Cabaran Merealisasikan Dan Penerbitan Ilmiah

CABARAN MEREALISASIKAN
PENERBITAN ILMIAH DI KOLEJ
UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

Hariza Mohd Yusof

Shaharudin Ismail

Kolej Universiti Islam Malaysia

Kolej Universiti Islam Malaysia

hariza@admin.kuim.edu.my

shaharudin@admin.kuim.edu.my

ABSTRAK
Cabaran penerbitan ilmiah merupakan suatu cabaran buat universiti yang baru
ditubuhkan.

Di samping terlibat dalam usaha untuk memantapkan struktur


organisasi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM) juga menyedari bahawa harus wujud keseimbangan dalam
penghasilan produk yang berbentuk tulisan ilmiah atau akademik. Penghasilan
produk jenis ini boleh membuktikan bahawa KUIM adalah salah satu
penyumbang hasil idea yang boleh dikongsi bersama. Berdasarkan pentingnya
peranan ini, KUIM yang kini baru berusia enam tahun telah mengorak langkah
untuk sama ke depan bagi merealisasikan penerbitan buku ilmiah. Kertas ini
akan cuba berkongsi perkembangan, pencapaian dan halangan yang dihadapi
oleh KUIM dalam merealisasikan penerbitan ilmiahnya supaya turut dapat
menjadi penyumbang dalam arena penerbitan.

1

PENDAHULUAN
Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah diluluskan penubuhannya dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun 1997 dan diwartakan pada 13 Mac
1988. KUIM mengorak langkah untuk dicatatkan sebagai sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia
pada permulaan abad ke 21 dan merupakan IPTA yang ke 12 ditubuhkan di

negara ini.
Hasrat utama penubuhan KUIM ialah untuk memartabatkan pendidikan Islam
dalam perkembangan arus perdana pendidikan negara yang mengutamakan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang akademik,
terutama dalam pengajaran dan penyelidikan.

Bagi memenuhi hasrat ini,

penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, di samping Bahasa Melayu
menjadi agenda penting dalam pembangunan akademik mahasiswa universiti.
Sejarah Penerbitan KUIM
Sejarah penerbitan di KUIM juga sinonim dengan perkembangan KUIM.
Penerbitan di KUIM sememangnya tidak dapat menandingi universiti-universiti
lain yang sudah begitu ke depan. Namun begitu, usia bukanlah halangan untuk
KUIM mengorak langkah ke depan. Bermula dengan bertatih, Penerbit KUIM
cuba untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan penerbit-penerbit
IPTA yang lain yang sudap mantap.

Walaupun proses ini akan mengambil


masa, Penerbit KUIM berusaha untuk memberi komitmen yang sepenuhnya.
Sejarah penerbitan bermula dengan penerbitan sebuah buku KUIM pada tahun
2002. Ketika itu Unit Penerbitan KUIM berada di bawah payung perpustakaan.
Penerbitan sulung KUIM ketika itu bertajuk Abd. Al-Qadir Al-Jilani- His Method of
Islamic and Da’wah Mission, hasil karya Dato’ Dr. Abdullah Muhammad Zin.

2

Pada tahun 2003, Unit Penerbitan KUIM distrukturkan kembali di bawah Jabatan
Canselori dengan seorang Pegawai Penerbitan.

Pada tahun 2003, dengan

tenaga kerja yang masih terhad, Penerbit KUIM cuba menerbitkan beberapa
buah manuskrip lagi.

Langkah pertama yang diambil ialah membuat surat

panggilan manuskrip kepada para penulis yang terdiri daripada para pensyarah
di KUIM.


Ketika itu, staf KUIM begitu kecil, tetapi komitmen yang tinggi,

membuahkan hasil.

Berdasarkan komitmen yang tinggi, KUIM telah berjaya

mengadakan majlis pelancaran buku yang pertama pada bulan Julai 2003
dengan melancarkan dua belas (12) buah buku seperti Rajah 1.
Rajah 1: Senarai penerbitan KUIM tahun 2003
Bil.

Tajuk Buku

1.

Kebatilan Dalam Ajaran Kebatinan

2.


Ulum Islamiyyah

3.

Isu Dakwah dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi

4.

Language and Islamic Studies

5.

Islamic Da’wah In The Age of ICT

6.

Kajian Syariah dan Undang-undang

7.


Intelektualisme & Da’wah Masa Kini

8.

An-Nubuwwah Bayna Al-Mutakallimin Wa Al-Falasifah

9.

Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah

10.

Prosiding Hasil Seminar Penyelidikan KUIM

11.

