KEJATUHAN KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA

D20142069164
1.0 PENGENALAN
Terdapat beberapa buah kerajaan awal Asia Tenggara antaranya ialah Champa, Srivijaya,
Majapahit, Funan, Angkor dan Cheh-Tu. Setiap kerajaan ini ada keistimewaannya masingmasing dan boleh dikatakan antara kerajaan yang terkuat di Asia Tenggara pada suatu ketika
dahulu. Antaranya ialah Srivijaya. Srivijaya merupakan salah satu kerajaan besar yang ada di
Nusantara pada suatu ketika dahulu. Kerajaan Sriwijaya berkait rapat dengan sejarah peradaban
Nusantara dan merupakan sebuah kuasa yang kuat. Keberadaan kerajaan Srivijaya telah tercatat
oleh seorang pendeta Tiongkok yang bernama I Tsing ketika mengunjungi Srivijaya pada abad
ke-7 dan telah menulis tentang Srivijaya. Pusat kerajaan Srivijaya terletak di sekitar wilayah
Sumatera Selatan namun begitu memiliki daerah pemerintahan yang terdapat di Kemboja,
Selatan Thailand, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa sehinggalah pesisir Kalimantan. Raja pertama
Srivijaya adalah Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang berkuasa sejak tahun 671 hingga 702 Masihi.
Selain itu, Srivijaya ini terkenal dengan sebagai sebuah kerajaan maritim, di mana kerajaannya
sangat terkenal dengan kekuatan kapal-kapalnya dalam menguasai pelayaran, perdagangan dan
penguasaan terhadap pelbagai kawasan yang strategik untuk mengawasi dan melindungi kapal
dagang. Namun setelah tahun 1183, Srivijaya berada di bawah kerajaan lain. Terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya runtuh. Kerajaan Majapahit pula adalah kerajaan
Hindu di Jawa Timur. Kerajaan ini termasuk kerajaan kuno di Indonesia yang berdiri pada tahun
1293 sehinggalah 1500 Masihi. Kerajaan Majapahit ini didirikan oleh Raden Wijaya (1293 M).
Kerajaan ini mencapai puncak kejayaannya pada abad ke 14 iaitu ketika kekuasaan Hayam
Wuruk (1350-1389 M) yang dibantu oleh Patih Gajah Mada (1331-1364 M). Kerajaan Majapahit

adalah kerajaan Hindu terakhir di Semenanjung Tanah Melayu dan dianggap sebagai salah satu
dari negara terbesar dalam sejarah Indonesia. Kerajaan Champa pula diasaskan sekitar tahun 192
1

D20142069164
M oleh Chu Lien. Raja Champa ini dipengaruhi oleh agama Hindu. Pentadbirannya pula teratur
di mana dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai yang ditugaskan unutk memungut
cukai. Pelabuhan yang terkenal di Champa pada ketika itu ialah Inderapura. Champa ini ditadbir
oleh 14 dinasti. Namun pada akhir kurun ke-13, Champa dipengaruhi oleh China dan
pelabuhannya lenyap pada kurun ke-15. Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi,
Champa diterajui oleh Bhadravarnom. Manakala, bagi kerajaan Funan pula, Funan merupakan
kerajaan Hindu kuno di kawasan Asia Tenggara yang untuk pertama kalinya menerima pengaruh
India. Funan ialah kerajaan terawal sekali di asia Tenggara. Negara Funan merupakan
pertubuhan negara kota dengan ikatan politik yang longgar. Funan diperintah oleh raja-raja yang
mempunyai nama-nama sensekerta. Menurut ahli sejarah kekuasaannya terbentang di hilir
Sungai Mekong, selatan Vietnam, lembah tengah Mekong, lembah Chao Praya dan Semenanjung
Tanah Melayu. Setiap kerajaan seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit, Funan dan Champa ini
yang pada mulanya sebuah kerajaan yang gagah dan kuat namun runtuh disebabkan oleh
beberapa faktor sama ada dari segi faktor luaran ataupun faktor dalaman.


