Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN BAHASA MELAYU SETELAH 55 TAHUN MERDEKA

Bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Bahasa Melayu setelah

55 Tahun Merdeka

26 — 27 NOVEMBER 2012 HOTEL EASTIN, PULAU PINANG ANJURAN: PUSAT PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PERSATUAN PENDIDIK BAHASA MELAYU MALAYSIA DENGAN KERJASAMA: JAWATANKUASA PELAKSANAAN DASAR BAHASA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KANDUNGAN

4 Abdullah Hassan

1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi dalam Korporat

2 Motivasi dan Hala Tuju Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka

17 Nik Safiah Karim

3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan dan Jati Diri

23 Teo Kok Seong

4 Kemandirian Bahasa Mandarin dalam Dasar Dwibahasa di Singapura: 33 Satu Refleksi dan Iktibar bagi Bahasa Melayu di Malaysia

Lutfan Jaes

5 Pemupukan Perpaduan dan Pemerkasaan Bahasa Melayu

Melalui Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu

Goh Sang Seong

6 Membugar Harapan Pemersatuan atau Menanti Masa Ditalkinkan

atas Nama Bernegara? Di mana Bahasa Melayu dalam Pemupukan Jati Diri Bangsa setelah 55 Tahun Merdeka

Ku Hasnan Ku Halim

7 Pemaknaan Bahasa Melayu dan Perkembangan Leksikal dalam

Penuturan Bahasa Komuniti Hokkien Peranakan Kelantan

Mohd. Shahrul Imran Lim Abdullah

8 Penyebutan Kata Bahasa Malaysia dalam Kalangan Pelajar Arab

77 Aida Shuhaida Mustafa

84 Fatimah Busu

9 Pemartabatan Bahasa Melayu dan Kecelaruannya

10 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi

94 Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad & Arbai’e bin Sujud

1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi

dalam Korporat

Profesor Emeritus Abdullah Hassan PTS Media Group Sdn. Bhd.

Abstrak

Kertas ini cuba meletakkan Bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa dalam korporat. Dalam budaya korporat Bahasa Melayu perlu meninggalkan budaya kampung dan istana yang menjadi lingkungannya selama ini, dan membina budaya baru sebagai bahasa korporat. Beberapa teori komunikasi korporat dimanfaatkan dengan menyesuaikan unsur budaya Melayu yang diperlukan. Ternyata, dari catatan yang dilakukan dalam syarikat PTS Media Group Sdn. Bhd. ini dapat dilakukan dan menunjukkan impak yang positif. Dan kertas ini mencadangkan bahasa Melayu korporat ini terus dibina dan dilaksanakan.

Pengenalan

Saya sengaja memilih topik ini atas dua sebab. Pertama, memperkatakan tentang bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi dalam masyarakat itu adalah sesuatu yang lumrah. Faedahnya tidak begitu ketara lagi. Kedua, ada ramai penutur Bahasa Melayu dalam korporat dan jabatan kerajaan, dan mereka hanya melangsungkan amalan menggunakan bahasa Melayu kampungan yang tidak membawa impak hormat yang diperlukan. Oleh sebab itu Syarikat PTS Media Group Sdn. Bhd. meletakkan satu dasar yang dilakukan secara “sedar” supaya Bahasa Melayu Tinggi diamalkan dalam urusan kerjanya dan juga produk bahasanya.

Selama ini kita melihat seorang pengurus di sebuah organisasi itu sebagai seorang pegawai pentadbir yang merancang, menyelaras, mengawal, mengarah, membuat keputusan. Beliau memegang semua kuasa dan segala yang dikatakan olehnya dianggap benar belaka. Lazimnya mereka duduk di pejabat yang terasing daripada tempat kerja-kerja harian organisasi tersebut. Untuk sekian lama pengurusan organisasi begitu sifatnya. Dalam pengurusan moden, seorang pengurus akan berusaha memberdayakan pekerjanya. Beliau memegang dan berperanan bagi membuat pekerjanya mampu. Ini dilakukan dengan memperlancar, berunding, bekerja sama dan mendukung. Semuanya dilakukan dengan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Kita akan melihat apakah istimewanya bahasa ini?

Korelasi prestasi dengan bahasa

Pada masa ini kita mula melihat sesuatu yang berbeza. Kita mendapati bahawa pengurus dalam organisasi yang meraut keuntungan, atau juga dalam sektor industri sosial yang berjaya, menentukan peranan Pada masa ini kita mula melihat sesuatu yang berbeza. Kita mendapati bahawa pengurus dalam organisasi yang meraut keuntungan, atau juga dalam sektor industri sosial yang berjaya, menentukan peranan

menggunakan bahasa yang berbeza sekali daripada rakan-rakan mereka yang masih bersifat

tradisional dan mereka juga lebih banyak mendengar (Hesselbein et al. 1996). Pengurus moden ini menganggap diri mereka itu sebagai pembentuk dan penaung budaya berorientasikan prestasi.

Pengurus pada masa kini tidak lagi bersifat keras dan menuntut supaya segala-galanya berjalan lancar seperti dalam sebuah pasukan tentera. Mereka juga bukannya berupa seorang pengurus yang sesuai untuk semua suasana dan budaya. Namun demikian ada beberapa ciri yang dapat kita lihat dalam satu gambaran besar. Heskett dan Schlesinger (1996) mengenalpasti enam ciri yang membezakan pemimpin moden ini daripada pemimpin tradisional. Mereka:

a. menggunakan bahasa yang berlainan,

b. mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi,

c. memupuk dan menyebarkan nilai yang poduktif,

d. meningkatkan kemampuan pekerja,

e. memperjelaskan nilai-nilai teras syarikat, dan

f. menghormati maruah manusia.

Dalam setiap unsur ini, kita akan melihat ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh pengurus atau ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat yang berprestasi cemerlang di Amerika Syarikat.

Menuturkan bahasa yang berlainan

Walaupun bahasa adalah sekadar alat, namun kita dapat melihat ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh pengurus yang berjaya ini bagi mengetahui gaya kepimpinannya. Dengan demikian, mari kita lihat bahasa yang digunakan oleh beberapa buah organisasi yang berjaya.

a. Ketua Pegawai Eksekutif Banc One di Amerika Syarikat menggunakan ungkapan “rakan kongsi luar biasa” (uncommon partnership) bagi mendefinisi hubungan dalam kerjanya. Dengan demikian beliau dapat mewujudkan autonomi setempat bagi para pengurusnya yang dipilih khusus untuk bertugas dengan beliau.

b. Pengerusi Lembaga syarikat ServiceMaster, sebuah organisasi yang sangat berjaya menawarkan khidmat sokongan, mencari seorang yang “berjiwa hamba” (servant’s heart) sebagai ciri utama untuk orang yang dicarinya bagi menjadi pengganti kepada Ketua Pegawai Eksekutif organisasinya.

c. Ketua bagi Pandu Puteri, iaitu sebuah organisasi sektor sosial yang dipimpin dan diurus dengan cara yang terbaik, mengatakan kerja beliau adalah memastikan supaya organisasi beliau itu sentiasa mengekalkan “fokus misinya, berlandaskan nilai, dan dipacu oleh ahlinya yang datang daripada kelompok yang berbagai-bagai.”

d. Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penerbangan yang berjaya di Amerika Syarikat, menyifatkan usaha beliau mencari pekerja seolah-olah suatu “pengalaman beribadat.”

