UPT Pendidikan Sivik Tingkatan 2 - Sumber Pendidikan SIVIK TG2 2016

1

Bahagian A
Soalan 1 hingga Soalan 30
Arahan : Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A, B, C
dan D. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.
1.

Apakah ucapan yang sesuai diucapkan apabila salah seorang anggota keluarga
rakan anda meninggal dunia?
A
“Takziah, bersabarlah.”
B
“Biarlah dia meninggal. Sudah nasib dia begitu.”
C
“Nasib baik bukan kamu yang meninggal.”
D
“Semoga awak panjang umur.”

2.


Anda dan rakan-rakan, sedang mengadakan perbincangan. Anda tidak bersetuju
dengan pendapat rakan anda. Bagaimanakah cara anda memberitahu perkara
tersebut kepada rakan anda itu?
A
“Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapat kamu.”
B
“Saya kurang bersetuju dengan pendapat kamu itu. Boleh saya
memberikan pendapat saya?”
C
“Pendapat kamu itu tidak boleh diterima langsung.”
D
“Tidak usahlah kamu mengeluarkan pendapat yang begitu.”

3.

Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah.
X

Rajin


Bertanggungjawab

Berusaha

X ialah
A
refleksi diri
B
berfikiran terbuka
C
kecemerlangan diri
D
kemahiran berkomunikasi
4.

Soalan 4 berdasarkan slogan di bawah.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Peribahasa di atas dapat membantu pelajar untuk
A
mengetahui kelebihan dan kelemahan diri
B
menjadi anak yang bertanggungjawab
C
menempuh cabaran ketika belajar
D
bercita-cita tinggi

PSK 2016 TINGKATAN 2

SULIT

2
5.

Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti?
A
kebolehan berkongsi ilmu

B
saling bekerjasama
C
membuat renungan atau refleksi
D
sikap bertanggungjawab individu terhadap sesuatu tindakan

6.

Pelajar yang mempunyai perwatakan terpuji selalu
A
mengharapkan balasan ketika bertugas
B
bersopan dan berbudi bahasa
C
mementingkan diri sendiri
D
berfikiran sempit

7.


Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi yang berkesan?
A
Kebolehan berkongsi ilmu
B
Kebolehan memberi motivasi
C
Bercakap tanpa henti
D
Berinteraksi dengan orang lain dan difahami

8.

Soalan 8 berdasarkan petikan di bawah.
Sebelum tidur, Ibrahim mengimbas kembali perlakuannya
terhadap rakan sekelasnya. Dia berazam untuk
memperbaiki diri setelah ditegur oleh rakan-rakannya itu.
Apakah yang telah dilakukan oleh Ibrahim?
A
Refleksi diri

B
Akujanji diri
C
Imbas kembali
D
Diari harian

9.

Apabila menyuarakan pendapat, pastikan pertuturan kita
A
perlahan
B
tidak menyinggung perasaan orang lain
C
menunjukkan kegarangan
D
jelas

10.


Mengapakah kita perlu berkongsi masa suka dan duka dengan anggota keluarga?
A
supaya menyenangkan diri sendiri
B
kerana tiada orang lain yang dapat dipercayai
C
dipaksa oleh keluarga untuk berbuat demikian
D
supaya ahli keluarga rasa diri dihargai dan disayangi

11.

Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan masalah keluarga?
A
Anggota keluarga membuat keputusan sendiri
B
Menggalakkan komunikasi secara terbuka
C
Berkahwin dengan niat yang ikhlas

D
Rajin mencari ilmu melalui buku-buku kekeluargaan

PSK 2016 TINGKATAN 2

.

SULIT

3
12.

Siapakah yang berperanan untuk memupuk perpaduan dalam keluarga?
A
Jiran tetangga
B
Ahli keluarga
C
Kerajaan
D

Sekolah

13.

Bagaimanakah cara anda menghargai keluarga anda?
I
Melayan ibu bapa dan adik–beradik dengan baik
II
Sentiasa bersopan dan berhemah apabila berkomunikasi dengan keluarga
III
Tidak mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan
IV
Melanggar peraturan yang telah ditetapkan
A
I dan II
B
II dan III
C
III dan IV
D

II dan IV

14.

