RESENSI BUKU 016

RESENSI BUKU SOLAT KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS : Bab 3
Oleh: Atikah Izzati binti Zainol dan Nursakinah binti Amatslan

Dalam bab ketiga ini, penulis menekankan tentang denyutan jantung yang
dikaitkan dengan setiap pergerakan dalam solat. Penulis berjaya memberi gambaran
awal tentang kadar denyutan jantung normal iaitu sekitar 60 hingga 80 denyutan
seminit, seterusnya memperkenalkan beberapa istilah sains dan alat yang digunakan
untuk mengukur denyutan jantung.
Setiap penerangan yang dibuat oleh penulis berjaya dikukuhkan dengan
berbantukan gambar yang bertepatan. Data dan graf juga menjadi bahan sokongan
kuat untuk mengukuhkan hujah dan kenyataan yang dikemukan oleh penulis.
Pembaca-pembaca yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan mempunyai
pegangan agama yang berbeza juga tidak akan mempunyai masalah untuk memahami
kandungan yang cuba disampaikan penulis memandangkan penjelasan penulis yang
ringkas dan padat serta satu gambaran jelas telah diberikan seperti posisi berdiri, sujud
dan rukuk.
Melalui data yang diberikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan, penulis
mampu meyakinkan para pembaca kesahihan kesimpulan yang telah dibuat iaitu
semakin rendah jarak antara kedudukan jantung dengan jarak graviti, semakin kurang
kadar denyutan jantung termasuk tekanan darah yang mana dapat dibuktikan ketika
dalam posisi sujud. Namun adalah lebih baik sekiranya penulis dapat memberikan

penerangan yang lebih jelas tentang responden seperti bangsa dan agama agar
penulisan ini tidak bersifat berat sebelah.