Kuasa Sastera Wawasan Tentang Hubungan K

1
Papers16

Kuasa Sastera Wawasan
Tentang Hubungan Kaum Dalam
Sastera Melayu
Ding Choo Ming
Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969, banyak sekali karya sastera Melayu
telah menceritakan interaksi antara orang Melayu dan bukan
Melayu. Ini adalah antara sekian banyaknya tanda optimisma
yang membuat rakyat Malaysia gembira tentang masa depan
negaranya, berbeza dengan pesimisma yang lahir daripada
karya sastera yang didapati
berbau anti-penjajah British,
orang Cina, orang India dan orang Arab dalam tahun 1930-an
dan 1940-an.
Sekiranya optimisma itu telah memberi kuasa pemikiran
yang positif, maka pesimisma sebelum itu telah membuat
rakyat masa itu kecewa, putus asa, sakit, tertekan, kesepian
dan kebuntuan. Oleh sebab kita percaya kita adalah apa yang

kita fikirkan, maka kita percaya jika kita boleh mengubah
minda kita daripada fikiran yang pesimis kepada yang optimis,
kita boleh mengubah kehidupan dan masa depan kita. Dalam
logik itulah, maka dipercayailah sekiranya penulis boleh
membuat pembacanya dapat berfikir secara positif, mereka
boleh menyuntik nilai-nilai yang positif kepada mereka.
Daripada karya sastera Abdullah Hussain, Awang Had
Salleh, Atan Long dan lain-lain, kita nampak sinar, harapan dan
optisma yang baru itulah amat diperlukan dalam memupuk dan
meningkatkan keharmonian antara kaum di Malaysia.
Walaupun banyak isu-isu dalam hubungan antara kaum yang
rumit itu tidak dapat diatasi dan diselesaikan secepat yang
diharapkan, mereka tidak merasa tidak berdaya untuk memberi
cadangan ide dan wawasan baru ke arah penyelesaian masalah
itu sebab mereka mempunyai keyakinan dan pemikiran positif
yang telah membuat mereka sendiri menjadi positif. Apa yang
mereka dan rakyat negara ini boleh harapkan daripada cara
mereka menyelesaikan masalah ini adalah diharapkan akan
adanya perubahan kerana semua orang mahu berubah untuk


2

menjadi lebih baik lagi di masa depan.
Tetapi mereka sendiri tidak boleh membuat perubahan itu
jika bersendirian; tetapi mereka tidaklah sedemikian. Mereka
telah berkaya dan menyebarkan karya yang berkenaan untuk
memberi harapan yang baru dan nilai yang positif itu di akhbar
dan majalah ke seluruh negara dalam bahasa Melayu yang
boleh difahami semua orang Melayu dan semakin lama
semakin ramainya pembaca bukan Melayu. Dengan kata lain,
mereka telah menggunakan kuasa yang ada pada pena, akhbar
dan karya sastera. Hasilnya sudah lahirlah sejumpah besar
karya sastera wawasan yang dijangka akan mengeluarkan
buahnya.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaya sudah
mengarahkan Dewan Bahasa dan Pustaka, antara yang lainlain, untuk menganjurkan satu siri peraduan menulis cerita
untuk meningkatkan pemahaman yang lebih baik di kalangan
rakyat negara ini mengenai sejarah pembangunan negara
untuk memupuk keharmonian antara kaum di negara ini.
Semua karya yang menang dalam peraduan-peraduan itu telah

dicetak untuk diedarkan ke sekolah sebagai teks selaras
dengan kehendak kerajaan yang mahu menggunakan karya
sastera Melayu dan sejarah negara dalam menolong
membentuk pemikiran, tingkah laku, semangat dan sikap
positif di kalangan pelajar khususnya dan orang awam pada
amnya. Mungkin ada sesetengah orang telah menganggap
inisiatif itu adalah tidak lain daripada satu lagi bentuk campur
tangan di pihak kerajaan untuk mengubah sikap rakyatnya
mengenai isu-isu sosial perdana, memikirkan karya sastera
boleh menjadi alat politik yang baik dan strategik dalam
pembangunan negara.
Beberapa dekad sebelum kemerdekaan, Malaya adalah
sarang nasionalis Melayu dengan penulis seperti Ishak Haji
Muhammad dan Harun Aminurrashid, sentiasa mencurigai
orang Cina, terutamanya. Begitu juga sikap hua ciao, seperti
Cing Huat dalam novel Interlok. Mereka ‘berjuang’ keras untuk
mempertahankan kepentingan etnik masing-masing. Mereka
takut kehilangan identiti etnik mereka, yang mereka bimbangi
akan membawa bencana besar kepada kebudayaan, jati diri
dan identiti kaum Melayu dan Cina. Mereka juga sensitif kepada

isu ketuanan kebudayaan (cultural supremacy) kumpulan etnik
yang berkenaan. Bagi mereka daripada generasi yang tua,
yang konservatif dan yang ortodok, ketuanan kebudayaan etnik

3

bukan sahaja menentukan hidup matinya mereka masa
sekarang, tetapi juga akan menentukan masa depan kumpulan
etnik mereka. Jadi, orang ramai masa itu sudah nampak
bahayanya negara ini dibahagikan mengikut kepentingan
kumpulan etnik yang berlainan itu.
Sehubungan itu, ada banyak soalan boleh dibangkitkan
di sini. Antaranya adakah Ishak Haji Muhammad dan Harun
Aminurrasshid, misalnya, rasis atau nasionalis Melayu, kerana
memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu di satu
pihak dan bersikap anti-orang Cina dan India, misalnya, dalam
karya-karya sastera mereka? Tidakkah mereka juga adalah
mangsa masa dan keadaan di zaman penjajahan? Tidakkah
sikap dan pendirian mereka itu adalah juga hasil pembentukan
latar belakang sosial mereka sebagai kaum yang miskin dan

yang sudah ketinggalan akibat hak mereka sudah dilucutkan
berbanding dengan tuan penjajah British dan orang Cina yang
lebih kaya? Tidakkah tindakan dan sikap mereka itu wajar
memandangkan orang Melayu, sebagai kaum bumiputera di
Tanah Melayu, sudah dipinggirkan dan dikenakan diskriminasi
ras? Tidakkah delima dan nasib buruk mereka itu sama dengan
maksud seperti yang terbayang dalam peribahasa Melayu
“Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan” atau “Itik
berenang dalam air mati kehausan”? Tidakkah logikal untuk
kaum yang sudah lama merana dan menderita itu bangkit
untuk menentang jika bukan 'memberontak' terhadap
penjajahan British, misalnya?
Perasaan marah dan sikap orang Melayu anti penjajah
British, orang Cina dan India telah juga diceritakan dalam Syair
Berjual Beli daripada Tuan Simi lebih kurang 100 tahun yang
lalu (Muhammad Haji Salleh 1994). Begitulah juga dengan sikap
memandang rendah terhadap orang dan kebudayaan Melayu
yang ditunjukkan watak-watak Perumal dan Cing Huat dalam
Interlok (1971) karya Abdullah Hussain. Watak bukan Melayu itu
juga rasis, termasuk memandang rendah pada orang Melayu,

maka Perumal dan orang India yang lain enggan menghantar
anak-anak mereka ke sekolah Melayu dan Cing Huat
memandang rendah orang Melayu dan tidak mahu anaknya,
Yeng Seng, bercampur dengan Lazim? Kesemua mereka, tidak
kira orang Melayu atau orang bukan Melayu masa itu, adalah
produk daripada sistem yang meredakan pengasingan kaum,
lebih-lebih lagi di zaman penjajahan British yang melaksanakan
dasar “Pecah & Perentah”. Disebabkan orang Melayu, Cina,

4

India dan lain-lain hidup berasingan dalam kepompong
kebudayaan kumpulan etnik mereka masing-masing, maka
benih pembahagian sudah tertanam dalam dasar pemerintahan
penjajah sudah menjadi lebih kuat dan subur.
Dalam kontek dan latar belakang ‘pengasingan’ rakyat
mengikut perbezaan kaum seperti itulah penulis Melayu
generasi yang baru selepas kemerdekaan negara pada 1957,
lebih-lebih lagi selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, telah
menulis cerita untuk memupuk keharmonian antara kaum.

