SJHK3062 Kurikulum Sejarah Sekolah Renda

1.0

PENGENALAN
Dasawarsa ini, kemajuan sains dan teknologi telah berkembang dengan pesat di seluruh

dunia. Perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat ini menuntut generasi muda
pada hari ini untuk mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu secara holistik bukan sahaja tertumpu
kepada ilmu sains malah juga ilmu di luar bidang sains supaya seseorang individu tersebut
mampu menjadi individu yang cemerlang. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, sistem pendidikan
di negara kita sedikit sebanyak telah melakukan perubahan demi perubahan pada
kebelakangan ini untuk memastikan murid-murid di sekolah mampu dididik secara awal lagi
dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar mampu bersaing di peringkat global. Jika kita meneliti
dengan lebih mendalam, perubahan yang sangat ketara berlaku dalam sistem pendidikan di
negara kita ialah dari segi perancangan kurikulum sekolah.
Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(KPM)


khususnya

Bahagian

Pembangunan

Kurikulum (BPK) bertanggungjawab mentransformasikan kurikulum pendidikan negara kita ke
arah yang lebih baik. Iaitu daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada
Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 dan menjurus kepada
pengenalan beberapa tunjang baharu yang tidak terdapat dalam KBSR seperti tunjang
kemanusiaan, kerohanian, sikap dan nilai, perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan
teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki
(2014), kurikulum dieertikan sebagai semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar
sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Hal ini bermakna kurikulum
merupakan suatu modul yang telah dirancang untuk dilaksanakan ke dalam sesi pengajaran
dan pengajaran dan dengan harapan mampu memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
baharu kepada murid-murid di sekolah. Maka, untuk memenuhi tunjang kemanusiaan dalam
KSSR, subjek Sejarah telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dalam dunia pendidikan
di negara kita pada hari ini.


1

2.0

KURIKULUM STANDARD SEJARAH SEKOLAH RENDAH
KSSR telah dilaksanakan secara rasmi pada peringkat sekolah rendah pada tahun 2011

bagi menggantikan sistem kurikulum pendidikan kita yang lama iaitu KBSR. Perancangan demi
perancangan telah dilakukan oleh golongan profesional dalam Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akhirnya pada tahun 2013, subjek Sejarah
telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Subjek Sejarah telah diperkenalkan di sekolah
rendah untuk murid-murid tahap dua iaitu murid tahun empat, tahun lima dan tahun enam
dengan penekanan tema yang berbeza.

TAHAP II
Tahun 4

TEMA
Sejarah Awal Negara


Tahun 5

Kedaulatan Negara

Tahun 6

Kemakmuran Negara Kita

Jadual 1: Kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (sumber: KPM)

Melalui penekanan tema kurikulum Sejarah di peringkat sekolah rendah, jelas
membuktikan bahawa sebenarnya kandungan kurikulum Sejarah adalah disusun mengikut
pendekatan kronologi di mana fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka
kurikulum Sejarah sekolah rendah adalah kepada sejarah negara yang disepadukan dengan
nilai sivik dan kewarganegaraan mata pelajaran. Di samping itu, subjek Sejarah di peringkat
sekolah rendah merupakan satu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai
suatu disiplin ilmu yang dinamik dengan harapan mampu membentuk murid yang mempunyai
jati diri yang tinggi dan bersemangat patriotik. Hal ini merupakan antara langkah awal yang
diambil oleh kementerian khususnya KPM untuk mencegah generasi muda yang bakal

memimpin negara kita pada suatu hari nanti mempunyai peribadi yang baik dan bukannya
seperti Namewee dan beberapa belia negara yang lain yang telah mengutuk dan menghina
nama baik negara sehingga menyebabkan keadaan negara dalam keadaan kacau bilau pada
2

suatu

ketika

dahulu.

telah
imej

Hal

ini

menyebabkan
negara


sedikit

sebanyak

telah dicemari dan

telah

mendatangkan

kesan sampingan

sama ada kepada

atas aspek politk,

ekonomi mahupun

sosial.


