NOTA Dan PENDIDIKAN Dan ISLAM

FALSAFAH ILMU
1.1

KONSEP ASAS ILMU

Pendahuluan
Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu
yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu.

           
          
 
Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau
pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan
seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali
dalam Al-Quran melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang
berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat

melalui banyak ayat Al-Quran antaranya,
Firman Allah s.w.t :
        
Maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu”.
(Surah al-Zumar : 9)
Firman Allah s.w.t :

          
       
Maksudnya:“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah
diberikan kebaikan yang banyak”.
(Surah al-Baqarah : 269 )
FirmanNya lagi.

.....       
Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.
(Surah al-Faatir : 28)


1

1.1.1

Definisi Ilmu

Dari segi bahasa :Berasal daripada Bahasa Arab iaitu
“ Alima ( ‫ ) علم‬, ya’lamu ( ‫) يعلم‬, ‘ilman ( ‫) علما‬, ‘alimun( ‫” ) عالم‬
Bahasa Inggeris iaitu
“ Science ”
Dari segi istilah :Imam Al-Ghazali mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau juga
mengatakan ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh Allah s.w.t.
Ibnu Khaldun mendefinisikan ilmu sebagai sesuatu yang dapat dipelajari oleh manusia
sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-pengalaman, mahupun
dengan pertolongan wahyu Ilahi.
S.M. Naquib Al-Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna ke dalam
jiwa seseorang hasil daripada maklumat atau ketibaan oleh hati tentang makna sesuatu.
Qadi Abd Jabbar mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepercayaan yang memuaskan
jiwa , bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya
menurut realiti yang berlaku.

Prof Dr. Othman Bakar mendefinisikan ilmu sebagai kalimah Allah yang
pengertiannya amat luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Kesimpulan definisi ilmu menurut perspektif barat dan Islam :
Perspektif Barat : Ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman ,
perolehan maklumat secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan tentang
sesuatu melalui kaedah tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara yang dapat
diukur, dibuktikan dalam makmal sahaja. Mereka menolak perkara-perkara ghaib seperti
akhirat, syurga, neraka dan seumpamanya kerana perkara tersebut tidak dapat dibuktikan
secara empirik dan saintifik.
Perspektif Islam : Suatu himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman
manusia yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-hukum yang
berkaitan dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi keyakinan di
hati untuk mengamalkannya dengan benar dan ilmu tidak hanya terbatas pada dapatan
empirik sahaja.
1.1.2

Pembahagian Ilmu

2


Menurut Imam Al-Ghazali
Membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu :i.
ii.
i.

Ilmu Fardu Ain
Ilmu Fardu Kifayah

Ilmu Fardu Ain ( Ilmu Wahyu )






ii.

Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba Allah.
Ilmu yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Juga dikenali sebagai ilmu wahyu.

Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam.
Contoh : Aqidah, Syariat dan Akhlak.
Ilmu Fardu Kifayah







Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam.
Ilmu yang diperolehi melalui akal manusia.
Perlu untuk kesempurnaan hidup manusia.
Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia sahaja.
Contoh : Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii , Sains Fizik , Sains
Gunaan , Ekonomi , Pentadbiran Dan Sebagainya.

Pembahagian lain Imam Al-Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian.
i.


Ilmu Syariah
- Ilmu ini diperolehi daripada nabi atau rasul bukan
melalui akal, ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih.

ii.

Ilmu Ghair Syariah - Ilmu ini adalah ilmu keduniaan dan dibahagikan
kepada 3 hukum :

 Terpuji ( mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi dan seumpamanya.
 Dikeji ( mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan seumpanya.
 Harus ( mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

3

Menurut Ibnu Khaldun
Membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu
i.
ii.


Ilmu Naqliah ( al-Quran dan al-Sunnah )
Ilmu Aqliah.

Ilmu Naqliah terbahagi kepada dua kategori :
 Ilmu bersumberkan syariat ( wahyu ) seperti al-Quran dan al-Sunnah
 Ilmu bukan bersumberkan wahyu seperti Ilmu Hadis, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu Fiqh,
Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf.
Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang berhubung rapat
dengan kemajuan dan peradaban manusia.
Ilmu Aqliah terbahagi kepada empat kategori :




1.1.3

Ilmu Logik ( Mantiq )
Ilmu Fizik
Ilmu Metafizik ( Perkara Ghaib )
Ilmu Pembelajaran

Tujuan Utama Ilmu

i. Mengenal Pencipta

        
   
        
Maksudnya : ”Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang
Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka,
menyucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al Sunnah).
dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang
nyata”.
( Surah al-Jumuah : 2 )
Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah s.w.t.
Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat dahsyat.
Untuk mengenal Allah s.w.t tidaklah perlu untuk menggunakan akal yang tinggi.
Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran dan
keagungan Allah s.w.t.
 Kewajipan manusia untuk mengenal Allah s.w.t melalui ilmu yang benar dengan
menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.






ii.

