PEER STUDY BAGI MENINGKATKAN PRESTASI P
”PEER STUDY” BAGI MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR TINGKATAN TIGA
DALAM TOPIK ELEKTRIK DAN PERATUS KELULUSAN SUBJEK SAINS
DALAM PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
OLEH :
LING MEI TENG
[email protected]
SEPTEMBER 2010
ABSTRAK
Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Sains bagi pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki
peperiksaan PMR pada tahun 2010. Seramai 46 pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan pemerhatian dan melalui penilaian
keputusan peperiksaan percubaan PMR pelajar. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati
keputusan pelajar semakin merosot dan bagi kelas yang lemah, semua pelajar gagal
dalam mata pelajaran Sains. Mereka semakin agresif dan kurang memberi kerjasama
walaupun pelbagai program motivasi dan bimbingan diberikan kepada mereka sebelum
PMR. Daripada kertas peperiksaan yang telah diperiksa, mereka tidak menjawab soalan
berbentuk pengiraan. Selain itu, pelajar juga tidak mahir dalam melukis graf dan tidak tahu
menulis hipotesis, inferen, kesimpulan serta mengenalpasti pemboleh ubah.
Memandangkan masa telah suntuk dan semakin dekat dengan PMR, saya tidak berupaya
untuk memberi bimbingan kepada setiap individu dalam kelas. Untuk mengatasi masalah
ini, saya telah menjalankan kajian dengan mengadakan program “peer study”. Melalui
program ini, pelajar berkeupayaan tinggi diberi latihan untuk menjadi seorang tutor.
Tuteenya iaitu pelajar yang berkeupayaan rendah akan menerima bimbingan daripada
tutornya. Setiap tutor diminta membimbing seorang tutor secara individu. Selepas sesi
bimbingan, tutee diminta menerangkan menjawab semula soalan yang dibincang dalam
kertas soalan yang baru. Tutornya seterusnya akan menyemak hasil kerja tuteenya. Guru
berada dalam kelas bersama pelajar dan memantau serta member bimbingan tambahan
sekiranya perlu. Program ini hanya mampu dijalankan sebanyak 2 kali iaitu setiap hari
Jumaat bermula akhir bulan lapan. Selepas keputusan PMR diumumkan pada akhir bulan
disember 2011, saya terperanjat dengan keputusan pelajar yang begitu memuaskan
kerana daripada 23 orang pelajar yang pada asalnya gagal dalam percubaan PMR, 22
orang yang lulus dan hanya seorang yang gagal kerana tidak pernah menghadiri program
ini. Dengan itu, peratus kelulusan PMR dalam maa pelajaran Sains sekolah ini telah
meningkat ke 99.0%.
1
ISI KANDUNGAN
Muka surat
Abstrak
2
Isi Kandungan
3
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
4
2. Fokus Kajian
6
3. Objektif Kajian
7
4. Kumpulan Sasaran
7
5. Pelaksanaan Kajian
8
5.1
Tinjauan Masalah
8
5.2
Analisis Tinjauan Masalah
8
5.3
Merancang Tindakan
5.3.1 Mendefinisikan konteks pentutoran
5.3.2 Mendefinisikan objektif
5.3.3 Mendefinisikan bidang kurikulum
5.3.4 Memilih dan memadankan peserta
5.3.5 Menentukan teknik pentutoran dan bilangan perjumpaan
5.3.6 Memilih bahan pentutoran
9
5.4
Melaksanakan Tindakan
5.4.1 Melatih tutor
5.4.2 Proses pentutoran
11
5.5
Pemerhatian dan Refleksi Kajian
5.5.1 Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 1
5.5.2 Pemerhatian dan refleksi Proses Pentutoran 1
5.5.3 Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 2
5.5.4 Pemerhatian dan refleksi Proses Pentutoran 2
13
5.6
Refleksi keputusan PMR 2010 dalam Subjek Sains
20
6. Cadangan Lanjutan
20
7. Kesimpulan
21
Lampiran
2
1.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Merujuk kepada analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009, keputusan dalam
mata pelajaran Sains bagi pelajar Tingkatan 2 adalah tidak memuaskan dan sangat lemah.
Kelas
Bilangan pelajar yang
Bilangan pelajar
Bilangan pelajar dalam
lulus
yang gagal
kelas
0
23
23
3 Dedikasi
Situasi ini sangat membimbangkan kami sebagai guru mata pelajaran Sains Tingkatan 3
yang akan membuat persediaan untuk pelajar-pelajar ini untuk menghadapi peperiksaan PMR
pada tahun 2010. Guru pernah berbincang dengan guru-guru Tingkatan 2 yang mengajar kelaskelas berikut dan maklum balas daripada guru-guru tersebut adalah seperti:
-
“Mereka memang lemah, asas dalam sains sekolah rendah memang tidak baik.”
-
“Mereka malas dan tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.”
-
“Mereka seringkali ponteng sekolah, ponteng kelas, tidak membuat latihan yang diberi
dan mempunyai masalah displin yang lain.”
-
“Mereka tidak berminat langsung terhadap mata pelajaran Sains.”
-
“asas Matematik mereka lemah dan mereka tidak suka mengira.”
Guru juga berpeluang untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar yang
gagal dalam mata pelajaran Sains mereka semasa peperiksaan akhir tahun 2009. Maklum
balas yang diberikan oleh mereka adalah:
-
“Cikgu tidak pandai mengajar dan teknik pengajaran tidak menarik.”
-
“Kami tidak faham konsep dan kandungan yang cikgu ajar.”
-
“Kami tidak berminat dalam mata pelajaran Sains kerana asyik mendengar sahaja.”
-
“Kami mempunyai masalah dalam Bahasa Inggeris, kami tidak faham apa yang cikgu
cakap semasa dalam kelas.”
-
“Kami tidak ingat fakta dan berasa susah untuk menghafal fakta.”
Dengan pencapaian PMR pada tahun 2009 yang mencecah 97.9% (cuma 4 daripada
193 pelajar yang gagal), keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong kami
untuk menjalankan kajian tindakan.
3
Saya diminta mengajar empat kelas tingkatan tiga yang akan menduduki PMR pada
tahun 2010. Pelajar tingkatan tiga dalam keempat-empat kelas saya boleh dikategorikan
kepada tiga kumpulan, iaitu pelajar berkeupayaan tinggi, sederhana dan rendah.
Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian formatif, peperiksaan
semester, excel PMR, Pra-PMR dan Percubaan PMR pada tahun 2010, keputusan pelajar
memang dalam tahap yang sangat rendah bagi pelajar yang berkeupayaan rendah. Mereka
tidak bermotivasi untuk belajar sains kerana mereka tidak faham konsep sains dan tidak
mempunyai asas yang baik dalam sains.
Berdasarkan kertas soalan peperiksaan dan ujian, saya mendapati pelajar seringkali
tidak menjawab soalan yang perlukan aplikasi seperti topik elektrik yang melibatkan pengiraan.
Mereka juga tidak suka menjawab soalan yang berkaitan dengan eksperimen. Mereka sering
tunggu jawapan dari guru dan takut mencuba kerana kurang keyakinan diri. Melalui soal jawab
secara spontan dalam kelas, saya mendapati terdapat pelajar yang tidak tahu menggantikan
