Perbezaan Antara Orang Melayu dengan Ora

1

Perbezaan Antara Orang Melayu dengan
Orang Bukan Melayu Dalam Sastera Melayu
Tentang Hubungan Kaum
Ding Choo Ming
Antaraq sebab utama orang Cina begitu mengutamakan
wang dan menitik-beratkan sikap berdikari sudah diberi
Abdullah Hussain (2003: 186). Sehubungan itu, maka setelah
Bosan
menunggu tanpa membuat apa-apa, Kim Lock,
misalnya,
sedar bahawa yang boleh menyelamatkan dan
menolongnya di Nanyang hanyalah wang dan bukannya
perasaan dan fikiran tentang perkara yang lain seperti yang
dipunyai nenek moyangnya. Bacalah apa yang dikatakannya
sehubungan itu dalam nota kaki ini. 1
Dalam Interlok (2003: 60) juga diceritakan Cing Huat sudah
mengekploitasikan kelemahan Pak Musa untuk kepentingan
dirinya. Perbuatan itu hanya diketahui Seman selepas ayahnya,
Pak Musa, sudah berpulang. Pendekkan cerita yang panjang:

Seman amatlah terkejut setelah ditunjukkan Cing Huat
selonggok IOU (I Owe You) yang bernilai ribuan ringgit.
Melihatnya buat pertama kali dalam hidupnya, Seman merasa
darahnya tersirap. Hanya setelah melihatnya, barulah dia tahu
bahawa kehidupan selesa yang dia nikmati semasa ayahnya
hidup lagi dahulu itu sebenarnya bertegak di atas wang yang
ayahnya pinjam daripada Cing Huat dari masa ke masa. Dia
betul-betul sudah kebuntuan kerana dia bukan sahaja buta
huruf, tetapi juga ibunya, Mak Limah, mengakui yang dia tidak
pernah bertanya kepada arwah suaminya tentang sumber
kewangannya, memikirkan arwah ayahnya telah memberi
keselesaan hidup yang mereka perlukan. Kedua-dua anak ibu
itu masih boleh pesanan Pak Musa: mintalah barang-barang
yang mereka perlukan di kedai Cina. Menurut arwah ayahnya,
hasil padi yang dituai setiap kali sudah diserahkan kepada Cina
Panjang itu. 2
Dia sudah bosan sekarang dengan menunggu, dia sudah mulai sedar
bahawa di Rantau Selatan ini, bukan semangat nenek moyang yang
dapat menolong, melainkan wang ringgit.
1


Abdullah Hussain (2003: 73): Ini bukan sulat hutang," jawab tauke itu.
"Ini sulat tanah. Sulat hutang ada lain. Ha, ini sulat hutang," diambilnya
2

2

Kesudahannya sekarang ialah Seman betul-betul dalam
cengkaman
kuasa Cing Huat. Sehubungan itu, Abdullah
Hussain (2003: 337) mengatakan Cina Panjang itu yang
kelihatan sudah menentukan nasib Seman.
Dalam kes ini, kita lihat bagaimana Cing Huat sudah
bertukar menjadi Ah Long yang membuat Seman yang sudah
tidak dapat melepaskan diri. Tetapi sampai di sini mungkion
ada orang akan bertanya: tidakkah orang Melayu sendiri juga
patut dipersalahkan kerana telah memberi peluang kepada
segulung kertas lain clan dibawa kepada Seman. Dibentang surat-surat
itu di atas meja, tetapi tangannya memegang dengan kuat. …Ini
hutang lu punya mapak lima libu linggit, ini dua libu linggit, ini satu

libu linggit, ini satu libu linggit. Itu malang-malang lu angkat belum kila
lagi. … Ini semua hutang lu punya mapak, itu sebab gua pigang itu sulat
tanah. Sikalang lu pun sutah tau. Kalau lu mau luluk juga atas gua punya
tanah, lu misti mikin macam lu punya mapak. Itu pali magi tiga, satu
tanah punya sewa, satu gua punya bagian, satu lu punya. Lu punya
mapak jugak mikin itu macam. Kalau lu suka lu moleh luluk, kalau lu titak
suka lu moleh pigi. Gua mau kasi lain olang mikin kalija."… Cina
Panjang yang beritahu, mak. Bapa ada pinjam duit pada dia. Ada sekali
lima ribu, ada sekali dua ribu, dua kali satu-satu ribu. Dan tanah itu
semuanya digadainya pada tauke Cina tu, kata Seman…. "Betulkah ni,
Seman?" tanya Mak Limah. …Kau tak tahu baca. Kau tak pemah pergi
sekolah, takkah tauke Cina itu sengaja nak tipu kau? Tak patut kau
tuduh bapa kau begitu. Bangkit mayat bapa kau itu di dalam jawab
Seman. …Kalau mak juga tak tahu tentulah tauke itu mau tipu kita. Aku
nak tanya penghulu, aku nak bawa Mamat Labu baca surat-surat hutang
bapa itu."… "Ya, Allah! Apa nak jadi kepada kau ni Seman?" Mak Limah
mulai meratap. "Kau nak seret orang semua mengutuk bapa kaukah?" …
"Kita dulu hidup senang mak. Mak tak pernah peduli dari mana bapa dapat
duit. Mak tak pemah tanya. Tak pernahkah mak tanya bapa dulu, dari
mana dia dapat duit beli ni semua, mak?" tanya Seman, dia tidak peduli