Menghubungkan Ilmu Dengan Allah s.w.t

4

 Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu datang dari
Allah s.w.t.
 Allah s.w.t bersifat dengan maha mengetahui, tiada suatupun yang terlindung
daripada pengetahuanNya.
 Manusia tidak boleh lupa bahawa Allah s.w.t. yang menciptakan manusia dan
mengajar kepada manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s beberapa ilmu.
 Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah s.w.t (Yang bersifat ’Aliman) agar
tidak tersesat jalan.
iii.


Mencapai Kebenaran

 Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al-Haqq) dan keyakinan
(al-Yaqin).
 Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan.
 Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada keyakinan.
 Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah s.w.t.
iv.

Berilmu dan Beramal

 Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah melaksanakan
kefahaman dan roh itu sendiri.
 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan suatu
kekejian.
 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman dari Allah
s.w.t.
v.


Membentuk Kerohanian

 Al-Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk kerohanian
seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah s.w.t.
 Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana manusia
bukan terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan dilengkapkan dengan
unsur rohani.
 Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagian rohani iaitu ketegangan
jiwa.

1.1.4

Sifat Ilmu
5

i. Rabbaniyyah
Ilmu dalam Islam bersumberkan dari Allah s.w.t.
Ia bersifat Rabbaniyyah atau ketuhanan.
Al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber ilmu yang utama.
Rabbani juga meliputi dari segi penggunaan ilmu itu sendiri.
Ilmu digunakan untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya.
Apabila ilmu tidak dikaitkan dengan Allah s.w.t, manusia akan menjadi takbur
dengan kelebihan yang ada padanya.
 Matlamat ilmu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.







ii.

Terbuka

 Sumber untuk memperolehi ilmu adalah sentiasa terbuka dan tidak terbatas
kepada al-Quran dan al-Sunnah sahaja.
 Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mengambil ilmu dari sumber
yang benar sama ada melalui kajian, pemerhatian dan seumpamanya.
 Walau bagaimanapun, hasil atau dapatan dari sumber yang bertentangan dengan
kenyataan al-Quran dan al-Sunnah adalah ditolak.
 Sumber ilmu tidak semestinya daripada orang Islam sahaja bahkan Islam
menggalakkan umatnya untuk mengambil ilmu dari siapa sahaja asalkan tidak
bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
iii.






1.1.5
i.

Syumul
Islam menerima dan mengiktiraf semua ilmu yang bermanfaat.
Ilmu bersifat syumul atau menyeluruh.
Islam meletakkan ilmu agama dan dunia adalah sama penting.
Islam amat menekankan ilmu fardu kifayah disamping ilmu fardu ain.
Tanpa ilmu fardu kifayah , ilmu fardu ain tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

Adab-Adab Menuntut Ilmu
Berniat Ikhlas

 Setiap muslim wajib mengikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah.
 Rasulullah s.a.w pernah memberi amaran bahawa Allah akan menyediakan
tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia
semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan umatnya.
 Orang yang benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu
memiliki sifat-sifat terpuji.

6

 Firman Allah s.w.t :

         
    
(Surah al Baqarah : 235)
Maksudnya : “Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam
hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.”
 Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap
orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang
yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
ii.

Tekun Berusaha Dan Tawakkal

 Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira keadaan dan
masa.
 Menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan bahan-bahan ilmiah.
 Mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu dan
bukan sebaliknya.
 Mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan
susah.
 Sentiasalah bertawakkal kepada Allah s.w.t dalam menuntut ilmu.
 Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,
yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada
Allah s.w.t sepenuh hati.
 Tekun berusaha mencari majlis ilmu.

‫ إذا مررتم برينناض الجنننة‬: ‫ قال رسول ل صلى ل عليه وسلمن‬: ‫عن ابن عباس رضي ل عنهما قال‬
.‫ مجالس العلم‬: ‫ يا رسول ل وما رياض الجنة ؟ قال‬: ‫ن قالوا‬.‫فارتعوا‬
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. , katanya : Rasulullah
s.a.w. bersabda : “ Jika kamu melalui taman syurga , maka berhentilah kamu ”.
Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah , apakah taman syurga itu ? Beliau
menjawab: “Majlis-majlis Ilmu”.
(Hadith riwayat Al- Tabrani )
iii.

Menjauhi Maksiat

 Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam diri
dan suasana sekeliling.
 Ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita
sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.
7

 Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita
dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.
 Jangan terlalu mengambil mudah terhadap perkara maksiat yang boleh
menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar.
iv.