2

D20142069164
2.0 MASALAH DALAMAN KERAJAAN ANGKOR
Masalah dalaman pada Kerajaan Angkor banyak diperbincangkan dalam buku Sejarah Asia
Tenggara. Salah satunya adalah mengikut Hall (1979), Raja Jayawarman IV ini tidak berapa jelas
keturunannya dimana baginda adalah seorang perampas kuasa daripada pemerintah yang berhak
dan baginda kemudian telah dihalau keluar dari Yasodharapura dan membina ibu kotanya di Koh
Kar.1 Begitu juga dalam masa pemerintahan Harshawarman II, putera Jayawarman IV telah
berlaku satu rampasan kuasa dalam telah berlkau satu rampasan kuasa daripada kalangan
keturunan Yasorwarman yang dipimpin oleh Rajendrawarman II dimana Baginda telah
memindahkan kembali ibu kota Kemboja ke Angkor (Yasodharapura). Kebangkitan dan
pemberontakan yang sering berlaku di wilayah-wilayah yang dikuasai itu. Justeru itu selepas
memerintahkan Udayadityawaman II (1050-1066 Masihi), raja-raja Angkor seterusnya sentiasa
sibuk untuk memadamkan pemberontakan. Semasa Udayadityawarman II memerintah, baginda
telah membina sebuah candi yang terbesar di kemboja bagi penyembahan Dewa Siva. Candi ini
dikenali sebagai candi Baphuon dimana ianya disaluti dengan emas dan didirikan sebatang
lingga emas. Dinasti ini berakhir sekitar tahun 1080 Masihi apabila Harshawarman III telah
digulingkan oleh seorang putera daripada kerajaan takluk Angkor bernama Jayawarman. Baginda
dikenali dalam sejarah sebagai Jayawarman VI dimana baginda terpaksa menghadapi

pemberontakan yang dipimpin oleh Harshawarman III dan pemberontakan ini berlarutan
sehingga 1113 Masihi.2

1 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia
2 Ahmad Jelani Hashim, (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd hlm 92

3

D20142069164
Dalam masa pemerintahan Yasowarman II telah berlaku dua pemberontakan utama yang
akhirnya membawa kepada perampasan takhta dan kematiannya. Yasowarman II telah
digulingkan oleh seorang pembersarnya yang bernama Thribhuwanadityawarman pada tahun
1166 Masihi. Pada tahun berikutnya 1167 Masihi, Jaya Indrawarman IV dari Champa telah
menyerang Angkor dan sepuluh tahun kemudian (1177 Masihi), baginda telah berjaya menawan
dan merampas harta benda dari Angkor manakala Thribhuwanadityawarman telah terbunuh
dalam petempuran tersebut.3. Kejatuhan Angkor dan terbunuhnya raja telah menyebabkan
Angkor huru-hara. Keadaan anarki yang muncul kembali dalam kerajaan tersebut hampir sahaja
lumpuh tetapi dapat diselamatkan oleh Jayawarman, abang kepada Yasowarman II. 4. Pada tahun

1220 Masihi, tentera Angkor mula berundur dari Kerajaan Champa akibat kemangkatan
Jayawarman VII dan kemangkatan baginda telah menyebabkan agama Buddha mula mundur di
Angkor serta penyembahan Buddharaja telah digantikan kembali oleh Devaraja manakala
Awalokisteswara digantikan pula lingga.
Pengunduran tentera Angkor dari Champa pula menandakan permulaan kelemahan kerajaan itu
dimana tidak berapa lama kemudian kerajaan Melayu Tambralingga yang telah membebaskan
dirinya daripada Angkor manakala penguasaan orang Siam terhadap wilayah-wilayah yang
dahulunya dikuasai oleh orang Khmer di hulu Menam Chao Phraya. 5. Dalam masa pemerintahan
Raja Jayawarman VII juga orang Siam di bawah takluknya telah bangun bagi memberontak dan
membebaskan wilayah mereka, iaitu wilayah yang hari ini merangkumi Negara Thai Moden.
Salah seorang pembesar Siam itu yang merupakan menantu Jayawarman VII bernama Rama
Khambeng yang telah mengisytiharkan dirinya merdeka daripada kekuasaan Angkor dimana
beliau telah dapat mengalahkan pasukan tentera gabenor Angkor di hulu Sungai Chao Phraya
3 Ibid hlm 93-94
4 Ibid hlm 94
5 Ibid hlm 95

