T1 konsep prinsip asas pertolongan cemas

PJM3118
KECEDERAAN
DALAM SUKAN
10 Embarrassing Sports Inju
ries.mp4
Top 10 Worst Sports Injuries.
mp4

Konsep Asas Kecederaan Dalam
Sukan dan
Prinsip Asas Pertolongan Cemas

Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan

permulaan atau rawatan pertama yang
diberikan kepada seseorang yang tercedera
dalam sebarang kemalangan sebelum
ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan
atau doktor
Pertolongan cemas adalah bantuan

permulaan atau rawatan awal yang diberikan
kepada mangsa atau pesakit

Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan

sebagai Bantuan Permulaan/Bantu
Mula/Rawatan Awal yangdiberikan kepada
seseorang yang mengalami kecederaan dalam
sebarang kemalangan atau sakit
secaramengejut/tiba-tiba dengan
menggunakan objek sekeliling sebelum
ketibaan ambulans, doktor atau
pakar  perubatan atau sebelum mangsa
dihantar ke hospital.

Skop Pertolongan Cemas
Prinsip Pengurusan Situasi Kecemasan

Tujuan Pertolongan Cemas

1.Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan
nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa
seperti pendarahan yang banyak, terhenti
pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur
dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk 
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul
dan pantas untuk mengelakkan kecederaan
atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

3.Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata
semangat untuk memberikan kelegaan
kepada pesakit .
DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU
LANJUTAN
Dapatkan bantuan seseorang untuk
memanggil ambulans dengan kadar yang
segera

Jangan tinggalkan mangsa keseorangan
sehingga bantuan tiba.

Prinsip-Perinsip
Pertolongan Cemas
Menyalamat nyawa.
Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera

atau memerlukan rawatan perubatan.
Melindungi dan mengurangkan kecemasan
mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku.
Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi
orang-orang yang cedera.
menghadkan kesan-kesan kecederaan.
Menggalakan pemulihan.
Perhubungan/ tindakan apabila sesuatu kejadian.

Seorang Ahli Pertolongan Cemas Yang
Baik dan Mahir
1. Berpengatahuan

2. Tenang
3. Tajam Pemerhatian
-nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
4. Berkeyakinan
5. Amanah dan Bertanggujawab
6. Pantas Bertindak dan Pantas Ikthiar
-menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada sekelilingnya.
7. Tidak Kasar/Lemah Lembut
-jangan menyakitkan orang yang tercedera
8. Berakhlak Budi
-tidak menambah kesakitan.
9. Bertimbang Rasa
-menghiburkan hati orang yang tercedera.
10. Sentiasa tersenyum
-muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit.

Peraturan Am Pertolongan cemas:
1.Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2.Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga,
terutamanya pernafasan pesakit itu

3.Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan
pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan
pernafasan mangsa.
4.Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
5.Menahan pendarahan.
6.Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.
7.Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
8.Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa
untuk bernafas.
9.Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu
10.Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
11.Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit
perlukan udara yang bersih.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1.Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan
baik.
2.Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3.Cuba memberhentikan darah jika mangsa

berdarah.
4.Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Arahan am untuk memberi rawatan bantu
mula:Bertindak dengan cepat dan
tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan ke
polis, ambulans, keluarga dll.

Jangan Memberi Apa-apa Minuman
Jika pesakit itu tidak sedar
Jika pesakit itu tercedera di bahagian paruparu atau perutnya.

Amali Pengambilan Kadar Denyutan Nadi

Nadi
Nadi merupakan gelombang tekanan yang mengalir

disepanjang arteri yang wujud akibat denyutanj
antung.
Lazimnya nadi dapat dirasai apabila terdapat arteri

yang rapat pada permukaan badan.
Bagi orang dewasa,kadar denyutan nadi biasanya
antara 60-80 denyutan seminit.
Kadar ini adalah lebih cepat pada kanak-kanak. Ia
mungkin lebih perlahan bagi orang dewasayang sihat.
Kadar denyutan nadi mungkin meningkat ketika dalam
keadaan takut, demam, letih, kehilangan darah dan
sakit. Pengsan, fungsi jantung yang tidak teratur dan
tekanan serebral mungkin memperlahankan denyutan
nadi.

Dimanakah Nadi Dapat Dirasai
Denyutan nadi lazimnya

direkodkan dari pergelangan
tangan(nadiradial).
Jika berlaku kecemasan,
pemeriksaan denyutan nadi
dilakukan dileher, iatu nadi
karotid.

Bagi bayi pula, pemeriksaan
denyutan nadi dibuat pada
bahagian atas lengan bayi,
iaitu nadi brakial. Nadi ini
mudah untuk dirasai.