ratapan ibunya. Tetapi kemudian dia berasa menyesal ketika
dilihatnya ibunya itu menangis teresak-esak…. “Aku tak pemah tanya
Seman. Buat apa aku tanya, dia memberi aku makan pakai cukup. Tak ada
barang ambil saja dari kedai Panjang tu. Aku hanya tahu padi-padi kita
lepas dituai diambil oleh Panjang dan itu pun kata bapamu padi -padi
itu disimpan saja olehnya, apabila kita mau duit kita boleh ambil. Jadi
apa lagi yang hendak aku tanya?" Mak Limah mengeluarkan kata-kata
itu seperti orang meratap….(ibid: 89) "Pak Musa membeli tanahtanah dan binatang-binatang itu daripada duit yang diberikan oleh Cina
Panjang. Siapa yang dapat menahan dia daripada membeli tanah-

3

orang Cina untuk membeli tanah, kedai dan hartanah mereka?
Setengah jawapan kepada soalan itu sudah juga diberi
Awang Had Salleh dalam novelnya Biru Warna (1966: 130-131)
dengan
mengatakan
salah
satu
cara

orang
Cina
3
mengembangkan perniagaannya .
Di bawah pengaruh kuat harga yang tinggi yang
ditawarkan, ramai orang Melayu sudah menjual tanah dan
harta mereka, malah ada yang sudah berpindah ke pinggir
bandar. Sehubungan itu, Atan Long dalam novelnya Subuh
tanah itu? Dia anak negeri ini. Siapa yang berani bertanya dari mana dia
dapat wang? Tak ada siapa." Penghulu itu menggelengkan kepalanya. "Jual
beli yang Pak Musa lakukan dengan tuan tanah itu memang sah menurut
undang-undang. Tetapi sesudah tu dia dan Cina Panjang membuat pula
perjanjian lain yang mengikat Pak Musa daripada menguasai tanah
itu sebagai miliknya yang mutlak. Itulah surat pinjam wang yang
Seman tengok tu!"…(ibid: 90)
"Dalam perkara ini tak ada jalan, pak
lebai. Siapa yang mau menebus tanah tu dengan harga yang begitu
mahal? Nah, dengan jalan inilah tanah-tanah kita yang dilindungi oleh
undang-undang tu tergadai kepada bangsa asing. Kita tak upaya nak
buat apa-apa."…(ibid: 94) "Kami ini latang mau cakap maik-maik," kata

Cina Panjang itu. "Kami tidak mau galoh."… "Siapa mau gaduh?" Pekik
Seman dan dia datang ke dekat tangga. Cina Panjang mundur beberapa
langkah…. "Kami titak mau galoh," Wang lagi Cina Panjang. "Lu tolong cakap
sama Seman maik-maik."…(Ibid: 95)
"Kami bukan mengusir, kami
menyuruh dengan baik," kata Pak Cin…. "Butut Seman, kita titak usir. Kita
suluh lu keluar maik-maik," sampuk Cina Panjang itu dengan melambai
lambai tangannya…. “Aku tak mau keluar. Lu boleh buat apa lu punya
suka," jawab Seman…(ibid 96) "Sewa juga gua tidak mau bayar." Seman
berdegil. "Lu boleh buat apa yang lu suka."… "Mari kita keluar Seman, kita
tinggalkan tempat ini."… "Ke mana kita mau pergi? Cuba mak fikir,
cubamak kasi tahu ke mana?" Seman membelalakkan matanya kepada
ibunya. (ibid 11) Sekarang mereka hanya mengambil barang-barang
keperluan tanpa membayar dari kedai Cina Panjang. "Hutang tu nanti
boleh dibayar," kata ibunya. "Bapamu tak dapat dicari ganti kalau dia
hilang
Terdapat satu jalan yang bernama Jalan Pekan China dan satu lagi
dinamakan Jalan Pekan Melayu. Pada asalnya, hanya Cina menjual dan
membeli di Jalan Pekan China, manakala orang-orang Melayu membeli
dan menjual di Jalan Pekan Melayu. Sekarang, Cina bukan sahaja di Jalan

