Pendidikan Islam sebagai Mediator Antara

Pendidikan Islam sebagai Mediator Antara Kurikulum dan Kokurikulum Dalam Membentuk
Peribadi Pelajar
Wardatul Aishah, M.
Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6013-3973620 E-mail: wardatulaishah@unikl.edu.my
Norsazali, A.
Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6013-3973620 E-mail: norsazali@unikl.edu.my
Azis Jakfar, S.
Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6013-3973620 E-mail: azis@unikl.edu.my
Mohd Nasrul Hakim, J
Technopreneur Development Department, Chancellery UniKL,
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +019-2184142 E-mail: mnhakim@unikl.edu.my
Abstrak
Artikel ini akan membincangkan berkaitan dengan peranan Pendidikan Islam sebagai
mediator dalam membentuk peribadi pelajar. Masyarakat mula sedar mengenai kepentingan

peribadi pelajar untuk membawa kepada kemajuan dan kecemerlangan peradaban ummah.
Kerana itu, matlamat Pendidikan Islam di Malaysia adalah untuk melahirkan pelajar yang
berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia. Di Universiti Kuala
Lumpur, Pendidikan Islam di ajar dengan menggunakan pendekatan kurikulum dan
kokurikulum di dalam pelaksanaannya sejajar dengan hasrat Kementerian Palajaran Malaysia
(KPM) untuk melahirkan pelajar yang seimbang antara akademik dan peribadi. Justeru,
artikel ini akan turut membincangkan berkaitan dengan sumbangan aktiviti kokurikulum di
dalam Pendidikan Islam dalam membentuk peribadi pelajar.
Kata Kunci: Pendidikan Islam, Sistem Pendidikan, Kokurikulum, Peribadi
Pengenalan
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi
membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh taladan dalam
penghayatan cara hidup Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dengan meningkatkan potensi
diri dari sudut spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang
bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan persekitaran alam ke arah mencapai kebahagiaan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Supyan Hussin, 2014)

Falsafah Pendidikan Islam jelas menunjukkan kepentingan pembelajaran yang berterusan di
dalam kehidupan remaja agar menjadi hamba yang mampu untuk menyumbang kepada
keharmonian dan kemajuan negara. Falsafah Pendidikan Islam jua seiring dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang mengkehendaki remaja agar dapat menyeimbangi diri dalam
kehidupan dan menguasai pelbagai kemahiran bagi mencungkil potensi diri untuk menjadi
manusia yang bertanggungjawab kepada Allah, manusia dan alam sekitar.
Pendidikan Islam mempunyai kelas tersendiri dengan pendekatan yang tersendiri dalam
usaha untuk memberi ilmu kepada remaja agar ilmu yang hendak di sampaikan di dalam
kelas menjadi mudah untuk difahami dan diparaktikkan. Integrasi antara elemen kognitif,
afektif dan psikomotor diperlukan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.
Pengajaran berpusatkan pelajar juga dituntut pada masa kini agar impak yang diterima
mempunyai nilai yang tersendiri kerana ilmu yang diperolehi adalah berasaskan kepada usaha
dan pengalaman mereka sendiri. Aspek pemikiran, emosi dan fizikal memainkan peranan
dalam membantu memberi kefahaman kepada remaja dalam memahami ilmu Pendidikan
Islam.
Syed Othman & Hasnan (2001) bersetuju di dalam artikelnya berkaitan dengan subjek
pelajaran agama harus disiap sediakan dengan elemen yang progresif dan positif agar remaja
tidak hanya boleh mengerjakan fardhu ain akan tetapi turut berjaya di dalam aspek hidup
yang lain. Saranan yang diberikan adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Islam dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digariskan di dalam sistem pendidikan negara.
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kokurikulum,
2005)

Matlamat pendidikan di Malaysia berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta mempunyai ilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan mampu
untuk menjaga diri serta boleh menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.
Kesemua aspek yang hendak di capai adalah mencakupi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor pelajar.
Merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (1987), matlamat Falsafah Pendidikan
Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan remaja yang
mempunyai ciri-ciri seperti (1) percaya dan patuh kepada Tuhan (2) Berilmu pengetahuan (3)
Berakhlak mulia (4) Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara (5)
Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara (6)
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini boleh dicapai

sekiranya remaja mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan mereka. Penerapan
nilai-nilai murni boleh dijalankan dengan dimulakan di dalam kelas melalui kurikulum yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di sokong dengan keterlibatan
remaja di dalam aktiviti kokurikulum

Konsep penerapan nilai murni merentas kurikulum merupakan strategi utama bagi
memastikan tercapainya matlamat kesepaduan pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari sudut jasmani, emosi,
rohani dan intelek (Mohd Khairi & Asmawati, 2010). Penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran seiring dengan penekanan yang diberikan di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan membolehkan remaja yang terhasil adalah dalam kalangan
remaja yang seimbang serta mampu untuk merancang masa depan dengan baik. Remaja juga
mampu untuk membuat keputusan dengan wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan
perilakunya (Mohd Arif et al, 2005). Ini adalah seiring dengan matlamat pendidikan negara
yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan di Malaysia.

Peranan Pendidikan Islam : Membentuk peribadi pelajar
Penerapan nilai murni diberi perhatian secara serius apabila bermula dengan pelaksanaan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 yang memberi galakan kepada guru agar

mengamalkan penerapan nilai merentas kurikulum (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988;
Mohd Khairi & Asmawati, 2010). Penerapan nilai merentas kurikulum adalah satu
pendekatan yang membolehkan guru-guru mengajar pelajar dengan menyepadukan nilai
moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetika dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan nilai adalah sebahagian daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah
Pendidikan Negara (FPN).
Mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya tidak boleh lari dari memasukkan elemen
penerapan nilai murni dalam pembelajarannya. Konsep penerapan nilai murni merentas
kurikulum merupakan strategi utama bagi memastikan tercapainya matlamat kesepaduan
pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, demi melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (Mohd Khairi &
Asmawati, 2010)
Penerapan nilai murni dan pendekatan yang tepat dalam pengajaran akan membantu remaja
untuk mudah memahami dan mengamalkan ilmu yang di ajar di dalam kelas. Ilmu yang
dipelajari secara praktikal akan lebih dihayati oleh remaja berbanding dengan ilmu yang
diperolehi secara teori kerana pengalaman yang diperolehi akan memberikan impak yang
besar kepada diri remaja. Oleh kerana itu, ajaran di dalam Islam amat menekankan gabungan
antara teori dan praktikal. Teorinya, remaja akan dapat mempelajari ilmu berkaitan ajaran
Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Di
sekolah juga, remaja akan didedahkan dengan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Keterlibatan dan keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum akan menjadikan pelajar
tersebut selangkah lebih maju berbanding dengan mereka yang tidak aktif (Wardatul Aishah
et al, 2014)
Remaja yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan lebih terdedah kepada pelbagai
kemahiran kerana aktiviti kokurikulum memerlukan sinergi antara aspek kognitif, afektif dan
psikomotor untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Pembentukan dan penerapan kemahiran

serta nilai-nilai murni dalam diri remaja adalah selari dengan Falafah Pendidikan Islam dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana Pendidikan Islam khususnya meletakkan al-Quran
dan as-Sunnah sebagai tempat teratas menjadikan Pendidikan Islam berperanan untuk
membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan kamil (Abdul Halim, 1984)
Selain itu, tujuan Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan remaja secara bersepadu,
seimbang dan harmonis bagi menjadikan fungsi remaja itu sebagai hamba dan khalifah Allah.
Pendidikan Islam juga bereperanan dalam membentuk peribadi remaja yang mempunyai
keperibadian seperti :
1. Bertanggungjawab
Sifat tangungjawab ini dapat dibentuk kerana Falsafah Pendidikan Islam menyediakan
manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar mereka mengenal dirinya serta
tugas
dan

