Pengenalan Matlamat Objektif Sasaran Pelan Pelaksanaan Fokus Kemahiran

PANDUAN PELAKSANAAN KEM CEMERLANG JAWI

1. Pengenalan

Mata pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2015 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

2. Matlamat

Mencapai sasaran penguasaan 100 dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah.

3. Objektif

3.1 Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung. 3.2 Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup. 3.3 Membaca dan menulis ayat pendek.

4. Sasaran

4.1 Semua murid tahun dua hingga tahun enam yang tidak melepasi ujian diagnostik. Murid Tahun Satu tidak terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi kerana masih dalam proses mengenal asas jawi. 4.2 Murid yang mendapat markah 0 -59 di dalam ujian diagnostik.

5. Pelan Pelaksanaan

5.1 Ujian Diagnostik 5.1.1 Markah 60 - 100 - melepasi tahap 5.1.2 Markah 0 - 59 - belum melepasi tahap 5.1.3 Markah untuk masuk ke Kem Cemerlang Jawi ialah 59 ke bawah. 5.2 Kem Cemerlang Jawi 5.2.1 Dicadangkan sebanyak 2 kali setahun. 5.2.2 Satu kem 12 jam selama dua hari - rujuk lampiran 1 5.2.3 Semua GPI dan GBA terlibat dengan KCJ. 5.2.4 Ratio adalah 1:15 seorang guru lima belas orang murid

6. Fokus Kemahiran

Pembahagian kemahiran mengikut jam 6.1 Kemahiran Membaca Bil Kemahiran Isi Kandungan 1 Huruf Tunggal Jawi Huruf Alif hingga Ya 2 Bunyi Vokal Sukukata Terbuka 3 Satu Suku Kata Diftong dan Tertutup 4 Perkataan daripada 2 - 4 Sukukata Suku kata Terbuka + Tertutup 5 Membaca Teks Ayat-ayat pendek 6.2 Kemahiran Menulis Bil Kemahiran Isi Kandungan 1 Huruf Tunggal Jawi Huruf Alif hingga Ya kedudukan huruf 2 Huruf diawal, tengah dan akhir Menulis huruf bersambung 3 Suku Kata Mencantum sukukata terbuka tertutup 4 Ayat-ayat pendek Menulis ayat 5 Teks Menulis karangan pendek

7. Cadangan Pelaksanaan