Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ULASAN NILAI-NILAI
MURNI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 RASIONAL
MENGGUNAKAN TEKNIK AKROSTIK
Oleh:
Nurul Aina binti Mohd Azmi & Nordin bin Shaari
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail
miszeyena_90@yahoo.com & pemwira@gmail.com
ABSTRAK
Kajian Tindakan dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan
Teknik Akrostik sebagai bahan yang boleh meningkatkan kemahiran murid
Tahun Empat Rasional dalam menulis karangan bahagian C. Seramai lima orang
murid yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua perempuan dari
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu terlibat
sebagai peserta kajian ini. Analisis data menunjukkan berlakunya peningkatan
dari segi pencapaian murid apabila Teknik Akrostik digunakan dalam proses
pengajaran karangan bahagian C ini. Peningkatan kemahiran peserta kajian
dapat diperhati secara visual pada bab Analisis Data 6.0.
Kata Kunci : Kajian Tindakan, Teknik Akrostik
PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku gejala salah laku dalam kalangan remaja termasuklah
pelajar-pelajar sekolah. Apa yang membimbangkan adalah apabila gejala salah laku ini sudah
menular dalam kalangan anak-anak yang masih berada di sekolah rendah. Gejala Black
Metal, seks oral, budaya samseng dalam kalangan pelajar merupakan kes yang serius dan
perlu diberikan perhatian. Persoalannya, mengapakah boleh terjadi demikian? Adakah kita
gagal memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka atau adakah kurikulum yang
sedia ada tidak memadai?
Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad juga menegaskan
bahawa peranan guru bukan sekadar menyampaikan pengetahuan kepada murid sahaja, tetapi
termasuk juga menanam nilai-nilai positif dalam kalangan generasi muda untuk
pembangunan negara. ( New Straits Times, 10 Jun 1990 ). Nyata sekali, nilai-nilai murni
adalah satu aspek penting yang harus ditekankan dalam sistem pendidikan hari ini.
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) yang lalu, pengkaji telah mendapati
bahawa pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu berjalan dengan lancar.
Namun, ketika sesi PdP yang lepas, pengkaji telah menghadapi satu masalah ketika mengajar
murid-murid di kelas Tahun Empat Rasional. Masalah yang pengkaji hadapi ialah muridmurid lemah atau sukar untuk menguasai kemahiran menulis ulasan nilai-nilai murni.

11

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


Pengkaji bersoal jawab dengan murid-murid tentang nilai-nilai murni yang berkait
rapat dengan kehidupan seharian mereka. Sebilangan besar daripada murid-murid dapat
menyatakan nilai-nilai murni berdasarkan pengetahuan sedia ada dengan baik. Untuk langkah
yang seterusnya, pengkaji memberikan latihan menulis ulasan kepada murid. Namun, setelah
pengkaji menyemak buku latihan mereka, terdapat beberapa orang murid tidak mahir atau
tidak tahu cara untuk menulis ulasan nilai-nilai murni dengan baik.
Menurut Simah Mamat ( 2008 ) proses menulis karangan merupakan kemahiran yang
paling sukar untuk dikuasai berbanding kemahiran bahasa yang lain. Menurut Kamaruddin
Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz ( 1997 ) melalui aktiviti menulis, pelajar akan dapat
merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan
maklumat dalam bentuk lisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.
Magdalena Pulung Widyasanti ( 2012 ) dalam kajiannya tentang „Pembelajaran
Menulis Puisi Dengan Menggunakan Teknik Akrostik Tematik‟ di Sekolah Tinggi Keguruan
dan Ilmu Pendidikan, Bandung Indonesia. Tujuan pengkaji menjalankan kajian ini adalah
kerana guru mengalami kesukaran melatih keterampilan pelajar di kelas V SDN Bakti
Kencana dalam menulis puisi bebas dengan menggunakan pilihan kata yang sesuai.
Pelajar belum mampu mewujudkan idea-idea tersebut dalam kata yang puitis.
Hasilnya, dari 30 orang pelajar, pelajar yang mendapat skor yang tertinggi iaitu 9.4 hanya 1
orang, mendapat nilai 8.7 seramai 2 orang sedangkan yang mendapat nilai 8.0 seramai 12

