UJIAN BULAN OGOS 2016 BM KERTAS 1 TAHUN

UJIAN BULAN OGOS 2016
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4( KERTAS 1)
Masa: 1 Jam
Nama:__________________

Markah:__________

Kelas:___________________

Tarikh:____________

Arahan Am:
Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Bagi
setiap doalan,pilih satu jawapan sahaja.
BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan
yang paling sesuai.

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah


1. “Ampun,tuanku._____berjanji akan
mencari pengkhianat itu,” kata Datuk
Bendahara kepada sultan.
A Aku
B Saya

C Patik
D Kami

2. “______memotong barisan,” kata Cikgu
Gan kepada murid-muridnya di kantin.
A Sila
B Jemput

C Tolong
D Dilarang

3. Sanjit mengambil gelas berisi jus oren
itu____dia meminumnya.

A sambil
B malahan

C atau
D lalu

4. Encik Ma sedang ____semak samun
yang tumbuh meliar di halaman
rumahnya.
A melibas
B menebas

C memotong
D memukul

5. Puan Tasha membakar lima_____
jagung untuk dihidangkan kepada
tetamunya.
A tongkol
B buah


C ulas
D batang

6. _____,datuk rupa-rupanya!
A Eh
B Nah

C Aduh
D Amboi

7. Bapa Rajan bertugas di pejabat
____pukul 8.30 pagi _____5.00 petang.
A.
B.
C.
D.

pada…daripada
kepada…hingga

dari…hingga
daripada… hingga

8. Sepasukan bomba sedang berusaha
untuk _______ apai yang sedang marak.
A mematikan
B meniupkan

C memadamkan
D menghapuskan

9. Beberapa orang______ sedang
menggantungkan kain rentang di atas
pentas.
A wartawan
B deramawan

C peragawan
D sukarelawan


Soalan 10 berdasarkan gambar di
bawah

10. Nenek Chua_________setandan
pisang untuk dibawa pulang ke rumah.
A. menjunjung
B. membimbit
C. menjinjit
D.mengusung

A. masam seperti cuka
B. pantas seperti kilat
C. rajin seperti semut
D.panas seperti api

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat
yang diberi.
14. Ho Chun belajar bersungguh-sungguh
supaya berjaya dalam peperiksaan.
A. Untuk berjaya dalam peperiksaan,Ho

Chun belajar bersungguh-sungguh.
B. Ho Chun Berjaya dalam peperiksaan
kerana dia belajar bersungguhsungguh.
C. Ho Chun akan berjaya dalam
peperiksaan walaupun dia belajar
bersungguh-sungguh.
D. Jika Ho Chun belajar bersungguhsungguh,dia telah berjaya dalam
peperiksaan.
15. “Cantik sungguh pemandangan di
sini.” Kata Wong Peng kepada Ranjit.

11. Ikan yang berbau______ itu hendaklah
direndam di dalam perahan limau nipis
selama beberapa ketika.
A. tengik
B. hanyir
C.hamir
D. hapak
12.______bangunan itu dicipta oleh
seorang arkitek terkenal.

A Daya fikir
B Reka bentuk

13. Ahli bomba bertindak____ untuk
menyelamatkan mangsa kebakaran itu.

C Susun atur
D Usaha daya

A. Ranjit berkata pemandangan Wong
Peng amat cantik.
B. Wong Peng berkata bahawa
pemandangan Ranjit cantik nian.
C. Wong Peng berkata kepada Ranjit
bahawa pemandangan di situ
sungguh cantik.
D. Wong Peng berkata kepada Ranjit
bahawa pandangan di situ sungguh
cantik.
Pilih ayat yang betul

