DISKUSI KEDUA : ISLAM, IMAN DAN IHSAN (HADITH KEDUA) OBJEKTIF

  

DISKUSI KEDUA : ISLAM, IMAN DAN IHSAN

(HADITH KEDUA)

OBJEKTIF i.

  Mengetahui dan memahami maksud hadith ini untuk diterjemahkan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang sejahtera aqidahnya. ii.

  Mengetahui dan mengambil pelajaran yang diwahyukan oleh Jibrail kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, iaitu Iman, Islam dan Ihsan.

  1.0 MUQADDIMAH

  Projek Kristianisasi yang semakin hebat menggempur segenap pelosok dunia dan kini tidak terkecuali juga di Malaysia yang mencapai tahap kebimbangan ke paras paling kritikal. Pembinaan Pusat Latihan Pendakyah di Sabah baru-baru ini menjelaskan lagi kesungguhan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Lebih menyedihkan lagi apabila majoriti umat Islam dalam keadaan lalai dan leka dengan hiburan dan kemewahan, ibu bapa masih lagi sibuk mengejar dunia sedangkan anak-anak mereka sudah pun murtad tanpa mereka sedari. Kes ‘Lina Joy’ yang menggemparkan negara pada tahun 2007 kelihatan seperti tidak cukup tragis untuk memberikan impak yang besar kepada umat Islam di Malaysia.

  Saban tahun statistik umat Islam yang murtad semakin bertambah berlipat ganda. Apakah puncanya? salah siapa? dan bagaimana cara untuk kita atasi permasalahan ini?

  2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

  (: الل َْد نِع ْ س وُلُج ُْن حَن اًض یَأ

  ِْه یَلَع ىَّلَص ِْالل اَمَن یَب َْلاَق ُْه نَع َْي ِضَر َْرَمُع ْ نَع ِْلوُسَر ُْالل

  ُْرَثَأ ُْد یِدَش ُْد یِدَش َْتاَذ ِْه یَلَع ىَرُیَلا ِْدا َوَس ِْباَیِّثلا ْ ِضاَیَب ْ لُجَر اَن یَلَع َْعَلَط

  َْمَّلَس َو ، ِر عَّشلا ْ ذِإ ْ م وَی

  َْدَن سَأَفملسو هیلع الل ىلص اَّنِم ِْه یَتَبكُر َْسَلَج ىَّتَح دَحَأ َْلا َو

  ىَلِإ يِبَّنلا ىَلِإ ُْهُف ِر عَی ِْرَفَّسلا يِن ر : ،ِه یَذِخَف ِْه یَّفك

  ِْالل ُْلوُسَر َْلاَقَف دَّمَحُم اَی َْلاَق َو ىَلَع َْعَض َو َو ،ِه یَتَب كر ،مَلا سِلإ ا ِْنَع ِْب خَأ

  الل َْلا ْ نَأ ْ نَأ : ،ِالل ُْلوُسَر اًدَّمَحُم َّْنَأ َو َْدَه شَت مَّلَس َو ِْه یَلَع ىَّلَص

  َْم یِقُت َو ُْالل

  َّْلاِإ َْهلِإ ُْمَلا سِلإا . َْت عَطَت سا

  َْلاَق َْت یَب لا َّْجُحَت َو ، َناَضَمَر ُْم وُصَت َو،َةاَكّزلا َْيِت ؤُت َو،َةَلاَّصلا َْلا یِبَس ِْه یَلِإ ِْنِإ : .

  ْ نَأ ُْهَل ،ِهِتَكِئَلاَم َو َْنِم ؤُت َْلاَق ْ نَع َْلاَق ُْهُقِّدَصُی َو ُْهُلَأ سَی ، َت قَدَص

  اَن بِجَعَف ،ِللهاِب ،ِناَم یِلإا يِن رِب خَأ : . .