Gambar 1: Buku teks Sejarah Tahun 4

3

Gambar 2: Antara Kandungan Sejarah Tahun 4

3.0

BAGAIMANA KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH MAMPU MENJADI
MEKANISME

YANG

EFISIEN

UNTUK

MENGUKUHKAN


ELEMEN

KEWARGANEGARAAN DAN JATI DIRI DALAM PROSES PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA MALAYSIA
Fokus utama kurikulum Sejarah sekolah rendah adalah untuk menyemai ilmu
pengetahuan dan asas kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik
tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Seperti yang digariskan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah, menyatakan bahawa organisasi
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu
mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran),
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap
Sejarah demi melahirkan murid-murid yang tersemai dengan elemen-elemen kewarganegaraan
seperti kongsi sejarah, kongsi masa depan, kongsi nilai, perasaan kekitaan dan sebagainya
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Oleh itu, terdapat beberapa sebab mengapa
kurikulum Sejarah sekolah rendah mampu menjadi suatu mekanisme yang sangat efisien untuk
mengukuhkan elemen kewarganegaraan dan jati diri dalam diri anak muda pada hari ini.

3.1

PENERAPAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK DALAM

SUBJEK SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Dalam subjek Sejarah sekolah rendah, penerapan elemen kewarganegaraan

dan

nilai sivik adalah sangat dititikberatkan. Jika teliti dengan lebih mendalam, setiap unit
dalam kandungan Sejarah sekolah rendah menuntut para guru Sejarah untuk mengajar
nilai kewarganegaraan kepada murid-murid yang mempelajari subjek Sejarah. Hal ini
boleh dibuktikan melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Sejarah di mana elemen kewarganegaraan wujud dalam setiap standard pembelajaran
bagi setiap standard kandungan matapelajaran Sejarah. Elemen Kewarganegaraan
tersebut dilabelkan dengan simbol ‘K’ dalam standard pembelajaran dan ianya adalah
4

bersesuaian

dengan

standard


pembelajaran bagi setiap

topik yang

diajar.

Kewujudan elemen kewarganegaraan dalam standard pembelajaran membuktikan
bahawa nilai-nilai sivik adalah sangat penting dan guru Sejarah adalah wajib untuk
menerapkan nilai-nilai tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Gambar 3: Elemen Kewarganegaraan Dititikberatkan dalam Standard Pembelajaran

Penerapan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam standard pembelajaran untuk
setiap standard kandungan adalah sangat penting agar murid-murid boleh mengetahui
nilai-nilai positif yang perlu disemai dan dipraktikkan dalam diri mereka supaya ianya
boleh membawa manfaat kepada semua pihak. Hal ini turut disokong oleh Ahamad
Rahim et.al (n.d), yang menyatakan bahawa pendidikan Sejarah merupakan satu mata
pelajaran

yang dianggap relevan dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dalam


masyarakat

multietnik di negara ini ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu selari

dengan

konsep 1Malaysia. Oleh itu, guru Sejarah boleh merancang pelbagai aktiviti

dalam kelas

seperti perbincangan dalam kumpulan, lakonan dan sebagainya yang boleh

melatih

murid-murid di dalam bilik darjah untuk menggunakan kemahiran berfikir aras

tinggi (KBAT) bagi memikirkan nilai atau perlakuan yang sesuai ditunjukkan dalam sesuatu
keadaan selaras dengan topik yang diajar.


5

3.2

PENDEKATAN KRONOLOGI DALAM KURIKULUM SEJARAH
Kita umum mengetahui bahawa susunan kurikulum Sejarah sekolah rendah

adalah menggunakan pendekatan kronologi. Menurut Ishak Saat dan Kamarul Afendey
(2013), kronologi bermaksud urutan susunan peristiwa atau kejadian secara sistematik
dan melalui susunan peristiwa tersebut kita boleh melihat perkembangan peristiwa dan
mempelajari

nilai-nilai

murni

daripada

peristiwa

tersebut.

