C Rancangan Pendidikan Individu sejarah

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

1.0 PENGENALAN
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu program pendidikan khas
secara individu yang dirancang secara bertulis bagi menilai pencapaian kanak-kanak khas
secara berterusan. RPI ialah sebuah kontrak yang mendokomenkan program pembelajaran
dan perkhidmatan khas yang disediakan oleh satu pasukan kepada setiap murid yang telah
diputuskan memerlukan perkhidmatan pendidikan khas.
RPI mengandungi maklumat prestasi murid terkini, matlamat dan objektif
pembelajaran, jenis perkhidmatan pembelajaran khusus yang perlu disediakan, perkhidmatan
sokongan, penentuan lokasi, jangka masa perkhidmatan yang bersesuaian dan menyatakan
bentuk penilaian untuk menentukan keberkesanan perkhimatan (Stickland & Tumbull 1990).
Westwood (1983) menyatakan RPI adalah satu proses yang memerlukan perundingan
dan kolaborasi antara guru kelas, guru pendidikan khas, ibubapa, guru besar dan para pakar
perubatan dengan mengambil kira beberapa perkara seperti: Kekuatan dan kelemahan murid-murid tersebut.
 Matlamat jangka panjang dan objektif jangka pendek.
 Jangka masa yang ditetapkan bagi mencapai sesuatu objektif dengan tujuan menilai
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
 Tanggungjawab setiap individu dalam melaksanakan dan pengawasan dalam program
RPI.
Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk menentukan

kerjasama dan kolaberasi antara sekolah, ibubapa, muird itu sendiri dan jika perlu, dengan
Pegawai Pendidikan Daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI ialah suatu program pengajaran bersaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka
untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya (William N.
Bender,1995).

2.0

ELEMEN RPI
2.1

Kerjasama

Bekerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh
sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid
berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses
ini.
2.2

Berkongsi Maklumat


Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang
mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi
asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang dibuat.
2.3

Keputusan bersama

Ibu bapa dan golongan professional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu
membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan
dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
2.4

Kebolehpercayaan

Objektif pengajaran dan prosedur penilaianperlu diterangkan dalam RPI.

RPI juga perlu

dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

2.5

Dokumentasi

RPI perlu didokomentasikan bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.
2.6

Proses dan hasil

RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan. Di antara proses RPI yang
terlibat ialah: Merujuk pihak yang terlibat (Lampiran 1)
 Mengumpul maklumat
 Mengadakan mesyuarat
 Membina rancangan bertulis

 Menjalankan apa yang dirancang
 Menilai pembelajaran yang telah dirancang (Rjuk carta aliran)

3.0


CIRI-CIRI RPI
3.1

Komprehensif

Merangkumi pelbagai bidang iaitu Komunikasi, Tngkah Laku, Sosial Alam Sekeliling /
Persekitaran, Pravokasional/ Vokasional, Kemahiran Amali Untuk Berdikari, Rekreasi dan
daya kreatif, Nilai dan kerohanian.
3.2

Spesifik

Matlamat dan objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran tingkah laku yang boleh dibuat
pemerhatian dan ianya boleh diukur.
3.3

mengikut urutan

RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.

3.4

Bersesuaian dan Realistik

Matlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan, keupayaan dan juga
kadar perkembangan murid.
3.5

Mudah Difahami

RPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh semua pihak yang terlibat.
3.6

Digubal bersama

RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid,
ibu bapa, guru, golongan profesionaldan kumpulan pelbagai disiplin yang berkenaan.

4.0


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RPI (BERMASALAHPEMBELAJARAN)
Carta aliran perlaksanaan RPI membolehkan pihak terlibat melakukan prosedur-

prosedur yang diperlukan.

MENGENALPASTI KEPERLUAN MURID
Lampiran RPI/PKBP/1
Lampiran RPI/PKBP/2

MENENTUKAN MATLAMAT

PERANCANGAN PROGRAM

PELAKSANAAN
Lampiran RPI/PKBP/3
PENILAIAN

SEMAK SEMULA
Lampiran RPI/PKBP/4


4.1

Mengenalpasti keperluan murid
a.

Dokumen yang perlu ada ialah
 Surat pengesahan doktor/ pakar perubatan.
 Borang temuduga Ibubapa / penjaga (Rujuk Lampiran RPI/PKBP/1)
 Borang penilaian perkembangan murid (Rujuk Lampiran RPI/PKBP/2)

b.

Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran sedia ada murid.

4.2

Menentukan matlamat / Goal Setting
 Menumpukan

pada


perancangan

jangka

panjang

bersama

ibubapa/penjaga/guru/doktor/kumpulan pelbagai disiplin.
 Mengenal pasti objektif jangka pendek.
4.3

Perancangan Program / Program Planning
 Menentukan kemahiran yang perlu diajar mengikut tahap keupayaan kesesuian
/ kefungsian.
 Memilih keutamaan kemahiran keperluan murid.
 Memilih pendekatan yang sesuai.

4.4


Pelaksanaan / Implementation
 Melengkapkan borang RPI mengikut format borang yang disediakan (rujuk
lampiran RPI/PKBP/3)
 Kemahiran yang diajar perlu dirujuk secara khursus dalam Buku sukatan
Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan
Menengah.
 Strategi pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar perlu bersesuaian dengan
objektif pengajaran dan pembelajaran.

4.5

Penilaian / Evaluation
a.

Penilaian boleh dilakukan dalalm pelbagai cara: Ujian berpandukan senarai semak.
 Penilaian hasil kerja murid
 Pemerhatian
 Temubual
 Meneliti rekod kemajuan.


b.

Penilaian jangka pendek boleh dilaksanakan oleh guru atau bersama ibubapa
sepanjang proses pelaksanaan.

4.6

Semak Semula

 Mengadakan perbincangan semula dengan ibu bapa / penjaga / guru / doktor /
kumpulan pelbagai disiplin.
 Mengenalpasti masalah ketidakcekapaian matlamat dan semak semula
pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
 Kemahiran yang tidak mencapai matlamat perlu diulang menggunakan
pendekatan yang lebih sesuai.
 Laporan akhir perlu disediakan (rujuk lampiran RPI/PKBP/4).

CONTOH RPI MATEMATIK (tahap tinggi)
(PELAJAR SLOW LEANER)

RPI ini telah dijalankan selama satu bulan sepanjang
tempoh praktikal. Walaubagaimanapun RPI yang sebenar
mestilah mempunyai jangkamasa yang lama agar kita tidak
membuat kesalahan semasa membuat penilaian ke atas pelajar.
Langkah pertama dalam membuat RPI ini adalah
dengan melihat kembali RPI yang telah sedia ada mengenai
pelajar tersebut dalam matepelajaran matematik. Selepas
meneliti laporan RPI yang sebelum ini, didapati bahawa
murid telah mempelajari konsep penambahan dan penolakan.
Sebelum melakukan RPI yang baru, saya telah membuat ujian diagnostik ke atas
pelajar dengan memberi 10 soalan mengenai penambahan dan 10 soalan mengenai penolakan.
Dalam ujian diagnostik ini di dapati bahawa pelajar sudah menguasai penolakan untuk
bilangan 1 sehingga 10 manakala untuk penambahan pula didapati bahawa pelajar ini lambat
dan kurang memahami operasi penambahan yang melibatkan nombor yang agak besar seperti
9 dan 10. Murid ini sebenarnya mempunyai masalah ‘slow leaner’ dan mudah lupa walaupun
telah berkali-kali di ajar proses penambahan dan penolakan. Ini merupakan kelemahan utama
peajar ini. Manakala kekuatan beliau adalah senang untuk memahami setiap konsep dan
mematuhi arahan.
Oleh hal yang demikian RPI yang akan dibina selepas ini adalah RPI yang dapat
mengatasi kelemahannya iaitu dengan menyatakan target RPI iaitu ingin memastikan pelajar
dapat mengingat konsep penambahan.
Secara kesimpulannya RPI yang baru ini akan dibina dalam tempoh 4 bulan, murid
perlu menguasai kemahiran mengira (penambahan). Guru matepelajaran matematik akan
menggunakan strategi / pendekatan yang telah dipersetujui untuk murid tersebut.
Selepas tempoh 4 bulan penilaian akan dibuat oleh AJK RPI dan sekiranya murid
berjaya, RPI murid akan ditukarkan kepada RPI baru, sekiranya gagal RPI murid akan
diteruskan dengan mengubah strategi / pendekatan lain yang bersesuaian mengikut keperluan
murid.

Contoh lembaran kerja murid
(soalan diagnostik)

Contoh RPI (Rancangan Pendidikan Individu)
(Dibina setelah mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar melalui diagnostik)

CONTOH RPI PENDIDIKAN JASMANI (tahap sederhana)
(PELAJAR SLOW LEANER)
RPI ini telah dijalankan selama satu bulan sepanjang tempoh
praktikal.

