Isu Gender dalam Drama di Filem Persoala

Isu Gender dalam Drama di Filem:
Persoalan terhadap Pemaparan Imej, Peranan dan Kedudukannya dalam
Seni Persembahan Filem Cereka ‘Malay’[sia]
Oleh
Nor Shuradi b. Nor Hashim
Mengarap Seni Drama di medium Filem boleh dimengertikan sebagai usaha
mengadaptasikan sebuah gambaran realiti mengenai imej-imej kehidupan
manusia khasnya, yang dijanakan melalui ruang ke ruang bingkai filem secara
kronologi. Sewaktu mengadaptasikan aksi-aksi manusia, seseorang pembikin itu
pasti berusaha untuk merekabentuk satu pemaparan imej yang mempunyai cara
hidup, nilai dan getarasa manusia bersandarkan kepada kehendak aspek naratif
dan sinematik filem tersebut. Sewajarnya drama yang telah difilemkan bukan
hanya telah bertindak sebagai medium komunikasi yang berfungsi sebagai
pendidik dan penghibur, malahan berperanan mencetuskan anjakan paradigma
sikap khalayaknya. Ini dapat dilahirkan melalui pembinaan karektor dan
karektoristik watak-watak manusia melalui gambaran yang berintelektualistik,
berwawasan,

berketrampilan

serta


berdayasaing

sehingga

berpotensi

mencetuskan inspirasi positif ke dalam kehidupan para khalayaknya. Namun
melalui hasil-hasil kajian secara kualitatif dan kuantitatif analisis mengenai imej
gender dalam filem-filem ‘Malay’[sia] dari tahun 1950an sehingga tahun 2003,
didapati tidak menyeluruh di dalam memaparkan imej ‘gender’ yang sewajarnya.
Lantas kertas kerja ini membicarakan mengenai kedudukan dan pemaparan imejimej ‘gender’ di dalam medium filem cereka ‘Malay’[sia] serta hubungkaitnya
dengan kehidupan kaum lelaki dan kaum wanita secara realiti. Kertas kerja ini
juga tampil membicarakan kepentingan untuk mempotensikan kedudukan serta
pemaparan imej gender oleh para pembikin seni filem tempatan. Sebagai alat
komunikasi, kedudukan dan pemaparan imej gender perlu diadun secara optima
serta bijaksana bagi membantu mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat
‘Malay’[sia] sekarang .

1


Pengenalan
Semua manusia yang dikagumi di dunia ini dinilai dan dilihat kebolehannya
dalam sesuatu bidang. Pelukis dikagumi atas bakatnya dalam senilukis, Penari dikagumi
atas bakatnya dalam senitari, Sasterawan dihormati atas bakatnya dalam bidang sastera
dan Pelakon dikagumi atas kebolehannya dalam melakonkan sesebuah watak yang
didukunginya. Pelakon adalah antara elemen-elemen drama yang dipertanggungjawabkan
untuk menokoh tambah dan mempercantikkan segalanya hingga watak terpancar melalui
personaliti dan penampilan fizikal mereka. Seorang pelakon [Rahmah Bujang; 1994:33]
ialah manusia yang meniru kebenaran untuk tujuan melahirkan semula secara
perlambangan. Walaupun mendapat segala bantuan dari berbagai aspek, tanggungjawab
yang berat masih terpikul di atas bahu seorang pelakon tersebut. Pelakon adalah
bahanantaranya. Melalui suara dan tubuh pelakon tersebut, pengarah bercakap dengan
penonton [Abdul Samad Salleh;1996:84 dalam Norzizi Zulkefli 2002:4]. Lakonan
muncul melalui peniruan manusia terhadap segala yang dekat dengan diri mereka iaitu
alam, binatang dan manusia itu sendiri. Dapat diperkatakan, dari awal lagi manusia telah
menyamar menjadi unsur lain maka lakonan sememangnya adalah peniruan dari alam
semesta. Sehubungan dengan itu pelakon yang ingin melakonkan watak-watak manusia
yang didalam ruang persembahan itu, perlu menggunakan tubuhbadan dan suara mereka
sebagai medium perantaraan pengarah dengan penontonnya. Dalam erti kata mudah,

pelakon berlakon untuk menjadi orang lain. Bagi merealisasikannya, pelakon perlu
menggunakan objek [tubuh dan suara] sebagai medium untuk mereka bercerita. Maka,
untuk itu ianya menuntut beberapa tanggungjawab yang besar lagi berat dengan
memastikan watak yang ditampilkan mampu menghasilkan nilai figure expression and

2

movement acting secara estetik dalam ruang penceritaan tersebut. Menurut Synder
[1979:13] berlakon melibatkan manusia dan keseluruhan kemanusiaannya seseorang
pelakon perlu

menggunakan tubuhnya, mindanya, suaranya malah kekuatan dirinya

sehingga menghasilkan apa yang penonton temui watak yang hidup di dalam rangka
struktur drama tersebut.

Melalui doctrine of forms oleh Plato[428-348S.M], pelakon dianggap melakukan
proses mimesis dari aksi-aksi manusia disekelilingnya melalui medium lakon. Plato juga
telah menyatakan bahawa [Hamidah Abdul Hamid.1995:47] seni adalah satu kegiatan
peniruan. Pelukis atau penyair menurut Plato juga, telah meniru rupabentuk objek-objek

tertentu yang merupakan tiruan bentuk-bentuk tipa induk yang abadi. Menurut
Novak[1985:10] menyatakan drama yang dipentaskan boleh dipecahkan kepada tiga jenis
yang dikenalpasti sebagai drama tragedi, komedi dan satyr. Stail lakonan yang
dipamerkan pula disifatkan oleh penulis barat sebagai stail klasik dan bersifat
presentational. Berpandukan kepada teori Aristolte, seni bentuk [artform] drama adalah
berlandaskan idea imitasi dari aksi-aksi manusia1. Imitasi terhadap aksi-aksi manusia
adalah terdiri daripada golongan worthwhile [orang atasan] dan golongan worthless
[orang bawahan]. Melaluinya timbul drama tragedi yang mengimitasikan aksi-aksi
manusia yang terdiri daripada kalangan para orang atasan, para raja, para dewa, para
perwira manakala cetusan drama komedi pula terdiri daripada golongan bawahan yang
watak-watak mereka telah dikomedikan. Dalam ini juga, berpandukan kepada unsur
estetika dalam drama oleh Aristolte [384-322 S.M] 2, ianya jelas menunjukkan bahawa
1

Kesimpulan kenyataan tersebut berlandaskan penerangan kuliah syarahan ‘Teori Seni Persembahan’ [Jan-Mac
2004] dibawah pensyarah kursus Dr. Ghulam Sarwar.
2
Kesimpulan kenyataan tersebut berlandaskan penerangan kuliah syarahan ‘Estetika Seni Persembahan’ [Jan-Mac
2004] dibawah pensyarah kursus Dr. Ghulam Sarwar.