Pekan China, tetapi juga telah mengambil alih perniagaan di Jalan Pekan
Melayu. Dia bertanya ke mana perginya orang Melayu". Dia memetik Ali
yang memberitahu Rahim bahawa orang Melayu tidak boleh lihat wang
3

4

(1966: 19) menceritakan bagaimana tanah yang dibuka orang
Melayu pada masa dahulu sudah dijual orang Melayu masa
terkemudian.
Sehubungan
itu,
Atan
Long
telah
memperingatkan orang tentang akibat yang padah, kerana
akan sampai satu hari nanti, sudah tidak ada hutan yang boleh
dibuka lagi. Kalau demikian, tempat yang mereka boleh pergi
tidaklah lain daripada laut4.
Kisah penjualan hartanah orang Melayu telah juga

diceritakan dalam Interlok (Abdullah Hussain 2003: 183).
Setelah mendapat angin bahawa ada sebuah kedai orang
Melayu ingin dijual, Kim Lock yang ingin membelinya sudah
minta Kim Sui menjadi orang tengahnya untuk mengurus hal
itu selanjutnya. Antara sebabnya ialah Kim Sui bukan sahaja
fasih berbahasa Melayu, tetapi juga sudah kenal baik orang
Melayu di situ. Hasilnya, pembelian itu berjalan dengan lancar.
Selepas dipujuk Kim Sui dengan kata-kata yang manis, selain
dibuat sedikit tawar-menawar, orang Melayu yang tidak
cerewet itu pun melepaskan kedainya. 5
dengan memberi contoh orang Melayu yang memiliki saham dalam
syarikat bas. Pada mulanya, saham itu bernilai 10 ringgit seunit.
Sekarang, semua saham sudah berpindah tangan kepada orang Cina dan
nilanya adalah 30 riggnit se unit. Ini bermakna nilai saham itu sudah
meningkat sebanyak 200%. Pada tahun depan, saham itu dijangka akan
naik kepada 50 ringgit seunit
"Tapi sekarang, choba kau tengok berapa banyak kebun yang baik2
yang sudah tidak ada lagi dalam tangan orang Melayu! Ini-lah kita
orang2 Melayu, ketika hutan, bersusah payah kita membuka-nya, dijadikan negeri. Bila 'dah jadi negeri, 'dah berhasil, jualkan pada bangsa
asing. Sekarang 'nak pindah pulak jauh lagi ka-dalam hutan buka kebun

baru, bila 'dah berhasil nanti, jualkan lagi ! Lama2 ka-mana kita 'nak
pergi lagi? Nak masok hutan, hutan 'dah habis ditebang! Ada tidak-nya
lari ka-laut saja!"
4

Memang benar, ada sebuah kedai kepunyaan orang Melayu yang mahu
dijual. Dan dengan sedikit tawar menawar sahaja, kedai itu pun menjadi
kepunyaan Kim Lock. Orang Melayu itu tidak banyak cerewet, dengan
muka manis dan gelak ketawa dia menyerahkan kedainya. Kim Sui
memujuknya dengan menepuk-nepuk belakangnya sahaja. Kim Lock
menyerahkan urusan membeli kedai itu pada Kim Sui, kerana dia lebih
lancar berbahasa Huan na dan dia banyak pula kawan kenalannya di
sana.
5

5

Kitaran buruk (vicious cycle) seumpma itu yang bermula
sejak masa silam itu masih berlanjutan sehingga masa
sekarang. Antaranya, dalam Interlok (2003: 138) Abdullah

Hussain menceritakan kebanyakan orang Melayu suka bekerja
makan gaji di jabatan kerajaan, atau dengan orang lain,
termasuk menjadi pemandu kereta orang bukan Melayu. Ini
bermakna hanya sebilangan kecil orang Melayu bekerja sendiri,
seperti membuka kedai. Sementara itu, kita terus mendapati
orang Melayu merasa takut, benci dan bersyak wasangka
terhadap orang Cina yang didapati terus maju dengan tidak
berhenti-henti membeli tanah orang Melayu. Sehubungan itu,
Atan Long (1966: 19) dalam Subuh menyalahkan orang Melayu
sendiri kerana memberi peluang kepada orang Cina untuk terus
maju dan tidak berhenti-henti membeli tanah mereka. Yang
menjual tanah itu adalah generasi muda orang Melayu. Mereka
menjual tanah untuk mendapat wang bagi menikmati gaya
hidup seperti orang kaya yang dicemburui orang Melayu yang
lain.6
Adakah orang Cina yang beli kedai, tanah dan hartanah
orang Melayu tidak memainkan peranan meningkatkan
hubungan antara dua kaum itu? Bolehkah tindakan mereka itu
dipandang dari segi yang positif dalam erti kata turut membuka
babak baru dalam sejarah mendirikan jambatan persahabatan

dengan membawa orang Cina dan Melayu lebih dekat satu
sama yang lain? Kedua-dua soalan itu dibangkitkan di sini
kerana sebelum itu tidak banyak kontak, hubungan, komunikasi
dan interaksi antara dua kumpulan etnik ini, justru mereka
hidup di tempat yang berlainan, selain mereka telah membuat
kerja yang berlainan, selain sudah dipisahkan jurang perbezaan
bahasa, kebudayaan, ugama dan lain-lain, lebih-lebih lagi
semua kumpulan etnik yang berlainan memang telah diasing-