Walaubagaimanapun

RPI

yang

sebenar

mestilah

mempunyai jangkamasa yang lama agar kita tidak membuat
kesalahan semasa membuat penilaian ke atas pelajar. Langkah
pertama ialah melihat kembali RPI yang telah sedia ada mengenai
pelajar tersebut dalam matepelajaran pendidikan jasmani. Selepas meneliti laporan RPI yang
sebelum ini, didapati bahawa murid tidak mempunyai masalah tingkah laku tetapi murid
mempunyai masalah sukar memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum melakukan RPI yang baru, saya telah membuat ujian diagnostik ke atas
pelajar dengan melakukan pemerhatian ke atas pelajar dan membuat senarai semak. Di dalam
senarai semak ini terdapat penilaian mengenai kekerapan pelajar tidak memberi perhatian
semasa guru mengajar. Pelajar di kira masih tidak dapat memberi perhatian ataupun hilang
fokus jika kekerapanya adalah melebihi lima kali dalam setiap matapelajaran. Penilaian ini
akan dibuat sebanyak 2 kali setiap bulan bagi setiap matapelajaran.
Dalam ujian diagnostik ini di dapati bahawa pelajar masih lagi tidak dapat memberi
fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid ini sebenarnya mempunyai masalah
‘slow leaner’ dan mudah lupa walaupun telah berkali-kali di ajar oleh guru. Beliau tidak
mempunyai masalah tingkah laku. Oleh hal yang demikian RPI yang akan dibina selepas ini
adalah RPI yang dapat mengatasi kelemahannya dengan target RPI iaitu ingin memastikan
pelajar dapat memberi fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam
pendidikan jasmani malahan dalam seluruh matepelajaran yang di ajar.
Secara kesimpulannya RPI yang baru ini akan dibina dalam tempoh 4 bulan, murid
mestilah dapat memberi fokus yang baik sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
pendidikan jasmani akan menggunakan strategi / pendekatan yang telah dipersetujui untuk
murid tersebut. Selepas tempoh 4 bulan penilaian akan dibuat oleh AJK RPI dan sekiranya
murid berjaya, RPI murid akan ditukarkan kepada RPI baru, sekiranya gagal RPI murid akan
diteruskan dengan mengubah strategi / pendekatan lain yang bersesuaian mengikut keperluan
murid.

Contoh senarai semak (diagnostik pelajar)

Contoh RPI (Rancangan Pendidikan Individu)
(Dibina setelah mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar melalui diagnostik)

CONTOH RPI PENDIDIKAN JASMANI (tahap rendah)
(PELAJAR DOWN SINDROM)
RPI ini telah dijalankan selama satu bulan sepanjang tempoh
praktikal.

Walaubagaimanapun

RPI

yang

sebenar

mestilah

mempunyai jangkamasa yang lama agar kita tidak membuat
kesalahan semasa membuat penilaian ke atas pelajar. Langkah pertama ialah melihat kembali
RPI yang telah sedia ada mengenai pelajar tersebut dalam matepelajaran pendidikan jasmani.
Selepas meneliti laporan RPI yang sebelum ini, didapati bahawa murid tidak mempunyai
masalah tingkah laku tetapi murid mempunyai masalah sukar memberi perhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai masalah dalam bertutur.
Sebelum melakukan RPI yang baru, saya telah membuat diagnostik ke atas pelajar
dengan melakukan pemerhatian ke atas pelajar selama satu minggu. Pemerhatian yang saya
lakukan ini adalah berfokus kepada pertuturannya sahaja dan tidak melihat kepada fokus
pelajar di dalam kelas. Hal ini adalah kerana RPI yang dibuat sebelum ini adalah merangkumi
dua perkara di dalam satu masa dan di dapati ia tidak berjaya untuk mengubah pelajar. Oleh
sebab itu pemerhatian yang saya buat adalah hanya tertumpu kepada pertuturannya sahaja.
Dalam pemerhatian ini di dapati bahawa pelajar masih lagi kurang bertutur sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid ini sebenarnya mempunyai masalah ‘down sindrom’
peringkat sederhana dan mudah lupa walaupun telah berkali-kali di tegur oleh guru. Beliau
tidak mempunyai masalah tingkah laku. Oleh hal yang demikian RPI yang akan dibina
selepas ini adalah RPI yang dapat mengatasi kelemahannya dengan target RPI iaitu ingin
memastikan pelajar dapat berkomunikasi dengan baik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja dalam pendidikan jasmani malahan dalam seluruh matepelajaran
yang di ajar.
Secara kesimpulannya RPI yang baru ini akan dibina dalam tempoh 4 bulan, murid
mestilah dapat berkomunikasi dan bertutur dengan baik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru pendidikan jasmani akan menggunakan strategi / pendekatan yang
telah dipersetujui untuk murid tersebut. Selepas tempoh 4 bulan penilaian akan dibuat oleh
AJK RPI dan sekiranya murid berjaya, RPI murid akan ditukarkan kepada RPI baru,
sekiranya gagal RPI murid akan diteruskan dengan mengubah strategi / pendekatan lain yang
bersesuaian mengikut keperluan murid.

Contoh RPI (Rancangan Pendidikan Individu)
(Dibina setelah mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar melalui diagnostik)