Hasilnya, kita dapati banyak karya sastera Melayu untuk
menggalakkan interaksi antara kaum, sekaligus memupuk
keharmonian antara kaum, diterbitkan selepas 1957, lebih-lebih
lagi Mei 13 1969. Sehubungan itu, maka adalah sukar untuk
kita menyangkal bahawa karya-karya itu, terutamanya yang
dikemukakan kepada peraduan menulis yang dianjurkan DBP,
telah ditulis untuk memberi sokongan penulis yang berkenaan
kepada usaha kerajaan Malaya (Malaysia) dalam memupuk
hubungan yang lebih baik antara kaum. Dalam menulis cerita
yang melibatkan interaksi dengan watak orang bukan Melayu,
dapatlah diketahui pendirian penulis yang berkenaan itu
kepada isu pembangunan hubungan kaum yang rumit yang
dihadapi negara ini.
Seterusnya adalah penting untuk kita membandingkan
tema dalam karya sastera sebelum dan selepas rusuhan kaum
pada tahun 1969. Sehubungan itu, adalah baik untuk kita
membandingkan novel Putera Gunung Tahan (1973) oleh Ishak
Haji Muhammad dengan novel Interlok (1971) daripada
Abdullah Hussain. Perbandingan ini akan mengetengahkan
perspektif yang berbeza-beza daripada penulis Melayu yang

berkenaan darioada dua titik masa yang berlainan itu.
Sekiranya novel Ishak mendasari ceritanya di sekitar
orang Melayu menentang kuasa penjajahan British sebelum
Perang Dunia II, sebelum kemerdekaan negara ini, novel
Abdullah pula ingin memupuk keharmonian kaum di kalangan
rakyat di negara yang sudah merdeka dan selepas rusuhan
kaum pada tahun 1969. Sekiranya novel Putera Gunung Tahan
mengutamakan konsep keunggulan orang Melayu, Interlok pula
menekankan pentingnya kerjasama dan kesaksamaan antara
kaum.
Wacana kedua-dua buah karya itu sesuai dengan kontek
sosial, ekonomi dan politik negara ini pada dua peringkat masa
yang berlainan. Ini bermakna kedua-dua buah karya itu juga

5

menegaskan perbezaan antara masa dahulu dan sekarang.
Perbezaan itu juga menunjukkan sudah berlakunya perubahan
sikap orang Melayu generasi tua dan muda, yang memegang
anak kunci untuk menentukan tindakan mereka mengenai

hubungan antara kaum seterusnya.
Satu lagi titik perbandingan yang penting antara dua
wacana tadi ialah sekiranya yang terdahulu itu didapati antiorang bukan Melayu di zaman penjajahan Inggeris, maka yang
terkemudian itu pula itu prihatin terhadap interaksi antara
orang Melayu dengan bukan Melayu. Ini bermakna perpaduan
sosial didapati penulis Melayu generasi baru sebagai yang
boleh memainkan peranan penting untuk orang Melayu, Cina,
India dan lain-lain di Malaya/ Malaysia hidup bersama-sama
dengan aman dan damai, realiti masyarakat yang berbilang
kaum negara ini yang lahir daripada perubahan masyarakat
majmuk di masa lalu penjajah dahulu.
Angin perubahan yang paling besar, atau ‘watershed
difference’ tidak lain daripada perspektif sosio-ekonomi dan
politik yang sudah lain selepas 1957 apabila ‘Tanah Melayu’
diberi kemerdekaannya. Pihak yang berkuasa masa itu bukan
lagi penjajah British kerana Malaya bukan lagi tanah jajahan
British, tetapi pemimpin yang baru dari Malaya yang sudah
merdeka. Mereka terdiri daripada pemimpin parti Perikatan
(yang terdiri daripada parti UMNO, mewakili kepentingan orang
Melayu; parti MCA yang mewakili orang Cina dan parti MIC

yang mewakili orang India).
Mereka telah mendapat ilham untuk melindungi dan
menjaga kepentingan semua rakyat Malaya yang sudah dianak
tirikan, dipinggirkan dan dipecah dan diperintah sepanjang
masa
di zaman penjajahan dahulu. Lama-kelamaan,
perubahan yang membawa peningkatan taraf hidup rakyat itu
telah dirasakan. Dan, yang menarik perhatian penulis Melayu
generasi baru itu ialah yang berkaitan dengan pembangunan
diri untuk membina keyakinan diri untuk mengorak langkah
sendiri sebagai tuannya sendiri dan bukan lagi hamba yang
tunduk kepada arahan daripada penjajah British.
Sampai di sini sudah ada jawapan kepada banyak soalan
tentang perubahan daripada sikap penulis yang pesimis kepada
penulis yang optimis tentang hubungan antarq kaum secara
mendadak: lahirnya lebih banyak karya menekankan interaksi
dan kerjasama antara kaum daripada yang sebaliknya dalam
masa beberapa tahun itu. Perubahan sikap penulis yang

6


daripada dua peringkat masa yang berlainan kerana sudah
berlaku perubahan suasana sosia-ekonomi dan politik dalam
dua peringkat masa itu (sebelum dan selepas 1957 dan 13 Mei
1969). Ini juga bermakna penulis yang bersikap anti-orang Cina
dalam tahun 1930an dan 1940an itu adalah juga kerana
mereka sendiri adalah mangsa keadaan dan masanya,
manakala penulis Melayu generasi yang baru selepas
kemerdekaan itu adalah yang sudah merasakan buah daripada
pokok kemerdekaan. Oleh sebab mereka yang berbuat
demikian adalah juga untuk memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan dalam peraduan mengarang! Kalau demikian, tidak
boleh dinafikan masih lagi karya sastera yang marah orang
bukan Melayu selepas 1957 dan 13 Mei 1969!
Kalau demikian, tidakkah penulis di masa penjajahan
dahulu
mendapati diri mereka
perlu
‘lawan’
untuk
mendapatkan kembali apa yang telah diambil daripada mereka,
sedangkan penulis generasi kemerdekaan itu menyedari
peranan mereka sebagai tuan yang boleh menentukan masa
depan mereka sendiri, maka mendapati perlu bekerjasama
dengan orang bukan Melayu yang juga sudah menjadi rakyat
negara ini? Jika jawapan adalah “ya”, maka kita boleh
mengharapkan karya daripada penulis selepas kemerdekaan itu
untuk membawa rakyat di negara ini satu langkah lagi ke
depan untuk melihat fajar baru keharmonian antara kaum yang
sangat-sangat diperlukan untuk kesejahteraan bersama.
Dari segi sastera, itulah wawasan dan harapan yang
ingin dicapai oleh penulis generasi baru. Itulah juga sebabnya
lahirnya
lebih
banyak
karya
sastera
Melayu
yang
menggalakkan interaksi dan keharmonian antara kaum selepas
1957 dan 13 Mei 1969 daripada yang sebaliknya. Dalam novel
Salina (1961) daripada A. Samad Said, kita lihat Nahidah, Hilmy
dan Salina telah berusaha dengan keras untuk membina masa
depan mereka yang lebih baik dan yang bebas daripada
belenggu penjajahan masa dahulu, kerana Malaya masa itu
sedang bersedia untuk kemerdekaan politiknya. Dalam cerpen
Kedai Sederet di Kampung Kami (1956) karya Keris Mas, kedai
usang seperti yang ada di Kampung Kambing dalam Salina,
yang terbakar itu sudah diceritakan seolah-olah suatu
perubahan yang dikehendaki penduduknya, seperti penduduk
dari seluruh negara yang baru yang mahukan perubahan.
Perubahan yang dimaksudkan di sini adalah yang dibawa api
yang telah memusnahkan yang lama agar dapat dibangunkan

