FAKTOR FAKTOR KEGAGALAN PERSPEKTIF PELAJ

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN : PERSPEKTIF PELAJAR
YANG MENGULANG KURSUS ENGINEERING
MATHEMATICS 1
oleh
Favziyah binti Nafiah
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
favziyah@psas.edu.my
Noor Azilla binti Mohamed Nor
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
noor_azilla@psas.edu.my

ABSTRAK : Kertas ini melaporkan dapatan kajian untuk mengenalpasti perspektif pelajar
mengenai faktor kegagalan mereka bagi kursus Engineering Mathematics 1 di Politeknik
Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Faktor yang dikaji adalah dari aspek
Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran,
Sikap dan Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian. Seramai 67 orang pelajar Semester 2,
Sesi Disember 2011, yang mengulang kursus Engineering Mathematics 1 telah dipilih
sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik
(α = 0.751) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0,
Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata . Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor

kaedah belajar menjadi faktor utama dalam mempengaruhi faktor kegagalan kursus
Engineering Mathematics 1 dari perspektif pelajar, diikuti oleh faktor sikap dan motivasi
serta latihan/tutorial/tugasan. Oleh itu, cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi
masalah kegagalan pelajar, lantas membantu pencapaian peratus kelulusan di atas 90% bagi
setiap program.

Keywords : Perspektif Pelajar; Faktor-faktor Kegagalan Engineering Mathematics 1,
Cadangan Meningkat Peratus Kelulusan Pelajar

1.

PENGENALAN
Matematik adalah satu bidang pengetahuan yang penting dalam pembelajaran
mahupun di sekolah, ataupun diperingkat institusi pengajian tinggi seperti politeknik
dan universiti. Permasalahan matematik bukan sahaja memberi kesan kepada taraf
pendidikan individu, malah turut memberi kesan kepada aplikasi penggunaan harian
mereka. Sebagai contoh, pelajar yang lemah dalam matematik, akan turut lemah
dalam subjek lain, terutamanya yang melibatkan pengiraan. Didalam kehidupan
harian pula kita sering mengaplikasikan penggunaan matematik semasa membeli
belah, , membuat pengukuran, perbandingan dan sebagainya.

Matematik sering dianggap sebagai suatu kursus yang sukar untuk difahami
terutamanya bagi pelajar yang lemah matematik ketika dialam persekolahan.
Persoalannya, mengapa fenomena ini berlaku?, Siapakah yang harus dipersalahkan?

Apakah punca sebenar yang menyebabkan ramai pelajar yang gagal matematik?.
Persoalan-persoalan ini menyebabkan kami terpanggil untuk membuat kajian bagi
mengetahui secara terperinci faktor kegagalan pelajar dalam matematik di
politeknik, khususnya bagi pelajar semester satu.

1.1

Pernyataan Masalah
Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin
mengkaji faktor yang mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering
Mathematics 1 dari sudut persepsi pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah,
Behrang Stesyen, Perak. Faktor yang akan di kaji adalah faktor
Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran, Kaedah
Belajar, Persekitaran, Sikap Dan Motivasi, Masalah Peribadi dan
Kerohanian


1.2

Objektif kajian
Antara Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktorfaktor berikut mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1
dikalangan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

1.3

Latihan/Tutorial/Tugasan
Pensyarah dan Kaedah Pengajaran
Kaedah Belajar
Persekitaran
Sikap dan Motivasi

Masalah Peribadi
Kerohanian

Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini hanya menfokuskan kepada persepsi pelajar mengenai faktor yang
mempengaruhi kegagalan mereka dalam kursus Engineering Mathematics1
pada sesi Jun 2011. Selain itu, responden adalah terdiri daripada pelajar
semester dua kejuruteraan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen,
Perak.

2.

TINJAUAN LITERATUR
Kemorosotan pencapaian pelajar untuk kursus Engineering Mathematics 1 amat
membimbangkan. Mengikut analisis daripada unit peperiksaan PSAS, peratus lulus
pada sesi Julai 2010 adalah 98%, sesi Disember 2010 , 97.5% dan Jun 2011, hanya
82.6%. Kemerosotan ini dikaitkan dengan pelbagai faktor dari perspektif pelajar. Di
antara faktor yang dikenalpasti adalah dari aspek latihan/tutorial/tugasan, pensyarah

