PEMERINTAHAN ISLAM MENURUT MUHAMMAD ASAD

KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN
(IXGU 6121)
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM MENURUT MUHAMMAD ASAD
NAMA : SYAHIDAH AKMAL BINTI ABD RAHMAN
NO. MATRIK : IGB 150004

NAMA PENSYARAH : DR AHMAD ZUHDI BIN ISMAIL

ISI KANDUNGAN

Abstrak .......................................................................................................................................................... 2
1 Pendahuluan ............................................................................................................................................. 2
2 Biografi Ringkas ......................................................................................................................................... 3
3 Bentuk-bentuk Pemerintahan Islam ......................................................................................................... 4
4 Tujuan Bernegara ...................................................................................................................................... 5
5 Sifat-sifat Negara Islam ............................................................................................................................. 6
6 Rakyat dan Pemerintahan ......................................................................................................................... 6
7 Penutup ..................................................................................................................................................... 7
Bibliografi ...................................................................................................................................................... 8

1


Tajuk : Sistem Pemerintahan Islam Menurut Pandangan Muhammad Asad

Abstrak
Islam menjadi agama rasmi bagi sesebuah negara menunjukkan bahawa itu adalah bernegara
Islam kerana dominasi populasi muslim atau pemerintah negara itu diterajui oleh orang Islam.
Suatu persoalan yang sering timbul, pembentukan negara Islam mengikuti perlaksanaan sistem
pemerintahan negaranya berteraskan panduan Islam atau sebaliknya. Gambaran menunjukkan
bahawa sistem pemerintahan Islam ini diaplikasikan secara hakiki atau tidak bagi negara yang
berstatus sebagai negara Islam. Mereka mendakwa bernegara Islam memakai sistem
pemerintahan Islam tapi hakikatnya Islam itu sekadar disarungkan tanpa pengamalannya. Hala
tuju negara Islam dalam sistem ketatanegaraan hanya sekadar diterapkan ajaran-ajaran sosiopolitik Islam kepada kehidupan bangsa itu apatah lagi undang-undang negara tersebut. Sistem
pemerintahan Islam harus ditonjolkan di mata dunia sebagai sistem yang tepat dan telus dalam
pengurusan warganegara di dalamnya yang merangkumi aspek sosial, ekonomi, pentadbiran dan
sebagainya. Dasar pemerintahan Islam harus direncanakan dan menerapkan elemen-elemen
Islam secara menyeluruh agar sistem pemerintahan Islam itu tidak dipandang lapuk dan
mengikuti peredaran zaman. Pemerintahan Islam adalah ideal dan seiring konsep pemerintahan
kontemporari di arena globalisasi kini.

1 Pendahuluan

Kewujudan negara Islam sejati yang melaksanakan dasar pemerintahan Islam berlandaskan
ideologi al-Quran dan as-Sunnah tanpa mencampuri konsep nasionalisme atau konsep ideologi
moden berunsurkan westernization (pembaratan) di dalam struktur pemerintahan. Penerapan
hukum-hakam Islam ke dalam struktur pemerintahan dan bersepadanan dalam memenuhi
keperluan kini dapat mewujudkan sebuah negara Islamiah yang tegas bercirikan tatacara
pemerintahan dan konstitusi berpendirian konkrit. Pengertian negara menurut pandangan
Muhammad Asad adalah tanggungjawab yang dapat dipenuhi oleh satu badan yang mengatur,
yang diserahi memegang kekuasaan untuk memerintah (amr) kebaikan dan melarang (nahi).
2

Konsep negara Islam yang diketengahkan oleh Muhammad Asad adalah pembentukan negara
Islam itu terjadi tatkala penerapan ajaran sosio-politik Islam diserapkan ke dalam kehidupan
bangsa beserta ajaran-ajaran itu secara sedar dimasukkan menjadi tulang kepada undang-undang
negara1.

2 Biografi Ringkas
Muhammad Asad (Leopold Weiss) dilahirkan pada 2 Julai sekitar tahun 19002 di Galicia Selatan,
di mana tempat beliau membesar di kawasan komuniti Yahudi. Semasa Perang Dunia Pertama,
beliau menyertai pasukan tentera darat Austria, tetapi sementelah Empayar Austria tumbang,
beberapa minggu selepas itu beliau mendaftar masuk di Universiti Vienna dan mengambil