3

penonton yang menonton tragedi kerana mereka mahu menonton lakonan tragedi
tersebut. Penonton akan mendapat nikmat daripada aktiviti penontonan ini. Penonton
berasa lega daripada kedukaan dan kehampaan setelah meihat kedukaan dan kehampaan
dipentaskan [proses katarsis]. Boleh diperkatakan bahawa seni persembahan drama
adalah satu medium yang mempunyai sesuatu tujuan atau matlamat. Selain berfungsi
sebagai unsur terapi yang berkesan, ia mampu bertindak sebagai medium komunikasi
yang berfungsi sebagai pendidik dan penghibur.

Dalam pada itu, berdasarkan istilah drama di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga
telah mentakrifkan drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di atas
pentas, televisyen, radio, filem dan sebagainya. Hasil kemunculan penjajah barat seperti
pemerintahan Kerajaan British di Tanah Melayu menyebabkan bentuk drama pentas
secara tradisional telah menular ke arah bentuk drama moden terutama melalui
kemasukan kaum imigran oleh pemerintahan Inggeris pada masa itu. Pada tahun 1885,
sebuah kumpulan teater bangsawan telah muncul bernama Pusyi Indera Bangsawan of
Penang yang mana akhirnya membawa lembaran baru terhadap perkembangan drama
Melayu melalui peralihan drama bangsawan ke dalam dunia perfileman di Tanah Melayu.
Dari drama-drama di teater bangsawan, terbit pula pementasan drama ‘Malay’[sia]

moden yang menawarkan pelbagai isu dan tema persoalan realiti manusia ke dalam
ruang ‘fourth-wall’ pentas tersebut. Pada paparan skrin pula, [Syed Halim Syed Nong.
1988:85-91] penerbitan awal drama tv diselenggarakan di studio sementara televisyen
Malaysia, iaitu di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau
menjelaskan lagi drama yang disalurkan ke kotak peti televisyen Malaysia terdiri

4

daripada bercorakkan realistik. Gambaran-gambaran permasalahan dan jalan cerita
adalah realistik atau paling tidak mempunyai asas realisme. Untuk mencapai matlamat
menghibur sambil memberitahu dan mendidik, drama tv perlu mengambil kira
keragaman penontonnya. Oleh kerana penonton adalah dari pelbagai masyarakat, drama
tv terpaksa bersifat naturalistik dan realistik supaya dapat diterima oleh sebahagian besar
penonton. Beliau menambahkan imej yang dipancarkan melalui kaca televisyen adalah
imej yang bersandarkan kepada realiti yakni kepada keadaan yang sedia dikenali
penonton. Begitu juga dengan watak dan perwatakan, kesemuanya ini harus dapat
diterima oleh penonton sebagai wujud atau ‘berkemungkinan wujud’.

Perkembangan industri filem yang bermula awal tahun 1930an, drama-drama
yang diterbitkan ke dalam medium seni filem sehingga kini telahpun memaparkan imejimej dan gambaran penghidupan manusia yang pelbagai. Melalui penghasilan dramadrama yang menggunakan seni filem sebagai media komunikasinya, seseorang pengkarya

serta pelakon itu pasti berusaha merekabentuk atau melakonkan watak-watak manusia
sebaik mungkin. Ini kerana garapan imej-imej manusia [gender] melalui watak dan
perwatakan mereka sudah pasti mempunyai peranan yang mampu menarik perhatian
emosi serta perasaan penonton dalam menghayati perjalanan kehidupan manusia

di

dalam ruang dramatasi tersebut.

Dalam pada itu, drama cereka3 filem ‘Malay’4[sia] bermaksud drama-drama kreatif

yang memiliki cerita yang diklafisikasikan kepada 11 kategori berdasarkan tema-tema
3

Hamzah Hussain. Wartawan dan Tokoh Perfileman. Temubual pada 18 Ogos 2002. Pejabat Pentadbiran FINAS.
Ulukelang. Selangor.
4
Dalam kertas kerja ini ‘Malay’ dikutip dari istilah bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Melayu’ yakni

merujuk kepada bangsa Melayu Islam dan kehidupan mereka di Malaysia.


5

tertentu iaitu drama muzikal, drama hikayat, drama komedi, drama propaganda, drama
bangsawan, drama perang, drama seram, drama sejarah, drama detektif, drama
pengembaraan dan drama kisah masyarakat. Di dalamnya terdapat pengisian naratif
tentang masyarakat Melayu Malaysia [dominan] yang mencernakan tema dan persoalan
kehidupan mereka, sambil disaluti dengan penampilan sinematiknya dengan pemaparan
imej-imej watak lelaki dan watak wanita [terdiri dari pelbagai lapisan usia, peranan,
kedudukan] yang berlatarbelakangkan masyarakat ‘Malay’[sia]5.

Ringkasnya penerbitan filem-filem cereka ‘Malay’[sia] yang ‘mendramakan’
kehidupan para watak manusia di dalam ruang ke ruang bingkai filem, seseorang
pembikin baik dari pengarah, pelakon, pengarah artistik, pengarah lakon layar dan
relevan pasti memaparkan imej-imej maskulin dan feminin sehingga ianya mempunyai
persamaan dengan kehidupan manusia secara realiti. Menurut Radolph Arnheim
[1976:27] menyatakan ‘filem tidak boleh dianggap sebagai satu karya seni selagi ia tidak
memaparkan kebenaran’ jelas menunjukkan sikap tanggungjawab para pembikin filem
untuk mengadaptasikan imej-imej manusia pada ‘kedudukan’ dan ‘pemaparan’ yang
sewajarnya.


Imej dan Gender: Hubungkaitnya dengan peranan Filem sebagai wahana
Komunikasi Massa

5

Dalam kertaskerja ini filem cereka ‘Malaysia’ merujuk kepada filem-filem Melayu Malaysia yang mengadaptasikan
isu–isu persoalan sejagat seperti penderitaan, kegembiraan, percintaan, mengharungi dugaan kehidupan serta lainnya
yakni sama dihadapi oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia secara realiti .

6

Among the various channels of communication with rhetorical functions,
film is the most comprehensive medium. Not only does it use audio
facilities but it also makes good use of visual images that are in motion to
complement narratives, plot, characters and characterizations, and
dialogues. This basic characteristic of film enables it to synchronize sound
with picture and motions thereby creating a ‘live’ event. The ‘moving
pictures’ [Bordwell&Thompson,1986;193] are created in our sences
through the interaction of the technology and mechanism with our

physiological and psychological processes. 6

Filem adalah satu bidang seni persembahan visual yang bersumberkan hiburan,
pengetahuan dan pendidikan yang mana turut menyampaikan mesej-mesej tertentu
melalui penampilan imej-imejnya kepada penonton samada dalam bentuk yang
menghiburkan, menyeronokkan, menghibakan, mencemaskan, mencabar minda atau juga
‘hanya bentuk’ bahan tontonan sahaja. Perihal ini jelas menunjukkan fungsi seni filem
bertindak sebagai medium komunikasi massa dalam memaparkan imej imbasan
kehidupan bangsanya,

memprovokasi minda khalayak ke arah perspektif baru serta

menyampaikan sesuatu mesej kritis kepada khalayaknya. Apabila khalayak memahami
mesej yang disampaikan menerusi imej-imej tertera pada ruang visual filem tersebut
secara tidak langsung khalayak telahpun berkomunikasi dengan para pembikin filem
tersebut. Oleh itu karya-karya seni filem juga mempunyai kaitan rapat dengan para
pengkaryanya yang mengadaptasikan sesebuah skrip ke dalam bentuk persembahan
filem. Para pengkarya mengharapkan sesebuah filem tersebut dapat dikongsi bersama
6


Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim. Jurnal Skrin Fakulti Seni Persembahan UiTM. Vol .1:2004. mls 11

7

untuk dihayati, dimengertikan serta diaspresiasikan segala macam imej-imej kehidupan 7
yang terpancar melalui elemen misc-en-scene filem tersebut bersama-sama khalayaknya.
Ini menunjukkan filem merupakan suatu bentuk komunikasi pembikin filem dengan
penontonnya, yakni melalui pengisian mesej-mesej serta penampilan imej-imej manusia
secara kritis yang dibina untuk diinterpretasikan. Tugas dan tanggungjawab penonton
adalah menyaksikan, mengamati, menghayati dan memahami proses komunikasi lalu
mencernakan wahana filem itu namun tertakluk kepada ilmu pengetahuan, pengalaman
hidup serta sudut-pandang yang tersendiri.

“ The act of seeing a film takes place in the mind. The twenty-four people
mentioned saw the film, but they all perceived and understood the film in
their individual minds”. 8

Sejajar dengan itu, dalam membicarakan hubungan di antara filem dan penonton,
antara aspek yang pasti tidak dapat diperelakkan adalah mengenai maklumbalas atau
kritikan yang bakal diperkatakan oleh mereka yang mempunyai pelbagai perspektif dan
interpretasi yang tersendiri. Ini penting kerana filem bukan hanya berpaksikan kepada
unsur hiburan dan pengajaran semata-mata malahan berupaya membina sesuatu
kebenaran dalam masyarakatnya. Selain menonton filem ianya [penonton] juga
merupakan proses berfikir yang mana minda samada menolak atau menerima imej-imej
7

Menurut pandangan Syed Halim Syed Nong [1988:7-8] mengenai perkembangan dan peranan drama televisyen di
Malaysia telah mentafsirkan bahawa, drama adalah peniruan kepada manusia dan gerak-lakunya. Drama juga adalah
cerminan kehidupan. Sesebuah drama juga boleh ditafsikan sebagai satu refleksi atau imbasan kehidupan. Ianya
menggunakan elemen yang sama; lelaki, wanita, kanak-kanak, gerak-geri dan kata-kata; cahaya dan kegelapan; bunyi
dan kesunyian. Pelakon-pelakon menampakkan kebosanan, kegembiraan, keletihan, keresahan, kecuaian dan lain-lain
lagi yang menyerupai perilakuan harian manusia biasa.
8
Johnson, Ron & Jon. Understanding the film: An Introduction to Film Apreciation. Lincolnwood. National Textbook
Company. 1986. m/s 36.

8

yang dipaparkan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan alasan logik yang tersendiri.
Apa yang pasti penerimaan dan penolakan imej-imej yang ditonton bermula daripada
gerak fikir penonton tersebut. Bagaimana penonton mengolah dan mengadaptasikan
maklumat yang diperolehi bergantung kepada kebijaksanaan pemikiran penonton pada
ketika itu.

Pendekata berasaskan kepada keupayaan manusia memiliki ilmu dan

membuka ruang perbincangan, selagi itu saya percaya pembikin filem perlu merebut
‘ruang’ mencari ‘cause and effect’ naratif drama manakala penonton pula terus berfikir
secara

kritis

mencerna

maklumat

terhadap

imej-imej

yang

‘ditokoktambah’ 9

pemaparannya oleh para pembikin filem tersebut. Maksud istilah ‘ditokohtambah’ yang
dipergunakan dalam perbincangan ini adalah didasari dengan pemahaman aliran
formalisme yang mengganggap gambaran lakonlayar melalui tontonan di layar perak
adalah merupakan pemaparan imej-imej kehidupan manusia yang terhasil melalui
gabungan seni dan realiti dalam persembahan filem. Melalui proses formalistik inilah
saya percaya kehidupan manusia baik kaum lelaki mahupun kaum wanita di dalam ruang
filem tersebut telah disaluti dengan permainan seni [terutama dari segi lakonlayarnya]
sehingga imej-imej watak yang ‘ditokoktambah’ dari pelbagai sudut pandang [gaze] oleh
para pembikin yang dianggap mereka menepati ciri-ciri kehidupan manusia secara realiti.

Sejajar dengan itu, penulis berpendapat filem juga merupakan suatu medium
komunikasi atau terjemahan idea kreativiti bagi satu konsep idea ke dalam bentuk imej
9

Menurut Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim[2004:11] berpendapat bahawa seni filem adalah
berunsurkan ’rhetoric’ [melalui kamus Advanced Learner mentaktrifkan; bahasa yang rumit yang bertujuan
mengkagumkan tetapi seringkali tidak ikhlas, tanpa makna atau diperbesar-besarkan]. Penjelasan mereka seterusnya,
“Thus, our internal process are most active when we watch a movie; this includes interacting with the images on the
large silver screen; selecting; interpreting and assessing them until they become imprints in our minds, thereby
creating images. When these images accumulate over time, they cultivate lasting impressions which interfere in our
constructions of social realities. In other words, like other forms of mass communication, a movie constructs its own
reality and by that nature, creates and promotes certain images about parts of society that deals with. A movie then,
by its very nature, is rhetorical”.

9

atau visual. Apabila kita sebagai penonton memahami mesej dan imej yang disampaikan
serta dipaparkan menerusi filem secara tidak langsung kita telah berkomunikasi melalui
hasil imiginasi kreativiti pengkarya atau pembikin filem tersebut. Ringkasnya seseorang
pengkarya filem berusaha menwujudkan kesempurnaan karyanya yang berupaya
memberi keyakinan dan menyentuh emosi penonton. Sekiranya perihal tersebut berlaku
ianya menunjukkan kebijaksanaan pengkarya filem dalam menyampaikan mesej-mesej
naratif penceritaan serta kejayaannya dalam menampilkan kehidupan manusia yakni
bertautan dengan imej-imej gender [baik bagi kehidupan para watak lelaki dan citra para
watak wanita ] kepada penonton dengan cara yang amat berkesan.