7

yang baru dengan makna kiasannya sebagai pembebasan
politik bagi Singapura dan Malaya.
Selain itu, pembaharuan politik yang dijanjikan berikutan
kemerdekaan politik negara seperti dinyatakan tadi itu boleh
dikaitkan dengan rancangan pembangunan yang semua rakyat
percaya dan harap akan bawa kebahagiaan kepada mereka.
Kepercayaan dan harapan baru itu bergema tidak sahaja
dalam kata-kata dalam surat daripada Siti Salina kepada Hilmy
yang ingin hidup bahagia, tetapi juga reaksi daripada Basir dan
Lucy dalam Subuh (1964) karya Atan Long, kerana merasa
gembira sekali untuk memulakan hidup baru setelah
perkahwinan campur antara kaum mereka itu sudah diterima
dan diberkati ayah Basir.
Karya-karya sastera yang disoroti ini didapati sudah
menceritakan kejayaan rakyat selepas kemerdekaan negara
pada 1957 dan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Seperti yang
sedia maklum, dasar dan rancangan pembangunan kerajaan
telah memberi nafas dan peluang baru kepada semua rakyat di
negara ini untuk memperbaiki kehidupan dengan menaikkan
taraf hidup mereka. Antara yang maksudkan itu tidak lain
daripada rancanan pembangunan luar bandar, penanaman
semula pokok getah dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sehubungan itu, ramai orang sebulat suara mengatakan DEB
telah memecahkan masaalah kemiskinan orang Melayu dengan
mengatasi banyak daripada halangan kepada pengagihan
kekayaan di kalangan rakyatnya.
Sudahlah tentu, bukan semua projek pembangunan yang
dilancarkan kerajaan itu telah berjaya. Sementara kerajaan
Malaysia terus bereksperimen dengan rancangannya yang
dijangka akan membawa hasil yang positif, penulis Melayu
sebagai intelek awam telah juga sedar bahawa mereka tidak
boleh berdiam diri, atau bersikap menunggu sehingga semua
program kerajaan itu disempurnakan dan menulis karya pujianpujian.
Apa yang mereka lakukan ialah menulis banyak cerita
untuk menggalakkan interaksi antara orang Melayu dengan
orang Cina. Antaranya ialah keluarga Melayu mengambil budak
Cina sebagai anak angkat mereka dalam cerpen Harapan dan
Pengorbanan (1969) daripada Darussalam, orang Cina
mendapati dirinya selesa tinggal di kampung Melayu dalam
cerpen Gantung (1973) karya M. Farda, memori koletif budak
semua kaum yang sebaya membesar bersama-sama dalam

8

novel Embun Dan Tanah (1965) daripada Ibrahim Omar, belas
kasihan dan semangat muhibbah antara kaum dalam cerpen
Isteri Leong Beranak (1966) gubahan A. Wahab Ali, konflik
diatasi kerjasama dalam novel Bangsal (1991) daripada Wan
Ahmad Ismail, rakan sekerja daripada kaum yang berlainan
telah berkerjasama sejiwa dalam cerpen Notis 24 Jam (1971)
oleh Dharmala N.S, perasaan muhibah antara kaum dalam
novel Sisa Laut (1964) daripada Wijaya Mala, pentingnya peri
kemanusiaan antara kaum dalam cerpen Ah Khaw Masuk
Syurga (1960) oleh A. Samad Ismail, kegagalan ibu bapa
menegah perkhawinan campur dalam cerpen Pertahanan
Terakhir (1971) daripada Agus SaIim, kebangkitan generasi
baru Melayu dan Cina dalam cerpen Pengabdian (1963)
daripada Awang Had Salleh, penghijrahan orang kampung ke
bandar untuk mengadu nasibnya di tempat yang baru dalam
novel Desa Pinggitan (1964) oleh Ibrahim Omar, dan semangat
bertoleransi dan pengawalan diri antara kaum dalam cerpen
Api di Balik Bukit (1973) daripada Darussalam, penerimaan
perkahwinan campur antara orang muda Melayu dan Cina
dalam novel Suboh (1964) daripada Atan Long, dan
perkongsian nilai kerjasama antara kaum dalam pembangunan
negara dalam novel Lingkaran (1965) karya Arena Wati, antara
banyak yang lain.
Tentulah kurang masuk akal, selain amatlah sukar untuk
dipercayai sudah berlaku semacam gerakan baru yang boleh
menggantikan yang lama dalam tempoh masa sedekad dua,
tentang hubungan kaum yang sebegitu rumit
sebelum
kemerdekaan itu. Tentulah sukar untuk dipercayaai masalah
hubungan kaum di negara ini sudah ‘hilang’ selepas
kemerderkaan
negara,
seolah-olah
kemerdekaan
yang
membawa rahmat pembangunan itu mempunyai kuasa sakti
seperti lampu Aladin dalam cerita dongeng dari Timur Tengah.
Sehubungan itu, perkara yang menarik perhatian sesiapa
juga yang merenung semula perubahan dalam karya sastera
Melayu yang berlainan itu ialah penciptaan idealisma, impian
dan visi daripada penulis Melayu generasi baru selepas
kemerdekaan di bawah pengaruh angin dan kuasa
pembangunan dan kemerdekaan. Karya sastera yang
dimaksudkan itu adalah
karya sastera wawasan yang
mempunyai keistimewaannya dari segi membuat ramalan
(prophecy) tentang masa depan. Ini bermakna penulis yang
berkenaan telah menganyam impian indah mereka tentang