  َْلاَق َْت قَدَص َْلاَق ِْهِّرَش َو َْنِم ؤُت َو ،ِهِلُسَر َو ِْنَع يِن رِب خَأَف ِْه ِر یَخ ِْرَدَق لاِب ، ِرِخلآا ،ِهِبُتُكو

  ِْم وَی لا َو : . :

  ْ نُكَت َْدُب عَت ْ نَأ َْلاَق َْكاَرَی ُْهاَرَت ْ مَل ُْهاَرَت َْكَّنَأك َْلاَق

  َْالل ِْنَع يِن رِب خَأَف ُْهَّنِإَف ْ نِإَف ،ِناَس حِلإا

  : . مَل عَأ ْ َالل ُْت لُق ؟ ُْلِئاَّسلا : َْلاَق ُْهُلوُسَر َو ،رَمُع اَی َْلاَق َّْمُث ،اَّیِلَم

  ُْل ی ِر بِج ُْهَّنِإَف ِْنَم ي ِر دَتَأ ُْت ثِبَلَف )

  ْ مُكَن یِد ْ مُكُمِّلَعُی ْ مكَتَأ ملسم هاور

  Maksudnya:

Daripada Saiyidina ‘Umar R.A. juga, beliau berkata: Pada suatu hari, ketika kami

sedang duduk di sisi Rasulullah S.A.W tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang

lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak

ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di

kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi S.A.W lalu

disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak

tangannya atas dua paha baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan

kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: lslam itu bahawa engkau

naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan

Allah, dan bahawa engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa

di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Makkah) sekiranya engkau

berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami

pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: lman itu ialah

bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para

RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar yang baik dan

buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku

tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah

seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya maka

sesungguhnya dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang

Kiamat, Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih

mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah

kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: Antara tanda-tandanya ialah

apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat

orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang

hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu

bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang

bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda:

Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar

kamu tentang agama kamu.

  (Hadith Riwayat Al-lmam Muslim)

  3.0 INTIPATI HADITH

  3.1 MALAIKAT DATANG MENJELMA SEBAGAI SEORANG MANUSIA Daripada Saiyidina ‘Umar R.A, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah S.A.W pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun dalam kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi S.A.W, la lu duduk secara orang yang sudah lama berkenalan dan bersahabat...’’ sebagaimana yang diceritakan dalam hadis tersebut.

  Orang yang datang sedemikian rupa serta luar biasa pula keadaan tingkah lakunya ialah seorang malaikat yang menjelma dirinya sebagai seorang manusia. Kedatangannya bermaksud untuk menyampaikan dan mengajarkan agama kepada Rasul dan ummatnya perkara yang mengenai hakikat Islam, Iman, Ihsan (Ikhlas) dan tanda-tanda hari kiamat.

  3.2 RUKUN ISLAM Syahadah Syahadah adalah satu-satunya pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keEsaan Allah S.W.T serta kebenaran RasulNya Muhammad S.A.W sebagai seorang utusan yang terakhir membawa rahmat seluruh alam.

  Seluruh alam sudah diciptakanNya, segala hukum telah diaturkanNya, sebab itu manusia mestilah tunduk patuh dan menyembahNya serta memohon dan meminta pertolonganNya tanpa menggunakan sebarang perantaraan daripada keramat wali-wali atau dari kubur orang yang mati. Inilah tauhid dasar pertama bagi Islam dan inilah pula asas dakwah atau seruan para Rasul. Firman Allah S.W.T dalam surah al-

  Anbiya’ ayat 35 : ِْنوُدُب عاَف اَنَأ لاِإ َْهَلِإ لا ُْهَّنَأ ِْه یَلِإ يِحوُن لاِإ ْ لوُسَر ْ نِم َْكِل بَق ْ نِم اَن لَس رَأ اَم َو

  Maksudnya : Dan Kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang

hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

  Setelah mengakui bahawa tuhan itu ialah Allah yang wajib disembah, maka wajib diakui pula bahawa Muhammad itu RasulNya, yang mendapat wahyu dan Firman Allah S.W.T surah al- :

  A’raf 158                       

             Katakanlah: "Hai manusia, Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, Maka berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk".

   Mendirikan solat

  Mendirikan sembahyang adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas umat Islam setiap hari. Erti mendirikan ialah melakukannya menurut sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasul sejak dari permulaan takbirnya, bacaannya, perbuatannya, hingga ke akhir rukun iaitu salam dengan hati yang penuh rasa taqwa.

  Orang yang beriman mesti mendirikan sembahyang, kerana sembahyang itu tuntutan iman, dan iman sifat jiwanya. Firman Allah:

  َْنوُقِفنُی ْ مُهاَن قَزَر اَّمِم َو َْةلاَّصلا َْنوُمیِقُی َو ِْب یَغ لاِب َْنوُنِم ؤُی َْنیِذَّلا

‘’Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan

mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)

sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.’’