tangungjawab
sebagai
hamba
dan
khalifah
(http://www.ipislam.edu.my/uploaded/PKPI2012PerananGuruPendidikanIslamMener
usiFalsafahPendidikanIslamDalamMembentuIndividuMuridYangBerakhlak.pdf)
2. Mengamalkan ajaran Islam
Asas pembinaan falsafah Pendidikan Islam ialah ketauhidan dan keimanan kepada
Allah swt justeru, tujuan Pendidikan Islam adalah menuju kepada mencapai
keredhaan Allah swt agar mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di
akhirat (Asmawati & Fathiyah, 2012). Silibus Pendidikan Islam yang di ajar di UniKL
MIIT adalah lebih kepada cara pengamalan Islam dalam kehidupan seharian setiap
individu.
3. Seimbang
Keseimbangan antara jasmani, emosi, rohani dan intelek merupakan satu keperluan
masa kini bagi melahirkan remaja yang unggul dalam menghadapi cabaran masa kini
dan cabaran-cabaran akan datang. Walaubagaimanapun, secara jelasnya tujuan
Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang baik iaitu insan yang sempurna
pembinaan karakter dan potensi dirinya secara seimbang untuk dibentuk sebagai

hamba dan khalifah Allah swt (Rosnani 1999, Al-Attas, 1978)
4. Berfikiran positif
Remaja yang mengahayati dan memahami ilmu Pendidikan Islam akan menjadikan
mereka rajin untuk berfikir mengenai sesuatu kejadian. Salah satu Tujuan Pendidikan
Islam adalah untuk membangunkan intelek insan agar dapat menyelesaikan masalah
kehidupan yang hanya akan di capai melalui aktiviti berfikir (Abdullah, 1982 ; Abdul
Haq, 2002)
5. Cergas fizikal
Antara tujuan Pendidikan Islam adalah supaya manusia mencapai perkembangan atau
kematangan fizikal. Insan yang sihat dan kuat berupaya menjalani kehidupan yang
produktif dan dinamik manakala tanpa kemantapan fizikal insan tidak mampu
melaksanakan amal ibadahnya (Ahmad D. Marimba, 1974)

Pendidikan Islam di Universiti Kuala Lumpur
Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan subjek wajib bagi pelajar Diploma khususnya di
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT).
Antara silibus mata pelajaran tersebut ialah berkaitan dengan aspek Aqidah, Ibadah dan
Akhlak Islamiyyah.
Secara asasnya, mata pelajaran ini di ajar secara syarahan akan tetapi tuntutan masa kini
menjadikan subjek ini di ajar melalui tugasan dan projek yang harus dijalankan oleh pelajar

bagi mengukuhkan penerimaan yang akan diperolehi oleh mereka. Ini adalah kerana terdapat
perbezaan penerimaan maklumat bagi setiap pelajar (Riza Atiq Abdullah, 2013) yang
mebolehkan mereka memahami ilmu yang dipelajari disamping para pensyarah harus
menukar cara pengajaran untuk disesuaikan kepada pelajar dalam abad ke 21 yang celik IT
dan terdedah kepada pelbagai teknologi yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu dimiliki dan difahami oleh
setiap pensyarah, ini kerana keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung
kepada cara mengajar pensyarah tersebut. Strategi pengajaran dan pembelajaran mempunyai
pelbagai bentuk, pensyarah semestinya arif dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan kaedah mengajar yang bersesuaian agar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran,
objektif
dan
matlamat
pengajaran
dapat
dicapai
(http://www.kkmas.edu.my/v1/images/pdf/STRATEGI-PENGAJARANPEMBELAJARAN.pdf)
Antara kaedah yang dijalankan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Universiti Kuala
Lumpur Malaysian Institute of Information Technology ialah seperti :

1.
2.
3.
4.

Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah perbincangan dalam kumpulan
Kaedah berasaskan projek
Kaedah gabungan antara audio dan visual

Kesan daripada kepelbagaian cara pengajaran, remaja akan lebih berkeyakinan, pelbagai
kemahiran akan diperolehi dan mereka akan terdedah kepada kemahiran menyelesaikan
masalah rentetan daripada tugasan-tugasan yang diberikan adalah lebih menjurus kepada
pembinaan diri dan pembentukan karakter berdasarkan aktiviti-aktiviti dan tugasan-tugasan
yang perlu dilaksanakan.
Aktiviti kokurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
Kokurikulum adalah aktiviti yang berlaku di luar bilik darjah. Setiap aktiviti yang dijalankan
melibatkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Penekanan kepada melahirkan remaja
yang mempunyai ‘minda kelas pertama’ adalah merupakan hasrat kerajaan sejajar dengan
agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK 9, 2006). Menurut kamus

Dewan (2000), kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum asas yang melibatkan
kegiatan atau aktiviti.Terdapat banyak aktiviti yang melibatkan kokurikulum dan antaranya
ialah projek khidmat masyarakat, internship, penglibatan dalam persatuan, pembentukan
organisasi, terlibat dengan sukan dan menghadiri sesuatu program atau pertandingan

Kokurikulum juga adalah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang dan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Peraturan-peraturan kokurikulum Kebangsaan di
bawah Warta Kerajaan, akta Pendidikan 1995, bertarikh 31.12.1997 menjelaskan
kokurikulum itu ialah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah. Aktiviti
kokurikulum ini adalah tempat yang paling tepat bagi remaja untuk mencabar diri mereka
sama ada mereka mampu untuk berdepan dengan realiti dan cabaran hidup sebenar atau
sebaliknya. Graduan yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran adalah graduan yang
mempunyai kemahiran pencapaian, pemahaman dan lambang keperibadian di mana kesemua
elemen-elemen ini boleh diperolehi dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum (Yorke & Knight,
2003).
Manakala, kokurikulum agama ialah kegiatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam yang dilakukan secara tidak formal di luar bilik darjah. Kokurikulum
agama juga adalah kegiatan dakwah di sekolah yang berlaku secara tidak formal di luar bilik
darjah sebagai penjelasan lanjut tentang aktiviti Pendidikan Islam dalam bilik darjah
(Abdullah Muhammad Zin et al, 1992; Che Pee Saad, 1995).
Kokurikulum dapat memberikan banyak manfaat dan kepentingan kepada pelajar.
Penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka
menggabungjalinkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kepada tindakan mereka di luar
kelas (Wardatul Aishah&Nooraini, 2013; Chin Pek Lian, et al, 2005)
Antara aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan di UniKL MIIT adalah seperti :
1. Pengimarahan surau seperti solat berjemaah, solat-solat sunat, solat hajat dan
qiamullail
2. Buletin Pendidikan Islam
3. Pembudayaan al-Quran, al-mathurat dan doa-doa pilihan
4. Minggu penghayatan Islam dan nilai-nilai murni
5. Penerbitan risalah berkaitan dengan amalan-amalan Islam dan ilmu fardhu ain.
Kesepaduan antara Falsafah Pendidikan Islam, peranan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran serta sifat ingin belajar yang tinggi dalam diri pelajar merupakan asas utama
yang menjadikan pembentukan diri mereka dapat dicapai dengan cemerlang.
Penutup
Matlamat Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk akhlak adalah proses melatih,
mendidik jiwa, jasmani, rohani dan emosi berasaskan al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman
salafus soleh serta ilmuan para muktabar dengan bertujuan untuk melahirkan manusia yang
bertanggungjawab untuk mengimarahkan alam ini (Abdul Halim, 1993). Manakala Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang juga ada di dalam Falsafah Pendidikan Islam negara adalah
untuk melahirkan remaja secara bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi
mengembangkan potensi diri yang tinggi dan berkemahiran dalam pelbagai bidang.
Selain itu, peranan dan tujuan Pendidikan Islam adalah luas dan mencakupi semua aspek
kehidupan. Peranan Pendidikan Islam juga adalah jelas kerana berasaskan kepada dua sumber
utama agama Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Peranan dan tujuan ini akan sentiasa segar
sepanjang zaman kerana Pendidikan Islam ini adalah berlandaskan kepada pemikiran falsafah

