APLIKASI DIDIK HIBUR MENGGUNAKAN LAGU LA

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
APLIKASI DIDIK HIBUR MENGGUNAKAN LAGU-LAGU FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA BAHASA MELAYU
KEPADA MURID-MURID ORANG ASLI.
Oleh:
Mazura binti Sulaiman
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Kertas kerja ini akan membincangkan kajian berkaitan aplikasi didik hibur menggunakan lagu-lagu dalam
filem Pendekar Bujang Lapok kepada murid-murid orang asli. Kajian ini ditadbirkan kepada murid-murid
Sekolah Kebangsaan Rancangan Penempatan Semula Penduduk Orang Asli Kemar, Gerik, Perak.
Sebanyak 25 orang murid tahap 1 yang tinggal di asrama sekolah berkenaan telah terlibat dalam kajian
ini. Lagu-lagu yang menjadi instrumen kajian ini ialah Pok Pok Pok Bujang Lapok, Maafkan Kami dan
Malam Bulan di Pagar Bintang. Hasil gabungan unsur didik hibur dan modul seni bahasa serta
penggabungjalinan kemahiran lisan dan kemahiran membaca maka enam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran telah dirancang menggunakan lagu-lagu tersebut. Perancangan aktiviti ini juga turut
mengambil kira tahap penguasaan kemahiran berbahasa murid-murid iaitu pada tahap LINUS tegar.
Instrumen soal selidik respon tertutup digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan profil muridmurid serta respon mereka sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. Statistik deskriptif iaitu kekerapan
dan peratusan digunakan untuk analisis kajian. Pengkaji turut menjalankan pemerhatian terhadap minat
dan kecenderungan murid-murid sepanjang aktiviti berlangsung. Dapatan kajian mendapati ketiga-tiga

buah lagu itu cukup signifikan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
berbahasa bahasa Melayu kepada murid-murid orang asli sekiranya lagu-lagu tersebut dimanipulasikan
dengan menggunakan kaedah,teknik dan aktiviti yang sesuai .