Ungkapan-ungkapan begini sangat merendah diri. Ini tidak kita jangka terbit daripada mulut orang yang berfikiran keras dan juga bercakap keras. Kita mengetahui bahawa fikiran dan cakap keras yang digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif tradisional itu tidak menghasilkan prestasi yang sama tingginya. Ini adalah sebuah ciri bahasa yang digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang berjaya ini. Bahasa ini merendahkan diri tetapi membolehkan misi dan nilai bersama syarikat itu dikongsi oleh semua pekerjanya. Rasa bersama inilah yang memberdayakan mereka meningkatkan prestasi syarikat itu. Pekerja yang mengongsi bersama misi dan nilai syarikat itu akan merasakan mereka sama-sama bertanggungjawab untuk memajukan syarikatnya.

Lebih berkemahiran mendengar daripada bercakap

Umumnya pengurus yang sering berurusan dengan pelanggan memang dilatih supaya lebih mendengar daripada bercakap. Apabila mereka dapat berbuat demikian dengan baik, maka mereka sering dinaikkan pangkat. Tetapi, lama-kelamaan mereka akan mula bercakap kepada pelanggan lebih daripada mendengar. Ini bertentangan dengan apa yang ditemui oleh Heskett dan Schlesinger (1996) dalam kajian mereka terhadap organisasi yang berorientasi meraih keuntungan. Organisasi yang berjaya mempunyai kemahiran mendengar lebih daripada bercakap ini dapat dilihat daripada apa yang dilakukan oleh ketua pegawai eksekutif organisasi-organisasi yang berjaya.

a. Ketua Pegawai Eksekutif Banc One mengatakan bahawa beliau “tidak mengetahui bagaimana beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank One itu mengendalikan bank yang dipimpinnya.” Beliau mengatakan bahawa tugasnya sekadar memerhatikan prestasi dan mendengar tentang sesiapa yang memerlukan bantuan. Kemudian beliau menghantarkan orang yang bertanya itu kepada pegawainya yang dapat membantu. Dengan demikian pegawai itu terpaksa mendengar tentang apa yang diperlukan oleh orang tadi.

b. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ServiceMaster pula mengkehendaki setiap pengurusnya membuat kerja-kerja mencuci lantai, dinding, tandas dan menghidang makanan kepada pelanggan selama sehari. Ini memberi peluang kepada pegawai itu “mendengar”. Pegawai-pegawai berkenaan mengatakan pengalaman mereka “mendengar” itu sangat berguna.

c. Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines mempunyai cara yang berlainan pula bagi “mendengar”. Apabila pekerjanya tidak datang untuk bercakap-cakap dengan beliau, maka beliau akan pergi menemui pekerjanya. Beliau mendapati cara ini membolehkan beliau menjadi “pendengar” yang lebih baik.

Perbezaan penting berbanding dengan pengurus tradisional adalah tentang apa yang mereka lakukan kepada maklumat yang mereka “dengar” itu. Mereka tidak mengambil tindakan terhadap orang-orang yang berkata itu, tetapi sebaliknya menjalankan usaha melancarkan daya usaha baru atau menghubungkan orang-orang yang berkenaan. Dengan demikian organisasi itu dapat bertindak balas dan memberikan prestasi yang dikehendaki.

Kemahiran mendengar ini adalah satu kemahiran berbahasa, iaitu suatu kemahiran yang penting wujud dalam memberdayakan pekerja sesebuah organisasi. Inilah salah satu kemahiran berkomunikasi yang ada pada para ketua pegawai eksekutif organisasi yang berjaya.

Menggunakan perkataan-perkataan yang menghayati nilai

Lazimnya sesebuah organisasi atau syarikat mempunyai slogan bagi menyatakan apa perkara teras perniagaannya. Di dalam slogan itu termaktub nilaiya. Kita dapat melihat betapa kata-kata slogan itu memberi tenaga bagi mencapai kecemerlangan. Kita mungkin masih ingat benar pada ungkapan “Malaysia boleh” yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia apabila kita menjadi tuan rumah kepada sukan Komanwel. Apabila kerap dilaung-laungkan, ungkapan ini membuatkan para atlet kita merasa mereka perkasa, dan menjadi berdaya bagi meraih jumlah pingat yang melampaui ramalan kita sendiri.

Kita dapat melihat apa nilai di belakang kata-kata slogan yang digunakan oleh syarikat-syarikat tadi.

a. Banc One mengatakan mereka itu adalah “orang-orang yang peduli” (People who care).

b. ServiceMaster berkata mereka “bertujuan membantu orang membangun” (to help people develop). Dengan demikian mereka dapat menjauhi persepsi yang mereka itu membangun dengan secara mencari keuntungan semata-mata.

c. Pergerakan Pandu Puteri Amerika Syarikat pula mempunyai matlamat membantu “setiap gadis menjayakan bakatnya dengan sepenuhnya” (helping every girl to achieve her full potential).

d. Southwest Airlines menekankan perkataan “keluarga” dengan maksud keluarga itu mencakupi pekerja dan pelanggan sekali.

e. Bekas eksekutif Pandu Puteri America pula menggunakan ungkapan yang sama berkali-kali bagi menyebarkan misi dan nilai oraganisasinya.

Kita dapat melihat betapa besarnya kuasa bahasa dalam memberdayakan pekerja menjalankan tugas-tugas mereka. Malah seorang eksekutif bank ini pergi menemui pegawainya seorang demi seorang bagi “mendengar” apa-apa daripada mereka secara bersemuka. Seorang eksekutif kanan ServiceMaster bekerja di samping pekerja biasa di bahagian pelanggan, dan juga menjalankan kerja-kerja amal bersama mereka. Begitu juga Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines menjalankan kerja amal yang dinaungi oleh “keluarga”nya. McDonald pula mempunyai rumah amal Ronald MacDonald.

Slogan yang digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif organisasi ini menggunakan slogan atau bahasa yang berpadanan, dan membolehkan pekerjanya memahami dan menghayati apa yang dikehendaki oleh organiasinya. Pekerja yang dapat mengetahui dan mengongsi bersama misi dan visi organisasinya, dan sekali gus memberdayakan pekerjanya bagi meningkatkan prestasi organisasi tersebut.