4

D20142069164

dan kemudian menubuhkan sebuah kerajaannya sendiri yang dikenali sebagai Sukhotai. 6.
Mengikut satu laporan yang ditulis oleh duta China ke Angkor, Chou Takuan yang melawat
kerajaan tersebut pada 1296 Masihi, keadaan kerajaan Angkor begitu teruk akibat peperangan
dengan pihak Siam. Ketika itu dilaporkan Jayawarman VIII telah tua dan pada tahun 1295
Masihi Baginda telah turun takhta untuk menempatkan menantunya Putera Srindrawarman
sebagai Raja. Justeru itu disamping menghadapi serangan orang Siam, Angkor juga berada dalam
kancah perang saudara antara menantu Jayawarman VIII dengan puteranya yang berasa kecewa
tidak diangkat menjadi Raja7. Di samping itu mengikut C. Coedes, perbalahan agama juga wujud
pada masa ini, iaitu di antara penganut Buddhisme dengan Sivaisme. Dalam masa
Dharanindrawarman II dan Jayawarman VII, agama buddha telah diutamakan akan tetapi
kemudian di bawah Jayawarman VIII, agama siva telah menjadi anutan rasmi menyebabkan
berlakunya pertentangan dan keganasan terhadap simbol-simbol Buddha oleh pihak Siva dimana
sebahagian besar daripada keganasan itu dihalakan kepada monumen-monumen yang dibina
dalam masa pemerintahan Jayawarman VII. Patung-patung dan ukiran Buddha yang menghiasi
dinding dan tiang-tiang telah digantikan dengan lingga dan ukiran para pendeta sedang
bersembahyang.8.
Pengaruh Khmer sebelum ini terhadap orang Siam mulai hilang setelah kematian Jayavarman
VII. Namun, kejatuhan Angkor sebenarnya sudah bermula sejak kematian Raja Suryavarman II
lagi.


6 Ibid hlm 95-96
7 Ibid hlm 96
8 Ibid hlm 96

5

D20142069164
Di samping itu, masalah kehausan Sumber Akibat Pembangunan Ekstravaganza dimana Projek
Pembangunan Ekstravaganza dikatakan telah menyebabkan kehausan bahan mentah. Akibat
terlalu dieksploitasi secara intensif selama beberapa abad, berlaku kehausan ekologi
yang menyaksikan tiada lagi bahan untuk meneruskan kepesatan pembangunan. Hal ini ada
kaitan dengan raja Jayavarman VII dalam pembinaan bangunan-bangunan yang telah
menyebabkan social exhaustion atau keletihan sosial. Antaranya, beliau telah mendirikan
monumen Buddha Mahayana, Angkor Thom serta bangunan-bangunan lain seperti Bayon.
Selain itu, masalah kepada penukaran aliran Buddha Theravada dimana Prinsip bahawa semua
orang adalah sama dan layak untuk mendapatkan hak-hak dan peluang-peluang yang sama rata
dalam aliran Buddha Theravada telah menarik masyarakat Khmer dan mengubah cara mereka
berfikir. Hal ini menyebabkan hub politik Angkor terjejas dimana ianya telah mengancam dan
merosakkan sistem pertanian yang amat diperlukan oleh Angkor untuk terus wujud. Sistem
pengairan dan saliran di Angkor memerlukan pekerja dan juga sumber kuasa yang banyak untuk

penyelenggaraan,

sedangkan

Buddha

Theravada

mengajar

pengikutnya

untuk

melakukan pembaharuan diri, mengabaikan hal-hal duniawi, menghalang kepercayaan
paranormal (superstition) kepada Pencipta dan kuasa-kuasa jahat sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung. Konsep Devaraja

tidak lagi mampu dipertahankan. Oleh itu, raja


Khmer tidak lagi mampu memerintah keseluruhan empayar melalui kuasa mutlak.
Akhirnya, Kegagalan Jaringan Sistem Hidraulik turut menjadi punca masalah dalaman Kerajaan
Angkor dimana Kerajaan Angkor telah membina jaringan sistem hidraulik yang teliti
mengandungi empangan (dams), tempat

penyimpanan air (reservoirs), penghalang banjir

(dikes), kawalan banjir dan pengangkutan. Sistem tali air (irrigation) membolehkan penanaman
padi dua kali setahun atau lebih. Masyarakat Khmer kemudiannya dilihat sudah tidak sanggup
6

D20142069164
untuk bekerja sepenuh hati terhadap raja. Sebelum ini, pekerjaan mereka diabadikan kepada raja
sebagai sebahagian daripada kerja-kerja suci. Ketidakcekapan penyelenggaraan seterusnya
menyebabkan sistem pengairan dan perparitan tersumbat, seterusnya mengurangkan bekalan
beras secara dramatik. Hal ini seterusnya telah melemahkan produktiviti secara keseluruhannya
dan menyebabkan populasi menurun dan ketiadaan

penyelenggaraan


juga

menyebabkan

pembiakan nyamuk yang kemudiannya menyebabkan penyakit malaria.