"Itu salah siapa? Salah orang2 Melayu sendiri! Yang menjualkan
kebun 'tu bukan-nya orang tua2 yang bersusah payah menebang hutan
'tu dulu. Yang menjualkan-nya, anak chuchu-nya! Mereka semua taukan
senang saja. Yang mereka terima semua-nya sudah berseh, tidak
mengeluarkan satitek peloh pun. Mereka sudah biasa kerja senang, Jadi,
'dah ta' payah kerja penat2 lagi 'nak menchari makan pagi petang.
Kemudian itu tengok orang bergaya, dia pun 'nak bergaya juga, tapi duitnya ta' ada; yang ada itu-lah kebun pusaka nenek moyang. Pinjam duit
chiti, gadaikan kebun: akhirnya habis kebun2 pusaka 'tu berpindah katangan bangsa lain.
6

6

asingkan di bawah dasar Pecah & Perintah yang dilaksanakan
penjajah Inggeris.
Masyarakat yang ada itu masyarakat majmuk. Dalam
masyarakat itu, pertemuan antara orang daripada kumpulan
entik yang berlainan itu lazimnya berkisar di sekitar aktiviti
berjual beli di pasar (Furnival 1948). Tetapi dalam kes ini,
aktiviti berjual beli itu bukan lagi terjadi di pasar dalam erti
kata yang biasa, malah orang Cina dan Melayu telah memasuki
pasaran hartanah.
Setelah membeli kedai orang Melayu, mulalah Cing Huat
berurus niaga di kampung Melayu di Simpang Sempat. Lamakelamaan, bermacam-macam hubungan yang baru telah
muncul dengan sendirinya antara kedua-dua kaum itu. Dari
segi itu, maka tindakan berjual-beli kedai dan hartanah yang
lain sudahlah berbeza sifat dan kesannya berbanding dengan
orang Cina yang datang sekali sekala untuk membeli dan
menjual barang-barang di kampung Melayu. Ini disebabkan kita
akan nampak pengembangan hubungan sosial, budaya dan
ekonomi baru antara orang Melayu dengan orang Cina,
misalnya. Ini akan turut membawa kepada kebergantungan
kedua-dua kaum itu nanti. Sehubungan itu, kita akan nampak
apa yang dimaksudkan itu dalam beberapa buah karya sastera
Melayu nanti. Hubungan, komunikasi dan interaksi antara
kedua-dua kaum itu dijangka akan menolong mengurangkan
perasaan pengasingan antara kaum yang mereka alami di
bawah dasar ‘Pecah & Perintah’ di zaman penjajahan British.
Berjayanya dasar Pecah & Perintah itu juga telah
diperkatakan dalam Interlok, dengan orang Cina bergiat di
bidang perniagaan dan perlombongan, sedangkan orang India
pula di estet getah, manakala orang Melayu - melalui watak
Seman – adalah orang kampung yang hidup bertani. Abdullah
Hussain juga telah mengkritik struktur sosial yang berasaskan
perkauman itu melalui kisah Pak Musa yang tidak dapat
mencari kerja di estet getah yang dikuasai oleh orang India,
walhal dia adalah orang Melayu. Selain itu, Cing Huat dan
Maniam telah juga digambarkan lebih dekat kepada kumpulan
etnik mereka sendiri, maka tidak banyak hubungan dengan
orang Melayu.
Dasar Pecah dan Perintah kerajaan penjajah British itu
terbukti telah berjaya untuk mengawal penduduk tempatan
daripada bersatu untuk mengumpul kekuatan yang diperlukan
bagi menjatuhkan kerajaan itu. Itulah sebab utama dasar yang

