Peranan Secara Kolektif pada pt bank

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

PERANAN SECARA KOLEKTIF AGENSI AGAMA DAN PARA INTELEKTUAL
ISLAM MENANGANI GERAKAN LIBERALISME & PRAGMATISME1
Dato’ Hj Zainul Rijal bin Abu Bakar2
1.0. PENGENALAN
Sebagai sebuah Persekutuan, Malaysia mempunyai dua buah badan
perundangan iaitu di peringkat Negeri dan Persekutuan. Malaysia juga
menjalankan dwi-sistem perundangan iaitu sivil dan syariah.

Oleh hal yang

demikian terdapat taburan kuasa (distribution of powers) di antara Dewan
Undangan Negeri dan Parlimen, begitu juga mahkamah sivil dan mahkamah
syariah. Walaupun terdapat perbezaan antara badan-badan ini namun
kesemuanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan
yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.3 Undang-undang tertingi
itu juga memperuntukkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan


4

dan

memelihara Islam adalah tanggungjawab berpelermbagaan bagi Yang Di
Pertuan Agong5.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, istilah liberal
memberi maksud bebas atau terbuka. Manakala, penambahan 'isme' pula
membawa maksud kepada fahaman atau idealogi pemikiran. Secara
mudahnya mendefinisikan perkataan liberal sebagai berpandangan bebas,
berpandangan terbuka tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan
sebagainya. Fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan
yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi
tulen. Gerakan yang dipelopori individu tertentu yang berusaha memesongkan
akidah umat melalui fahamannya dakyah yang tersasar dari nilai norma
kemanusiaan sebagai contoh gerakan memperjuangkan LGBT (Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transeksual)
1

Kertas Kerja ini dibentangkan sempena Seminar Pemikiran Liberalisme & Pragmatisme : Hakikat Semasa & Realiti, Anjuran

Jabatan Agama Islam Selangor pada 28 Jun 2012 di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor
2
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
33
Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.
4
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
5
Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

30

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

Pragmatisme pula berasal dari bahasa Yunani iaitu pragma bererti perbuatan
(action) atau tindakan (practice) dan isme bermaksud ajaran, aliran atau
fahaman. Oleh demikian, pragmatisme bermaksud ajaran atau fahaman yang
menekankan bahawa pemikiran itu berjalan mengikut tindakan manakala dari

konteks ideologi, pragmatisme dimaksudkan menolak agama sebagai sumber
ilmu pengetahuan dan sumber penyelesai masalah manusia. Golongan atau
aliran ini tidak mempunyai piawaian dalam membuat keputusan.

2.0. PERANAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI MENGARUSPERDANAKAN
NILAI USAHA SECARA KOLEKTIF
2.1. Peranan Golongan Ulama Dan Intelektual
Golongan ulama dan Intelektual Islam adalah tunjang bersama dalam
memainkan peranan yang lebih sinergi mendidik dan memberi kefaqihan
kepada generasi baru era ini berkaitan bahaya gejala penularan yang boleh
merosakkan akidah masa kini agar mereka lebih berwaspada dengannya.
Golongan ini juga perlu turut bekerjasama dengan agensi-agensi Islam dalam
memurnikan pola pemikiran umat Islam yang menyeleweng dari dasar
syariatnya sebenar pembawaanya terutama tentang salah faham yang berlaku
terhadap agama Islam hari ini. Segala perancangan halus gerakan-gerakan
terancang ini terhadap umat Islam perlu dibongkar hingga ke akar umbi dan
didedahkan secara berterusan kepada masyarakat supaya masyarakat lebih
mengetahui dan peka terhadap dakyah yang disebarkan oleh mereka.
Secara tuntasnya golongan intelektual dan ulama Islam mereka seharusnya
menyebarluaskan dan berani tampil ke hadapan bagi membanteras jalur

jaringannya penyebaran kepahaman gerakan melalui method serangan
pemikiran (Ghuzwah al-Fikri) ini kepada masyarakat Islam dalam konteks yang
luas bagi mencapai skala objektif “ mencegah lebih baik daripada mengubati”
antaranya :-

31

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

1.

Memahami secara mendalam dan holistik pengertian terminologi yang
berkaitan dengan politik antarabangsa, serantau dan peringkat nasional
seperti, globalisasi, neo-kolonialisme atau imeprialisme dan skala
pengaruh gerakan tersebut terhadap akidah, sosial, budaya, pendidikan,
politik

dan


ekonomi

umat.

