SOALAN NO.10 Internet menjadi satu ruang

SOALAN NO.10
'Internet menjadi satu ruang baru yang penting untuk kajian sejarah. Ia merupakan
cabaran terbaru kepada aliran sejarah nasional'. Bahaskan pernyataan ini dengan
meneliti blog/ website/ dan lain-lain yang mempunyai kaitan dengan sejarah.
FAIDAH BINTI YUSOF
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan pustaka internet ini dapat definisikan sebagai
rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
Manakala pengertian internet menurut Strauss, El-Ansary, Frost (2003) 1 ialah seluruh
jaringan yang terhubung antara satu sama lain. Beberapa komputer dalam jaringan ini boleh
menyimpan data-data.

Manakala menurut O’Brien (2003)2 internet merupakan jaringan

komputer yang berkembang pesat dari segi perniagaan, pendidikan dan jaringan
pemerintahan yang saling berhubungan antara satu sama lain dari seluruh negara. Menurut
Allan (2005), internet adalah sekumpulan jaringan komputer yang saling berhubung secara
fizikal dan memiliki kemampuan untuk membaca dan menguraikan protokol komunikasi
tertentu yang disebut Internet Protocol (IP) dan Tramsmission Control Protocol (TCP).
Protokol adalah spesifikasi sederhana mengenai bagaimana komputer saling bertukar

maklumat antara satu sama lain.
Pengertian di atas menunjukkan pendefinisian internet ini secara fizikal iaitu ruang
interaksi antara jaringan komputer itu sendiri secara umum. Maka, berdasarkan soalan saya
percaya bahawa internet ini sebagai ruang kepada pengkajian sejarah oleh pengkaji sejarah
dan memberi cabaran kepada pengkaji aliran sejarah nasional. Suka untuk saya merujuk
tokoh Lani Sidharta (1996) bahawa internet ini sebagai ruang sejarah. Misalnya, menurut
Menurut Lani Sidharta (1996)3 bahawa internet ini harus dipandang sebagai sumber
daya informasi. Isi Internet adalah informasi, dapat dibayangkan sebagai suatu database atau
perpustakaan multi media yang sangat besar dan lengkap. Bahkan Internet dipandang sebagai

1 S. Judy., A. I. Ansary. & F. Raymond. (2003). E-Marketing. Pennsylvania State University, US: Prentice Hall. Hlm
23.
2 A. O’Brien, James. (2003). Introduction to Information System Essential for E-Business
Enterprise Eleventh Edition. New York: McGraw-Hill.
3 Sidharta, Lani. (1996). Internet Informasi Bebas Hambatan. Elex Media Komputindo, Jakarta.

1

dunia dalam bentuk lain (maya) kerana hampir seluruh aspek kehidupan di dunia nyata ada di
internet seperti pendidikan, perniagaan, politik, hiburan dan lain-lain.


ISI KANDUNGAN
Tajuk

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

m/s

Pengenalan
Internet sebagai ruang baru alam pengkajian sejarah
Cabaran terhadap aliran sejarah nasional
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran


1
3 - 11
11-15
15
16-18
19-50

2.0 INTERNET SEBAGAI RUANG BARU DALAM PENGKAJIAN SEJARAH.
2.1 PENCARIAN DAN PENGUMPULAN SUMBER SEJARAH MEMUDAHKAN
PROSES HEURISTIK.

2

Heuristik ini berasal daripada perkataan Yunani, Heuriskin yang membawa maksud
menemukan. Menurut G. J. Reiner (1997)4, heuristik adalah suatu teknik, mencari
dan
mengumpulkan sumber. Maka, internet sebagai ruang baru ini mengupayakan heuristik

iaitu tahap untuk mencari, menemukan dan mengumpulkan sumber-sumber atau data-data
agar dapat mengetahui segala bentuk peristiwa kejadian sejarah masa lampau. Oleh itu

dengan kemunculan internet pada zaman moden ini secara tidak langsung telah
mengupayakan proses heuristik dalam pengkajian sejarah.

Proses heuristik ini boleh

terbahagi kepada dua iaitu sumber bertulis dan sumber lisan. Dalam sumber bertulis ini pula
terdapat sumber primer dan sumber sekunder sumber primer ialah sumber yang ditulis
semasa peristiwa itu berlaku contohnya laporan kolonial, dokumen rasmi kerajaan. Sumber
sekunder tau sumber kedua ialah seperti “Thesis”, buku, skrip, jurnal dan lain-lain. Maka
melalui penggunaan internet ini juga dapat menjadikannya sebagai ruang baru dalam proses
heuristik ini oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Hal ini juga kerana dengan penggunaan internet
ini juga sebagai ruang untuk pengkaji bukan sahaja mencari dan mengumpulkan sumber
sejarah, namun membantu pengkaji menyelidik data-data sejarah yang dicari itu.
Misalnya melalui penggunaan internet yang dianggap sebagai ‘ruang baru’ in juga
pengkaji sejarah boleh mencari sumber-sumber sejarah sebanyak yang mungkin dan
seterusnya mengkategorikan sumber sejarah itu melalui pendekatan heuristik dengan meneliti
laman web tersebut untuk kajian sejarah secara sistematik.

Selepas mengumpul,


mengkategorikan dan membuat penelitian terhadap sumber dan data kajian serta penyelidikan
secara sistematik, pengkaji dan penyelidik boleh menapis dan mengutip sumber dan data
yang berkaitan dengan kajian sejarah. Oleh itu, pendekatan heuristik melalui internet boleh
membantu pengkaji dan penyelidik untuk memenuhi kesahihan dalam pengkajian sejarah.
Internet yang dianggap sebagai ruang baru ini sememangnya benar, kita boleh lihat dan
membuat perbandingan misalnya aliran sejarah nasional menghasilkan pengkajian sejarah
mereka dengan menggunakan kaedah lama dengan pergi menemu bual dari satu tempat ke
tempat yang lain yang mengambil masa yang lama. Dengan internet yang dianggap sebagi
ruang baru ini memudahkan kerja dan menjimatkan masa dan info-info yang berkaitan
sejarah juga didapati itu juga tepat. Hal ini dapat dibuktikan sekiranya sesuatu sumber itu
dijumpai melalui internet misalnya kita dapat memastikan kesahihannya dengan melakukan
verifikasi dan interpretasi sumber. Dengan adanya internet sebagai ini juga memudahkan
4 G. J. Reiner. (1997) Metode dan Manfaat Ilmu Sejarah. Yogyakarta: Pustaka Pelajar

3

pengasasan sumber-sumber sejarah. Hal ini juga disebabkan dalam pengkajian sejarah kita
mengkaji mementingkan sumber utama dahulu kemudian merujuk sumber sekunder.
Malahan sumber primer dan sekunder boleh didapati dalam online sahaja.
2.1.2 Arkib secara talian.