Sementara itu, di dalam kamus

Oxford Advanced Lerner’s,10 istilah gender

dimengertikan sebagai pergolongan kata nama atau ganti nama sebagai maskulin atau
feminin. Pengertian gender menurut kamus ini juga merujuk kepada penggolongan
jantina [sexual classcification]; seks [sex] jantina laki-laki atau jantan dan perempuan
atau betina. Menurut pandangan dari Susan A. Basow [1992:27] 11 mengatakan perkataan
seks merupakan terma biologi yang

memisahkan manusia kepada golongan lelaki

dengan golongan wanita melalui perbezaan sudut organ seks dan faktor gen yang wujud
di antara mereka . Berbeza pula dengan perkataan gender atau jantina yang merupakan
terma psikologikal dan budaya, iaitu merujuk kepada perbezaan ciri, sifat dan
tingkahlaku yang subjektif di antara trait kelelakian seorang lelaki dengan trait

10

.S Horby.Penterjemahan Asmah Hj. Omar. ‘Oxford Fajar: Advanced Leaner’s English-Malay Dictionary’. Penerbit
Fajar Bakti. Shah Alam. 2000. mls 914.
11
Susan A. Basow. Gender Stereotype and roles.[third edition].Brooks/Cole Publication Pasific Grove. California.
1992.

10

keperempuanan seorang perempuan. Pandangan Nasarudin Umar 12 mengenai perbezaan
antara istilah seks dan gender menjelaskan;
Istilah sex (dalam kamus bahasa Indonesia juga berarti "jenis kelamin")
lebih banyak berkonsentrasi kepada aspek biologi seseorang, meliputi
perbedaan komposisi kimia dan hormon dalam tubuh, anatomi fisik,
reproduksi, dan karakteristik biologis lainnya. Sedangkan gender lebih
banyak berkonsentrasi kepada aspek sosial, budaya, psikologis, dan aspekaspek non biologis lainnya. Studi gender lebih menekankan pada aspek
maskulinitas (masculinity) atau feminitas (femininity) seseorang. Berbeda
dengan studi sex yang lebih menekankan kepada aspek anatomi biologi
dan komposisi kimia dalam tubuh laki-laki (maleness) dan perempuan
(femaleness). Proses pertumbuhan anak (child) menjadi seorang laki-laki
(being a man) atau menjadi seorang perempuan (being a woman), lebih
banyak digunakan istilah gender daripada istilah sex.

Istilah sex

umumnya digunakan untuk merujuk kepada persoalan reproduksi dan
aktivitas seksual (love-making activities), selebihnya digunakan istilah
gender.
Berpandukan kepada beberapa pandangan para sarjana, dapat dimengertikan
gender adalah perbezaan jelas antara laki-laki dan perempuan yang dapat diukur melalui
tingkahlaku dan nilai sifatnya. Saya menyimpulkan perkataan gender adalah sebuah
konsep psikologi yang merujuk kepada identiti jantina yang diperolehi secara budaya. Ini

12

Nasaruddin Umar.’Perpekstif Jender dalam Islam’.19 September 2004
http//www.media.isnet.org/islam/Paramadina/Jurnal/Jender1.html.

11

bermakna, gender tidak diukur pada perbezaan antara sifat lelaki dengan sifat kaum
wanita oleh faktor biologikal ataupun sudut karektoristik fizikalnya tetapi ianya lebih
berdasarkan oleh faktor pengaruh budaya ataupun sistem sosial budaya. Pengunaan
istilah gender juga biasanya dipergunakan bagi menunjukkan pembahagian tugas
[aktiviti] yang bertepatan dengan peranan seks [sex-roles] seorang laki-laki dengan
seorang wanita. Ringkasnya melalui kajian-kajian

secara empirikal terutama dari

golongan sarjana barat mengenai sifat lelaki, wanita serta penghidupannya, hasil kajian
didapati telah menunjukkan pandangan stereotaip mengenai perbezaan peranan seks pada
trait- trait wanita yang banyak mempergaruhi penguasaan lelaki secara patriakal 13 di
dalam sesebuah komuniti.

Saya mendapati ahli–ahli sains sosial mendefinasikan

stereotaip peranan jantina [sex role–stereotypes] sebagai pandangan dan kepercayaan
tentang peribadi sesuatu kumpulan itu yang dipupuk secara budaya. Mereka percaya satu
unsur pemikiran secara turun–temurun telah wujud di dalam diri manusia yang
menganggap bahawa segala peranan dan geraklaku seseorang itu mempunyai ketetapan
tersendiri ekoran perbezaan yang terdapat melalui ciri–ciri dan sifat–sifat pada kaum
lelaki dan wanita.

Dalam pada itu melalui pandangan dari Dr Azizah Kassim14 mengenai
pengstereotaipan pembahagian tugas gender,

jelas menunjukkan

proses sosialisasi

13

Melalui pandangan para sarjana, saya mendapati ada bukti secara historikal yang memandang patriaki sebagai ciri
sistem untuk mendominasikan kedudukan lelaki dengan cara mensurbordinatkan kedudukan wanita itu sendiri. Patriaki
telah meletakkan wanita di bawah penguasaan lelaki atau melakukan wanita sebagai lelaki yang ‘inferior’. Kuasa
dijalankan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan biasa dan rumahtangga untuk membatasi wanita. Saya
juga melihat meskipun ada kemajuan demokrasi, wanita masih dikuasai oleh sistem peranan mengikut jantina yang
stereotaip yang dialami oleh mereka sejak kecil.
14
Dr. Azizah Kassim. Wanita dan Masyarakat. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
1985.

12

dianggap salah satu punca kepada pandangan–pandangan mengenai perbezaan peranan
seks yang berlaku di kalangan masyarakat sekeliling . Beliau menyatakan [1985:13-47]

Melalui proses stereotaip seks, telah menjelaskan bahawa proses
sosialisasi ialah proses pembelajaran formal dan tidak formal yang dialami
oleh semua individu dari kecil sampai ketua. Melalui proses ini, individu
yang menyerap ke dalam otaknya semua nilai-nilai yang ada dalam
masyarakat; dan dari sini terbentuklah pendapat dan buah fikirannya
[. . . .]. Proses ini dapat diperhatikan dirumah melalui tingkahlaku orangorang dewasa khasnya ibubapa semasa berinteraksi dengan kanak-kanak.
Bila anak lelaki mahu membantu ibu tugas-tugas didapur, ibu cepat-cepat
menghalau keluar dengan alasan itu bukan kerjanya. Akhirnya bahan
bacaan ini akan menanamkan kepada anak tentang perbezaan antara
bidang tugas dan kerja. Akhirnya proses sosialisasi ini, masyarakat telah
dikumpulkan kategori dan ciri-ciri berkaitan dengan ciri diri masingmasing[. . . ]. Kadang-kadang ciri-ciri ini digeneralisasikan berdasarkan
pengalaman langsung dan ada masanya pula tanggapan ini adalah
berdasarkan pengalaman langsung dan ada masanya pula tanggapan ini
adalah berdasarkan maklumat yang diperturunkan oleh kebudayaan[. . . .].
Implikasinya timbul pandangan bias dan stereotaip dari masyarakat
khususnya kaum lelaki yang beranggapan trait-trait mereka lebih dominan
dan superior dari trait-trait wanita[. . . ].