Tanpa

kefahaman

yang

mendalam

menyebabkan segala usaha kita menghadapi cabaran ini akan gagal atau
kurang berkesan. Untuk itu mereka wajar menjadi warga dunia yang
serba ‘interconnected’ paling cakna dengan sumber maklumat terkini dan
menguasai kaedah berkomunikasi secara bistari dan mutakhir.
2.

Dalam konteks globalisasi golongan alim ulama dan cendekiawan Islam

wajar merumuskan dasar-dasar dan nilai-nilai Islamisasi yang lebih
mendukung keadilan sejagat, berpandukan syariat yang mencakupi
ekonomi, melindungi nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Mereka boleh
menyakinkan umat dan orang masyarakat tentang keburukan ekonomi
yang berteraskan dasar kapitalis yang lebih mementingkan kefahaman
kebendaan dan semangat lintah darat yang menafikan dan menindas hak
orang lain.

3.

Kembali kepada neraca Islam yang sebenar dalam melihat dan
mengamati sesuatu isu atau tindakan yang berbangkit melibatkan Agama.

4.

Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu padu untuk mempertahankan
agama Islam dan menolak fahaman yang memesongkan akidah serta
menyimpang dari landasan syariat Islam.

5.


Membina dan memupuk tahap politik kepartian yang berkadar agar lebih
berperanan sebagai ‘check and balance’ dalam tindakannya

6.

Mendokrinkan kesepakatan ummah Islam yang bersifat membangun dan
kesedaran hakiki terhadap nilai-nilai wasatiyah yang diaplikasikan.

7.

Mereka perlu menampilkan asas dan dasar keadilan Islam, pembelaan
terhadap hak asasi manusia dan nilai-nilai peradaban tinggi dan mulia
yang boleh menjanjikan kesejahteraan dalam Agama.
32

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor


8.

Golongan ulama dan Intelektual Islam perlu memperkasa pegangan umat
terhadap

akidah

dan

nilai-nilai

budaya

Islam.

Mereka

wajib

menjustifikasikan dasar pendidikan Islam agar jati diri umat dan dasar

budaya Islam tidak tergugat.
9.

Golongan ulama dan entelektual hendaklah bersikap proaktif untuk
mengukuhkan budaya murni dalam lapangan teknologi dan informasi dan
lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup
di dalam dan di luar negara.

2.2. Peranan Agensi Agama Kebangsaan
Secara umumnya di peringkat kebangsaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) terlibat secara terus dalam menangani gerakan liberalisme dan
pragmatisme ini. JAKIM yang mempunyai objektif antara lain

memastikan

ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat mempunyai beberapa
bahagaian yang boleh digerakkan untuk tujuan ini seperti:
a)

Bahagian KESUMA


b)

Bahagian Dakwah

c)

Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam

d)

Bahagian Penyelidikan

e)

Bahagian Latihan

f)

Bahagian Penyelarasan & Penguatkuasaan Undang-Undang


Dalam konteks Malaysia, penubuhan beberapa badan merupakan manifestasi
kesungguhan kerajaan untuk menangani isu ini, antaranya penubuhan
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan banyak lagi.
Badan-badan ini seharusnya memainkan peranan aktif menangani isu-isu
moral di Malaysia.
33

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

Namun adalah tidak adil bagi penulis membebankan peranan menangani
gerakan liberalisme dan pragmatisme ini hanya kepada badan atau agensi
agama sahaja. Badan dan agensi lain di bawah Persekutuan dan Negeri juga
seharusnya memainkan peranan membantu agensi-agensi agama ini. BadanBadan seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan
Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri Kemerterian Pelajaran
Malaysia dan banyak lagi perlu membantu agensi-agensi agama dalam isu ini.
Agensi bukan agama ini juga sebenarnya tertakluk kepada Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan Islam adalah agama bagi Persekutuan
dan sumpah Yang Di Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa.
2.3. Peranan Agensi Agama Negeri
Di bawah lembayung Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri, Majlis Agama
Islam Negeri berperanan secara terus membantu Sultan meningkatkan syiar
Islam dengan mengemaskinikan pentadbiran pusat pemahaman akidah agar
segala aktiviti dan program yang dibuat lebih tersusun dan berjaya mencapai
objektif penubuhannya. Sistem pengoperasian yang lebih sistematik dan efisien
dapat memulihkan keyakinan golongan yang tersasar jauh daripada landasan
Agama Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang
berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Majlis Agama Islam Negeri sebagai sebuah ‘kerajaan Islam’ perlu bebas dari
kongkongan dan ideologi politik kerajaan negeri tersebut kerana Majlis Agama
Islam berada terus di bawah Sultan sesebuah negeri.