Soalan 14 berdasarkan petikan di bawah
Ibu bercadang untuk berkelah pada hujung minggu ini, namun pada
masa yang sama anda mempunyai rancangan lain bersama rakan.
Apakah tindakan atau keputusan yang patut anda lakukan?
A
Tidak terlibat dalam kedua-dua aktiviti
B
Tidak akan mengikut ibu untuk berkelah
C
Meminta izin ibu untuk bersama-sama dengan rakan
D
Menyertai aktiviti keluarga dan meminta maaf daripada rakan kerana tidak
dapat turut serta

15.


Soalan 15 berdasarkan slogan di bawah.
Rumahku Syurgaku
Apakah peranan anak-anak untuk merealisasikan slogan di atas?
A
Memastikan rumah sentiasa dikunci
B
Memastikan rumah tidak bising
C
Mengemas rumah setiap hari
D
Menghargai anggota keluarga

16.

Aiman bercita-cita hendak menjadi peguam, tetapi rakan-rakannya sering
mempersendakan keinginannya. Rakan-rakan Aiman sepatutnya
A
memberi alasan yang munasabah
B
memahami keperluan Aiman
C
menghormati keinginan Aiman
D
memberitahu kelemahan Aiman

PSK 2016 TINGKATAN 2

SULIT

4
17.

Soalan17 berdasarkan maklumat di bawah.
Pak Malik mempunyai tiga orang anak. Masing-masing mempunyai
pekerjaan yang berlainan seperti yang berikut:
 Anak sulung
Petani


Anak kedua

Doktor



Anak bongsu

Kerani

Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh Pak Malik?
A
Melayan anak yang paling pandai dengan baik
B
Mengakui bahawa setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza
C
Menyisihkan anak yang tidak berpendapatan tinggi
D
Berterus terang dengan anak yang tidak berjaya
18.

Bagaimanakah cara kita menunjukkan bahawa kita menghormati hak orang lain?
I
menghormati pendapat orang lain
II
berfikiran terbuka
III
tetap mempertahankan pendapat diri sendiri
IV
menghargai bakat dan kebolehan orang lain
A
I, II dan III
C
I, III dan IV
B
I, II dan IV
D
II, III dan IV

19.

Kepentingan menghormati hak orang lain termasuklah
I
kehidupan akan harmoni
II
masyarakat akan bersatu padu
III
golongan yang miskin akan tertindas
IV
golongan kurang upaya akan terbela
A
I, II dan III
B
II, III dan IV
C
I, III dan IV
D
I, II dan IV

20.

Encik Johan disukai oleh rakan sepejabatnya. Encik Johan mungkin
A
gemar mengambil alat tulis orang lain tanpa kebenaran
B
suka memberi alasan untuk tidak menghadiri mesyuarat
C
memberi pendapatnya dengan cara yang bersopan
D
selalu membangkang pendapat rakan yang lain

21.

Kesan kepada masyarakat akibat tidak menghormati hak orang lain ialah
A
kejadian buli bertambah
B
mangsa penderaan berkurangan
C
kaum-kaum yang berlainan fahaman akan bersatu padu
D
negara akan sentiasa aman dan harmoni

PSK 2016 TINGKATAN 2

SULIT

22.

5
Kawan baik anda kehilangan bapa. Apakah yang akan anda lakukan sebagai
seorang rakan?
A
Memulaukan rakan anda itu
B
Menghantar baju-baju terpakai ke rumahnya
C
Meneruskan tugas harian kamu seperti biasa
D
Menziarahinya dan mengucapkan takziah serta menenangkannya

23.

Sekiranya seorang daripada adik beradik anda mengalami kecacatan sejak lahir,
apakah tindakan anda?
I
Melayan dan mengasihinya seperti adik beradik yang lain
II
Selalu menyebut kecacatan dirinya supaya dia sedar dirinya
III
Tidak memandang rendah akan kekurangan dirinya
IV
Meminta ibu bapa menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
A
I dan III
C
III dan IV
B
II dan IV
D
I dan IV

24.

Sikap toleransi dalam masyarakat penting kerana
A
setiap individu berbeza antara satu sama lain
B
setiap individu mempunyai peranan masing-masing
C
setiap individu mempunyai kelemahan masing-masing
D
setiap individu ada hak untuk mengkritik

25.

