GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LEMBAG

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

1.

PENGENALAN

1
Garis Panduan Pelaksanaan Program bertujuan untuk memberi panduan kepada
penerima peruntukan Bantuan Khas SMARTSTART mengenai tanggungjawab dalam
menguruskan peruntukan Bantuan Khas kewangan dan pelaksanaan program Kursus
Praperkahwinan SMARTSTART .
2
PENYELENGGARAAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS
SMARTSTART
2.1
Peruntukan Bantuan Khas SMARTSTART hendaklah digunakan bagi tujuan
pelaksanaan program yang telah dipersetujui seperti di Lampiran “A” Surat Perjanjian

yang dimeterai;
1
Peruntukan yang diberi adalah bagi tempoh (12) dua belas bulan sahaja.
Sekiranya peruntukan tersebut didapati tidak digunakan dalam tempoh 12 bulan,
maka peruntukan tersebut akan ditarik balik.
2
PELAKSANAAN PROGRAM

3.1
Adalah menjadi tanggungjawab penerima peruntukan Bantuan Khas
SMARTSTART memaklumkan kepada Urusetia Bantuan Khas SMARTSTART tentang
jadual (tentatif) pelaksanaan program berdasarkan Surat Perjanjian yang dimeterai;

Adalah menjadi tanggungjawab penerima peruntukan mengutip RM 50.00
3.2
daripada setiap pasangan yang menghadiri kursus sebagai yuran pendaftaran. Agihan
yuran pendaftaran ini adalah seperti berikut :*(i) Buku SMARTSTART

-RM 25.00


*(ii) Bahan-bahan kursus -RM 15.00 (1 beg, 2 Buku kerja, 2 pen, 2 buku
nota).

(iii) Kos pentadbiran NGO
Jumlah

-RM10.00

RM 50.00 ========

Nota :
* Kos bagi (i) dan (ii) akan debit terus oleh LPPKN daripada Peruntukan Bantuan
Khas SMARTSTART yang akan diterima oleh Pertubuhan atau badan agama.

3.3
Sekiranya penerima peruntukan ingin melanjutkan tempoh pelaksanaan
program, penerima perlu memohon kelulusan secara bertulis kepada Ketua Pengarah
LPPKN;
3.4
Sekiranya penerima peruntukan tidak mampu melaksanakan program atas

sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penerima perlu kembalikan semula
peruntukan bantuan khas dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perjanjian;

3.5
Sebarang permohonan untuk perlanjutan tempoh pelaksanaan program,
pertukaran program dan perlanjutan tempoh penghantaran Laporan Pelaksanaan
Program, hendaklah kemukakan secara bertulis kepada:
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara Bangunan LPPKN 12B, Jalan Raja Laut
Peti Surat 10416 50712 Kuala Lumpur

(U/P : Urusetia Bantuan Khas SMARTSTART)
3.6

Pengiktirafan Terhadap Kerajaan
Setiap penerima peruntukan perlu memberi pengiktirafan kepada Kerajaan
dengan menyatakan bahawa program tersebut adalah anjuran bersama
Kerajaan/LPPKN dalam segala urusan yang melibatkan pelaksanaan program.

3.7


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Urusetia Bantuan Khas SMARTSTART
Bahagian Pembangunan Keluarga
Bangunan LPPKN 12B, Jalan Raja Laut
Peti Surat 10416 50712 Kuala Lumpur

Tel : 03-2693 7555 samb. 1218
Faks : 03-2694 5458

i.

Sijil
Sijil kehadiran/penyertaan peserta atau jawatankuasa hendaklah
disediakan mengikut format-format yang telah ditetapkan oleh

LPPKN seperti di Lampiran I dan mengemukakan draf sijil kepada
Urusetia Bantuan Khas SMARTSTART, Bahagian Pembangunan
Keluarga untuk disahkan sebelum sijil dicetak oleh NGO atau badan
agama berkenaan; dan

Sijil-sijil yang perlu ditandatangani oleh Ketua Pengarah LPPKN perlu
dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) minggu dari tarikh program
yang akan dijalankan.
ii.

Banner
Format banner adalah seperti di Lampiran II.

iii.

Backdrop
Format backdrop adalah seperti di Lampiran III.

4.

