SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI N

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

2017

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
Persiaran Bistari, Taman Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9100 1703 Fax: 03-9101 2287
Email : [email protected]

KERTAS KERJA

MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
“KARNIVAL JUALAN USAHAWAN MUDA ALAF 21 ERT”
DAN
“PERTANDINGAN FESYEN” 2018

ANJURAN:
PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA
BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

DENGAN KERJASAMA

UNIK KURIKULUM
SMK ALAM DAMAI

Page 1

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

1.0

2017

NAMA PROGRAM

MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
“KARNIVAL JUALAN USAHAWAN MUDA ALAF 21 ERT”
DAN
“PERTANDINGAN FESYEN & MASAKAN”
2.0

PENDAHULUAN


K

arnival Jualan Usahawan Muda Alaf 21-ERT ini diadakan sempena sambutan
Minggu Akademik Teknik dan Vokasional bagi tahun 2018 ini. Ia juga
merupakan satu aktiviti tetap yang di adakan pada setiap tahun sambutan
Minggu Teknik Dan Vokasional, cuma bagi Panitia ERT inilah kali kedua di adakan
jualan ini kerana panitia ini baru saja diperkenalkan di sekolah ini pada tahun lepas.
Pada hakikatnya Karnval Jualan Usahawan Muda Alaf 21 ini adalah merupakan salah
satu program yang dirancangkan di bawah program “MARATHON PENDIDIKAN ERT’
bagi tahun 2018. Program Ko-Akademik ini dilaksanakan sebagai satu usaha di
bawah Komuniti Pembelajaran Professional (PLC), yang merupakan satu wadah
perbincangan, pembimbingan dan juga perkongsian guru dan pelajar dalam usaha
melaksanakan program ini. Ia merupakan satu inisiatif guru sepertimana yang telah
di galakkan oleh Kerajaan di bawah PPPM dan merupakan satu penyertaan guru dan
pelajar secara langsung maupun tidak langsung dalam memperkasakan pendidikan
negara. Seterusnya amalan ini sudah pasti akan membantu memupuk semangat
kekitaan dan rasa kepunyaan (sense of belonging) antara guru dan pelajar di sekolah
ini.
Selain dari Panitia ERT, semua Panita lain di bawah bumbung yang sama seperti

Panitia KHB, Panitia Ekonomi, Panitia Prinsip Akaun dan Panitia Perdagangan akan
berkongsi idea dan bergabung tenaga bagi melaksanakan aktiviti jualan ini. Maka
aktiviti yang akan dijalankan pada peringkat sekolah dapat memberi pendedahan
kepada pelajar-pelajar tentang mata pelajaran yang ada di sekolah dan dapat
merangsang minat pelajar ke arah bidang teknik dan vokasional.

Page 2

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

3.0

2017

RASIONAL
Pelajar di bawah Bidang Teknik dan Vokasional telah mempelajari pelbagai teori
perihal perniagaan dan keusahawanan semasa PdP di dalam kelas, maka pada
Minggu Akademik Teknik dan Vokasional sebeginilah meberikan peluang bagi mereka
untuk merasai pengalaman sebenar bagaimana urusan jualan dan perniagaan
berlangsung dan bagi Kelab ERT pula aktiviti ini merupakan salah satu objektif bagi

kelab ini. Objektif Kelab ERT di paparkan di bawah:

OBJEKTIF :
Boleh menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan
Boleh membuat pengiraan kos
Menjual hasil masakan sebagai satu pendedahan dalam keusahawanan
Boleh mengamalkan etika berpersatuan dan etika kerja yang baik sepanjang masa

Apa yang jelas dengan adanya aktiviti jualan ini, ia akan dapat merangsang
pembelajaran pelajar bermula di dalam bilik darjah dan diperluaskan ke aktiviti di
luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga menjadi satu alternatif kepada kaedah PdP
yang lazim dijalankan di dalam kelas seterusnya ia boleh menghasilkan satu rantaian
PdP yang amat berkesan bagi perkembangan pelajar tambahan lagi dalam
membentuk pelajar alaf 21 yang bersifat terbuka, positif dan berdaya maju.

4.0

MATLAMAT
Matlamat utama program ini ialah untuk guru dan juga pelajar yang merangkumi;
I.


membentuk budaya menimba ilmu secara berterusan dalam kalangan pelajar
samada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Page 3

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

II.

2017

Melatih pelajar untuk menerapkan ‘budaya kolaboratif’ seperti mana yang
ditekan dalam PLC yang merupakan salah idea utama dalam membentuk
PLC.

III.

