah seorang sahabat untuk mempersiapkan
iftar.
Mengapa?
Iaitu untuk bersegera di atas kebaikan.
“Umatku akan tetap dalam kebaikan selama
mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Maka yang penting adalah kita memperhatikan
bahwa iftar (berbuka puasa), yang disyariatkan
untuk disegerakan mestilah dilakukan dengan
beberapa biji kurma. Kemudian kita perlu
bersegera solat. Kemudian selepas itu(selesai solat maghrib)
orang-orang dapat duduk dan makan sesuai dengan
keperluannya.

Ini adalah perkara pertama, yang ingin saya
peringatkan kepada kita semua, dan inilah cara
menjama’ kedua perkara yang diperintahkan Nabi
agar kita bersegera melaksanakannya.
Yang pertama adalah perintah untuk menyegerakan
berbuka, dan yang kedua adalah bersegera melakukan
solat Maghrib. Maka berbuka puasa mestilah dilakukan
dengan beberapa biji kurma, sebagaimana yang terdapat
dalam Sunnah, dan jika tidak mempunyai kurma, maka
berbukalah dengan beberapa teguk air. Kemudian solat
Maghrib secara berjamaah di Masjid.

Perkara lain yang ingin saya peringatkan kepada
kita semua adalah apa yang terdapat pada hadis
sebelumnya(bermaksud)
“dan mereka mengakhirkan makan
sahur”
Maksudnya apa yang diperintahkan disini
adalah berbalik dari berbuka puasa. Baginda
memerintahkan kita untuk menyegerakan iftar.
Namun adapun Sahur, maka perlaksanaannya
dilambatkan(diakhirkan). Namun apa yang terjadi
sekarang ini adalah sangat bertentangan, kerana banyak
orang makan Sahur sekitar satu jam sebelum munculnya
Fajar.
Perkara ini tidak berfaedah. Ini berlawanan dengan
Sunnah yang ditunjukkan dengan sabda Nabi ,
dan dengan perbuatan Baginda. Para sahabat Nabi
dahulu melakukan Sahur sangat lambat
sehingga salah seorang dari mereka hampir

mendengarkan azan dan dia masih makan kerana
mengakhirkan Sahur.
Terdapat sebuah hadis sahih yang diriwayatkan
dari Nabi yang menunjukkan kemudahan dalam
Islam, yang dikira sebagai salah satu kaedah
prinsip di dalam Islam, yang dibanggakan
Muslimin, khususnya yang berkenaan dengan
puasa, kerana Allah mengakhiri ayat mengenai
Puasa dengan firman-Nya(bermaksud):
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu.” (QS Al-Bqarah
[2] : 185)
Dari kemudahan ini adalah sabda Baginda(bermaksud) :
“Jika salah seorang dari kamu mendengarkan seruan
untuk solat dan dia masih memegang gelas di
tangannya, maka janganlah dia meletakkannya
sehingga dia memenuhi hajatnya(keperluannya itu).”

“Jika salah seorang dari kamu mendengarkan
seruan untuk Solat dan gelas…”
Gelas ini mengandungi makanan, susu, minuman,
air, apa saja yang dimakan seseorang pada waktu
Sahur, dan dia mendengarkan azan maka dia
tidak boleh bercakap, sekarang makanan ini dilarang
kerana azan telah terdengar. Seseorang
yang telah tercukupi, maka tidak diperbolehkan
baginya untuk menambah lagi, sama ada itu
minuman atau buah-buahan, ketika dia telah tercukupi
dengan apapun yang dia makan.
Namun bagi orang yang mendengarkan azan dan
belum mengambil dari apa yang dia perlukan dari
makanan dan minuman, maka Rasulullah membolehkan
perkara tersebut baginya. Baginda mengatakan dengan jelas,
dalam bahasa Arab yang jelas dan fasih(bermaksud),