Panduan Pengambilan Nadi
Gunakan hujung jari anda
jangan gunakan ibu jari kerana ia mempunyai
nadinya tersendiri
Untuk mendapatkan denyutan nadi radial,l
etakan tiga jari pada bahagian lekuk
pergelangan tangan, iatu pada pangkal atau
dasar ibu jari tangan. Kemudian tekan
perlahan-lahan.
Periksa dan rekodkan:
•Kadar denyutan nadi
•Daya kekuatan (kuat atau lemah)
•Nada (tetap atau tidak tetap)


BILANGAN NADI SESEORANG;

Peringkat Bilangan/per minit
Dewasa
70-80 kali
Kanak-kanak  90-100 kali
Bayi
100-140 kali
. Kira berapa kali denyutan dalam masa 10 saat, dan
kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan
bacaan nadi anda untuk seminit.
Contoh:Jika anda mengira 12 denyutan untuk 10 saat, gandakan 12
x 6=72. Ini bermakna kadar denyutan nadi anda ialah 72.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KADAR

DENYUTAN JANTUNG NORMAL?
KADAR DENYUTAN JANTUNG YANG HENDAK
DISASARKAN?
KADAR DENYUTAN NADI PEMULIHAN?


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
KADAR DENYUTAN JANTUNG NORMAL?
Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar
denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada
beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda.
Walaubagaimanapun, jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda
patut pergi berjumpa doktor.Keadaan ini dipanggil 'tachycardia' (kenaikkan denyutan
jantung).
Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung
kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah
bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh
seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda
mengalami keadaan ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda.
Keadaan ini dipanggil 'bradycardia' dan boleh menjadi berbahaya terutama bila
tekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga
dan pengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan
segera. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu,
keadaan postur (duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.


KADAR DENYUTAN JANTUNG YANG HENDAK DISASARKAN

Semasa mengambil bahagian dalam program

senaman, adalah menjadi penting untuk anda
mempunyai matlamat untuk disasarkan
apabila anda melakukan aktiviti senaman itu.
Untuk lebih baik, tentunya anda mahu tidak
terlalu susah atau senang.
Berikut adalah formula mudah untuk anda
meramalkan Kadar Denyutan Nadi Yang
Maksimum( Maximum Heart Rate) dalam
industri kecergasan ini.

Formula:-

Ambil 220 dan tolakkan dari umur anda
Ini akan memberi kadar denyutan nadi ramalan yang maksimum. Sebagi
contoh, jika anda 42 tahun, tolakkan (220-42=178). Ini memberitahu
limit pysiological maksimum anda, sama seperti berapa pantas jantung
anda berdenyut dalam seminit.
Kebayakkan program senaman menyarankan jika seseorang baru sahaja
bermula, kadar nadi semasa bersenam tidak akan sampai 60-70% dari
kadar maksimum denyutan nadi.
Sebagai contoh, 60% dari 178=107 bpm, dan jika anda berterusan
senaman, peratusan bagi kadar maksimum nadi sepatutnya dijadikan
matlamat untuk dinaikkan.
Pengiraan zon kadar denyutan nadi yang dikehendaki (Target Heart
Rate):Mulakan dengan kadar maksimum nadi anda seperti di atas. 
Gandakan kadar maksimum denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda
dengan 0.8 untuk menentukan limit bahagian atas zon kadar nadi yang
dikehendaki.(Upper Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6
untuk mendapatkan kadar untuk 10 saat). Gandakan kadar maksimum
denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda dengan 0.6 untuk
menentukan limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki..
(Lower Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6 untuk
mendapatkan kadar untuk 10 saat). 

Contoh:-

Untuk orang yang berumur 42 tahun,220-42= 178 Kadar
nadi maksimum ( Maximum heart rate)178 x 0.8 = 142
limit bahagian atas zon kadar nadi yang dikehendaki.
(Upper limit of target heart zone (142/6= 24 per 10
saat)178 x 0.6 = 107 limit bahagian bawah zon kadar nadi
yang dikehendaki. (Lower limit of target heart zone (107/6=
18 per 10 saat)Kadar maksimum denyutan nadi anda
adalah kadar denyutan yang jantung anda patut sampai
selepas senaman yang memenatkan.Kadar denyutan nadi
anda patut diukur semasa tahap pemanasan, ketika
bersenam dan selepas bersenam. Jika semasa senaman
anda mencapai tahap limit bahagian atas zon kadar nadi,
anda patut menurunkan tahap senaman anda. Dan jika
pada penamat kadar nadi anda adalah kurang dari limit
bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki, anda
patut bersenam lebih pada masa akan datang.

KADAR DENYUTAN NADI PEMULIHAN
Salah satu cara untuk mengetahui samada anda

mendapat manfaat dari senaman yang anda lakukan
adalah dengan cara mengukur Kadar Denyutan Nadi
Pemulihan (Recovery Heart Rate).
Ia mengukur berapa cepat anda kembali kepada
keadaan Kadar Nadi Semasa Berehat (Resting Heart
Rate) selepas bersenam. Untuk mengukur Kadar
Denyutan Nadi Pemulihan (Recovery Heart Rate):
Ambil nadi anda untuk 10 saat sebaik sahaja anda lepas
bersenam. Tuliskan nombor tersebut. Seminit
kemudian, ambil lagi kadar nadi anda dan tuliskan. 
Tolakkan nombor pada keadaan nadi pertama dengan
kadar nadi ke-2. Maka ini adalah Kadar Denyutan Nadi
pemulihan.