nilai dalam formula, tidak tahu menukar unit, tidak tahu membaca skala dalam graf dan tidak
dapat membaca alat pengukur seperti ammeter dan voltmeter.
Kegagalan murid mendapat markah pada graf dan pengiraan semasa peperiksaan amat
merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing satu kepada satu oleh pelajar yang
cemerlang, kedua-dua pihak mendapat kebaikan kerana pelajar yang lemah mendapat
perhatian sepenuhnya dari tutornya dan pelajar yang cemerlang boleh mengukuhkan ingatan
jangka masa panjang mereka sekiranya menerangkan sesuatu perkara berulang-ulang.
Seperti apa yang dikatakan oleh Slavin (2003), Proses yang penting untuk
memindahkan maklumat dari ingatan deria ke ingatan jangka pendek ialah perhatian. Perhatian
mempunyai muatan yang terhad. Seseorang hanya boleh menumpukan perhatian ke atas
sejumlah maklumat yang kecil untuk satu masa. Manusia biasanya boleh melakukan dua
hingga tiga kerja kebiasaan yang sudah dipelajari dengan baik dalam satu masa. Namun
begitu, sekiranya wujudnya sesuatu rangsangan itu yang terperinci dan rumit ataupun sesuatu
kerja yang memerlukan pemikiran yang mendalam, maka seseorang itu biasanya hanya dapat
memberi perhatian kepada salah satu perkara dalam satu masa. Akibat muatan perhatian yang
terhad, banyak maklumat di ingatan deria tidak dapat dipindahkan ke ingatan jangka pendek
untuk diproses selanjutnya. Justeru, banyak maklumat yang telah diterima oleh badan manusia
terhilang dengan pantas dari sistem ingatan manusia. Oleh itu, penerangan semula adalah satu
rangsangan kedua yang membolehkan pelajar berkeupayaan tinggi menukarkan maklumat
jangka masa pendek kepada jangka masa panjang.
4
2.
FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, satu topik iaitu topik elektrik tingkatan tiga telah dipilih untuk dijadikan bahan
program peer study. Topik elektrik merupakan topik yang popular dalam PMR dan setiap tahun,
sekurang-kurangnya satu tiga soalan pengiraan yang berkaitan dengan topik ini keluar dalam
kertas 1 atau kertas 2. Topik ini juga melibatkan eksperimen seperti hubungan antara voltan
dan arus yang juga merupakan soalan yang sering muncul di kertas 2 soalan nombor 8 dalam
PMR.
Daripada guru-guru Tingkatan dua dan pemerhatian saya sepanjang saya mengajar,
pelajar Tingkatan Tiga 2010 memang lemah dalam mata pelajaran Matematik dan tidak suka
mengira serta melukis graf. Sering kali, kesemua pelajar berkeupayaan rendah lemah juga
dalam subjek Sains. Ada antara mereka yang tidak pernah lulus dalam subjek Sains. Antara
faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut adalah,
Tidak menjawab soalan pengiraan (kertas 2)
Tidak membaca alat pengukur dengan betul.
Memilih jawapan yang salah dalam soalan pengiraan (kertas 1)
Tidak melukis graf dengan betul atau tidak menjawab soalan graf.
soalan peperiksaan.
Tidak memberi perhatian semasa guru memperkenalkan teknik menjawab
Tidak bermotivasi untuk belajar dalam kelas yang mempunyai pelajar yang
ramai
Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menjawab
soalan dalam kertas 1 dan kertas 2 Sains, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada strategi
untuk membantu pelajar menguasai soalan yang melibatkan pengiraan dan melukis graf bagi
topik elektrik.
5
3.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran pengiraan dan melukis graf pelajar berkeupayaan rendah
seterusnya meningkatkan peratus kelulusan PMR.
Objektif Khusus
i
Meningkatkan kemahiran pemilihan formula arus, voltan dan rintangan dalam litar
bersiri dan selari.
ii
Meningkatkan kemahiran pengiraan arus, voltan dan rintangan dalam litar selari dan
bersiri.
4.
iii
Meningkatkan kemahiran membaca alat pengukur dan memplot graf.
iv
Meningkatkan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Sains.
v
Meningkatkan peratus lulus pelajar bagi mata pelajaran Sains PMR.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 46 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Bahang yang terdiri daripada 32
lelaki dan 14 perempuan. Pelajar dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
berkeupayaan tinggi dan berkeupayaan rendah yang masing-masing terdiri daripada 23
orang pelajar.
Pelajar
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Berkeupayaan rendah
16
7
23
16
7
23
32
14
46
(tutee)
Berkeupayaan tinggi
(tutor)
Jumlah
6
5.
PELAKSANAAN KAJIAN
5.1
Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan, temu bual,
pemerhatian, buku latihan murid, lembaran kerja dan soal selidik.
5.1.1
Hasil Temubual Dengan Murid
Temu bual dijalankan secara spontan dalam kelas secara berkumpulan. Guru
membaca soalan temu bual dan pelajar memberi respon melalui cara angkat
tangan dan berdiri.
5.1.2
Pemerhatian
Guru memerhati tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa di dalam kelas
semasa guru mengajar. Guru akan mengenalpasti sama ada mereka
memberikan perhatian dalam kelas ataupun tidur dalam kelas. Satu senarai
semak (Lampiran 1) akan disediakan untuk mencatat semua pemerhatian
sebelum kajian dijalankan.
5.1.3
Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja
Buku latihan disemak seminggu sekali untuk melihat perkembangan pelajar
dalam Sains. Latihan elektrik diperiksa dengan terperinci.
5.2
Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1
Temu bual
Hasil temu bual dengan pelajar berkeupayaan rendah, saya mendapati 20/23
orang murid tidak dapat mentafsir soalan pengiraan, 19/23 orang tidak
berupayaan untuk memilih formula yang sesuai digunakan dalam menyelesaikan
soalan pengiraan elektrik, 16/23 orang pelajar tidak berminat dengan Sains
kerana tidak faham konsep Sains, 18/23 orang pelajar tidak berminat untuk
menjawab soalan graf, 10/23 orang pelajar kurang mahir dalam membaca
ammeter, voltmeter dan skala graf.
7
5.2.2
Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar berkeupayaan
rendah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan
selepas kajian. 10/23 mengantuk dan 2/23 pelajar yang sering tidur dalam kelas.
4/23 membuat bising walaupun telah banyak kali ditegur oleh guru. Hanya 2/23
daripada pelajar yang duduk di hadapan memberi perhatian semasa guru
mengajar dan memberi respon kepada guru. Hampir semua pelajar sering
menunggu jawapan daripada guru semasa diberi latihan. Mereka sering memberi
jawapan yang tidak tepat dan apabila guru mengulang soalan yang sama,
mereka masih memberi jawapan yang salah walaupun sebelum itu jawapan yang
betul telah diberitahu.
5.2.3

