Lagu rakyat slide pptx 1

LAGU RAKYAT DAN PENGARUHNYA TERHADAP PEMBINAAN
JATI DIRI REMAJA MUSLIM
PPPM 3293 – KESENIAN DAN ISLAM
PROF DR ZAINAB BINTI ISMAIL

Ahli Kumpulan :
MOHAMAD HILMI BIN TUMPANG (GB02098)
MOHD MAHIR BIN ABDUL MANAP (GB02109)
MOHD NADHIR SYAFIQ BIN RAMELI (GB02110)
MOHD SHAHRUL BIN ABD LATIF (GB02111)
MUHD SHAFIQ AIZAT BIN MOHD RASDI (GB02119)
SA’AUDI BIN YAHYA@ZAKARIA (GB02128)
ZULHAZMI BIN YATIMMUSTAFA (GB02133)

PENDAHULUAN
LAGU RAKYAT
Lagu-lagu yang dicipta untuk memperkenalkan
sesuatu tempat, budaya kaum atau sesebuah
negara.
Lagu jenis ini biasanya dinyanyikan dalam loghat
bahasa asal tempat itu.

Jenis lagu rakyat termasuklah
gurindam,puisi,pantun,seloka,syair,gurindam.

• Lagu terbahagi kepada 2:
1) Lagu jenaka rakyat berunsur warisan
2) Lagu jenaka rakyat berunsur semasa
Lagu berunsur warisan
Lebih kepada lagu yang diciptakan untuk mengekalkan
tradisi sesebuah masyarakat atau negara.
Lagu berunsur semasa
Adalah lagu yang diciptakan berdasarkan isu-isu semasa
yang dialami oleh masyarakat itu sendiri dengan
dialeknya tersendiri.

TUJUAN
• Untuk mengetahui bahawa banyak perkara baik
dalam lagu rakyat yang terdapat dalam seni kata
lagu-lagu rakyat dan juga pada alunan muzik yang
dimainkan. Kesan-kesan positif yang terdapat
dalam lagu rakyat memberi input kepada

pembentukan jati diri dan akhlak remaja masa
kini. Remaja boleh di bentuk jati diri mereka jika
nilai-nilai murni yang terdapat dalam seni kata
lagu rakyat dihayati dan diamalkan dengan baik.

LANDASAN TEORI
• Teori Semantik
Digunakan untuk mengkaji makna yang
terkandung dalam lirik lagu.
• Teori Psikologi Perkembangan
Digunakan sebagai menyokong nilai-nilai
pendidikan yang terdapat di dalam lagu.

Terdapat 3 komponen Psikologi Perkembangan:
1) Psiko-kognitif
• Suatu proses psikologis yang terjadi dalam bentuk pengenalan,
pengertian,
dan
pemahaman
dengan

menggunakan
pengamatan, dengan menggunakan panca inderanya sehingga
individu tersebut memperoleh pengetahuan dan pemahaman
2) Psiko-afektif
• Suatu perasaan yang dimiliki seseorang terhadap sesuatu, secara
umum pengertian perasaan adalah suasana menyenangkan dan
tidak menyenangkan, suka atau tidak suka, serta sedar bahawa
ada aturan yang harus ditaati dalam kehidupan

3) Psiko-motorik
• Suatu bentuk perkembangan tubuh, jasmani
individu yang diikuti dengan aktiviti dirinya
terhadap suatu benda dan lingkungannya yang
terkoordinasi diantara jasmani, fisiologi, dan
psikologi. Contoh, pembentukan karakter anak.
• Irama juga memainkan peranan penting dalam
menarik perhatian pendengar untuk dengar
dengan penuh penghayatan

PEMBAHASAN DAN ANALISIS

• Lagu rakyat merupakan lagu yang diwarisi dari
generasi terdahulu dan mungkin mengalami
sedikit asimilasi dari segi aturan lirik, gaya
nyanyian atau alat muzik serta cara
penyampaiannya yang dipelbagaikan.
• Fungsi lagu rakyat terutamanya sebagai satu
bentuk hiburan dan pendidikan

• Dengan ini menyanyi menjadi kegiatan pencetus
silaturahim ( Rahmah Bujang, Dewan Budaya,
November1999 ).
• Cara nilai-nilai tertanam dalam diri melalui lagu:
-Misalnya, lagu yang disiarkan di radio akan
berkumandang ke seluruh ceruk rantau, didengar
oleh berjuta-juta orang. Lagu yang popular akan
disiarkan berulang kali secara sedar atau tidak,
secara langsung atau tidak langsung, secara
mendadak atau perlahan , akan meresap dan
berkesan di jiwa dan penghidupan pendengarnya.


• Antara lagu rakyat/ lagu kanak-kanak yang
berunsur nasihat, membentuk peribadi mulia
berperanan untuk membina jatidiri sebagai
warga yang berkualiti seperti lagu Burung
Kenek-Kenek, Katak si katak lompat,gurindam
pelihara lidah

Burung Kenek-Kenek
Burung kenek-kenek
Hinggap di pohon jati
Pesan datuk nenek
Alah bangunlah pagi-pagi
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas pagar
Pesan datuk nenek
Rajin-rajinlah belajar

Geleng-geleng Sapi berbulu di telinga
Atur tapak kaki Berdiri lama-lama
Geleng-geleng sapi Sapi berbulu merah

Atur tapak kaki Cepat-cepat melangkah
Burung kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek
Pandai-pandai cari kawan

Burung kenek-kenek
paya
Pesan datuk nenek
Jadilah orang mulia

Hinggap di tepi

Burung kenek-kenek
Hinggap di batang padi
Pesan datuk nenek
Jadilah orang berbudi


Burung kenek-kenek

Hinggap di tengah laman
Pesan datuk nenek
Jadilah orang beriman

GURINDAM PELIHARA LIDAH
Jika kamu banyak berkata
Di situ banyak membuat dusta
Jika kamu banyak bercakap
Tanda fikiran kuranglah lengkap
Jika kamu banyak berkata
Kejahilan kamu terang dan nyata
Jika kamu banyak bercakap
Kamu sendiri masuk perangkap

Jika kamu banyak berkata
Janji palsu senang tercipta
Jika kamu banyak bercakap
Kata mengata banyak diungkap
Jika kamu banyak berkata
Banyak janji tidak dikota

Jika kamu banyak bercakap
Rahsia kamu dapat ditangkap

PENUTUP
• Lagu rakyat atau dikenali juga sebagai Puisi Melayu Tradisional (PMT) telah
membentuk pemikiran dan mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu.
Khazanah Puisi Tradisional kita mengandungi pantun, syair, gurindam, seloka, nazam
dan banyak lagi. Setiap satu dikenali melalui bentuk/struktur, isi dan fungsi masing
masing. Puisi Melayu Tradisional adalah pusaka bangsa yang sangat berharga kerana
pada keseluruhannya mengandungi pemikiran dan nasihat yang bernilai untuk
pembentukan masyarakat. Di dalamnya terkandung mutiara kata dan susunan
madah yang membuktikan kebijaksanaan atau kearifan nenek moyang kita.
• Puisi Melayu Tradisional khasnya yang disebarkan melalui lagu-lagu atau nyanyian
dapat menyampaikan nasihat dan panduan hidup bagi mempengaruhi minda dan
membina keperibadian bangsa.
• Oleh itu, lagu-lagu rakyat sebenarnya membentuk karakter atau akhlak dalam diri
seseorang individu terutamanya muslim.

SEKIAN
TERIMA KASIH