Menjauhi Pertengkaran Dan Perbantahan

 Perkara ini perlu dijauhkan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
 Amalan ini juga menjadikan hati keras, mewariskan kedengkian dan
menyebabkan kemarahan.
 Pendapat boleh dikemukakan dengan cara berhikmah dan soal diterima orang atau
sebaliknya adalah perkara lain.
 Firman Allah s.w.t :

....        
Maksudnya : ”Janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan
cara yang paling baik”.
(Surah al-Ankabut : 46)
v.

Memilih Teman Yang Soleh

 Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan.
 Hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam menuntut
ilmu.
 Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama
orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah s.w.t
menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
 Orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila
berlakunya kesilapan dan kesalahan.
 Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : ”Seseorang itu mengikut agama sahabat
temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan
teman.”
vi.

Memperbanyakkan Zikrullah

 Sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa
selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan
perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh
mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian.
 Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah
agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala
kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita
melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri
kita ke arah mengabaikan solat.
8

 Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan
penawar segala penyakit.
 Mengamalkan perkara sunnah dalam setiap gerak kerja kita seharian akan
sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t dan makhlukNya.
vii.

Menjaga Kehormatan

 Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
 Menutup segala keaiban diri dan orang lain akan membawa kepada keredhaan
Allah s.w.t.
 Seseorang yang dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. sahaja yang
mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
 Mereka yang jauh daripada rahmat Allah s.w.t., akan dipenuhi dengan perkara
yang kurang baik dan derita.
viii.

Doa Dan Keredhaan Ibubapa

 Sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam
perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.
 Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan
keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat.
 Sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita.
 Rasulullah s.a.w :

‫رضا الربفيرضا الوالدينوسخطهفيسخطهما‬
Maksudnya : ”Keredhaan Allah s.w.t. bergantung kepada keredhaan ibubapa”
( Hadith riwayat Al Tarmizi )
ix.

Menghormati Guru

 Wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak
menyalahi kehendak Islam.
 Patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza.
 Merendah diri terhadap guru walaupun lebih muda dari segi umur.
 Sentiasa memuliakan dan menghormati orang yang berilmu.
 Tidak meninggalkan majlis ilmu sebelum mendapat kebenaran dari guru.
 Beradab dari segi cara duduk atau cara bercakap dalam majlis ilmu.
x.

Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperolehi

 Hendaklah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari sebaik mungkin.

9

 Sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan
ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah
berhala.
 Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah
maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan
musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.
 Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang
sementara.
1.2

SUMBER ILMU
Terbahagi kepada empat sumber iaitu :




1.2.1

Wahyu
Akal
Indera
Intuisi .
WAHYU : ( al-Quran dan al-Sunnah )

Wahyu ialah pemberitahuan Allah s.w.t kepada para rasulNya tentang segala
petunjuk dan pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar biasa.
i.

Al-Quran

 Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang bermukjizat, diwahyukan kepada
Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s, dalam Bahasa Arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.
 Selain merupakan kitab petunjuk, al-Quran juga adalah kitab yang
mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses peciptaan manusia.
 Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah s.w.t kepada
manusia untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan akal.

Kelebihan Al-Quran
 Jaminan kekal dan terpeliharanya al-Quran
10

 Firman Allah s.w.t :

    
  
Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menurunkan al-Zikr
( al-Quran ) dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya”.
(Surah al Hijr : 9 )
 Allah s.w.t. dan Rasul memuji orang yang belajar dan mengajar al-Quran.
 Membaca al-Quran adalah ibadah.
 Al-Quran merupakan sumber utama dalam pelbagai bidang ilmu kerana
kesahihannya contohnya Ilmu Sains ( proses kejadian manusia, kejadian siang dan
malam )
 Sabda Rasulullah s.a.w :

‫اب ال َلّ ِه َو ُس َ ّن َة نَب ِِّي ِه‬
َ ‫ت َ َر ْك ُت ف ُِيك ْْم َأ ْم َريْنِ لَ ْن تَضِ ُلّوا َما ت َ َم َ ّس ْك ُت ْم بِه َِما ِك َت‬
Maksudnya : “ Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak
akan sesat selama mana kamu berpegangdengan kedua-duanya iaitu kitabullah
(al Quran ) dan sunnah nabiNya”.
(Hadith riwayat Malek)
ii. Al-Sunnah
 Al-Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al-Quran.
 Al-Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama
ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.
 Al-Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk kesihatan,
kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain.
 Firman Allah s.w.t. :

…         
Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu
maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya
maka patuhilah larangannya….”
(Surah al Hasyr : 7)
1.2.2

AKAL

 Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki kemampuan
terbatas.