13

Sekiranya dikajisemula15, pandangan stereotaip seks telah wujud daripada zaman
kanak –kanak lagi dimana seorang kanak-kanak lelaki sering diberikan permainan seperti
bola , kereta mainan dan pistol sementara kanak–kanak perempuan pula akan diberikan
anak patung dan barang–barang kemas tiruan untuk bermain. Begitu juga dengan warnawarna pakaian yang lebih garang dan terang seperti biru, merah, kuning, hijau adalah
sinonim untuk lelaki serta warna-warna lembut merah jambu dan corak bunga-bunga pula
untuk perempuan sahaja. Penulis berpendapat tidak harianlah pandangan–pandangan
sebegini telah bersemi kuat ke dalam ingatan dan jiwa manusia dari kecil sehingga
dewasa di dalam kehidupan mereka. Dan sekiranya kanak-kanak lelaki ini memainkan
permainan-permainan atau corak-corak pakaian yang dipersepsikan sebagai kepunyaan
trait perempuan, masyarakat sekeliling terutama rakan-rakan akan mempertawakan atau
dihukum dengan ejekan atau merendahkan sifat kelakian mereka.

Secara ringkasnya, sistem bersifat kuasa bapa atau lelaki telah wujud apabila
ekspektasi stereotaip yang berbau gender telah tertanam di dalam naluri lelaki dan wanita
semenjak dari zaman pra sejarah lagi. Ia bermula apabila kaum lelaki dilihat di dalam
hierarki sebagai mempunyai kedudukan yang berkuasa dan berpengaruh. Sehubungan
dengan itu, kaum lelaki dipandang tinggi serta dihormati atau didengar manakala kaum
wanita berada dikedudukan bawah serta dikehendaki menurut kata orang lelaki.
Kedudukan yang istimewa ini memberi ruang yang luas kepada kaum lelaki untuk
mengawal maklumat dan sumber maklumat serta proses pembuatan keputusan dan
15

kajisemula adalah bermaksud pengingati kembali pengalaman masa silam saya dan kaitannya proses sosialisasi ini
bersama keluarga, sanak-saudara, jiran sekeliling dan masyarakat keseluruhannya. Perkara ini juga dapat diperhatikan
melalui pengalaman-pengalaman saya sejak kecil lagi telah terdedah dengan pengisian-pengisian drama minggu ini
[RTM] yang telah memaparkan imej-imej kehidupan baik watak lelaki dan watak perempuan [pelbagai lapisan umur]
dengan peranan seks stereotaip sepertimana yang diterangkan oleh Dr. Azizah Kassim.

14

keputusan yang dicapainya Dalam pada itu kaum wanita di dalam sesebuah komuniti itu
pula, pandangan mereka hanyalah berfungsi sebagai surbordinat kaum lelaki secara
sosial, politikal dan ekonomikal sahaja. Implikasinya, atas pengaruh sosialisasi yang
kuat mengenai tingkahlaku lelaki dan perempuan yang dianggap mereka amat berbeza,
akhirnya masyarakat lebih menghargai dan memandang tinggi tingkahlaku yang bersifat
kelakian ekoran anggapan terhadap trait-trait kedominannya. Implikasi terhadap pola
pemikiran tersebut akhirnya telah mencetuskan satu konfliks gender dimana
pengstereotaipan peranan jantina telah jelas membantu penguasaan pada status dan
kedudukan lelaki di pelbagai bidang dan institusi yang dipraktikkan secara sistematik.
Manakala kaum wanita pula mempunyai persepsi bersifat tipikal dari masyarakat sebagai
makhluk yang

16

tidak agresif, tidak suka langsung pada bahaya serta kembara, tidak

yakin langsung pada diri sendiri, sangat teransang dalam krisis yang kecil, sangat suka
pada suasana rumah, sangat suka bergantung pada orang lain, sangat riak dengan
perawakan dan mudah teruja.

Dalam pada itu, konsep imej menurut kamus Oxford Advanced Lerner’s 17 pula
menerangkan imej merupakan gambaran yang meliputi mental, idea atau impressi tentang
seseorang, filem atau produk yang digambarkan oleh orang lain. Imej di dalam kamus ini
juga

membawa

maksud

reputasi.

Pengertian

konsep

imej

dalam

Kamus

Dewan[1981:449] bermaksud gambaran atau tiruan bentuk yang menyerupai sesuatu. Ia
juga bermaksud gambar atau bahan yang telah dicetak, disalin, ditayang atau ditunjuk.
Imej juga membawa pengertian tentang keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu
16

Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and
Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984.
17
A.S Horby.Penterjemahan Asmah Hj. Omar. ‘Oxford Fajar: Advanced Leaner’s English-Malay Dictionary’. Penerbit
Fajar Bakti. Shah Alam. 2000. mls 914.

15

sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Secara
sainstifik, kamus ini mentakrifkan imej merupakan objek atau pemandangan yang
dirakamkan oleh sensor secara optik, elektro-optik, mekanik-optik atau elektronik.
Menurut Robison dan Barlow[1959] dalam petikan penyelidikan ilmiah Mustafa
Ben[1987:8]18, imej adalah satu gambaran mental terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak
dapat dikesani oleh pancaindera, pengolahan semula atau peniruan pengalaman, ataupun
pengalaman beserta dengan perasaan, gambaran semula dalam ingatan atau imiginasi
mengenai hasil-hasil pancaindera, sebagai satu imejan yang visual, boleh dipegang dan
didengar, satu gambaran yang dikikis oleh pemikiran, satu pengkonsepan, satu idea.

Melalui tinjauan ini, dapat dimengertikan pemaparan imej adalah satu gambaran,
cerminan dan tayangan yang bukan sahaja ditujukan kepada tanda-tanda visual tetapi
juga merupakan satu konfigurasi yang kompleks daripada visual, lisan atau tanda-tanda
yang didengari sewaktu proses ini berhadapan dengan pemberi berserta dengan
penerimanya. Imej juga adalah persepsi khalayak terhadap objek, idea dan konsep.
Khayalak mempersepsikan tanda-tanda visual dan juga lisan. Persepsi pula terbentuk
dari pengetahuan, penilaian dan sikap kita terhadap sesuatu objek, idea dan konsep.
Ringkasnya, pemaparan imej di dalam filem adalah tindakan pengkarya mempotreykan
kehidupan imej gender dari segi sikap, tingkahlaku, hubungan kemasyarakatan dan lainlain yang berkaitan dengan sifat peribadi mereka. Melalui penerbitan filem-filem cereka
‘Malay’[sia] inilah imej-imej gender akan ditampilkan bagi mewakili watak dan
perwatakan manusia serta berperanan sebagai perantara antara pengarah dan penonton.

18

Mustafa Ben. Pemaparan imej remaja dalam Azura: satu analisis kandungan dengan ciri-ciri psikologi dan sosiologi
umum serta persepsi para remaja. Kertas Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1987.