Kuim’s Handbook on Academic Writing

12.


Prosiding Diskusi Syariah & Undang-Undang

3

Pada tahun 2004 pula, ekoran masalah kekurangan manuskrip, bilangan
penerbitan telah menurun (Rajah 2).

Pada tahun ini, hanya tujuh buah

manuskrip sahaja dapat diterbitkan.
Rajah 2: Senarai terbitan KUIM tahun 2004
1

Manhaj Al-Sufi Fi Akhlak

2

Pemikiran Tasawuf Syeikh Abu Mahasin Yusuf Al-Taj

3


Asas Kecemerlangan Ummah

4

Islamic Studies In World Institutions Of Higher Learning

5

Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh Sufi 2004

6

Kedudukan Al-Sunnah Dalam Sintaksis Arab

7

Al-Haraqah Al-Batiniyyah Fi Mizan Al-Islam – Dirasah
Naqdiah Lil Batiniyyah Al-Jawiah


Seterusnya pada tahun 2005, berdasarkan galakan-galakan yang terus menerus
diadakan, hasil penerbitan berjaya ditingkatkan sebanyak 15 buah, termasuk dua
buah jurnal universiti. Senarai penerbitan pada tahun 2005 seperti berikut:
Rajah 3: senarai terbitan tahun 2005
1

Dirasat Fi-Al Ijtihad Wa Al-Taqnin

2

Ahkam Al-Musobaqat Al-Mu’sarah Fi Al-Islami

3.

Human Capital And Trade Structure Of Malaysia’s
Manufacturing

4

‘Ulum Islamiyyah The Malaysian Journal Of Islamic

Sciences – Vol 2

5

‘Ulum Islamiyyah The Malaysian Journal Of Islamic
Sciences – Vol 3

4

6.

Biografi Kiyai Hj. Abd Rahman Ambo Dalle Dan
Sumbangannya Dalam Dakwah Di Sulawesi Selatan,
Indonesia

7.

Kajian Syariah Dan Undang-Undang – Siri 2

8


Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu &
Berakhlak

9

Isu Semasa Pengajian Quran Dan Sunnah – Siri -2

10

Diskusi Syariah Dan Undang-Undang Siri 2

11

Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu &
Berakhlak

12

Insan Dari Aspek Etimologi Dan Perspektif Islam

13

Islam Hadhari: Rakyat Berjiwa Merdeka

14

Islam Hadhari: Penguasaan Ilmu Pengetahuan

15

Islam Hadhari: Islam Hadhari Dan Kehidupan

Penerbit KUIM masih kecil dan masih di peringkat unit yang kecil. Pada Jun
2006, sekali lagi Unit Penerbitan distrukturkan kembali dengan tujuan untuk
pemantapan dan penyusunan yang lebih baik. Pentadbiran Unit Penerbitan
diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Ilmu, Pusat Pengurusan Ilmu dan
Teknologi Maklumat (PPITM) dengan diketuai oleh seorang pengarah.

Pada

tahun ini juga Unit Penerbitan telah mensasarkan KPI sebanyak 20 buah tajuk
buku untuk diterbitkan.
Peningkatan dari setahun ke setahun bilangan atau jumlah buku yang diterbitkan
membuktikan komitmen yang tinggi KUIM untuk terus sama menyumbang dalam

5

arena penerbitan ilmiah di Malaysia.

Peningkatan penerbitan buku dapat

dilakukan dengan jalinan kerjasama yang erat antara bahagian penerbitan dan
juga kalangan penulis yang terdiri daripada pensyarah KUIM.

Halangan Penerbitan Buku
Sejajar dengan hasrat Universiti, Penerbit KUIM mensasarkan bilangan buku
seharusnya bertambah dari setahun ke setahun, selari dengan peningkatan
tenaga pensyarah dan staf. Peningkatan ini dapat dilakukan sekiranya mendapat
stok manuskrip yang banyak, komitmen yang tinggi daripada penulis dan
kerjasama yang erat dengan penilai serta penyunting.
Faktor-faktor halangan berikut dikenal pasti sebagai halangan atau cabaran
utama bagi Penerbit KUIM:

1) Kekurangan manuskrip
Faktor ini merupakan halangan utama bagi sesuatu penerbitan. Tidak ada
buku yang dapat diterbitkan sekiranya tidak ada manuskrip yang dihantar
kepada pihak penerbit.