“Jika salah seorang dari kamu mendengarkan seruan untuk
solat, dan gelas berada di tangannya, maka janganlah dia
meletakkannya sehingga dia memenuhi
hajatnya(keperluannya).”
Dan seruan azan yang dimaksudkan disini adalah
seruan yang kedua, azan kedua. Bukan azan
pertama, yang mereka keliru menyebutkannya
sebagai ‘Azan Imsak’.
Kita perlu mengetahui bahawa tidak ada dasarnya menyebut
azan pertama sebagai ‘Azan Imsak’.
Azan kedua dimana kita harus menahan diri, dan
ini dengan jelas disebutkan di dalam Al-Quran,
kerana Allah Azza wa Jalla berfirman(bermaksud):
“Dan makan minumlah sehingga terang bagimu
benang putih dari benang hitam(iaitu fajar).” (AlBaqarah: 187)

Jadi makan menjadi terlarang sejak masuknya
waktu Solat Fajar. Tidak ada pemisahan antara
kedua perkara ini. Tidak ada puasa dari makan dan
minum seperempat jam atau kurang dari itu, sebelum mulanya
waktu solat Fajar. Sama sekali tidak.
Kerana waktu Solat ketika munculnya fajar, dan
makan dan minum terlarang bagi orang yang
berpuasa ketika munculnya fajar. Maka tidak ada
pemisahan antara keduanya sama sekali.
Kemudian terdapat hadis yang disepakati oleh
Bukhari dan Muslim, dari hadis Abdullah bin Umar
bin Al-Khattab radhiallahu ‘anhu, Nabi bersabda(bermaksud):
“Jangan kalian bergegas kerana azan Bilal..”
Maksudnya azan pertama. “…kerana azan
untuk membangunkan orang yang tidur, sehingga
orang yang hendak sahur dapat melakukannya.
Maka makan dan minumlah sehingga Ibnu Ummi Maktum
mengumandangkan azan.”

Ibnu Ummi Maktum yang bernama Amr adalah
seorang yang buta, dan dialah orang yang
disebutkan di dalam firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala:
“Dia (Muhammad) bermuka masam kerana telah
datang seorang buta kepadanya. ….. (sehingga di
akhir ayat). (QS Abasa)
Bagaimana dia mengumandangkan azan
sedangkan dia buta? Ini adalah pertanyaan yang
biasa muncul pada sebahagian orang. Amr Ibnu
Ummi Maktum memanjat dinding masjid, namun
dia tidak dapat melihat fajar, maka dia menunggu
seseorang berjalan dan melihat fajar. Maka ketika
seseorang melihat fajar telah datang di ufuk langit,
mereka berkata kepadanya, “Fajar! Fajar!” Maka dia
mengumandangkan azan.

Dengan demikian, ada ruang dalam perkara ini,
kerana muazin menunda mengumandangkan
azan sehingga mendengar orang mengatakan
kepadanya “Fajar, Fajar.”
Dan Nabi bersabda(bermaksud):
“Jika salah seorang dari kalian mendengarkan
seruan untuk solat dan gelas masih berada di
tangannya, maka janganlah meletakkannya
sehingga dia memenuhi keperluan darinya.”
Sungguh benar firman Allah Taala ketika Dia
berkata di akhir ayat yang berhubungan dengan
puasa(bermaksud):
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah
kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah
kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang
diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
(QS Al-Bqarah [2] : 185)

Oleh kerana itu dari Fiqh yang perlu dikritisi dan
yang bertentangan dengan Sunnah, iaitu seseorang
mengatakan: “Jika seseorang mendengarkan
azan dan masih terdapat makanan di dalam
mulutnya, maka dia harus mengeluarkannya.”
Ini terlampau keras dan berlebih-lebihan, melampaui
batasan agama, dan Tuhan segala makhluk telah
memerintahkan dan mengingatkan kita di dalam
KitabNya dan Sunnah NabiNya bahawa kita
tidak boleh melampaui batasan agama. Allah
berfirman dalam Al-Quranul Karim(bermaksud):
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui
batas dalam agamamu, dan janganlah kamu
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.”
(QS An-Nisa [4] : 71)
Dan Rasul kita berkata kepada kita, sabda(bermaksud):