16. A Wahai anakku,insaflah!
B Amirah tidur dalam bilik.
C Apa nama kawan kamu itu?
D Deman denggi berpunca dari
nyamuk aedes.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku dilahirkan di sebuah kampung di utara tanah air. Aku diperbuat daripada daun
mengkuang. Badan aku berwarna-warni.Aku mempunyai ramai kawan.Kawan-kawanku
mempunyai corak yang serupa dengan aku. Mereka juga mempunyai badan yang
berwarna-warni seperti merah,kuning,hijau,ungu ,jingga dan sebagainya.
Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan dibawa ke sebuah kedai yang terletak di
tengah-tengah ibu kota.Tidak berapa lama aku berada di situ,sekumpulan pelancong dari
negara matahari terbit telah datang ke kedai itu. Mereka membelek-belek aku dan kawankawanku satu persatu. Tiba-tiba, salah seorang daripada pelancaong itu mengambil aku lalu
membayar hargaku.
Kini,aku ada tuan baharu.Jiran-jiran tuan aku memuji kecantikan dan keunikan aku,Aku
berasa sangat gembira. Setiap hari, selepas tuan aku memasak,aku digunakan untuk
menutup makanan supaya tidak terdedah kepada pencemaran.
Setelah bertahun-tahun digunakan,warna badanku mula luntur.Aku berasa sangat

sedih dan beranggapan bahawa aku pasti akan dibuang.Namun,tanggapanku tidak benar
sama sekali.Tuan aku telah menggantung aku pada dinding rumahnya.Aku dijadikan hiasan
dinding.Aku berasa sangat gembira kerana dapat menemani tuan aku lagi.

17. Proses membuat “aku dinamakan
A menganyam
B membalut
C mengukir
D menenun
18.Tuan baharu “aku” berasal dari Negara
A. India
B. China
C Jepun
D Korea Selatan
19. Mengapakah “aku” berasa sangat sedih?
A. Terpaksa berpisah dengan kawankawan
B. Dibeli oleh pelancong asing
C. Digunakan untuk menutup makanan
D. Menganggap akan dibuang oleh
tuannya.


20.Pilih pernyataan yang benar tentang “aku”.
A. Lahir di tengah-tengah kota.
B. Mempunyai warna yang sama dengan
kawanku.
C. Akan digantung selepas siap digunakan.
D. Ramai jiran yang memuji kecantikan dan
keunikanku.

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
dalam

di
kerana

oleh
dan

yang

pada

untuk

Wee Keong murid Tahun Empat Setia. Dia seorang murid yang bijak.Wee Keong
sentiasa dapat menjawab soalan yang diajukan _____________guru ketika di dalam
kelas. Wee Keong juga sering merujuk guru-gurunya sekiranya dia mempunyai
masalah____________pelajaran.Wee Keong juga sering membantu rakan-rakan
______________ memerlukan bantuan dalam pelajaran.Dia akan membantu rakanrakannya ____________ bila-bila masa sahaja jika diperlukan.Wee Keong juga tidak
pernah mengingkari nasihat dan arahan ibu bapanya.
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Jawapan: Ya, kami akan menyertai perkhemahan pengakap.
(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

___________________________________________
____________________________________________
(2 markah)
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar .
_______________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat. Beliau dilahirkan di Seberang Perak,Alor Setar,Kedah. Tun Dr Mahathir
merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama 2
tahun.Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School,Alor
Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Hamid .Selepas memasuki kelas
peralihan selama setahun beliau memperoleh keputusan Senior Cambridge yang
cemerlang pada 1945.
Gelaran “Bapa Pemodenan” telah diberikan kepada beliau kerana beliau
telah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang moden,dan
mampu bersaing di persada dunia.Kejayaan melonjakkan kemajuan Malaysia
menjadikan beliau seorang individu dan pemimpin yang dihormati dan disegani.
Sumbangan beliau terhadap Negara dapat dilihat dengan wujudnya pusat
pentadbiran Negara yang baru,iaitu Putrajaya.Atas insiatif beliau,Cyberjaya dan
Proton City turut dibina untuk memperlihatkan kemampuan Negara dalam bidang
teknologi. Atas sokongan dan idea beliau juga terbinanya dua mercu tanda yang
menjadi kebanggaan Malaysia,iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar.
Nama Tun Dr. Mahathir akan terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan
Malaysia”, negarawan ulung yang berwawasan menjadikan Malaysia sebuah
Negara moden dan makmur dengan purata pertumbuhan ekonomi yang tinggi
setiap tahun.Di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteri selama 22
tahun,Malaysia berjaya menonjol sebagai sebuah negara Islam yang bermaruah
dan disegani di mata barat.
Dipetik dan diubahsuai daripada laman sesawang
http://penatokoh.blogspot.my/2014/01/tokoh-tun-dr-mahathir-mohamad.html