  Al-Quran telah menegaskan bahawa mendirikan solat mengikut tertib adalah sebagai satu bisikan dan munajat kepada Tuhan, akan dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan. Juga akan berupaya membimbing akhlak dan gerak-geri hidup ke jalan yang sejahtera, terpelihara dari segala anasir yang menyebabkan kerosakan serta terhindar daripada melakukan sebarang

  Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 : 

                          

  

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan

dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan

mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar

(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang

kamu kerjakan.

  Segala kejahatan dan kemungkaran yang merosakkan masyarakat dan menimbulkan kekacauan akan dapat dicegah oleh tenaga jiwa yang yang terdidik dengan ibadah solat kerana solat adalah salah satu didikan yang sangat penting dalam pengajaran Islam.

  Seseorang yang taat mengerjakan ibadah solat sepanjang hayatnya, dalam masa yang sama mengerti betapa besarnya kepentingan solat itu kepada dirinya, mereka yang menghayati pula hikmah dan rahsia bacaannya, akan dapat menanam dalam jiwanya untuk menghadapi segala macam fitnah dan ujian .

   Mengeluarkan zakat Zakat ialah ibadah mengeluarkan harta benda dari seseorang individu muslim.

  Orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan atau memiliki harta pencarian yang kukuh diwajibkan mengeluarkan zakat menurut ketentuan syariat. Zakat ialah penyucian dan penambahan, diwajibkan ke atas orang yang memiliki harta benda yang tertentu untuk mengeluarkan bahagiannya kepada orang yang berhak menerimanya menurut ketetapan hukum. Zakat yang dikeluarkan dengan jiwa yang suci menjadikan harta benda itu suci, dan peribadi orang yang mengeluarkannya terhindar daripada perasaan kedekut dan tamak kepada harta keduniaan. Di samping itu, keberkatan dari Allah S.W.T akan melimpah atas harta yang dikumpul sepanjang hidup. Antara bantuan yang diwajibkan Islam ialah bantuan zakat yang diambil daripada

  Dengan demikian, tidaklah harta orang kaya tetap pada mereka sahaja manakala orang miskin hidup dalam kafakiran tanpa merasai nikmat dan kemudahan mempunyai harta keperluan. Harta benda menurut sisi pandang falsafah Islam adalah harta benda Allah, sedang manusia sekelilingnya beramai-ramai usaha mendapatkannya meskipun jumlah yang diperoleh tidak sama, sekurang-kurangnya dapat membantu sekadar yang termampu untuk mengeluarkan zakat kepada yang memerlukan.

  Zakat adalah keperluan bagi anggota masyarakat yang serba kekurangan dalam kehidupannya. Kewajipan zakat menyamai kewajipan mendirikan solat. Allah satukan perintah zakat dan solat dalam firmannya :

  ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ     ْ    

ْْْ  ْ  ْ  ْ  ْ  ْ  ْ ْ  ْ  ْ  ْ 

  

“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan kebaikan apa saja yang kamu

usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah.

Sesungguhnya Alah Maha melihat apa- apa yang kamu kerjakan”.

  (Surah Al-Baqarah : 110) Jika dengan solat seseorang mampu berhubung dengan Allah, maka dengan zakat pula seseorang dapat menghubungkan diri dan masyarakat. Malah dengan zakat itu dapat membersihkan diri dan menyucikan jiwa. Di samping itu, dia telah menunaikan kewajipan untuk memenuhi keperluan hidup orang yang memerlukan beserta berusaha untuk menegakkan keadilan masyarakat. Firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 112 :

  ْ ْ ْ ْ    

  ْ ْ ْ ْ ْ     

  ْْْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ         

  

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji,

yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan

mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan

   Berpuasa di bulan Ramadhan

  Ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terjuga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan- bulan berikutnya. Puasa wajib ditunaikan menurut ketentuan syariat. Allah menetapkan syariat puasa dengan firmannya :

  ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ         

  ْْ ْ ْ ْ ْ ْ      

  “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa

  (Surah Al-baqarah : 183) Taqwa yang dijadikan maksud utama daripada puasa adalah satu perkataan yang mudah disebut dan diingat, disebabkan amat sedikit hurufnya tetapi sangat banyak dan luas pengertiannya. Ianya terbukti daripada pelbagai pengertian dan t afsiran para ulama’ daripada beberapa jurusan ilmu. Di antaranya menegaskan bahawa puasa adalah untuk mencegah diri dan jiwa daripada penyakit dan kerosakan akhlak akibat nafsu yang tidak pernah dikawal dan dipelihara. Penegasan ini berdasarkan kepada keadaan taqwa itu kerana setiap perkataan atau perbuatan yang dimaksudkan untuk mencegah kejahatan serta memelihara dari terjerumus ke kancah maksiat yang merosakkan adalah bererti taqwa. Dalam al-Quran banyak disebut perkataan taqwa yang diikuti dengan pengertiannya serta banyak didapati ayat yang menerangkan sifat-sifat orang bertaqwa dan anjuran untuk menjadi orang bertaqwa sebagaimana ayat diperintahkan puasa.