Ini bagi menjamin

kedudukan Majlis Agama Negeri tidak dikongkong oleh pentadbiran kerajaan
negeri.
Selain Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan
Mahkamah Syariah Negeri juga memainkan peranan penting menangani isu
gerakan liberalisme dan pragmatisme ini. Namun latihan yang mantap terhadap
gerakan ini perlu diberikan kepada penjawat yang akan melaksanakan tugastugas ini khususnya dari sudut kesan undang-undang.
34

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

Oleh itu, memandangkan masalah berkaitan akidah umat Islam ini semakin
meningkat, diharapkan pihak kerajaan negeri dan persekutuan dapat
menjalinkan kerjasama yang erat membina pusat pemahaman akidah di setiap
negeri-negeri bagi memperkasakan pencerahan dan pemurnian minda kepada
golongan-golongan yang telah tersasar jauh dari dakyah gerakan pembawaan
Agama Islam yang sebenar.
Penulis mencadangkan suatu pusat pemulihan akidah secara khusus
ditubuhkan di setiap negeri bagi menangani gejala ini. Pusat ini bukan sekadar
mengurung orang yang bersalah tetapi melaksanakan ‘proses istitabah’ kepada
penghuninya.

Bagi orang yang tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan

aqidah pula mereka boleh ke pusat ini mendalami pengetahuan Islam sebenar.

2.4. Peranan Institusi Pengajian Tinggi
Muktakhir kini ramai mahasiswa-mahasiswi yang mula terpengaruh dengan
fahaman Liberal iaitu “Atas dasar individual autonomy, setiap orang memiliki
kebebasan penuh untuk mempunyai pendapat dan pendirian sendiri dalam
semua hal, terlepas dari sebarang ikatan pendapat apa pun dan siapa pun.
Jika dilihat dari sudut pandangan Islam, idea autonomi individu seperti ini
cukup membahayakan kerana ia berimplikasi penolakan terhadap segala
autoriti termasuk ijma’.”6
Intitusi pengajian tinggi sama ada IPTA / IPTS sewajarnya memainkan
peranaan

melalui

dasar

penyelidikan

yang

komprehensif

dengan

mensiapsiagakan para ahli-ahli akademik dalam bidang tertentu yang
mempunyai

kepakaran

masing-masing satu

badan

‘think

thank’ bagi

membentuk Mahasiswa dengan idealismenya dan keazaman yang tinggi yang
mampu untuk menjadi agen bagi mencorak pemikiran masyarakat terhadap
kefaqihan Agama melibatkan akidah umat Islam dengan lebih tepat. Sejarah
6

Khalif Muammar “Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal” (Institut Alam dan Tamadun
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia) halaman XV.

35

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

peradaban dunia sentiasa meletakkan golongan anak muda yang terpelajar
sebagai watak utama suatu bangsa untuk maju kehadapan. Lihat sahaja
sejarah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang menaiki takhta kerajaan
Turki Uthmaniyyah pada usia yang muda mampu memimpin tentera dan
kerajaan untuk membebaskan Kota Kostantinopel.
Usaha ini bukanlah datang daripada semangat kepemudaan semata-mata,
namun ianya memerlukan kekuatan nilai-nilai keilmuan, keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah swt untuk menjayakannya. Baron Carra De Vaux
ketika menceritakan mengenai keunggulan Sultan Muhammad Al-Fateh beliau
berkata “Sebenarnya penaklukan kota Kostantinopel oleh Sultan Muhammad
Al-Fateh bukanlah secara kebetulan. Ia mengadakan segala macam persiapan
dan perhitungan yang matang sebelum memulai pekerjaannya itu. Ia
menggunakan kemajuan ilmu pengetahuan yang telah dicapai pada masa itu”7
2.5. Peranan Agensi / Badan Lain
Dalam usaha membenteras gerakan ini, ia tidak terbatas kepada pihak-pihak
dalam kerajaan negeri mahupun persekutuaan yang memainkan peranan
namum ia perlu menjangkau skop jaringan yang besar dengan melibatkan
badan-badan bukan kerajaan menjadi bagi mengerakkan usaha bersama
memberi informasi bermanfaat kepada masyarakat yang mana modus operandi
yang boleh dilakukan untuk meluaskan maklumat semasa dengan cara yang
berkesan di antaranya:
1.

Penglibatan pihak media massa sama ada media cetak mahupun media

elektronik dalam menyebar luas bahaya gejala gerakan memesongkan akidah
ini jika berkembang dalam masyarakat. Ini kerana media mempunyai kuasa
dalam membentuk pandangan masyarakat umum. Program-program agama
7

Abul Hasan Ali An-Nadwi. “Kerugian Dunia Karena Kemunduran Umat Islam” (Pt. Bina Ilmu) halaman 162.