16

Sehubungan itu, sentuhan kreativiti pengarah bersama-sama penghayatan permainan
watak-watak oleh para pelakonnya perlu dilahirkan sehingga mereka berupaya
memaparkan imej-imej manusia secara jujur dan benar. Ini kerana watak–watak yang
terkandung di dalam bingkai ruang filem itu dianggap sebagai idiom-idiom gender yang
perlu dipaparkan secara positif, agar penonton yang menyaksikan imej tersebut mendapat
pengajaran atau tauladan daripada peristiwanya. Pendekata, implikasi terhadap imej-imej
watak yang diidolakan oleh para penonton melalui paparan filem itu bakal mencetuskan
satu anjakan paradigma terhadap diri individu itu sehingga bertindak ke arah yang lebih
positif ke dalam kehidupan mereka seterusnya. Sejajar dengan itu, tinjauan mengenai
imej gender di dalam filem perlu diberi perhatian kerana ianya dapat menilai dan
menganalisa pemaparan yang telah ditampilkan oleh para karyawan samada menepati
kehidupan manusia secara realiti atau berbentuk stereotaip semata-mata. Dalam hal ini,
tinjauan terhadap pemaparan imej kaum lelaki dan kaum wanita [meliputi pelbagai
lapisan usia] adalah antara salah satu langkah yang difikirkan amat sesuai bagi melihat
akan peranan dan fungsi kedudukan mereka di dalam sesebuah penerbitan filem cereka
melayu Malaysia. Sebagai manusia yang dianggap mempunyai trait-trait yang bersifat
superior dan dominan serta juga anggapan stereotaipan peranan wanita yang lebih
berbentuk surbodinat, peninjauan mengenai pemaparan imej kaum lelaki dan kaum
wanita [gender film studies] di dalam filem cereka melayu Malaysia dapat dijadikan
ujian untuk meninjau dan menilai samada garapan imej gender tersebut telah atau tidak
diletakkan pada tempat yang sewajarnya. Ianya juga penting bagi memastikan peranan
dan kedudukan

imej gender

tersebut

jelas dipaparkan memenuhi matlamat serta

kehendak dasar-dasar negara Malaysia. Di samping itu, tinjauan mengenai pemaparan

17

imej gender di dalam filem-filem melayu tempatan amat penting dalam usaha untuk
memahami dan mengetahui adakah garapan pada watak-watak ini masih lagi bersifat
tipikal atau telah menjelmakan satu wajah yang lebih rasional yakni bersesuaian dengan
perkembangan dunia sekarang. Filem-filem tempatan juga memerlukan pengkhususan
kajian secara menyeluruh bagi melihat dan menganalisa gambaran-gambaran visual yang
telah dipotreykan kepada para penonton selama ini. Ini kerana wahana drama filem
yang dihasilkan telah memberikan satu refleksi sosial mengenai imbasan sesebuah
masyarakat yang diwakilinya sehingga dapat dikongsi bersama melalui proses
komunikasi massa ke minda khalayak yang terdiri dari masyarakat kontemporari serta
bersifat heterogenues. Melalui pengisian mesej dan penampilan imej yang kreatif serta
kritis, filem cereka Malay[sia] bukan hanya memberi ruang kepada khalayak mengenali
pemikiran, kepercayaan agama, budaya hidup, politik, ekonomi dan pendidikan
masyarakatnya malah dapat mengenali dengan lebih dekat lagi kaum adam dan kaum
hawa serta kaitan dengan penghidupan mereka di layar tersebut.

Secara kesimpulannya, sekiranya wahana filem ini memberikan satu jalinan
komunikasi massa yang jelas menterjemahkan imej mereka [gender] secara stereotaip
atau berbeza dengan kehendak realiti, mereka tahu sejauhmanakah persepsi masyarakat
terhadap kreadibiliti peranan dan keupayaan sifat sebenar mereka. Bagi pihak yang
melaksanakan Dasar Wanita Negara, pemaparan imej lelaki secara konservatif akan
membantutkan usaha perjuangan mereka ekoran pemaparan yang sedemikian
menguatkan lagi tanggapan asal masyarakat tentang kedominan kaum lelaki.

Bagi

khalayak yang terdedah dengan idiom-idiom pendukung watak lelaki dan wanita yang

18

positif [terdiri dari pelbagai budaya, agama dan lapisan umur], saya berpendapat ianya
mampu mencetuskan satu pengaruh atau perubahan baru terhadap peranan serta
kedudukan imej gender dan hubungkait dengan kehidupan manusia di alam realiti.

Menurut Fred J. Jeyes dalam Steve Craig[1992:9]19 yang mengkaji tentang
imej-imej lelaki dalam medium filem telah menjelaskan bahawa kajian
media secara empirikal mengenai pemaparan imej lelaki dan sifat
kelakiannya telah menyuntik satu rancangan baru bagi pembikin filem
untuk menghasilkan imej lelaki yang lebih bersifat kontemporari yakni
bersesuaian dengan proses peredaran masa manusia. Beliau menambahkan
lagi bahawa proses pengkajian empirikal mengenai lelaki dalam media
akan membuka cabaran baru untuk pengkaji media menghasilkan
pembaharuan area kajian lelaki serta menyelamatkan salah satu jalan
penting yang kita kenali sebagai melakonkan watak lelaki ke dunia realiti.

Kaum Lelaki dan Wanita Melayu: Kedudukan dan Peranan Dalam Masyarakat
‘Malay’[sia] serta kaitannya mengikut Perspektif Islam.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke 7 dan 8 masihi oleh kaum
pendagang Islam, telah menyebabkan kaum Melayu di Tanah Melayu telah memeluk

19

Steve Craig. Men,masculinity and the Media. London. Sage Publication. 1992.

19

agama Islam. Aspek agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamaddun
dan masyarakat yang berbilang.

Melalui pandangan saya, Islam telah mengariskan

bahawa Allah S.W.T telah menetapkan bahawa alam semesta ini diserahkan kepada
manusia untuk mentadbirnya.

Oleh itu kaum lelaki dan wanita adalah merupakan

khalifah Allah. Tugas mereka adalah membuat pengurusan dan pentadbiran agar bumi ini
menjadi aman dan damai serta menjalankan peraturannya yang sesuai dengan ketentuan
kitab Al-Quran. Dalam hubungan ini, seorang lelaki mahupun wanita muslim yang
mempunyai kemampuan sihat baik dari segi mental dan fizikal perlu berusaha mencari
nafkah diri serta tidak boleh bermalas–malasan sambil menantikan bantuan orang lain.
Ini bermakna mereka harus mencari pekerjaan yang halal agar rezeki yang diperolehi
mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Kaum lelaki Melayu [Datuk Atondra: 2002] 20 secara keseluruhannya dianggap
sebagai pemimpin dan ketua di dalam masyarakat melayu terutama di institusi
keagamaan dan kekeluargaan. Atas dasar–dasar ajaran Islam yang memberikan
kedudukan dan peranan yang lebih pada kaum lelaki, didapati kedudukan kaum lelaki
Melayu juga sejajar dengan tuntutan agama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
tugas mereka sebagai pemimpin dan penjaga terutama kepada kaum wanita dan golongan
yang lebih lemah dari mereka. Dalam aspek hubungan, didapati Islam lebih
mengutamakan sistem masyarakat yang tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita.
Ini menunjukkan

Islam juga mengiktiraf kedudukan dan peranan kaum wanita di

mukabumi. Dalam kehidupan Islam, wanita mendapat tempat yang mulia kerana peranan
20

Temubual dengan Datuk Mohd.Nordin Abdul Rahman [Atondra], semasa saya mengambil kertas kursus
“penulisan kritis skirn” yang dikendalikan sendiri oleh beliau selaku pensyarah kursus di Fakulti Seni
Persembahan UiTM, 2002.