3.0 KEJATUHAN KERAJAAN MAJAPAHIT
Kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
berlakunya kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Majapahit.Hal ini kerana Patih Gajah Mada
merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan cekap dalam menjalankan dasar
pemerintahannya.Beliau merupakan seorang rakyat biasa yang dilahirkan di Pulau Bali dan
menetap di Majapahit.Patih Gajah Mada telah dilantik menjadi pegawai pengawal istana semasa
zaman pemerintahan Prabu Jayanagara sekitar tahun 1309 sehingga 1328 masihi.Kegemilangan
Majapahit semasa pemerintahan Hayam Wuruk adalah didorong oleh kebijaksanaan Patih Gajah
Mada yang berperanan sebagai pembantu, penasihat dan Perdana Menteri. Oleh kerana
kebijaksanaan beliau telah menyebabkan banyak wilayah-wilayah yang Wilayah Gurun
(Lombok),Seran (Seram),Tanjung Pura ( Kalimantan), Haru (Sumatera Utara), Pahang (Tanah
Melayu),Dopo,Bali,Sunda,Palembang, dan Temasik (Singapura) . Selain itu,Patih Gajah Mada
juga merupakan seorang pemimpin yang bijak dan bercita-cita tinggi


dalam menjalankan

pentadbirannya.Misalnya,kerajaan di sekitar Majapahit telah mengakui kewibawaannya dan
tunduk kepada Patih Gajah Mada.Patih Gajah Mada turut terkenal dengan sumpah Nusantara

7

D20142069164
atau nama lainnya ialah Sumpah Palapa9. Keadaan ini telah membawa kepada perlantikan Patih
Gajah Mada sebagai Perdana Menteri atau Patih Amangku Bumi sekitar tahun 1336 masihi.Patih
Gajah Mada telah meninggal dunia sekitar tahun 1364 masihi dan telah menyebabkan
kekosongan jawatan yang dipegang oleh Patih Gajah Mada iaitu jawatan Patih Amangku
Bumi.Jawatan tersebut mengalami kekosongan selama 3 tahun sehingga tahun 1367 masihi dan
Hayam Wuruk telah melantik Gajah Enggon untuk memegang jawatan tersebut.Hayam Wuruk
enggan melantik orang lain untuk memegang jawatan tersebut kerana tidak ada seorang pun yang
layak. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa Patih Gajah Mada merupakan seseorang yang
begitu penting dalam kerajaan Majapahit.Selepas kematian Patih Gajah Mada,jawatan beliau
terbiar kosong kerana tidak ada sesiapa yang layak memegang jawatan tersebut.Keadaan ini
menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh Patih Gajah Mada sangat penting dan
Majapahit telah mengalami kemerosotan selepas kematian beliau.10

Setelah kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 Masihi, Baginda telah digantikan oleh
menantu dan anak saudaranya Wikramawardhana. Perkara ini telah membawa kekecohan dan
akhirnya membawa kepada kelemahan Majapahit. Hayam Wuruk memang mempunyai seorang
putera bernama Bhre Wirabhumi, tetapi ibunya seorang gundik dimana dari sini telah wujud
pemberontakan dalaman dimana beliau tidak berhak untuk menduduki takhta Majapahit dan
akhirnya Pembesar-pembesar Majapahit telah bersetuju untuk mengangkat suami Puteri
Kusumawardhani, puteri gahara Hayam Wuruk bernama Wikramawardhana sebagai pemerintah
Majapahit dimana beliau merupakan putera pemerintah Mataram dengan kakak Hayam Wuruk.
9 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia
10 Slametmulyana. (1979) Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Jakarta, Bhratar Karya
Aksara,
, Hlm, 40

8

D20142069164
Perbalahan antara Wikramawardhana dengan Bhre Wirabhumi serta peperangan yang berlarutan
dan pemberontakan-pemberontakan yang dilakukan oleh tanah-tanah jajahannya terutama
Palembang dan Malayu telah melemahkan kerajaan Majapahit.