Oleh

itu,

Bahagian

Pembangunan Kurikulum telah merancang kurikulum Sejarah sekolah rendah mengikut
kronologi peristiwa yang berkaitan dengan negara kita iaitu bermula daripada skop
zaman

prasejarah sehinggalah kepada skop negara Malaysia pada hari ini. Melalui

susunan

kronologi seperti ini, murid-murid di sekolah mampu mempelajari banyak nilai

dan

pengajaran daripada setiap peristiwa yang berlaku. Mereka bukan sahaja mampu
mengenali apa itu sejarah, malah mereka juga boleh kaitkan persekitaran kehidupan
seharian mereka iaitu keluarga dan sekolah mereka dengan konsep sejarah. Daripada
aspek tersebut, mereka boleh mempelajari bahawa adalah sangat penting untuk
menghargai setiap insan yang berkorban untuk mereka dan peranan mereka dalam
membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan cemerlang. Apabila mereka sudah
besar, mereka mampu mengaplikasikan segala nilai yang mereka pelajari dan akhirnya
mampu memberi mandaat kepada pembangunan negara kita.

Tajuk

SEJARAH AWAL NEGARA
Standard Kandungan
1.1 Pengertian sejarah dan kemahiran

Tajuk 1
(Mari Belajar Sejarah)
Tajuk 2
(Zaman Air Batu)
Tajuk 3

1.2
1.3
1.4
2.1

sejarah
Pengertian diri dan keluarga
Sejarah sekolah
Kawasan tempat tinggal murid
Zaman Air Batu

3.1 Kehidupan manusia prasejarah

(Zaman Prasejarah)
Jadual 2: Kandungan Standard Sejarah Tahun 4 Berdasarkan Pendekatan Kronologi

Selain itu, dengan menggunakan pendekatan kronologi dalam kurikulum sejarah,
murid-murid juga mampu mendapat celik akal bahawa bukanlah sesuatu perkara
yang mudah bagi negara kita mencapai proses kemerdekaan. Ianya merupakan suatu
6

proses yang sangat panjang serta memerlukan komitmen tokoh-tokoh yang konsisten
dan

kesepaduan yang utuh dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di Tanah Melayu
pada suatu ketika dahulu. Secara tidak langsung murid-murid akan melahirkan perasaan
cinta kepada negara dan mampu menanam sikap patriotik ke dalam diri mereka dan
seterusnya mampu mengelakkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 daripada

berulang

kembali yang boleh menyebabkan negara kita porak peranda. Oleh itu,

pendekatan

kronologi dalam susunan kurikulum sejarah adalah sangat releven dan efisien

kerana

ianya dapat mengukuhkan elemen kewarganegaraan dan jati diri dalam diri

murid-murid

di sekolah. Hal ini turut disokong oleh Ishak Saat dan Kamarul Afendey (2013),

bahawa

sejarah adalah berasaskan fakta dan fakta mestilah mengikut kronologi.

Kegagalan

pelajar sekolah memahami urutan peristiwa sejarah mengikut kronologi

menyebabkan

proses pembelajaran sejarah tidak sempurna. Justeru, guru boleh

menyenaraikan

kronologi mengikut cara yang kreatif seperti menggunakan peta minda

untuk memudahkan pelajar memahami kronologi berkenaan.

3.3

KANDUNGAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG MENDEKATKAN DIRI
PELAJAR DENGAN SEJARAH NEGARA
Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah adalah jauh berbeza dengan

kandungan kurikulum Sejarah sekolah menengah. Jika dianalisis dengan teliti,
kandungan

kurikulum sejarah sekolah rendah adalah lebih menekankan tentang sejarah

pembentukan Malaysia, keunikan sejarah tanah air, serta kegemilangan negara
Malaysia

dan tidak ada satu pun sejarah luar negara diselitkan sebagai standard

kandungan yang

perlu dipelajari oleh murid-murid di sekolah rendah. Hal ini demikian

kerana, usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pembinaan kurikulum Sejarah
sekolah rendah

adalah dengan harapan murid-murid sekolah rendah mampu dipupuk dan

disemai

dengan sejarah negara kita agar mereka boleh menanam semangat cinta akan

tanah air

dalam diri sejak kecil lagi. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang begitu

murni untuk memperkenalkan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah dengan memberi
penekanan terhadap sejarah negara kita adalah disebabkan oleh perkembangan
globalisasi yang begitu pesat dan kita tidak ingin melihat generasi muda kita dipengaruhi
oleh pengaruh-pengaruh luar sehingga melupakan sejarah tanah air.