Kelemahan murid dalam menjawab soalan pengiraan dan melukis graf juga
ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak
dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :
i)
menggunakan formula yang salah untuk menyelesaikan soalan
pengiraan.
ii)
keliru tentang formula yang digunakan dalam litar siri dan selari.
iii)
tidak berupaya membaca ammeter, voltmeter dan skala pada graf.
iv)
tidak melukis graf yang dikehendaki oleh soalan, ramai yang keliru jenis
graf yang perlu dilukis (sama ada graf garis atau carta bar).
5.3
Merancang Tindakan
Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan
aktiviti yang perlu dilaksanakan. Dalam fasa perancangan, saya perlu mendefinisikan
konteks pentutoran, objektif yang ingin dicapai dan mendefinisikan bidang kurikulum
yang ingin dikaji. Selain itu, guru juga membuat perancangan dalam pemilihan dan
pemadanan tutor-tutee, menentukan teknik pentutoran dan bilangan perjumpaan serta
memilih bahan pentutoran.
8
5.3.1
Mendefinisikan konteks pentutoran
Sebelum melaksnakan program ini, beberapa konteks perlu dikenalpasti dan diberi
definisi. Tutor bermaksud pelajar berkeupayaan tinggi yang memberi bimbingan
manakala tutee merupakan pelajar berkeupayaan rendah yang akan dibimbing.
Pentutoran ini diadakan dalam konteks sekolah. “Peer study” merupakan satu strategi
pengajaran yang digunakan untuk membantu pelajar berkeupayaan tinggi belajar
daripada rakannya yang terdiri daripada pelajar berkeupayaan tinggi. Pembelajaran
melalui rakan merupakan satu cara yang membolehkan komunikasi dua hala berlaku.
5.3.2
Mendefinisikan objektif
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui program “peer study” ini. Pada
akhir program ini, tutee berupaya:
i.
Menggunakan formula dengan tepat dalam penyelesaian masalah pengiraan
dalam topik elektrik.
ii.
Menyelesaian masalah yang bertahap mudah sehingga sederhana.
iii.
Membaca dengan tepat bacaan ammeter dan voltmeter.
iv.
Melukis graf dengan tepat
v.
Meningkatkan motivasi dalam Sains
vi.
Lulus dalam PMR 2010.
5.3.3
Mendefinisikan bidang kurikulum
Selepas menentukan objektif yang ingin dicapai, saya telah mendefinisikan bidang
kurikulum yang ingin didalami. Topik elektrik telah dipilih dalam kajian ini kerana topik ini
merupakan satu topik yang melibatkan banyak formula dan ini mengelirukan pelajar
dalam pemilihan formula dalam menyelesaikan masalah yang berkaitn dengan litar
selari dan litar bersiri. Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah dalam membaca
ammeter dan voltmeter. Oleh itu, graf yang dilukis juga tidak tepat.
Selain daripada akademik, kajian ini juga memfokus pada tingkah laku pelajar.
Oleh kerana pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas dan tidak berupaya
menjawab soalan dalam Sains, prestasi mereka rendah.
5.3.4
Memilih dan memadankan peserta
23 pelajar berkeupayaan rendah telah dipilih sebagai tutee dan pelajar 23 berkeupayaan
tinggi dipilih sebagai tutor. Seorang tutor akan memberi bimbingan kepada seorang
9
tutee. Tutor dan tutee akan diletakkan dalam bentuk pasangan yang sama jantina. Guru
memberi sokongan kepada tutor dan tutee melalui maklum balas dan perbincangan
semasa latihan tutor dan semasa bimbingan tutor-tutee. Pemilihan dan pemandanan
peserta dibuat secara rawak, tutor dan tutee tidak memilih pasangan mereka.
5.3.5
Menentukan teknik pentutoran dan bilangan perjumpaan
Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah pembelajaran berpasangan. Bilangan
perjumpaan ditentukan oleh guru. Guru memberi latihan kepada tutor pada hari Jumaat
manakala tutor memberi bimbingan kepada tutee pada hari Isnin pada minggu yang
seterusnya. Bimbingan tutor kepada tutee diberikan pada hari perjumpaan sahaja.
Dalam kajian ini, bilangan perjumpaan tutor dan tutee adalah sebanyak 2 kali sebelum
peperiksaan PMR. Setiap sesi mengambil masa sebanyak 2 jam iaitu dari pukul 1.30pm3.30pm. Oleh kerana tutor dan tutee adalah dari kelas yang berlainan, maka
perjumpaan hanya boleh dilakukan di luar siding iaitu selepas hari persekolahan.
5.3.6
Memilih bahan pentutoran
Beberapa bahan perlu disediakan dalam program ini. Antaranya adalah latihan dalam
bentuk lembaran kerja (rujuk lampiran 2), borang pemantauan tutor-tutee (rujuk lampiran
3), kertas soalan ujian pra (rujuk lampiran 4) dan pos (rujuk lampiran 5), dan soal selidik
(rujuk lampiran 6) yang mengukur motivasi pelajar terhadap subjek Sains. Alat pengukur
motivasi diubahsuai dari Biology Motivtion Questionare (BMQ) yang digunakan oleh
Glynn dn Koball (2005).
5.4
Melaksanakan Tindakan
5.4.1
Latihan tutor
23 orang tutor dikumpulkan dalam satu kelas untuk diberi bimbingan. Tutor dibahagikan
kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang dalam satu kumpulan. Guru
mengedarkan lembaran kerja 1 (rujuk lampiran 1) kepada semua tutor, tutor dikehendaki
menjawab soalan dalam lembaran kerja 1 dalam masa 15 minit.
Selepas 15 minit, guru memberi jawapan kepada tutor dan tutor diminta menyemak
lembaran kerja rakan tutor yang lain dalam kumpulan. Markah semua tutor dicatatkan
oleh guru. Guru memberi penerangan kepada tutor dan tutor mencatat nota ringkas
untuk diterangkan kepada tutee pada hari kelas bimbingan. Tutor berbincang dalam
kumpulan tentang cara yang paling sesuai untuk menerangkan konsep Sains yang
10
dipelajari hari tersebut kepada tutee. Pada akhir sesi latihan, tutor diberi peluang untuk
mengemukakan soalan kepada guru tentang kesukaran mereka dalam menerangkan
cara penyelesaian dan guru memberi latihan secara spontan.
5.4.2
Sesi bimbingan tutor
Pada hari Isnin, 23 orang tutor berjumpa dengan 23 orang tutee. Mereka duduk dalam
pasangan dan berada dalam kelas yang sama. Guru berperanan sebagai fasilitator yang
mengawal
displin
dan
memastikan
semua
pasangan
tutor
dan
tutee
tidak
membincangkan perkara yang keluar daripada topik pembelajaran.
Proses pentutoran terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu sebelum pentutoran,
semasa pentutoran dan selepas pentutoran.
a. Sebelum pentutoran