orang. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan teknik akrostik ini untuk membantu
peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai-nilai murni.
Dengan menggunakan teknik ini, pengkaji mengharapkan peserta kajian dapat
mengalami suatu proses pembelajaran yang terarah dan menyenangkan dalam pembelajaran.
Hal ini kerana, peserta kajian akan dibimbing untuk memilih nilai murni yang tepat dan
mempunyai hubungan rapat dengan dirinya iaitu tentang pengalaman peribadi.

FOKUS KAJIAN
Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh peserta kajian, pengkaji
hanya akan fokuskan kajian ini terhadap menulis ulasan nilai-nilai murni yang merupakan
salah satu daripada kemahiran menulis. Peserta kajian mempunyai pengetahuan nilai murni
yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan nilai murni yang biasa mereka
temui dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini menyebabkan, mereka menggunakan nilai
murni yang berulang-ulang dalam satu perenggan.
Selain itu, mereka juga tidak dapat membuat perkaitan antara nilai murni dengan ayat
yang diberikan. Masalah ini berpunca kerana murid tidak mengetahui teknik dan strategi
menjawab soalan menulis ulasan nilai murni dengan betul. Impaknya, mereka melakukan
banyak kesilapan apabila menulis ulasan nilai-nilai murni dan menyebabkan ayat mereka
terpesong. Hal ini menyebabkan mereka mendapat purata markah antara 6-11 markah.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( PdP ), pengkaji memerhati murid kurang

berminat dalam membuat ulasan nilai murni. Mereka sering mengganggu rakan yang ingin
12

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

belajar dan membuat bising. Tingkah laku ini disebabkan mereka tidak berminat untuk
belajar dalam menulis ulasan. Hal ini kerana, teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru
kurang sesuai dengan aras murid.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum meningkatkan pencapaian murid dalam Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan
dengan menggunakan Teknik Akrostik
Objektif khusus bagi kajian ini adalah supaya pelajar dapat :
i.
ii.
iii.

Meningkatkan kemahiran membuat ulasan dengan tepat dan gramatis menggunakan
Teknik Akrostik
Membantu murid mengenal nilai murni yang terdapat dalam bahan rangsangan.

Meningkatkan kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid menggunakan
Teknik Arkostik.

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.

Adakah Teknik Akrostik dapat membantu meningkatkan kebolehan murid membuat
ulasan dengan tepat dan gramatis?
Apakah Teknik Akrostik dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenal nilai
murni dalam bahan rangsangan?
Bagaimanakah kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid dapat
ditingkatkan menggunakan Teknik Akrostik?
Adakah berlaku perubahan tingkah laku murid semasa penggunaan Teknik Akrostik?
KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang akan menjadi sampel kajian ini. Peserta
kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan daripada

Tahun Empat Rasional, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu,
Terengganu. Pengkaji telah mendapat butiran maklumat peribadi peserta kajian melalui
borang profil murid daripada guru kelas mereka. Analisis latar belakang keluarga, peserta
kajian terdiri daripada keluarga yang sederhana dan golongan berada. Kebanyakan ibu bapa
mereka bekerja dengan pihak kerajaan dan ada juga bekerja sendiri. Dari segi latar belakang,
hampir kesemuanya tinggal jauh dengan persekitaran sekolah. Kebanyakan daripada mereka
datang ke sekolah dengan dihantar oleh ibu bapa mereka dengan kenderaan.
Pengkaji juga mendapati salah seorang peserta kajian mengalami masalah
penglihatan rabun jauh. Namun, pengkaji akan cuba menggunakan pendekatan yang sesuai
agar peserta kajian tersebut dapat dibantu dalam proses intervensi kelak. Mudah-mudahan
kajian yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada peserta kajian agar mereka lebih
mantap dari segi penguasaan menulis ulasan nilai-nilai murni.