7

memecah-belahkan
penduduk
setempat
itu
sudah
membolehkan kerajaan penjajah British
mengekalkan
kuasanya. Selain itu, orang Cina dalam Interlok didapati tidak
berminat terhadap pergolakan politik setempat. Sikap dingin,
malah acuh tak acuh, seumpama itulah yang dikehendaki
kerajaan penjajah Inggeris untuk terus berkuasa.
Ada banyak karya sastera yang lain turut
memperkatakannya, selain
Interlok (2003: 439-440) yang
menyatakan Cing Huat dan orang Cina di kampung kecil itu
tidak prihatin terhadap isu yang diperjuangkan orang Melayu.
Kepada orang Cina, isu itu masaalah orang Melayu, walaupun
akhbar mendakwa Malayan Union yang ditentang orang Melayu
itu juga akan memberi manfaat kepada orang bukan Melayu. Ini
mungkin disebabkan orang Cina masa itu tidak mahu tinggal
selama-lamanya di negara ini. Mereka datang ke sini untuk
mencari makan dan wang, lebih-lebih lagi menganggap China
telah muncul sebagai negara yang kelima terbesar di dunia
dalam peperangan ketika ini.
Selain itu, dalam novel Biru Warna (1974: 39), gubahan
Awang Had Salleh, diceritakan orang Cina tidak berminat dalam
politik setempat. Selepas mendapat berita daripada Ali, Swee
Lan terus memberitahu ayahnya bahawa tunjuk perasaan akan
diadakan orang Melayu berikutan raja-raja Melayu telah
disingkirkan penjajah British yang mahu mengambil alih kuasa
politik negara ini. Tetapi, ayahnya yang mendakwa dirinya
telah tinggal selama 45 tahun di Tanah Melayu bukan sahaja
tidak menunjukkan minatnya dalam pergolakan politik
setempat, tetapi juga menyuruh anaknya memberi perhatian
lebih kepada pelajarannya, selain mengingatkan anaknya
supaya jangan bercampur dengan Ali. Hujah ayahnya ialah isu
itu adalah mengenai raja-raja Melayu, hal ehwal orang Melayu
dan tidak ada kena mengena dengan kepentingan orang Cina.
Oleh sebab itu, dia tidak mahu melibatkan diri selagi orang
Melayu tidak membenciny.7
Sementara itu, dalam novel Kail Panjang Sejengkal (1986:
19 & 20), A. Samad Ismail menceritakan rakyat tempatan
memuja dasar pemerintahan orang putih. 8
Antara kesan sampingan daripada dasar Pecah dan
Swee Lan berkata: Orang-orang Melayu. Ada mau kacau besar. Ali kata pasal,
raja Melayu turun pangkat. Orang putih mau ambil negeri ini.’….‘kau belajar
betul-betul. Tak usah campur pasal itu semua. Kita hidup cari makan. Aku sudah
empat puluh lima tahun di sini. Itu raja mereka. Mereka punya pasal. Jangan
sampai mereka benci sama kita.’
7

8

Perintah adalah ‘stigma’ orang Melayu yang menjadi ahli
pasukan
keselamatan
menentang
komunis,
yang
kebanyakannya adalah orang Cina. Hal itu juga diceritakan
dalam cerpen Dendam Atas Dendam (1971) daripada Erham
Shaari. ‘Konflik’ itu yang mengandungi unsur-unsur
perkauman
dengan
secara
langsung
mencerminkan
masyarakat majmuk negara ini masa itu yang berasaskan
perbezaan kaum (A. M. Thani 1990: 80-81). Selain itu, dalam
dalam Interlok (2003: 309-310) juga diceritakan sedikit
sebanyak asal-usul dan perkembangan masyarakat majmuk
di British Malaya. 9
Banyak perkara yang tidak menyenangkan orang Melayu
sudah berlaku bila orang Melayu mendapati diri mereka masih
miskin dan ketinggalan dalam serba serbi, sedangkan orang
Cina, yang datang hanya dengan sehelai sepinggang ketika
baru sampai sudah lebih kaya dan berjaya.
Lebih buruk lagi ialah orang Melayu juga mendapati
mereka bukan sahaja mengalami diskriminasi di tangan
kerajaan penjajah British, tetapi juga mendapati sukar untuk
bersaing dengan orang Cina yang telah menetap, dan bukan
lagi sebagai hua ci'ao yang akan pulang ke tanah air asal
mereka dengan megah untuk meraikan kejayaan mereka
menjadi kaya, lebih-lebih lagi untuk mati di tanah kelahiran itu,
China, seperti masa dahulu.
8

A. Samad Ismail (1986: 19) Tak ada sekolah orang putih, encik.

Sekarang banyak susah. Mesti ada pas sekolah. Tak ada sekolah orang
putih, banyak susah."… Chew sengih lagi. Dan dia menunjuk kepada
adiknya yang pendiam itu di sampingnya…. "Dia sekolah Cina sahaja,
sudah tiga tahun tak ada kerja. Mahu kerja jaga minyak pun, tak boleh.
Dia tak boleh cakap Melayu. Sikit-sikit boleh. Dia tahu Cina saja." Dan Chew
ketawa seolah-olah ketawa mengejek adiknya. …(Ibid: 20) "Saya
ada
untung sikit. Sekolah Cina tak habis. Tapi saya dulu kerja lombong.
Ada campur orang Melayu. Itu fasal saya boleh cakap Melayu sikit, cakap
orang putih sikit," kata Chew, meluahkan biji limau dengan lidahnya, lalu
menyambutnya dengan tangannya dan menjentikkannya keluar pintu.
Kuli-kuli di kebun itu sudah semakin banyak. Anak-anak kecil lelaki dan
perempuan pun sudah banyak pula. Mereka itu berumur antara sepuluh
dan tujuh tahun dan tidak seorang pun bersekolah, kerana tidak ada
sekolah Tamil. (Sekolah Tamil) … Suppiah bermuafakat dengan kuli-kuli
kebun itu untuk meminta kepada tuan kebun supaya mengadakan
sebuah sekolah Tamil.
9

