Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ Suaian

Thursday, 5 June 2014

Advertisement

Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian

Not Found
Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani
Suaian
Infrastruktur dan Tenaga Pengajar
1.1 Infrastruktur
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003), infrastruktur
ialah struktur asas
sesuatu sistem atau kemudahan
serta perkhidmatan asas. Manakala, Associated General of
America(ACGA) pada tahun 1982 mengklafikasikan
infrastruktur sebagai suatu bentuk sistem kemudahan awam
yang menyediakan pembinaan perkhidmatan keperluan asas
yang penting untuk manusia memeruskan hidup.
Maka, dalam
penyampaian ilmu dan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pendidikan jasmani suaian, infrastruktur
memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan
setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif yang dikehendaki.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti fizikal yang terkandung
dalam kurikulum pendidikan
jasmani suaian. Setiap
aktiviti memerlukan infrastruktur yang bersesuaian agar
aktiviti boleh dilakukan dengan keadaan baik yang paling
maksimum. Terdapat aktiviti yang memerlukan murid-murid
melakukannya di padang, gelanggang, kolam renang, tasik,
gimnasium, bilik aerobik, kelas dan sebagainya. Kesemua
tempat yang dinyatakan itu merupakan infrastruktur yang
perlu disediakan dan diwujudkan dalam penyampaian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang mungkin melibatkan
kemahiran dan juga permainan. Antara kategori kemahiran
dan permainan dalam aktiviti fizikal untuk pendidikan
jasmani suaian ialah :Permainan padang dan trek – larian, lontaran, lompatan
Permainan melibatkan bola – bola keranjang, bola tampar,


5 Nota Paling Hots

Cara memotivasikan murid dalam
bilik darjah
Cara memotivasikan murid dalam
bilik darjah Definisi Motivasi
Motivasi boleh didefinasikan
sebagai kemahuan dalam diri
seseorang untuk mela...
Soalan latihan PJM 3106 anatomi
dan fisiologi
Soalan latihan untuk PJM 3106
anatomi dan fisiologi. Sesuai
digunakan untuk buat ulangkaji.
Perlu diingat ini bukan soalan
ramalan tetapi b...
Modul PJM3112
Download modul PJM3112 di sini.
Kandungan : 1. PENGENALAN KEPADA

PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN SUKAN 2. REKREASI DAN
KESENGGANGAN 3....
Ulasan Jurnal Pendidikan Jasmani
Suaian #2
Tajuk Artikel : Program
Intervensi Kemahiran Membaling
Bola Terhadap Pelajar Autisme
Sekolah Menengah : Satu Kajian
Kes Penulis : Tan Teck B...
Ulasan Jurnal Pendidikan Suaian
#1
Bagi melaksanakan tugasan
membuat ulasan jurnal yang saya
bacaan, saya memilih artikel
yang berkaitan dengan
pelaksanaan pengajaran dan
pem...

hoki, bola sepak, bola jaring dan lain-lain.

Gimnastik – memusing, gulingan, melompat, memanjat,
bergayut
Permainan menguji kekuatan – menolak, menarik,
keseimbangan, rintangan
Permainan melibatkan kerjasama – aktiviti yang melibatkan
perlakuan secara beramai-ramai atau berkumpulan
Permainan orientasi dan persepsi ruang – aktiviti yang
berkaitan dengan arah (dalam, luar, belakang, depan,
kanan, kiri) dan aktiviti yang menggunakan ruang sebagai
medium untuk mekakukan aktiviti fizikal
Permainan melibatkan imaginasi – pembinaan blok,
penyusunan objek pelbagai bentuk dan saiz
Akuatik – kemahiran-kemahiran dalam renang
Pergerakan asas – menggunakan skaf, riben, belon, gelung,
tali, cermin dan lain-lain.
1.2 Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar merupakan orang atau individu yang
bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu dan maklumat apa
yang ingin diajar kepada murid-murid kurang upaya bagi
subjek pendidikan jasmani suaian. Dalam erti kata lain,

tenaga pengajar pendidikan jasmani suaian ialah guru yang
berperanan untuk membimbing murid-murid tersebut dalam
melakukan aktiviti yang telah dirancang dan cuba mencapai
objektif yang telah ditetapkan dan cuba membantu mereka
melakukan aktiviti fizikal pada tahap yang paling
maksimum. Tenaga pengajar merupakan tunjang kepada
kejayaan pencapaian seseorang murid itu kerana mereka
memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan
murid-murid dapat melakukan setiap aktiviti dengan baik.
Menurut Carlise dan Philip (1984), guru pendidikan jasmani
suaian perlu mempamerkan tingkah laku yang baik dan
mempunyai kemahiran yang sangat baik untuk menjadi seorang
tenaga pengajar yang efektif. Setiap perlakuan guru akan
mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar. Perlakuan
tersebut boleh dilihat dan dinilai secara lisan dan bukan
lisan. Murid akan melihat setiap perlakuan guru dan cuba
memberi respon berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka.
Menurut Suomi, J., Collier, D., & Brown, L. (2003),
seorang guru pendidikan jasmani ialah seorang yang
berperanan sangat penting dalam mempengaruhi kehidupan

sosial muridnya melalui pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas pendidikan jasmani. Seorang tenaga pengajar yang
baik turut memiliki tingkah laku yang baik. Antara tingkah
laku atau ciri-ciri seorang tenaga pengajar pendidikan
jasmani suaian yang baik ialah :
Ciri-ciri
Mempunyai

Penerangan
suara

yang jelas

Guru harus mempelbagaikan ton, kekuatan
dan nada suara agar murid-murid tidak mudah
teralih perhatian.Guru boleh bercakap perlahan
dan kemudiannya kuat untuk menarik minat
murid mendengar isi pengajaran dan arahan
yang diberi


Mempunyai

eye

contact

Lirikan mata memainkan peranan dengan cara
guru boleh melihat murid secara menatap dari
mata

ke

mata,

bercakap

tanpa

melihat,


bercakap dengan melihat ke atas dan ke
bawah

atau

mempelbagaikan

aksi

mata

dengan mengecilkan atau membesarkan mata
ketika bercakap
Menggunakan bahasa

Seorang guru pendidikan jasmani suaian

Blog Archive
Blog Archive


Google+ Followers

badan (body language) banyak

melakukan

demonstrasi

dan

melibatkan pergerakan badan. Selain itu, guru
juga boleh mempelbagaikan aksi pergerakan
tubuh badan ketika melakukan penerangan
agar setiap isi pengajaran tidak disampaikan
secara membosankan
Menunjukkan

mimik

Guru perlu menunjukkan mimik muka yang


yang

menyeronokkan agar murid-murid turut berasa

muka
bersesuaian

seronok untuk mempelajari isi pengajaran dan
melakukan

aktiviti

Murid-murid

fizikal

akan

yang


dirancang.

melakukan

aktiviti

bersungguh-sungguh dengan tunjuk ajar yang
diberi oleh guru
Memberi

maklum

balas atau respon

Seorang

guru

PJ

suaian

haruslah

peka

terhadap muridnya. Guru haruslah memberi
respon dan maklum balas terhadap setiap
usaha yang dilakukan mereka agar keyakinan
diri mereka dapat ditingkatkan. Maklum balas
terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Diskriptif (general)
Contoh : Bagus!, Kamu boleh buat!, Sikit
saja lagi!.
b) Presriktif (spesifik)
Contoh : Ikut lajak!, Pindahkan berat
badan!, Pusing ke arah kanan!, Guna
kekura kaki untuk menendang!

Memberi galakan dan

Guru harus bijak dalam menambat hati murid

motivasi

agar mereka berasa diri mereka dihargai. Guru
perlu memberi galakan yang positif agar agar
murid-murid yang lemah tidak berasa rendah
diri dan murid-murid yang mahir berasa usaha
mereka diberi perhatian dan penghargaan.
Contoh: Jangan mengaku kalah!, Usaha lagi!,
Kamu pasti boleh lakukannya! Bagus! Baik!
Kamu ada peningkatan!

Penyabar

Guru PJ suaian harus mempunyai kesabaran
yang tinggi kerana murid-murid kurang upaya
mempunyai pelbagai jenis kerenah yang di luar
dugaan. Setiap kerenah haruslah ditangani
dengan bijak dan cuba sedaya upaya untuk
menarik minat mereka melakukan aktiviti.
Guru juga perlu bersabar dalam memberi
penerangan

kepada

murid

bagi

setiap

permainan dan aktiviti yang dilakukan dengan
mengulang setiap peraturan berulang kali
setiap hari agar mereka lebih memahami dan
mengingati setiap peraturan yang dinyatakan.
Peka

Guru PJ suaian juga harus peka terhadap
masalah yang dihadapi oleh murid supaya
guru sentiasa bersedia dengan

sebarang

kemungkinan. Mereka yang bekeperluan khas
ini mempunyai pelbagai jenis masalah maka
guru perlu mengambil tahu setiap kecacatan
dan kekurangan mereka. Contoh : guru harus
memerhatikan

murid

yang

mempunyai

masalah sawan semasa melakukan aktiviti.

Guru juga perlu peka terhadap kelebihan atau
kekurangan kemahiran motor murid serta
prestasi murid agar setiap kekurangan dapat
diperbaiki dari semasa ke semasa.
Kreatif

Guru PJ suaian perlu bersikap kreatif dengan
mempelbagaikan jenis permainan agar murid
tidak berasa bosan. Walaupun kemahiran yang
diajar

adalah

sama,

tetapi

guru

boleh

melakukannya dengan memberi murid merasai
dan

melakukan

kemahiran

dalam

bentuk

permainan yang berlainan.
Guru

juga

peralatan

boleh

atau

mempelbagaikan

mengubah

suai

jenis

peralatan

mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi
oleh murid (tetapi aspek keselamatan harus
diutamakan). Contoh 1: Guru ingin mengajar
kemahiran

membaling.

mempelbagaikan

Guru

jenis

boleh

objek

iaitu

menggunakan belon, bola kecil, bola besar,
bola bewarna-warni (pelbagai jenis warna),
bola ringan dan sebagainya. Contoh 2: Guru
boleh mengubah suai kayu atau bet sofbol
dengan menggantikannya dengan gulungan
surat khabar lama, dahan pokok, bet kecil dan
lain-lain.
Guru

juga

peraturan

perlu
agar

bijak

dalam

murid-murid

mengubah

tidak

berasa

tertekan untuk terus mencapai tahap yang
tinggi.

Guru

boleh

mengubah

peraturan

mengikut kebolehan murid
Guru

juga

boleh

mempelbagaikan

gaya

pengajaran agar murid-murid sentiasa berasa
seronok dan tertarik untuk mempelajari setiap
kemahiran yang diajar dengan lebih mendalam
Membuat

rekod

/

penilaian

Guru PJ suaian perlu membuat pemerhatian
terhadap

perkembangan

murid-murid

agar

setiap peningkatan dan perkembanagn murid
dapat dilihat dan dianalisis dari semasa ke
semasa. Murid yang lemah perlu dibantu dan
murid

yang

bagus

perlulah

diberikan

penambahan kepada kemahiran.

Seorang guru pendidikan jasmani suaian yang bagus dan
efektif mempunyai 3 kebolehan iaitu pengetahuan, kelakuan
dan persembahan kemahiran. Berikut ialah langkah-langkah
dan peringkat pengajaran bagi seorang tenaga pengajar atau
guru pendidikan jasmani suaian:
2. Perkembangan Murid
Perkembangan murid ialah perkara terpenting dalam
memastikan pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sesuatu kemahiran atau permainan. Tujuan utama seorang
guru merancang aktiviti adalah untuk memastikan murid
berusaha untuk menggunakan anggota badannya secara
maksimum agar otot-otot dapat dikembangkan dan diaktifkan
secara betul.
Maka, setiap aktiviti yang dipilih akan melihat

perkembangan murid daripada aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosialnya. Semua aspek yang dinyatakan perlu
diambil kira agar aktiviti yang bersesuaian boleh
dirancang untuk mereka. Tidak semua murid mempunyai tahap
perkembangan yang sama dan seimbang. Tambahan pula,
kekurangan dan kecacatan mereka berlainan antara satu sama
lain. Guru perlu meneliti setiap murid dan mengambil tahu
setiap perkembangan murid-murid berdasarkan semua aspek
yang dinyatakan. Tetapi, sebagai guru pendidikan jasmani,
guru perlu tahu fokus utama aktiviti fizikal dilakukan
adalah untuk memperkembangkan aspek fizikal mereka
semaksimumnya. Tetapi dalam masa yang sama, aspek-aspek
lain tidak dilupakan.
Semua aspek yang dinyatakan perlu wujud agar murid kurang
upaya juga dapat menjadi insan yang harmonis dan seimbang
selaras dengan matlamat dan falsafah yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
2.1 Jasmani
Memandangkan murid-murid keperluan khas mempunyai pelbagai
kekurangan dan masalah, guru perlu mengubah rancangan
pengajaran bagi aktiviti fizikal kepada yang lebih mudah.
Guru juga perlu sentiasa memerhatikan murid-murid ketika
mereka melakukan aktiviti. Guru perlu memastikan muridmurid melibatkan diri, bekerjasama antara rakan sebaya dan
mewujudkan suasana yang positif. Bagi memastikan kemahiran
dan perkembangan fizikal mereka dapat ditingkatkan, guruguru boleh :

Mengubah suai permainan kepada aras yang lebih
rendah tetapi masih boleh memberi cabaran kepada
seisi kelas. Contoh: gunakan belon sewaktu
melakukan aktiviti menggelecek atau menendang
kepada murid yang mempunyai masalah lembam atau
masa tindak balas yang sangat lemah.
Mengubah suai peraturan tetapi masih mengekalkan
konsep aktiviti yang sama. Contoh: ubahkan posisi
biasa dalam permainan bola tampar seperti memberi
arahan kepada murid untuk duduk ketika bermain
maka semua murid boleh terlibat
Memberi kesenangan dan memudahkan murid-murid yang
tidak mampu melakukan pergerakan yang banyak
dengan mengecilkan saiz kawasan bermain dan juga
mengecilkan saiz kumpulan yang terlibat.
Sekiranya murid mengalami kecacatan atau masalah
pada bahagian kaki, pastikan dia menggunakan lebih
lengan dan tangannya. Contoh : benarkan murid
tersebut melakuakan ‘tendangan ke dalam’ bagi
futsal dengan menggunakan tangan.
Tentukan posisi murid mengikut kebolehan mereka.
Contoh: murid yang bergantung pada kerusi roda
bertindak sebagai pitcher dalam sofbal, penjaga
gol bagi bola sepak dan foul shooter dalam bola
keranjang.

Kesemua perkara di atas merupakan sebahagian daripada
aktiviti yang boleh meransang perkembangan fizikal muridmurid. Pendidikan jasmani suaian bertindak sebgai medium
untuk mereka memaksimumkan penggunaan anggota fizikal
mereka dan menggunakannya dengan cara yang betul.
2.3 Emosi
Guru perlu memainkan peranan dalam membina perkembangan
emosi yang selamat bagi murid-murid. Pembinaan natural-

gender murid-murid perlu dibina daripada aspek :2.4 Keyakinan diri
Aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian tahap murid
yang terlibat. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti
tersebut mampu membina keyakinan diri murid-murid untuk
bertindak seperti individu yang normal. Mereka juga boleh
melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berenang,
bermain bola sepak, bermain bola tampar, berkayak dan
sebagainya tetapi mengikut cara yang sewajarnya.
Murid-murid juga dapat mengasah potensi dan kebolehan yang
terdapat dalam diri mereka dan disalurkan dengan cara yang
betul. Mereka juga dapat melaksanakan aktiviti atau rutin
harian mereka dengan menggunakan segala kekurangan mereka
sebagai suatu kelebihan. Contohnya : murid yang kudung
mampu menggunakan kaki untuk menulis
2.5 Motivasi
Apabila mereka sudah mempunyai tahap keyakinan yang baik,
mereka juga sudah mampu memotivasikan diri sendiri. Mereka
akan melakukan setiap perkara dengan besungguh-sungguh.
Bukan setakat memotivasikan diri sendiri, malah mereka
boleh juga memotivasikan rakan-rakan yang lain.
2.6 Daya usaha
Sekiranya mereka sudah boleh memotivasikan diri sendiri,
mereka pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai sesuatu perkara atau kemahiran yang diajar kepada
mereka. Mereka akan berlatih untuk memahirkan diri dan
memantapkan kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat
menggunakan segala kemahiran tersebut dengan cara yang
betul
2.7 Rohani
Setiap apa yang diajar kepada mereka, perlu diselit unsurunsur atau nilai-nilai murni agar segala perkara positif
dapat diterapkan ke dalam diri mereka. Guru boleh
menerapkan nilai kesyukuran kepada mereka walaupun mereka
dilahirkan dan ditakdirkan untuk mempunyai kecacatan dan
kekurangan, mereka harus bersyukur kerana masih mampu
hidup dna menjalani kehidupan seharian dengan baik.
Mereka juga perlu diterapkan dengan nilai menghargai,
menghormati, membantu orang lain dan lain-lain.
2.8 Intelek
Selain daripada aspek fizikal atau jasmani, aspek kognitif
turut dititik beratkan dalam perkembangan murid-murid
ketika melakukan aktiviti dalam pendidikan jasmani suaian.
Hal ini kerana sebelum melakukan apa-apa perkara, mereka
akan menggunakan otak untuk berfikir seterusnya melakukan
tindakan. Maka, penjanaan intelek dan minda yang cerdas
datangnya daripada badan yang cergas. Oleh sebab itu,
murid melakukan aktiviti fizikal untuk mengoptimumkan
kecergasan dan secara tidak langsung menjana minda yang
cerdas. Murid-murid mampu berfikir secara kritis dan
menjana kemahiran berfikir mereka. Secara tidak langsung,
mereka juga mampu menganalisis setiap perkara yang diajar
ketika aktiviti fizikal dilakukan. Contohnya: kenapa saya
tidak dapat melakukan kemahiran memukul dalam hoki tepat
mengenai sasaran? Murid akan menganalisis dan mengesan
kelemahan sendiri.
2.9 Sosial
Menurut Block dan Conatser (1999), interaksi sosial antara
murid agak mencabar kerana mereka kurang berkomunikasi
dengan rakan sebaya. Guru perlu memainkan peranan yang
sangat penting dalam memastikan pergaulan sosial mereka
dapat ditingkatkan dengan melibatkan aktiviti secara

berkumpulan agar mereka lebih bergaul dengan rakan-rakan
sebaya. Mereka akan mengenali sifat tanggungjawab terhadap
orang lain pada ketika ini. Mereka akan melakukan aktiviti
secara berpasangan atau berkumpulan. Pada masa itu,
kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri mereka dan
menghormati orang lain.
3. Peralatan dan Kemudahan
Setiap aktiviti fizikal yang dirancang pasti ada
menggunakan peralatan dan kemudahan tertentu sebagai
alatan yang membantu kepada pencapaian objektif
pembelajaran. Peralatan memainkan peranan yang sangat
penting dalam memastikan aktiviti fizikal setiap murid
dapat dilakukan secara maksimum. Semua permainan mempunyai
peralatannya yang tersendiri. Tetapi, oleh sebab muridmurid yang mempelajari pendidikan jasmani suaian ialah
murid-murid kurang upaya, peralatannya juga ada yang telah
diubah suai mengikut tahap kelemahan dan kekurangan
individu.

Jenis kecacatan/kekurangan

Peralatan yang Digunakan

Buta

Bola yang mempunyai loceng

Buta

Velkro

Kecacatan fizikal (kaki)

Tiang gol pintu yang lebih luas
(penyerang)

Kecacatan fizikal (pakai kerusi

Tiang gol yang lebih rendah

roda)

(penjaga gol)

Autisme

Bola yang bewarna – warni (menarik
perhatian)

Pekak

Semua

peralatan(tetapi

diselitkan

dengan isyarat tangan dan mimik
muka)
Jadual : Jenis Kecacatan dan Peralatan yang Sesuai
Digunakan Mengikut Kecacatan
Peraturan /

Sempadan

Tempoh /

Isyarat

/ Kawasan

Masa

Tindakan

Padang
Demonstrasi

Kurangkan
jarak

Pelbagaikan

Ubah suai

kelajuan

corak
pergerakan
lokomotor

Menerangkan
peraturan
berulang
kali

Gunakan
sempadan
dan tanda

Perlahankan

Ubah suai cara

perjalanan

memegang

aktiviti

bola/kayu/

yang

apa-apa sahaja

mudah
dilihat
Tidak
mementingkan
tempoh masa

Gunakan

Panjangkan

Mengurangkan

tanda

masa (ikut

perlakuan dan

kesesuaian)

tindakan

Pendekkan

Menggunakan

masa

bahagian-

(ikut

bahagian

yang
bentuknya
mudah
dilihat
dan
dikenal
pasti

Menggunakan
bib atau
riben (warna

Sesuaikan
diri
dengan

mengikut

kawasan

pembahagian

bermain

kesesuaian)

anggota badan
yang berlainan

kumpulan)
Murid yang
sangat
kurang upaya

Kecilkan
saiz
kawasan

berada

Sediakan

Mempelbagaikan

waktu rehat

kemahiran

secara

untuk semua

berkala

anggota badan

berhampiran
guru
Jadual : Peraturan, Kawasan, Masa dan Tindakan untuk
Aktiviti

Bola Keranjang
·

Gunakan pelbagai jenis bola

Golf
·

(saiz, berat, tekstur, warna)
Benarkan menggelecek
menggunakan kedua-dua

besar
·

Abaikan arahan 3 saat

·

Gunakan tiang gol yang
rendah dan gol yang besar

·

Perlahankan kelajuan

·

Jika murid menggunakan

Gunakan bola bewarna-warni
dan besar

·

Praktis tanpa bola

·

Gunakan tee untuk setiap
pukulan

permainan
·

Gunakan club yang pendek /
ringan

tangan
·

Gunakan club dengan kepala

·

Pendekkan jarak pukulan/
sasaran

kerusi roda, benarkan dia
memegang bola atau
meletakkan bola di peha
ketika dia hendak
memusingkan kerusi
·

Gunakan bola yang bergetar
dan letakkan radio di bawah
gol untuk murid yang cacat
penglihatan

Bola Sepak
·

Berjalan sebagai pengganti

Sofbol
·

berlari
·

tangan valkro
Gunakan bet yang besar /

Wujudkan sempadan atau

kecil

tanda yang mudah dilihat
·

·

·

Gunakan batting tee

kawasan bermain

·

Kurangkan jarak base

Permainan 6 sebelah

·

Pendekkan jarak untuk

Kurangkan keluasan

Jika murid menggunakan

pitching

kerusi roda, benarkan dia

Shorten the pitching distance

memegang bola atau
meletakkan bola di peha

·

Jika murid menggunakan
kerusi roda, benarkan dia

ketika dia hendak

memukul bola off ramp, off

memusingkan kerusi
·

Gunakan bola dan sarung

lap, or from tee

Sasaran yang disediakan

Sediakan rakan untuk

mesti berbunyi bising sebagai

membantu

tanda atau menyenangkan
murid yang cacat penglihatan

·

Murid yang benar-benar
kurang upaya bermain posisi
biasa.

Bola Tampar
·

Gunakan bola yang besar,

Tenis
·

ringan, lembut dan berwarna
cerah
·

atas
·

Benarkan murid melambung
dan

·

mengumpan sendiri bola

·

Rendahkan jaring

·

Kurangkan saiz dan keluasan
gelanggang

·

·

·

Gunakan raket yang
kepalanya luas

·

Bola dipukul perlahan

·

Rendahkan jaring atau tidak
menggunakan jaring

·

Benarkan servis pendek

·

Berdiri berhampiran net ketika
servis

·

Tidak perlu berada di petak
servis untuk melakukan servis

Biarkan bola melantun
dahulu

Gunakan raket yang pendek
dan ringan

Berdiri dekat dengan net
ketika servis

·

ringan

Benarkan murid menangkap
bola pengganti menyangga

Gunakan bola yang besar dan

·

Meminta bantuan rakan untuk
memberi arahan.

4.

Persekitaran Budaya dan Tempat

4.1 Persekitaran Budaya
Persekitaran budaya merujuk kepada suasana sesuatu gaya
hidup, adat dan tamadun sesebuah kawasan. Budaya juga
sering dikaitkan dengan corak atau rutin kehidupan
seharian, adat resam sesuatu agama dan bangsa. Setiap
budaya diamalkan berbeza mengikut agama masing-masing.
Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis
bangsa dan kaum, maka pelbagai budaya wujud di negara
kita. Jadi, dalam sesebuah kelas kanak-kanak keperluan
khas yang mempelajari pendidikan jasmani suaian terdiri
daripada pelbagai kaum termasuklah Melayu, Cina, India,
orang Asli, Kadazan, Iban dan lain-lain.
Guru atau tenaga pengajar perlu mengambil berat aspek ini
sebelum memilih sebarang aktiviti. Guru perlu memastikan
aktiviti yang dipih tidak akan menyentuh sensitiviti manamana kaum bagi mengelakkan berlakunya sebarang
pertelingkahan dan pergaduhan.
Guru perlu sentiasa memerhatikan pergaulan dan tingkah
laku murid supaya tidak berlakunya sebarang pergaduhan
atau tindakan untuk mencederakan. Sekiranya berlaku
pergaduhan. kemungkinan besar mereka akan berperang mulut
atau berlawan kata-kata. Tanpa sedar, mereka akan bercakap
perkara-perkara yang melibatkan budaya dan sensitiviti
perkauman yang boleh menyebabkan berlakunya pelbagai
implikasi negatif.
Menurut Bond dan Castagnera (2003), murid-murid kurang
upaya ini perlu diterapkan perasaan tanggungjawab sebagai
komuniti dalam sesebuah kelas dan integrasi antara rakanrakan supaya mereka mempelajari menghargai kelebihan dan
nilai persahabatan supaya mereka lebih menghormati antara
satu sama lain. Murid perlu selesa dengan kehidupan
seharian di sekolah kerana kadang kala rutin di sekolah
memberi lebih kesan berbanding pengaruh kehidupan di

rumah. Dengan itu, pendidikan yang sempurna mampu
menentukan corak kehidupan mereka selepas alam
persekolahan.
Murid kurang upaya lebih memerlukan perhatian dan
pendidikan daripada tenaga pengajar agar mereka boleh
menjalani kehidupan yang lebih baik sepanjang kehidupan
mereka. Suasana bilik darjah, suasana pengajaran dan
pendekatan yang digunakan guru ketika mengajar membantu
dalam membina sahsiah yang baik murid.
Aktiviti fizikal mampu merapatkan hubungan murid-murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Mereka akan
menghormati budaya masing-masing tetapi guru harus peka
dan mengambil berat setiap perlakuan murid. Sebagai rasa
bangga dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, guru boleh
mengajar murid permainan tradisional mengikut kaum di
Malaysia. Contohnya, permainan konda- kondi yang dimainkan
oleh masyarakat India. Guru boleh memberi penerangan
tentang sejarah dan asal usul permainan tersebut dan
menerangkan peraturannya kepada murid sebelum bermain.
Galah panjang yang sering dimainkan oleh masyrakat Melayu
juga boleh dimasukkan dalam aktiviti untuk pendidikan
jasmani suaian. Seni Tari dan mempertahankan diri kaum
Cina iaitu Tai Chi boleh dijadikan sebagai aktiviti
memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti fizikal.
4.2

Persekitaran Tempat

Persekitaran tempat merujuk kepada kawasan sekitar atau
suasana sesuatu tempat. Tempat atau kawasan sesebuah
sekolah didirikan ialah sama ada di kawasan bandar atau
luar bandar. Mentaliti dan cara masyrakat bandar dan luar
bandar adalah berbeza. Maka, seorang guru pendidikan
jasmani suaian haruslah mengambil tahu terlebih dahulu
cara masyarakat setempat sebelum memilih aktiviti.
Bagi masyarakat luar bandar, mereka mungkin mempunyai
kekurangan daripada segi kemudahan dan infrasruktur.
Contohnya, mereka tidak didedahkan dengan kebiasaan
berenang di kolam renang. Bagi mereka, aktiviti renang
dilakukan di sungai ataupun laut. Guru memainkan peranan
untuk menerangkan kepada murid-murid ini tentang perbezaan
ruang untuk melakukan aktiviti tersebut. Walau
bagaimanapun kedua-duanya sangat mementingkan aspek
keselamatan.
Masyarakat luar bandar juga mungkin tidak tahu bagaimana
keadaan gelanggang tenis yang sebenar. Maka, guru perlu
mengambil inisiatif dengan mewujudkan gelanggang tenis
menggunakan segala kelengkapan dan kemudahan yang
disediakan. Walaupun tidak sempurna, guru sekurangkurangnya telah berusaha untuk memberi gambaran yang jelas
kepada murid-murid sebelum mengajar mereka dengan lebih
lanjut.
Lain pula halnya dengan masyarakat bandar, mereka mungkin
kurang arif daripada segi permainan-permainan tradisonal.
Contohnya permainan galah panjang. Masyarakat bandar tidak
berapa dititikberatkan tentang nilai dan budaya kita.
Maka, guru perlulah memberi penerangan yang jelas tentang
permainan tersebut beserta peraturan dan undang-undang
permainan.
Kesimpulannya, sama ada bandar atau luar bandar masingmasing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Maka, guru memainkan peranan yang sangat penting sebelum
memilih aktiviti yang bersesuaian untuk dijadikan slot
kepada pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid dan

guru perlulah bersedia terlebih dahulu untuk menghadapi
sebarang kemungkinan yang akan wujud ketika mengajar.

Sila Share Jika Suka Nota Ini

proudduck: PROUDDUCK
» weekend at the golf club
56,204 views

Posted by igufran at 06:58
Recommend this on Google

Labels: Nota pendidikan jasmani, Pendidikan Jasmani Suaian

No comments:
Post a Comment
Enter your comment...

Comment as:

Publish

Unknown (Google

Sign out

Preview

Notify me

Newer Post

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Not Found
The requested URL /api/widget/myfran/1/468x60 was not found on this
server.

Simple template. Powered by Blogger.

Dokumen yang terkait

Pengaruh Kebijakan Alokasi Aset dan Pemilihan Sekuritas terhadap Kinerja Reksadana Campuran Berbentuk Kontrak Investasi Kolektif (KIK)

0 54 101

Syarat Hal Ihwal Kegentingan Yang Memaksa Dalam Pembuatan Peraturan Pemerintahan Pengganti Undang-Undang (Studi Analisis Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-Undang No. 1 Tahun 2014 Tentang Pemilihan Gubernur, Bupati, dan Walikota)

2 57 90

Penjadwalan Dinamis pada Sistem Produksi Job Shop dengan Kriteria Minimasi Total Ongkos Earliness dan Tardiness di Divisi Industri CV. Vigano Inti

1 17 91

Kinerja Komisi Pemilihan Umum (KPU) Provinsi Jawa Barat (Studi Verifikasi Calon Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Pada Pemilu Legislatif 2009)

0 7 1

Asas Motivasi kepala Sub Bagian Hubungan Masyarakat Komisi Pemilihan Umum (KPU) Dalam Mensosialisasikan hasil Perhitungan Suara Pada Pemilihan Gubernur Jawa Barat Tahun 2008 Melalui Website

1 54 171

Komunikasi Politik Forum Komunikasi Pondok Pesantren (FKPP) Dalam Pemilihan Kepala Daerah

1 32 137

Penerapan Data Mining Di Bidang Marketing Untuk Memprediksi Potensi Kriteria Nasabah Menggunakan Metode Decision Tree Di PD BPR Kabupaten Bandung Cabang Batujajar

1 10 143

Sistem Pendukung Keputusan Menggunakan Basis data FUZZY Model Tahani Untuk Membantu Pemilihan Telepon Seluler

2 8 1

Pemilihan Sampling Audit Dan Implementasi Audit Berbasis Risiko Terhadap Kualitas Audit (Studi Kasus Pada Kantor Akuntan Publik di Bandung)

6 35 80

Efektifitas Pelaksanaan Fungsi Panitia Pengawas Pemilihan Umum Kota Metro Terhadap Pelanggaran Pemilu Legislatif Tahun 2014

4 36 76