NAZIRAN

4.1
Naziran akan dijalankan oleh pegawai LPPKN dari masa ke semasa secara
rawak. Selain itu, Naziran juga dijalankan ke atas Pertubuhan atau badan agama

yang gagal memberikan maklum balas.
1
Dokumen-dokumen Naziran yang perlu disediakan oleh penerima peruntukan
untuk pegawai menjalankan naziran adalah seperti di Lampiran IV.
2
PEMANTAUAN

1
Penerima peruntukan perlu membenarkan pegawai LPPKN pada bila-bila
masa yang sesuai untuk melakukan pemantauan terhadap pelaksanaan program dan
penggunaan peruntukan Bantuan.
2
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Adalah menjadi tanggungjawab penerima peruntukan Bantuan Khas
6.1
SMARTSTART untuk mengemukakan Laporan Pelaksanaan Program kepada pihak
LPPKN. Panduan penyediaan Laporan Pelaksanaan Program adalah seperti di
Lampiran V.
6.2

Setiap Penerima peruntukan dikehendaki untuk mengemukakan Laporan
Pelaksanaan Program dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas program tersebut
berakhir;

6.3
Penerima peruntukan yang tidak mengemukakan Laporan Pelaksanaan
Program akan dianggap telah gagal melaksanakan program seperti yang

dipersetujui dalam Surat Perjanjian dan permohonan baru tidak akan
dipertimbangkan;
6.4 Laporan perlu disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

LAMPIRAN

LAMPIRAN I

FORMAT SIJIL

LAMPIRAN II


FORMAT BANNER

LAMPIRAN III

FORMAT BACKDROP

LAMPIRAN IV

SENARAI SEMAK NAZIRAN UNTUK LPPKN

Untuk Pertubuhan atau badan agama yang tidak dapat mengemukakan Laporan
Pelaksanaan Program:-

1. Resit pembayaran

2. Salinan bahan cetak,

3. Bahan software

4. Borang pendaftaran peserta


5. Brosur

6. Risalah

7. Borang Penilaian Program Peserta

LAMPIRAN V

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN
PELAKSANAAN PROGRAM
1. Penyediaan Laporan Pelaksanaan Program bagi setiap Penerima Bantuan Khas
SMARTSTART adalah dikehendaki menggunakan format-format berikut :
A.
Laporan Pelaksanaan Program Di Bawah Peruntukan Bantuan Khas SMARTSTART
(LPP 1/5)

i.

Nama Pertubuhan


Nama penuh pertubuhan hendaklah seperti di dalam pendaftaran
pertubuhan

Selain itu, status sebenar pertubuhan didaftarkan perlu dinyatakan. (seperti
peringkat Cawangan/Biro/Jawatankuasa dan sebagainya)

ii.

Tahun

Ruangan tahun yang dikosongkan perlu diisi dengan tahun peruntukan
seperti yang dinyatakan/tercatat di kulit hadapan Surat Perjanjian yang telah
dimeterai

iii. Nama Program
Program Praperkahwinan SMARTSTART
iv. Tempat dan Tarikh
• Penerima
Bantuan Khas

SMARTSTART perlu
menyatakan tempat
sebenar program
yang dijalankan.
• Tarikh program
dijalankan perlu
dengan
v. dinyatakan
Bil.
jelas
s
eperti
berikut :
Peserta
Contoh: 23 – 24
Mengemukakan senarai peserta bagi program yang berkaitan mengikut

Februari 2006
format
LPP
2/5

vi. Jumlah Peruntukan Mengikut Surat Perjanjian

Perlu dinyatakan berdasarkan “Lampiran B” Surat Perjanjian tanpa
sebarang pindaan.

vii. Contoh Perbelanjaan Sebenar Bagi Setiap Program

Penerima Bantuan Khas SMARTSTART perlu menyatakan perbelanjaan
SEBENAR (bukannya anggaran perbelanjaan).
PERKARA
a. Sewa dewan
b. Honorarium Fasilitator
c. Makan minum
d. Tambang teksi penceramah
e .Bayaran Pembantu Fasilitator
f. Bahan Cetak “Handouts”, borang penilaian, senarai
tandatangan peserta

RM

g. Sijil
h. Backdrop
i. Banner
j. Kos Pengurusan Urus setia
k. Subsidi LCD
Jumlah

viii. Prestasi Fizikal
Ulasan terhadap perancangan, pelaksanaan dan impak terhadap program yang
dijalankan berdasarkan Borang Penilaian Kursus yang diedarkan kepada peserta
seperti contoh yang dilampirkan LPP3/5.
Contoh :
Kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta yang hadir.
Para peserta juga mencadangkan agar kursus ini diadakan secara berkala bagi
membolehkan ramai pasangan lain untuk menyertainya. Walaupun anggaran jumlah
peserta adalah 50 orang tetapi kehadiran sebenar peserta hanyalah 48 orang. Ini
berikutan 2 orang peserta terpaksa menarik diri di saat akhir kerana terikat dengan
komitmen kerja masing-masing.