Apakah kebaikan yang didapati dengan menyertai pertubuhan sukarela?
A
Dapat mengenali jiran tetangga
B
Dapat membantu orang miskin
C
Dapat menguji kesabaran diri sendiri
D
Dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan ikhlas

26.

Seni muzik ghazal dan gamelan merupakan warisan kesenian kaum
A
Melayu
B
Cina
C
India
D
Kadazan

27.

Pipa, Erh-Hu dan Yangqin adalah contoh
A
seni muzik kaum Cina
B
alat muzik kaum Cina
C
seni tarian kaum Cina
D
permainan tradisional kaum Cina

28.

Antara yang manakah golongan yang menunjukkan permainan warisan?
A
Gasing, bola tampar, congkak
B
Bola sepak, bola tampar, bola jaring
C
Congkak, sepak takraw, bola sepak
D
Batu seremban, konda-kondi, gasing

PSK 2016 TINGKATAN 2

SULIT

6
29.

Soalan 29 berdasarkan maklumat di bawah.
Seni muzik ini merupakan muzik istana klasik di negeri Kedah, Perak,
Selangor dan Terengganu. Alat-alat yang digunakan ialah serunai, nafiri,
gendang besar, gendang kecil dan gong.
Pilih seni muzik yang sesuai dengan maklumat di atas.
A
Nobat
B
Ghazal
C
Gamelan
D
Dondang Sayang

30.

Mengapakah kita perlu memelihara warisan kesenian bangsa?
A
Mengimbau sejarah lampau
B
Mencerminkan identiti rakyat dan negara
C
Melambangkan keharmonian hidup masyarakat
D
Lambang kekayaan masyarakat zaman silam

Bahagian B
Soalan 1 hingga Soalan 5

Arahan : Jawab semua soalan di dalam ruang yang disediakan.
1.

2.

Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah.
(a)

Memegang jawatan pengawas sekolah adalah contoh kecemerlangan diri.

(b)

Syazwan berjenaka ketika mengunjungi rumah Sharif yang baru kematian ibu.

(c)

Seseorang yang tidak beradab akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

(d)

Salah satu sifat seseorang yang mempunyai perwatakan terpuji adalah
berpegang teguh kepada ajaran agama.

(e)

Berjabat tangan merupakan salah satu cara berkomunikasi.

(5 markah)
Senaraikan dua aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara
ahli keluarga?
a)
b)
(2 markah)

PSK 2016 TINGKATAN 2

SULIT

7
3.

Padankan agensi dengan peranannya di bawah ini.
(a) PEMADAM

(b) MAKNA

Menjaga kedaulatan perairan negara.

Menangani masalah penagihan dadah.

(c) TLDM

Memberi khidmat nasihat mengenai masalah
peribadi, pelajaran atau kerjaya.

(d) St. John Ambulans

Memberi bantuan kewangan dan sokongan
moral kepada pesakit kanser.

(e) Unit Kaunseling

Memberi rawatan kecemasan kepada mangsa
kemalangan.
(5 markah)

4.

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menyenaraikan masyarakat yang
popular dengan alat muzik berikut.
Kadazan
Alat Muzik

Melayu

Cina

India

Masyarakat

(a) Kompang
(b) Yang qin
(c) Sitar
(d) Sompotan
(e) Tabla
(5 markah)

PSK 2016 TINGKATAN 2

SULIT

5.

8
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan aktiviti gotong royong yang ditunjukkan
dalam gambar di bawah.

(a)

Apakah nilai atau semangat yang ditunjukkan dalam gambar di atas untuk
menjayakan aktiviti tersebut?

(1 markah)
(b)

Mengapakah semangat kekitaan penting dalam kehidupan bermasyarakat?
i)
ii)
(2 markah)

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(Pn. Nor Amirah Radzi)
Guru Mata Pelajaran

(Pn. Noraini Kassim)
Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Disahkan oleh :
(Pn Norliyah binti Ali)
Ketua Bidang Kemanusiaan
-KERTAS SOALAN TAMAT-

PSK 2016 TINGKATAN 2

SULIT