9

masa depan. Kalau demikian, maka tidak dapat tidak adanya
unsur propanda yang mengandungi implikasi politik di sana sini
dalam karya-karya sastera itu.
Hujah ini juga ditegakkan pada hakikat bahawa
sebahagian daripada penulis itu percaya pada slogan Seni
untuk Masyarakat, walaupun tidak semestinya daripada
kumpulan penulis ASAS 50, seperti Keris Mas. Oleh sebab itu,
kita perlu mengkaji semula karya-karya mereka dengan
mengaitkannya kepada keadaan sosial semasa yang telah
memberi motivasi kepada penulisan itu. Ini mungkin juga
disebabkan sikap mereka turut dipengaruhi persekitaran sosial,
budaya, ekonomi dan politik semasa dalam masyarakat
mereka, lebih-lebih lagi tentang isu keharmonian antara kaum,
isu negara yang besar yang akan membawa kepada perpaduan
negara. Mereka melakukannya dengan memujuk khalayak
pembaca mereka tentang pentingnya untuk semua orang dapat
hidup bersama-sama dalam suasana yang aman dan damai,
harmoni, bertolak ansur antara satu dengan yang lain,
menerima dan menghormati satu dengan yang lain dan
mengawal diri daripada mencederakan dan merosakkan orang
lain. Inilah sebahagian daripada nilai-nilai positif yang penting
kepada orang Melayu, Cina, India dan lain-lain untuk terus
hidup bersama di negara yang berbilang kaum yang
membangun.
Karya sastera wawasan itu telah dihasilkan penulis
Melayu yang mempunyai impian yang indah untuk membawa
pembaca ke masa depan. Kepada semua orang, impian,
khayalan dan imaginasi itu juga sangat-sangat diperlukan
untuk membentuk dunia yang lebih baik pada masa depan.
Dalam sejarah tamadun manusia, impian dan khayalan yang
baik terhadap masa depan sudah lama diterima sebagai tapak
pertama dalam langkah manusia mencipta ruang dan harapan
yang baru untuk mara ke depan. Tanpa kekuatan dan kuasa itu,
kita mungkin tidak dapat mengatasi rasa kecewa dan putus asa
yang bakal dialami dari masa ke masa dalam hidup ini. Dengan
kata lain, kita amatlah bimbang dengan orang yang tidak
mempunyai impian terhadap apa yang ingin dan boleh mereka
lakukan.
Seperti orang lain yang mempunyai impiannya terhadap
masa depannya, penulis juga menggunakan impian mereka
terhadap hidup dan dunia yang lebih baik di masa depan untuk
mendapatkan inspirasi untuk memecahkan rintangan yang ada

10

antara alam realiti dengan alam impian. Dalam kontek ini,
penulis Melayu yang memahami erti dan pentingnya
keharmonian dan interaksi antara kaum itu sudah mempunyai
visi yang jelas mengenainya. Dengan kata lain, mereka tidak
boleh mencapai apa yang diingini itu tanpa terlebih dahulu
mempunyai imej yang jelas tentang apa yang diingini. Ini
adalah sama dengan kita tidak dapat membebaskan diri jika
kita tidak dapat membayangkan apa itu adalah pembebasan
atau tidak boleh berjuang untuk mendapatkan keadilan jika
sudah terperangkap dalam imej ketidakadilan.
Pendekkan cerita yang panjang, impian yang muluk
terhadap keharmonian antara kaum di Malayia pada masa
depan sudah memberi ilham dan keupayaan kepada penulis
Melayu yang berwawasan itu untuk mendekati hidup dan realiti
alternatif. Antara contoh yang baik sehubungan itu ialah karya
sastera Intelok yang menceritakan perpaduan dan kerjasama
antara kaum Melayu, Cina dan India, terutamanya, di negara ini
sejak masa dahulu lagi, sejak zaman penjajahan British dahulu.
Penulisnya, Abdullah Husain yang lahir pada 1920 di Yan,
Kedah, ingin berkongsikan pemerhatian dan pengalaman
peribadinya, selain impiannya terhadap masa depan Malayasia.
Dia, seperti penulis Melayu yang lain, ternyata sudah
mempunyai impian tentang keharmonian antara kaum dan
telah bekerjasama untuk menjadikannya realiti. Dia mimpikan
negara ini dengan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai
kaum itu bersatu padu pada masa akan datang kerana impian
itu telah terlintas dalam kepalanya sebagai sinar harapannya.
Kilauan
daripada
harapan
itu
telah
mendorongnya
menceritakan kisah pahit dan manis di tiga buah keluarga
Melayu, Cina dan India.
Setelah memahami realiti itu, dia menganyam ceritanya
untuk berkongsikan fantasinya dalam cerita-cerita yang
dikarangnya. Hasil pemerhatiannya ke atas interaksi Pak Musa
dan Seman dari keluarga Melayu, Cing Huat dan Yew Seng dan
lain-lain daripada keluaga Cina serta Maniam dan lain-lain
daripada keluarga India dengan tindakan mereka yang
mempunyai implikasi daripada segi hubungan antara kaum
sudah dibentangkan. Ceritanya adalah di sekitar interaksi
antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu seperti karya
daripada penulis Melayu yang lain, termasuk novel Suboh
(1964) daripada Atan Long, Lingkaran (1965) karya Arena Wati,

11

Isteri Leong Beranak (1966) oleh A Wahab Ali, yang sudah
disebut tadi.
Sebagai pemimpin pendapat, penulis-penulis ini telah
membawa khalayak pembaca mereka untuk kekal sebagai
pengikut yang setia kepada harapan mereka untuk
memecahkan benteng perkauman, prasangka perkauman,
kebencian antara kaum dan permusuhan antara kaum. Impian
mereka untuk hubungan yang lebih baik antara kaum di
Malaysia pada masa yang akan datang itu adalah perhatian
mereka mengarang karya tersebut.
Kita dapati selepas kemerdekaan, sudah begitu
banyaknya karya sastera Melayu memberi perhatian kepada
pentingnya keharmonian antara semua kaum yang sudah
menjadi rakyat Malaya (Malaysia) dan bukan lagi orang Melayu,
Cina, India dan lain-lain seperti di zaman penjajahan Inggeris
dahulu. Dalam karya-karya sastera itu, penulis Melayu
membayangkan pembacanya sudah dapat menggunakan
kebijaksanaan mereka sendiri dalam membuat pentafsiran dan
kesimpulan mereka sendiri. Perubahan sikap dan minda
daripada yang tradisional kepada yang moden itulah yang kita
harap akan berlaku. Dengan berbuat demikian, mereka didapati
sudah
memainkan
peranan
mereka
untuk
terus
mengembangkan peranan sastera sebagai alat untuk
memimpin masyarakat maju ke masa depan yang lebih baik
dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Dalam karya sastera itu, watak rekaan orang Melayu dan
bukan Melayu diceritakan sudah memberi tindak balas secara
positif dan praktikal kepada seruan kerajaan Malaysia untuk
hidup aman dan damai. Sehubungan itu, persekitaran sosial
budaya, ekonomi dan politik Malaysia semasa telah digunakan
secara meluas sebagai titik rujukan dalam karya sastera
wawasan itu. Ini nyata kelihatan dalam novel Lingkaran,
Bangsal, Interlok, dan Desa Pingitan. Dalam Desa Pingitan,
dalam erti kata perhatian kita sudah ditarik penulisnya kepada
seruan Tun Razak yang mahukan bahan-bahan bacaan yang
lebih baik untuk tatapan rakyat negara ini. Misalnya, Ibrahim
Omar telah menyahut seruan itu dengan
mengemukakan
manuskripnya Desa Pingitan kepada peraduan menulis cerita
anjuran DBP. Seterusnya karya yang memenangi hadiah dalam
peraduan itu bolehlah dianggap sebagai bahan bacaan yang
baik untuk membentuk masyarakat menurut kata mata
pengarang di DBP. Di sini Ibrahim Omar telah berjaya.