2) Kekurangan informasi dalam penghasilan manuskrip
Faktor ini dikenal pasti apabila ada kalangan tenaga akademik yang
mempunyai idea dan bahan tetapi tidak tahu bagaimana mahu
mempersembahkan idea mereka dalam bentuk buku supaya dapat
dikongsi bersama oleh pembaca. Kesannya idea dan bahan itu hanya
berlegar di sekitar kelas atau nota kuliah semata.

6

3) Kurangnya maklumat kepentingan penulisan
Anggapan bahawa hasil penulisan memberikan input yang sedikit kepada
status jawatan mereka juga menyebabkan bidang ini dianggap tidak
penting jika dibandingkan dengan hasil penyelidikan dan juga penulisan
jurnal.

4) Motivasi penulisan
Sebahagian penulis menggunakan alasan sibuk dengan kelas dan rutin
harian menyebabkan idea dan garapan mereka tidak dapat dituntas
dengan sebaiknya.

5) Proses Penerbitan
Faktor yang menjadi halangan untuk mempercepatkan penerbitan buku itu
ialah proses penerbitan itu sendiri.

Proses penerbitan buku di KUIM

adalah seperti berikut:
Terima manuskrip
Jawatankuasa Penerbitan Universiti
proses penilaian (ditolak @diterima)
proses pembetulan kembali oleh penulis
penyuntingan
percetakan

7

Kelewatan sering berlaku dikenal pasti di peringkat penilaian dan
peringkat pembetulan

kembali oleh penulis. Tempoh yang biasanya

diberikan untuk proses penilaian ialah selama sebulan, tetapi apa yang
berlaku sering kali tempoh ini melebihi tarikh sebenar.

Begitu juga di

peringkat pembetulan kembali oleh penulis, tempoh yang diberikan
biasanya sebulan, tetapi ada juga sehingga setahun. Hasilnya manuskrip
tersebut yang dirancang untuk diterbitkan pada tahun ini tersasar
daripada sasaran.
Faktor Galakan dan Motivasi

Statistik dalam Carta 1 di bawah jelas menunjukkan bahawa penerbitan buku di
KUIM yang bermula pada tahun 2002 telah meningkat sehingga tahun 2005.
Oleh kerana perolehan manuskrip yang sedikit dalam tahun 2004 telah
menyebabkan jumlah penerbitan buku menurun tetapi ia meningkat pada tahun
2005 sebanyak 100% berbanding dengan tahun sebelumnya.

Naik turun

peningkatan penebitan buku ini banyak bergantung kepada perolehan manuskrip
yang diterima dengan penerbit. Penerbit KUIM telah mensasarkan sebanyak 20
buah tajuk buku untuk diterbitkan.

8

Carta 1: Penerbitan Buku 2003-2006

16
14
12
10
8

Jumlah
Penerbitan Buku

6
4
2
0
2002

2003

2004

2005

Pelbagai langkah dan usaha dilakukan oleh Penerbit KUIM untuk mendapatkan
manuskrip dan galakan kepada penulis untuk menghasilkan mansukrip. Antara
usaha yang dilakukan ialah:

1) Mengadakan pelbagai bengkel penulisan.
Bengkel penulisan merupakan salah satu cara yang diambil oleh Penerbit
KUIM untuk memberi pendedahan, motivasi atau galakan kepada penulis
untuk menghasilkan manuskrip. Bengkel-bengkel yang digarap dihasilkan
bersandarkan modul yang telah dirangka dan diluluskan di peringkat
Mesyuarat

Jawatankuasa

Penerbitan.

Bengkel

yang

dijalankan

bersadarkan kepada tiga tahap modul mengikut peringkat. Modul-modul
yang digunakan ialah Modul Bengkel Peringkat Pertama, Modul Bengkel
Peringkat Pertengahan dan Modul Bengkel Peringkat Lanjutan. Ketigatiga tahap ini mempunyai kerangka yang berlainan dan para peserta akan
mengikuti kesemua tahap ini bermula daripada peringkat awal dengan
memperkenalkan kepada peserta perkara yang paling asas dalam
9

pembinaan

manuskrip,

sehinggalah

peringkat

akhir

penghasilan

manuskrip.
Pengenalan bengkel-bengkel ini bukan bermakna menidakkan kepakaran
yang telah sedia dimiliki oleh penulis.