   Mengerjakan Haji

  Dari Abu Hurairah R.A, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan Baginda bersabda, “ Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah. ‘Seorang berkata, “ Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun? Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Jika saya mengatakan ‘ya’ bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya. Kemudian Baginda bersabda, ‘Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu.

  Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah mereka yang banyak bertanya kepada Nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia.

  (Riwayat Muslim) Tiap-tiap umat Islam yang cukup syaratnya, wajiblah mengerjakan haji di Makkah. Haji adalah ibadah adalah bererti menurut perintah. Orang yang menunaikan haji bukanlah kerana hendak mendapat maksud keduniaan kerana haji itu bukanlah urusan dunia tetapi urusan agama.

  

  

                                      

            

  

  Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah Dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) daripada semesta alam.

  (Surah Ali-Imran : 97)

3.3 RUKUN IMAN Pertama : Beriman kepada Allah 1.

  Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan iman, pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

  2. Aqidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad, ianya tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang beraqidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

  3. Aqidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, aqidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

  Kedua : Beriman kepada Malaikat

  Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl ayat 49

  • – 50 :

                         

  “Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka

”).

  Perkataan malaikat merupakan kalimah jama’ dalam bahasa Arab bagi perkataan malak yang bererti kekuatan. Dengan kata lain, malaikat adalah kekuatan- kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah. Malaikat dari segi istilah syarak ialah hamba ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya yang

  Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan juga tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma dengan pelbagai rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Allah Taala mencipta malaikat daripada nur (cahaya) sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah mafhum hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahwa Rasulullah bersabda, “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari

  

nyala api dan Adam dicipta daripada apa yang telah diterangkan kepada kamu

semua.

  ” (Diriwayatkan oleh Muslim)

  Malaikat mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju). Mafhum firman Allah dalam surah al-Fatir ayat 1 : “Segala puji bagi Allah. Maha Pencipta langit dan bum, yang mencipta malaikat

  

sebagai utusan-utusan yang mempunyai sayap-sayap, ada yang dua, tiga atau

empat. Allah menambah pada ciptaanNya apa yang dikehendakiNya,

sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

  Allah Taala mencipta malaikat berupa makhluk bersayap dan antaranya ada yang bersayap dua pasang, tiga pasang, empat pasang dan ada pula yang lebih daripada itu. Semua ini menunjukkan nilai dan perbezaan pangkat di sisi Allah Taala juga tentang kekuasaannya cepat atau lambatnya semasa dalam proses berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Masud R.A.

  “Rasulullah S.A.W melihat Jibril A.S. dan ia mempunyai enam ratus sayap.” Banyaknya sayap adalah sebagai tanda lebih cepat menunaikan perintah-perintah Allah Taala serta menyampaikan risalahNya. Dalam al-Quran disebutkan daam surah as-Saffat ayat 164-166 : “Tiada siapapun antara kami (malaikat) melainkan mempunyai kedudukan yang

  

tertentu. Sesungguhnya kami bershaf-shaf (dalam menunaikan perintah Allah)

dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih (mensucikan Tuhan).

  ” Malaikat sentiasa berbakti kepada Allah secara sempurna, tunduk dan patuh pada kekuasaan dan keagunganNya serta melaksanakan semua perintahNya. Mafhum firman Allah “Malaikat itu takut kepada Tuhan yang berkuasa di atas

  mereka dan mengerjakan apa saja yang diperintahkan

  .”

  “Bahkan malaikat adalah para hamba Allah yang dimuliakan. Mereka tidak

  

mendahului Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan sesuai dengan

perintahNya. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang

ada di belakang mereka. Mereka juga tidak dapat memberikan pertolongan,

melainkan kepada orang yang disukai oleh Allah dan mereka pun selalu berhati-

hati karena takut kepadaNya.