Di Malaysia seperti (http://www.arkib.gov.my/en/) gambar rajah seperti di (rujuk
Lampiran A gambar rajah 1). Kandungan di dalam laman web Arkib Negara Malaysia ini
mengandungi pelbagai maklumat sejarah-sejarah negara sebelum merdeka yang terbukti
kesahihannya dan keasliannya, malahan juga dalam laman web arkib negara ini mengandungi
juga Perpustakaan Arkib Negara Malaysia yang boleh diakses oleh semua secara langsung
untuk mendapatkan sumber yang sahih seperti: (http://webopac.arkib.gov.my/elmu/index.jsp?
module=webopac-d&action=webopac.jsp)

ataupun

(http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/e-arkib-penyelidik).

e-arkib

Maklumat lanjut (rujuk

Lampiran A gambar rajah 2)
Di luar negara seperti Amsterdam juga mempunyai arkibnya yang tersendiri sila rujuk
Lampiran , dengan melayari secara online sahaja. Mislanya boleh dilihat dengan (rujuk
Lampiran A rajah 3)

(http://stadsarchief.amsterdam.nl/english/archives_database/introduction/)

2.1.3 Manuskrip secara online.
Internet ini juga dianggap sebagai ruang baru dalam pengkajian sejarah dan memberi
cabaran kepada aliran sejarah nasional. Misalnya, aliran sejarah nasional yang mengkaji
sejarah misalnya, sejarah Melayu mereka perlu pergi sendiri ke tempat tersebut untuk
mendapatkan manuskrip-manuskrip tersebut. Namun kini, terdapat juga laman web secara
online yang mengandungi maklumat terperinci mengenai sumber-sumber manuskrip zaman
dahulu kala. Misalnya, kewujudan kerajaan Champa dapat dibuktikan kesahihannya juga
melalui pengkajian menggunakan internet ini kerana terdapatnya laman web khas
mengandungi manuskrip kerajaan Champa dan untuk melihat bukti manuskrip tersebut laman
web tersebut boleh diakses seperti (http://kupelema.wordpress.com/category/champa/)
laman

web

(http://kupelema.wordpress.com/tag/manuskrip-melayu/page/4/)

dan


manuskrip

kerajaan Melayu zaman dahulu kala. Maklumat lanjut (rujuk Lampiran B dan gambar

4

rajah 1 dan gambar rajah 2) yang menunjukkan manuskrip-manuskrip lama yang boleh
diakses untuk mendapatkan butirannya.
Selain itu, terdapat juga laman web yang menyediakan Laporan Komisi Tentang
Permasalahan Nasional dan Kolonial oleh V. I. Lenin (1920) dan diterjemahkan oleh Anonim.
Laman web ini juga telah menyediakan laporan ini yang telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Indonesia. Untuk maklumat lanjuk sila rujuk Lampiran B dan gambar rajah 3 serta 4
yang memuatkan gambar Laporan Komisi Tentang Permasalahan Nasional dan Kolonial oleh
V. I. Lenin (1920). Untuk melihat keterangan secara terperinci (rujuk Lampiran B gambar
rajah 3).

2.1.4 E-Muzium.
selain daripada itu bukan sahaja buku-buku lama yang tersimpan di dalam perpustakaan
boleh diakses secara online, malahan muzium yang menyimpan beratus-ratus arca atau
monumen peninggalan zaman dahulu juga boleh diakses secara online untuk mendapatkan

kesahihan dan maklumat secara terperinci kewujudan sesuatu arca ataupun monumen
sumber-sumber sejarah dan maklumat-maklumat berkaitan tarikh dijumpai, tempat dan lokasi
muzium

monumen

ini

disimpan.

Contohnya

ialah

(http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/tanda-kebesaran-wilwatikta/pataka-wilwatikta-2/)
maklumat lanjut juga (rujuk Lampiran C gambar rajah 1). Di laman “Wilwaktikta Online
Museum” ini terdapat beratus maklumat monumen atau arca peninggalan zaman kerajaan
Majapahit seperti di gambar rajah di bawah.

Muzium ini merupakan muzium yang di


Indonesia yang mengemas kini maklumat monumen-monumen atau arca-arca sumber sejarah.
Dengan cara-cara ini jugalah muzium online dianggap sebagai pelestarian apresiasi budaya
dan gedung sumber-sumber sejarah secara talian. Untuk melihat butiram contoh laman web
tersebut seperti berikut setelah diakses.

5

f
s
Sumber dari: (http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/tanda-kebesaran-wilwatikta/patakawilwatikta-2/), diakses pada 24/11/2014.

2.1.5 Perpustakaan secara talian (library Online)
Internet yang dianggap sebagai ruang baru juga boleh dilihat dari aspek peminjaman bukubuku dari perpustakaan tidak perlu mencari secara manual kerana boleh mencari buku secara
online sahaja dengan memasukkan tajuk buku, kemudiannya nama perpustakaan dan no. siri
buku-buku tersebut akan muncul. Contohnya di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM. Semua
pengguna boleh melayari (http://elib.usm.my/) (rujuk Lampiran D gambar rajah 1), selain
itu di Universiti Malaya pula boleh melayari (http://www.umlib.um.edu.my/) (rujuk
Lampiran D gambar rajah 2) bukan sahaja di Malaysia tetapi boleh dikatakan setiap
institusi juga menjadikan internet sebagai sumber dalam pencarian buku-buku atau jurnaljurnal.

Misalnya di Murdoch University, Australia hanya dengan melayari
(http://library.murdoch.edu.au/) untuk melihat keterangannya sila (rujuk Lampiran D
gambar rajah 3). Dengan adanya perkara-perkara ini, akan memudahkan pengkajian kerana
semuanya sudah sedia ada di dalam internet. Salah satu perkara inilah yang menjadikan
internet sebagai ‘ruang baru’ dalam pengkajian sejarah.

6

Selain itu, sebelum ini aliran sejarah nasional dalam pengkajian sejarah ataupun dalam
menghasilkan ‘thesis’ mereka perlu pergi sesuatu tempat tersebut untuk dapatkan data
terperinci mengenai sumber-sumber sejarah seperti bahan peninggalan sejarah ataupun
manuskrip-manuskrip lama yang berkaitan sejarah. Perkara ini juga diakui oleh Dr. Syed
Zainal Ariff Jamaluddin, Pensyarah Bahasa Melayu, USM dalam kuliahnya Sejarah
Linguistik Bahasa Melayu yang menyatakan bahawa dalam menghasilkan buku kajian beliau,
beliau telah pergi ke Belanda sendiri untuk mendapat kesahihan tentang kewujudan
manuskrip-manuskrip Melayu. Namun, kini tidak perlu kerana pelajar boleh berhubung
menggunakan video ‘skype’ untuk mendapat kesahihan sesuatu maklumat kerana kita boleh
menjadikan internet sebagai medan untuk menentukan kesahihan sumber.

2.1.6 E-book ataupun e-jurnal.
Internet ini juga telah menjadi wadah interaksi antara pelajar dan ahli sejarah ataupun
dalam kalangan ahli sejarah itu sendiri. Hal ini kita dapat lihat bahawa ada dengan adanya
internet ini sebenarnya lebih mencepatkan sesuatu sumber atau buku kajian itu diperoleh.
Misalnya sesuatu buku itu setelah diterbitkan dan belum dipasarkan di luar tetapi seseorang
pelajar itu boleh terus mendapatkan koleksi buku itu secara talian dengan lebih mudah dan
cepat walaupun buku itu diterbitkan di luar negara.