dan kaedah pengajaran, kaedah belajar, persekitaran, sikap dan motivasi, masalah

peribadi dan kerohanian. Kajian Relich dan Way, 1994; Philippou, 1998; Thompson,
1992, menyatakan, kepercayaan, sikap dan kecekapan diri adalah berkait rapat
terhadap kesan pencapaian akademik. Mengikut kajian oleh Mokhtar Ishak dan
Rohani Ahmad (2001) menunjukkan bahawa, gaya belajar mempengaruhi
pencapaian matematik pelajar. Menurut Norhani Bakri (2005) pula, cara
pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada inisiatif untuk berusaha sendiri dengan
mencari bahan rujukan di perpustakaan merupakan faktor yang menjejaskan prestasi
pembelajaran.
Gaya pembelajaran pelajar juga berkait rapat dengan kaedah pengajaran pensyarah,
bahan bantu mengajar, sikap pensyarah dan keadaan sekitar (Ramirez, 1990).
Dengan itu, pensyarah perlu mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai dengan
gaya pembelajaran pelajar (Marjoribanks, 1991). Menurut Dunn (1995) serta Neely
dan Alm (1992), pelajar akan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang
sekiranya mereka diajar dengan kaedah pengajaran yang mirip gaya pembelajaran
mereka.

3.

METODOLOGI KAJIAN
3.1


Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian kuantitatif yang bersifat
tinjauan iaitu menggunakan soal selidik (α = 0.751) sebagai alat
pengumpulan data. Kajian tinjauan adalah bersesuaian dengan tajuk kajian
ini kerana ianya bertujuan ingin melihat persepsi pelajar terhadap faktor
kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 di Politeknik Sultan Azlan
Shah. Dalam kajian ini pendekatan kajian tinjauan didapati berkesan dan
tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
dan berupaya mendapatkan data yang diperlukan tanpa sebarang masalah.
3.2

Populasi Dan Responden Kajian

Populasi bagi kajian ini adalah 67 orang pelajar yang mengulang kursus
Engineering Mathematics 1 pada sesi Disember 2011 dari Politeknik Sultan
Azlan Shah, Behrang, Perak Darul Ridzuan
3.3


Instrumen Kajian

Penyelidikan ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai
alat pengumpulan data. Rasional kepada pemilihan kaedah soal selidik
adalah kerana kemudahantadbiran untuk mendapatkan maklumat yang
banyak dalam masa yang singkat. Set soal selidik yang digunakan
dibangunkan oleh pengkaji berdasarkan kepada pembolehubahpembolehubah yang telah ditetapkan. Borang soal selidik ini mengandungi
dua bahagian yang utama, iaitu bahagian A mengandungi soal selidik untuk
mendapatkan data tentang maklumat responden. Pemberian skala adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Skala maklumat Bahagian A

Maklumat dan Latar
Belakang Responden
Jantina

Umur

Kaum


Jabatan Pengajian

Semester Pengajian
Bilangan Mengulang
Modul

Pilihan
Lelaki
Perempuan
18 hingga 19 tahun
20 hingga 21 tahun
22 hingga 23 tahun
Lebih dari 23 tahun
Melayu
India
Cina
Lain-lain
JKA
JKE

JKM
Semester 1
Semester 2
Semester 3
Kali Pertama
Kali Kedua

Bilangan
(orang)
51
16
55
1
10
1
65
1
0
1
10

12
45
0
66
1
54
13

Dalam Bahagian B, responden telah disediakan pilihan jawapan mengikut
skala lima mata yang terdiri daripada “Sangat Setuju”, “Setuju”, “Neutral”,
“Tidak setuju” dan “Sangat Tidak Setuju”.
Sebanyak 52 item telah dibina dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang tujuh faktor yang telah ditetapkan iaitu Latihan/Tutorial/Tugasan,
Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap
Dan Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian. Jadual 2 di bawah
menjelaskan jumlah keseluruhan item mengikut pembolehubah yang
ditetapkan:

Jadual 2: Jumlah Item Soal Selidik Bahagian B


Pembolehubah

Jumlah Item

Latihan/Tutorial/Tugasan

4

Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran

9

Kaedah Belajar

11

Persekitaran

5

Sikap Dan Motivasi

14

Masalah Peribadi

5

Kerohanian

4

3.4

Kaedah Penganalisisan Data

Bagi mencapai objektif kajian, penganalisisan data terhadap maklumat yang
berkaitan akan dijalankan dengan menggunakan perisian komputer iaitu
Statistical Package For Social Science (SPSS 16.0 for Windows). Perisian
ini telah menganalisis data yang dikumpulkan secara statistik. Ia juga dapat
menghasilkan perincian analisis dalam bentuk graf atau carta yang lebih
mudah difahami. Selain itu, perisian Microsoft Excel dan Microsoft Word
turut digunakan bagi membantu penyelidik mempamerkan hasil kajian
dalam bentuk yang lebih mantap dan berkesan.
Dalam proses menganalisa data adalah dengan memasukkan setiap data
dengan menggunakan tetingkap SPSS Data Editor setelah kerja-kerja
pengumpulan kajiselidik diperolehi sepenuhnya.
Secara amnya, data yang dikumpulkan akan dibahagi kepada 2 bahagian
sebelum dianalisis iaitu bahagian analisis awalan dan bahagian analisis
terperinci. Analisis awalan dilakukan terhadap data tentang latar belakang
responden manakala analisis terperinci pula merupakan penganalisisan
terhadap data bagi tujuan mencapai objektif kajian. Pada peringkat akhir
kajian, hasil data dianalisis, dirumuskan dan cadangan mengikut pandangan
penyelidik berdasarkan hasil kerja yang telah dibuat juga akan disediakan
untuk panduan di masa akan datang.
Untuk menganalisis punca kegagalan kursus Engineering Mathematics 1
sepertimana yang disenaraikan pada Bahagian Dua borang kajiselidik, setiap
soalan atau pembolehubah diberikan nilai-nilai tertentu seperti 1 untuk
Sangat Setuju, 2 untuk Setuju, 3 untuk Neutral, 4 untuk Tidak Setuju dan 5
untuk Sangat Tidak Setuju. Melalui nilai-nilai yang telah ditetapkan, setiap
pembolehubah akan memberikan nilai kepentingan terhadap analisis yang
telah dijalankan. Dalam penyelidikan ini terdapat 2 kaedah yang digunakan
untuk menganalisis pembolehubah iaitu Analisis Frekuensi dan Analisis
Indeks Purata. Data-data akan diringkaskan dan dipamerkan dalam bentuk
jadual dan rajah.
3.5

Analisis Frekuensi

Analisis statistik frekuensi secara amnya menunjukkan taburan peratusan
kekerapan bagi setiap pembolehubah atau soalan jika merujuk kepada kajian
ini. Melalui kaedah ini, setiap punca-punca atau faktor-faktor yang
mempengaruhi mempunyai peratus kekerapan berdasarkan kepada bilangan
responden yang menjawab soalan-soalan berkenaan.
Melalui nilai
kekerapan yang diperolehi, kedudukan keutamaan punca atau faktor yang
dijawab oleh responden akan dapat dilihat dan ini akan membolehkan
senarai punca-punca kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 disusun
mengikut keutamaan berdasarkan kepada kekerapan yang dijawab oleh
responden.

3.6

Analisis Indeks Purata

Walaupun analisis frekuensi dapat digunakan untuk mengkelaskan jawapan
yang diisi oleh responden, namun ianya dilihat masih tidak tepat
terutamanya untuk jawapan yang tidak mempunyai kekerapan yang
menonjol atau jelas. Oleh itu, kaedah analisis indeks purata digunakan

untuk mengkelaskan jawapan yang diisi oleh responden. Dalam kajian ini,
setiap punca-punca yang mempengaruhi kegagalan pelajar yang mengambil
kursus Engineering Mathematics 1 telah dibahagikan kepada lima tahap
(skala) kepentingan yang diwakili oleh nombor 1 hingga 5. Formula yang
digunakan untuk mengira nilai Indeks Purata (Odeh dan Batainneh, 2001)
adalah seperti berikut :
Indeks Purata = ∑ (aX), di mana X = n/N
A = nilai pemberat yang telah ditetapkan untuk pembolehubah (1 hingga 5)
N = Jumlah responden
n = Kekerapan responden
4.

