PERINCIAN KERJA KURSUS KOH3633 KOMUNIKAS
PERINCIAN KERJA KURSUS
KOH3633 KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN (COMMUNICATION AND NEGOTIATION)
(SEMESTER PERTAMA SESSI 2012/2013)
PENGAJAR: DR. NOR AZURA ADZHARUDDIN
Kursus ini terbahagi kepada:
1. TUGASAN INDIVIDU 1:
RUMUSAN JURNAL KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN (30%)
TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN: MINGGU KE 6.
2. TUGASAN BERKUMPULAN 1 (MAKSIMUM 3 0RANG SAHAJA):
KAJIAN KES KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN (30%)
TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN: MINGGU KE 9
3. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (40%):
FORMAT SOALAN OBJEKTIF.
SOALAN AKAN BERPANDUKAN NOTA PENSYARAH DAN JUGA NOTA DARI MODUL
KOH3633.
TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN.
PERINGATAN:
Semua tugasan hendaklah SAMPAI KEPADA PENSYARAH PADA MINGGU YANG TELAH
DINYATAKAN. Sekiranya tugasan lewat sampai ke tangan pensyarah, markah tugasan tidak
akan dimasukkan. Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tugasan yang
dihantar melalui pos atau agensi telah sampai kepada pusat Pendidikan Luar UPM/Pensyarah
dalam waktu yang ditetapkan.
PENERANGAN TERPERINCI
TUGASAN INDIVIDU 1: RUMUSAN JURNAL KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN (30%)
Anda dikehendaki membuat rumusan 4 artikel yang telah diterbitkan dari mana-mana jurnal
komunikasi terkini yang boleh diperolehi dari perpustakaan (boleh diakses secara ‘online’)
berkenaan perundingan dan komunikasi yang telah diterbitkan sekitar tahun 2008 hingga 2012.
Baca dan fahamkan artikel tersebut. Rumusan untuk kesemua artikel adalah maksimum 10
mukasurat sahaja, termasuk muka hadapan dan senarai bahan rujukan (bibliografi) di
mukasurat akhir.
Anda perlu rumuskan setiap artikel tersebut mengikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Tajuk
Objektif Kajian
Metodologi Kajian
Analisis yang dilakukan dan Keputusannya
Perbincangan kajian masa hadapan berkenaan perundingan dan komunikasi.
Komen dan pandangan anda tentang artikel yang dipilih.
FORMAT MUKA DEPAN LAPORAN
Muka Hadapan Jurnal Komunikasi Interpersonal perlulah mengandungi maklumat dibawah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
Tajuk Tugasan
Kod dan Nama Kursus
Nama Pensyarah
Nama Pelajar
No Matrik
Program
Sesi Pengajian
TUGASAN BERKUMPULAN 1 (MAKSIMUM 3 0RANG SAHAJA): KAJIAN KES KOMUNIKASI DAN
PERUNDINGAN (30%)
1. Untuk anda memahami dan menganalisa peranan perundingan dan pengurusan konflik
dengan lebih mendalam , kumpulan anda di kehendaki menjalankan suatu kajian kes.
Kajian kes tersebut mesti berdasarkan kepada perundingan sebenar yang telah atau
sedang berlaku yang bekaitan dengan polisi kerajaan, perdagangan,isu-isu antara bangsa
dan sebagainya. Misalnya, perundingan Arab -Israel, perundingan dalam Perjanjian
Pangkor, Perundingan di antara Tengku Abdul Rahman dengan Chin Peng, perundingan
antara Tentera Merah Jepun (JRA) dengan Kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun,
anda digalakkan untuk mencari mana-mana isu semasa yang hangat diperkatakan oleh
masyarakat, dan membuat kajian dan analisa kes terhadap isu tersebut. Contohnya
seperti analisa krisis air di Selangor, analisa krisis kenaikan harga rumah atau isu
kenaikan kos sara hidup masyarakat Malaysia.
2. Anda dikehendaki menganalisis kontroversi yang wujud, menjejaki kronologi hingga
tercetusnya kontroversi atau konflik, mengenal pasti halangan-halangan untuk mencapai
resolusi yang efektif, memberikan cadangan -cadangan yang konkrit bagaimana
kontroversi itu dapat diselesaikan. Anda juga harus mengkaji mengenai strategi dan
taktik yang digunakan,mengenal pasti kemahiran-kemahiran komunikasi yang diaplikasi
oleh mereka yang terlibat dalam perundingan tersebut.
3. Laporkan isu yang anda kaji dan analisa anda mengikut nota-nota yang ada.
4. Format muka hadapan tugasan sama dengan Tugasan 1.
5. Rujukan dan bibligrafi juga perlu disertakan dihalaman terakhir. Jika anda mengambil isu
tersebut melalui suratkhabar, anda boleh kepilkan keratan akhbar tersebut didalam
apendiks (appendix).
6. Maksimum 12 mukasurat sahaja.
7. Sebarang kelewatan tugasan yang saya terima tidak akan dilayan, dan markah tidak akan
diberikan untuk tugasan yang lewat.