Pengertian Songket Sejarah Songket Corak dan Motif

BAB 2 LANDASAN TEORI Pada bab ini, penulis menyajikan beberapa penjelasan yang berhubungan dengan judul penelitian yang diajukan oleh penulis. Penjelasan tersebut merupakan pengenalan Songket, pengertian komputer, konsep-konsep dasar sistem, informasi, dan sistem informasi serta teori dasar mengenai aplikasi yang digunakan dalam pembuatan tugas akhir tersebut, seperti Macromedia Dreamweaver, PHP, dan Database Server MySQL, dll.

2.1 Pengenalan Songket

2.1.1 Pengertian Songket

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Dari segi sejarah, songket hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang Universitas Sumatera Utara pembesar. Songket telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau. Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

2.1.2 Sejarah Songket

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ China membawa maksud yang sama. Mengikut Robyn Maxwell 1990, pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul India telah memperkukuhkan lagi penghasilannya. Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. Universitas Sumatera Utara

2.1.3 Corak dan Motif

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan: • Susunan bunga penuh • Susunan bunga bertabur • Susunan bercorak Motif yang digunakan pula adalah seperti: • Motif Tumbuh-tumbuhan • Motif Binatang • Motif AlamBenda • Motif Kuih

2.1.4 Proses Pembuatan