7

Menurut Awang Kasmurie (n.d), kurikulum Sejarah sekolah rendah juga sudah
tentunya memberi tumpuan kepada aspek-aspek tempatan dan kriteria utama ialah yang
ada kaitan dengan sejarah Malaysia. Aspek-aspek ini dimasukkan dengan tujuan
supaya

pelajar-pelajar dapat memahami secara lebih jelas lagi tentang sejarah negara di

samping

mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah negara luar yang berkenaan.

Antara topik

yang diselitkan dalam kurikulum Sejarah sekolah rendah ialah seperti ‘Rukun

Negara’,

‘Agama dan Kepercayaan di Malaysia’, ‘Kegiatan Ekonomi Negara’, ‘Pemimpin

Negara

yang Kusanjungi’ dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

Melalui

topik-topik tersebut, murid-murid akan mengetahui dengan lebih jelas tentang

keunikan

negara kita dan secara tidak langsung akan membantu menyemai nilai murni

dalam diri

mereka. Sebagai contoh, dalam topik ‘Pemimpin Negara yang Kusanjungi’,

murid-murid

akan mempelajari tentang perdana menteri yang pernah memimpin negara

Malaysia iaitu bermula daripada Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada Dato Seri Mohd
Najib Tun

Abdul razak serta sumbangan setiap perdana menteri terhadap pembangunan

negara

Malaysia. Oleh itu, dengan mempelajari topik sebegini, murid-murid sekolah

akan

lebih memahami pengorbanan setiap perdana menteri sehingga menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang kukuh pada hari ini dan seterusnya akan memberi
pengajaran kepada mereka untuk lebih menghargai setiap keunikan di negara kita dan
seterusnya memajukan negara kita hingga terkenal di mata antarabangsa.

8

Gambar 4: Topik ‘Pemimpin Negara yang Kusanjungi’ dalam Kandungan Sejarah Tahun 6

4.0

CABARAN GURU SEJARAH ABAD KE-21 UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG
MAMPU MENGHARGAI WARISAN NEGARA

4.1

GENERASI MUDA YANG ALPA DENGAN PENGARUH GLOBALISASI
Kita sedia maklum bahawa cabaran globalisasi pada hari semakin pesat. Dunia

tanpa sempadan pada hari ini bukan sahaja memberi impak dari aspek sains dan
teknologi malah ianya juga mendatangkan impak kepada aspek sahsiah dan personaliti
seseorang individu. Pada hari ini, kesan daripada pengaruh globalisasi telah
menyebabkan lahirnya generasi muda yang memuja budaya hidonisme. Menurut Mohd
Ali Iksan (2010), hedonisme merupakan situasi di mana remaja hidup dalam keadaan
bebas bersosial, mereka lebih menitikberatkan suatu perbuatan yang mereka lakukan
dengan keseronokan dan kepuasan hidup. Keseronokan yang dimaksudkan itu hanya
diputuskan oleh akal nafsu mereka sendiri tanpa ada unsur agama sehingga hilang nilainilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
Disebabkab oleh pengaruh budaya hedonisme ini, telah menyebabkan remaja
pada hari ini hilang matlamat hidup mereka dan yang lebih mendukacitakan ialah
mereka

hilang minat belajar dan sentiasa ponteng ke sekolah semata-mata memenuhi

nafsu mencari keseronokan. Hakikatnya, menurut Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin
Yassin, sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah pada tahun 2013. Isu
ponteng

sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin, iaitu 18,550 pelajar

daripada jumlah tersebut (Florence Steven, 2014). Berdasarkan statistik kadar ponteng
ini telah menyebabkan guru sejarah mempunyai kekangan untuk memastikan semua
murid di sekolah mampu disemai dengan nilai-nilai kewarganegaraan dan seterusnya
menjadi generasi yang mampu menghargai warisan negara. Kita tidak menafikan
bahawa

kurikulum Sejarah sekolah rendah yang dibina oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia

telah diselitkan dengan nilai murni yang wajar disemai dalam diri setiap murid,

namun

sekiranya murid-murid di sekolah asyik membiasakan diri untuk ponteng sekolah

maka segala usaha kerajaan adalah sia-sia sahaja.