13

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

TINDAKAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kemmis & Mc Taggard (1988) dalam
menjalankan kajian tindakan ini.


REFLEKSI

REFLEKSI

PENILAIAN

Lingkaran
pertama

PENILAIAN

PERANCANGAN

Lingkaran
kedua

PERANCANGAN

PELAKSANAAN


PELAKSANAAN

Rajah 1: Lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (model penyelidikan tindakan
Kemmis & Mc Taggard)
Refleksi
Pada peringkat refleksi ini, pengumpulan data akan dijalankan untuk mengenal pasti masalah
yang wujud. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian di bilik darjah, menyemak buku latihan
murid, melihat markah pencapaian murid di dalam rekod ujian TOV dan OTI 1 dan temu
bual dengan guru Bahasa Melayu. Pada peringkat ini juga, pengkaji akan menjalankan ujian
pra untuk mendapatkan data-data bagi mendapatkan gambaran awal tentang masalah yang
dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 Rasional.
Perancangan
Pada peringkat ini, pengkaji akan merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang
telah dikenal pasti. Oleh itu, teknik menghafal semua nilai murni menggunakan kad nilai
murni, peneguhan terhadap konsep nilai murni dan latihan terancang menulis ulasan akan
disediakan untuk meningkatkan kemahiran peserta kajian.
Pelaksanaan
Pada peringkat ketiga ialah peringkat pelaksanaan. Pada peringkat ini, pengkaji akan
melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Di dalam pelan tindakan ini pengkaji

akan menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang mudah dan menarik untuk membantu peserta
14

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

kajian meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis ulasan nilai murni. Aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan dirangkumkan dalam satu teknik yang dinamakan Teknik Akrostik
Penilaian
Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian yang
berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta perubahan tingkah laku
responden. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji perlu
mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan penambahbaikkan.
Lingkaran kedua
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki.
Pengkaji mendapati masalah utama yang membawa kepada keadaan ini adalah alat intervensi
itu sendiri. Keadaan ini membawa pengkaji kepada lingkaran kedua dalam kajian ini.
Perancangan kedua
Dalam lingkaran kedua, pengkaji memulakan semula kajian daripada peringkat perancangan.
Pada masa ini, pengkaji merancang untuk menghasilkan satu latihan interaktif yang telah
ditambahbaik dalam kajian. Pada peringkat perancangan, kaedah dan cara yang digunakan

masih lagi sama dengan sebelum ini. Namun begitu, terdapat suatu penambahbaikkan pada
alat intervensi yang diharap dapat memberikan kesan yang berbeza kepada responden.
Tindakan kedua
Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan penambahbaikkan yang telah
dilakukan. Ujian pos 2 juga akan dilakukan pada masa ini. Setelah selesai, satu temu bual
akan dilaksanakan kepada peserta kajian bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai
Teknik Akrostik.
Pemerhatian kedua
Pada fasa pemerhatian kedua ini, pengkaji akan mendapatkan maklumat tentang kajian yang
dijalankan melalui ujian pos 2. Dapatan daripada ujian pos 2 ini akan dibandingkan dengan
ujian pos 1. Pengkaji juga akan menilai pandangan temu bual.
Refleksi kedua
Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak berdasarkan
kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh. Pada lingkaran kedua ini, pengkaji berasa amat
berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh. Oleh itu, lingkaran seterusnya tidak dijalankan.