KEPUTUSAN

Berikut adalah keputusan yang diperolehi dari kajian yang dilakukan dengan
menggunakan Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata:

1

2

3

4

5

(SS)

(S)

(N)

(TS)

(STS)

f

f

f

f

f

f

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

8

11

18

21

7

65

(12.31)

(16.92)

(27.69)

(32.31)

(10.77)

(100)

6

12

33

11

4

66

(9.09)

(18.18)

(50)

(16.67)

(6.06)

(100)

4

18

14

22

6

64

(6.25)

(28.13)

(21.88)

(34.38)

(9.38)

(100)

12

16

27

5

4

64

(18.75)

(25)

(42.19)

(7.81)

(6.25)

(100)

3

8

17

21

17

66

(4.54)

(12.12)

(25.76)

(31.82)

(25.76)

(100)

6

14

13

19

15

67

(8.96)

(20.90)

(19.40)

(28.36)

(22.38)

(100)

8

7

15

19

17

66

(12.12)

(10.61)

(22.72)

(28.79)

(25.76)

(100)

15

19

18

67

Nilai Pemberat

Jumlah

Latihan/Tutorial/Tugasan

Frekuensi Responden

1.1 Tidak Menyelesaikan tugas
dalam tempoh yang
diberikan
1.2 Meniru/menyalin hasil kerja
kawan untuk menyiapkan
tugasan
1.3 Tidak Membuat soalansoalan semester lepas/ past
year

Pensyarah dan kaedah Pengajanran

1.4 Tidak Membuat latihan
tambahan selain yang
diberikan oleh pensyarah
2.1 Tidak suka pensyarah yang
mengajar

2.2 Tidak Faham apa yang diajar
oleh pensyarah
2.3 Pensyarah tidak prihatin dan
bertoleransi
2.4 Tidak Banyak contoh soalan
diberikan semasa mengajar

Indeks Purata

Jadual 3: Analisis Frekuensi Dan Analisis Indeks Purata

3.12

2.92

3.13

2.58

3.62

3.34

3.45

6

9
(13.43)

3.51

(8.96)
2.5 Tidak Memahami masalah
pelajar
2.6 Tidak menerangkan dengan
jelas dan terperinci
2.7 Sukar berkomunikasi dengan
pensyarah
2.8 Pensyarah tidak
menyediakan latihan
tambahan
2.9 Pensyarah tidak banyak
membantu
3.1 Tidak berjumpa dengan
pensyarah apabila ada
masalah
3.2 Tidak mengulangkaji apa
yang telah dipelajari didalam
kelas

(22.39)

(28.36)

(26.87)

(100)

6

14

15

17

15

67

(8.96)

(20.90)

(22.39)

(25.37)

(22.39)

(100)

3

10

18

19

17

67

(4.48)

(14.93)

(26.87)

(28.36)

(25.37)

(100)

5

12

18

15

17

67

(7.46)

(17.91)

(26.87)

(22.39)

(25.37)

(100)

1

9

22

18

17

67

(1.49)

(13.43)

(32.84)

(26.87)

(25.37)

(100)

4

12

16

18

17

67

(5.97)

(17.91)

(23.88)

(26.87)

(25.37)

(100)

10

10

23

13

5

67

(14.93)

(14.93)

(38.81)

(14.93)

(7.46)

(100)

3

13

35

11

16

67

(4.48)

(19.40)

(52.24)

(16.42)

(23.88)

(100)

5

15

31

9

6

67

(7.46)

(22.39)

(46.27)

(13.43)

(8.96)

(100)

3

22

25

11

6

67

(4.48)

(32.84)

(37.31)

(16.42)

(8.96)

(100)

6

23

31

3

4

67

(8.96)

(34.33)

(46.27)

(4.48)

(5.97)

(100)

2

15

26

16

8

67

(2.99)

(22.39)

(38.81)

(23.88)

(11.94)

(100)

2

17

23

12

13

67

(2.99)

(25.37)

(34.33)

(17.91)

(19.40)

(100)

8

25

21

5

8

67

(11.94)

(37.31)

(31.34)

(7.46)

(11.94)

(100)

7

32

16

8

4

67

(10.45)

(44.78)

(26.87)

(11.94)

(5.97)

(100)

8

30

22

1

6

67

3.31

3.55

3.40

3.61

3.48

2.63

3.85

3.3 Belajar sendiri

Kaedah Belajar

3.4 Tidak belajar secara
berkumpulan

2.89

2.92

3.5 Tidak belajar di perpustakaan

3.6 Tidak fokus dan memberi
tumpuan dalam kelas
3.7 Tidak bertanya kepada
pensyarah sekiranya tidak
faham

2.64

3.19

3.25

3.8 Tidur lambat

2.70

3.9 Tidak membuat peta minda

3.10 Tidak belajar sebelum kelas
bermula

2.55

2.51

3.11 Tidak mencatat apa yang
diajar oleh pensyarah

4.1 Belajar didalam kelas yang
tidak kondusif dan selesa

(11.94)