Ungkapan-ungkapan yang menyatakan sesuatu yang mengambil berat tentang pelanggan, menyifatkan pelanggan itu penting, tidak meletakkan keuntungan sebagai sesuatu yang semesatinya dicapai tanpa menghirau pelanggan, memberi niat yang lebih luhur dan mendorong pekerja menjayakan objektif organisasinya. Pekerja yang terdorong itulah pekerja yang diberdayakan bagi meningkatkan prestasi organisasi. Pekerja juga merasakan bahawa mereka menjadi sebahagian daripada keluarga organisasi itu, dan berusaha bersama meningkatkan prestasi.

Politik bahasa

Para eksekutif moden ini juga menggunakan suatu kelompok istilah baru yang digunakan dalam organisasi moden. Kita mula menggunakan istilah “adhocracy” dan tidak ketaatan yang membuta, federalisme, perikatan, pasukan, pemberdayaan, ruang untuk pembaikan, dll. Ini semuanya menukar pengertian dan belenggu minda pada istilah-istilah lama seperti, patuh, gabungan, arahan, dll.

Di samping itu timbul pula istilah-istilah yang menyahkan kekangan, penekanan, arahan dll. Maka digunakanlah istilah “pilihan” menggantikan “rancangan”, “mungkin” menggantikan “sempurna”, dan “penglibatan” menggantikan “patuh”. Istilah “pengurus” mula digantikan dengan “ketua pasukan, penyelaras projek, rakan pimpinan, pemudahcara, dan bukan pengerusi.”

Dengan demikian, satu perubahan kepada konsep mengurus mula berlaku dan dijalankan. Konsep-konsep baru ini memberi upaya kepada pekarja bagi menjalankan tugasnya demi meningkatkan prestasi organisasi.

Prinsip mendasari penggunaan bahasa yang memberdayakan

Daripada kasus-kasus yang dibincangkan di atas, dan daripada buku-buku yang ditulis oleh sarjana pengurusan, kita dapat melihat beberapa ciri yang dapat kita jadikan prinsip yang mendasari penggunaan bahasa dalam proses pemberdayaan. Ada beberapa prinsip yang dapat kita rumuskan.

Bagi memberdayakan pekerja, perlu wujud apa yang dikatakan pekerja yang bermaklumat. Ini bermaksud mereka mengetahui visi dan misi organisasi. Mereka mengetahui teras perniagaan yang dijalankan. Pemberdayaan tidak berlaku hanya dengan kata-kata “Sekarang tuan sudah diberdayakan bagi membuat kerja” Stewart (1994). Pekerja mesti terlebih dahulu mendapat maklumat tentang visi dan misi sesebuah organisasi.

Yang dimaksudkan dengan maklumat di sini termasuklah objektif organisasi, unjuran, rancangan, strategi, dll. Pegawai eksekutif yang dapat mengkomunikasikan maklumat-maklumat ini dengan jelas akan dapat memberikan keupayaan kepada pekerjanya bagi menjalankan peranan masing-masing bagi menigkatkan prestasi. Antara strategi bahasa yang digunakan adalah:

a. Menjelaskan konsep abstrak

Dapat menjelaskan konsep-konsep yang abstrak dengan bahasa yang mudah.

b. Membuat analogi

Analogi adalah salah satu daripada teknik bagi memberi penjelasan dengan menggunakan kiasan atau bandingan. Eksekutif yang mampu memberdayakan mempunyai daya membuat analogi yang sangat jelas. Umpamanya, apabila syarikat SONY mencipta sistem dolby untuk mesin perakam suara, Ketua Pegawai Eksekutifnya menerangkan apa yang dikatakan sistem dolby itu dengan menggunakan sebuah analogi. Kata beliau, “Bayangkan apa yang dilakukan oleh sabun apabila kita mencuci kain Analogi adalah salah satu daripada teknik bagi memberi penjelasan dengan menggunakan kiasan atau bandingan. Eksekutif yang mampu memberdayakan mempunyai daya membuat analogi yang sangat jelas. Umpamanya, apabila syarikat SONY mencipta sistem dolby untuk mesin perakam suara, Ketua Pegawai Eksekutifnya menerangkan apa yang dikatakan sistem dolby itu dengan menggunakan sebuah analogi. Kata beliau, “Bayangkan apa yang dilakukan oleh sabun apabila kita mencuci kain

c. Bahasa yang memberi maruah dan pengiktirafan

Bahasa mereka tidak mengakui “saya” yang menjayakan segala-galanya. Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines mempamerkan ciri bahasa demikian apabila ditanya bagaimana beliau dapat menjelaskan sebab-sebab syarikatnya mencapai prestasi cemerlang. Beliau berkata “Saya tidak dapat mengatakan prestasi cemerlang syarikat ini datang daripada kepimpinan yang bergeliga. Tidak wajar saya katakan begitu. Ahli-ahli keluarga syarikat inilah, dan perasaan mereka terhadap pelanggan dan sesama mereka yang membolehkan syarikat ini mencipta prestasi demikian.” (I’d like to attribute it to brilliant leadership, but I can’t. It’s the people of the airline and their feelings for customers and one another.)

d. Bahasa kita

Kurang menggunakan ganti nama “saya’ dan lebih menggunakan “kita” dengan tujaun dapat menanam semangat kebersamaan dalam apa saja aktiviti yang dilakukan oleh pekerja. Perkataan “Saya” yang digunakan oleh pegawai eksekutif akan mengasingkan pekerja dalam satu kelompok lain, dan ini tidak akan menggalakkan iklim yang sihat supaya semua orang mampu bekerja.

e. Tidak menuduh

Apabila kita menggunakan ganti nama “kamu” dan “engkau” dalam ungkapan yang kita bentuk, kemungkinannya sangat tinggi kita akan menuduh seseorang. Misalnya, “Kesalahan ramalan engkau menyebabkan syarikat kita rugi RM33,000.”

f. Bahasa yang melenyapkan keberdayaan

Begitu juga ada ungkapan yang melenyapkan keberdayaan kita melakukan sesuatu. Katakanlah seorang suri rumah berkata “Aku hanya seorang perempuan, mana boleh menjadi menteri.” Akibatnya dia akan hilang keberdayaan mencapai apa yang dikehendakinya. Di sini kita dapat mengatakan ada korelasi antara bahasa dengan pencapaian seseorang atau pun organisasi. Maksudnya, ada bahasa yang memberdayakan kita mencapai sesuatu dan ada yang melenyapkan keberdayaan tersebut. Kita mendapati amalan begini tidak timbul dalam bahasa para eksekutif syarikat-syarikat ini.

g. Bahasa yang memberi kemampuan

Syarikat Southwest Airlines memberi garis panduan berikut untuk pekerjanya bertindak. “Buatlah apa yang anda fikir wajar untuk pelanggan” (Do whatever you feel comfortable doing for the customer.)

Sebagai sebuah syarikat, PTS menggunakan sebuah nilai murni untuk slogannya "Memandaikan bangsa," dengan menggunakan bahasa Melayu Tinggi, mematuhi syariah dan menolak segala bentuk rasuah.

Kesalahan Budi Bahasa Lebih Serius daripada Kesalahan Tatabahasa

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Terlajak perahu dapat diundurkan, terlajak kata buruk padahnya.