9

Tetapi, keturunan hua ciao yang baru sudah tidak mahu
pulang ke China lagi setelah menikmati kehidupan yang lebih
selesa, aman dan selamat di Tanah Melayu berbanding yang
mungkin mereka didapati di China. Yang lebih buruk lagi ialah
ramai orang Melayu mendapati diri mereka sudah dieksploitasi
peniaga Cina yang licik dan yang lain telah berhutang
sehinggakan terpaksa menjual tanah mereka. Antara
contohnya ialah Cing Huat yang sudah bertukar menjadi AhLong dan 'menelan' semua tanah dan hartanah Pak Musa
dalam novel Interlok (Abdullah Hussain (2003: 89-90). Segalagalanya itu berlaku setelah Pak Musa yang meminjam 50
ringgit daripada Cing Huat untuk membeli sekeping tanah itu
telah diminta Cing Huat untuk menandatangani IOU sebanyak
3,000 ringgit. Cing Huat juga menyimpan geran tanah itu.
Setelah Pak Musa meninggal dunia, anaknya Seman
dikehendaki membayar 3,000 ringgit kepada Cing Huat untuk
menebus tanah yang dibeli ayahnya. 10
Banyak soalan boleh ditimbulkan di sini. Antaranya, adakah
rasa takut orang Melayu kepada orang Cina dalam karya
sastera itu betul-betul berdasarkan fakta atau semata-mata
dipengaruhi suasana politik semasa dengan dikipas bahang
apinya daripada propaganda di akhbar dan majalah Melayu,
seperti kisah dalam cerpen Kerana Mata Dacing, Hati Saya
Terpancing (1946) oleh Harun Aminurrashid, dan Anak Dibuat
Denak (1938), Dolly - dari Shanghai Bidadari (1940) dan juga
Istana Berembun (1938), semuanya gubahan Ishak Haji
Muhammad?
Sudah dinyatakan dalam makalah “Peranan Akhbar &
Majalah Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum”,
orang Melayu sentiasa peka mengenai kedudukan mereka di
negara ini, terutamanya dalam isu pengagihan kekayaan yang
tidak seimbang antara mereka dengan orang bukan Melayu,
Pak Musa sudah membeli tanah-tanah itu atas namanya, bukan? Dia
membeli dengan duit Cina Panjang, bukan? Berapa dia beli? Katalah
tanah sawah itu berharga 50 ringgit, Tauke Panjang menyuruh Pak
Musa menandatangani satu surat hutang pada dia sebanyak 3,000
ringgit, surat itulah yang disimpannya bersama-sama dengan geran
tanah tadi. Kalau Pak Musa mengaku tanah itu haknya, kenalah dia bayar
hutangnya sebanyak 3,000 ringgit tu dan kalaupun Seman ni besok mau
tuntut tanah tu, Cina Panjang akan menunjukkan surat hutang
bapanya, nah maukah Seman membayar 3,000 ringgit untuk tanah
yang berharga 50 ringgit tu?"
10