20

mereka yang penting dalam pembentukan keluarga, masyarakat dan seterusnya negara
Malaysia.

Penafsiran kedudukan sebenar wanita dalam perspektif agama adalah
penting untuk memberi gambaran akan status wanita sebenarnya. Ini
adalah penting bagi menangkis kecenderungan sesetengah pihak untuk
menggunakan agama bagi membuktikan bahawa wanita tidak setaraf
dengan lelaki melalui penafsiran yang banyak dipengaruhi oleh unsurunsur budaya dan prejudis. Agama Islam umpamanya meletakkan wanita
pada kedudukan yang mulia tetapi ada pihak yang sengaja menonjolkan
tafsiran yang memberi gambaran sebaliknya. Islam adalah agama yang
menekankan keadifan dan tindakan golongan yang hanya mengetengahkan
aspek-aspek negatif mengenai wanita dari aspek martabat, hak-hak,
peranan serta tanggungjawab di dalam dan di luar rumah boleh
menjejaskan imej agama Islam yang murni.21

Melalui ikatan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu tradisi [Wan Kadir Yusuf
1990:16]22 masih meletakkan kedudukan kaum lelaki sebagai dominan. Kaum perempuan
yang telah berstatus isteri misalannya perlu dipupuk agar sentiasa menghormati kaum
lelaki terutama kepada suami mereka sendiri. Ini kerana, masyarakat Melayu
menganggap nilai–nilai menghormati para suami oleh para isterinya bukan sahaja
berlandaskan kepada tradisi budaya sahaja malah ianya dituntut oleh ajaran agama.
21

Dasar Wanita Negara. Pelan Tindakan:[ix] Wanita dan Agama. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Malaysia. 16 September. http://www.kpwkm.gov.my/mal/pelantindakan09.shtml.
22
Wan Kadir Yusuf. ‘Hubungan kekeluargaan di dalam masyarakat melayu tradisi. Dewan Budaya keluaran Mei. 1990.

21

Melalui kajian mengenai wanita dan kerjaya oleh Fatimah Abdullah 23 , didapati bahawa
dalam model keluarga tradisional yang menegaskan hubungan kuasa berdasarkan
pemisahan peranan mengikut jantina, kedudukan suami kaum melayu lazimnya
mendominasikan hal–hal yang berkaitan dengan ekonomi dan isu–isu awam, sementara
wibawa kaum wanita melayu pula adalah dalam hal–hal penjagaan anak dan urusan
rumahtangga. Kedudukan lelaki Melayu sewaktu pengagihan tugasan [Dr. Azizah
Kassim.1985:8] pula tidak terikat kepada rumahtangga dan kaum keluarga. Ruang tugas
lelaki adalah ruang umum yakni diluar rumah. Jelasnya lagi, kaum lelaki juga dianggap
golongan usahawan yakni satu ciri yang terdapat di dalam masyarakat tani. Di zaman
pra–industri kaum lelaki Melayu yang meneroka hutan akan membuka tanah untuk
pertanian dan perternakan. Kemudian, apabila tanah sudah diterokai barulah di bawa
isteri dan anak–anak dan terpulanglah kepada mereka samada hendak atau tidak untuk
mengerjakan tanah tersebut.

Dalam pada itu, kedudukan anak lelaki di dalam sesebuah keluarga melayu
tradisi pula dianggap sebagai tulang belakang yang akan menyambung tanggungjawab
dan beban keluarga sebagai penganti bapanya. Manakala peranan anak perempuan lebih
dalam membantu peranan ibu dengan hal-hal ehwal pengurusan dalam rumah seperti
kerja-kerja memasak, mengemas, membasuh atau berkaitan dengan peranan seksnya.
Dalam pada itu, saya percaya seorang anak lelaki dan anak perempuan melayu perlu
diasuh untuk memainkan peranan penting agar

bertanggungjawab menjaga nama

baiknya dan kedudukan sosial anggota–anggota keluarga mereka sepanjang masa. Secara

23

Fatimah Abdullah. ‘Wanita yang bekerja dan pengurusan rumahtangga’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan
Sosiologi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.1987.

22

rasionalnya penyelewengan yang dilakukan di kalangan mereka akan menjejaskan nama
baik sendiri dan tingkahlaku buruk tersebut dianggap ‘sebagai menconteng arang ke
muka’ kepada anggota keluarganya. Perkara ini amat dijaga dan dititikberatkan terutama
bagi sebuah kelompok yang masih mengamal hubungan nilai–nilai tradisi masyarakat
Melayu lama. Begitu juga dalam menjalankan peranan dan tanggungjawabnya terhadap
para ibubapa,

para anak lelaki dan anak perempuan sama sekali tidak dibenarkan

mengherdik ibu-bapa mereka. Sebaliknya, seorang anak lelaki dan perempuan yang
soleh disarankan supaya sentiasa berdoa kesejahteraan ibubapanya, memohon rezeki agar
Allah SWT mengampunkan dosa–dosa mereka serta mengutamakan ibubapanya dalam
urusan–urusan nafkah .

Menurut firman Allah bermaksud ,
‘dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa kamu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-dua
mereka sampai lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan sekali–kali
kamu mengatakan kepada mereka ‘ ah ‘ dan janganlah kamu membentak
mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dan penuh kesayangan dan
ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana
mereka memeliharaku semasa kecil . ( Surah Al Israa’, 23 dan 24 )

23

Di dalam konsep keluarga dual career,

hasil kajian24 telah menunjukkan

penglibatan suami melayu dalam tugas–tugas domestik adalah masih rendah. Hasil kajian
menunjukkan kebanyakkan kerja rumah seperti menyediakan susu pada waktu malam
dan memberi makan anak secara keseluruhan dilakukan sendiri oleh para isteri. Namun
begitu, kajian ini juga telah membuktikan terdapatnya

amalan seseorang

suami

berketurunan melayu membuat kerja–kerja menukar lampin anak pada waktu malam,
menidurkan anak dan mengasuh atau bermain dengan anak–anak yang dilaksanakan
bersama isteri mereka. Di samping itu terdapat bukti menunjukkan peranan seseorang
suami yang lebih menumpukan perhatian kepada kerja–kerja rumah25 seperti membeli
barang–barang makanan, menjaga kereta, membayar bil–bil [letrik, air dan telefon],
membersihkan kawasan luar rumah dan membawa anak ke klinik apabila mereka sakit.
Kajian tersebut juga telah menunjukkan kaum lelaki melayu yang masih mengamalkan
konsep tradisi di dalam rumahtangganya, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya
dalam menentukan nafkah isteri dan anak–anak mengikut keperluan masing–masing. Ini
bermakna, sebagai penyumbang utama ekonomi keluarga, seorang suami itu haruslah
memberi perbelanjaan kepada isterinya yang tidak bekerja bagi membiayai hal–hal yang
bersangkutan dengan urusan kewangan keluarganya 26. Perihal ini amat berbeza dengan
kedudukan suami melayu yang mengamalkan dual career di mana tanggungjawabnya

24

Yahaya Muhammad & Maimunah Hj. Muhammad. ‘Tekanan dikalangan isteri-isteri melayu bekerja;satu pendekatan
psikosiologi’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.1987.
25

Bagi tanda pada perkataan-perkataan yang digaris, ianya menunjukkan bukti terdapatnya ‘crossing gender’ telah
berlaku. ‘Crossing-gender disini bukan bermakna menukar jantina tetapi memainkan peranan dan tanggungjawab yang
selama ini dianggap kepunyaan golongan wanita secara budaya.
26

Berpandukan kajian ini, kes terdekat yang dapat menyokong dapatan tersebut adalah melalui pengamatan
kehidupan abang saya sendiri bersama keluarganya [4 orang anak bersekolah] yang kini bertugas sebagai
Pembantu Tadbir N7 di Jabatan Bekalan Air Malaysia di Taiping, Perak. Atas peranan isterinya sebagai
surirumahtangga sepenuhmasa, beliau perlu menjalankan kerja-kerja sampingan [sehingga lewat malam]
selepas waktu pejabat bagi menambahkan sumber pendapatan dan pembiayaian pengajian 4 orang anaknya.

24

dapat diringankan melalui bantuan pekerjaan isteri . Oleh itu, pengamalan dual career
berupaya membantu meringankan tugas seseorang suami itu untuk mengemudikan
pelayaran rumahtangganya ekoran tindakan isterinya yang bekerja .

Dalam pada itu, kajian ini telah menunjukkan terwujudnya dilemma
‘pengiktirafan’ kaum suami dan ‘kelakian’ mereka apabila ada di kalangan sikap isterinya
yang mempunyai keinginan ke arah ekualistarianisme. Apa yang dapat saya pastikan
ianya bersangkutan dengan ‘harga diri’ sebilangan para isteri yang telah mempunyai
pekerjaan dan berpangkat di dalam sesuatu jawatan,

mereka merasakan kedudukan

mereka di dalam keluarga adalah seiring dengan peranan yang dimainkan oleh suami
mereka. Implikasinya telah menyebabkan tercetusnya pergeseran pendapat dan
pandangan dikalangan mereka ekoran timbulnya ‘agosentrik’ di dalam mempertahankan
sesuatu perkara.

Hal ini sedikit sebanyak telah mencabar dan mengugut kebolehan

seorang suami sehingga di satu tahap mereka menyedari tiada rasa hormat atau
pengiktirafan diri dari seseorang isteri terhadap kedudukan mereka di dalam rumahtangga
Kajian ini jelas bercanggah dengan saranan Islam yang menggalakkan seseorang suami
atau isteri perlu bermusyuawarah terlebih dahulu sebelum kataputus mengenai sesuatu
perkara itu dilakukan . Berpandukan pandangan mengenai penghidupan lelaki soleh
mengikut perspektif Islam oleh Md Isa Selamat 27, didapati antara perkara yang perlu
dijaga oleh pasangan suami isteri ketika bermusyuwarah atau berbincang, mereka perlu
memberi ruang di antara satu sama lain untuk memperdengarkan dahulu buah fikiran
yang diilhamkan di antara mereka. Ini jelas menunjukkan, Islam menuntut pasangan
suami isteri tersebut tidak mengamalkan sikap ego dengan dapatan sendiri tetapi perlu
27

Md Isa Selamat. Lelaki Soleh, kedudukan dan keperibadian serta peranannya. Kuala Lumpur. Darul Nu’man. 1996.

25

menerimanya apabila ternyata pendapat yang benar itu berada di pihak antara isteri atau
suaminya.

Perkara ini jelas menunjukkan Islam adalah agama yang

sentiasa

menyarankan para suami-isteri mengamalkan kehidupan berkonsepkan sebagai seorang
sahabat serta kekasih, bukan berlandaskan seseorang khadimah ataupun hamba.

Berpandukan terhadap pandangan Dr. Mohd Fadzillah Kamsah28 mengenai
kehidupan lelaki dalam sebuah komuniti, didapati masyarakat Melayu lebih ‘mudah
memaafkan’ kaum lelaki sekiranya mendapati melakukan kesalahan malah ianya dilihat
sebagai salah satu yang ‘wajar’[satu perkara biasa atau lumrah sifat]. Namun jika wanita
yang membuat kesilapan ianya sukar dimaafkan oleh kelompok tersebut. Selanjutnya,
apabila berlaku perceraian di kalangan keluarga melayu, kebiasaannya masyarakat lebih
menuding jari kepada kesalahan yang diperlakukan oleh para isteri dari suaminya .
Secara ringkasnya, anggapan stereotaip terhadap trait-trait seseorang lelaki itu yang
dikatakan bersikap agresif dan cepat panas29, masyarakat umum kebiasaannya akan
meminta anggota masyarakat memaafkan perbuatan mereka dan menganggap kesilapan
yang dilakukan oleh mereka sebagai satu kelemahan dan lumrah sifat kehidupan lelaki.
Mengikut pandangan Islam oleh Abd. Mohd Jibrail30 [1990:15-30] menyatakan kaum
lelaki dan kaum wanita adalah sama dalam martabat yakni baik tentang hak dan
kewajiban mereka dalam segi–segi yang bersifat keagamaan dan kemanusiaan. Namun
begitu menurut firman Allah SWT bermaksud,

28

29

30

Dr. Mohd Fadzillah Kamsah. ‘Masyarakat mudah memaafkan kaum lelaki’. Majalah Keluarga keluaran
September.1999.
Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and
Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984.
Abd. Mohd.Jibrail. Lelaki soleh, martabat dan diantara perwatakan serta sifat-sifatnya. Pustaka Al-Ansar. Petaling
Jaya. 1990

26

“dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya
dengan cara yang makruf. Akan tetapi para lelaki mempunyai satu darjat
tingkatan dari wanita“
( Surah Al-Baqarah , 2 : 228 )
Oleh itu menurut pandangan dan tafsiran para ulamak, beliau menjelaskan ayat ini
merupakan dalil yang menghancurkan konsep teori secara tradisi yang memberi hak
kepada kaum lelaki untuk berlaku sewenang-wenangnya, melampaui batas,
bertindak kejam terhadap kaum wanita yang lemah, dengan perlakuan yang buruk
dan jahat terhadap diri, harta dan anak–anak mereka. Perkataan ‘darjat’ ini
ditafsirkan dalam firman Allah bermaksud ,

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah
telah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain
(wanita) dan kerena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari
harta mereka.
( Surah An-Nisak, 4: 34 )
Oleh itu maksud ‘darjat’ dalam perspektif Islam oleh para ulamak, beliau menjelaskan
bahawasanya yang berhak tampuk kepimpinan, penguasa dan pemelihara bagi kaum
wanita adalah lelaki. Ini kerana kaum lelaki mempunyai kelebihan di atas kaum wanita
yang terbukti dengan pengkhususan tugas kenabian dan kerasulan kaum lelaki.
Ringkasnya, Islam telah menyatakan