Kebanyakan penulis KUIM

merupakan tenaga muda yang mempunyai banyak idea baru dan juga
hasil penulisan yang amat berguna. Tetapi kebanyakan hasil penulisan ini
terperap dalam bentuk tesis atau hasil penyelidikan yang audiens
pembacanya terhad. Masalah yang selalu dihadapi ialah bagaimana mahu
mencernakan idea mereka dalam bentuk manuskrip yang menarik atau
bahan penulisan yang menarik agar mampu dikongsi bersama oleh para
pembaca yang lain. Apa yang dilakukan oleh Penerbit KUIM hanyalah
membantu menunjukan arah bagaimana mahu mencanai kembali idea itu
dalam bentuk yang boleh dikongsi bersama oleh masyarakat. Bengkelbengkel ini hanyalah sebagai panduan kepada penulis supaya cara
penulisan mereka lebih jelas dan terpandu kepada idea yang mereka
telah tersedia digarap. Antara bengkel yang pernah dianjurkan oleh Unit
Penerbitan KUIM ialah seperti berikut:
Rajah 4: Senarai Bengkel Penerbit KUIM
BIL NAMA BENGKEL

TAHUN

1

Bengkel penulisan ilmiah

2003, 2004 & 2006

2

Bengkel penulisan tesis ke buku

2003 & 2006

3

Bengkel penulisan Bahasa Inggeris

2005

4

Bengkel penulisan Bahasa Arab

2004

5

Bengkel Penulisan Jurnal

2006

6

Bengkel penyuntingan

2006

7

Bengkel penulisan akhbar

2005

8

Bengkel pemurnian manuskrip

2005 & 2006

10

KUIM mempunyai pelajar dan pensyarah dari pelbagai latar belakang
pendidikan. Hasil penulisan juga tidak dihadkan kepada Bahasa Melayu
sahaja, tetapi juga Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Oleh itu pihak Unit
Penerbitan turut memberi pilihan kepada penulis untuk memantapkan
penulisan dengan skil yang mereka ada, sama ada Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab.
Kepelbagaian penggunaan bahasa ini penting memandangkan KUIM
mempunyai kepelbagaian latar belakang pensyarah yang bukan sahaja
berasal daripada dalam negara tetapi juga luar negara. Bengkel Bahasa
Arab contohnya memberi pilihan kepada pensyarah yang kurang fasih
berbahasa Melayu untuk memantapkan skil penulisan mereka dan
menghasilkan penulisan dalam bahasa yang mereka mahir.
Sehingga kini, Penerbit KUIM mempunyai enam tajuk penerbitan bahasa
Arab dan lima tajuk penerbitan dalam Bahasa Inggeris. Penerbit KUIM
juga telah menerbitkan tiga jurnal, termasuk dua yang diuruskan di bawah
fakulti iaitu jurnal ‘Ulum Islamiyyah, The Journal of Muamalat & Islamic
Finance Research dan Jurnal Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah.

Jurnal

ketiga ini merupakan jurnal yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya
dalam penerbitan.

2) Majlis pelancaran buku
Penerbit KUIM juga berusaha untuk mengadakan Majlis Pelancaran Buku
setiap tahun bermula pada tahun 2003-2005.

Dalam majlis ini, setiap

penulis yang telah menghasilkan buku, akan diberi hadiah penghargaan
sebagai satu galakan kepada mereka untuk terus menghasilkan buku.

11

3) Pemberian royalti
Mengambil kira hasil penulisan yang telah dihasilkan, tidak ketinggalan
juga pemberian royalti kepada setiap penulis. Royalti yang diberikan oleh
Penerbit KUIM kepada penulis agak tinggi iaitu 20% daripada hasil jualan
buku yang terjual.
4) Penerbitan buku-buku diperingkat fakulti
Sebagai salah usaha dan cara untuk menggalakan lagi penerbitan buku,
selain dari buku-buku yang diterbitkan oleh Penerbit KUIM sendiri, terbitan
buku-buku di peringkat fakulti juga digalakkan. Walaupun penerbitan di
lakukan di peringkat fakulti, Penerbit KUIM masih memantau dan menjaga
kualiti penerbitan tersebut.
KESIMPULAN
Tumpuan

utama

penubuhan

utama

IPTA

seperti KUIM adalah

untuk

memantapkan struktur organisasi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran
supaya penghasilan modal insan dapat dicapai seperti yang telah disasarkan
dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMKe-9). Di samping itu, penghasilan produk
yang berbentuk tulisan ilmiah atau akademik juga adalah penting dan boleh
membuktikan bahawa KUIM menjadi salah satu penyumbang hasil idea yang
boleh dikongsi bersama. Berdasarkan pentingnya peranan ini, KUIM yang kini
baru berusia enam tahun telah mengorak langkah dan berusaha untuk mencapai
sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia di samping merealisasikan
penerbitan buku ilmiahnya supaya turut dapat menjadi penyumbang dalam arena
penerbitan.

12