11

 Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah s.w.t.. Namun
demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak.
 Firman Allah s.w.t :
                    

         

  

              

             

     

 



                   

Maksudnya : ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda
bagi orang-orang yang berakal, 191(yaitu) orang-orang yang
mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit
dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka
peliharalah kami dari siksa neraka”.
( Surah Ali Imran : 190 dan 191)
 Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah
manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan pengetahuan akal yang paling
benar dan sahih.
1.2.3

INDERA

 Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria.
 Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori
kerana ia datang selepas melalui pengalaman terlebih dahulu.
 Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi manusia
melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata, hidung, rasa ( kulit ), telinga dan
lidah.
 Menurut Imam Al-Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk mendapatkan
gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.
 Indera terbahagi kepada dua iaitu Indera Lahiriyah dan Indera Batiniyah.
 Indera lahiriyah akan menyerap sifat lahiriyah objek tertentu kemudian akan
meransang daya rasional pula.
 Indera batin menghuraikan makna-makna di dalam objek itu.
1.2.4

INTUISI
12











Intuisi merupakan sumber ilmu dan deria keenam.
Ia adalah ilmu yang diperolehi melalui penghayatan secara langsung.
Intuisi disama ertikan dengan naluri , ilham atau bisikan hati.
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah berupa cahaya yang jatuh di
atas nurani, bersih dan lembut.
Tidak mungkin berlaku pemikiran akal atau perasaan tanpa disentuh oleh intuisi .
Bagi kalangan ahli sufi Islam, sumber intuisi mereka dikenali dengan wijdan,
diperolehi melalui pengalaman ”kasyaf” iaitu pembukaan alam ghaib oleh Allah
s.w.t. kepada individu yang terpilih.
Intuisi yang datang itu diproses dan pemprosesan itulah yang memungkinkan
terjelmanya ilmu pengetahuan yang dibantu dengan akal dan pancaindera.
Contoh : Kisah Saidina Umar dan tentera Islam.
Ketika beliau sedang berkhutbah di Madinah Umar nampak ada yang sedang
berlaku ke atas tentera Islam yang sedang berjuang di Syria. Bahkan beliau boleh
memberi arahan kepada tentera di sana dan mereka mendengar dan menurut
arahannya. Kasyaf ini termasuk dalam karamah.

Kesimpulan
 Wahyu merupakan sumber rujukan ilmu yang terutama dan tertinggi.
 Wahyu Allah s.w.t.bersifat benar dan mutlak.
 Wahyu Allah s.w.t. meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya Ilmu
Ibadat , Ilmu Aqidah , Ilmu Muamalat , Ilmu Ekonomi , Ilmu Akhlak dan lainlain.
 Wahyu Allah s.w.t. sesuai digunakan dan diikuti pada semua keadaan, tempat,
dan masa.
 Sumber ilmu yang lain boleh diterima jika tidak bertentangan dengan sumber
pertama iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
1.3

NILAI ILMU
 Persoalan aksiologi yang besar ialah menentukan sesuatu nilai pada ilmu.
 Pengaruh tamadun dan semasa ( zaman )yang menentukan nilai sesuatu ilmu.
 Dalam Islam, keutamaan ilmu adalah pada Ilmu Fardu Ain yang berhubung
dengan pengetahuan agama yang asas seperti akidah, syariah dan akhlak.
 Selepas ilmu Fardu Ain diikuti oleh ilmu Fardu Kifayah atau ilmu keduniaan yang
menyokong kepada pelaksanaan ilmu fardu ain.

1.3.1

Hierarki Ilmu

13

 Dalam menentukan hierarki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam dan
Barat.
 Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan susunannya.
 Barat meletakkan sumber dari akal dan pengalaman indera pada tahap teratas,
lebih tinggi dari sumber wahyu.
 Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya menerima ilmu dari sumber
empirik sahaja iaitu indera dan akal.
 Islam meletakkan sumber wahyu sebagai hierarki yang paling atas atau utama.
 Menurut Islam secara tertibnya hierarki ilmu dapat disusun seperti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
1.3.2

Ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah
Ilmu indera
Ilmu akal
Ilmu intuisi (kasyaf)
Sifat Ilmu Menurut Imam Al-Ghazali

 Terpuji ( Mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi, dan seumpamanya.
 Dikeji ( Mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan
seumpamanya.
 Harus ( Mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.
1.3.3

Kedudukan Orang Berilmu

Kedudukan orang yang berilmu dilihat dalam dua aspek :
i.
ii.

Orang berilmu yang terpuji.
Orang berilmu yang dikeji.

Orang berilmu yang terpuji :

 Ilmuan yang terpuji adalah orang yang berfungsi atau menunaikan tanggungjawab
terhadap diri dan masyarakatnya.