“Berhati-hatilah terhadap sikap berlebih-lebihan dalam
agama. Kerana orang-orang yang datang sebelum kalian
binasa kerana melampaui batas dalam agamanya.”
Rasulullah telah menjelaskan kepada kita ada
ruang dan batasan untuk kemudahan dalam
perkara sahur bagi seseorang, sehingga Baginda
berkata(bermaksud):
“Jika salah seorang dari kalian mendengarkan seruan untuk
solat dan gelas masih berada di tangannya, maka janganlah
meletakkannya sehingga dia memenuhi hajatnya.”
Maka adalah menyelisihi Allah dan RasulNya
seseorang berkata orang yang mendengarkan azan
sedangkan masih ada makanan di dalam mulutnya harus
memuntahkannya ke tanah. Ini bukanlah dari Sunnah. Bahkan
ini bertentangan dengan Sunnah, dan bertentangan
dengan perintah yang jelas dari Rasulullah.

Saya telah ditanya beberapa kali, maka saya tidak
akan memberikan kesempatan untuk menanyakan
perkara yang sama, sebaliknya saya akan memberikan
jawapan, dengan mengatakan hadis ini dapat ditemukan
dalam sebahagian kitab-kitab sunnah yang paling masyhur.
Diantaranya dari Sunan Abu Daud, kitab ketiga dari enam
kitab yang terkenal. Yang pertama adalah Sahih Bukhari, yang
kedua Sahih Muslim dan yang ketiga adalah Sunan Abu Daud.
Hadis tersebut dapat ditemukan di dalamnya,
demikian juga diriwayatkan oleh Abu Abdillah AlHakim dalam Al-Mustadrak, dan juga diriwayatkan
oleh Imam Sunnah, Imam Ahmad bin Hanbal
rahimahullah, di dalam kitabnya yang terkenal
Musnad Imam Ahmad.
Jadi hadis tersebut bukanlah hadis yang asing,
bahkan merupakan hadis yang terkenal, dan
diriwayatkan oleh Imam Sunnah di peringkat awal,
dengan sanad yang sahih.
Maka disini saya katakan, untuk menyimpulkan

pembahasan ini, kerana mungkin beberapa di
antara kamu mungkin mempunyai pertanyaan
yang akan kami jawab insyaAllah, maka saya akan
mengakhirinya dengan perkataan Baginda:
“Allah mencintai kemudahan dariNya dilaksanakan
sebagaimana Dia mencintai perintahNya ditaati,”
dan dalam riwayat yang lain,
“Sebagaimana Dia(Allah) membenci kemungkaran
kepadaNya.”
Ada dua riwayat:
“Allah mencintai kemudahan dariNya dilaksanakan
sebagaimana Dia mencintai perintahNya ditaati,”
dan riwayat yang kedua,

“Sebagaimana Dia membenci kemungkaran

kepadaNya.”
Oleh kerana itu seorang Muslim tidak seharusnya
melaksanakan ketaatan yang sia-sia, dan (sebagai
akibatnya) menahan diri dari Sunnah Nabi dalam
apa yang dianjurkan dan dijelaskan Baginda kepada
kita.

Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

Dokumen yang terkait

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

PENILAIAN MASYARAKAT TENTANG FILM LASKAR PELANGI Studi Pada Penonton Film Laskar Pelangi Di Studio 21 Malang Town Squere

17 165 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PEMAKNAAN BERITA PERKEMBANGAN KOMODITI BERJANGKA PADA PROGRAM ACARA KABAR PASAR DI TV ONE (Analisis Resepsi Pada Karyawan PT Victory International Futures Malang)

18 209 45

STRATEGI PUBLIC RELATIONS DALAM MENANGANI KELUHAN PELANGGAN SPEEDY ( Studi Pada Public Relations PT Telkom Madiun)

32 284 52

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65