bidang sejarah kesenian dan filosof.
Pada tahun1922 di musim bunga, Muhammad Asad menerima sepucuk surat daripada bapa
saudaranya bernama Dorian yang mengajak beliau untuk tinggal bersama dengan bapa
saudaranya di Jerusalem, di Bandar Tua berhampiran dengan pagar Jaffa. Muhammad Asad
menerima ajakan bapa saudaranya dan mengembara ke Timur dengan menaiki kapal pada musim
panas di tahun yang sama (1922). Pada usia 21 tahun, Muhammad Asad memulakan langkah
pengalaman pengembaraan ke negara Arab.
Selepas beberapa bulan mengembara di Timur Tengah, Muhammad Asad kembali semula ke
Jerman dan menerbitkan jurnal perjalanan beliau yang bertajuk “Unromantisches Morgenland,
aus dem Tagebuch einer Reise.” Ini merupakan karya pertama beliau dalam terjemahan bahasa
Inggeris yang terangkum pengalaman awal beliau semasa mengembara di sana. The Unromantic
Orient 3sebuah jurnal yang mengagumkan dihasilkan oleh seorang lelaki muda yang sedang
mencari kepastian dan pada masa yang sama menghasilkan wawasan tranformasi jiwa
Muhammad Asad sendiri sehingga beliau menemui cahaya Islam. Apabila beliau sudah memeluk
agama Islam, beliau banyak menghabiskan masa dengan belajar dan menghasilkan penulisan.

1

- Muhammad Asad, Azas-azas Negara dan Pemerintah di Dalam Islam, terj. Muhammad Radjab ( Los Angeles:
University of California Press, 1964), 2.

2
- Toheed Ahmad, “Muhammad Asad: The Story of a Story of a Story,” Criterion Quarterly 6, no. 1 (September
2013), 1-2.
3
- Muhammad Asad, The Unromantic Orient (Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 2004), 1.

3

Selepas beliau memeluk agama Islam pada tahun 1926, beliau menetap di Arab, India, Pakistan,
New York, Sharjah, Lebanon, Switzerland, Morocco dan Sepanyol destinasi terakhir di mana
tempat beliau disemadikan bertemu Ilahi pada tahun 1992. Beliau dikebumikan di perkuburan
Islam Granada. Hasil karya penulisan beliau yang lain adalah Islam at the Crossroads, This Law
of Ours, The Road to Mecca, Sahih al-Bukhari : Early Years of Islam dan The Message of the
Quran.

3 Bentuk-bentuk Pemerintahan Islam
Pemerintahan Islam yang menjadi contoh dan bertepatan mengikut syariah dan dikatakan sebagai
model negara Islam iaitu pemerintahan di zaman Khalifah ar-Rasyidin4. Bentuk-bentuk
pemerintahan menurut Muhammad Asad adalah seperti berikut :
i.


Memastikan kebahagian dan kesejahteraan rakyat terjamin adalah dengan memerhatikan
evolusi kemasyarakatan dan intelektual manusia agar kekakuan di dalam konsep hukum
kenegaraan dapat dielakkan.

ii.

Pastikan ia selari dengan tuntutan-tuntutan perkembangan kemasyarakatan yang sihat.

iii.

Tidak menetapkan sesuatu bentuk negara yang khusus iaitu di mana syariah tidak
menetapkan sesuatu pola tertentu asalkan ia dapat disesuaikan dengan negara Islam dan
pada masa yang sama tidak tertumpu pada satu teori ketatanegaraan semata-mata.

iv.

Bentuk negara dan perlembgaan yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan hukum syar’i
yang jelas dan tegas. Ia dapat serasi harmonikan dengan kehidupan komuniti.


v.

Pelaksanaan

undang-undang

yang

bersesuaian

dengan

jangkaan

(pengamatan/interpretasi) dengan isi al-Quran dan as-Sunnah iaitu melalui ijtihad.

4

- Muhammad Asad, Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam:Minhaj al-Islam fi al-Hukmi, terj. Afif
Mohammad (Bandung: Penerbit Pustaka, 1985), 43-47.


4

4 Tujuan Bernegara
Tujuan bernegara Islam adalah menyediakan suatu dasar rangka politik bagi menyatukan
persatuan dalam kalangan ummat Islam supaya bersatu dan saling tolong-menolong antara
satu sama lain. Berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Imran ayat 103-104 bermaksud,
“berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah dan jangan bercerai-berai. Dan
ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu sekalian masih bermusuh-musuhan, lalu
dengan nikmat-Nya disatukannya hati kamu sekalian sehingga menjadi bersaudara, dan
ketika kamu sekalian sudah berada di tubir neraka, lalu kamu sekalian diselamtkan-Nya.
Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu mendapat
petunjuk. Hendaknya ada di antaramu satu ummat yang menyeru pada kebaikan,
memerintahkan kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan mereka itulah
orang-orang yang akan memperoleh kemenangan”
( Surah al-Imran, 103-104)
Maka, tujuan mewujudkan sebuah negara Islam ialah :
i.

Membela persamaan dan keadilan


ii.

Menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat

iii.

Memelihara keadaan-keadaan sosial dalam kalangan manusia supaya dapat
membentuk hidup yang baik sama ada dari segi rohani mahupun fizikal yang
bersesuaian dengan hukum alamiah daripada Tuhan iaitu Islam

iv.

Mencegah melakukan kezaliman dan menegakkan keadilan di permukaan bumi

v.