12

Daripada sudut sejarah, penulis Melayu telah memainkan
peranan mereka untuk menggesa pembaca untuk membaca
karya yang baik bagi mencari ilmu memperbaiki diri mereka
sendiri dan masyarakat. Sehubungan itu sejak tahun 1920-an
dan 1930-an lagi, intelek Melayu, termasuk penulis, wartawan,
guru dan ulama sudah menggesa orang Melayu untuk mencari
ilmu bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam dunia
moden.
Seterusnya dengqn lahirnya penulis generasi yang baru,
penulis Melayu selepas ASAS 50 mendapati selain pengetahuan
umum, pemahaman tentang perpaduan negara juga sangat
penting untuk dapat terus hidup dan maju selepas
kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1967 dan rusuhan
kaum pada tahun 1969. Hasilnya, novel Interlok sudah
menceritakan sejarah sosial Tanah Melayu dari awal abad ke-20
sehingga kemerdekaannya daripada penjajahan British. Tema
utama novel itu adalah integrasi orang Melayu, Cina dan India,
yang diwakili keluarga Seman, Cing Huat dan Maniam, tiga
kumpulan kaum utama negara ini yang telah memberi banyak
sumbangan untuk kejayaan pembangunan negara ini.
Dalam kontek sosial-politik sebagai latar belakang itu,
ramai penulis Melayu, terutamanya wartawan dan pemberita
menyedari wujudnya ‘dunia’ lain di luar masyarakat dan
lingkungan orang Melayu. Dunia itu sudah mereka ketahui
daripada kerja harian mereka sebagai wartawan dan pemberita
yang perlu mengendali berita daripada seluruh dunia. Lantaran
mereka mahu mengambil bahagian yang aktif dalam
pemodenan dan pembangunan untuk terus dapat menikmati
hasil kemajuan material seperti bangsa yang lain dan tidak lagi
sebagai pemerhati sahaja.
Daripada segi teori, generasi baru orang Melayu itu
menyedari bahawa bekerjasama dengan orang bukan Melayu
dalam projek-projek pembangunan dan pemodenan tidak akan
mengancam survival dan identiti mereka di negara yang telah
berubah dari Tanah Melayu ke Malaya dan Malaysia, tetapi
sebaliknya akan membuka lebih banyak peluang baru kepada
mereka untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial
mereka. Keperihatian mereka untuk mengikut sertai semangat
masyarakat berbilang kaum yang lebih luas itu telah membuat
mereka dapat melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada
pemodenan
dan
pembangunan
diri
mereka
selepas
kemerdekaan, lebih-lebih lagi sebagai tuan baru yang dapat

13

menentukan masa depan mereka sendiri. Perbezaan itu dapat
dilihat pada perubahan dalam perspektif sosio-ekonomi dan
politik yang berlaku selepas 1957 berikutan Tanah Melayu
diberikan kemerdekaannya. Selepas itu, pihak yang berkuasa di
negara yang baru merdeka itu bukan lagi penjajah British,
tetapi mereka sendiri yang menerajui kepimpinan negara ini
yang baru merdeka.
Dalam senario baru ini, membentuk kerajaan baru
bermakna memikul tanggungjawab untuk melindungi semua
rakyat tanpa mengira keturunan kaumnya. Dengan itu, orang
Cina tidak lagi digambarkan penindas, dan orang Melayu juga
tidak lagi digambarkan sebagai kumpulan kaum yang dianiayai
dan dianak tirikan oleh tuan penjajah Inggeris. Perubahan itu
ditunjukkan dalam watak Pak Sudin dalam novel Suboh. Dia
menyahut baik seruan kerajaan baru negara untuk menanam
semula pokok getah dalam rancangan pembangunan.
Dilihat dalam kontek pembangunan selepas kemerdekaan,
lebih-lebih lagi selepas tahun 1960-an sebagai latar
belakangnya, kita dapati sastera Melayu seolah-olah sudah
mengalami satu lagi titik peralihan dalam sejarahnya dengan
lahirnya sebegitu banyak karya sastera darIpada penulis
Melayu generasi baru yang berdiri di belakang kerajaan
Malaysia untuk memperbaiki hubungan antara kaum. Seperti
yang sudah dinyatakan sebelum ini, mereka didapati sudah
berkongsikan impian dan wawasan mereka dalam isu itu
dengan menggunakan kuasa media penerbitan yang ada dan
kuasa sastera yang ada di dalam tangan mereka. Mereka
menfokus perhatian kepada hubungan etnik antara orang
Melayu
dengan
bukan
Melayu
untuk
mengharapkan
penyelesaian kepada masalah yang rumit itu. Kerumitannya
tidak sahaja kerana ianya melibatkan jurang perbezaan jurang
perbezaan kaum antara orang Melayu dengan bukan Melayu,
malahan jurang tadi itu telah diperburukkan lagi
jurang
perbezaan antara generasi antara orang tua dan muda kaumkaum yang berkenaan. Kesemua itu telah membuat masalah
sudah
besar itu diperbesarkan banyak kali ganda, maka
dengan sendirinya telah merumitkan lagi hubungan antara
kaum yang sudah rumit. Tetapi penulis baru yang mahu melihat
perubahan baharu berlaku seperti yang mereka harapkan,
bayangkan dan mimpikan telah memberi cadangan dalam
karya mereka.
Sebahagian daripada yang dimaksudkan itu telah nyata

14

ditunjukkan. Misalnya, dalam Interlok, kita dapati jurang
perbezaan generasi antara Cing Huat dengan anaknya, Yew
Seng dijangka akan mengganggu hubungan antara Yew Seng
dengan Lazim, jika tidak dikawal Yew Seng. Selain itu, dalam
novel Suboh, kita dapati Pak Sudin telah mengubah sikapnya
daripada
yang
menentang
kepada
yang
menerima
perkahwinan campur antara anaknya, Basir, dengan Lucy.
Yang tidak dijangkakan ialah kita telah nampak Cing Huat
dalam Interlok dengan tiba-tiba telah menyedari kebijaksanaan
di sebalik kata-kata Yew Seng bahawa orang Melayu bukanlah
hua na dan malas, lantas telah mengubah sikapnya kepada
orang Melayu. Selain itu, dalam cerpen Pertahanan Terakhir,
kita lihat ibu bapa tidak boleh mencegah anak-anak mereka
daripada jatuh cinta dan berkahwin dengan orang daripada
kumpulan etnik yang lain. Seterusnya dalam cerpen Hati Ah
Fook Selebam Malam, Ah Fook terkejut bila mendapati anak
perempuannya telah jatuh cinta dengan orang Melayu di
kampung Melayu yang mereka tinggal. Selain itu dalam cerpen
Mawar Merah di Jambangan, ibu Siew Ping tidak dapat
menghalangnya untuk berbaik-baik dengan Ali, walaupun orang
Melayu yang lain telah membunuh datuknya dalam peperangan
pada masa lalu.
Seterusnya elok disenaraikan beberapa orang penulis
Melayu yang menghasilkan karya untuk menggalakkan
keharmonian antara kaum. Antaranya ialah A Samad Ismail, A.
Samad Said, A Wahab Ali, A R Kamarulzaman, Abdullah
Hussain, Abdullah Tahir, Adam A. Kadir, Ahmad Mahmud, Ali
Majod, Arena Wati, Atan Long, Awang Had Salleh, Azdi, Aziz
Jahpin, Azizi Haji Abdullah, Ghazali MA, Ibrahim Omar, Ismas
Saring, Khadijah Hashim, M. Farda, Masbena, Mokhtar Yaakub,
Mokjamos, Noorjaya, Norzah, Osman Ayob, Othman Puteh,
Othman Rasul, Rahman Haji Yusof, S. Hamisal, S. Othman
Kelantan, Setapa Awang, Sidek Baba, Siti Aisah Murad, T. Alias
Taib, Wahba dan Usman Awang.
Mereka wajar kita hormati kerana telah ‘berjuang’
dengan kuasa pena untuk melihat Malaysia bebas daripada
bibit perkauman, ketaksuban, rasuah, skandal, ketidaksamaan
dan kezaliman. Kita mungkin boleh memanggil mereka itu
sebagai sasterawan idealis yang membawa wawasan yang baik
kepada Malaysia. Mereka mahu rakyat Malaysia hidup bersama
dengan aman dan damai, berbanding dengan penulis lain yang
pesimis yang mencemuh idealisma itu. Mereka melihat