Contohnya di Universiti Malaya

“Pendeta Discovery” ini menyediakan perkhidmatan pembelian buku online yang
mengandungi semua bidang dalam sumber sejarah dengan terdapatnya buku yang sudah lama
diterbitkan seperti buku “Napoleon Bonaparte” yang ditulis oleh Thompson, J. M. (James
Matthew), 1878-1956, kemudian telah diterbitkan pada tahun 1952, (rujuk Lampiran E
gambar rajah 1.). Selain daripada itu juga di Amerika Syarikat terdapat satu lama web iaitu
“Central Intelligence Agency” CIA yang mengandungi fakta-fakta sesuatu peristiwa seluruh
negara

yang

boleh

diakses

sekiranya

ianya

sudah

terbukti

kesahihannya

(https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/pe.html)

iaitu
(rujuk

Lampiran E gambar rajah 2). Selain daripada itu, Malaysia yang mempunyai Dewan
Bahasa dan Pustaka secara online juga mempunyai e-jurnal yang boleh diperoleh secara
talian seperti laman web (http://ejurnal.dbp.gov.my/) (rujuk Lampiran E gambar rajah 3)
untuk maklumat lanjut.

7

Selain itu, di Universiti Kebangsaan Malaysia, juga mempunyai e-jurnal sendiri yang
boleh diakses secara talian yang dikenali sebagai “Malaysian Journal of History, Politics &
Strategic Studies” atau lebih dikenali sebagai ( JEBAT ). Diterbitkan oleh Pusat Pengajian
Sejarah, Politik & Strategik di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) sejak tahun 1971.
(JEBAT)

ini

juga

boleh

di-email

untuk

bertanyakan

soalan

atau

pandangan.

(jebat@ukm.edu.my). Laman web seperti berikut boleh diakses untuk mendapatkan jurnaljurnal setiap bulan, manuskrip-manuskrip, dan pelbagai buku yang boleh didapati secara
talian. (http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php) (rujuk Lampiran E gambar 4). Selain itu,
“THE MALAYSIAN BRANCH OF THE ROYAL ASIATIC SOCIETY” atau lebih dikenali
sebagai ( MBRAS ) boleh diakses seperti berikut (http://www.mbras.org.my/)

untuk

maklumat lanjut (rujuk Lampiran E gambar 5).

2.2 KETERSAMPAIAN VERIFIKASI ATAU KRITIK SUMBER

Verifikasi ialah penilaian sumber-sumber sejarah, dalam penilaian sumber-sumber
sejarah secara verifikasi ini akan menjadikan sumber-sumber yang diperoleh itu mendapat
keaslian dan kesahihannya. Verifikasi sumber ini tidak terhad kepada sumber seperti bukubuku, jurnal, artikel, majalah dan sebagainya tetapi boleh diaplikasikan kepada penilaian
sumber yang diperoleh daripada internet juga. Hal ini disebabkan sifat-sifat verifikasi itu
sendiri kerana, setiap sumber yang diperoleh akan dinilai dengan cara verifikasi ini. Dalam
penelitian sumber sejarah pengkaji akan mencuba untuk mencari kebenaran tentang apa-apa
yang berlaku terhadap sesuatu peristiwa yang dikaji untuk membuktikan kebenaran tersebut
dengan melakukan penilaian sumber sejarah, oleh itu berdasarkan kepada sumber sejarah
yang diperoleh daripada internet ketersampaian verifikasi ini dapat dilakukan terhadap
pelbagai sumber yang diperoleh Akan tetapi sumber sejarah yang digunakan itu haruslah
benar-benar bukti yang sesuai mengenai sesuatu peristiwa yang dikaji. Demikianlah sumber
sejarah harus memiliki kebenarannya. Maka untuk menguji kebenaran sumber sejarah itu
harus melakukan kritik sumber terhadap sejarah yang diperoleh agar penilaian (verifikasi)
yang dijalankan dapat ketulenannya. Kritik sumber dapat dilihat daripada dua aspek iaitu
aspek eksternal (keaslian) dan aspek internal (kesahihan sumber). Kritik eksternal ini bersifat
fizikal, bukan melihat isi sumber tersebut. Misalnya, jika kita menemui sesuatu sumber
bertulis kritik eksternal dilakukan dengan melihat jenis kertas yang digunakan, jenis tulisan
8

atau jenis hurufnya kerana dengan cara ini kita dapat mengetahui kewujudan sesuatu
peristiwa itu mengikut zaman-zamannya. Contoh yang jelas apabila kita mendapat sumber
daripada laman web yang mengandungi manuskrip-manuskrip sebagai sumber sejarah, maka
kritik eksternal boleh dilakukan ke atas manuskrip berikut untuk mengetahui masa
kewujudan suatu sumber tersebut.

Lampiran F Rajah 1:Sumber : (http://kupelema.files.wordpress.com/2010/11/dscn06102.jpg), diakses pada 20
November 2014 jam 5.45 petang
Manakala, kritik internal pula ialah setelah kita menjalankan kritik eksternal kita melihat
secara kritis terhadap isi-isi yang terkandung dalam sumber yang dijumpai itu sama ada
sumber dapat dipercayai ataupun tidak ataupun dikenali sebagai kritik kredibiliti sesuatu
sumber. Hal ini kerana menurut Gilbert J. Garraghan (1957) kekeliruan seseorang terhadap
sumber sejarah mempunyai dua sebab utama. Pertama kekeliruan sumber maklumat dalam
usaha menginterpretasikan suatu sumber. Kedua kekeliruan terhadap sumber formal ataupun
kekeliruan yang disengajakan. Oleh itu kritik sumber dilakukan sebagai alat pengecaman
untuk mengesan sebarang kekeliruan sumber sejarah yang berlaku. Misalnya setelah kritik
eksternal, selanjutnya kritik internal dijalankan misalnya kritik internal yang mengkaji isi
kandungan sesuatu kajian dengan merujuk sumber sejarah (Lampiran F gambar rajah 1)
diatas, secara tidak langsung dengan menggunakan internet ini juga boleh dilakukan kritik
internal untuk melihat isi-isi kandungan sumber sejarah itu untuk mendapatkan kebenaran
sesuatu peristiwa itu secara terperinci. Selain itu, kritik internal dan eksternal dijalankan
terhadap

laman

sesawang

‘facebook’

yang

bernama

(https://www.facebook.com/EmpayarZiyad/posts/612847728742090)

Empayar
yang

Al-Zayid
menulis

maklumat yang tidak benar berkaitan dengan sejarah (rujuk Lampiran F gambar rajah 2)
Setelah proses verifikasi dijalankan iaitu meneliti secara terperinci satu sumber dengan
sumber yang lain dan menjalankan kritik secara eksternal dan internal.
9

Selain daripada itu, kritik sumber juga dilakukan terhadap video Kini Tv.com kenyataan
yang tidak benar yang dikeluarkan oleh Tan Lai Soon, Wakil Gerakan Johor mengenai asal
usul orang Melayu itu hanya daripada negara Indonesia dan bukan orang asal Melayu. Video
lanjut

dengan

mengakses

(http://www.youtube.com/watch?v=fgWprwp_G24)

Lampiran F gambar rajah 3).