Melatih pelajar untuk melibatkan dalam aktiviti di luar bilik darjah secara
tidak formal yang merentasi mata pelajaran yang dipelajari di dalam bilik

darjah.

IV.

Aktiviti ini juga meningkatkan inisiatif guru sendiri dan bukan arahan dari
pihak atasan untuk membuat pemerhatian secara tidak formal kepada pelajar
dimana akan menjurus kepada peningkatan profesionalisme guru tanpa
mengira subjek yang diajar.

5.0

OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah:
i.

Mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar

ii

Memperkembangkan minda pelajar


iii

Melahirkan pelajar yang berkualiti yang merangkumi kemahiran akademik
dan sahsiah diri.

iv

Melatih pelajar untuk bekerjasama secara menyeluruh dalam melaksanakan
tugasan.

6.0

SASARAN
i. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
ii. Semua guru di bawah bidang Teknik dan Vokasional

7.0

TEMPAT DAN MASA PROGRAM

PERTANDINGAN FESYEN
Tarikh
: 22 April 2018
Hari
: Isnin
Masa
: Perhimpunan pagi
Tempat
: Dewan Budiman

Page 4

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

2017

AKTIVITI JUALAN
Tarikh
: 22 – 23 April 2018
Hari

: Rabu dan Khamis
Masa
: 10.10 – 11.10 pagi / Waktu selepas persekolahan
Tempat
: Laluan Bengkel Kemahiran Hidup
8.0

AHLI JAWATANKUASA
Penasihat

: Tn Hj Izamuddin Bin Rozali (Pengetua SMK Alam Damai)

Pengerusi I

: Tn Haji Khaorom bin Patong (GPK Tadbir dan Kurikulum)

Pengerusi II

: Pn Shantirani a/p Chillaya (GK Teknik & Vokasional)


Penyelaras

: Pn Hajjah Ku Mahani bt Ku Mat Desa (KP Ekonomi Rumah Tangga)

Setiausaha

: Pn Halimatun Nursaadiah

JAWATAN KUASA MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
SECARA MENYELURUH
AHLI JAWATANKUASA
BIL
PERKARA
1 Pengacara majlis

2
3

4


NAMA AJK
Pn Robiyaton Adawiyah(K)
Pn Halimaton Nursaadiah

Penyediaan
hadiah

Pn Hajjah Ku Mahani Ku Mat Desa
(K)
Pn Robiyaton Adawiyah
Pengurus
En Mohd Firdaus Bin Dzulkapri (K)
penerima hadiah En Maradapu Somunaidu
Pn Su Azlina Bt Zainon(K)
Pn Siti Fatimah Bt Mohd Ghazali

5

Penyampaian
hadiah atas
pentas
Siaraya

6

Fotograf

Pn Faridah Bt Musa

7

Promosi

Cik Nur Syafadzila Bt Saidi(K)
Pn Halimaton Nusaadiah

En Maradapu Somunaidu

Page 5

TUGAS
Mengacara majlis
pembukaan dan penutupan
Minggu Teknik dan
Vokasional.
Menyediakan hadiah untuk
para pemenang.
Mengurus dan menyusun
pemenang pada hari
penutup.
Menyusun dan menolong
menyampaikan hadiah di
atas pentas.
Menyediakan siaraya dan
memastikan ianya berfungsi
pada hari perasmian dan
penutup.
Mengambil gambar
sepanjang aktiviti.
Mempromosi aktiviti dan
membuat iklan

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

8
9

Dokumentasi
Buku program/
Pelancaran MP
ERT

Pn Halimaton Nursaadiah
Pn Hajjah Ku Mahani Bt Ku Mat
Desa

2017

Membuat dokumentasi
Menyediakan buku
program

ATURCARA MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
SECARA MENYELURUH
9.0

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN/TENTATIF PROGRAM
TARIKH/
HARI

AKTIVITI
1. Perasmian dan
taklimat aktiviti
Minggu Teknik dan
Vokasional

2. Pertandingan
memasak
- ‘Candle Light
20/04/18 Dinner’
Isnin
- ‘Masakan
Perancis’
3. Pelancaran Mata
Pelajaran ERT dan
Pertunjukan Fesyen
4. Peraduan
“Mencari JUARA”
Pertandingan
21/04/18 mengaising kek
Selasa
Jualan Hari 1