9

Gambar 5: Budaya Ponteng Sekolah yang Menjadi Penghalang Kepada Guru Untuk Melahirkan
Generasi yang Menghargai Warisan Negara

4.2

MURID SEKOLAH KURANG MINAT DALAM MATAPELAJARAN SEJARAH
Matapelajaran Sejarah merupakan suatu subjek yang memerlukan kemahiran

mengingat yang tinggi dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak
fakta tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada berkaitan dengan kejadian
yang

berlaku dalam negara mahupun luar negara. Berbeza dengan matapelajaran sains dan
matematik, kedua-dua matapelajaran tersebut adalah lebih menarik kerana ianya
sentiasa mencabar pemikiran murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Hal

ini

secara tidak langsung menyebabkan fokus murid terhadap matapelajaran Sejarah
menjadi kurang dan mereka lebih mementingkan subjek Sains dan Matematik kerana
realiti dunia pada hari ini menuntut agar generasi abad ke-21 mantap dalam pemikiran
sains dan matematik.
Menurut laporan Sinar Harian Online pada tanggal 3 februari 2014, pensyarah
pengkomputeran dan teknologi maklumat Dr Wong Seng Yue dari Universiti Taylor's
dalam kajiannya ke atas 582 pelajar tingkatan empat dan 15 guru sejarah di lima buah
sekolah di Kajang mendapati mereka sukar mengingati fakta sejarah. Hal ini telah
menyebabkan murid-murid tidak mampu mendapat gambaran jelas tentang peristiwa
sejarah yang berlaku sekaligus menyukarkan mereka memahami dan menghayatinya.

10

5.0

CADANGAN-CADANGAN KEPADA GENERASI PENDIDIK UNTUK MENJADI GURU
SEJARAH YANG BERKESAN

5.1

MENGAPLIKASI KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK) KE DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam era globalisasi ini, kemudahan TMK adalah tidak dapat dinafikan

kepentingannya dalam semua bidang khususnya dalam bidang pendidikan. Mengimbas
kepada cara pengajaran guru zaman dahulu, majoriti guru hanya menyampaikan
pengajaran kepada murid-murid di dalam kelas dengan menggunakan kaedah ‘chalk
and

talk’. Kaedah tersebut merupakan kaedah tradisional kerana pada zaman dahulu
perkembangan teknologi masih belum berkembang dengan pesat dan kesedaran untuk
menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran masih kurang. Namun pada

hari

ini,

TMK

dan

penggunaannya

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

semakin mendapat sambutan dalam kalangan pendidik bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan. Hal ini demikian
kerana,

TMK boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di

samping

dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat

daripada

pelbagai sumber yang sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-

pembelajaran dan k-ekonomi (Joseph Anjuman & Wan Rozali, 2013). Penyataan ini turut di
sokong oleh
telah

Bates& Waldrup dalam Ting (2009), yang menyatakan bahawa 48.5% pelajar

memperoleh faedah daripada penggunaan TMK di dalam bilik darjah.

Gambar 6: Aplikasi TMK Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
11

Oleh itu, guru matapelajaran Sejarah di sekolah seharusnya mempertingkatkan
diri sendiri dengan ilmu pengetahuan tentang TMK dan aplikasikan TMK ke dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah. Sebagai contoh, guru boleh
mengajar matapelajaran Sejarah menggunakan aplikasi dalam komputer seperti
Microsoft

Powerpoint mahupun menggunakan klip video untuk menerangkan topik-topik

yang ingin

diajar. Hal ini demikian kerana, dengan menggunakan kemudahan TMK yang

menekankan aspek visual, audio ataupun gabungan audio-visual, murid-murid akan
berasa lebih seronok dan akan lebih berminat untuk melibatkan diri secara aktif dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan pengajaran kaedah
tradisional. Hal ini turut disokong oleh Joseph Anjuman & Wan Rozali (2013), bahawa
TMK adalah lebih daripada alat pengajaran kerana potensi kelestariannya adalah
menonjol di dalam meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