Apabila kita melakukan kesalahan tatabahasa kesannya tidaklah serius dan tidak ada implikasi jangka masa panjang. Katakanlah kita salah menyebut satu perkataan. Atau kita salah mengeja satu perkataan. Atau kita salah menggunakan imbuhan. Atau kita membina ayat yang tidak ada subjek, dan seterusnya. Kesalahan tatabahasa itu dapat sahaja dibetulkan. Tidak ada sesiapa yang merasa kesan negatifnya. Seorang pelajar mungkin akan hilang beberapa markah pada masa itu. Itulah sahaja kesannya.

Tidak ada siapa yang akan marah. Tidak ada sesiapa yang mengatakan kita kurang sopan. Tidak ada orang yang tersinggung sehingga dia membatalkan niatnya hendak membeli sesuatu barangan. Tidak ada sesiapa yang akan menraik balik keputusannya mengenai sesuatu perjanjian perniagaan. Malah, kesalahan tatabahasa tidak menimbulkan akibat yang berat. Pendeknya tidak ada orang yang akan mengatakan kita tidak berbudi bahasa.

Sebagai orang Malaysia yang menuturkan bahasa Melayu, sudah semestinya kita mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang difahami oleh ramai orang. Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini timbul, dan ini dijelaskan nanti. Apabila aspek ini semakin kurang diberi perhatian sehingga menimbulkan kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu, maka barulah kita semakin merasakan perlu dilakukan sesuatu supaya penggunaan unsur-unsur budaya yang positif dalam komunikasi diambil kira. Terutama, dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.

Unsur-unsur budaya ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak tahu apa aspek budaya yang dimaksudkan dan bagaimana pula kita mengajarkannya kepada murid sekolah. Apa kaedah mengajarkannya, dan apa pula bahan yang diajarkan. Memang ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budaya, iaitu: kata sapaan atau panggilan, kata gelaran, kata ganti nama, cara-cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dll.

Di samping itu ada juga unsur-unsur lain yang mempengaruhi penggunaan bahasa, iaitu sama ada kita bertutur dalam konteks rasmi atau tidak rasmi. Dengan siapa kita bercakap atau berucap, apa taraf sosial orang yang dilawan bercakap, apa tahap pendidikannya, apa jenis pendidikannya, apa jawatan dan gelaran si penutur dan si pendengar? Begitulah seterusnya. Semua unsur ini mempengaruhi cara kita menggunakan bahasa, bagi menyampaikan maklumat, memberi dan membalas pujian, mengkritik, mencerca, menggunakan unsur humor dll. Perkara-perkara ini sentiasa mengiringi bahasa yang dituturkan pada sesuatu masa. Lihat contoh berikut:

Contoh 1

Seorang lelaki memakai baju sut lengkap warna hitam turun daripada kereta Mercedes 380 masuk ke bilik pameran motokar Citroen (Ampang, September 1996). Beliau memandang kepada penyambut tetamu wanita muda yang sedang bercakap di telefon.

Pelanggan: Cik, Ada jurujual, saya ingin bertanya? Penyambut tetamu: Yu wait seminit ... Ai cakap dengan bos ni ... (memalingkan muka daripada pelanggan.) Pelanggan: ‘Yu’ kepala hotak engkau …

Bakal pelanggan berkata dengan suara rendah, tetapi dapat didengar dengan jelas. Beliau keluar, terus masuk kembali ke keretanya dan beredar. Ternyata beliau merasa dilayan dengan buruk.

Analisis Kesalahan Tatabahasa

Tiada kesalahan tatabahasa.

Analisis Kesalahan Budi Bahasa

Penyambut tetamu itu tidak berbudi bahasa dalam melayan pelanggan. Dia melanggar beberapa peraturan budi bahasa dalam bahasa Melayu. Bahasanya biadab. Bahasa badannya biadab. Itulah kesalahan budi bahasa yang besar. Inilah kesalahan budi bahasa. Memanggil orang yang bertaraf tinggi dengan ganti nama bahasa pasar Yu adalah merendahkan tarafnya. Kedua, perbuatan terus bercakap di telefon adalah perbuatan yang tidak sopan juga.

1. Memanggil pelanggan yang ternyata lebih tinggi tarafnya dengan panggilan Yu adalah menurunkan taraf pelanggan yang sentiasa mesti dihormati.

2. Bahasa pasar yang digunakan juga merendahkan taraf pelanggan.

3. Penyambut yang tidak berhenti bercakap adalah juga berlaku biadab.

4. Menggunakan bahasa rendah.

Bahasa Lisan Yang Betul

Pelanggan: Cik ada juru jual? Saya ingin bertanya.

Penyambut Tetamu: (Berhenti bercakap, dan terus menghadapi pelanggan, mata memandang pelanggan) sambil berkata, "Ada Tuan, dia keluar sebentar. Sila duduk. Sekejap lagi saya uruskan keperluan Tuan." (Dan, pendekkan percakapan di telefon menjadi seringkas-ringkas yang boleh, dan kembali melayan pelanggan. Percakapan telefon dalam perniagaan adalah ringkas.)

Kesalahan Budi Bahasa Pegawai Tinggi

Bukan orang biasa sahaja melakukan kesalahan budi bahasa. Orang berpendidikan juga boleh melakukan kesalahan budi bahasa. Malah, kesalahan demikian lebih memberi kesan negatif.

Contoh 2

Seorang pensyarah bernama H….. baru mula berucap. Salah seorang hadirin dalam majlis itu adalah seorang pegawai tinggi, jauh lebih tinggi daripada taraf pensyarah. Namun mereka pernah Seorang pensyarah bernama H….. baru mula berucap. Salah seorang hadirin dalam majlis itu adalah seorang pegawai tinggi, jauh lebih tinggi daripada taraf pensyarah. Namun mereka pernah

Pensyarah: Yang Berbahagia Cik Nama … Pegawai tinggi: Cik Nama kepala bapak dia … Beliau berkata demikian kepada ketua jabatan pensyarah tersebut, yang kebetulan duduk di sisi

beliau.

Analisis Keslahan Tatabahasa

Tiada kesalahan tatabahasa.

Analisis Kesalahan Budi Bahasa

Pensyarah berkenaan menggunakan satu frasa yang lazim digunakan bagi menyapa kawan baik yang senama dengan kita, tetapi mestilah kawan yang setaraf. Apabila dilakukan kepada orang yang lebih tinggi tarafnya, ini bermakna kita menurunkan tarafnya ke taraf kita. Ini adalah kesalahan budi bahasa. Akibatnya buruk. Kita boleh memalukan diri sendiri dalam majlis. Bahkan kita boleh kehilangan pelanggan yang akan membeli barangan kita.

Kefahaman Kita tentang Budi Bahasa

Rata-rata, rakyat Malaysia mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang difahami oleh ramai orang. Ada banyak faktornya. Apabila aspek ini semakin kurang diberi perhatian, sehingga menimbulkan kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu, maka barulah kita semakin merasakan perlu dilakukan sesuatu supaya penggunaan budi bahasa yang positif dalam komunikasi diutamakan semula. Terutama sekali dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.

Unsur-unsur budi bahasa ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak tahu apa aspek budaya yang dimaksudkan dan bagaimana pula kita mengajarkannya kepada murid sekolah. Apa kaedahnya, apa bahannya, dan seterusnya. Memang ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budi bahasa, iaitu: kata panggilan, kata gelaran, ganti nama, cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dll.

Di samping itu ada juga unsur-unsur lain yang mempengaruhi penggunaan bahasa, iaitu sama ada kita bertutur secara rasmi atau tidak rasmi. Dengan siapa kita bercakap, apa taraf sosial, tahap pendidikan, jenis pendidikan, jawatan dan gelaran si penutur dan si pendengar. Semua unsur ini mempengaruhi cara kita menggunakan bahasa bagi menyampaikan maklumat, memberi dan membalas pujian, mengkritik, mencerca, menggunakan unsur humor dll. Perkara-perkara ini sentiasa mengiringi bahasa yang dituturkan pada sesuatu masa.

Ahli masyarakat memang lebih sensitif terhadap kesalahan budi bahasa dalam berkomunikasi. Budi bahasa ini bukanlah sekadar perkataan dan ganti nama sahaja. Usia orang yang bercakap, tekanan suara yang menunjukkan kesombongan dan keangkuhan adalah antara perkara yang juga menjadi unsur dalam budi bahasa.

Contoh 3

Berikut adalah perasaan seorang imam tua yang disegani ditegur oleh seorang pegawai agama yang masih muda dalam cerpen ”Bukan Orang Kita” karya Zainal Arifin Sharbini, Berita Minggu, 14 Ogos 2005. Seorang imam tua dipanggil dan dtegur oleh pegawainya kerana melantik imam daripada kalangan calon yang tidak disetujui jabatan agama.

”Bukankah dia pernah dipecat daripada mengajar di sebuah masjid seberang sungai?” tanya pegawai agama yang bertali leher dan memakai kot warna gelap. Suaranya agak keras. Dia lupa, orang yang berada di hadapannya jauh lebih tua daripada umurnya yang dalam lingkungan tiga puluhan.

Ternyata dalam pertemuan ini, unsur usia dan jawatan adalah penting. Pegawai sekalipun, sekiranya bercakap dengan orang tua yang memegang jawatan agama imam, perlulah memberi perhatian kepada unsur-unsur budi bahasa. Sekalipun taraf pegawai adalah lebih tinggi, tetapi dia tidak pun boleh meninggikan suara. Dia juga tidak boleh menggunakan bahasa yang keras. Itu adalah tanda-tanda orang tidak berbudi bahasa.

Beberapa Persepsi Bahasa Memberdayakan dari Perspektif Islam

Kita sering ditanya, apakah perlunya kita melihat perkara seperti ini daripada perspektif Islam. Sebagai orang Islam kita perlu kembali kepada tradisi Islam. Kita perlu melihat apa yang sudah sedia ada. Ada kalanya kita hanya menyedari wujudnya sesuatu prinsip ilmu dalam tradisi Islam, setelah terlebih dahulu mengenalnya daripada pendidikan barat.

Kita dapat melihat sebuah contoh yang menarik dalam bidang pendidikan. Setelah kita menghantar ramai pelajar ke Amerika Syarikat, maka ramailah pula mereka yang pulang dengan ijazah lanjutan dalam bidang pendidikan. Dalam kalangan mereka ini timbullah desakan yang kita perlu memberi tekanan kepada “pendidikan sepanjang hayat.” Sebabnya adalah, itulah yang menjadi tumpuan negara barat sekarang. Setiap orang Islam berkemungkinan pernah mendengar bidalan klasik Arab yang sering disebut dalam wacana ilmu dalam kalangan orang Islam, iaitu “belajarlah dari buayan hingga ke liang lahad.” Itulah pendidikan sepanjang hayat. Oleh sebab itu, memang menjadi tuntutan kita mengenal apa yang datang dari Islam, walaupun kita mengenalnya selepas mengetahui dari pendidikan barat.

Apakah yang kita dapat pelajari daripada Islam mengenai pemberdayaan?

1. Gunakan bahasa peribumi

Untuk memberdayakan pekerja atau ummah, pertama-tama maklumat atau pendidikan mesti disampaikan kepada mereka. Dalam Al-Quran terdapat sepotong ayat yang dapat dijadikan prinsip bagi menyampaikan maklumat atau ilmu dengan jelas. Tidak aku hantarkan seorang guru kepada Untuk memberdayakan pekerja atau ummah, pertama-tama maklumat atau pendidikan mesti disampaikan kepada mereka. Dalam Al-Quran terdapat sepotong ayat yang dapat dijadikan prinsip bagi menyampaikan maklumat atau ilmu dengan jelas. Tidak aku hantarkan seorang guru kepada

Pekerja atau ummah yang sudah berilmu atau bermaklumat yang dapat memahami pemberdayaan. Tanpa ilmu, pemberdayaan menjadi sesuatu yang boleh memudharatkan. Khalifah Abu Bakar memberdayakan masyarakat Madinah pada zaman pemerintahannya. Beliau mengarahkan penduduk Madinah mentaatinya hanyalah sekiranya beliau “betul dan benar” dan menolaknya sekiranya sebaliknya.

2. Gunakan bahasa yang ringkas

Dalam Jilid 111, Ihya Ulum-id-din, terdapat satu bab yang membincangkan dosa-dosa lidah. Ada banyak yang dinyatakan, tetapi ada banyak perkara yang dapat kita ambil untuk dijadikan prinsip menggunakan bahasa yang memberdayakan. Gunakan bahasa yang ringkas supaya mudah difahami. Jauhi kata-kata yang berlebihan, dan kata-kata yang terlalu berbunga-bunga sehingga mencacatkan maksud.

Ada banyak lagi perkara yang dapat dijadikan prinsip bagi memberdayakan dalam Islam, tetapi satu kajian yang lebih mendalam diperlukan sebelum sesuatu perakuan yang lebih serius dapat diutarakan. Daripada tinjauan awal, didapati ada beberapa kisah lain yang mungkin boleh memberi prinsip yang kita mahukan. Antaranya ialah cara Rasullullah s.a.w. berucap kepada khalayak dalam al-Muwafaqat (Shatibi), teks ucapan Rasullullah di bukit Safa, ucapan nabi Musa a.s. dalam surah Taha, dll. Ini adalah antara bahan yang dapat dikaji bagi melihat unsur pemberdayaan dalam bahasa. Dua perkara yang disebut di atas hanya merupakan suatu tinjauan awal.

Baru-baru ini Goshen ketua eksekutif Nissan berkomunikasi dengan pekerja syarikatnya. Antara ungkapannya yang mudah difahami dan melekat pada kepala pekerjanya adalah, “Brand is profit.”

Kesimpulan

Memang benar Bahasa Melayu itu belum digunakan secara meluas dalam pentadbiran dan korporat. Namun, Bahasa Melayu itu tetap mempamerkan kemampuan bagi mengendalikan komunikasi tahap tinggi dalam korporat dan pentadbiran. Kemahiran ini adalah sesuatu yang perlu dibina dengan kesungguhan.

Rujukan Abdullah Yusof Ali, The Holy Quran. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997) Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap, Kuala Lumpur:

Utusan Publications and Distributors. Adair, John, (1996) Effective Motivation, London: Pan Books. Adler, Ronald B. & Elmhorst, Jeane Marquardt (1996) Communicating at Work, New York: The

MacGraw-Hill Companies In. Asma Abdullah (1992) Uderstanding the Malaysian Workforce – Guidelines for Managers, Kuala

Lumpur: Malaysian Institute of Management. Clutterbuck, D. & Kernaghan, S. (1994), The Power of Empowerment, London: Kogan Page

Limited. Ekman, P. editor (1973), Cross-Cultural Studies of Facial expression, New York: Academic

Press. Ekman, Paul (1986), Telling Lies, New York: Berkley Books. Elgin, Susan H. (1989), Success with the Gentle Art of Verbal self Defence, New Jersey: Prentice

Hall. Flacks, N. & Rasberry, Robert W. (1982), Power Talk, New York: The Free Press. Fust, Julius (1970) Body Language, New York: Pocket Books. Fairhurst, Gail T. & Sarr, Robert A. (1996) The Art of Framing: Managing Language of

Leadership, San Francisco: Jossey Bass Inc. Goleman, Daniel, (1996) Emotional Intelligence, London: Bloomsbury. Henley, Nancy M. (1986), Body Politics – Power, Sex & Nonverval Communication, New York;

Touchstone Book. Himstreet, William C. & Baty Wayne M. (1990), Business Communication, Boston: PWS-KENT

Publishing Company. Hellriegel, D. et al. (1998), Orgaizational Behavior, Cincinnati: South-Western Collge

Publishing. Schlesinger, L. and Heskett, J. (1991) "Breaking the cycle of failure in service", Sloan Management

Review, spring, 1991, pp. 17–28. Hesselbein, F. et al. (1996), The Leader of the Future, San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Hisham Altalib (1992), Panduan Latihan bagi Petugas Islam (terjemahan), Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise. Imam Ghazzali (Maulana Abdul Karim (1982), Ihya Ulum-id-din, Vol. 111, New Delhi: Kitab

Bhavan

Johnson, Keery L. (1993) Selling with NLP, London: Nicholas Brealey Publishing. Kouzes, James M. & Posner, Barry Z. (1993) Credibilty, San Francisco: Jossey-Bass Inc.,

Publishers. Lewicki, Roy J., Hiam, Alexander & Olander, Karen W., (1996) Think Before You Speak, The

Complete Guide to Strategic Negotiation, New York: John Wiley & Sons, Inc. Reynolds, J (1994), Out Front Leadership, Austin, Texas: A Bard Productions Book. Stewart, A. M. (1994), Empowering People, London: Pitman Publishing. Tannen, Deborah, (1990) You Just Dont Understand: Wome and Men in Conversation, New

York: Morrow. Tannen, Deborah, (1994) Talking From 9 to 5, New York: Morrow.

2 Motivasi dan Hala Tuju Bahasa Melayu

Setelah 55 Tahun Merdeka

Profesor Emeritus Nik Safiah Karim KaryawanTamu Universiti Malaya

Mukadimah

Apakah tanda batang padi, Tumbuh di ladang lebat buahnya; Apakah tanda orang berbudi, Elok dipandang baik bahasanya.

Pendahuluan

Kertas kerja ini akan membincangkan aspek motivasi dan hala tuju bahasa Melayu kini dari tiga perspektif berikut:

(a) Kejayaan yang telah dicapai (b) Cabaran yang dihadapi (c) Hala tuju bahasa Melayu

Kejayaan Yang Telah Dicapai

1. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah menjalani proses pembinaan dan pengembangan yang amat pesat sejak tahun 1950-an lagi. Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan perancangan yang teliti dibantu oleh ahli-ahli bahasa, para pakar pelbagai bidang ilmu dan semangat gigih seluruh masyarakat, telah menyusun pelbagai langkah dan strategi. Antaranya:

• pengembangan perbendaharaan kata, terutama istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu, • penghasilan kamus, tatabahasa pegangan dan manual-manual lain sebagai unsur rujukan, • penyediaan bahan bacaan dalam pelbagai laras dan pada pelbagai peringkat, dan • penyediaan buku teks dan buku-buku rujukan lain, daripada peringkat sekolah rendah

hingga pengajian tinggi.

2. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah dapat digunakan sebagai bahasa pentadbiran negara dan bahasa perhubungan rakyat. Semua dokumen rasmi dapat ditulis dalam bahasa Melayu; semua perhubungan lisan dapat dilaksanakan dengan sempurnanya dalam bahasa Melayu. Tidak wujud kesukaran bagi semua warga Malaysia berhubung dalam bahasa Melayu.

3. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah berjaya sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan negara kita. Bukan sahaja di sekolah rendah dan menengah, bahkan di IPT juga bahasa Melayu 3. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah berjaya sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan negara kita. Bukan sahaja di sekolah rendah dan menengah, bahkan di IPT juga bahasa Melayu

4. Apabila menyaksikan pertandingan debat, forum dan pidato peringkat kebangsaan, terbukti prestasi pelajar-pelajar yang mewakili yang terbaik, sesungguhnya berupaya mengungkapkan bahasa Melayu lisan dengan amat mengagumkan, termasuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Mereka dapat menyampaikan buah fikiran dengan lincah dan dengan gaya yang meyakinkan serta dalam laras bahasa yang segar dan bertenaga.

Cabaran Yang Dihadapi

Telah banyak cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dan para pejuangnya.

1. Cabaran zaman awal Pada tahap awal, iaitu selepas sahaja kita memperoleh kemerdekaan dan bahasa Melayu dipilih

sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara, cabaran pertama adalah untuk menyakinkan rakyat bahawa bahasa Melayu dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Yang perlu diyakinkan bukan sahaja orang-orang bukan Melayu tetapi juga orang Melayu yang kurang terdedah kepada bahasa Melayu dan, oleh itu, memang tidak yakin dengan kemampuan bahasa ibunda sendiri.

Alhamdulillah, berkat usaha semua pihak, rintangan ini dapat diatasi dan bahasa Melayu terus maju dan berjaya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

2. Cabaran dalam bidang pendidikan Cabaran kedua merupakan sikap kurang percaya terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Pada awalnya, iaitu dalam tahun 60-an dan awal 70-an, usaha untuk menggunakan bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi amat perlahan, dengan pelbagai alasan dikemukakan, seperti tidak cukup istilah, tiada buku teks dalam banyak bidang, dan tiada guru yang mampu mengajar dalam bahasa Melayu. Orang-orang Melayu yang mencintai bahasa Melayu telah berjuang dengan amat gigih, terutama untuk sekolah-sekolah menengah berbahasa pengantar bahasa Melayu didirikan dan untuk bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar hingga peringkat universiti. Namun semua halangan ini dapat diatasi dan bahasa Melayu di sekitar tahun 70-an dan 80-an telah berjaya sebagai bahasa ilmu.

3. Sikap pemimpin yang meminggirkan bahasa Melayu Satu tamparan hebat berlaku pada awal tahun 1990-an apabila pucuk pimpinan negara mengeluh

tentang kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar. Yang anehnya tentang kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar. Yang anehnya

i. Sikap dan tindakan pucuk pimpinan dan penyokong mereka yang secara terang- terang melanggar dasar bahasa kebangsanan, iaitu menggalakkan dan membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan dalam situasi-situasi rasmi dan formal.

ii. Penggubalan beberapa Akta yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPT, terutrama IPTS, sekali gus menggalakkan penubuhan ratusan IPTS, sama ada secara berekembar dengan universiti- universiti asing atau bersendirian.

iii. Dasar PPSMI yang membawa kesan negatif terhadap bahasa Melayu.

4. Implikasi Dasar PPSMI PPSMI bermaksud “Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris”. Tentang dasar ini, dua perkara perlu disedari, iaitu:

a) Dasar ini secara tegas mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak yakin dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sekali gus memberi implikasi bahawa, pada suatu masa yang tidak lama lagi, semua mata pelajaran lain juga akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris, kecuali beberapa mata pelajaran yang tidak sepenting seperti agama Islam, pendidikan jasmani dan lukisan.

b) Cara pelaksanaan dasar ini amat tergesa-gesa tanpa perancangan teliti, bahkan tanpa persiapan yang mencukupi, baik dari segi guru, murid, atau bahan pengajaran.

Rakyat telah menolak dasar ini, yang kemudiannya menjadi isu politik, dan akhirnya dasar ini dimansuhkan. Walau bagaimanapun, penyokong-penyokong dasar ini masih belum berputus asa dan terus berjuang, disokong oleh beberapa akhbar berbahasa Inggeris, kerana isu ini berkait rapat dengan kelarisan jualan akhbar berkenaan.

Hala Tuju Bahasa Melayu : Mara ke hadapan

Bagi saya, dalam konteks hala tuju dan seterusnya motivasi bahasa Melayu setelah 55 tahun merdeka, hanya satu arah yang perlu diambil, iaitu mara ke hadapan. Kita telah melihat, bagi mereka yang mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu, bagaimana terserlahnya keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perhubungan umum dan bahasa ilmu pengetahuan. Dalam konteks ini, beberapa langkah dapat diambil untuk mencapai hala tuju ini dan seterusnya mara ke hadapan.

1. Terus-menerus membina bahasa Melayu

Walaupun telah terbukti bahasa Melayu dapat menjadi bahasa dunia moden, terutama sebagai bahasa ilmu, proses pembinaanya hendaklah terus-menerus dijalankan. Ilmu pengetahuan sentiasa berkembang dan perkara-perkara baharu sentiasa diperkenalkan serta diperkatakan. Oleh itu, istilah-istilah baharu perlu diwujudkan dan cara pengungkapan baharu dikemukakan agar bahasa kita tidak ketinggalan zaman. Tugas ini tidak harus dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama semua warganegara Malaysia.

2. Terus-menerus membuktikan keupayaan bahasa Melayu

Bukti keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perhubungan umum dan bahasa ilmu tercapai melalui penggunaannya dengan berkesan dalam bidang-bidang ini. Oleh itu, walaupun kita telah merdeka sejak 55 tahun dahulu, kita masih perlu terus-menerus menunjukkan keupayaan ini. Bahkan, perlu diperlihatkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja dapat mengungkapkan semua perkara dalam dunia ini, tetapi berupaya mengungkapkannya dengan betul, dengan berkesan dan dengan indah. Dengan kata lain, penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja terserlah dari segi binaannya tetapi juga mengandungi ciri-ciri keindahan yang tinggi.

3. Terus-menerus mempunyai pengguna yang bijak menggunakannya

Bahasa Melayu selepas 55 tahun merdeka hendaklah merupakan bahasa Melayu yang digunakan oleh semua orang dalam kehidupan sehari-hari. Dengan kata lain, bagi kemajuan bahasa Melayu, perlu wujud penutur-penuturnya yang bukan sahaja pandai menggunakannya dengan baik, betul dan indah, tetapi juga yang mempunyai rasa megah tatkala menggunakannya. Merekalah juga pengguna yang akan sentiasa menghidupkan bahasa Melayu di samping mengetahui beberapa bahasa lain, termasuk bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris.

4. Menangani dasar MBMMBI

Dasar PPSMI telah digantikan dengan dasar MBMMBI, iaitu dasar yang berbentuk “Memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris’. Dalam hal ini, kita harus menentukan agar semua pihak benar-benar memahami maksud memartabatkan bahasa Melayu, kerana jika salah langkah, bahasa Inggeris pula yang dimartabatkan di samping dikukuhkan. Bahasa Inggeris mempunyai jumlah penyokong yang amat besar, dengan media massa memainkan peranan utama, terutama akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Malangnya, media massa berbahasa Melayu tidak begitu memperlihtakan motivasi yang sama terhadap bahasa Melayu.

5. Respons kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah satu dokumen yang baru digubal oleh Kementerian Pelajaran sebagai blueprint untuk perancangan pendidikan bagi jangka masa 2012- 2025. Berkaitan dengan perkara ini, dua perkara ingin saya timbulkan.

a) Meneliti dan memberikan respons

Dokumen ini dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran kepada rakyat Malaysia untuk diteliti dan diberikan input sebelum disempurnakan dalam bentuk yang mantap bagi pelaksanaan pada tahun 2013. Kerajaan meminta semua pihak memberi input agar pelaksanaan dasar ini mendapat restu semua rakyat, tidak seperti halnya dengan dasar PPSMI. Waktu untuk memberi input ini ialah dari sekarang hingga akhir Disember 2012.

Saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir untuk membaca, meneliti dan memberi input kepada dokumen ini, sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Jikalau kita tidak bertindak, Kementerian Pelajaran akan menganggap bahawa kita bersetuju dengan perancangan ini dan akan melaksanakannya sebagaimana yang sedia ada dalam dokumen ini. Juga, dahulu kita menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil kira pandangan kita sewaktu melaksanakan dasar PPSMI. Kini kita telah diberi dokumen ini; marilah kita memberikan respons yang diminta.

b) Aspek memartabatkan bahasa Melayu

Khusus berkaitan dengan dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pada bahagian yang membincangkan cara-cara memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris (Bab 4), saya ingin menarik perhatian kepada hakikat bahawa huraian tersebut tidak seimbang. Pelan ini kelihatan terlalu berat sebelah. Sebagai contoh, huraian tentang pemartabatan bahasa Melayu dibuat hanya dalam DUA perenggan yang agak pendek. Pada hemat saya, huraian ini tidak mencukupi dan tidak akan dapat membimbing pihak Kementerian Pelajaran serta para guru menyusun program. Akhirnya, tidak akan wujud prgram pemartabatan bahasa Melayu yang berkesan, dan tidak akan martabatlah bahasa kebangsaan kita.

