Teknik memori emosi siswa sd

Nor Shuradi Nor Hashim
Seni Lakonan Pentas
Diploma Teater

(9) Emosi Memory / Memory Recall.
Stanislavski mengistilahkan unsur ini sebagai
emotional
memory
atau
memory
recall
(mengingati
memori)
yang
bermaksud
pembinaan semula imej yang telah hilang dalam
ingatan seperti benda, tempat, orang, perasaan
dan kejadian.
Emotional memory juga bertindak sebagai
kaedah mengembalikan perasaan dan emosi
yang pernah dilalui atau dirasai sebelum ini


Menurut
Stanislavsky[1990]
menyatakan
perwatakan dan transformasi ialah perwatakan
dalaman watak ianya hanya boleh dibentuk daripada
eleman dalaman pelakon. (inner truth)
[

 Ianya dipilih dan harus dirasakan agar dapat
memenuhi dan menepati imej watak yang
divisualkan kepada penonton. Sekiranya aspek
dalaman (inner truth) watak berjaya diisi,
aspek luaran (external truth) akan timbul
dengan sendirinya.

Pelakon akan mencapai aspek luaran
(external truth) watak melalui bahan
(memori) yang sedia ada dalam dirinya
dan ditambah dengan elemen lain seperti

imaginasi,
menggunakan
intuisinya,
observasi (teknik), atau mengkaji
lukisan, buku-buku, atau peristiwa yang
berlaku di sekelilingnya.

Dalam pada itu, sebarang watak yang tidak
mempunyai
perwatakan
yang
menyakinkan
dianggap sebagai lakonan yang cukup’miskin’.
Manakala
pelakon
yang
tidak
dapat
menyempurnakan perwatakannya juga dianggap
pelakon yang ‘miskin’ serta pelakon yang

monotonous.
Apabila pelakon dan watak telah menjadi satu,
maka transformasi telah berlaku. Perwatakan
apabila disertai dengan transformasi yang benar,
seperti ingkarnasi yang telah berlaku dan ini adalah
sesuatu yang hebat
Inkarnasi adalah pembuahan dan kelahiran makhluk yang merupakan manifestasi dari suatu,
dewa/tuhan atau kekuatan yang imaterial.

Stanislansky juga menjelaskan setiap pelakon
perlu
tahu
tentang
perbezaan
diantara
pengalaman hidup yang sebenar dan pengalaman
di atas pentas.
Logiknya bagi beliau, sekiranya seorang aktor
menghayati pengalaman yang sama dengan
kehidupan, maka akan terhasil orang-orang yang

kurang siuman dan pembunuh-pembunuh di atas
pentas selepas setiap persembahan kerana
karektor
kehilangan
akal
atau
berlakunya
pembunuhan, kekejaman, penindasan sama
seperti berlaku di alam realiti (ibarat adeganadegan ini dilakonkan diatas pentas).

Oleh itu jelas beliau akan banyaklah para aktor
yang akan terbunuh selepas setiap persembahan
sekiranya
seseorang
aktor
itu
menghayati
pengalaman sebenarnya.
Kesimpulannya, Stanislavsky percaya emosi
pentas tidak menyamai emosi di dalam

kehidupan,
kerana
kemunculannya
bukan
berpuncakkan daripada punca sebenar(actual
cause).
Aktor mampu merangsangkan emosi yang
diperlukan di dalam dirinya kerana beliau kerap
mengalami ragaman dan emosi-emosi yang
hampir menyamai di dalam kehidupannya

Sehubungan dengan itu, untuk memperkayakan
memori emosi, Stanislavsky telah menyarankan
seseorang aktor itu harus mengamati apa yang
sedang berlaku di sekelilingnya (absorb), harus juga
membaca,
mendengar
muzik,
melawat
muzium, mengamati orang sekelilingnya dan

berbagai lagi.
Stanislavsky percaya “memori emosi yang welldeveloped” adalah keperluan paling penting untuk
tugas-tugas aktor di dalam
teater-teater living
experience. Ianya merupakan pengalaman lalu dan
sumber untuk emosi di atas pentas.
Untuk menghidupkan emosi-emosi ini, seorang
aktor harus menangani dengan aksi-aksi fizikal
yang perlu dan logikal di dalam situasi given