(rujuk

Maka dalam menjalankan proses verifikasi untuk

memastikan adakah isi kandungan oleh Tan Lain soon yang diperoleh daripada sumber
tersebut ini adalah benar atau tidak benar, oleh itu kajian juga dijalankan dengan meneliti
blog

yang

melayu.html)

lain

iaitu

(rujuk

blog

(http://norhayatikarim.blogspot.com/p/asal-usul-bangsa-

Lampiran

F

gambar

rajah

4)

dan

blog

ini

(http://ibnurusydi.blogspot.com/) (rujuk Lampiran F gambar rajah 5) yang menerangkan
juga mengenai asal-usul orang Melayu. Maka, timbul persoalan yang manakah sumber yang
tepat?. Bagi mendapatkan jawapan bagi kedua-dua masalah yang timbul ini maka tinjauan
kajian dijalankan dengan merujuk kepada buku ‘Susur Galur Bahasa Melayu” Asmah Haji
Omar, menerangkan secara terperinci asal-usul orang Melayu dan menunjukkan blog oleh
(http://norhayatikarim.blogspot.com/p/asal-usul-bangsa-melayu.html)

dan

blog

(http://ibnurusydi.blogspot.com/) adalah benar ini dibuktikan lagi dengan cara mengakses ke
laman berikut (http://library.perdana.org.my/Bk_scan/499.233-ASM-7.pdf) merupakan satu
bahan buku yang boleh dibaca secara online di mana buku ini menerangkansecara lengkap
asal usul orang Melayu yang sebenarnya. (Sila rujuk Lampiran F gambar rajah 6)

2.3 PENTAFSIRAN SUMBER MEMUDAHKAN PROSES INTREPERTASI
Interpretasi merujuk kepada pentafsiran terhadap sumber-sumber sejarah dengan
merungkap fakta-fakta sejarah tersebut menjadi yang juga dikaitkan dengan sebagai
pentafsiran sesuatu peristiwa berdasarkan sumber-sumber sejarah yang diperoleh.
Hal ini juga jelas dapat dilihat bahawa kajian sejarah sebagai suatu peristiwa dapat dapat
diungkap kembali oleh pengkaji melalui berbagai-bagai sumber, baik berbentuk data,
dokumen perpustakaan, buku-buku, berkunjung ke tapak muzium simpanan artifak sejarah
atau menemu bual atau wawancara tokoh atau ahli sejarawan yang mahir dalam bidang
pensejarahan sehingga maklumat atau sumber-sumber itu dapat menyokong untuk
menjalankan proses interpretasi. Maka ‘ruang baru’ yang disediakan internet ini telah
memudahkan segala-galanya dari mulanya proses heuristik, verifikasi dan akhir sekali adalah
untuk mengintrepertasi sumber-sumber yang dikumpul itu. Maka timbul persoalan sekiranya
sesuatu sumber-sumber yang diperoleh itu, adakah dapat dijamin ketulenan dan keasliannya?.
10

Maka jawapan saya pada hari ini cukup mudah, setelah sumber-sumber itu dikumpulkan dan
kita sememangnya boleh menjalankan intrepertasi ke atas sumber-sumber tersebut juga
menggunakan intenet juga dengan menghubungi pakar sejarah yang mahir di seluruh negara
berkaitan dengan sejarah yang dikaji. Selain itu, boleh menghubungi pakar sejarah melalui
talian ‘facebook’, ‘twitter’ untuk menjalankan intrepertasi maklumat yang kita peroleh untuk
mendapatkan kesahihan sesuatu sumber atau data-data yang kita peroleh daripada sumber
internet.
Dalam kajian saya, saya berikan contoh laman web pertama yang saya lihat untuk
mendapatkan kebenaran Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dengan mengakses laman web
seperti
berikut
(http://empatserangkai445.blogspot.com/2013/05/ulasan-karya-agungsulalatus-salatin.html) (rujuk Lampiran G gambar rajah 1), dalam laman ini ada
menceritakan bahawa wujudnya unsur-unsur mitos atau dongeng dalam Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu. Maka bagi mendapatkan kesahihannya interpretasi dijalankan dengan
menghantar e-mail kepada Profesor Zainal Kling untuk mendapatkan kesahannya, untuk
maklumat lanjut (rujuk Lampiran G gambar rajah 2 dan gambar rajah 3) dan e-mail
tersebut dihantar oleh sahabat daripada ahli kumpulan kami dan beliau telah menjawab
persoalan yang dikemukakan.

3.0 CABARAN TERHADAP ALIRAN SEJARAH NASIONAL.
3.1 Apakah itu aliran sejarah nasional?
Aliran sejarah nasional ini merujuk kepada ahli sejarah yang mengkaji sejarah
menggunakan metod lama. Metod yang lama atau lebih dikenali kaedah lama secara manual
dalam pengkajian sejarah.

Perbezaan paling ketara misalnya masa kini pengkaji boleh

menjadikan internet sebagai ruang baru atau wadah untuk menghubungkan antara pelajar dan
pensyarah. Maka, timbul persoalan sekirannya internet ini dianggap sebagai ruang dalam
pengkajian sejarah, adakah ini akan menimbulkan cabaran kepada aliran sejarah nasional?.
Jawapan saya ya, terdapat beberapa cabaran kepada aliran sejarah nasional antaranya ialah:-

3.1 Perubahan dalam proses heuristik.
Dari segi pengumpulan dan pencarian sumber atau heuristik berlakunya cabaran yang
besar antara aliran sejarah nasional dan kini, perubahan ini juga secara tidak langsung telah
memberi cabaran kepada aliran sejarah nasional. Misalnya kita dapat lihat bahawa dalam
11

pengkajian sejarah dahulu tidak ada kemudahan internet atau mencari maklumat
menggunakan sumber-sumber secara talian ataupun dengan mengakses apa-apa laman web.
Contohnya aliran sejarah nasional yang terkemuka yang dikenali sebagai Herodotus yang
merupakan ‘Bapa Pensejarahan’ dalam menghasilkan kajiannya ‘The Histories’ atau
Thucydides dalam karya ‘Perang Peloponesia’ dalam menyiapkan kajiannya dengan
menjelajah satu tempat ke satu tempat, menemu bual, mencari bahan arkib negara dengan
melawat arkib setiap negara yang dikaji, menemu bual masyarakat mencari dokumendokumen rasmi kerajaan. Jelas dapat dilihat semuanya adalah secara manual dilakukan
dalam menghasilkan karya sejarah. Oleh itu perkara ini jugalah menjadi cabaran kepada
aliran sejarah nasional yang sebelum ini sudah terbiasa dengan kajian secara manual.
Manakala, kini yang menjadi perubahan ialah pencarian sumber telah berubah hanya dengan
menggunakannya secara talian. Misalnya, kita dapat lihat contoh di Lampiran A, B, C, D dan
E yang menjelaskan secara terperinci sumber-sumber, data-data atau maklumat secara
terperinci mengenai karya-karya atau monumen-monumen sejarah yang diperlukan. Contoh
perbezaan yang mudah dari segi membuat pinjaman buku di perpustakaan hanya dengan
mengakses secara talian sahaja hanya dengan memasukkan nama pengarang sahaja,
selanjutnya semua nama senarai buku akan muncul.

3.2 Hak milik terpelihara.
Hak Cipta Terpelihara merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan-bahan yang
berhak oleh mereka. Undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia ialah Akta Hak
Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan kepada karya sastera, muzik, seni, filem,
rakaman bunyi, siaran dan terbitan. Hak cipta dalam bidang penulisan sejarah adalah hak
penulis atau penyelidik yang menjalankan kajian. Tujuan hak cipta ialah untuk mengawal
penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan
daripada pemiliknya untuk apa-apa jua sekalipun. Memberikan perlindungan kepada
pemiliknya agar hak cipta miliknya itu tidak dieksploitasi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini disebabkan maklumat di dalam internet ini mudah didapati
sehinggakan isu hak cipta ini sering dikaitkan dengan budaya plagiarisme.

Perkara ini

jugalah menjadi satu cabaran kepada penulis apabila bahan bertulis atau kajian yang
dihasilkan oleh mereka mudah diakses tanpa pengetahuan pemiliknya sendiri.

12

Dengan

adanya hak cipta ini juga secara tidak langsung akan mengawal budaya plagiarisme yang
dikaitkan dengan pelajar pada masa ini.
Selain itu, dalam menangani cabaran penggunaan internet ini sebagai ruang baru dalam
pengkajian bukan sahaja Akta Hak Cipta 1987, malah institusi turut mengambil tindakan
menjamin hak cipta sekali gus mengurangkan budaya plagiarisme. Menurut Timbalan Dekan
Ijazah Tinggi dan Penyelidikan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Karen Kaw Yip
Cheng susulan yang diambil di Universiti Malaya untuk mengesan plagiat ini dengan
mengaplikasikan perisian ke atas talian yang dikenali sebagai Turitinin untuk mengatasi
masalah ini. Dalam buku yang dihasilkan oleh beliau yang berjudul Pengelakan daripada
Plagiarisme dan How to Avoid Plagiarisme (rujuk Lampiran H gambar rajah 1) yang
memuatkan panduan penulisan yang baik kepada siswazah dan pascasiswazah. Hal ini secara
tidak langsung memelihara keaslian kajian yang dihasilkan oleh pelajar agar tidak melakukan
budaya plagiat dalam akademik sekali gus hak cipta pencipta karya juga terjamin.

3.3 Jaringan Pengangkutan dan “Library in Future”
Internet yang digunakan dan dianggap sebagai wadah baru dalam pengkajian sejarah ini
juga secara tidak langsung telah membantu melancarkan jaringan pengangkutan. Misalnya
buku-buku yang baru diterbitkan di luar negara atau di mana-mana boleh dibeli hanya secara
talian sahaja. Maka perkara ini secar tidak langsung juga telah menjimatkan masa untuk kita
pergi ke sesuatu tempat untuk membeli buku tersebut sekali gus menjimatkan kos
pengangkutan. Hal ini kerana pembelian secara talian ini boleh diakses di mana-mana sahaja.
Misalnya laman web tersebut boleh diakses seperti (http://leapingpost.com/2013/05/03/5websites-to-buy-books-online-in-malaysia/) (rujuk Lampiran I gambar rajah 1). Dalam
laman web ini boleh diakses pelbagai buku-buku yang baru diterbitkan dan pembelian secara
talian.
“Library in Future” ini juga membawa maksud cabaran yang akan dihadapi pada masa
akan datang apabila kesemua maklumat sumber-sumber bermula daripada arkib negara
sehingga ke jurnal-jurnal, akhbar atau buku-buku hanya boleh didapati secara talian atau
dikenali sebagai e-lib maka, mungkin masa akan datang hanya digunakan perpustakaan talian
sahaja dan tiada perpustakaan manual lagi. Misalnya, akhbar sendiri juga ada secara talian
yang boleh diakses seperti Berita Harian, Metro, Utusan Online dan lain-lain lagi (rujuk

13

Lampiran J) untuk melihat maklumat lanjut akhbar online ini. Oleh itu secara tidak langsung
perkara sedemikian juga menjadikan satu cabaran yang besar dalam aliran sejarah nasional.

3.4: Pelajar kurang kompetitif
Kompetitif ini bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. Oleh itu, cabaran yang
wujud apabila internet dianggap sebagai ‘ruang baru’ ini dalam pengkajian sejarah ialah akan
melahirkan pelajar atau pengkaji yang kurang cenderung untuk bersaing. Misalnya, contoh
paling ketara ialah aliran sejarah nasional dalam setiap kajian sejarah mereka, mereka akan
pergi sendiri ke sesuatu tempat untuk mendapatkan sumber sejarah misalnya pergi ke arkib
negara untuk mencari bahan bukti sejarah, manakala dari aspek sumber rujukan perpustakaan
pula mereka perlu mencari secara manual yang dapat dilihat ia lebih bersifat daya saing dan
tidak menggunakan e-library yang wujud masa kini. Contohnya, Puan Thilagavathi Vasudeva
menyatakan sendiri dalam bahawa perbezaan pengkajian sejarah dahulu dan kini sangat
ketara, misalnya beliau sendiri dalam menjalankan kajian sejarah untuk merujuk buku-buku
di perpustakaan adalah secara manual dengan mencarinya mengikut abjad iaitu nama penulis,
kemudian baru mendapatkan no. siri buku yang ingin dipinjam jika dibandingkan dengan kini
hanya menggunakan secara online iaitu OPAC KRISALIS di mana-mana perpustakaan
contohnya, di USM hanya melayari (http://www.lib.usm.my/).
Setiap kajian sejarah memerlukan disiplin. Disiplin sejarah yang dimaksudkan ialah
kajian sejarah menekankan aspek seseorang pengkaji perlu mencari kebenaran dan sentiasa
mematuhi tatacara (etika) penyelidikan serta bersikap kritis[3]. Maka, apabila munculnya
internet dianggap sebagai wadah baru ini akan berlaku perkara-perkara yang cenderung untuk
melanggari etika penyelidikan yang akhirnya kebenaran yang dicari tidak tepat dan tidak
mematuhi etika penyelidikan kerana dengan sumber-sumber internet yang dikumpul ini
pelajar-pelajar atau pengkaji akan cenderung melakukan budaya plagiarisme ‘copy and
paste’. Kesannya juga akan menyebabkan kurang penggunaan bahan arkib negara.

3.4 Penulisan tidak ilmiah.
14

Penulisan tidak ilmiah ini merujuk kepada penulisan yang kurang ilmu pengetahuan atau
kurang akademik.

Misalnya dalam menulis atau menjalankan kajian sejarah seseorang

pengkaji atau pelajar itu sendiri yang terpengaruh dengan sumber dari internet ini cenderung
menghasilkan penulisan tidak ilmiah. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor dari segi
rujukan yang diambil dari internet itu sendiri tidak mendapat kesahihannya terlebih dahulu
kerana ada sesetengah sumber yang menulis sejarah adalah tidak benar iaitu ada tokok
tambah atau maklumat tidak lengkap. Contohnya, blog tersebut boleh diakses di laman web
seperti berikut
(https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/07/asal-usul-orang-melayu/)

(rujuk

Lampiran J gambar 1) yang menyatakan kenyataan salah mengenai asal-udul orang Melayu
dan sumber yang diberikan tidak lengkap. Hal ini dibuktikan bahawa dalam kajian oleh
Asmah Haji Omar (1985) dalam bukunya ‘susur galur bahasa Melayu’ yang membuktikan
kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web di atas ini adalah tidak benar (rujuk lampiran 10
susur galur). Selain daripada itu penulisan tidak ilmiah ini juga terjadi apabila tidak
menggunakan sistem tulisan atau bahasa yang betul dalam penulisan sejarah. Misalnya
penggunaan bahasa rojak dalam blog-blog yang terdapat dalam internet maka akan
menghasilkan sejarah tidak ilmiah kerana tidak diselidik dengan merujuk sumber-sumber
yang

betul.

Contohnya

anda

boleh

mengakses

laman

web

(http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab1.html) maklumat lanjut (rujuk Lampiran J
gambar 2).

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya saya dengan tegas bahawa kemunculan internet ini dianggap sebagai
wadah baru dalam pengkajian sumber sejarah. Hal ini jelas dapat kita lihat dengan kewujudan
internet ini telah memudahkan proses heuristik dari segi mendapatkan sumber-sumber untuk
membuat kajian.

Selanjutnya internet sebagai ruang baru ini juga

mewujudkan

ketersampaian sesuatu perkara, misalnya dahulu sukar menjalankan atau kajian dijalankan
lambat kerana perlu untuk mencari sumber atau pergi ke sesuatu tempat untuk
mendapatkannya, kini kerana internet sebagai ruang baru ini juga telah mengatasi banyak
perkara baik dari segi sumber arkib negara, monumen, manuskrip dan jurnal-jurnal yang
boleh diakses dengan mudah. Selanjutnya juga, dengan internet ini juga kita boleh untuk
menjalankan penafsiran sumber-sumber yang diperoleh dengan menghantar email kepada
15

pakar sejarah walau dimanapun kita berada. Oleh itu, apabila internet ini ini diterima dan
dianggap sebagai ruang baru atau wadah untuk mendapatkan sumber maka, telah
memberikan cabaran kepada aliran sejarah nasional untuk bersama-sama mendalami
penggunaan dan penerimaan internet yang menjadikan wadah dan ruang baru interaksi dalam
perhubungan untuk menjalankan kajian sekali gus dapat berhubungan tiada had jaraknya
kerana ruang baru ini boleh membantu memudahkan semua perkara-perkara ini.
Rangkumannya cukup mudah internet yang dianggap sebagi ruang baru ini jugalah boleh
diterima umum dan diguna pakai oleh semua baik pengkaji sejarah aliran nasional atau yang
baru kerana telah membantu memudahkan kita dalam sesuatu kajian yang ingin dijalankan
kerana ketersampaian semua sumber lebih mudah dan cepat.
5.0 BIBLIOGRAFI

A. O'Brien, James. (2003). Introduction to Information Essential for E-Business Enterprise
Eleventh Edition. New York: McGraw-Hill.
Judi Strauss, El-Ansary, Raymond Frost. (2003). E-Marketing. United State: Pennsylvanian
State University, Prentice Hall.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Lasswell, H. (1978). Social History of the Media: From Gutenbery to the Internet Polity.
United Kingdom: Press U. K.
Omar, A. H. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Reiner, G. J. (1997). Metode dan Manfaat Ilmu Sejarah. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Sidharta, L. (1996). Internet Informasi Bebas Hamabatan. Jakarta: Elex Media Komputindo.

Undang – undang Malaysia,“Akta Hakcipta 1987 (akta 332) & peraturan – peraturan dan
perintah – perintah”, (Kuala Lumpur: International Law Book Services,2010).

Web yang diakses.
16

LAMPIRAN A.
(http://www.arkib.gov.my/en/) dan

(http://webopac.arkib.gov.my/elmu/index.jsp?

module=webopac-d&action=webopac.jsp) , diakses pada 24/11/2014 pada jam 7.14 pagi.
(http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/e-arkib-penyelidik) dan
(http://www.arkib.gov.my/en/) , diakses pada 20/11/2014 pada jam 7.26 pagi.
(http://stadsarchief.amsterdam.nl/english/archives_database/introduction/) dan
(http://stadsarchief.amsterdam.nl/english/amsterdam_treasures/history/index.en.html)

,

diakses pada 25/11/2014 pada jam 3.00 petang.
LAMPIRAN B
(http://kupelema.wordpress.com/tag/manuskrip-melayu/page/4/) , diakses pada 24/11/2014
pada jam 122 petang
(http://kupelema.wordpress.com/category/champa/) dan
(http://kupelema.wordpress.com/category/champa/)

, diakses pada 24/11/2014 pada jam

1.21 petang.
(https://www.marxists.org/indonesia/archive/lenin/1920/Laporan.htm)

,

diakses

pada

24/11/2014 pada jam 3.24 pagi.
LAMPIRAN C
(http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/tanda-kebesaran-wilwatikta/pataka-wilwatikta-2/) .
Diakses pada 24/11/2014 pada jam 3.54 pagi.
(http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/tanda-kebesaran-wilwatikta/pataka-wilwatikta-2/) ,
diakses pada 25/11/2014 pada jam 3.37 petang.
(http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/2013/01/22/abn-0001-lembu-nandi-singhasari/),
diakses pada 25/11/2014 pada pukul 3.22 petang.
Lampiran D
(http://elib.usm.my/) , diakses pada 25/11/2014 pada pukul 3.49 petang.
(http://www.umlib.um.edu.my/) , diakses pada 24/11/2014 pada pukul 2.09 pagi.
(http://library.murdoch.edu.au/) . Diakses pada 24/11/2014, pada pukul 2.53 petang.
17

LAMPIRAN E
(http://www.pendeta.um.edu.my/client/default) , diakses pada 24/11/2014, pada pukul 1.30
petang.
(https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/pe.html).

Diakses pada

24/11/2014, pada pukul 2.55 petang.
(http://ejurnal.dbp.gov.my/). Diakses pada 25/11/2014, pada pukul 4.13 petang.
(http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php), diakses pada 19/11/2014 pada jam 4.33 am.
(http://www.mbras.org.my/), diakses pada 19/11/2014 pada jam 4.38 am.
LAMPIRAN F
(http://www.youtube.com/watch?v=fgWprwp_G24), diakses pada 24/11/2014, pada pukul
4.08 petang.
(http://norhayatikarim.blogspot.com/p/asal-usul-bangsa-melayu.html),

diakses

pada

18/11/2014, pada pukul 3.59 petang.
(http://ibnurusydi.blogspot.com/), diakses pada 24/11/2014, pada pukul 4.45 petang.
(http://library.perdana.org.my/Bk_scan/499.233-ASM-7.pdf), diakses pada 18/11/2014, pada
pukul 4.11 petang.
LAMPIRAN G.
(http://empatserangkai445.blogspot.com/2013/05/ulasan-karya-agung-sulalatus-salatin.html),,
diakses pada 26/11/2014, pada pukul 12.17 tengah hari.
(nadiyadelman@gmail.com) diakses pada 14/11/2014
LAMPIRAN H.
Sumber: Berita Harian, 25 Mei, diakses di
(http://jpt.mohe.gov.my/eng/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/keratan
%20akhbar/Mei09/25-05/Berita%20Harian/Mei25.pdf), pada 25/11/2014 pada pukul 12.38
petang.