yang hakikatnya adalah pandangan hidup yang telah digariskan dalam Islam (Asmawati &
Fathiyah, 2012).
Gabungan antara kurikulum dan aktiviti kokurikulum dalam Pendidikan Islam akan
membolehkan remaja yang terhasil adalah remaja yang mempunyai peribadi yang tinggi.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan
yang berakhlak mulia. Dengan akhlak ini, maka remaja akan mencorak dan merencana
khidupan mereka dengan perkara-perkara yang dapat membantu menaikkan syiar Islam dan
kemajuan serta keharmonian negara.

Rujukan
Abdullah Muhammad Zin. 1992. al-Akhlak al-Islamiah wa-Atharuha fi Bina’ al-Majmu’.
Kuala Lumpur. Pustaka Antara.
Abdul Halim El-Muhammady. 1993. Pendidikan Islam era 2020: Satu penghayatan
menyeluruh. Dalam: Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Syah. Pendidikan Islam era 2020
tasawwur dan strategi. Kajang: Bintang Jaya.
Abdul Halim Mat Diah. 1989. Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Angkatan Belia
Islam Malaysia.
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. 1994. Falsafah dan konsep pendidikan. Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Asmawati Suhid. 2005. Pemantapan komponen akhlak dalam Pendidikan Islam bagi
menangani era globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil6. Disember.95-103
Abdul Haq, Mahar. 2002. Educational philosophy of the Holy Quran. New Delhi. Adam
Publishers & Distributors.
Ahmad D.Marimba. 1974. Filsafat Pendidikan Islam. Cetakan 3, Bandung. Pt al-Maarif
Asmawati Suhid & fathiyyah Mohd Fakhruddin. 2012. Gagasan pemikirn falsafah dalam
Pendidikan Islam: Hala tuju dan cabaran. Journal of Islamic and Arabic Education. 4 (2) 5770
Chin Pek Lian, Low Li Chuen & Vivian Low Yen Yeong. 2005. Masalah Disiplin Pelajar,
Pendekatan dan Penyelesaian. UTM : Skudai
Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat . 2013. http://www.ukm.my/news/index.php/ms/beritakampus/1505-change-teaching-methods-to-help-students.html
Mohd Arif Hj Ismail, mohd Jasmay Abd Rahman & Rosnaini Hj Mahmud. 2005. Nilai-nilai
murni dan pendidikan bersepadu.: ke arah kemanusiaan sejagat. Prosiding wacana
Pendidikan Islam (Siri 4) Pendidikan

Rosnani Hashim. 1999. Islamization of the Curriculum. The American Journal of Islamic
Social Sciences. 16 (2): 27-43
Syed Othman Al Habshi & Hasnan Hakim. 2001. Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan
kebangsaan. Kertas kerja dibentangkan di Kongres Pendidikan Melayu di dewan Merdeka ,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur, 1-2 September 2001.
Syed Muhammad al-Naqib al-Attas. Islam and secularism. Kuala Lumpur. Muslim Youth
Movement of Malaysia (ABIM)
Wardatul Aishah, Azis Jakfar Soraji & Norsazali Abdullah. 2014. Pembentukan sahsiah
remaja melalui penglibatan diri di dalam aktiviti di luar kelas. Prosiding Konvensyen
Serantau Pengajian Islam 2014; Isu, penilaian dan pemerkasaan (ISBN 978-967-12078-1-9).
KUIM, Malaysia.
Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2013. Kokurikulum sebagai medan pembentukan
akhlak seimbang dalam kalangan remaja di institusi pengajian tinggi. e- Prosiding
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC 2013). UTM Malaysia
Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2014. Kesedaran kendiri terhadap aktiviti kokurikulum
dan keberkesanannya kepada remaja. e- Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR
2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net