22/04/18
Rabu

23/04/18 Jualan Hari ke 2
Khamis

GURU TERLIBAT
Pn Shantirani a/p
Chillaya

PELAJAR
TERLIBAT
Semua
pelajar

TEMP./MASA
Dewan
Budiman/
Perhimpunan
rasmi

Tg.1-5

Anjung Aroma

Pn. Hajjah Ku Mahani
Pn. Faridah Musa

Tg.1-5

Pn. Hajjah Ku Mahani
bt Ku Mat Desa ( K)
En Somunaidu (K)
Pn Siti Fatimah

Tg.1-5

Dewan
Budiman/
Perhimpunan
rasmi
Bengkel ERT

Semua
pelajar
Tg.1-5

Foyer

Pn Shantirani(K)
Pn Su Azlina-Float
En Firdaus-Ayam
Goreng
Pn Siti Fatimah-Kek
Pn RobiyatonSpaghet
Pn Ku Mahani
(Karnival Jualan ERT)
Pn Ku Mahani
(Karnival Jualan ERT)

Semua
pelajar
Tg.1-5

TV Corner

Cik Nur Syafadzila(K)
Pn Halimatun.
Pn. Hajjah Ku Mahani

Page 6

Bengkel
KHB
Semua
pelajar

Dewan
Budiman

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

2017

Pn. Siti Fatimah
(Jualan Kek)
Penyampaian
24/04/18 hadiah dan
Jumaat penutupan Minggu
Tekvok

10.0

Semua guru-guru
yang terlibat

Semua
pelajar

Dewan
Budiman

ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI PERTANDINGAN DI BAWAH PANITIA ERT
Kumpulan/
Individu

Bil

Aktiviti

1

PERTANDINGAN FESYEN
1. Kategori Pakaian
Pengantin
2. Fesyen
Tradisional

PERTANDINGAN
“Mencari JUARA”

3

Jumlah

Hadiah/bahan-bahan/
peralatan

(RM)

Hamper
Tempat pertama
Tempat kedua
Tempat ketiga
Tempat pertama 10 X 1
Tempat kedua 8 X 1
Tempat ketiga 5 X 1

30.00
25.00
20.00

Individu

Tempat pertama 10 X 1
Tempat kedua 8 X 1
Tempat ketiga 5 X 1

10.00
8.00
5.00

Individu
(3 KATEGORI)

Tempat pertama 10 X 3
Tempat kedua 8 X 3
Tempat ketiga 5 X 3

30.00
24.00
15.00

Individu

3. Fesyen Masa
akan datang

2

Kumpulan

Anggaran perbelanjaan

10.00
8.00
5.00

PERTANDINGAN
MASAKAN
“Sajian Western Food”

Kumpulan

Hamper
Tempat pertama
Tempat kedua
Tempat ketiga

30.00
25.00
20.00

PERTANDINGAN
“JUALAN - USAHAWAN
MUDA ALAF 21”

Kumpulan

Hamper
Tempat pertama
Tempat kedua
Tempat ketiga

30.00
25.00
20.00

JUMLAH

Sumber kewangan

: Memohon PCG ERT/KOKO

Page 7

RM340.00

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

12.0

2017

PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan jaya. Meskipun
terdapat banyak kekangan yang akan dihadapi oleh AJK terutama dari segi masa dan
tenaga. Program ini juga turut melibatkan kewangan, semoga permohonan sedikit
bantuan kewangan dari unit KOKO adakan dapat membantu untuk merealisasikan
program ini. Semoga Allah mempermudahkan segala hasrat dan niat yang baik ini.
Apa yang penting sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua pihak amatlah
diharapkan kerana ia akan merupakan satu suntikan motivasi dalam melaksanakan
tugasan ini.
Seterusnya kejayaan projek ini sudah pasti akan menunjukkan satu kerjasama yang
erat telah terjalin kepada warga SMK Alam damai, sistem pengurusan yang
cemerlang dan keberkesanan yang jitu dalam pelaksanaan di bawah kepimpinan
seorang pengetua yang berwawasan, terutama sekali AJK pelajar ERT yang
merupakan tenaga penggerak utama program ini. Akhir sekali, Sesungguhnya
peranan dan sokongan pengetua amat penting dalam merealisasikan hasrat murni
ini.

Disahkan oleh:

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

……………………………………
(HJH KU MAHANI BINTI KU MAT DESA)
Ketua Panitia ERT
SMK ALAM DAMAI
Tarikh :

…………………………………………...
(TN HJ KHAIROM PATUNG)
PK KURIKULUM & TADBIR
SMK ALAM DAMAI
Tarikh :

Ulasan :

*Diluluskan / Tidak diluluskan

Page 8

MINGGU AKADEMIK TEKNIK & VOKASIONAL: Karnival jualan usahawan muda alaf 21_ERT

…………………………………………………
(TN. HJ. IZAMUDDIN BIN ROZALI)
Pengetua
SMK Alam Damai
Tarikh:

Page 9

2017