Faktor faktor yang menentukan kejayaan s

Karangan Jenis Ekspositori:

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Peribahasa ‘berusaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan
sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. Seseorang
pelajar yang ingin berjaya perlu berusaha dengan gigih bagi merealisasikan
impiannya.
Terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Antaranya ialah sifat bertanggungjawab, disiplin diri, kebijaksanaan pelajar
membahagikan masa, dorongan serta galakan keluarga, ketenangan emosi dan
kekuatan minda seseorang pelajar.
Sifat bertanggungjawab dalam diri seseorang pelajar merupakan faktor
yang amat penting bagi menentukan kejayaannya. Sifat bertanggungjawab ini
boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu sebagai anak dan pelajar. Sebagai
seorang anak, seorang remaja perlu menghormati orang tuanya serta tahu
menjaga diri di mana sahaja dia berada sepanjang waktu. Sebagai anak yang
bertanggungjawab, dia pastinya akan sentiasa mahu membahagiakan orang
tuanya dan memastikan dia tidak akan menconteng arang ke muka keluarganya.
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab juga, seorang remaja tahu
mengambil hati orang tuanya seperti dengan membantu ibu melakukan kerjakerja rumah tanpa disuruh terutama sekali jika ibu bapa keluar bekerja. Pastinya
apabila keadaan rumah bersih dan teratur, ibu bapa yang penat sehari suntuk

bekerja mencari nafkah akan berasa tenang dan senang apabila mereka pulang
dari tempat kerja. Kedamaian yang wujud dalam sesebuah keluarga akan
membuat pelajar berasa tenang dan gembira di rumah kerana ‘rumahku,
syurgaku.’

1

Seorang pelajar yang bertanggungjawab tahu kewajipannya sebagai
seorang pelajar. Dia akan memberi sepenuh perhatiannya kepada pengajaran
guru di kelas dan bertanya jika dia tidak faham. Dia juga akan mengulangkaji
pelajaran secara konsisten. Oleh sebab itu, pelajar yang berjaya sudah bersedia
menghadapi peperiksaan dan tidak akan kelam-kabut atau bersengkang-mata
demi menyiapkan dirinya untuk menduduki peperiksaan. Seorang pelajar yang
bertanggungjawab juga dapat menilai antara sesuatu yang baik dan salah.
Dengan demikian, pelajar tersebut dapat menolak pelawaaan teman-temannya
sekiranya mereka mengajaknya melakukan sesuatu yang kurang berfaedah.
Selain sifat bertanggungjawab, seorang pelajar yang berjaya perlu ada
disiplin diri. Disiplin diri seseorang itu dapat memastikan pelajar tersebut dapat
mengatur dan mengimbangi masanya dengan baik antara pelajaran, kegiatan
luar darjah dan beriadah bersama kawan atau keluarga. Dengan disiplin diri,

seseorang pelajar itu berupaya mengelakkan dirinya daripada melakukan
pekerjaan yang tidak berfaedah. Aktiviti yang tidak bermanfaat adalah seperti
bersembang di pusat-pusat membeli-belah atau taman, merokok dan berfoyafoya di kelab-kelab.
Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting
dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah
orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih
sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa
selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu
bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan
memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak
mereka.
Pelajar yang berjaya juga tahu menjaga kesihatan mereka dengan
menjaga pemakanan serta beriadah atau bersenam dengan kawan-kawan atau

2

ahli keluarga bagi menenangkan fikiran mereka. Ini kerana ‘otak yang sihat
terletak pada badan yang sihat’.
Kejayaan yang dikecapi seseorang pelajar itu pastinya hanya dapat diraih
sekiranya pelajar tersebut berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana ‘kalau

tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’

*************************************************************************
hasil tulisan: Cikgu Rashidah Abdullah

3