  ” (Surah al-Anbiya:26-28)

  “Malaikat tidak ingkar kepada Allah mengenai apa-apa yang diperintahkan

  olehNya kepada mereka dan tentu mengerjakan apa-apa yang diperintahkan

  .” (Surah al-Tahrim:6)

  Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila

  

Allah menentukan suatu keputusan di langit, maka semua malaikat memukulkan

sayap-sayapnya kerana tunduk pada firmanNya seolah-olah sebagai suatu bunyi-

bunyian yang nyaring di atas sebuah batu yang licin. Selanjutnya apabila lenyap

ketakutan itu dari hati mereka, mereka pun berkata, ‘Apakah yang diucapkan

oleh Tuhanmu?’ Jawab salah satu daripada mereka ‘Kebenaran dan Dia adalah

Maha Luhur lagi Maha Besar

  .’

  Ketiga : Beriman kepada Kitab-kitab Suci                     

          

Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasulNya

dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allah

turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-

malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari Kemudian. Maka

sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

   (Surah An-

  Nisa’ : 136( Al-Quran adalah mukjizat yang berkekalan yang telah ditetapkan oleh Allah Firman Allah yang bermaksud : “Dengan kitab itulah Allah menunjuk orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan dan dengan Al-Quran. Allah mengeluarkan orang-orang dari gelap-gelita ke jalan yang terang benderang dengan keizinanNya dan menunjuki mereka jalan yang lurus.’’ Al-Quran mengandungi :

  Aqidah Aqidah adalah ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaan yang pasti wajib dimiliki oleh setiap orang di dunia. Al-Quran mengajarkan aqidah tauhid kepada kita iaitu menanamkan keyakinan terhadap Allah S.W.T yang satu, tidak pernah tidur dan tidak beranak- pinak. Percaya kepada Allah S.W.T adalah salah satu rukun iman yang pertama. Orang yang tidak percaya terhadap rukun iman disebut sebagai orang-orang kafir. Ibadah

  Ibadah adalah taat, tunduk, ikut atau menurut dari segi bahasa. Dari pengertian "fuqaha" ibadah adalah segala bentuk ketaatan yang dijalankan atau dikerjakan untuk mendapatkan redha dari Allah S.W.T. Asas bentuk ibadah dalam ajaran agama islam yakni seperti yang tercantum dalam lima perkara rukun Islam. Mengucapkan dua kalimah syahadat, solat lima waktu, membayar zakat, puasa di bulan suci Ramadhan dan beribadah pergi haji bagi yang telah mampu menjalankannya. Akhlak

  Akhlak adalah perilaku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yang terpuji atau akhlakul karimah mahupun yang tercela atau akhlakul mazmumah. Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammd S.A.W tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia. Setiap manusia harus mengikuti apa yang diperintahkanNya dan menjauhi laranganNya. Hukum-Hukum

  Hukum yang ada di dalam al-Quran adalah berkisarkan suruhan atau perintah kepada orang yang beriman untuk mengadili dan memberikan penjatuhan hukuman pada sesama manusia yang terbukti bersalah. Hukum dalam Islam berdasarkan al-Quran ada beberapa jenis atau macam seperti jinayat, mu'amalat, munakahat, faraidh dan jihad. Peringatan

  Tazkir atau peringatan adalah sesuatu yang memberi peringatan kepada manusia akan ancaman Allah S.W.T iaitu berupa seksa neraka. Tazkir juga berupa khabar gembira bagi orang-orang yang beriman kepadaNya

  Sejarah-Sejarah atau Kisah-Kisah Sejarah atau kisah adalah cerita mengenai orang-orang yang terdahulu baik yang mendapatkan kejayaan akibat taat kepada Allah S.W.T mahupun yang mengalami kebinasaan akibat tidak taat atau ingkar terhadap Allah S.W.T. Dalam menjalankan kehidupan seharian, sebaiknya kita mengambil pelajaran yang baik daripada sejarah masa lalu. Dorongan untuk berfikir

  Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang mengulas suatu perbahasan yang memerlukan pemikiran manusia untuk mendapatkan manfaat dan juga membuktikan kebenarannya, terutama mengenai alam semesta.

  Keempat : Beriman kepada Rasul

  Beriman kepada Rasul bererti meyakini bahawa Allah telah memilih hamba- hambaNya yang terbaik untuk menjadi Nabi atau Rasul. Termasuk di dalamnya keyakinan bahawa para Nabi dan Rasul itu menyampaikan petunjuk, perintah, larangan dan peringatan - peringatan Allah kepada umat manusia, serta memberikan contoh perilaku terpuji seperti yang telah mereka amalkan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah beriman kepada Rasul kerana Rasul itu adalah utusan Allah S.W.T. Sebagaimana kewajipan seorang mukmin kepada Rasulullah S.A.W iaitu :

  Mengimaninya Banyak ayat yang menyebutkan iman kepada Allah dan RasulNya, secara bersamaan. Ertinya bahawa iman kepada Rasul tidak boleh dipisahkan dengan iman kepada Allah. Keislaman seseorang dianggap batal bila hanya iman kepada Allah tapi tidak beriman kepada Rasul, disebut inkaru sunnah. Mencintainya

  Iman seseorang dianggap sempurna bila ia telah mencintai Allah dan RasulNya lebih besar cintanya kepada yang lain bahkan kepada dirinya sendiri.

  Mengagungkannya Jasa dan pengorbanannya untuk umat ini berdasarkan sifat-sifat kesempurnaan yang Allah berikan kepadanya membuatkan mereka layak untuk diagungkan. Namun pengagungan ini tidak boleh melampaui batas kerana Islam melarang kultus.

  Membelanya Membelanya adalah kewajipan mukmin. Caranya, dengan ittiba’

  Mencintai mereka yang mencintainya Mereka cinta Allah dan RasulNya, mereka bertemu dan berpisah kerana dorongan cinta tersebut. Mereka seumpama bahagian tubuh yang satu, bila ada yang sakit, semua yang lain turut merasakan sakit bersama.

  Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat

  Sudah semestinya kita ummat Islam perlu menghayati betapa pentingnya urusan mengimani dan mempersiapkan diri menghadapi hari Akhir. Sebab Allah S.W.T sendiri di dalam al-

  Qur’an mengkondisikan Nabi Muhammad S.A.W agar tidak menganggap bahawa hari Akhir atau hari Kiamat atau hari kebangkitan itu masih jauh.

  ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ 

            

  ْْْ ْ ْ ْ ْ     

  Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah". dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.

   (Surah Al-Ahzab ayat 63)

  Oleh sebab itu, Nabi Muhammad S.A.W juga meletakkan para sahabatnya dan kita semua selaku ummatnya untuk menghayati bahawa hari Akhir semakin dekat dan hampir.

  Keenam : Beriman dengan Qadha’ dan Qadar

  Daripada Jabir R.A. bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qada’dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya.”

  (Hadis riwayat at-Tirmizi) Qada’ bermaksud pelaksanaan. Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1.

   Qada’ Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).

2. Qada’ Muallaq : Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan

  bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud,

  “Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.”

  (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

  Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah: 1.

  Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.

  2. Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.

  3. Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.

  4. Hikmah qada dan qadar disembunyikan daripada pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

   IHSAN

  3.4 كا ری هنءاف هارت نكت مل نءاف , هارت كناك الل دبعت نا : لاق ؟ ناسحلاا ام

  “Apakah itu ihsan ? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya , akan tetapi Allah melihat kamu ‘’

  (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim) Beribadah perlu kepada ihsan untuk menaikkan seseorang kepada maqam

  musyahadah. Dan daripada maqam ini menaikkan lagi darjat seseorang

  hingga ke maqam siddiqin , iaitu ke darjat orang-orang yang benar lagi jujur kepada Tuhan Robbul ‘Alamin.

4.0 PENGAJARAN

  

1. Digalakkan kita memakai pakaian yang bersih dan menggunakan bau-bauan yang harum

untuk memasuki masjid dan menghadiri majlis ilmu

2. Kita perlu menjaga adab di dalam majlis ilmu dan ketika berhadapan dengan

  

3. Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Iaitu kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah dan disertai

dengan penuh ketekunan seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu mencapai tahap

tersebut maka ingatlah bahawa Dia melihat segala perbuatan kita kecil atau besar.

4. Seorang Muslim hendaklah bertanya mengenai perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhiratnya sahaja, serta meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

  

5. Jika kita menghadiri majlis ilmu dan merasakan bahawa hadirin perlu mengetahui sesuatu

perkara tetapi tiada seorang pun yang bertanya, maka perlu kita bertanya tentang perkara

tersebut meskipun kita telah mengetahuinya. Agar hadirin turut dapat mengambil manfaat.

  RUJUKAN 1.

   Al-wafi fi syarah arabain an-nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-2008, Cetakan pertama

2. Pdf hadith 40 Imam Nawawi 3.

   Jami’ Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami’ Kalam, Ibnu rejab Al-Hanbali, Darul Fajar li turath, Qaherah, 1431H-2006

  4. Hadith 40 dan terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar, Shah Alam