18

LAMPIRAN I
(http://leapingpost.com/2013/05/03/5-websites-to-buy-books-online-in-malaysia/),

diakses

pada 18/11/2014, pada pukul 4.29 petang.
LAMPIRAN J
(https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/07/asal-usul-orang-melayu/),

diakses

pada 25/11/2014, pada pukul 1.36 petang.
(http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab1.html), diakses pada 25/11/2014, pada pukul 1.43
petang.

6.0 LAMPIRAN
Lampiran A. 2.1.2. E-ARKIB.
1) Di Malaysia sumber arkib yang wujud secara online yang menjadi ‘ruang baru’
pengkajian sejarah ialah (http://www.arkib.gov.my/en/)

19

Gambar rajah 1
Sumber : (http://webopac.arkib.gov.my/elmu/index.jsp?module=webopacd&action=webopac.jsp), diakses pada 24/11/2014 pada jam 7.14 pagi.

20

Gambar rajah 2 (http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/e-arkib-penyelidik).
Sumber: (http://www.arkib.gov.my/en/), diakses pada 20/11/2014 pada jam 7.26 pagi.
21

2) Selain dari Malaysia, luar negara juga mempunyai sumber-sumber arkib secara online.
Contohnya (http://stadsarchief.amsterdam.nl/english/archives_database/introduction/) dan

Gambar rajah 3:Sumber
(http://stadsarchief.amsterdam.nl/english/amsterdam_treasures/history/index.en.html),
diakses pada 25/11/2014 pada jam 3.00 petang.
22

LAMPIRAN B
2.1.3 Manuskrip secara talian.
2.1.3 Manuskrip secara online.
1) Laman web secara talian yang menyimpan pelbagai manuskrip yang dikenali sebagai
Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Melayu (KUPELEMA). Manuskrip yang secara
talian dan laman web tersebut boleh diakses seperti

Gambar rajah 1: Laman web yang menyimpan maklumat terperinci manuskrip-manuskrip
Nusantara yang boleh diakses data-datanya.
Sumber (http://kupelema.wordpress.com/tag/manuskrip-melayu/page/4/), diakses pada
24/11/2014 pada jam 122 petang
23

2) Manuskrip kerajaan Champa yang pernah wujud suatu ketika dahulu juga terdapat
dalam laman web ini yang memudahkan pengkajian kewujudan kerajaan Champa zaman
dahulu ia boleh diakses seperti (http://kupelema.wordpress.com/category/champa/)

Gambar rajah 2: Manuskrip kerajaan Champa: diakses secara talian untuk melihat
butirannya:Sumber:(http://kupelema.wordpress.com/category/champa/) , diakses pada 24/11/2014 pada
jam 1.21 petang.

24

2) Sumber sejarah kedua ialah Laporan Komisi Tentang Permasalahan Nasional dan
Kolonial oleh V. I. Lenin (1920) yang telah dimuatkan ke dalam laman web ini untuk diakses
dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Gambar rajah seperti:-

Gambar rajah 3: Laman web yang menterjemahkan Laporan Komisi tahun (1920)
25

Gambar rajah 4: menunjukkan bukti keterangan Laporan ini diterjemahkan. Ini boleh diakses
di laman berikut
Sumber (https://www.marxists.org/indonesia/archive/lenin/1920/Laporan.htm), diakses pada
24/11/2014 pada jam 3.24 pagi.
26

LAMPIRAN C
2.1.4 E-MUZIUM
1) Wilwatikta Muzium ialah muzium talian yang telah diwujudkan di Indonesia yang
mengandungi semua gambaran artifak-artifak yang terdapat dalam muzium tersebut yang
dimasukkan data-data secara terperinci ke dalam internet untuk diakses. Contohnya ialah

Gambar rajah 1 : menunjukkan laman depan Wilwatikta Muzium secara talian.
Sumber: (http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/tanda-kebesaran-wilwatikta/patakawilwatikta-2/). Diakses pada 24/11/2014 pada jam 3.54 pagi.
27

2) Monumen-monumen atau arca sejak Zaman Majapahit lagi dapat diakses di dalam
laman web ini secara terperinci sama ada tarikh dijumpai, tarikh kewujudan dan kerangka
masa serta lokasi monumen tinggalan sejarah ini disimpan. Misalnya maklumat atau info
semasa

zaman

Majapahit.

28

-

Gambar rajah 2: menjelaskan maklumat secara terperinci:
Sumber: (http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/tanda-kebesaran-wilwatikta/patakawilwatikta-2/), diakses pada 25/11/2014 pada jam 3.37 petang.

3) Monumen zaman Nusantara abad ke-13 juga terdapat di dalam laman web ini. Lembu
Nandi Singhasari merupakan arca Batu Nusantara yang wujud pada abad ke-13, maklumat

29

lanjut boleh diakses di laman web ini dan lokasi arca ini juga dinyatakan seperti dalam laman
web tersebut

Gambar rajah 3: Sumber: (http://wilwatiktamuseum.wordpress.com/2013/01/22/abn-0001lembu-nandi-singhasari/) , diakses pada 25/11/2014 pada pukul 3.22 petang.

Lampiran D
30

2.1.2 Library Online.
1) Contohnya di Universiti Sains Malaysia juga mempunyai perkhidmatan perpustakaan
secara talian dengan melayari lama web berikut sahaja:-

Gambar rajah 1:- Menunjukkan OPAC KRISALIS USM.
Sumber:- (http://elib.usm.my/), diakses pada 25/11/2014 pada pukul 3.49 petang.

2) Selain di Malaysia tetapi boleh dikatakan setiap institusi juga menjadikan internet sebagai
sumber dalam pencarian buku-buku atau jurnal-jurnal. Contoh di bawah ialah UM.
31

Gambar rajah 2:- Menujukkan perkhidmatan pencarian buku secara talian di UM.
Sumber: (http://www.umlib.um.edu.my/), diakses pada 24/11/2014 pada pukul 2.09 pagi.

3) Di samping itu, bukan institusi di Malaysia sahaja tetapi di luar negara juga telah lama
menggunakan kaedah ini yang menjadikan internet sebagai ruang baru yang mudah dalam

32

pencarian sumber sejarah.

Misalnya di Murdoch University, Australia hanya dengan

melayari

Gambar rajah 3:- Menunjukkan sistem yang smaa turut digunkan di luar negara.

Sumber:- (http://library.murdoch.edu.au/). Diakses pada 24/11/2014, pada pukul 2.53 petang.
LAMPIRAN E
33

2.1.6 E-Book atau E-Jurnal.
1) E-book ini menunjukkan buku yang baru sahaja ditulis lebih cepat dipasarkan secara
online dengan hanya pembelian secara talian. Misalnya Universiti Malaya dalam laman web
‘Pendeta Discovery’ menyediakan perkhidmatan tersebut.
berikut:-

34

Dengan melayari laman web

Sumber:- (http://www.pendeta.um.edu.my/client/default), diakses pada 24/11/2014, pada

pukul 1.30 petang.

35

2) Manakala di luar negara pula, dapat dilihat seperti berikut pembelian buku secra talian
untuk pengumpulan sumber-sumber sejarah. dengan cara mengakses laman web seperti
berikut:-

36

Gambar rajah 2:- Menunjukkan koleksi yang terdapat dalam CIA untuk pelajar mendapatkan
sumber-sumber sejarah dan terdapat juga pilihan pembelian buku-buku secara talian.
Sumber:- (https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/pe.html).
Diakses pada 24/11/2014, pada pukul 2.55 petang.
3) Melalui Dewan Bahasa dan Pustaka juga kita boleh mendapatkan jurnal-jurnal secara
talian

37

Gambar rajah 3:- Menunjukkan jurnal-jurnal yang boleh diperoleh dengan hanya melayari
laman web tersebut. Salah satu cara ini merupakan ruang baru dalam mengumpulkan sumber
sejarah.
Sumber:- (http://ejurnal.dbp.gov.my/). Diakses pada 25/11/2014, pada pukul 4.13 petang.

38

4) e-jurnal di UKM yang mengandungi pelbagai sumber yang boleh diakses antaranya
EBSCO, MyAIS (Malaysian Abstract and Index System), Ulrichs Periodicals Directory,
DOAJ (Directory of Open Access Journal), ISC (Islamic World Science Citation Centre), and

39

the UKM Journal Article Repository dan sebagainya.

40

Gambar rajah 4:
Sumber :- (http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php) , diakses pada 19/11/2014 pada jam 4.33
am.

5) (MBRAS) ini juga adalah salah satu laman web yang menyimpan dokumen-dokumen
rasmi, laporan-laporan dahulu yang boleh didapati secara talian sahaja sumber-sumber

41

berikut.

42

Gambar 5: menunjukkan jurnal lama yang boleh diperoleh di laman web berikut.
Sumber (http://www.mbras.org.my/) , diakses pada 19/11/2014 pada jam 4.38 am.

LAMPIRAN F
2.2 KETERSAMPAIAN VERIFIKASI

43

1) Laman sesawang berikut:-

Gambar rajah 1:-

2) Temu bual wakil gerakan Johor yang menyalah tafsir asal-usul bangsa Melayu

44

Gambar rajah 2: menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau dan komen pihak blog
ibnurashid.com

Sumber:- (http://www.youtube.com/watch?v=fgWprwp_G24) , diakses pada 24/11/2014,
pada pukul 4.08 petang.
45

3) Blog rujukan.

Gambar rajah 3:- Blog Nor Hayati yang menerangkan asal-usul bangsa Melayu.
Sumber:- http://norhayatikarim.blogspot.com/p/asal-usul-bangsa-melayu.html), diakses pada
18/11/2014, pada pukul 3.59 petang.

46

4)

Gambar rajah 4

47

Sumber:- (http://ibnurusydi.blogspot.com/), diakses pada 24/11/2014, pada pukul 4.45
petang.
5) Buku milik Asmah Haji Omar yang menafikan kenyataan Wakil Gerakan Johor tersebut
yang berjudul.

Gambar rajah 5:- penjelasan mengenai susur galur bahasa Melayu mengikut Asmah Haji
Omar.
Sumber: (http://library.perdana.org.my/Bk_scan/499.233-ASM-7.pdf) , diakses pada
18/11/2014, pada pukul 4.11 petang.

48

LAMPIRAN G.
2.3 PENTAFSIRAN SUMBER MEMUDAHKAN PROSES INTREPERTASI
1) Blog yang menyatakan sulaltus salatin sebagai mitos atau dongeng.

Gambar rajah 1.

49

Sumber:- (http://empatserangkai445.blogspot.com/2013/05/ulasan-karya-agung-sulalatussalatin.html), diakses pada 26/11/2014, pada pukul 12.17 tengah hari.

2) Menanyakan kepada Profesor Zainal Kling dengan menghantar email berikut.:-

Gambar 1:- Beberapa soalan ,yang diajukan untuk mendapatkan kesahihan sesuatu blog.

Sumber:- (nadiyadelman@gmail.com) diakses pada 14/11/2014

50

51

Gambar rajah 2.:- menunjukkan respon yang diberikan.
Sumber:- (nadiyadelman@gmail.com) diakses pada 14/11/201

LAMPIRAN H.
3.0 CABARAN TERHADAP ALIRAN SEJARAH NASIONAL.
3.2 Hak cipta terpelihara

52

1) Hak cipta yang diasaskan oleh UM untuk mengekang budaya plagiarisme.

53

Gambar 1:- Isu mengatasi budaya Plagiarisme.
Sumber: Berita Harian, 25 Mei, diakses di (http://jpt.mohe.gov.my/eng/ARKIB%20dan
%20PENERBITAN/keratan%20akhbar/Mei09/25-05/Berita%20Harian/Mei25.pdf), pada
25/11/2014 pada pukul 12.38 petang.

LAMPIRAN I
54

3.3 Jaringan Pengangkutan dan “Library in Future”
1)laman web pembelian buku secara talian sahaja.

Gambar rajah 1:- menunjukkan intrenet sebagai wadah yang memudahkan jaringan
pengangkutan dan ‘library in future”.
Sumber:-(http://leapingpost.com/2013/05/03/5-websites-to-buy-books-online-in-malaysia/)
diakses pada 18/11/2014, pada pukul 4.29 petang.
LAMPIRAN J
55

3.4 Penulisan tidak ilmiah.
1) laman web yang memuatkan penulisan sejarah yang tidak ilmiah.

Gambar 1:- menunjukkan kenyataan salah mereka tentang asal-usul orang Melayu.

Sumber:-(https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/07/asal-usul-orang-melayu/),
diakses pada 25/11/2014, pada pukul 1.36 petang.
2) laman web rasmi yang meneragkan asal usul orang Melayu.
56

Gambar 2.
Sumber:- (http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab1.html), diakses pada 25/11/2014, pada
pukul 1.43 petang.

57

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

PERBEDAAN ANATOMI JARINGAN EPIDERMIS DAN STOMATA BERBAGAI DAUN GENUS ALLAMANDA (Dikembangkan menjadi Handout Siswa Biologi Kelas XI SMA)

5 148 23

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63

Problematika Mahasiswa Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan Dalam Mengakses Layanan Administrasi Via Internet : studi simak UIN Syarif Hidayatullah Jakarta

0 22 77

Upaya meningkatkan pemahaman konsep bangun ruang sisi data dengan menggunakan media manipulatif

0 26 210

Pengaruh Kualitas layanan Internet Banking KLIKBCA terhadap Kepuasan Nasabah

6 52 108

Tingkat Pemahaman Fiqh Muamalat kontemporer Terhadap keputusan menjadi Nasab Bank Syariah (Studi Pada Mahasiswa Program Studi Muamalat Konsentrasi Perbankan Syariah Fakultas Syariah dan Hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

1 34 126

Perkawinan satu marga dalam adat Mandailing di Desa Huta Pungkut perspektif hukum islam

9 305 132

The advertising strategies in promoting Cklik Internet Cafe on blog : job training report

0 20 27

Tinjauan Hukum Mengenai Rekayasa Foto yang Mengandung Unsur Pencemaran Nama Baik yang Ditampilkan Pada Media Internet Dihubungkan Dengan Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2008 Tentang Informasi Dan Transaksi Elektronik

0 31 1