36

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

sama ada melalui media cetak atau elektronik sepatutnya diletakkan prioriti
dengan meningkatkan jumlah program dan mengurangkan rancanganrancangan yang berbentuk hiburan yang lebih kepada hendontisme. Dalam hal
keadaan ini kesedaran dan pemahaman masyarakat akan bercambah.
2.

Mengadakan

konvensyen,

wacana

ilmu,

seminar

serta

bengkel

berkenaan isu gerakan dakyah yang membelenggu umat Islam ini secara
kolektif dan berterusan. Medan sebegini kebiasaannya adalah berkesan untuk
menarik golongan elit dan kelas pertengahan turut serta membincangkan
permasalahan yang berbangkit terhadap Agama Islam.
3.

Mengadakan ceramah, forum, kuliah serta tazkirah dari masa ke semasa.

Method ini biasanya menjadi kegemaran dan sasaran kelompok masyarakat
biasa yang sudah biasa mengunjungi masjid, ceramah politik, surau, kelaskelas pengajian agama.
4.

Penyebaran Islam perlu dilakukan melalui dialog secara terbuka.

Walaupun dialog seumpama ini banyak dilakukan oleh badan-badan dakwah,
tetapi dalam kalangan jabatan kerajaan mahupun NGO Islam yang berautoriti
kurang dilakukan bahkan mereka gagal untuk turun padang bersama-sama
melakukan tanggungjawab tersebut. Percambahan idea dan pandangan
melalui dialog boleh menyelesaikan banyak masalah yang berhubung dengan
perbezaan pandangan terhadap teologi, budaya, adat serta toleransi
beragama. Kebanyakan dialog seumpama ini dianjurkan oleh NGO bukan
Islam seperti IFC dan Majlis Peguam yang majoritinya dikuasai oleh orang
bukan Islam sehingga mereka berani mencampuri hak orang Islam, termasuk
mempertikai artikel 11 (4) berkenaan hak kebebasan beragama.
NGO-NGO Islam juga telah menubuhkan gabungan NGO Islam yang diberi
nama PEMBELA. PEMBELA yang mempunyai keahlian lebih dari 80 NGO
Islam menjuarai isu-isu Islam dan memberi penerangan dari masa ke semasa
berkaitan dengan agama Islam. Dari sudut NGO perundangan pula Persatuan
Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ditubuhkan bagi antara lain
37

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

menjuarai isu-isu Islam di dalam Negara dan di luar Negara. Pelbagai aktiviti
dilakukan bagi member pendedahan berkaitan dengan keistimewaan Islam di
dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mewakili beberapa Majlis
Agama bagi mengenengahkan isu-isu Islam juga dilakukan. Selain dari PPMM
terdapat juga Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang juga terlibat secara
langsung dalam isu-isu Islam.
Kesepakatan masyarakat Islam dalam mempertahankan kedaulatan agama
Islam dan hak beragama umat Islam di Malaysia dituntut dan dialog seumpama
ini mampu menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh orang bukan
Islam sekaligus menyedarkan masyarakat Islam tentang dakyah agama lain.

3.0. CABARAN MENDEPANI GERAKAN & PEMIKIRAN SONGSANG
Dalam Islam kebebasan bukanlah hak mutlak individu manusia. Makna
kebebasan perlu berpandukan wahyu ilahi. Manusia yang tidak mengikut
panduan wahyu ilahi akan tersasar jauh dari kaca mata syariat Islam yang
sebenar kerana mereka akan dipandu oleh hawa nafsu semata-mata yang
berfikir tanpa ada terhad dan batasan yang digariskan dalam norma-norma
Islam.
Apa yang dihadapi oleh masyarakat islam ketika ini ialah cabaran yang amat
kuat dari luar dan dari dalam. Bukan sahaja orang bukan Islam mempromosi
gerakan dan pemikiran songsang ini tetapi di kalangan orang Islam juga
seringkali bertindak menjadi pembela mereka seolah-olah mereka langsung
tidak boleh diusik. Pelbagai hujah diberikan bagi member justifikasi tindakan
penguatkuasa adama terhadap golongan ini adalah salah. Seringkali
dibangkitkan isu perlunya perdebatan ilmiah dengan golongan sebegini, namun
mereka

mengelak

dari

berdebat

dengan

golongan

ini

sebaliknya

membebankan orang lain pula. Akhirnya sebarang tindakan tidak dapat diambil
terhadap golongan ini dan tiada perdebatan dilakukan.
38

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

Dalam pada itu terdapat juga sesetengah golongan yang begitu teruja dengan
kehebatan akal fikiran dan minda yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Golongan ini mempercayai setiap tindakan itu mempunyai rasionalnya
tersendiri. Segalanya boleh diselesaikan melalui akal fikiran. Namun hakikatnya
akal manusia adalah begitu terhad tidak dapat menjangkaui ilmu Allah SWT.
Seharusnya golongan ini berbalik kepada prinsip asas iaitu dalil yang bersifat
qatie tidak boleh disanggah dengan logik akal.