a. Tun Dr Mahathir dilahirkan di ____________________________________________________
________________________________________________________________________________
(1 markah)
b. Mengapakah Dr Mahathir digelar sebagai “Bapa Pemodenan”?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Tun Dr Mahathir mendapat
pendidikan awal di Sekolah
Melayu Seberang Perak pada
tahun 1930 selama 2 tahun.

Tun Dr. Mahathir merupakan
Perdana Menteri Malaysia
yang ketiga.

Tun Dr Mahathir telah
mentadbir negara Malaysia
selama 22 tahun

Tun Dr Mahathir merupakan
anak sulung daripada
sembilan orang adik-beradik

Betul

Salah

Soalan 24
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya.
Pagi ini,tiba-tiba sahaja loceng sekolahku berdering memanjang. Keadaan agak
kelam-kabut dan riuh sedikit.Aku mulai perasan.Apatah lagi,kulihat Cikgu Fanny
tersenyum-senyum memandang kami.
Dengan segera aku meminta rakan sekelasku berbaris tanpa membawa apaapa pun. Setelah itu,aku pula mencapai buku kedatangan murid lalu mengikuti di
belakang mereka.
Di padang,banyak pula kelucuan yang terjadi.Ada murid yang terpingapinga tidak tahu apa yang berlaku. Ada pula yang menangis ketakutan. Aku tidak
mempedulikan semua itu. Aku terus membanci rakan sekelasku dengan menyebut
nama dan membilang jumlah mereka.Semua rakan kelasku ada di sini.Melihat
perlakuan itu,kelas lain pun mulai melakukan perkara yang sama.
Benarlah sangkaanku. Perlakuan itu hanyalah gimik simulasi kebakaran
sebagai salah satu aktiviti utama sekolah. Tujuannya agar murid-murid dapat
bertindak secara betul apabila kebakaran atau kecemasana di sekolah.Kini,
barulah riak wajah rakan sekolahku ceria kembali. Kesemuanya duduk dengan
tenang menantikan kehadiran pihak bomba untuk demotrasi mencegah
kebakaran serta cara menangani kecederaan atau kemalangan.
a. Perkataan berbaris dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
_________________.
b. Mengapakah “aku”mengatakan banyak kelucuan yang terjadi?

(1 markah)

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Pada pendapat anda,apakah tujuan “aku” membuat bancian terhadap rakan
sekelasnya?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(2 markah)
d. Wajarkah latihan simulasi kebakaran dijalankan di sekolah? Mengapakah?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Soalan 25
Baca pantun dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tun Teja merentasi jambatan,
Diiringi oleh sekumpulan tentera;
Pelbagai jenis buah-buahan tempatan,
Rasanya enak tidak terkira.

Dayang Cempeka menjadi johan,
Dalam pertandingan memasak di istana;
Buah-buahan tempatan jadi pilihan,
Senang didapati di mana-mana.

Sampan dan perahu pelbagai jenis,
Jumlahnya banyak tidak terucap;
Buah manga masam dan manis,
Enak dicich dengan kicap.

Emam terhantuk bengkak di dahi,
Disapu ubat oleh emak;
Walaupun banyak duri memenuhi,

Namun durian lazat dan berlemak.

Kucing Hang Tuah sangat jinak,
Wajah comel tidak terperi;
Manggis rasanya manis dan enak,
Khasiatnya tinggi sangat digemari.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)
b. Mengapakah buah-buahan tempatan menjadi pilihan?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(1 markah)
c. Tandalah (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.
Buah mangga penuh duri.

Buah manggis mempunyai rasa yang manis dan
enak
(1 markah)

Walaupun banyak duri memenuhi,
Namun durian lazat dan berlemak.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
( 3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT