KEPENTINGAN NUTRISI SIHAT MENURUT ISLAM

KEPENTINGAN NUTRISI SIHAT MENURUT ISLAM

Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan
sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang
bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga
jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya kamu
mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis
Riwayat Bukhari).

Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang
benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum
sehingga

berupaya

mencapai potensi

dan matlamat kehidupan yang dipandukan

agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang
lemah. Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan

disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim).

Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan kekayaan
yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak
sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah "sihat" merupakan anugerah dari Allah yang
sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan
sampai melekakan. Rasulullah SAW bersabda “ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan
ramai manusia\ iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang” (Hadis riwayat Bukhari).
Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas
keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan
ibadat juga turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi

SAW yang

bermaksud "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya
tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis
Riwayat Ibnu Majah).

Pemakanan Dalam Bulan Ramadhan


BERPUASA ialah menahan diri daripada mengambil sebarang makanan dan minuman
dalam jangka masa tertentu. Sebenarnya, ramai orang tidak menyedari bahawa berpuasa dapat
mengatasi halangan utama, iaitu perasaan takut semasa ketiadaan makanan.
Berpuasa merupakan cara paling berkesan menyucikan darah, organ dan semua tisu
badan serta menolong mengelakkan kemerosotan badan secara pra-matang. Ujian makmal
yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan berpuasa membantu memanjangkan purata jangka
hidup tikus sebanyak 50 peratus. Ketika berpuasa pada bulan Ramadan, kadar metabolik
individu akan menurun dan mekanisme pengawal aturan yang lain mula berfungsi. Secara
amnya, berpuasa digunakan dalam bidang perubatan untuk pengurusan berat badan,
menurunkan paras lemak darah dengan merehatkan saluran pencernaan.

Kesan fisiologi berpuasa
* Menurunkan paras gula dan kolesterol darah
* Menurunkan tekanan sistolik darah
* Memastikan lemak daripada makanan dan tubuh digunakan secara berkesan.

Pada hakikatnya, puasa Ramadan merupakan saranan ideal untuk rawatan penyakit
diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin), obesiti dan hipertensi essential yang
sederhana dan stabil. Sebaliknya, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes,
penyakit jantung koronari, batu karang, buah pinggang dan sebagainya dikecualikan daripada

berpuasa. Mereka harus mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa.

Apa yang patut dimakan semasa bulan Ramadan?
Semasa bulan Ramadan, diet kita sepatutnya tidak jauh berbeza daripada diet biasa dan
seharusnya mudah dan ringkas. Diet tersebut sepatutnya membolehkan kita mengekalkan berat
badan normal, tanpa menurunkan atau meningkatkan berat badan. Walau bagaimanapun, untuk
individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, bulan Ramadan adalah masa yang
sesuai untuk mencapai berat badan yang sihat.
Panduan pemakanan dari seluruh dunia menitikberatkan kepentingan mengambil
pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Ini adalah benar terutama ketika umat
Islam berpuasa dari waktu fajar sehingga waktu matahari terbenam pada bulan Ramadan.

Untuk mencapai tahap kesihatan yang sihat, seseorang perlu mengambil makanan daripada
semua kumpulan makanan utama, iaitu roti dan bijirin, susu dan produk tenusu, daging, kacang
dan kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Diet seimbang boleh memperbaiki profil
kolesterol darah, mengurangkan keadaan asid dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah
pencernaan yang lain, serta menyumbang kepada cara hidup yang aktif dan sihat.
Memandangkan jangka masa berpuasa yang agak panjang, kita perlu mengambil
makanan yang dihadamkan secara perlahan, termasuklah makanan yang mengandungi fiber
berbanding dengan makanan yang cepat dihadamkan. Makanan yang dihadamkan secara

perlahan dapat bertahan selama 8 jam, sementara makanan yang cepat dihadam hanya dapat
bertahan selama 3-4 jam sahaja.
Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan
bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang,
nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks). Makanan yang
mengandungi serat adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan
bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buahbuahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti
badam dan sebagainya.
Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan
sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas). Contoh makanan termasuklah kuih manis,
minuman sirap, kordial dan minuman tin. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh
mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.
Makanan yang digoreng adalah tidak sihat dan perlu dihadkan pengambilannya.
Makanan ini boleh menjejaskan penghadaman, menyebabkan pedih perut atau heart burn dan
masalah berat badan. Sebaik-baiknya elakkan:
* Makanan goreng dan tinggi lemak
* Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula
* Pengambilan makanan secara berlebihan.

Makan dan minum ketika berbuka puasa

1. Semasa berbuka, diet yang biasa haruslah diambil secara tetap. Mula dengan makanan
yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti
dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala.
2. Ambillah makanan karbohidrat kompleks (sila rujuk kepada senarai di atas) semasa
sahur kerana makanan ini boleh bertahan lebih lama dan mengurangkan rasa kelaparan.

Buah kurma adalah sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik.
Kacang badam kaya dengan protein dan fiber serta mengandungi lemak tepu yang
rendah. Pisang adalah sumber kalsium, magnesium dan karbohidrat yang baik.
3. Mengenai minuman pula, pastikan anda mengambil air dan jus buah-buahan yang
mencukupi antara waktu makan malam dan waktu tidur supaya tubuh anda dapat
memelihara keseimbangan cecair tubuh.

Mengatasi masalah biasa ketika berpuasa
1. Sembelit.
Ini mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan terproses secara berlebihan,
jumlah pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi dalam diet. Elakkan
pengambilan makanan terproses secara berlebihan dan tingkatkan jumlah pengambilan
fiber dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet.
Buah-buahan seperti pisang, betik, tembikai, prun dan sayur-sayuran berdaun seperti

pucuk ubi, ulam, bayam dan kangkung membantu membekalkan fiber yang diperlukan.
2. Sakit kepala.
Biasanya dialami apabila seseorang berhenti mengambil kafein dan tembakau, kurang
tidur dan kelaparan. Keadaan ini bertambah teruk pada hujung hari. Kurangkan
pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan, bermula dengan satu atau dua
minggu sebelum Ramadan. Pastikan anda cukup tidur untuk mengurangkan sakit
kepala.
3. Paras gula dalam darah yang rendah.
Sesetengah orang yang berpuasa dan bukan pesakit diabetes berasa lemah, pening, letih,
lesu, mengalami daya tumpuan yang rendah, menggigil, tidak dapat menjalankan
aktiviti fizikal, sakit kepala atau mengalami palpitasi (debaran jantung yang hebat). Ini
mungkin merupakan simptom tahap gula yang rendah. Mengambil terlalu banyak gula
seperti karbohidrat ringkas khasnya ketika sahur boleh meningkatkan paras insulin lalu
menurunkan paras gula dalam darah. Hadkan pengambilan makanan dan minuman
yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa untuk membantu mengelakkan
penurunan gula dalam darah secara mendadak. Sebaliknya, ambillah buah-buahan
segar dan jus buah-buahan tanpa gula sebagai sumber tenaga yang baik ketika berbuka
puasa.

Mengikut kata-kata Otto Buchinger, seorang pakar perubatan dari Jerman yang fasih

dalam `terapi berpuasa’, “Berpuasa merupakan kaedah rawatan biologi yang paling berkesan
dan tidak dapat dipertikaikan. “Ia bukanlah setakat satu operasi pembedahan fizikal sematasemata, tetapi merupakan satu rawatan yang melibatkan pembersihan, pemulihan,
pengembalian tujuan hala, pembebasan dan relaksasi yang tulen.

http://languageacademy.utm.my/faisal/2015/06/21/pemakanan-dalam-bulan-ramadhan/

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan

Esok kita telah pun mula berpuasa. Walaupun ketika berpuasa kesihatan kita masih
dapat dikekalkan dengan pengambilan diet yang seimbang dan mencukupi semasa sahur dan
berbuka mengikut keperluan walau pun semasa dalam bulan ramadhan. Di sini saya ingin
berkongsi beberapa tips pemakanan sihat semasa berpuasa yang saya pernah terbaca. Semoga
dapat membantu anda di bulan Ramadhan ini.

Tips 1: Waktu Makan Yang Betul

Pembahagian masa makan yang betul iaitu merangkumi masa berbuka, makan malam &
bersahur. Waktu makan sahur seharusnya sebelum subuh atau di awal pagi, bukan semasa lewat
malam. Ini kerana metabolisma kita tinggi diwaktu pagi dan rendah diwaktu malam, apabila
berlaku pengambilan makanan lewat malam, ia akan menyebabkan makanan tidak dapat

diproses secara efektif & aturan tenaga hasil pencernaan juga tidak efisien. Dan kebarangkalian
untuk tenaga diproses & ditukar ke lemak adalah lebih tinggi.

Tips 2: Kaedah Masakan Sihat

Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti memanggang, stim atau sup berbanding
menggoreng, menyediakan menu berasaskan santan atau terlalu berempah/terlalu pedas.
Kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak dan buang lemak/kulit pada ayam
atau daging sebelum memasak.

Tips 3: Kuantiti Makanan

Kata kuncinya ialah sederhana. Sederhana membawa maksud mencukupi dan tidak berlebihan.
Badan kita akan merasakan bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi apabila mula
terasa kenyang. Jika kita makan meskipun telah kenyang ia membawa kepada makan secara
berlebihan. Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung
untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk
mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.

Tips 4: Makan Makanan Tinggi Serat


Mengutamakan makanan yang tinggi serat dengan meningkatkan pengambilan bijirin seperti
beras perang, roti mil penuh & kekacang. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga
merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengan serat. Pengambilan serat yang tinggi
semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi
tenaga agar aktiviti harian dapat dilaksanakan dengan baik.

Tips 5: Air Yang Mencukupi
Minum air dengan banyak sekitar 8 hingga 12 gelas di antara waktu berbuka hingga waktu
sahur terutamanya air kosong. Ini bagi memastikan tubuh mendapat air yang mencukupi untuk
berfungsi di siang hari.

Tips 6: Aktiviti Fizikal Sederhana
Teruskan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam bagi mengekalkan kecergasan
tubuh dan minda kita. Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau
berjogging.

Sumber: Jab. Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya

DIET RASULULLAH SAW


Daripada Aisyah RA, Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian
Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk
badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya. (Hadis
riwayat Bukhari).

Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang
menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda. Dalam aspek berkaitan etika
pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda
adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW sendiri tidak
pernah mengalami sakit perut walau pun sekali sepanjang hayatnya kerana Baginda merupakan
seorang yang pandai menjaga pemakanannya.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Suka minum susu.
Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium,
vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta penting
untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap
oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.

Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis (sakit tulang reput). Zat-zat lain yang terdapat
dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam atau pun
ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama
susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di
mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas
biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan
teruk.

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh
menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur
makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tomyam dan lauk kenduri. Haiwan di laut
dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus
dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan
buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita
makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi,
kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai
ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya
berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis
antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan,
menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga
mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia
mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit
jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana
setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan
tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan
kesihatan manusia. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, Keluarga
nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada
hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.

8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai
makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk
kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan
beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan
sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar
pula mempunyai unsur-unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang
lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi
telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di
neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab
itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya
sebagai orang miskin.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, Ada ketikanya dapur
rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah
buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah
berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar
basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan
yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun
juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi
silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf
yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi
banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah
yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap
pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air,
vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan

berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan
keradangan.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan (An-Nahl:
68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan
melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja
dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada
kesihatan. Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah
makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan,
hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung
air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan
tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan
awet muda.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
qDiriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW: Kita (kaum
muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum
kenyang. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia
kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya
dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan
oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah
pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan
yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat
umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang
bermutu.
Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih.
Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan
hatinya keras. (Hadis Riwayat Huzaifah).

Dokumen yang terkait

AKIBAT HUKUM PENOLAKAN WARISAN OLEH AHLI WARIS MENURUT KITAB UNDANG - UNDANG HUKUM PERDATA

7 73 16

PENGARUH PENYULUHAN KESEHATAN NUTRISI IBU HAMIL BERBASIS HEALTH BELIEF MODEL TERHADAP PERILAKU KONSUMSI GIZI DI PUSKESMAS DESA KASRI-BULULAWANG

1 54 26

ANALISIS PENILAIAN TINGKAT KEPENTINGAN (IMPORTANCE ) DAN KINERJA (PERFORMANCE ) KUALITAS PELAYANAN TERHADAP KEPUASAN KONSUMEN CAHAYA MULYA TRAVEL PACITAN

0 10 16

ANALISIS TENTANG STATUS HUKUM MACAM- MACAM HARTA PERKAWINAN DALAM KAITANNYA DENGAN PERCERAIAN MENURUT HUKUM ADAT JAWA

3 28 18

HUBUNGAN TINGKAT KEMAMPUAN KELUARGA MELAKUKAN MANAJEMEN NUTRISI DENGAN STATUS NUTRISI IBU HAMIL TRIMESTER II DI WILAYAH KERJA PUSKESMAS MUMBULSARI KABUPATEN JEMBER

0 38 19

KAJIAN YURIDIS PENGAWASAN OLEH PANWASLU TERHADAP PELAKSANAAN PEMILUKADA DI KOTA MOJOKERTO MENURUT PERATURAN BAWASLU NO 1 TAHUN 2012 TENTANG PENGAWASAN PEMILIHAN UMUM KEPALA DAERAH DAN WAKIL KEPALA DAERAH

1 68 95

KAJIAN YURIDIS TERHADAP SEORANG WALI YANG MELAKUKAN PENGAMBILAN HARTA WARIS ANAK DIBAWAH PERWALIANNYA MENURUT KITAB UNDANG UNDANG HUKUM PERDATA

1 28 17

PERKEMBANGAN YAYASAN PERGURUAN ISLAM DARUL HIKMAH DI JATILUHUR BEKASI 1997.2010

0 50 151

GAYA KEPEMIMPINAN WALI KOTA BANDAR LAMPUNG 2012-2014 DI BIDANG PENDIDIKAN DAN KESEHATAN MENURUT PERSEPSI MASYARAKAT KECAMATAN TANJUNG KARANG TIMUR

3 34 79

PENEGAKAN HUKUM TERHADAP PROSTITUSI ONLINE SEBAGAI TINDAK PIDANA PELACURAN MENURUT UNDANG-UNDANG NOMOR 11 TAHUN 2008 TENTANG INFORMASI DAN TRANSAKSI ELEKTRONIK (ITE)

8 71 86