Tutor memberi lembaran kerja kepada tutee dan meminta tutee melengkapkan
lembaran kerja tersebut dalam masa 30 minit. Selepas tutee menyelesaikan
lembaran kerja tersebut, tutor diminta menyemak lembaran kerja tersebut
berdasarkan skema yang diberikan semasa latihan tutor dan markah pra dicatatkan
dalam borang pemantauan tutor-tutee.
b. Semasa pentutoran
Tutor memberi bimbingan dengan menerangkan semula apa yang mereka belajar
semasa latihan tutor. Mereka hanya dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris
dalam sesi bimbingan. Tutor hendaklah memastikan tutee faham dan boleh
menjawab soalan yang hampir sama dengan tepat. Pentutoran mengambil masa
selam 45 minit bagi satu sesi.
c. Selepas pentutoran
Tutor memberi kertas ujian pos kepada tutee. Soalan dalam kertas ujian pos hampir
sama dengan pra, cuma susunan soalan telah diubah. Tutee diberi masa 30 minit
untuk menyiapkan ujian pos dan tutor menyemak ujian pos tersebut. Markah pos
dicatatkan dalam borang pemantauan tutor-tutee. Tutor diminta memberi kata-kata
semangat kepada tutee.
Pada akhir sesi pentutoran, guru memberi kesimpulan secara keseluruhan
terhadap soalan yang diminta selesai pada hari tersebut. Guru juga memberi
11
motivasi dengan memuji pelajar yang menunjukkan peningkatan dan memberi
semangat kepada pelajar yang masih berada pada tahap yang sama. Guru juga
membuat analisis terhadap markah pra dan pos yang didapati pada hari tersebut
dan rombakan tutor dan tutee dibuat. Rombakan dibuat untuk membolehkan tutor
yang baik berpeluang untuk memberi bimbingan kepada tutee yang lain.
5.5
Pemerhatian dan refleksi 1
5.5.1
Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 1
a.
Pemerhatian
Tutor berasa risau dan kurang yakin semasa latihan tutor. Tutor masih belum
bersedia dari segi mental dan emosi bahawa mereka bakal memberi bimbingan
kepada tutee yang datang dari kelas yang berbeza. Mereka juga ragu-ragu
terhadap keupayaan diri dalam menerangkan cara penyelesaian dalam Bahasa
Inggeris. Terdapat tutor yang memberi respon bahawa mereka boleh memahami
konsep tersebut tetapi tidak tahu bagaimana menerangkan konsep tersebut
kepada orang lain.
b.
Refleksi
Oleh kerana pemerhatian tidak begitu memuaskan, guru bercadang untuk
membuat satu lagi kitar pentutoran. Guru mendapati kebanyakan tutor kurang
mahir dalam menerangkan langkah kerja pengiraan dengan menggunakan
Bahasa Inggeris. Maka pada kitar kedua, guru memberitahu tutor bahawa
mereka boleh menggunakan bahasa yang lebih senang difahami oleh mereka
sendiri dan tuteenya dalam membuat penerangan.
Selain itu, tutor tidak berupaya untuk menerangkan semula apa yang
telah dipelajari. Untuk menyelesaiakan masalah ini, guru telah membahagikan 23
orang tutor kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang setiap kumpulan.
Tutor diminta menerangkan semula konsep Sains dalam kumpulan kecil tersebut
kepada rakan-rakan tutor yang sama kumpulan dengannya. Rakan-rakan tutor
yang lain diminta membetulkan kesilapan konsep atau penerangan secara
spontan semasa perbincangan dalam kumpulan.
12
5.5.2
Pemerhatian dan refleksi sesi bimbingan tutor 1
a.
Pemerhatian
Daripada pemerhatian, tutor berasa segan untuk bertegur sapa dengan tuteenya
pada awal sesi pentutoran kerana masing-masing datang dari kelas yang
berlainan. Tutor diperhatikan kurang yakin dalam menerangkan sesuatu,
terutamanya soalan yang melibatkan pengiraan. Oleh kerana tutee juga lemah
dalam matematik, tutor cenderung untuk memberi jawapan kepada tutee tanpa
memberi bimbingan. Respon daripada tutee menyatakan mereka kurang yakin
kepada jawapan yang diberikan oleh tutornya kerana setiap tutor memberi cara
penyelesaian yang berbeza.
b.
Refleksi
Melalui analisis ujian pra dan ujian pos, guru mendapati tutee masih tidak
menunjukkan peningkatan gred yang ketara. Terdapat dua pelajar yang
menunjukkan peningkatan yang paling banyak iaitu lebih daripada 20 markah.
Setelah menemubual kedu-dua pelajar tersebut, mereka menyatakan bahawa
tutor mereka menerangkan jawapan dengan menggunakan bahasa yang mereka
faham, tutor yakin kepada jawapan dan tutor memberi motivasi kepada mereka
semasa sesi bimbingan.
Secara keseluruhannya, walaupun terdapat peningkatan, tetapi dapatan
masih belum mencapai objektif yang ditetapkan. Masih terdapat tutee yang tidak
tahu memilih formula dan tidak berupaya menyelesaikan soalan yang kompleks.
Oleh itu, guru telah membuat keputusan untuk fokus kepada latihan tutor kerana
tutor yang tidak yakin pada diri sendiri tidak berupaya menyampaikan mesej
dengan berkesan kepada tuteenya. Maka, kitaran kedua telah dilakukan.
Oleh kerana peningkatan markah pelajar yang tidak memuaskan dan
masih terdapat ramai pelajar yang gagal dalam ujian pos, maka guru mengambil
keputusan untuk menjalankan satu lagi kitar kajian. Fasa perancangan adalah
hampir sama dengan kitar 1. Kesemua konteks pentutoran, objektif, bidang
kurikulum,teknik pemilihan dan pemadanan peserta, teknik pentutoran dan
bilangan perjumpaan adalah sama, cuma lembaran kerja (rujuk lampiran) dalam
bahan pentutoran telah diubah untuk mengelakkan tutee menghafal jawapan.
13
Jadual 1 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos bagi tutee.
BIL.
Markah
Gred
Markah
Gred
perbezaan
ujian
ujian
markah
NAMA PELAJAR
pra
pos
1
ALLAN MALDAY
5
E
35
E
+30
2
BRANDON MILUS
0
E
25
E
+25
3
CALVIN JONES
5
E
20
E
+15
4
COSMAS LINERD
TH
TH
TH
TH
TH
5
DAISY YONG
5
E
15
E
+10
6
EMMANUEL SIAU
5
E
15
E
+10
7
IVON CHUM
10
E
30
E
+20
8
IVY WONG YEE ZHIN
10
E
25
E
+15
9
JAMIDON ATAK
5
E
15
E
+10
10
JELSON JOKILIN
5
E
15
E
+10
11
JONG HUI CHI
10
E
30
E
+20
12
KUO CHO HENG
5
E
20
E
+15
13
LESLIE WONG
20
E
35
E
+15
14
MAXMILLAN MARTIN
10
E
15
E
+5
15
MICHELLE JION
10
E
25
E
+15
16
MILAH SUZANA JURIN
10
E
25
E
+15
17
NICHOLAS JOHN
20
E
35
E
+15
18
PERRY DREXLER
25
E
35
E
+10
19
REANDY LAWRENCE
TH
TH
TH
TH
TH
20
REMON NG
5
E
10
E
+5
21
ROWENA CHONG
15
E
40
D
+25
22
RUSSEL RICKY
5
E
15
E
+10
23
SILVERINUS
5
E
15
E
+10
Daripada jadual 1, satu graf telah dilukis untuk membandingkan markah