ix. Akuan Pengesahan Laporan Pelaksanaan Program (LPP 4/5)
Akuan pengesahan dan saksi ini boleh ditandatangani oleh ahli-ahli pertubuhan
penerima Bantuan Khas
SMARTSTART yang menyediakan laporan ini.
Tandatangan saksi pula adalah kepada Ahli Jawatankuasa atau Eksekutif
berkenaan.

2. Setiap ruangan pada borang yang disediakan perlu diisi dengan maklumat
terperinci seperti yang diperlukan. Sekiranya ruang pada borang tidak

mencukupi, penggunaan kertas tambahan sebagai lampiran adalah digalakkan.

3. Penerima peruntukan juga perlu mengemukakan salinan bahan cetak, dan/atau
bahan software yang digunakan dalam program yang dijalankan seperti borang
permohonan, borang pendaftaran peserta, brosur, risalah, gambar semasa program,
sijil penyertaan dan lain-lain.

LPP 1/5

Laporan Pelaksanaan Program Praperkahwinan SMARTSTART ,
Peruntukan Bantuan Khas SMARTSTART Tahun ...................
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

i) NAMA PERTUBUHAN : ............................................................................ ii) TAHUN :
............................................................................. iii) NAMA PROGRAM :
.............................................................................. iv) TEMPAT DAN TARIKH :
............................................................................ v) BILANGAN DAN STATUS PASANGAN :
....................................................

KAUM

Bilangan Dan Status Pasangan

LPP 2/5

Lelaki

Perempuan

Baru Kahwin

Belum Kahwin

Baru Kahwin

Belum Kahwin

Bumiputra Melayu
Bumiputra Kadazan
Dusun
Bumiputra Bajau
Bumiputra Murut
Bumiputra Iban
Bumiputra Bidayu
Bumiputra Melanau
Cina
India
Lain-lain ....................
(nyatakan)

vi) JUMLAH PERUNTUKAN : ..........................................................................
JUMLAH

AKUAN PENGESAHAN PERBELANJAAN
PERUNTUKAN BANTUAN KHAS SMARTSTART
A. Perbelanjaan Sebenar

Bil.

Perbelanjaan sebenar bagi
setiap perkara

Jumlah (RM)

Jumlah Perbelanjaan

t.t t.t t.t .................................. .................................... .................................. Disediakan oleh
Disemak oleh Diluluskan oleh

.................................. .................................... .................................. Tarikh:.......................
Tarikh :........................ Tarikh :......................

LPP 3/5

ULASAN RINGKAS FIZIKAL PROGRAM
A.

Ulasan Ringkas Fizikal Program

i. Maklumat Program
i.
Tempoh program (sesuai/tidak sesuai) : .......................................
ii.

ii.

Tempat program (sesuai/tidak sesuai) : .......................................

Maklumat Peserta
Jumlah peserta (mencapai bilangan mengikut Surat Perjanjian atau
tidak. Sekiranya tidak, sila ulaskan sebab): ........................................
..............................................................................................................
i.

B.
Pencapaian Keseluruhan Program/Sambutan peserta terhadap program
tersebut :
......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................
.......................................................................................................................

LPP 4/5

AKUAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN
BANTUAN KHAS SMARTSTART

Nama Pertubuhan :

.....................................................................................

Alamat Berdaftar : .....................................................................................
.....................................................................................
.....................................................................................
Alamat Surat-menyurat : .....................................................................................
.....................................................................................
.................................................................................
No. Telefon : ........................... No. Faks :
........................... E-mel : .........................................

Adalah saya dengan ini mengesahkan Program Kursus Praperkahwinan SMARTSTART telah
membelanjakan sebanyak RM .................... dengan peruntukan sebanyak RM .................. untuk
program yang telah dipersetujui di Lampiran “A” Surat Perjanjian dan setiap maklumat yang dinyatakan
di dalam laporan ini adalah benar.

Tandatangan : ......................................................................... Nama :
.......................................................................... Jawatan :
.......................................................................... Cop Rasmi :
..........................................................................
Di hadapan :
Tanda Tangan
Pengerusi
..........................................................................
Nama
...........................................................................
Cop Rasmi
...........................................................................