Sebaliknya, bahagian tentang cara-cara mengukuhkan bahasa Inggeris dibuat dalam LAPAN perenggan serta satu jadual, dengan huraian yang agak lengkap tentang cara-cara melaksanakannya. Sikap menganakemaskan bahasa Inggeris ini amat tidak adil, kerana kelak akan menjadikan pelaksanaan dasar MBMMBI tidak seimbang, dan akhirnya bahasa Inggeris mendapat manfaat tetapi bahasa Melayu terabai dan terpinggir.

Sekali lagi saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian supaya menjadikan isu ini satu resolusi persidangan ini dan dikirim sebagai memorandum khusus. Resolusinya hendaklah menyatakan bahawa kita tidak puas hati dengan huraian tentang cara-cara melaksanakan proses memartabatkan bahasa Melayu yang terlalu ringkas dalam dokumen ini. Kita meminta supaya dihuraikan langkah-langkah dengan lebih teliti, sebagaimana yang dibuat untuk bahasa Inggeris.

c) Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu

Dalam banyak perbincangan tentang fungsi bahasa kebangsaan oleh sebahagian besar ahli bahasa, misalnya Garvin, Mathiot dan Fishman, fungsi pemersatu diberi tekanan di samping fungsi pengasingan dan fungsi prestij. Pada tahun 1950-an hingga 1970-an dahulu, aspek ini ditekankan, terutama dalam Laporan Razak yang menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Negara kita. Kini, melihat huraian dalam Bab 2 Pelan ini, kelihatan bahawa pucuk pimpinan kita tidak menganggap aspek ini penting; fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa pemersatu tidak diambil kira. Yang diberikan tekanan dalam proses pemupukan perpaduan negara ialah:

Melalu interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik murid belajar memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian. Maka perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan Malaysia. Melalui nilai dan penglaman ini, maka terbentuk identiti nasional yang sama dan terjalinnya perpaduan negara.

Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Namun saya berpendapat bahawa jika ditambah lagi aspek fungsi bahasa sebagai alat pemersatu, perpaduan negara Malaysia akan tercapai dengan lebih cepat. Meninggalkan aspek ini dalam huraian seolah-olah mengatakan bahawa bahasa kebangsaan kita tidak mempunyai apa-apa peranan. Saya mencadangkan agar aspek ini juga Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Namun saya berpendapat bahawa jika ditambah lagi aspek fungsi bahasa sebagai alat pemersatu, perpaduan negara Malaysia akan tercapai dengan lebih cepat. Meninggalkan aspek ini dalam huraian seolah-olah mengatakan bahawa bahasa kebangsaan kita tidak mempunyai apa-apa peranan. Saya mencadangkan agar aspek ini juga

Penutup : Perjuangan Yang Masih Belum Selesai

Saya berpendapat bahawa walaupun kita telah mengecap kemerdekaan selama 55 tahun, persoalan bahasa kebangsaan kita masih belum seslesai. Amat banyak yang perlu dilakukan, kerana wujud cabaran-cabaran baharu dan kita dikehendaki menentukan hala tuju khusus.

Akhir kata:

Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan simpan dalam hati.

Rujukan

Abdul Rahim bin Abu Bakar. 2001. Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu sebagai Tonggak Negara Bangsa dalam Gelombang Globalisasi. Syarahan Perdana, Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2002. Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Siri Bicara Bahasa Bil. 14. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Linguistik Malaysia.

Asraf (ed,) 1996. Manifesto Bahasa – Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Nik Safiah Karim. 2000. Bahasa Melayu dalam Dekad 90-an. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

........................... 2010 . Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Shaharir bin Mohd. Zain. 1996. ”Pengembangan Sains dan Teknologi di Malaysia Menerusi Bahasa Melayu.” Syarahan Raja Ali Haji 1996, Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.

Zainal Abidin bin Abdl Wahid. 2001. Bahasa, Pendidikan dan Pembangunan. Siri Bicara Bahasa, Bil. 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.

3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan dan

Jati Diri

Teo Kok Seong Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan peranan serta peri pentingnya bahasa Melayu selaku bahasa negara (dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi), dalam membentuk negara bangsa Malaysia yang bersatu padu serta jati diri nasional/Malaysia.

Peranan dan kepentingan bahasa Melayu yang diteliti dari sudut sosiolinguistik, merangkumi beberapa aspek. Antaranya adalah hubungan kait bahasa Melayu dan jati diri budaya serta nasional, bahasa Melayu sebagai alat pemersatu untuk perpaduan kaum/integrasi nasional, serta bahasa Melayu tinggi, sebutan baku (1988-2000), dan percampuran bahasa Melayu-bahasa Inggeris dalam konteks jati diri bahasa Melayu selaku bahasa negara.

Pemerkasaan bahasa Melayu selaku bahasa negara melalui beberapa etos ikut dibincangkan sebagai rumusan dan kesimpulan kepada peranan dan peri pentingnya bahasa Melayu dalam kedua-dua pembentukan jati diri nasional dan negara-bangsa Malaysia.

Pendahuluan

Dokumen yang terkait

ANALISIS KELAYAKAN FINANSIAL AGRIBISNIS PERBENIHAN KENTANG (Solanum tuberosum, L) Di KABUPATEN LUMAJANG PROVINSI JAWA TIMUR

27 309 21

ANALISIS PENGARUH MANAJEMEN LABA TERHADAP NILAI PERUSAHAAN (Studi Empiris Pada Perusahaan Property dan Real Estate Yang Terdaftar Di Bursa Efek Indonesia)

47 440 21

EFEKTIVITAS PENDIDIKAN KESEHATAN TENTANG PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN (P3K) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT DALAM PENANGANAN KORBAN KECELAKAAN LALU LINTAS (Studi Di Wilayah RT 05 RW 04 Kelurahan Sukun Kota Malang)

45 393 31

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

PENILAIAN MASYARAKAT TENTANG FILM LASKAR PELANGI Studi Pada Penonton Film Laskar Pelangi Di Studio 21 Malang Town Squere

17 165 2

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Pengaruh Atribut Produk dan Kepercayaan Konsumen Terhadap Niat Beli Konsumen Asuransi Syariah PT.Asuransi Takaful Umum Di Kota Cilegon

6 98 0

Implementasi Program Dinamika Kelompok Terhada Lanjut Usia Di Panti Sosial Tresna Werdha (Pstw) Budi Mulia 1 Cipayung Jakarta Timur

10 166 162