 Mempunyai tanggungjawab moral yang menyentuh nilai-nilai dasar seperti
keikhlasan, kebenaran, kejujuran, amanah, kegigihan dan seumpamanya.

 Allah s.w.t mengangkat martabat orang yang berilmu. Sebagaimana firmanNya,

14

        
        
        
   
(Surah al-Mujadalah : 11)
Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman, Apabila diminta kepada kamu
memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan
apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan
darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu
lakukan."
Orang berilmu yang dikeji :
 Ilmu tidak semestinya membentuk peribadi ilmuan tersebut tetapi ilmuan tersebut
hendaklah berkelakuan selari dengan ilmunya.
 Orang berilmu yang dikeji apabila amalannya tidak selari dengan ilmunya.
 Orang berilmu juga dikeji apabila ia lari daripada tanggungjawab sosial dan
agama.
 Dalam tradisi keilmuan Islam, golongan ilmuan yang tidak bertanggungjawab
terhadap ilmunya dan tidak berfungsi dengan sepatutnya dikenali sebagai ulama
al-Su’ atau ulama jahat.
 Antara ciri-ciri ulama al-Su’ ialah :
i.
ii.
iii.
iv.
1.3.4

Mementingkan dunia.
Tidak mengamalkan ilmunya.
Menyembunyikan ilmunya.
Bersifat riya’dengan ilmunya.
Kepentingan Ilmu Pengetahuan

 Individu
i.
ii.
iii.
iv.

Mempunyai akhlak yang baik.
Dipandang mulia dan menjadi sumber rujukan.
Disayangi Allah dan rasul.
Membentuk individu yang berkeperibadian mulia .

 Masyarakat
i. Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

15

ii. Membentuk masyarakat yang harmoni dan aman sentosa.
iii. Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
iv. Melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu.
 Negara
i.
ii.
iii.
iv.
1.4

Membentuk sebuah negara yang setanding di mata dunia.
Dihormati oleh negara luar dan dipandang mulia.
Memenuhi wawasan negara untuk melahirkan individu yang berjaya.
Pembangunan dan kemajuan dapat dijalankan dengan sempurna.

KESIMPULAN

Ilmu adalah suatu anugerah Allah s.w.t. yang agung kepada manusia sejak Nabi
Adam a.s lagi. Dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu untuk memahami sesuatu
yang tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan sesuatu yang
dianugerahkan kepada mereka. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia dapat mengenali
Allah s.w.t. yang mencipta seluruh makhluk di muka bumi ini. Ilmu adalah bersepadu ,
tidak terpisah dari agama , nilai moral dan akhlak. Pemisahan akan menyebabkan ilmu
hilang manfaatnya dan membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh itu, antara agenda
besar umat Islam kini ialah pengislaman ilmu iaitu mengembalikan ilmu itu kepada
Penciptanya. Sesungguhnya dari Allah s.w.t. ilmu itu datang dan menjadi kewajipan kita
untuk menghubungkan kembali ilmu itu kepada PenciptaNya.

RUJUKAN .
1.
2.
3..
4.

Al-Quran
Tafsir al Quran Pimpinan Rahman
Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh, 1978, Dasar-dasar Pendidikan Islam.
Dr. Asma Hasan Fahmi, 1979, Sejarah Filsafah Pendidikan.
16

5.
6.
7.

Dr. Haron Din, 1985, Manusia dan Islam.
Imam Al-Ghazali, Terjemahan Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah.
Ihya ulumuddian.
Ramli Bin Awang,Esa Bin Khalid, Md Abbas Bin Abd Latiff, Ahmad Kilani Bin
Mohamed, Mahusssain Bin Mohd Zin, 1996, Konsep Ilmu dan Kosmologi.

AKIDAH ISLAM
2.1

AGAMA DAN KEHIDUPAN.

17

 Akidah Islam adalah asas Deen yang kekal dan tidak berubah sejak zaman Nabi
Adam a.s hinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana firman Allah
s.w.t:

          
         
   
Maksudnya: “Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah
diwasiatkanNya kepada Nuh a.s dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa
yang telah Kami wasiatkan kepada Nabi Ibrahim a.s, Musa a.s dan Isa a.s iaitu:
Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.”
( Surah al Syura: 13 )
 Manakala syariat Islam berubah mengikut zaman nabi-nabi yang diturunkan seperti
syariat Nabi Musa a.s berbeza dengan syariat Nabi Ibrahim a.s dan seterusnya.
 Syariat bersifat dinamik (tidak thabat) berdasarkan zaman dan keperluan semasa
(zaman nabi-nabi) tersebut.
2.1.1

