Tema Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

Tema
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Tema bagi novel ini adalah penghasilan teknologi canggih berdasarkan pengetahuan sains.
Persaingan dalam dunia sains - Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan
sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu
penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang
sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia
menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara

Silir Daksina karya Nizar Parman
Tema bagi novel ini adalah kekeluargaan.
- Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian kedua-dua orang
ibu bapanya menyebabkan uminya memisahkannya daripada ayah kandungnys, iaitu
Abdullah Bin Kayan.
- Umi menceritakan kisah perkahwinannya selama 3 tahun yang tidak bermakna kepada
Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti ayahnya kerana merasakan
kehidupan penulis seperti hidup dengan bayang-bayang.
- Haiqal sanggup ke Batu Pahat, Johor seorang diri untuk menjejaki sejarah hidup arwah
ayahnya. Walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapa pun di Kampung Seri Purnama.

- Cikgu Nizam sering menetap potret wajah anaknya, iaitu Aiman pada setiap malam kerana
rindu akan anaknya itu. Cikgu Nizam kadangkala menangis akibat terlalu merindui anaknya.

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Persoalan
1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan.
- Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan
Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.
- Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal
scanner’dan interkom.
2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan
teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
- Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains
sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia
dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
- Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh
anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya
dalam bidang sains.
3. Kasih sayang sesama ahli keluarga
- Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan

keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.
- Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya.
Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk
rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.
4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
- Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.

- Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan
agama dan hidup sebagai ateis.

Perwatakan Watak Utama
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Farisha
Farisha seorang gadis berusia 26 tahun dan seorang anak kandung kepada Medina@Marilyn dan
Karl. Farisha juga seorang yang cantik. Buktinya, menurut pandangan Aqram, Farisha agak cantik
dan bersopan santun.
Farisha juga seorang yang genius dan pakar dalam penggodaman IT. Buktinya, Farisha diminta oleh
Dr Maxi menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl atas kepakaran yang dimilikinya pernah
berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Bukti lain, Aqram mengakui kelemahan

Dinara dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan
Selain itu, Farisha adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.
Buktinya, Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini
bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu
Azraai.
Farisha juga dikatakan seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Sebagai contohnya,
pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori,
warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.
Silir Daksina karya Nizar Parman
Haiqal Hakimi
Haiqal merupakan seorang yang amat berbakat dalam bidang seni sastera.Buktinya,Haiqal sering
memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan menulis puisi serta sajak.
Haiqal juga seorang anak yang penyayang. Hal ini berlaku apabila Haiqal menyayangi Umi, Abdul
Fatah,iaitu bapa tirinya,Abdullah bin Kayan,bapa kandungnya dan juga adik tirinya,Nurul Aisyah.
Bukan itu sahaja,Haiqal juga memaparkan perwatakan yang baik hati di dalam novel ini. Dapat
ditunjukkan apabila Haiqal telah memujuk sahabatnya,Ratna yang sedang menangis kerana telah
mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang kurang cemerlang.
Haiqal juga seorang yang amat bijak dalam pelajaran. Sebagai contoh,dia telah berjaya melanjutkan
pelajaran ke sebuah institusi di bumi kenyalang setelah tamatnya tingkatan 6.
Haiqal juga telah digambarkan sebagai seorang yang taat akan perintah agama. Haiqal telah

mengerjakan ibadat solat subuhnya apabila tiba di stesen bas Batu Pahat sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung halaman bapanya.

Latar Masyarakat
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan
risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan
memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia
tidak pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa
jengkel.
3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masingmasing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang
Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi
gila.
4. Masyarakat yang celik ICT
Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat
hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga

menggodam computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan
mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji
Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari
Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana
menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk
menyelamatkan Dinara.
6. Masyarakat yang bijak
Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar
penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan
kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak
banyak kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk
menyelamatkan Dinara.
Silir Daksina karya Nizar Parman
a) Masyarakat peniaga.
Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di
kampung dan menjualnya di pekan.
b) Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.
Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian
zapin bagi memperkasa seni warisan.

c) Masyarakat yang berpendidikan.
Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam.
d) Masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya: Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim dan See Hwa tinggal di
Kampung Seri Purnama.

f) Masyarakat penyayang.
Contohnya: Tauke Lim menunukkan sikap penyayangnya dengan selalu manja jamuan
yang diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawannya di warung.

Nilai
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak
dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai
sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’
dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan

Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem
komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya
sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam
badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita
gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya.
Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun
kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk
menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured
Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
Silir Daksina karya Nizar Parman
1) kasih sayang - Haiqal amat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa walidnya
bukan bapa kandungnya .

2) keprihatinan - Ai Ling bertanya khabar gurunya apabila mendapati kesihatan gurunya tidak seperti
dahulu
3) amanah - Tauke Ong menjaga amanah yang diberikan oleh arwah cikgu Abdullah sebelum Haiqal

tiba di Kampung SerI Purnama .
4)baik hati - See Hwa akan membantu Haiqal walau apa sahaja yang dia usahakan
5) ketabahan - Abdullah bin Kayan tabah apabila dia tidak berjaya membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kampung Seri Purnama .

Pengajaran
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya
itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat
kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk
banyak perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan zuriat
sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya
genius tanpa diberikan ubat bius.

Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia
yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi.
Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.
4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di telefon
dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha
sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.
Silir Daksina karya Nizar Parman
1. Kita hendaklah cinta akan seni sastera dan budaya bangsa.
Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk memulihara tarian
zapin yang telah lama terkubur di Kampung Seri Purnama.
2. Kita mestilah menghargai persahabatan.
Haiqal dan Ratna saling menghargai persahabatan antara mereka. Mereka berdua saling
menasihati apabila salah seorang daripada mereka menghadapi konflik.
3. Kita hendaklah tabah melakukan sesuatu kerja supaya matlamat dapat dicapai.

Abdullah bin Kayan telah melaksanakan usahanya untuk menghidupkan kumpulan zapin
D’Purnama semula yang telah terkubur. Akhirnya, anak-anak muda di kampong itu bergiat
dalam tarian zapin dan Berjaya membuat persembahan tarian zapin yang mengharumkan
nama kampung mereka.
4. Kita haruslah bersatu padu dan bekerjasama dalam masyarakat supaya keharmonian dalam
masyarakat terjamin.

Penduduk KSP yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan saling bekerjasama telah
membuatkan kehidupan di kampung itu kekal harmoni.