10

lebih-lebih lagi selepas 60 tahun negara ini merdeka. Ini
membawa kita kepada persoalan mengapa Melayu menjadi
mundur dan miskin.
Salah satu jawapan kepada soalan itu sudah diberi Zairil
Khir Johari (2015: 59) yang mengatakan sehingga kedatangan
orang Cina, orang Melayu bukan sahaja petani, tetapi juga
peniaga kecil, tukang, pekerja mahir dan pentadbir. Setelah
orang Cina sampai, tempat kerja ramai orang Melayu sudah
diganti orang Cina yang didapati bukan sahaja boleh membuat
kerja yang dibuat orang Melayu, tetapi juga boleh membuatnya
dengan lebih baik dan lebih murah. Perkembangan itu semakin
lama semakin melemahkan kedudukan orang Melayu yang
mendapati diri mereka tidak boleh buat apa-apa, selain
berundur.
Dengan cara inilah pekerja Cina yang rajin dan cekal itu
semakin lama semakin kuat mengukuhkan kedudukan mereka
di bandar-bandar, selain dapat ‘menguasai’ ekonomi orang
Melayu di kampung Melayu. Di sinilah terletaknya beberapa
sebab lahirnya perasaan takut, tidak percaya dan syak
wasangka yang berlapis-lapis daripada orang Melayu kepada
orang Cina yang dipandang sudah menjadi ancaman kepada
mereka. Yang lebih buruk lagi ialah peningkatan bilangan orang
Cina dengan aktiviti perniagaan mereka terus berkembang.
Dalam proses itu kedai-kedai kecil orang Melayu telah memberi
laluan kepada deretan kedai orang Cina.
Sehubungan itu, Atan Long dalam novelnya Suboh (1966:
19) telah menceritakan seluk beluk tanah hutan yang dibuka
orang Melayu dengan bersusah payah masa dahulu itu sudah
bertukar hak miliknya kepada orang Cina. Selepas menjual
tanah itu kepada kaum lain, orang Melayu telah sekali lagi
membuka tanah baru. Di sini, Atan Long telah memperingatkan
orang Melayu bahawa tanah hutan akan habis lama-kelamaan!
Kalau demikian, ke mana mereka boleh pergi lagi, melainkan ke
laut seperti yang sudah dinyatakannya dalam nota kaki ini. 11
Atan Long 1966: 19) "Tapi sekarang, choba kau tengok berapa banyak
kebun yang baik2 yang sudah tidak ada lagi dalam tangan orang
Melayu! Ini-lah kita orang2 Melayu, ketika hutan, bersusah payah kita
membuka-nya, di-jadikan negeri. Bila 'dah jadi negeri, 'dah berhasil,
jualkan pada bangsa asing. Sekarang 'nak pindah pulak jauh lagi kadalam hutan buka kebun baru, bila 'dah berhasil nanti, jualkan lagi !
Lama2 ka-mana kita 'nak pergi lagi? Nak masok hutan, hutan 'dah habis
ditebang! Ada tidak-nya lari ka-laut saja!"
11

11

Dilihat daripada sudut itu juga, mungkin adalah betul jika
dikatakan ramai orang Cina yang sudah dipersalahkan kerana
menyebabkan penderitaan, kesengsaraan dan ketidakupayaan
di kalangan orang Melayu itu sebenarnya adalah mangsa
persekitaran sosiol semasa. Ini mungkin disebabkan setengah
mereka itu adalah sasaran mudah yang sudah kena peluru
kemarahan, kebencian, kecurigaan, kritikan dan aduan
daripada orang Melayu sejak tahun 1930-an dan 1940-an.
Kesemua ini dengan sendirinya telah membuka kemungkinan
berlakunya salah faham, selain menyediakan pentas baru
kepada peningkatan konflik antara kaum yang pastinya akan
menjejaskan keharmonian antara orang Melayu dengan orang
Cina.
Berbalik kepada kisah Pak Musa kehilangan tanahnya
kepada Cing Huat dalam novel Interlok (Abdullah Hussain
2003) kita dapati Cing Huat memang salah, malahan boleh
dikatakan sebagai kejam, zalim dan tidak berhati perut kerana
meminta Pak Musa menandatangani IOU sebanyak 3,000
ringgit kerana meminjam 50 ringgit daripadanya untuk
membeli sekeping tanah. Selepas Pak Musa meninggal dunia,
anaknya dikehendaki bayar 3,000 ringgit kepada Cing Huat
untuk mendaptkan balik tanah itu.
Kisah tadi itu berbeza daripada yang terdapat dalam
cerpen Menebus Tanah Tergadai (1973) daripada Azdi yang
menceritakan orang Melayu yang telah berhutang kepada orang
Cina yang seterusnya telah mengambil tanah mereka kerana
tidak dapat bayar balik wang yang mereka pinjam dahulu.
Walaupun kisah itu berbeza daripada kisah Cing Huat
mengambil tanah Pak Musa, kerana anaknya, Seman, tidak
dapat membayar balik wang dalam IOU itu, cerita seperti itu
telah memperkukuhkan tanggapan umum bahawa orang Cina
memang menunggu peluang untuk mengambil tanah orang
Melayu. Masalah itu telah memperburukkan lagi kemiskinan
orang Melayu dalam Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun
1940-an. Dengan itu, perasaan marah dan benci orang Melayu
kepada orang Cina sudah naik bahangnya.
Selain itu, bagi setengah hua ciao dan juga orang Cina,
hubungan darah adalah lebih pekat daripada hubungan yang
lain. Ini adalah antara beberapa sebab sesetengah peniaga
Cina lebih suka anak mereka sendiri kepada orang lain yang
tidak ada hubungan darah dan persaudaraan dengan mereka,