Sejarah Agama

Sejarah Agama Menurut Islam
Islam adalah agama awal manusia pertama yang dicipta Allah s.w.t iaitu Nabi Adam a.s,
kemudian mula diselewengkan oleh para pengikut nabi yang kufur. Kebenaran dan
kesesatan sentiasa silih berganti di dunia ini
Menurut Safuan (dalam Jaffary) Islam memandang kedudukan agama-agama samawi lain
dalam dua peringkat iaitu:
Peringkat Pertama: Meta Religion, peringkat asal – mempercayai Tuhan Yang Maha Esa.
Peringkat Kedua: Historical Religion, peringkat sejarah - agama mengharungi perjalanan
sejarah menyebabkan doktrin agama yang benar menjadi kabur dan menyimpang dari
kebenaran (sesat).
Sejarah Agama Menurut Barat
Menurut sarjana Barat, proses manusia beragama melalui dua zaman;
i. Zaman Primitif: (Penyembahan terhadap unsur alam)
Hidup bergantung kepada anugerah alam; mengagungi anugerah alam dan
mempercayainya sebagai satu kuasa yang wajib dipatuhi.
ii. Zaman Peradaban Kuno: Mempercayai dewa-dewa (Babilion), Agama Zarathusra
(Parsi); Tuhan Kebaikan (Ormuzd) dan Tuhan Kejahatan (Ahriman), Arab Jahiliah
dan Firaun Mesir

18

2.1.2

Keperluan Beragama Kepada Manusia

Kesedaran beragama tidak pernah terpisah dari kehidupan manusia tanpa mengira masa,
tempat dan peradaban.”Tidak pernah ditemui dalam sejarah terdapat masyarakat yang
tidak beragama walaupun mereka tidak bertamadun.” (Henri Bergson).
Manusia telah beriman kepada Allah s.w.t
sebagaimana firman Allah s.w.t :

sejak awal penciptaan mereka lagi

        
        
 
Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam
dari sulbi mereka dan Allah s.w.t mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya
berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"Mereka menjawab:"Betul (Engkau Tuhan kami),
kami menjadi saksi."
( Surah al-A’raf: 172)



Hakikat kejadian manusia yang serba kekurangan seperti lemah, takut dan
mengharap, ingin selamat, ingin pertolongan dan bantuan
Hakikat akal manusia terbatas dalam menginterpretasi fenomena alam seperti
bencana alam. Ia sangat terbatas dalam menanggapi takdir serta tidak mampu
memikirkan sesuatu yang ‘tiada masa dan tempat.’

Fitrah Beragama
 Secara fitrahnya manusia percaya kepada kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t
sebagaimana firman Allah s.w.t.:

       
   
Maksudnya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang
menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan
menjawab: Allah s.w.t.”
(Surah al-Ankabut: 61)
 Dalam diri manusia mengakui kewujudan Tuhan dan tabiat mahu beribadat yang
melahirkan pelbagai bentuk peribadatan dalam masyarakat.
 Namun kesenangan dan kemewahan hidup sering menutup fitrah beragama ini.
Firman Allah s.w.t:

       
     

19

        
   
Maksudnya: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apaapa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik
(syurga).”
(Surah al An’am: 14)
Firman Allah s.w.t.:
         
       
Maksudnya: “Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka
kenikmatan hidup bertahun-tahun. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah
diancamkan kepada mereka. Nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka
selalu menikmatinya.”
(Surah al Syu’arak: 205-207)
 Sebenarnya seluruh makhluk di alam ini tunduk dan sujud kepada Allah s.w.t s.w.t.,
(menurut fitrah, sistem, peraturan dan sifat semulajadi); ada Tuhan yang mencipta
alam dan mencipta manusia.
 Manusia sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah s.w.t s.w.t. terutama ketika
ditimpa kesusahan seperti firman Allah s.w.t s.w.t.:

          
           
Maksudnya: “Apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami (Allah s.w.t
s.w.t.), dalam keadaan berbaring, duduk dan berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan
bahaya itu darinya dia kembali melalui jalannya yang sesat seolah-olah dia tidak pernah
berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya.“
(Surah Yunus :12)
 Fitrah dan pancaindera yang ada pada manusia merasakan kekuasaan Allah s.w.t serta
meyakini alam ghaib. Firman Allah s.w.t:

         
   
Maksudnya:“Apakah mereka masih mencari-cari selain daripada agama Allah s.w.t
sedangkan segala apa yang di langit dan di bumi telah menyerahkan diri (tunduk)
kepadaNya dengan penuh rela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan
dikembalikan”.
(Surah Ali Imran: 83)

