EKONOMI PENGGAL 3 viva

EKONOMI PENGGAL 3

  

(a) Kenal pastikan institusi

pemberi kredit di Malaysia.

  

(b) Terangkan pembiayaan,

perkhidmatan dan bantuan

yang ditawarkan oleh institusi

pemberi kredit masing-

masing.

  

Pembiayaan

  • Bank perdagangan
    • Dengan kemudahan overdraf, pendeposit dapat mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi jumlah deposit di dalam Akaun Semasanya.
    • Pendeposit akan dikenakan kadar faedah ke atas jumlah lebihan pengeluaran tersebut.

  • Syarikat insurans
    • Pinjaman polisi : jika berlaku kemalangan atau kematian, pinjaman yang belum dibayar, termasuk faedah akan ditolak daripada jumlah pampasan.
    • Pinjaman premium automatik: pemegang polisi akan dikenakan faedah ke atas jumlah pinjaman premium yang tertunggak.

  • Koperasi
    • Koperasi menggerakkan tabungan melalui caruman saham dan deposit dan menyalurkan kumpulan wang ini untuk kegunaan ahlinya dan sebahagian besarnya dalam bentuk pinjaman.
    • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

  • Pembiayaan Ikhtiar berfokus kepada masyarakat di

    kawasan luar bandar yang berpendapatan rendah.

  • Antara pembiayaan termasuklah Ikhtiar rezeki, ikhtiar Penyayang, Ikhtiar Bestari, Ikhtiar Sejahtera dan Program Kewangan Mikro Bandar.
  • - Menerusi konsep murabahah, bank akan membiayai

    pembelian barang yang dikehendaki oleh pelanggannya dan kemudian menjual dengan harga yang tinggi sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Menerusi konsep Bai Bithaman Ajil, pihak bank membiayai harta yang ingin dimiliki oleh pelanggannya dan kemudian menjual kepada pelanggannya pada harga jualan yang dipersetujui.

  • Pajak gadai ( Ar-Rahnu)
    • Adalah atas dasar fardhu kifayah dan bukannya untuk mendapat keuntungan.
    • Melalui skim ini, pinjaman ihsan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan tetapi syaratnya ialah menyertakan cagaran yang disebut marhun.

  • Pemberi Pinjam Wang Berlesen
    • Peminjam dikehendaki membayar balik wang yang dipinjam secara ansuran mengikut apa yang dipersetujui semasa perjanjian pinjaman wang dibuat.
    • Pinjaman tanpa cagaran: 18% setahun - Pinjaman bercagar: 12% setahun.

Perkhidmatan Bank perdagangan Bank Islam

  • Pinjaman sewa beli - Murabahah - Pinjaman bercagar - Musyarakah

    - Pinjaman tidak bercagar - Bai Bithaman Ajil

    - Kad kredit
  • Al-Ijarah Thumma Al
  • - Kemudahan overdraf Syarikat insurans

    • Mendiskaunkan bil - Pinjaman polisi pertukaran - Pijaman premium

  Koperasi automatik

  • Pinjaman bercagar
  • • Amanah ikhtiar Malaysia Pemberi

  Pinjam Wang Berlesen (AIM)

  • Ikhtiar rezeki - Pinjaman - Ikhtiar penyayang bercagar
  • Pinjaman - Ikhtiar bes>Ikhtiar sejahtera tanpa cagaran
  • Program Kewangan Mikro Bandar

Bantuan yang

  • Bank perdagangan

  ditawarkan

  • Menawarkan pinjaman bercagar seperti pinjaman untuk membeli harta tetap.
  • Menawarkan pinjaman persendirian atau peribadi.
  • Menawarkan pinjaman kad kredit.
    • Koperasi

    >Kemudahan kredit bercagar ialah pinjaman dengan harta digunakan sebagai cagaran untuk mendapat pinjaman.
  • Pinjaman tidak bercagar terdapat dalam pelbagai pakej seperti pinjaman kecemasan dan pinjaman peribadi.

  • Bank Islam
    • Bank Islam menawarkan pinjaman yang berlandaskan hukum syarak.
    • Murabahah adalah salah satu pinjaman yang berkonsep penjualan barang pada harga yang lebih tinggi daripada harga beliannya.
    • Musyarakah merupakan pinjaman yang bersifat perkongsian menjalankan perniagaan antara bank dan pemilik modal.
    • - Bai Bithaman Ajil merupakan konsep jual beli secara tertangguh

      sehingga ke suatu masa yang telah ditetapkan secara beransuran.
    • Al-Ijarah Thumma Al-Bai merujuk kepada dua kontrak yang

      ditandatangani secara berasingan dan berurutan seperti Kontrak

      Al-Ijarah dan Kontrak Al-Bai

  • Pajak gadai (Ar-Rahnu)
    • - Bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Agrobank,

      Bank Rakyat dan Bank Islam.
    • Institusi lain turut menawarkan perkhidmatan ini ialah YAPEIM

  • Syarikat Insurans
    • Pinjaman polisi merujuk kepada sesuatu pinjaman yang diberi oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi insurans hayat dengan keseluruhan atau sebahagian dari nilai tunai polisi diserah hak menjadi jaminan kepada pinjaman polisi tersebut.
    • Syarikat insurans akan memberikan pinjaman pembayaran premium secara automatik untuk pemegang polisi sekiranya dia tidak menjelaskan premiumnya dalam tempoh tangguh dengan syarat polisi tersebut mempunyai nilai tunai yang mencukupi.

  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
    • Menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
    • AIM menawarkan kemudahan kredit seperti ikhtiar rezeki, ikhtiar penyayang, ikhtiar bestari, ikhtiar sejahtera dan program Kewangan Mikro Bandar.

  • Pemberi pinjam wang berlesen
    • Seseorang yang menawarkan pinjaman perlu mempunyai lesen yang sah sebagai pemberi pinjam wang yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

SOALAN

  1. Apakah jenis kredit yang disediakan oleh bank perdagangan? (6m)

  2. Apakah kemudahan kredit yang ditawarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)? (5m)