12

apatah lagi pekerja daripada kaum lain, untuk mengurus
perniagaan keluarga mereka.
Dalam kes hubungan antara kaum, pilih kasih dengan
keutamaan diberi kepada anak dan saudara mara seumpama
itu boleh disalah tafsirkan sebagai prasangka perkauman, jika
bukannya diskriminasi kaum. Ini telah diceritakan dalam cerpen
Tewas Dalam Dunianya (1972) oleh Noorjaya yang mengatakan
Tauke Lim tidak mempercayaai pekerjanya yang bukan
anaknya, lebih-lebih lagi pekerja daripada kaum lain. Oleh
sebab itu, dia sengaja melantik anak saudaranya, dan
bukannya pegawai Melayu yang memang layak, dan juga yang
sudah lama bekerja dengannya, maka didapati sudah
menunjukkan kesetiaanya kepada syarikat itu, sebagai
pengurus jualan. Akhirnya, Tauke Lim menyesal kerana anak
saudaranya tidak dapat membuat kerja yang diberi kepadanya,
maka telah mengecewakannya.
Cerita mengenai prasangka dan diskriminasi perkauman
seumpama ini boleh juga didapati dalam cerpen Bila Hidup
Macam Anjing (1973) oleh Sidek Baba yang menulis tentang
sikap sesetengah majikan Cina yang mengamalkan sikap pilih
kasih, atau diskriminasi ke atas pekerja mereka daripada kaum
lain. Sikap diskriminasi kaum seperti itu bergema juga dalam
cerpen Senja Lambat Tiba (1973) daripada oleh Azdi.
Satu lagi kisah yang berkaitan dengan nepolisma orang
Cina terdapat dalam cerpen Baru Sekarang Dia Mengerti (1969)
daripada Azizi Haji Abdullah yang cuba membangkitkan dan
menaikkan tahap kesedaran orang Melayu dalam dunia
perniagaan. Azizi menceritakan Adnan, seorang mekanik di
bengkel tauke Wong. Pada mula-mulanya, tauke Cina itu minta
Adnan mengajar anaknya tentang cara-cara membaiki motor.
Setelah anaknya pandai berbuat demikian, Wong suruh Adnan
keluar dari bengkelnya. Cerita seperti ini akan meninggalkan
kesan yang buruk ke atas hubungan antara kaum.
Seperti orang Cina, ada juga orang Melayu yang baik
dan yang jahat, yang rajin dan yang malas dan yang jujur dan
yang suka menipu. Antara karya sastera yang boleh diberi
sebagai contoh sehubungan itu ialah Sepuluh Ribu Harga
Maruah (1973) daripada Azizi Haji Abdullah. Azizi menulis
tentang perniagaan usahasama ala Ali Baba antara orang
Melayu, Taha, dengan rakan kongsinya orang Cina, Kim Seng.
Kim Seng telah beli saham yang bernilai RM10,000 atas nama
Taha. Tetapi, Taha telah makan janjinya dengan menjual saham

13

itu. Sepuluh hari kemudian, Kim Seng datang ke rumah Taha
untuk mencarinya dan terkejut kerana mendapati rumah Taha
sudah kosong. Setelah ditanya, dia diberitahu bahawa Taha
telah berpindah ke tempat lain dan juga telah membeli
sekeping tanah.
Nilai moral seperti cerita ini adalah penipuan tidak sahaja
melukakan hati orang yang menjadi mangsanya, tetapi juga
boleh merosakkan semangat berbaik sangka dan kerjasama
antara orang Melayu dengan orang Cina yang terlibat dalam
perniagaan usahasama.
Rujukan
A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.
A Samad Ismail. Kail Panjang Sejengkal. Kuala Lumpur: Teks
Publishing, 1986.
Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1971 & 2003
Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara,
1964.
Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha
Penerbitan Menara, 1966
Azdi. Senja Lambat Tiba. Mingguan Malaysia, 11.2.1973.
Azdi. Menebus Tanah Tergadai. Utusan Zaman, 29.4.1973.
Azizi Haji Abdullah. Baru Sekarang Dia Mengerti. Mingguan
Malaysia, 26.6.1969.
Azizi Haji Abdullah. Sepuluh Ribu Harga Maruah. Utusan
Zaman, 22.4.1973.
Erham Shaari. Dendam Atas Dendam. Berita Minggu,
13.6.1971.
Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing
Hiburan, Nov 1946.
Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12
– 19.6.1938.
Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10
Apr 1938.
Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan
Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.
Noorjaya. Tewas Dalam Dunianya. Berita Minggu, 26.11.1972.
Sidek Baba. Bila Hidup Macam Anjing. Mingguan Malaysia,
21.1. 1973.

14

Zairil Khir Johari. The Real Malay Dilemma: 41-78. IN Ooi Kee
Beng & Wan Hamidi Hamid (ed). Young and Malay. Petaling
Jaya: Gerakbudaya Enterprise, 2015.