4.0. TINDAKAN MENANGANI GERAKAN PEMIKIRAN SONGSANG SECARA
KOLEKTIF, PROAKTIF DAN BERKESAN DI MASA AKAN DATANG
Setiap agensi yang dinyatakan di atas perlu mengetahui dan memainkan
peranan masing-masing dalam usaha melawan budaya songsang ini tanpa
perasaan takut. Setiap daripada agensi ini perlu bekerjasama di dalam
memberikan kesan terbaik ke atas setiap tindakan. Mengelak dari melakukan
sesuatu bagi menjaga pihak-pihak tertentu hendaklah dihentikan bagi
menangani isu-isu Islam. Seharusnya semua agensi melengkapi antara satu
sama lain (complementing each other) di dalam isu-isu Islam ini.Mungkin sudah
sampai waktunya ditubuhkan beberapa task force bagi menggarap tindakan
menangani gerakan pemikiran songsang ini secara kolektif dan proaktif agar
berkesan pada masa akan dating. Task force tersebut hendaklah memberikan
penekanan kepada beberapa aspek yang tertentu. Adalah dicadangkan task
force ini dibahagi kepada:
a)

Engagement – terdiri daripada golongan pakar dan berilmu yang akan
bertemu dan berdialog dengan golongan sasar iaitu pemimpin golongan
yang membawa pemikiran songsang ini;

b)

Preaching

- terdiri dari kalangan pendakwah yang boleh berinteraksi

dengan golongan yang telahpun mengamalkan budaya songsang ini agar
balik ke pangkal jalan. Orang yang terlibat di dalam task force ini perlu
39

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu agar dapat menyebarkan
dakwah kepada golongan yang telah tersasar ini.
c)

Enforcement

- terdiri dari kalangan pakar perundangan yang melihat

kepada isu-isu perundangan di dalam mengambil tindakan undangundang yang merupakan langkah pencegahan kepada gejala songsang
ini.
5.0. KESIMPULAN
Setiap kaedah penyelesaian dilontarkan tidak akan mencapai keberkesanan
yang menyeluruh jika tidak mendapat kesepakatan kerjasama dari semua
pihak-pihak yang beroutoriti dalam usaha menangani gerakan penularan
fahaman ini. Sistem perundangan Islam yang berpaksikan Al-Quran dan AsSunnah perlu dilihat sebagai sumber utama dalam menangani permasalahan
yang timbul ini dan perlu diaplikasikan perlaksanaannya dalam masyarakat.
Pihak kerajaan yang dilihat sebagai badan eksekutif dalam pentadbiran negara
perlu memainkan peranan secara proaktif sebagai nadi penggerak dan
pemantau dalam memastikan

dakyah-dakyah gerakan tersebut di beri

penerangan ke akar umbi . Manakala masyarakat perlu memainkan peranan
efektif, sikap akautibiliti pada agama dan ambil tahu bukan sekadar untuk diri
sendiri malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang bahayanya
gerakan ini dan betapa pentingnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
dalam kehidupan seharian.

40

Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual1 Islam Menangani Gerakan
Liberalisme & Pragmatisme
Jabatan Agama Islam Selangor

41

Dokumen yang terkait

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis korelasi antara lama penggunaan pil KB kombinasi dan tingkat keparahan gingivitas pada wanita pengguna PIL KB kombinasi di wilayah kerja Puskesmas Sumbersari Jember

11 241 64

ANALISIS PENGARUH PENERAPAN PRINSIP-PRINSIP GOOD GOVERNANCE TERHADAP KINERJA PEMERINTAH DAERAH (Studi Empiris pada Pemerintah Daerah Kabupaten Jember)

37 330 20

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

SENSUALITAS DALAM FILM HOROR DI INDONESIA(Analisis Isi pada Film Tali Pocong Perawan karya Arie Azis)

33 290 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

Representasi Nasionalisme Melalui Karya Fotografi (Analisis Semiotik pada Buku "Ketika Indonesia Dipertanyakan")

53 338 50

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22