15

manusia sendiri dapat mencari jalan penyelesaian kepada
masalah mereka. Bagi mereka, manusialah yang paling penting
kerana mereka boleh menentukan nasib negara dengan
membuat perubahan yang diperlukan.
Mereka yakin sastera boleh membimbing pembacanya
dalam erti kata karya sastera boleh memberi kesedaran
kepada mereka tentang nasib mereka sendiri, lebih-lebih
lagi bagaimana mereka sendiri boleh membaiki untung
nasib mereka sendiri. Gerakan itu adalah tindak balas
mereka kepada pergolakan politik, sosial dan ekonomi yang
sudah menjadi semacam trauma dan gangguan sosialekonomi sepanjang tempoh negara ini dijajah kuasa Barat
kira-kira 500 tahun lamanya. Sejarah penjajahan yang
panjang itu telah merangsang mereka untuk menilai
semula hubungan kaum yang sedia ada, lebih-lebih lagi
untuk menyambut seruan kerajaan Malaysia untuk
memupuk hubungan yang baik antara kaum dalam
masyarakat berbilang kaum selepas kemerdekaan. Rasa
komitmen itu juga disebabkan mereka sedar tentang kuasa
sastera, dan kuasa penulis yang mahu berkhidmat kepada
masyarakatnya dengan menghasilkan karya ke arah itu.
Mereka cuba memperkasakan diri dan orang Melayu yang
lain dengan memanfaatkan sastera wawasan. Gerakan
seumpama itu sama dengan konsep masyarakat bayangan
yang dipopularkan oleh Benedict Anderson (2006).
Seperti masyarakat bayangan, sastera wawasan juga
tidak berdasarkan interaksi antara kaum yang sebenar.
Seperti masyarakat bayangan, sastera wawasan juga dapat
dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya industri
percetakan, media massa, iaitu akhbar, majalah dan bukubuku dalam bahasa Melayu
untuk memaksimumkan
peredaran cerita, ide, maklumat dan propaganda, kerana
pembacanya boleh memahami mesej karya sastera itu.
Itulah yang Basir dan Lucy lakukan dalam novel Subuh.
Yang dimaksudkan adalah mereka berani bermimpi. Mereka
membayangkan masa depan mereka yang mereka ingini di
setiap aspek. Jadi, mereka membuat keputusan untuk
berkahwin dan mara ke arah impian mereka, walaupun
menghadapi penentangan daripada ibu bapa Basir pada mulamulanya. Penentangan itu disebabkan ibu bapa Basir yang
konservatif itu lebih cenderung untuk mengikut tradisi dan
tunduk kepada tekanan sosial. Oleh sebab-sebab itu adalah

16

rahmat bagi Basir dan Lucy setelah perkahwinan mereka itu
diterima ayahnya pada akhirnya.
Tidakkah kesemua itu adalah semacam utopia? Tidaklah
novel Suboh adalah karya sastera yang besar seperti novel
Interlok, Lingkaran, Bangsal dan banyak lagi? Karya-karya itu
sudah diterima pembacanya kerana nilai, kreativiti dan daya
pengarangan tinggi dan wawasan yang besar terhadap masa
depan rakyat di negara ini. Karya-karya itu lahir daripada
penulis yang mempunyai daya pemikiran yang hebat.
Seterusnya, penerbitan karya-karya itu sudah memberi
publisiti yang besar tentang mesej, ide, gagasan dan
pandangan penulis-penulis yang berkenaan. Di Barat, karya
George Orwell Nineteen Eighty-Four (1949) telah ditafsirkan
sebagai fiksyen utopia, fiksyen yang membawa propaganda
politik, kerana karya sastera yang besar itu bersifat polisemi,
dalam erti kata ia mempunyai banyak makna dan mesej yang
berlainan, terpulang kepada tafsiran yang diberi oleh pembaca
dan pengkritiknya. Demikian juga dengan karya satera Melayu
tadi.
Menyedari pentingnya interaksi antara kaum, ramai
penulis Melayu generasi yang baru sepanjang tahun 1970-an
dan 1980-an telah melihatnya sebagai fakta yang tidak dapat
dielakkan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Pandangan
itu berbeza daripada Ishak Haji Muhammad, Harun
Aminurrsahid dan lain-lain pada tahun 1920an sehingga tahun
1940-an setelah mereka dapati orang Melayu masa itu telah
dipinggirkan dan dieksploitasi.
Seperti yang terbayang tadi, bukan semua karya sastera
Melayu selepas tahun 1960 menceritakan keharmonian dan
interaksi antara kaum. Misalnya, Shahnon Ahmad yang menulis
novel Menteri, Noorjaya yang menulis cerpen Tewas Dalam
Dunianya (1972), Azizi Hj Abdulah yang menulis cerpen Baru
Sekarang Dia Mengerti (1969 dan Hassan Ibrahim yang menulis
novel Tikus Rahmat (1963) adalah contoh penulis Melayu yang
menulis karya anti-orang Cina seperti yang ditunjukkan Ishak
Haji Muhammad dan lain-lain pada 1930-an dan 1940-an.
Namun demikian, perkemkangan yang menarik ialah
setelah melihat nilai komersial yang besar dalam karya sastera
yang menggalakkan keharmonian antara kaum, banyak
syarikat penerbitan telah menggunakan saluran penerbitan
mereka, seperti akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Zaman
dan majalah Mastika yang dikendalikan Utusan Melayu Sdn Bhd

17

dan Berita Harian, Berita Minggu dan lain-lain yang
dikendalikan oleh the New Straits Times untuk menerbitkan
cerita seumpama itu. Dalam kontek inilah kita lihat
peningkatan dengan mendadak karya sastera Melayu
mengenai interaksi antara kaum dari 1970-an hingga 1980-an.
Kemunculan karya sastera tersebut bersama-sama
dengan langkah lain dari pihak kerajaan sepanjang masa itu
mempunyai kesan seperti yang diingini: keamanan secara
relatif selepas ribut pada 13 Mei 1969. Jadi, dalam tempoh
sepuluh tahun atau lebih ini kita telah lihat sebegitu banyaknya
karya sastera Melayu untuk menggalakkan interaksi kaum
dalam satu bentuk atau yang lain, termasuk hubungan baik
antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, sambutan
perayaan dan hal-hal domestik dalam drama Tamu di Bukit
Kenny (1968) oleh Usman Awang, Kabut Merah (1980) oleh Nor
Rihan Yahya, Melewati Dimensi Masa (1991) oleh Ghazali Ngah
Aziz, Pelarian yang Kedua (1980) oleh Azizi Hj. Abdullah,
Warisan (1997) oleh Raja Sabaruddin Raja Abdullah.
Yang disebut itu cuma sebahagian kecil daripada sebegitu
banyaknya cerita mengenai cara-cara untuk meningkatkan
hubungan kaum antara orang Melayu dan Cina. Kejayaan itu
penting dan tepat pada masanya (right timing) yang juga
didapati adalah satu lagi titik masa penting dalam keharmonian
antara kaum di Malaysia. Antara yang dimaksudkan itu banyak
karya itu adalah yang telah memenangi peraduan mengarang.
Misalnya, novel Salina (1961) oleh A. Samad Said, yang
memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Novel DBP
1958; novel Saga (1976) daripada Abdul Talib Mohd. Hassan
telah memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Novel
GAPENA, 1976; novel Pulanglah Perantau (1971) karya Aziz
Jahpin, telah memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan
Novel Sepuluh Tahun Merdeka pada tahun 1967; novel Musafir
(1959) gubahan Hasan Muhammad Ali, telah memenangi
hadiah kedua dalam Peraduan Novel DBP pada tahun 1958;
novel Interlok (1971) karya Abdullah Hussain, telah memenangi
hadiah sagu hati dalam Peraduan Novel Sepuluh Tahun
Merdeka pada tahun 1967; novel Desa Pinggitan (1964) oleh
Ibrahim Omar, telah memenangi hadiah kedua dalam Peraduan
Novel DBP pada tahun 1963; novel Pelarian (1978) oleh Abdul
Talib Mohd. Hassan, telah memenangi hadiah kedua dalam
Sayembara Novel Hari Guru pada tahun 1976; novel Hidayah
(1984) daripad Harun Haji Salleh, telah memenangi hadiah

18

utama dalam Peraduan Mengarang Novel Islam, yang ditaja
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sempena Abad ke 15
Hijrah (1400) pada tahun 1979; novel Bahimiyah (1988)
daripada Nora, telah memenangi hadiah penghargaan dalam
Peraduan Mengarang Novel Islam tajaan Bahagian Agama
Jabatan Perdana Menteri sempena Abad ke 15 Hijrah (1400)
pada tahun 1979, dan novel Arbain (1985) karya Sabda S, telah
memenangi hadiah penghargaan dalam Sayembara Anugerah
Novel Darul Iman I, tajaan kerajaan negeri Terengganu dengan
kerjasama PELITA dan GAPENA pada tahun 1983.
Selain itu, oleh sebab ‘timing’ yang baik, banyak daripada
karya yang disenaraikan itu telah dijadikan buku teks sekolah,
lantas sudah diedarkan dengan meluas ke sekolah-sekolah di
sekolah, lebih-lebih lagi yang dijadikan teks bacaan wajib untuk
peperiksaan. Yang lebih menarik lagi ialah Musafir, Interlok dan
Pulanglah Perantau. Dan, karya-karya ini telah ulang dicetak
banyak kali.
Dalam karya Interlok, Lingkaran, Suboh, Musafir dan lainlain, penulis yang berkenaan telah mengadun pemerhatian,
perasaan, pengalaman, imaginasi dan wawasan mereka secara
kreatif ke dalam cerita mereka. Gabungan antara fakta dengan
fiksyen yang dilakukan mereka bukan sahaja sudah telah
memberi ruang baru kepada mereka untuk membangunkan
kisah itu dalam kontek yang mereka ingini, tetapi juga yang
lebih penting lagi ialah telah memberi peluang baru kepada
pembaca untuk menerokai sesuatu yang baru. Sampai di sini,
mungkin boleh ditanya: adakah cerita-cerita ini model yang
boleh diikuti dalam hidup yang sebenarnya? Jawapannya
bergantung kepada penafsiran dan penerimaan pembaca
masing-masing.
Walaupun tidaklah sempurna dan yang boleh dianggap
sebagai yang terbaik, penulis yang berkenaan telah
menceritakan yang mereka tahu dan mahu dengan sebaik
yang mungkin tentang pelbagai aspek interaksi antara kaum.
Misalnya, dalam cerpen Isteri Leong Beranak
dan novel
Bangsal, Interlok, Subuh dan lain-lain, penulis telah menitikberatkan perubahan sikap dan tingkah laku daripada yang
menolak kepada yang menerima, daripada yang tidak
bertoleran kepada yang bertoleran, daripada konflik kepada
yang aman antara watak orang Melayu dengan watak orng
bukan Melayu.

19

Dalam novel Subuh, kita boleh mengikuti perdebatan
antara generasi tua dengan generai muda tentang
perkahwinan campur antara kaum dalam dialog antara Basir
dengan ibu bapanya. Seterusnya dalam novel Lingkaran, kita
boleh mengikuti
suara Arena Wati yang didapati telah
memainkan peranan sebagai pengkritik sosial. Antara yang
dimaksudkan ialah Arena Wati bukan sahaja menceritakan
latar belakang watak daripada kaum yang berlainan, tetapi
juga memberi komennya tentang rasuah yang boleh
menjatuhkan, malah memusnahkan watak-watak dalam karya
itu. Yang menariknya ialah karya sastera daripada pengarang
yang berwawasan dari tahun 1970-an hingga 1980-an sudah
mengkritik kejahilan, keangkuhan, keegoan dan sifat
membesarkan diri watak-watak Melayu dan bukan Melayu.
Berjaya tidaknya cerita dan watak dalam karya sastera
itu membayangkan potensi dan gunanya sastera sebagai
wahana untuk membawa perubahan seperti yang dihajati
penulis yang berkenaan juga bergantung pada pembaca sendiri
sama ada boleh memahami mesej yang tersirat di sebalik kisah
dan watak dalam karya sastera itu. Mereka ada banyak pilihan,
maka bebas untuk membuat keputusan dan tindakan masingmasing dalam konteknya. Yang penting di sini ialah pembaca
telah diberi peluang untuk memikirkan dan memahami sama
ada perlu bagi mereka untuk mengubah sikap, pilihan,
keputusan dan tindakan mereka dalam kontek negara yang
berbilang kaum.
Seperkara lain yang penting di sini adalah cerita dalam
karya sastera yang memenangi hadiah peraduan sama ada
DBP atau organisasi lain itu adalah selaras dengan matlamat
kerajaan Malaysia. Penulis yang berkenaan memahami
perkembangan yang berlaku. Mesej mereka adalah jelas:
memupuk interaksi dan kebergantungan antara kaum.
Misalnya, dalam novel Interlok yang ditulis pada awal tahun
1960-an, Abdullah Hussain telah menceritakan pengalaman
dan reaksinya tentang hubungan antara kaum dengan
menyisipkan banyak pengalaman dan penyelidikannya sendiri.
Menulisnya selepas berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 telah membolehkannya mempunyai kelebihan perspektif
dan pengalaman yang terkumpul pada dirinya, selain untuk
menyatakan visi dan impiannya. Kaedah masa jarak jauh yang
digunakannya itu juga telah membolehkannya
dapat
mengetengahkan pendapatnya tentang ketidak-harmonian

20

antara kaum, gangguannya yang boleh menjejaskan kehidupan
biasa serta akibat pemecahan rakyat mengikut kumpulan etnik
yang berlainan terhadap masa depan negara.
Untuk
menceritakan apa yang diingininya, keempat-empat bab dalam
Interlok tidak boleh dipisah-pisahkan dalam menyampaikan
pentingnya kaum-kaum yang sedia ada itu mesti hidup
bersama dengan aman dan damai.
Membaca keseluruhan karya itu, pembaca dijangka boleh
memahami sejarah perkembangan kaum bersama-sama
dengan pembangunan ekonomi negara ini dari awal abad ke-19
sehingga lahirnya Malaysia. Dengan berbuat demikian,
Abdullah Hussain boleh dikatakan telah berjaya membawa
pembacanya merentasi persempadanan fantasi dan realisma
kerana
dia
telah
menjalinkan
hubungannya
dengan
pembacanya dengan ceritanya tentang orang Melayu dan
bukan Melayu yang telah bekerjasama, selain menyesuaikan
diri antara satu sama lain dalam tempoh masa lebih kurang
seabab yang lalu.
Memandangkan tidaklah mudah, lebih-lebih lagi yang ia
akan mengambil masa yang panjang untuk membuat
perubahan, maka penulis yang berkenaan mendapati
permulaan perlu dibuat pada masa sekarang oleh watak-watak
yang didapati perlu mengubah sikap mereka. Inilah gambaran
sepintas lalu yang kita dapati selepas membaca dan
memahami mesej penulis yang berkenaan di sebalik cerita
dalam karya sastera itu dalam konteknya. Antara perubahan
yang maksudkan itu telah ditunjukkan pada watak Pak Sudin
dalam novel Subuh dan watak Cing Huat dalam novel Interlok.
Yang dimaksudkan itu ialah Pak Sudin telah menerima
perkahwinan campur anaknya yang pernah ditolaknya.
Demikian juga Cing Huat dalam Interlok telah insaf yang dia
perlu mengubah sikapnya untuk menjadi lebih dekat kepada
orang Melayu. Inilah juga sebahagian daripada perubahan
sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat yang turut
membawa serangan yang berterusan kepada uraf saraf orang
generasi tua
yang
telah membuat mereka membuat
penyesuaian diri mereka dapati perlu mereka lakukan untuk
memenuhi perubahan itu.
Tidak ada masa yang lebih baik untuk berbuat demikian
daripada
titik
masa
sekarang
dengan
menggantikan
ketidakpercayaan dengan kepercayaan, kebencian dengan
kasih sayang, perasaan sakit hati dengan semangat muhibah,

21

dan sentimen negatif dengan sentimen positif sesama mereka,
sama ada sebagai kawan, jiran,, rakan sekerja, pekerja,
majikan, pegawai rendah dengan pegawai atasan.
Contoh lain yang baik sehubungan itu telah diberi dalam
novel Bangsal (1991), karya Wan Ahmad Ismail, dengan Ling
Seng Thong mengupah Ali Ketupi yang sebelum itu telah
membakar bangsal operanya. Pendek kata, penulis Melayu
generasi baru itu telah menceritakan manfaat keharmonian
kaum bagi kepentingan rakyat yang terdiri daripada berbilang
kaum di Malaysia demi masa depan mereka dan negara.
Sebagai satu kumpulan, penulis-penulis yang berkenaan
mendapati itulah juga tanggung jawab mereka kepada negara.
Sampai di sini, ingin ditanya: Tidakkah karya-karya
tersebut mempunyai unsur propaganda, termasuk dengan
tujuan untuk mempengaruhi pendapat umum, terutamanya
yang memenangi hadiah? Apakah salahnya kalau sedemikian
dan didapati boleh memainkan peranan besar dalam
pembangunan negara?
Oleh sebab itu, tidaklah hairan
sekiranya ada unsur-unsur propaganda dalam karya-karya
sastera yang dimaksudkan sebagai alat dan kuasa untuk
pembangunan, lagipun karya sastera yang menceritakan
hubungan kaum yang rumit.
Kita dapati tidaklah
salah
karya sastera yang
menceritakan hubungan antara kaum itu disuntikkan unsur
didaktif dan propaganda seperti yang dilakukan Abdullah
Hussain, Arena Wati, Wan Ahmad Ismail, A Samad Ismail dan
lain-lain yang memenangi hadiah peraduan mengarang. Kita
perhatikan karya-karya itu adalah untuk memupuk semula
hubungan kaum selepas rusuhan kaum pada 1969. Merebut
peluang keemasan itu, penulis Melayu itu telah menceritakan
apa yang mereka impikan sebagai yang mereka tahu sebagai
yang terbaik untuk perpaduan rakyat yang berbilang kaum di
Malaysia.
Adalah perkara lain jika impian itu tidak boleh menjadi
kenyataan. Sebagai orang Melayu sendiri, mereka sudah tentu
amat prihatin dengan masalah politik, ekonomi dan sosial yang
dihadapi orang Melayu berhubung dengan orang bukan Melayu
dalam pembangunan negara.
Umum mengetahui tujuan sastera wawasan adalah untuk
mempromosi pandangan, persepsi atau agenda yang tertentu.
Oleh sebab itu, ia sering dikaitkan dengan mekanisme psikologi
orang ramai untuk mempengaruhi dan mengubah sikap mereka

22

yang dijadikan sasaran perhatian penulis yang berkenaan itu ke
arah agenda politik perdana, misalnya, dalam usaha untuk
membentuk satu set corak kepercayaan dan perspektif yang
baru untuk menggantikan yang lama. Untuk berbuat demikian,
karya sastera wawasan telah dimasukkan unsur propaganda
untuk mempengaruhi pembacanya selari dengan rentak
perdana pihak kerajaan. Mereka melakukannya dengan
mengemukakan fakta-fakta, peristiwa-peristiwa, watak-watak
dan isu-isu yang mereka prihatin dan dipilih khas untuk
menggalakkan interaksi antara kain dalam kepelbagaian
bentuk yang sebahagiannya sudah dinyatakan dalam siri
makalah ini.
Kata kunci di sini adalah untuk membuat perubahan.
Sehubungan itu, Aziz Jahprin dalam novelnya Pulang Perantau
(1998) turut berkongsikan mesej yang didapatiya daripada
buku Revoulosi Mental bahawa tidaklah mudah untuk orang
Melayu mengubah cara berfikir mereka daripada yang lama
kepada yang baru untuk membuat mereka menjadi lebih
berinisiatif, berimaginasi, tahu berjimat cermat, berdikari dan
nilai positif yang lain yang akan memberi kuasa kepada mereka
untuk berani membuat keputusan dan mengambil risiko demi
kemajuan mereka, misalnya. Ini menerangkan sebab dia yang
mengatakan hanya selepas beberapa tahun pelaksanaan DEB,
barulah orang Melayu mula berubah daripada sikap mereka
yang berlemah lembut, pemalu, pasif, tidak berani meminta,
suka berfoya-foya, dan acuh tak acuh dalam menghadapi
cabaran baru dalam hidup.1
Namun, entah berapa ramai orang di sepanjang sejarah
telah meninjau masa depan mereka. Di sinilah seruan kerajaan
Malaysia telah menarik ramai penulis Melayu wawas untuk
berdiri di belakang kerajaan untuk memupuk keharmonian
antara kaum. Mereka telah berkongsikan impian dan visi
mereka. Sudah disebut tadi, sejauh mana karya mereka
menggambarkan realiti sosio-ekonomi dan politik yang ada itu
Aziz Jahprin. 1998: Benarlah seperti kata perancang Revolusi Mental,
bukan mudah hendak menukarkan cara penikiran lama hingga terbentuk
sifat-sifat inisiatif, imaginatif, jimat cermat, berdikari, berdaya mencipta
dan berani mengambil risiko demi kemajuan. Beberapa tahun selepas
berjalannya DEB barulah orang Melayu dapat menimbang semula sifatsifat aslinya menghadapi cabaran-cabaran semasa seperti lemah
lembut, malu, pasif, tidak berani menuntut hak, suka berfoya-foya dan
sikap 'tak apa' dalam beberapa hal.
1

23

adalah perkara yang lain. Isu pokok di sini ialah mereka