Penyatuan akidah berpaksikan tauhidullah yang Esa5 membentuk komproni
masyarakat yang rabbani


5

- Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad & Siti Fatimah Mohd, “ A Critical Analysis of
Muhammad Asad’s Thought On Islamic Civilization” (Proceedings of ICIC2015 – International Conference on
Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, Universiti Sultan Zainal Abidin, 6-7 Jun 2015).

5

5 Sifat-sifat Negara Islam
Asas penting untuk mendirikan negara Islam meliputi beberapa aspek iaitu :
i.

Menjalankan

peraturan-peraturan

syariah

di


wilayah-wilayah

yang

di

bawah

jurisdikasinya.
ii.

Soal-soal urusan pemerintahan dan undang-undang duniawi yang tidak berlawanan
dengan syar’i. Undang-undang duniawi di sini membawa maksud ciptaan yang dapat
diperbaiki.

iii.

Taat pemerintah
Syarat pemerintah negara mestilah taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Merupakan seorang
pemerintah yang tidak menghalalkan tindakan-tindakan yang diharamkan oleh syariah

atau menegah perbuatan yang disuruh oleh agama.6

iv.

Persetujuan rakyat

6 Rakyat dan Pemerintahan
Apabila seseorang ketua sudah dipilih selepas pemilihan sudah berlaku, ia dianggap sebagai
sudah menerima ikrar kesetiaan daripada semua orang (rakyat marhaen) sama ada majoriti yang
menyokongnya mahupun minoriti. Jika pemerintah memenuhi tuntutan syarak tuntutan si
pemerintah terhadap kesetiaan rakyatnya adalah mutlak. Rakyat di bawah pemerintahannya
wajib mematuhi segala perintahnya dan mereka harus bersedia mengorbankan seluruh milik,
kesenangan dan harta kekayaan milik mereka termasuk nyawa mereka sekali.
Pemerintah

yang

memerintah

atas

nama

Allah

dan

Rasul-Nya

dan

menjalankan

tanggungjawabnya atas perintah syar’i, memiliki hak untuk meminta hak rakyatnya apabila ia
melibatkan kepentingan masyarakat dan keamanan negara sejagat, maka pemerintah berhak ;
i.

Memikulkan sesuatu pajak dan cukai tambahan yang dianggap perlu untuk
kesejahteraan masyarakat di luar dan di atas zakat yang ditetapkan dan diwajibkan
dalam al-Quran dan as-Sunnah.

6

- Muhammad Asad, The Principles of State and Government in Islam (Kuala Lumpur: Book Trust, 1980), 34-36.

6

ii.

Memikulkan perbatasan terhadap milik peribadi atas beberapa jenis kekayaan, alatalat produksi atau sumber-sumber alam yang diurus oleh kerajaan negara sebagai
perusahaan untuk kegunaan awam.

iii.

Mewajibkan semua warganegara yang berbadan sihat menyertai ketenteraan demi
pertahanan dan keselamatan negara.

7 Penutup
Sistem pemerintahan yang menepati syarak berlandaskan ideologi al-Quran dan as-Sunnah dan
memenuhi kehendak semasa tanpa berorientasikan pedoman teori politik pemerintahan yang
bukan Islam dapat menjuruskan sesebuah pemerintahan negara yang ideal dan komprehensif.
Masyarakat yang bahagia adalah bersungguh-sungguh bersatu padu dari dalam dan memiliki
kesepakatan dalam mengenai ‘apa yang benar dan apa yang salah’ dalam muamalat manusia
serta bersefahaman mengenai satu kewajipan moral yang timbul dari satu hukum moral yang
tetap dan mutlak. Jika perkara ini terlaksana, masyarakat itu bersatu atas dasar agama yakni
bersatu atas paksi tauhidullah .
Pemerintah dan masyarakat saling bergandingan membentuk hala tuju negara dikehendaki di
mana bangsa-bangsa yang memeluk agama Islam mempunyai pilihan bebas untuk menentukan
nasib mereka sendiri dalam membentuk pembentukan pemerintahan negara Islam sebaikbaiknya. Perlaksanaan pemerintahan Islam yang menjana keredhaan Ilahi.

7

Bibliografi
Muhammad Asad, Azas-azas Negara dan Pemerintah di Dalam Islam, terj. Muhammad Radjab
(Los Angeles: University of California Press, 1964).
Toheed Ahmad, “Muhammad Asad: The Story of a Story of a Story,” Criterion Quarterly 6, no.
1 (September 2013).

Muhammad Asad, The Unromantic Orient (Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 2004).

Muhammad Asad, Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam:Minhaj al-Islam fi alHukmi, terj. Afif Mohammad (Bandung: Penerbit Pustaka, 1985).
Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad & Siti Fatimah Mohd, “ A Critical
Analysis of Muhammad Asad’s Thought On Islamic Civilization” (Proceedings of
ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st
Century, Universiti Sultan Zainal Abidin, 6-7 Jun 2015).

Muhammad Asad, The Principles of State and Government in Islam (Kuala Lumpur: Book Trust,
1980).

8