ujian pra dan ujian pos dalam kitar 1.
14
25
20
15
UJIAN PRA
UJIAN POS
10
5
0
A
Rajah 1:
B
C
D
E
TH
Gred Tutee dalam ujian pra dan ujian pos dalam kitar 1.
5.5.3
Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 2
a.
Pemerhatian latihan tutor 2
Selepas berbincang dalam kumpulan tutor, tutor menjadi lebih yakin tentang apa
yang dipelajari oleh mereka. Mereka juga lebih bermotivasi dan bersemangat
untuk belajar cara menyelesaikan soalan pengiraan kerana mereka perlu tahu
cara penyelesaian sebelum mampu menurunkan ilmu kepada tuteenya.
Terdapat tutor yang boleh menyelesaikan soalan pengiraan bertahap
tinggi dalam topik elektrik dengan menggunakan formula yang betul. Tutor
berupaya untuk menjawab soalan tanpa merujuk kepada buku rujukan seperti apa
yang dilakukan masa latihan tutor 1.
b.
Refleksi latihan tutor 2
Kesediaan mental dan emosi juga membolehkan tutor berasa seronok dalam
menjawab soalan dalam lembaran kerja. Mereka berbincang dalam kumpulan
tentang cara yang paling baik untuk membolehkan tutee memahami langkah kerja
jawapan. Teguran daripada tutor lain dalam kumpulan membolehkan tutor
membaiki cara penerangan secara spontan. Dengan itu, tutor boleh menjawab
soalan yang lebih tinggi tahapnya kerana mereka membimbing antara satu sama
lain dalam kumpulan.
15
5.5.4
Pemerhatian dan refleksi Proses Pentutoran 2
a.
Pemerhatian sesi bimbingan 2
Keselesaan tutor menggunakan bahasa yang difahami oleh dirinya dan tuteenya,
tutor berasa yakin dalam membimbing tutee. Hubungan antara tutor dan tutee
menjadi lebih mesra dan tutor tidak lagi malu membimbing tuteenya. Kesemua
pasangan tutor dan tutee menumpukan perhatian sepenuhnya dalam sesi
bimbingan ini.
Tutee juga memberi respon bahawa mereka lebih faham dan berupaya
menyelesaian soalan berbentuk pengiraan dalam topik elektrik. Mereka kelihatan
seronok dan gembira apabila berjaya menjawab soalan dengan betul selepas
mendapat bimbingan daripada tutornya.
b.
Refleksi pencapaian dalam sesi bimbingan tutor 2
Gred tutee selepas ujian pos 2 adalah amat menggalakkan. Dalam ujian
pra 2, semua pelajar gagal menjawab soalan dalam lembaran kerja walaupun
mereka mempunyai pengetahuan sedia ada kerana topik ini telah diajar oleh
guru dan dibimbing oleh tutor dalam proses pentutoran 1. Walau bagaimanapun,
selepas bimbingan, tutee berjaya menjawab soalan dengan baik dan akhirnya
tiada seorang pelajar pun yang gagal dalam ujian pos 2. Selain daripada itu,
tutee bukan sahaja berjaya lulus dalam ujian pos 2 tetapi terdapat 14 orang yang
berjaya mendapat gred B. Peningkatan markah yang tertinggi adalah sebanyak
50 markah.
Ini secara langsung telah memberi motivasi dan keyakinan kepada tutee
untuk terus berjuang dalam PMR yang akan datang. Jadual 3 menunjukkan
respon motivasi tutee terhadap subjek Sains selepas mengikuti program “peer
study” dalam kali ke-2.
16
Jadual 1 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos bagi tutee kitar 2.
Markah
BIL.
NAMA PELAJAR
ujian
Markah
Gred
pra
1
ALLAN MALDAY
2
BRANDON MILUS
3
CALVIN JONES
4
COSMAS LINERD
5
DAISY YONG
6
EMMANUEL SIAU
7
IVON CHUM
8
IVY WONG YEE ZHIN
9
JAMIDON ATAK
10
JELSON JOKILIN
11
JONG HUI CHI
12
KUO CHO HENG
13
LESLIE WONG
14
MAXMILLAN MARTIN
15
MICHELLE JION
16
MILAH SUZANA JURIN
17
NICHOLAS JOHN
18
PERRY DREXLER
19
REANDY LAWRENCE
20
REMON NG
21
ROWENA CHONG
22
RUSSEL RICKY
23
SILVERINUS
ujian
Gred
pos
perbezaan
markah
20
E
70
B
+50
10
E
45
D
+35
5
E
50
C
+45
25
E
70
C
+45
15
E
60
B
+45
5
E
45
D
+40
35
E
70
D
+35
25
E
60
B
+35
35
E
75
B
+40
15
E
60
B
+45
15
E
65
B
+50
25
E
70
C
+45
5
E
65
B
+60
25
E
60
B
+35
30
E
75
C
+45
25
E
65
B
+40
25
E
60
B
+35
5
E
55
C
+50
TH
TH
TH
TH
TH
30
E
70
B
+40
25
E
75
B
+50
20
E
60
B
+40
15
E
65
B
+50
Daripada Jadual 2, graf yang menunjukkan perbandingan markah pra
dan pos telah dilukis.
17
25
20
15
ujian pra2
ujian pos2
10
5
0
A
B
C
D
E
TH
Rajah 2: Perbandingan gred ujian pra dan ujian pos dalam kitar 2.
c.
Refleksi motivasi pelajar terhadap sains dalam sesi bimbingan tutor 2
Analisis soalan selidik telah dibuat dan diringkatkan dalam Jadual 3.
Jadual 3: Analisis soal selidik motivasi pelajar terhadap subjek Sains.
Bil
Soalan
Respon (n=22)
1
2
3
4
5
Sangat
tidak
setuju
n
%
Tidak
setuju
Kurang
setuju
Setuju
Sangat
setuju
n
%
n
%
n
%
n
%
Saya suka belajar Sains
0
0.0
0
0.0
0
0.0
21
95.5
1
4.5
Saya berusaha untuk mempelajari Sains.
Sekiranya saya menghadapi masalah dalam
mempelajari Sains, saya cuba mencari
puncanya.
Saya percaya bahawa saya boleh menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam subjek
Sains
Mendapat keputusan yang baik dalam Sains
adalah penting bagi saya.
0
0
0.0
0.0
0
0
0.0
0.0
0
2
0.0
9.1
19
17
86.4
77.3
3
3
13.6
13.6
0
0.0
0
0.0
3
13.6
15
68.2
4
18.2
0
0.0
0
0.0
0
0.0
21
95.5
1
4.5
5
Saya yakin saya boleh lulus dalam ujian
Sains sekolah.
0
0.0
0
0.0
2
9.1
19
86.4
1
4.5
6
Saya yakin saya boleh lulus subjek Sains
dalam PMR.
0
0.0
0
0.0
0
0.0
22
100.0
7
Saya ingin mendapat keputusan yang lebih
baik daripada rakan-rakan saya.
0
0.0
0
0.0
0
0.0
21
95.5
1
4.5
8
Saya kagum dengan rakan saya yang
mendapat markah lebih baik daripada saya.
Saya suka menduduki ujian Sains
0
0.0
1
4.5
1
4.5
18
81.8
2
9.1
2
9.1
4
18.2
7
31.8
9
40.9
0
0.0
Saya sering terfikir bagaimana untuk
menggunakan Sains yang telah saya pelajari.
0
0.0
0
0.0
12
54.5
10
45.5
1
2
3
4
9
10
0.0
0.0
18
Guru mendapati pelajar mempunyai motivasi yang tinggi terhadap Subjek
Sains. Lebih daripada 90% pelajar meminati subjek Sains dan 100% yakin
bahawa mereka boleh lulus subjek Sains dalam PMR. Mereka juga bersemangat
untuk bersaing dengan rakan-rakannya untuk mendapatkan keputusan yang
lebih baik dan mempunyai perasaan kagum sekiranya rakan mereka mendapat
keputusan lebih baik. Walau bagaimanapun, tutee tidak suka menduduki ujian
dan peperiksaan.
Ini memberi impak yang sangat baik kepada sekolah kerana pelajar yang
bermotivasi tinggi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
matlamat. Oleh itu, guru sangat yakin bahawa pelajar yang hadir program ini
boleh lulus dalam PMR.

Selepas beberapa bulan, keputusan PMR telah keluar. Guru mendapati
kesemua pelajar berkeupayaan rendah yang mengikuti program peer study telah lulus
dalam PMR, hanya seorang pelajar yang langsung tidak pernah datang ke kelas
bimbingan “peer study” gagal dalam PMR. Keputusan tutee yang baik telah membantu
sekolah meningkatkan peratus kelulusan subjek Sains dari 97.9% kepada 99.00%.
Gred / Markah
Bil
04.
6.0
Mata
pelajaran
Jumlah
Ambil
(A)
Tidak
Hadir
(B)
Jumlah
Daftar
(A + B)
Science
202
4
206
A
80 ke atas
Bil
%
B
70 – 79
Bil
%
C
55 - 69
Bil
%
D
40 – 54
Bil
%
E
0 - 39
Bil
%
24
50
61
65
2
11.88
24.75
30.20
32.18
0.99
Jumlah
Lulus
2010
%
Lulus
2010
%
Lulus
VAR
2009
200
99.00
Cadangan Lanjutan
Peer study merupakan satu strategi yang baik untuk membantu pelajar menguasai
kemahiran seperti kefahaman dan pengiraan. Program ini tidak semestinya sesuai digunakan
dalam subjek Sains sahaja, tetapi juga sesuai untuk subjek yang lain seperti Matematik, Bahasa
(baca teks dan ejaan) dan Sejarah.
Program Peer Study dalam kajian ini mengambil tutor dalam kalangan pelajar yang
berkeupayaan tinggi. Pelajar yang berkeupayaan tinggi sebenarnya lebih sesuai diberikan
latihan pengukuhan yang lebih mencabar berbanding dengan hanya mengulangi soalan
bertahap sederhana. Mereka mungkin rasa semakin bosan pada akhir sesi pentutoran. Maka,
dicadangkan pada masa hadapan, tutor boleh terdiri daripada pelajar yang berkeupayaan
sederhana. Ini kerana mereka bukan sahaja mengajar tuteenya tetapi pada masa yang sama
19
97.9
+
1.1
belajar melalui tuteenya. Tutor hendaklah faham terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain.
Maka, ini secara tidak langsung menjadi dorongan dan motivasi kepada mereka untuk terus
belajar Sains.
Di samping itu, program ini adalah lebih berkesan sekiranya bermula dari awal tahun
kerana perkembangan pelajar dapat dikesan dengan lebih teliti.
7.
Kesimpulan
Guru tidak mengharapkan keputusan yang cemerlang daripada golongan pelajar yang
berkeupayaan rendah. Ini kerana terdapat pelajar yang langsung tidak tahu membaca dan
menulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kemahiran
pengiraan dan melukis graf boleh dilatih. Dengan latihan yang berulang-ulang dan dibimbing
oleh rakan yang memahami punca ketidakfahaman mereka, pelajar berkeupayaan rendah
sebenarnya boleh menjawab segelintir soalan dalam PMR.
Oleh itu, guru tidak patut berputus asa untuk mengajar kelas yang dikatakan lemah dan
bermasalah disiplin dan susah diajar. Guru perlu tahu keperluan pelajar dan punca masalah
timbul dalam bilik darjah yang menyebabkan pengajaran tidak berkesan. Sehubungan dengan
itu, strategi yang lebih baik diperlukan untuk membolehkan pelajar belajar dan menuntut ilmu.
Senarai rujukan
Dufrene, B., Reisener, C., Olmi, D., Zoder-martell, K., Mcnutt, M., & Horn, D.. (2010). Peer Tutoring for
Reading Fluency as a Feasible and Effective Alternative in Response to Intervention
Systems. Journal of Behavioral Education, 19(3), 239-256. Retrieved March 11, 2011, from
ProQuest Education Journals. (Document ID: 2124502441).
Maheady, L., & Gard, J.. (2010). Classwide Peer Tutoring: Practice, Theory, Research, and Personal
Narrative. Intervention in School and Clinic, 46(2), 71. Retrieved March 11, 2011, from ProQuest
Education Journals. (Document ID: 2207020381).
Miller, D., Topping, K., & Thurston, A.. (2010). Peer tutoring in reading: The effects of role and
organization on two dimensions of self-esteem. British Journal of Educational
Psychology, 80(3), 417. Retrieved March 11, 2011, from ProQuest Education Journals.
(Document ID: 2114504241).
Okilwa, N., & Shelby, L.. (2010). The Effects of Peer Tutoring on Academic Performance of Students With
Disabilities in Grades 6 Through 12: A Synthesis of the Literature. Remedial and Special
Education, 31(6), 450. Retrieved March 11, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document
ID: 2203430921).
20
Lampiran 1
Senarai Semak Pemerhatian Tingkah laku Pelajar dalam Kelas
Arahan: Tandakan (/) bagi tingkah laku yang wujud dan (x) bagi tingkah laku yang tidak wujud
Tingkah laku
(/) atau (x)
Catatan
1. Pelajar tidak mengantuk dalam kelas.
2. Pelajar tidak membuat bising dalam kelas.
3. Pelajar memberi perhatian semasa guru
mengajar.
4. Pelajar memberi respon kepada guru
semasa guru mengajukan soalan.
5. Pelajar berani mencuba latihan yang
diberikan.
6. Pelajar sering memberi jawapan yang tepat.
7. Pelajar berasa bosan dalam kelas.
8. Pelajar memberi kerjasama kepada guru.
9. Pelajar tidak menunggu jawapan dari guru.
10. Pelajar bermotivasi untuk belajar Sains.
Tingkah laku lain yang tidak tersenarai dalam jadual di atas, sila tuliskan.
1. ______________________________________________________________________
2. ______________________________________________________________________
3. ______________________________________________________________________
4. ______________________________________________________________________
21
Lampiran 2
Lembaran kerja
Bahagian A: Menguji Kefahaman
1. Diagram 1 shows the electrical energy transmission and distribution system.
Rajah 1 menunjukkan penghantaran dan pengedaran tenaga elektrik.
Diagram 1
Rajah 1
Which of these is labelled correctly?
Antara berikut, yang manakah dilabel dengan betul?
A
P
National Grid Network (Rangkaian Grid Nasional)
B
C
Q
R
Step-down transformer (Transformer injak-turn)
Switch zone (Lapangan suis)
D
S
Step-up transformer (Transformer injak-naik)
2. Diagram 2 shows an electric circuit.
Rajah 2 menunjukkan satu litar elektrik.
Which statement explains the circuit correctly?
Pernyataan yang manakah menerangkan tentang litar itu dengan betul?
A. When bulb M1 burns out, the reading of voltmeter V increases
Apabila mentol M1 terbakar, bacaan voltmeter V akan bertambah
B. Reading of ammeter A1 is the sum of ammeter readings A2 and A3
Bacaan ammeter A1 ialah jumlah bacaan ammeter A2 and A3
C. When bulb M2 burns out, reading of ammeter A3 increases
Apabila mentol M2 terbakar, bacaan ammeter A3 bertambah
D. When bulb M2 burns out, bulb M1 will be dimmer
Apabila mentol M2 terbakar, mentol M1 akan menjadi lebih malap
Diagram 2
Rajah 2
22
3. Three compasses are placed near a bar magnet as shown in diagram 3.
Tiga kompas diletakkan berdekatan satu magnet bar seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.
Diagram 3 / Rajah 3
Which of the following shows the correct direction of the compasses P, Q and R?
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan arah yang betul bagi kompas P, Q dan R?
4. What is the reading of the ammeter in the diagram 5 below?
Apakah bacaan ammeter dalam rajah 5?
A.
B.
C.
D.
1A
6A
12 A
36 A
Diagram 5 / Rajah 5
5. Seven dry cells are connected as shown in the diagram 6. The voltage of each dry cell is 1.5V.
Tujuh sel kering disambung seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6. Voltan untuk setiap sel kering
adalah 1.5 V.
What is the voltmeter reading?
Apakah bacaan voltmeter?
A.
B.
C.
D.
1.5 A
3.5 A
4.5 A
10.5 A
Diagram 6 / Rajah 6
23
6.
If the switch is tuned on in the circuit shown in the diagram 7, what will be the ammeter
readings (n ammeters), given all the bulbs are made from the same materials.
Sekiranya suis dibuka dalam litar dalam rajah 7, apakah bacaan ammeter-ammeter, diberikan
setiap mentol dibina daripada bahan yang sama.
Diagram 7 / Rajah 7
7.
Three resistors with resistances of 10 Ω, 20 Ω and 30 Ω are connected in series. What is the
total resistance produced?
Tiga perintang dengan rintangan 10 Ω, 20 Ω dan 30 Ω disambungkan dalam litar bersiri. Apakah
rintangan keseluruhan yang dihasilkan?
A. 6 Ω
C. 20 Ω
B. 30 Ω
D. 60 Ω
8.
A 3 kW water heater is switched on 3 hours a day. How much is the cost if the water heater is
used for 30 days? The charge of one unit of electrical energy is RM 0.30
Sebuah pemanas air yang berkuasa 3 kW dipasang selama 3 jam sehari Berapakah kos
penggunaan pemanas air ini apabila digunakan selama 30 hari? Kos satu unit tenaga elektrik ialah
9.
RM 0.30
A RM 2.70
C
RM 27.00
B RM 9.00
D
RM 81.00
Three resistors with resistances of 2 Ω, 2 Ω and 4 Ω are connected in parallel. What is the total
resistance produced?
Tiga perintang dengan rintangan 10 Ω, 20 Ω dan 30 Ω disambungkan dalam litar selari. Apakah
rintangan keseluruhan yang dihasilkan?
A. 1.25 Ω
C. 0.8 Ω
B. 2.25 Ω
D. 8 Ω
10. A radio resistance is 2 Ω, current pass through it is 25A. What is the voltage of the oven?
A. 25 V
C. 50 V
B. 12.5 V
D. 12.5 V
24
11. Diagram 4 shows the ammeter reading of the above experiment with the different thickness of
copper wire.
Rajah 4 menunjukkan bacaan ammeter dari eksperimen di atas dengan ketebalan wayar kuprum
yang berbeza.
(a)
The thickness of copper wire = 2 mm
Ketebalan wayar kuprum = 2 mm
The thickness of copper wire = 3 mm
Ketebalan wayar kuprum = 3 mm
The thickness of copper wire = 4 mm
Ketebalan wayar kuprum = 4 mm
The thickness of copper wire = 5 mm
Ketebalan wayar kuprum = 5 mm
Complete table 4 by recording the ammeter reading on the respective thickness of copper wire.
Lengkapkan jadual 6.3 dengan mencatatkan bacaan ammeter yang sepadan dengan ketebalan
wayar kuprum.
(4 marks)
Table 4 / Jadual 4
Using Table 4, draw a graph of current against voltage.
Menggunakan Jadual 4, lukiskan graf arus melawan voltan.
25
Thickeness of wire / cm
(3 marks)
b.
State the variables involved in this experiment.
Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
(3 marks)
26
Lampiran 3
Borang pemantauan tutor-tutee
Nama tutor
:
_______________________
Nama tutee
:
_______________________
Markah ujian
Gred ujian pra
pra
Markah ujian
pos
Gred ujian pos
Perbezaan
markah ujian
pra dan ujian
pos
Komen dan cadangan tutor:
____________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
Komen dan cadangan tutee:

27
Lampiran 4
Ujian Pra dan Ujian Pos 2 (30 min)

E. When bulb M1 burns out, the reading of voltmeter V increases

F. Reading of ammeter A1 is the sum of ammeter readings A2 and A3

G. When bulb M2 burns out, reading of ammeter A3 increases

H. When bulb M2 burns out, bulb M1 will be dimmer

28

4. Diagram 4shows the pieces of paper attracted by the plastic ruler which is rubbed with a piece of
woolen cloth.
Rajah 4 menunjukkan cebisan-cebisan kertas ditarik oleh pembaris plastik yang telah digosok
dengan kain bulu
Diagram 4 / Rajah 4
What is the force causes this phenomena?
Apakah jenis daya yang menyebabkan fenomena tersebut?
A. Electrostatic force
Daya elektrostatik
C. Magnetic force
Daya magnet
B. Gravitational force
Daya tarikan graviti
D. Electrical force
Daya elektrik
5. What does the label ’13 A’ on the fuse mean?
Apakah yang dimaksudkan dengan label ‘13 A’ pada fius?
A. The fuse needs a current of 13 A to function.
Fius memerlukan arus sebanyak 13 A untuk berfungsi
B. The fuse generates a maximum current of 13 A
Fius menghasilkan arus maksimum sebanyak 13 A
C. The fuse allows a minimum current of 13 A to flow though it
Fius membenarkan arus minimum sebanyak 13 A melaluinya
D. The fuse allows a maximum current of 13 A to flow through it
Fius membenarkan arus maksimum sebanyak 13 A melaluinya
29
6. Diagram 8.2 shows the ammeter reading of the above experiment with the different thickness of
copper wire.
Rajah 8.2 menunjukkan bacaan ammeter dari eksperimen di atas dengan ketebalan wayar kuprum
yang berbeza.
(i)
The thickness of copper wire = 2 mm
Ketebalan wayar kuprum = 2 mm
The thickness of copper wire = 3 mm
Ketebalan wayar kuprum = 3 mm
The thickness of copper wire = 4 mm
Ketebalan wayar kuprum = 4 mm
The thickness of copper wire = 5 mm
Ketebalan wayar kuprum = 5 mm
Complete table 6.1 by recording the ammeter reading on the respective thickness of copper wire.

Table 6.1 / Jadual 6.1
30
(4 marks)
7. Diagram 5 shows polystyrene balls, J, K, L and M that have been charged through friction and
hung in pairs.
Rajah 5 menunjukkan bebola polisterina, J, K, L dan M yang telah dicaskan secara geseran dan
digantung secara berpasangan.
Diagram 5 / Rajah 5
What conclusion can be made about the charges of balls J, K, L and M?
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang cas bebola J, K, L dan M?
8.
What is the reading of the ammeter in the diagram 5 below?
Apakah bacaan ammeter dalam rajah 5?
E.
F.
G.
H.
1A
6A
12 A
36 A
Diagram 5 / Rajah 5
9. Seven dry cells are connected as shown in the diagram 6. The voltage of each dry cell is 1.5V.

31
What is the voltmeter reading?
Apakah bacaan voltmeter?
A.
B.
C.
D.
1.5 A
3.5 A
4.5 A
10.5 A
Diagram 6 / Rajah 6
10. If the switch is tuned on in the circuit shown in the diagram 7, what will be the ammeter

11. Three resistors with resistances of 10 Ω, 20 Ω and 30 Ω are connected in series. What is the

12. A 3 kW water heater is switched on 3 hours a day. How much is the cost if the water heater is

Number of dry cells
Bilangan sel kering
1
2
3
4
5
Voltmeter reading (V)
Bacaan voltmeter (V)
1.5
3.0
4.5
6.0
7.5
Ammeter reading (A)
Bacaan ammeter (A)
0.2
0.4
0.6
0.8
1.0
Table 2 / Jadual 2
a. Using Table 8.3, draw a graph of current against voltage.
Menggunakan Jadual 8.3, lukiskan graf arus melawan voltan.

(2 marks)
33
Lampiran 6
Soal Selidik Motivasi terhadap Sains
Bahagian A: Demografi
No. pelajar
:
_________________
Jantina
:
Lelaki / Perempuan
Umur
:
_________ tahun
Gred Percubaan PMR 2010 :
A / B / C / D / GAGAL
Bahagian B: Motivasi Pelajar terhadap Sains
Bil
Soalan
Respon
1
2
3
4
5
Sangat
Tidak setuju
Kurang
Setuju
Sangat
tidak setuju
1
setuju
setuju
Saya suka belajar Sains
Saya berusaha untuk mempelajari
Sains.
2
Sekiranya saya menghadapi
masalah dalam mempelajari
Sains, saya cuba mencari
puncanya.
3
Saya percaya bahawa saya boleh
menguasai pengetahuan dan
kemahiran dalam subjek Sains
4
Mendapat keputusan yang baik
dalam Sains adalah penting bagi
saya.
5
Saya yakin saya boleh lulus dalam
ujian Sains sekolah.
34
6
Saya yakin saya boleh lulus
subjek Sains dalam PMR.
7
Saya ingin mendapat keputusan
yang lebih baik daripada rakanrakan saya.
8
Saya kagum dengan rakan saya
yang mendapat markah lebih baik
daripada saya.
9
Saya tidak suka menduduki ujian
Sains
10
Saya sering terfikir bagaimana
untuk menggunakan Sains yang
telah saya pelajari.
35
Lampiran 7
Gambar-gambar
36
37