20

2.2 PEMBAHAGIAN AGAMA:
i. Agama Samawi
ii. Agama Wad’ie
Agama Samawi
 Agama Samawi (dari kalimah as sama’ bermaksud langit) iaitu agama yang
diturunkan oleh Allah s.w.t s.w.t. dari langit.
 Bersumberkan wahyu atau kitab dari langit .
 Disampaikan oleh para rasul sebagai utusan Allah s.w.t .
 Hanya Islam satu-satunya agama wahyu yang diiktiraf .
 Agama Yahudi (Nabi Musa) dan Kristian (Nabi Isa) adalah agama samawi yang telah
diselewengkan oleh pengikut nabi tersebut dan mereka digelar sebagai Ahli Kitab.
 Ahli kitab ialah golongan kafir (secara umum) di kalangan Yahudi dan Kristian yang
telah menyeleweng dan sesat dari ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu
termasuklah di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.
 Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w memanggil mereka sebagai “Ahlal Kitab“ disebabkan
kekafiran mereka (menolak Islam) serta mensyirikkanNya, sebagaimana firman Allah
s.w.t:

        
           
         

Maksudnya: ”Katakanlah:"Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat
(ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita
menyembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak
(pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah."
Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:"Saksikanlah, bahawa kami
adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."
(Surah Ali Imran: 64)
Agama Wad’ie (Budaya)
 Agama Budaya ialah ajaran atau idealogi ciptaan manusia yang lahir daripada budaya
sesuatu kaum atau suatu tempat dan boleh berubah-ubah.
 Tidak bersumberkan wahyu dan tiada rasul.
 Kepercayaan lahir daripada pengalaman dan norma-norma yang diterima dalam
masyarakat.
Contoh Agama Wad’ie:

21

Bil
AGAMA
1
Hindu
2
Buddha
3
Sikh

PENGASAS/ RASUL
Tidak diketahui (2000 SM)
Siddharta Gautama (563- 483 SM)
Guru Nanak (1469-1538SM)

KITAB
Veda
Tripitaka
Adi Grand

Perbezaan Antara Agama Samawi Dan Agama Wad’ie
Bil
1
2
3

2.2.1

ASPEK
Sumber
Rasul
Kitab

SAMAWI

WAD’IE
Budaya masyarakat
Ada pengasas
Kitab ciptaan pengasas/ pengikut

Langit
Ada rasul
Ada kitab dari langit

Agama Yahudi

Pengenalan










Yahudi ialah istilah untuk agama dan kaum Yahudi.
Kaum Yahudi juga dikenali sebagai Hebrew, Bani Israel, Ibrani dan Yahudi atau
Juidis.
Halakha (hukum-hukum agama Yahudi) mendefinisikan Yahudi kepada; seorang
yang ibunya Yahudi, atau seorang yang memeluk agama Yahudi berdasarkan hukumhukum Yahudi.
Berdasarkan etnik Bani Israel merujuk kepada keturunan Nabi Yaakub a.s bin Nabi
Ishak a.s (cucu kepada Nabi Ibrahim a.s dan Sarah )
Asal kalimah Yahudi merujuk kepada keturunan anak Nabi Yaakub bernama Yahuza.
Dikalangan keturunan Bani Israel ini ada yang beriman dan ramai yang ingkar lalu
dilaknat Allah s.w.t. Golongan yang ingkar ini dikenali sebagai Yahudi.
Umumnya agama Yahudi dikhususkan untuk orang yang berbangsa Yahudi sahaja.
Orang Yahudi menjadi bangsa yang ‘diaspora’ sepanjang zaman kerana tidak patuh
serta khianat kepada para nabi yang diutuskan. Diaspora bermaksud bangsa yang
tertekan dan bertebaran di dunia tanpa negara sendiri.
Mereka menubuhkan Pertubuhan Zionis untuk membentuk negara Yahudi di bumi
Palestin.

Sejarah Bani Israel.

22












Bermula dari Nabi Ibrahim a.s (Abraham 2000sm) dan keturunannya di Babylon.
Allah s.w.t telah mengutus rasul-rasul di kalangan bangsa Yahudi (17 orang rasul)
Keturunan Nabi Ibrahim a.s dikenali sebagai Hebrew.
Nabi Nabi Ibrahim a.s berpindah ke Canaan (Palestin).
Yahweh ( Tuhan ) kurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s Palestin (The Promised Land).
Nabi Ibrahim a.s dikurniakan dua orang anak iaitu Nabi Ismail a.s dan Nabi Ishak a.s.
Nabi Yaakub a.s bin Nabi Ishak a.s dikenali sebagai Isra-Eil (hamba-Allah s.w.t)
Baginda dikurniakan 12 orang anak antaranya Yahuza, Nabi Yusuf a.s dan Bunyamin
Berhijrah ke Mesir di zaman Nabi Yusuf a.s bin Nabi Yaakub a.s setelah Nabi Yusuf
a.s menjadi pemerintah di sana
Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 99 yang bermaksud:

         
   
“Maka apabila mereka masuk ke (tempat) Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s merangkul
ibu bapanya dan dia berkata: "Masuklah kamu ke Mesir, InsyaAllah s.w.t s.w.t. dalam
keadaan aman."






Nabi Musa a.s adalah rasul teragung dari Bani Israel.
Bagina dikurniakan kitab Taurat dan Ten Commandments.
Baginda telah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun (Ramsis II).
Berhijrah dari Mesir ke Palestin dengan menyeberangi laut Merah.
Firman Allah s.w.t dalam surah al Israk ayat 103 bermaksud:

         
Maksudnya:“Kemudian (Fir'aun) hendak mengusir mereka (Musa a.s dan pengikutpengikutnya) dari bumi (Mesir) itu, maka Kami tenggelamkan dia (Fir'aun) serta orangorang yang bersama-sama dia seluruhnya.”
Kepercayaan Bani Israel
 Sebelum Nabi Ibrahim a.s diutuskan menjadi rasul, kaumnya menyembah berhala.
Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah s.w.t:

         
 
Maksudnya:“(Ingatlah), ketika Nabi Ibrahim a.s berkata kepada bapa dan kaumnya:
"Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?"
(Surah al Anbia’: 52)

23

 Tuhan dikenali sebagai Yahweh (Eil)
• Percaya dan memuja tuhan “Eil” (Allah s.w.t.). Ia bersifat seperti manusia dan
mempunyai pertalian dengan manusia. Tuhan juga makan, minum, berehat dan
bergaduh.
• Percaya Uzair sebagai anak Allah s.w.t. sebagimana firman Allah s.w.t:

        
  
Maksudnya: "Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah s.w.t s.w.t."dan orangorang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah s.w.t"
( Surah at Taubah: 30)
 Percaya dan memuja Ahbar (pendita) dan menganggap ia sebagai perantaraan dengan
Tuhan. Firman Allah s.w.t:

       
          
      
Maksudnya: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai
tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam,
padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah s.w.t. dari apa yang mereka
persekutukan.”
(Surah at Taubah: 31)

Kitab Kepercayaan Yahudi
1. Taurat (Kitab Old Testement) mempunyai 5 bab; Safar Takwin, Safar Khuruj,
Safar Lawiyyin, Safar al-Adad dan Safar Tathniah.

Setiap bab mempunyai tafsiran
yang berkaitan dengan pelbagai aspek, antaranya kisah-kisah (dongeng), kata-kata
hikmat perumpamaan, akidah dan syariat.
• Bahasanya berbentuk pantun dan prosa.
2. Kitab Talmud: cerita-cerita lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada
satu generasi.
 Ia juga sebagai tafsiran kepada kitab Taurat dan didakwa sebagai kitab yang
diturunkan oleh Allah s.w.t dan menyamai Taurat.
 Sebahagian orang Yahudi menganggap Talmud lebih tinggi dari Taurat.
 Antara kandunganya ialah: riba adalah halal, orang Yahudi mesti menguasai bangsa
lain, dan bangsa selain Yahudi adalah najis.

24

3. Ten Commandments
 10 asas aqidah yang diberi Yahweh kepada Nabi Musa sewaktu bermunajat di Bukit
Sinai selama 40 malam. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam al Quran yang
bermaksud:
“Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah)
empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahan) sepeninggalannya
dan kamu adalah orang-orang yang zalim.”
(Surah al Baqarah : 51)
4. Protokol Yahudi (The Protokol of Learned Elders)
 Protokol Yahudi merupakan sumber utama kepercayaan Yahudi hari ini yang telah
dihasilkan dalam persidangan Yahudi di Basel pada 29 Ogos 1897.
 Ia diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi Austria bernama Teudor Hezel (18601904) dengan menubuhkan gerakan Zionism (‫)صهيونية‬
 Zionism ialah gerakan politik Yahudi yang merancang penyatuan orang Yahudi
sedunia sebagai satu bangsa iaitu bangsa Israel. Juga merancang penubuhan negara
Israel Raya di bumi Palestin merangkumi antara sungai Furat di Iraq hingga sungai
Nil di Mesir iaitu “Bumi yang dijanjikan Tuhan.”
 Negara Israel berjaya ditubuhkan dengan perjanjian sulit antara Yahudi dan British
pada 1947 yang diiktiraf oleh PBB lalu terdirilah negara Israel hingga hari ini
 Protokol mengandungi 24 perkara yang bertujuan merosakkan bangsa selain Yahudi
dengan keyakinan bahawa “orang Yahudi adalah bangsa Allah s.w.t s.w.t. yang
te