(44.78)

(32.84)

(1.49)

(8.96)

(100)

2

12

26

16

11

67

(2.99)

(17.91)

(38.81)

(23.88)

(16.42)

(100)

1

6

26

21

13

67

(1.49)

(8.96)

(38.81)

(31.34)

(19.40)

(100)

10

14

21

13

9

67

(14.93)

(20.90)

(31.34)

(19.40)

(13.43)

(100)

4

5

22

18

18

67

(5.97)

(7.46)

(32.84)

(26.87)

(26.87)

(100)

3

7

22

24

11

67

(4.48)

(10.45)

(32.84)

(35.82)

(16.42)

(100)

1

4

27

17

17

66

(1.52)

(6.06)

(40.91)

(25.76)

(25.76)

(100)

5

9

20

20

12

66

(7.78)

(13.64)

(30.30)

(30.30)

(18.18)

(100)

1

6

17

27

16

67

(1.49)

(8.96)

(25.37)

(40.30)

(23.88)

(100)

4

9

36

14

4

67

(5.97)

(13.43)

(53.73)

(20.90)

(5.97)

(100)

2

14

24

23

4

67

(2.99)

(20.90)

(35.82)

(34.33)

(5.97)

(100)

4

6

27

20

10

67

(5.97)

(8.96)

(40.30)

(29.85)

(14.93)

(100)

6

12

30

15

4

67

(8.96)

(17.91)

(44.78)

(22.39)

(5.97)

(100)

4

12

21

16

14

67

(5.97)

(17.91)

(31.34)

(23.88)

(20.90)

(100)

1

3

10

24

29

67

(4.48)

(14.93)

(35.82)

(43.28)

(100)

4

8

24

29

67

3.33

3.58

Persekitaran

4.2 Persekitaran yang bising
4.3 Tidak berkawan dengan
mereka yang pandai
matematik
4.4 Suasana tidak aman dan
segar
4.5 Perpustakaan tidak lengkap
dan selesa

2.96

3.61

3.49

3.68

5.1 Selalu datang lambat ke kelas
5.2 Selalu ponteng kelas

3.38

3.76

Sikap dan Motivasi

5.3 Tidak Minat kursus
matematik kejuruteraan 1
5.4 Selalu mengantuk dalam
kelas

3.07

3.19

5.5 Malas untuk belajar

5.6 Malu bertanya sewaktu
dalam kelas
5.7 Hadir ke kelas hanya untuk
memenuhi syarat
kedatangan
5.8 Tidak Menghormati
pensyarah

5.9 Tidak kisah jika tidak lulus

3.39

2.99

3.36

4.15
(1.49)
3

4.04

peperiksaan
5.10 Tidak kisah jika markah
tidak cemerlang
5.11 Tidak berasa bersalah jika
tidak menyiapkan kerja

(4.48)

(5.97)

(11.94)

(35.82)

(43.28)

(100)

2

3

13

20

29

67

(2.99)

(4.48)

(19.40)

(29.85)

(43.28)

(100)

6

4

15

24

18

67

(8.96)

(5.97)

(22.39)

(35.82)

(26.87)

(100)

6

8

19

20

14

67

(8.96)

(11.94)

(28.36)

(29.85)

(20.90)

(100)

7

23

25

6

6

67

(10.45)

(34.33)

(37.31)

(8.96)

(8.96)

(100)

7

17

25

13

5

67

(10.45)

(25.37)

(37.31)

(19.40)

(7.46)

(100)

11

17

21

11

7

67

(16.42)

(25.37)

(31.34)

(16.42)

(10.45)

(100)

6

11

21

16

13

67

(8.96)

(16.42)

(31.34)

(23.88)

(19.40)

(100)

5

18

16

15

13

67

(26.87)

(23.88)

(22.39)

(19.40)

(100)

8

9

28

10

12

67

(11.94)

(13.43)

(41.79)

(14.93)

(17.91)

(100)

9

3

12

14

29

67

(13.43)

(4.48)

(17.91)

(20.90)

(43.28)

(100)

3

3

8

10

43

67

(4.48)

(4.48)

(11.94)

(14.93)

(64.18)

(100)

3

1

7

20

36

67

(4.48)

(1.49)

(10.45)

(29.85)

(53.73)

(100)

2

1

15

12

37

67

(2.99)

(1.49)

(22.39)

(17.91)

(55.22)

(100)

2

3

22

19

21

67

(2.99)

(4.48)

(32.84)

(28.36)

(31.34)

(100)

4.06

3.66

5.12 Suka Berkhayal

5.13 Suka keluar bersama
kawan-kawan

3.42

2.72

5.14 Suka menangguh kerja

2.88

6.1 Masalah kewangan

2.79

Masalah Peribadi

6.2 Masalah keluarga

6.3 Masalah kenderaan ke
politeknik
6.4 Masalah kawan-kawan

3.28

3.19
(7.46)

3.13

6.5 Masalah teman lelaki/wanita

7.1 Tidak Percaya kepada Tuhan
dan takdir

Kerohanian

7.2 Tidak Percaya kepada
ganjaran dan usaha

7.3 Jarang berdoa dan tidak
berusaha
7.4 Tidak sembahyang/
meninggalkan sembahyang

3.76

4.30

4.27

4.21

3.81

5.

PERBINCANGAN
Nilai indeks Purata yang tinggi (1 hingga < 3) mewakili responden yang sangat
setuju dan bersetuju dengan penyataan soalan pada Borang Soal Selidik yang
diberikan. Dari jadual keputusan di atas didapati faktor kegagalan yang utama adalah
dari katagori kaedah belajar, sikap dan motivasi, latihan/tutorial/tugasan dan masalah
peribadi. Daripada 52 sub item yang dikaji pada borang soal selidik, hanya 14 item
sahaja yang menjadi punca utama faktor kegagalan Engineering Mathematics 1 iaitu
Meniru/menyalin hasil kerja kawan untuk menyiapkan tugasan, Tidak membuat
latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah, Tidak berjumpa dengan
pensyarah apabila ada masalah, Belajar sendiri, Tidak belajar secara berkumpulan,
Tidak belajar di perpustakaan, Tidur lambat, Tidak membuat peta minda, Tidak
belajar sebelum kelas bermula, Persekitaran yang bising, Malu bertanya sewaktu
dalam kelas, Suka keluar bersama kawan-kawan, Suka menangguh kerja dan
Masalah kewangan.

Daripada 14 sub faktor di atas, didapati tidak belajar sebelum kelas bermula dengan
indeks purata 2.51 yang menjadi sub faktor yang paling utama kegagalan
Engineering Mathematics 1, dikuti oleh sub faktor tidak membuat peta minda 2.55
dan tidak membuat latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah 2.58.
5.1 Tidak Belajar Sebelum Kelas Bermula
Persediaan sebelum ke kelas amat penting bagi meningkatkan kefahaman
pembelajaran didalam kelas. Pelajar yang menelaah awal topik yang akan diajar oleh
pensyarah akan lebih mudah faham tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut.
Ini membuatkan mereka lebih memberikan tumpuan didalam kelas dan akan merasa
kesoronokan belajar. Mutu pelajaran akan meningkat dan membuatkan mereka dapat
lulus dengan cemerlang. Tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku kepada
responden yang dikaji, mereka datang ke kelas dengan minda yang kosong dan tidak
bersedia untuk belajar. Minat untuk belajar akan menurun dan menjadikan subjek
matematik sebagai satu matapelajaran yang sukar. Akibatnya mereka gagal dalam
kursus Engineering Mathematics 1. Disini pensyarah perlu memainkan peranan
untuk menggalakkan pelajar membuat persediaan sebelum kelas bermula. Sebagai
contoh, pensyarah akan membuat kuiz pendek sebelum kelas bermula. Ini secara
tidak langsung mendorong pelajar untuk membaca dahulu topik yang berkaitan
sebelum mereka datang ke kelas.
5.2 Tidak Membuat Peta Minda
Peta minda juga amat membantu untuk mengingat pelajaran yang telah diajar oleh
pensyarah. Ia juga menolong pelajar untuk memudah dan meringkaskan apa yang
telah dipelajari pada masa yang lepas. Peta minda membolehkan pelajar mencatat
nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah
disamping
menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa
belajar. Kebiasaannya hanya pelajar yang rajin dan minat sahaja akan membuat peta
minda atau nota ringkas. Pelajar yang malas dan kurang fokus didalam kelas secara
amnya tidak akan mengendahkan perkara seperti ini. Mungkin mereka perlu diberi
sedikit bimbingan dan dorongan tentang kaedah dan cara belajar dengan betul serta
teknik yang sesuai dengan mereka. Disini juga pensyarah perlu memainkan peranan

untuk membantu pelajar yang lemah untuk menghasilkan nota ringkas & peta minda
mereka sendiri. Sebagai contoh pensyarah meminta pelajar untuk menghasilkan peta
minda secara berkumpulan dan membentangkannya didalam kelas.
Hasil
pembentangan akan dibincangkan didalam kelas dan markah kerja kumpulan akan
diambil kira.
Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar.
Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda.
Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu,
ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta
minda. Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry
(2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan
penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi
keputusan yang lebih baik.

5.3 Tidak Membuat Latihan Tambahan Selain Yang Diberikan Oleh Pensyarah
Latihan tambahan amat penting untuk meningkatkan kefahaman dalam subjek
pengiraan khususnya bagi kursus Matematik Engineering. Membuat latihan
menolong pelajar untuk membiasakan diri dengan kepelbagaian jenis soalan. Ini
dapat membantu mereka untuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan
akhir. Kurangnya latihan akan memberi kesan kepada kurangnya kefahaman
didalam topik yang dipelajari. Latihan yang banyak akan mengukuhkan lagi
kefahaman yang sedia ada. Pensyarah perlu peka untuk membantu pelajar dalam
menyediakan soalan dan latihan tambahan yang berkaitan kepada pelajar. Sebagai
contoh, pensyarah memberikan soalan peperiksaan yang lepas kepada pelajar
sebagai latihan dirumah, menyenaraikan buku rujukan yang terdapat diperpustakaan
dan sebagainya.

6.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kategori faktor utama kegagalan kursus Engineering
Mathematics 1 dari perspektif belajar ialah kaedah belajar, dikuti dengan sikap dan
motivasi serta latihan/tugasan/tutorial serta. Peranan pensyarah juga penting dalam
membantu dan membimbing pelajar yang lemah untuk berjaya. Kajian ini akan
menjadi lebih lengkap sekiranya kajian lanjutan yang akan datang akan mengambil
kira pula faktor kegagalan pelajar dari perspektif pensyarah. Walau apapun dapatan
yang diperolehi, semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung.

7.

BIBLIOGRAFI

Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension. Recent
Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19.
Azizi Yahaya, (2010).” Orientasi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi Awam
di Malaysia dan Implikasi Terhadap Pencapaian Akademik.” Fakulti Pendidikan
UTM.

Azrul Mahfurdz dan Saifudin Semail (2011), “Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi dan
Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matematik Kejuruteraan.” Diges
Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.
Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law, Ee
Peng; Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With Understanding
Through The Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s.
5-19
Dunn R (1995). “Strategies for Educational Diverse Learners.” Phi Delta Kappa: Educational
Foundation.
Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research on
Mind Maps in Education. m.s. 21-24.
Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad ( 2001). “Hubungan pencapaian penyelesaian masalah
matematik dengan gaya belajar dan faktor-faktor bekaiatan di kalangan pelajar
sekolah menengah rendah.”. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains dan
matematik Sarawak 2001.
Neely, R. O. and Alm, D. (1992). “Meeting Individual Needs: A Learning Styles Success
Story.” Clearing House. Vol. 66. (Issue 2). m.s. 109.
Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman dan Aminah Ahamad
Khalid (2005). “Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti
Pengurusan dan Pembangunan Manusia,” Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor. Jurnal Teknologi 43(E), 29 – 44.
Philippou, G. N.(1998). The effects of a preparatory mathematics program in changing
prospective teachers’ attitudes towards mathematics. Educational Studies in
Mathematics, 35, 189-206.
Ramirez, M (1990). “Learning Behaviors.” In Saracho, Olivio N. “Cognitive Style in Early
Education.” London: Gordon And Breach Science Publishers.
Relich, J., Way, J., & Martin, A. (1994). Attitudes to teaching mathematics: Further
development of a measurement instrument. Journal of Educational Psychology,
85(1), 41-48.
Thompson, A. G. (1992). Teachers’s beliefs and conceptions: A synthesis of the research. In
D. A. Grouws (Ed.), Handbook of research on Mathematics teaching and learning
(pp. 127-146). Reston, VA: Macmillan.
Zamry Ahmad Mokhtar, Reminjus Anding, A. Azman & Nur Ashikin Lakman
(2011).”Sikap Pelajar Politeknik Mukah Sarawak Terhadap Kursus Matematik
Kejuruteraan 1.” Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.