5.2

MENGAPLIKASIKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 KE
DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini menuntut warga pendidik di sekolah

agar menggunakan pendekatan yang kreatif semasa mengajar di dalam kelas.
Pendekatan yang kreatif yang digunakan oleh guru semasa mengajar akan
menghasilkan pelajar yang kreatif dan berinovasi. Untuk menghasilkan murid yang kreatif, guruguru

pada hari ini seharusnya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan kepada murid.
Strategi

berpusatkan

murid

merupakan

proses

pembelajaran

yang

berbentuk

penerokaan

idea-idea dan konsep-konsep baharu dan murid memiliki kebebasan untuk

melakukan

aktiviti bersama guru (Noriati et,al., 2012). Hal ini bermakna, strategi berpusatkan

murid dapat menggalakkan murid lebih aktif dan mampu melibatkan diri bagi membantu
mereka

memahami tentang cara yang betul untuk belajar.
Antara pendekatan pedagogi abad ke-21 yang berpaksikan kepada strategi

berpusatkan murid ialah seperti Flipped Classroom, Blended Learning, Project Based
Learning, Problem Based Learning dan sebagainya. Sekiranya guru-guru sejarah di
sekolah mengaplikasikan pendekatan pedagodi abad ke-21 tersebut, maka murid-murid
di sekolah akan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka lebih bebas untuk meneroka topik-topik dalam sukatan
12

pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan menanam semangat inkuiri dalam diri
mereka dan mereka akan sentiasa bertanya demi memperoleh pengetahuan daripada
guru dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi sangat aktif. Di samping itu,
guru-guru sejarah di sekolah juga boleh mengaplikasikan pembelajaran koperatif di
dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran koperatif, guru Sejarah bukan sahaja mampu
membantu

murid dalam menguasai kandungan pembelajaran malah juga boleh membantu

mereka

memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.

Gambar 7: Contoh Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke-21

Menurut Arends dalam Noriati et.al (2012), fokus utama pembelajaran koperatif
adalah berkisarkan kepada tiga aspek iaitu pencapaian akademik, penerimaan
kepelbagaian

dan

kemahiran

sosial.

Murid-murid

akan

bekerjasama

dalam

menyelesaikan satu tugasan bersama untuk mencapai matlamat yang sama. Untuk
memastikan semua murid di dalam bilik darjah boleh menerima segala ilmu yang
disampaikan dalam bilik darjah, guru Sejarah boleh mencampurkan murid yang aktif
dengan murid yang pasif dalam satu kumpulan. Murid yang aktif akan berperanan
menjadi

rol model dalam kumpulan dan dapat membantu murid yang pasif untuk

melibatkan diri

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya inisiatif

sebegini, masalah

pembelajaran matapelajaran sejarah yang bosan tidak akan wujud

kerana setiap murid

diberi ruang dan peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam sesi

pengajaran dan

pembelajaran.

13

6.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, matapelajaran Sejarah merupakan satu matapelajaran yang sangat

penting pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pemahaman tentang sejarah merupakan sesuatu
yang wajib dalam diri setiap individu kerana ianya bukan sahaja mampu memastikan dunia
pada hari ini kekal aman damai malah ianya juga mampu menjadikan diri seseorang individu itu
menjadi lebih disiplin dan kaya dengan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang diperolehi
daripada pembelajaran matapelajaran Sejarah bukan sahaja mampu menjadi diri seseorang itu
lebih berguna, malah ianya juga mampu memberi impak untuk mengekalkan kemajuan dan
kesejahteraan sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab yang sangat berat kepada guru-guru Sejarah pada hari ini untuk menggalas
harapan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan bahawa semua murid di sekolah
faham tentang sejarah sesebuah negara dan bangsa agar dapat memberi celik akal kepada
mereka supaya generasi pada masa akan datang mampu menikmati apa yang kita rasakan
pada hari ini.

14