15

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Adakah Teknik Arkostik dapat membantu meningkatkan kebolehan murid
membuat ulasan dengan tepat dan gramatis?
18
16
14
12
10

Ujian Pra
Ujian Pos 1

8

Ujian Pos 2
6
4
2
0
Peserta Kajian 1Peserta Kajian 2Peserta Kajian 3Peserta Kajian 4Peserta Kajian 5

Rajah 2: Perbandingan pencapaian murid
Berdasarkan graf bar di atas, amat jelas sekali telah berlaku peningkatan pencapaian
markah peserta kajian setelah Teknik Akrostik diperkenalkan kepada peserta kajian terlibat.
Pada peringkat awal, markah peserta kajian dalam ujian pra bagi kesemua peserta kajian
adalah pada tahap memuaskan iaitu berada dalam lingkungan 5 – 7 markah berdasarkan
kriteria pemarkahan penulisan bahagian C UPSR. Markah peserta kajian 1 berjaya
ditingkatkan daripada 7 markah dalam ujian pra kepada 16 dalam ujian pos 2. Markah pelajar
ini telah meningkat sebanyak 9 markah. Keadaan yang sama juga berlaku kepada peserta
kajian 3 dan peserta kajian 5.
Bagi peserta kajian 2 pula, telah berlaku peningkatan amat tinggi iaitu sebanyak 10
markah setelah ujian pos 2 dijalankan iaitu daripada 5 markah kepada 15 markah. Akhir
sekali bagi peserta kajian 4 markah beliau telah meningkat sebanyak 8 markah iaitu bermula
dengan markah 7 dalam ujian pra kepada markah 15 dalam ujian pos 2. Berdasarkan kriteria
pemarkahan penulisan bahagian C UPSR, markah peserta kajian ini berada dalam lingkungan
baik ( 12 hingga 17 ).

16

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Apakah Teknik Akrostik dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenal nilai
murni dalam bahan rangsangan.
Bil
1.
2.
3.
4.

5.
6.

Senarai Semak
Peserta kajian akan menggariskan arahan atau tugasan soalan
Peserta kajian akan mengisi tiga petak yang pertama dengan
tepat
Peserta kajian akan menggariskan frasa atau ayat yang ada
nilai
Peserta kajian dapat menukar pernyataan nilai kepada nilai
yang tersirat

Ya
2
5

Tidak
3
0

3

2

3

2

Peserta kajian dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga
nilai yang terdapat dalam bahan rangsangan.
Peserta kajian dapat membuat ulasan dengan tepat dan
gramatis
Jumlah

4

1

2

3

18

12

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang
relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Pengkaji menggunakan kertas ujian serta set
latihan yang diberikan kepada peserta kajian. Pengkaji menggunakan senarai semak untuk
memudahkan proses analisis dan interpretasi data secara individu sebagaimana lampiran .
Berikut ialah hasil analisis dokumen yang ditukar kepada senarai semak yang mengkaji aspek
penulisan peserta kajian yang terlibat dalam set latihan mereka.
Bagaimanakah kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid dapat
ditingkatkan menggunakan Teknik Arkostik?
Perbualan daripada temu bual telah ditranskripsikan iaitu ditaip dengan lengkap supaya
memudahkan proses menganalisis data tersebut seperti di Lampiran (). Analisis data temu
bual ini dilakukan secara manual iaitu keseluruhan transkrip temu bual ini dibaca bagi
mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan oleh peserta kajian.
Dapatan temu bual telah berjaya mengasah pengetahuan peserta kajian dan
meningkatkan kemahiran menghafal selepas pengajaran menggunakan teknik akrostik (bahan
rangsangan) dilaksanakan. Dapatan ini menjelaskan tentang pengukuhan ingatan murid
terhadap penulisan karangan bahagian C dengan pelaksanaan teknik akrostik (bahan
rangsangan) dalam proses PdP. Peserta kajian kelihatan begitu gembira dan seronok
mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Ini dikukuhkan dengan pandangan dan maklum balas
yang positif yang diterima daripada peserta kajian selepas teknik ini digunakan :

17

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Jadual 1 : Rumusan Transkripsi Temu Bual
Apa perasaan awak belajar menggunakan Teknik Akrostik ini?
PK 1 : “seronok ngat”
PK 2 : “ best cikgu”
PK 3 : “ suka...sebab senang nok hafal”
PK 4 : “ mudoh je cikgu”
PK 5 : “seronok..lagi-lagi cikgu hok ngajar”

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada instrumen ujian pra dan pos, analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual telah berupaya menjawab objektif-objektif kajian ini. Selain itu,
dapatan-dapatan tersebut juga dapat dikaitkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang
lepas.
Meningkatkan kemahiran membuat ulasan dengan tepat dan gramatis.
Membuat ulasan dengan tepat dan gramatis merupakan tugasan atau kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid-murid apabila menjawab soalan Bahagian C. Dapatan kajian yang telah
dianalisis telah berjaya meningkatkan kemahiran membuat ulasan dengan tepat dan gramatis
selepas pelaksanaan Teknik Akrostik. Sebelum teknik ini dilaksanakan, peserta kajian
menghadapi kesukaran untuk membuat ulasan nilai murni dengan tepat dan gramatis namun
masalah ini dapat diatasi selepas pelaksanaan Teknik Akrostik.
Hal ini demikian dapat dibuktikan dengan jumlah peningkatan markah dalam ujian
pra dan ujian pos. Kesemua peserta kajian menunjukkan respon positif iaitu kesemuanya
menunjukkan peningkatan markah berbanding ujian pra. Peningkatan skor yang semakin
meningkat dalam bahagian C telah membantu mereka lulus dalam Bahasa Melayu Penulisan.
Malah terdapat seorang peserta kajian yang telah mendapat gred B dalam ujian pos. Apabila
mereka telah dapat membuat ulasan dengan tepat dan gramatis, bermakna mereka telah
menjawab tugasan soalan dan seterusnya mereka akan mendapat markah yang baik dalam
penulisan khususnya bahagian C.
Membantu murid mengenal nilai murni yang terdapat dalam bahan rangsangan.
Berdasarkan analisis dan interpretasi data, pengkaji mendapati penggunaan bahan rangsangan
dalam program intervenssi yang telah dijalankan dapat membantu peserta kajian mengenal
dan mengesan frasa atau ayat yang ada nilai dalam bahan rangsangan yang disediakan.
Melalui hasil analisis dokumen , kesemua peserta kajian telah mengikuti arahan yang
sepatutnya dilaksanan di mana keseluruhan bilangan „ya‟ ialah 18 atau 60 % sedangkan
bilangan „tidak‟ hanya 12 atau 40% sahaja. Hal ini bermakna peserta kajian telah dapat
melaksanakan aktiviti-aktiviti ditetapkan secara kronologi semasa menggunakan bahan
rangsangan.

18

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Berdasarkan pemeriksaan pengkaji ke atas set latihan, didapati hampir kesemua
peserta kajian telah melaksanakan kemahiran berikut yang dijadikan ke dalam bentuk senarai
semak iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menggariskan arahan atau tugasan soalan.
Mengisi tigak petak pertama dengan tepat.
Menggariskan frasa atau ayat yang terdapat nilai murni.
Menukar pernyataan kepada nilai yang tersirat.
Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nilai yang terdapat dalam bahan
rangsangan.
vi. Membuat ulasan dengan tepat dan gramatis.

Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Mohd Ruslee bin Mohd Salleh (2012)
yang memfokuskan tentang cara-cara untuk menghafal, mengesan dan mengingat nilai-nilai
murni yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Sekurang-kurangnya,
murid dapat mengingat nilai-nilai murni yang telah dipelajari. Oleh sebab itu, program yang
dijalankan oleh pengkaji selaras dengan pendapat Mohd Ruslee bin Mohd Salleh iaitu
mengandungi aktiviti seperti menghafal, mengesan dan menulis nilai-nilai murni.
Dapatan kajian ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Rohani binti Din (
2006) menjalankan kajian tentang „ Teknik Mnemonik dan Kaedah Peta Minda : Mengingat
Fakta Dalam Mata Pelajaran Ekonomi Asas‟ di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra,
Kangar, Perlis. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kebolehan para pelajar dalam
menghafal dan mengingati fakta ekonomi dan seterusnya dapat membantu para pelajar untuk
menjawab soalan dengan baik bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Teknik pengajaran menggunakan bahan rangsangan juga dapat melatih peserta kajian
menjadi lebih teliti dan mematuhi arahan. Antaranya membaca dengan teliti, menulis kata
kunci yang dihafal pada tiga petak yang pertama, menggariskan frasa yang terdapat nilai,
menukar kepada nilai dan seterusnya membuat ulasan dengan tepat dan gramatis. Peserta
kajian juga tidak merasa bosan semasa melakukan set latihan dan tidak hanya menjadi
pendengar semata-mata, tetapi mereka melakukan aktiviti secara individu mengikut langkahlangkah yang disediakan.Selain itu, hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa
pelaksanaan pengajaran tradisional semasa guru mengajar ternyata telah membantutkan
minat murid dalam membuat ulasan.
Namun, hasil dapatan selepas pelaksanaan pengajaran Teknik Akrostik mendapati
murid-murid lebih berminat untuk membuat ulasan bahagian C. Hasil dapatan senarai semak
ini telah memberikan jawapan kepada pengkaji tentang sejauh manakah minat mereka di
dalam pembelajaran membuat ulasan.
Hal ini adalah kerana pengajaran yang digunakan oleh guru iaitu pengajaran
tradisional tidak berjaya menarik perhatian murid-murid sekaligus menyebabkan murid
hilang minat untuk membuat ulasan bahagian C ini. Dapatan kajian ini selari dengan teori
Eee Ah Ming
( 1997 ) yang menyatakan murid merasa bosan untuk belajar sekiranya guru
mengamalkan pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk
penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada murid melalui
19

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

komunikasi satu hala semasa guru mengajar keranan peranan murid dalam kelas adalah pasif
dan keadaan ini menyebabkan murid hilang minat untuk belajar.
Ini bermakna proses pengajaran tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya guru
tidak mempunyai kaedah pengajaran yang dapat menimbulkan minat murid terhadap
pengajaran sesuatu subjek tersebut. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa
penggunaan Teknik Akrostik ini didapati telah membantu peserta kajian untuk mengingati
maklumat penting yang telah dipelajari dalam membuat ulasan sekaligus membantu mereka
menjawab soalan ujian yang diberikan dengan baik untuk mencapai prestasi yang
memberansangkan.
Meningkatkan kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid menggunakan
Teknik Arkostik.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran menghafal kata kunci dalam kalangan
peserta kajian dapat ditingkatkan melalui intervensi Teknik Arkostik. Penggunaan kata kunci
ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid semasa menjawab soalan yang
diberikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui sesi temu bual pengkaji bersama kesemua peserta
kajian.
Dapatan temu bual telah berjaya mengasah pengetahuan peserta kajian dan
meningkatkan kemahiran menghafal selepas pengajaran menggunakan teknik akrostik
(
bahan rangsangan ) dilaksanakan. Dapatan ini menjelaskan tentang pengukuhan ingatan
murid terhadap penulisan karangan bahagian C dengan pelaksanaan teknik akrostik
(
bahan rangsangan ) dalam proses PdP. Peserta kajian kelihatan begitu gembira dan seronok
mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Ini dikukuhkan dengan pandangan dan maklum balas
yang positif yang diterima daripada peserta kajian selepas teknik ini digunakan antaranya
„seronok cikgu ajar‟, „ sangat seronok‟, „ senang paham‟ dan sebagainya. Dapatan ini juga
disetujui oleh guru-guru Bahasa Melayu.

RUJUKAN
Ee Ah Meng. (2000).Pedagogi 1 : Kurikulum Bilik Darjah. Shah Alam : Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Kamarudin Hj.Husin, Siti hajar Abd Aziz. ( 1997 ). Penguasaan Kemahiran Menulis.
Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Kamus dewan edisi keempat (2007 ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Roslan Baki. ( 2003 ). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah
Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd
Simah Mamat. (2008 ). Keberkesanan Kaedah Koperatif Dalam Pengajaran Menulis
Karangan Fakta dan Naratif Dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu. Universiti
Putra Malaysia. Serdang

20