0 Peranan Guru Biasa Di Sekolah Anda Mel

1.0 Peranan Guru Biasa Di Sekolah Anda Melalui Aktiviti – Aktiviti Yang Dilaksanakan
Secara Kolaboratif Dengan Guru Bimbingan Dan Kauseling.
PENDAHULUAN
Guru biasa dan guru bimbingan kaunseling merupakan dua orang individu yang merupakan
rakan kongsi dalam pembentukan watak kanak – kanak. Ini bermakna guru biasa dan guru
bimbingan dan kaunseling hendaklah berkolaborasi sesama mereka. Sebagai contoh mudah
yang biasa diperhatikan, guru biasa seperti guru kelas akan memberikan maklumat atau
data tertentu mengenai tingkah laku murid di dalam kelas kepada guru bimbingan
kaunseling. Hal ini bertujuan untuk membantu guru bimbingan kaunseling membuat rujukan
dan tindakan susulan ke atas murid tersebut.
Peranan guru biasa ini lebih kepada pemudahcara guru bimbingan dan kaunseling
untuk membantu murid – murid menjadi modal insan dan masyarakat yang sejajar dengan
kehendak negara. Dalam waktu yang sama, guru biasa tidak boleh mengambil alih tugas
hakiki guru bimbingan dan kaunseling.
Guru biasa hanya boleh membimbing murid – muridnya. Sebagai contoh bimbingan
terhadap minat, bakat, keperluan, kelebihan dan kelemahan seseorang. Berbeza dengan
guru kaunseling yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku
muridnya.
Namun, guru biasa juga memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas –
tugas dengan membekalkan maklumat mengenai murid. Guru biasa selalunya lebih arif
dengan tingkah laku murid di dalam kelas.

PERANAN GURU BIASA
Antara peranan guru biasa di sekolah ialah membantu dan membimbing murid yang
mempunyai masalah berkaitan pembelajaran, sosial dan keluarga misalnya. Sebagai
contoh, murid yang berada di kelas tahun empat biasanya mengalami peralihan dari Tahap 1
ke Tahap 2. Pada tahun empat, akan ada segelintir murid mengalami masalah dalam
pembelajaran. Hal ini wujud kerana tajuk pembelajaran yang lebih rumit.
Bermula dari aspek ini, guru biasa akan memainkan peranan membantu muridnya
yang bermasalah dalam pembelajaran. Sebagai contoh, murid Tahun Empat akan mula
mengenali proses mendarab dua nombor dalam Matematik. Dari sini guru akan mengesan
murid yang lemah dan membimbing kelemahan murid tersebut.

1

Selain itu, di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2, guru bimbingan
dan kaunseling serta kerjasama guru kelas dan yang lain telah mewujudkan satu aktiviti
yang diberi nama Orientasi Tahun Empat. Orientasi ini sebagai langkah permulaan dalam
membantu murid mengenal Tahap 2 mengenai subjek – subjek yang terbaru seperti Sejarah
dan Reka Bentuk dan Teknologi.
Program ini sangat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial.
Melalui program ini murid didedahkan dengan kerja atau latihan dalam kumpulan. Pada

tahap dua, murid diberi pendedahan mengadaptasikan diri bekerja dan belajar menyemai
nilai – nilai melalui kerja kumpulan.
Melalui program ini juga kami sebagai guru biasa membantu murid melaksanakan
kerja dalam kumpulan mereka. Selain itu, murid terdedah dengan hubungan sosial yang
lebih baik dalam menjaga silaturrahim antara satu sama lain disamping menyemai sifat –
sifat positif. Kita dapat lihat bagaimana peranan guru biasa di sekolah – sekolah membantu
murid meningkatkan hubungan sosial melalui aktiviti yang dilaksanakan secara kolaboratif
dengan guru bimbingan dan kaunseling.
Selain itu, peranan guru biasa juga melibatkan bakat dan kepimpinan. Guru biasa
juga berperanan menerapkan semangat serta ilmu kepimpinan kepada murid. Sebagai
contoh, kepimpinan yang paling biasa dapat dilihat dalam sekolah ialah pengawas. Ilmu
kepimpinan ini amat penting sebagai ilmu asas kepada murid – murid.
Sebagai contoh, sekolah mengadakan kem kepimpinan pengawas bagi pengawas di
sekolah. Ini bertujuan memimpin pengawas sekolah mempunyai sifat berwibawa,
berkeyakinan dan sebagainya. Sebagai guru biasa, sifat ini boleh diterapkan di dalam kelas
melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Peranan guru biasa melalui aktiviti yang dirancang oleh unit bimbingan dan
kaunseling ini ialah guru sebagai fasilitator menerapkan sifat dan ciri kepimpinan yang perlu
ada pada seorang pengawas. Sebagai contoh, dalam kem ini, murid diperdengarkan
dengan ceramah kepimpinan serta latihan dalam kumpulan. Melalui aktiviti ini guru akan

menggunakan kemahiran asas kaunseling seperti penyoalan kepada murid tentang aktivtii
yang dilaksanakan.
Peranan guru biasa yang lain ialah guru boleh mengembangkan kebolehan murid
mengikut tahap serta minat yang ditunjukkan oleh mereka. Sedia maklum, murid sekolah
mempunyai tahap yang berlainan. Tahap – tahap ini guru boleh menilai melalui aktiviti

2

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru akan mengesan murid
yang berada di tahap lemah, sederhana dan baik.
Peranan ini guru boleh disediakan dengan kepelbagaian dalam pengajarannya.
Sebagai

contoh,

semasa

menjalankan

pengajaran


pendidikan

Seni

Visual,

guru

menggunakan pembelajaran abad ke -21. Kaedah ini secara tidak langsung akan membantu
murid mengembangkan mindanya,serta kebolehannya berfikir tanpa diberi bulat – bulat oleh
guru. Dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang mencabar pemikiran murid, murid secara
langsung akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Ini telah menunjukkan peranan guru
biasa tersebut melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
Apabila seorang guru membuat aktiviti seperti di atas, murid yang lemah akan lebih
rasa dihargai kerana mereka juga boleh turut terlibat. Pembelajaran ini akan meminta murid
memberi penerangan serta menjawab penyoalan dari rakan dan guru – guru. Dorongan
demi dorongan oleh guru biasa yang memainkan peranannya akan mengembangkan
kebolehan murid dari semua aspek yang digariskan dalam pendidikan negara iaitu jasmani,
rohani, emosi, intelek dan sosial.

Seterusnya, peranan guru biasa yang boleh dihuraikan ialah membantu guru
bimbingan dan kaunseling menilai tingkah laku murid. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, guru kelas atau guru biasa lebih banyak menghabiskan masa dengan murid
di dalam kelas. Maka, secara tidak langsung guru biasa boleh melihat dan menilai tingkah
laku serta perubahan terhadap murid.
Penilaian tingkah laku murid ini memerlukan guru membuat pemerhatian di dalam
kelas. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru akan memerhati tingkah laku
serta tindak balas murid di dalam kelas. Jika berlaku sebarang perubahan tingkah laku yang
menjurus kepada sifat negatif, guru biasa akan mula memainkan peranannya.
Tingkah laku murid yang negatif, guru biasa akan menilai sebab musabab berlakunya
perubahan seperti itu. Jika perlu, guru akan merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling
berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid. Berikut yang dinyatakan di atas merupakan
peranan guru biasa yang banyak membantu guru bimbingan dan kaunseling menjalankan
tugas.

3

PENUTUP
Akhir sekali dapat dirumuskan bahawa guru biasa juga mempunyai peranannya yang
membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan tugas. Guru biasa juga perlu

mempunyai kemahiran – kemahiran asas dalam membimbing agar dapat menyelesaikan
masalah murid dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar.

4

2.0 INVENTORI MINAT KERJAYA MURID
Mengikut teori Holland, manusia dan persekitaran kerjaya boleh dibahagikan kepada enam
jenis iaitu:

Realistik
Konvesioanl

Investigatif

Daya usaha

Artistik

Sosial


Berdasarkan hasil dapatan inventori minat kerjaya murid Tahun 6, saya mendapati
keseluruhan murid seramai 11 orang bagi kelas Tahun 6 Wira lebih kepada sosial. Pada
pendapat saya, murid Tahun 6 ini sudah mencapai tahap umur akil baligh. Sifat mereka lebih
suka pada berkawan dan kurang pada persekitaran yang mendesak. Jika diperhatikan, cara
pengajaran guru terhadap murid Tahun 6 ini, guru lebih bersifat berkawan. Hal ini kerana
mereka sudah mula lebih kepada menjaga perasaan, maruah dan sebagainya.
Selain itu, saya dapati berdasarkan hasil dapat ujian inventori minat kerjaya murid Tahun 6
mempunyai minat terhadap tema kerjaya artistik. Memandangkan kelas Tahun 6 Wira
terakhir, selalunya saya dapati mereka lebih cenderung kepada daya imaginasi dan nilai
estetika yang tinggi. Berdasarkan semasa kelas Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira, saya
dapat lihat mereka lebih suka membuat ekspresi kendiri melalui hasil karyanya. Mereka
lebih kreatif menunjukkan idea dan pendapat dalam mengekspresikan idea.

5

HASIL DAPATAN INVENTORI MINAT KERJAYA
Bil.
Murid


S

A

1

/

/

2

/

/

/

/


4

/

/

5

/

/

/

6

/

/


/

7

/

8

/

9

/

3

R

/


10

/

/

11

/

/

C

E

I
/
/

/
/
/

/

/
/

/
/

/
/

/

Berdasarkan dapatan di atas, unit bimbingan dan kaunseling boleh membuat aktiviti yang
menjurus kepada minat kerjaya mereka. Sebagai contoh, kecenderungan murid Tahun 6
lebih kepada tema sosial, maka guru boleh membuat lawatan sambil belajar yang
melibatkan masyarakat. Antara contoh, lawatan ke Kid Zania di Damansara. Murid
didedahkan dengan pekerjaan yang dekat persekitaran sosial dan masyarakat.
Selain itu, guru boleh membuat aktiviti – aktiviti yang menyerupai tugas satu – satu
pekerjaan. Dari sini, mereka lebih kenal diri dan minat kerjaya berdasarkan tugas yang
diberi. Aktiviti main peranan akan menjurus kepada kesukaan dan minatnya. Selain itu, guru
boleh meminta murid mengumpul maklumat berkaitan minat kerjaya mereka. Oleh itu, guru
lebih mudah mengenali minat kerjaya yang mereka ingin ceburi suatu hari nanti.

6