Ini merupakan salah satu

permulaan kejatuhan Kerajaan Majapahit11.
Pemberontakan dan kekacauan sering sahaja terjadi antara tahun 1450 sehingga 1478 Masihi
yang akhirnya telah menamatkan pemerintahan Dinasati Rajasa. Pada tahun 1451 Masihi,
Girindrawardhana Dyah Wijayakarma atau Bhre Pamotan Sang Singanagara telah bangun
memberontak menentang Sri Kertawijaya, pemerintah terakhir daripada Dinasti Rajaasa dimana
Baginda telah berjaya mengalahkan Kertawijaya dan menubuhkan dinasti sendiri yang dikenali
sebagai Girindrawardhana dan baginda telah memerintah selama lebih kurang dua tahun 1451
sehingga 1453. Selepas kematiannya, Majapahit telah bergolak kembali dan tidak ada sesiapa
yang berjaya untuk mengisytiharkan diri sebagai raja selama tiga tahun bermula dari tahun 1453
sehingga 1456 Masihi. Ketika itu takhta Majapahit tidak diduduki oleh sesiapa pun12.
Pada tahun 1468 Masihi, berlaku sekali lagi perang saudara di Majapahit, antara pihak
Girindrawardhana dengan Pihak Rajasa. Perang saudara ini telah dimenangi oleh pihak
Girindrawadhana

yang

dipimpin

oleh

Singawardhana

atau

Girindrawardahana

Dyah

Wijayakusuma. Sesungguhpun demikian, keadaan huru-hara tetap berterusan di sekitar wilayah
kerajaan itu hinggalah ke tahun 1478 Masihi apabila ia ditawan oleh Kerajaan Islam Demak. Di
samping itu, tidak adanya seorang tokoh berwibawa yang dapat menggantikan Gajah Mada telah
menyebabkan kerajaan Majapahit telah berpecah belah. Ketokohan seseorang pemimpin itu
sangat penting dalam menyatupadukan negara.13
11 Ibid hlm 148
12 Ibid hlm 149
13 Ibid hlm 150

9

D20142069164
Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan dan pentadbiran juga merupankan salah satu faktor
yang

kejatuhan kerajaan Majapahit. .Bermula pada tahun 1451 Masihi iaitu semasa

pemerintahan Rajasawardhana,beliau telah memindahkan ibu negeri Majapahit ke Fahuripan.
Selepas itu,ibu negeri Majapahit telah dipindahkan ke Tumapel semasa Raja Phre Wengker
memerintah dan ibu negeri Majapahit telah berpindah ke Daha pula semasa Bhre Padan Salas
memerintah pada tahun 1468 Masihi. Kekerapan pertukaran tempat pemerintahan dan
pentadbiran telah menyebabkan ketiadaan wilayah yang kuat untuk dijadikan sebagai pusat
pemerintahan kerajaan Majapahit. Keadaan ini turut mewujudkan hanya terdapat sesetengah
kawasan sahaja yang memberi sokongan kepada pemerintah Majapahit kerana tidak wujud
kesepaduan. Keadaan ini akan memberi kesan kepada Majapahit iaitu pengaruh dari kawasankawasan luar telah mulai masuk ke dalam kawasan Majapahit serta mendirikan kerajaankerajaan baru di wilayah jajahan Majapahit. Hal ini jelaslah memberi kesan kepada kerajaan
Majapahit kerana tidak sempat menguatkan kuasa di kawasan ibu negerinya.14.

4.0 KESIMPULAN

14 Marwati Djoened Poesponegoro,Sejarah Nusantara Indonesia, Hlm 442.

10

D20142069164
Kesimpulannya, kerajaan Angkor dan kerajaan Majapahit merupakan kerajaan yang kuat pada
awalnya namun mengalami keruntuhan pada akhirnya atas beberapa faktor-faktor dalaman.
Sesebuah kerajaan yang mengalami masalah dalaman dalam pentadbiran akan menyebabkan
berlakunya perpecahan pentadbiran ataupun perbalahan di antara sesama sendiri dan akan
memberi peluang kepada kerajaan lain melakukan perluasan kuasa ke atas sesebuah kerajaan
tersebut. Sebagai contoh perbalahan di antara Wikramawardani dan Bhre Wirabumi yang saling
berebut takhta. Apabila sesebuah kerajaan telah lemah dari dalam maka segala ancaman dari luar
amat mudah mempengaruhi sesebuah kerajaan tersebut ataupun mudah bagi orang luar membuat
serangan. Salah satu masalah luaran membawa kepada kejatuhan Majapahit atas sebab
kemunculan dan perkembangan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1400. Kemunculan
kerajaan Melayu Melaka adalah ekoran daripada kegiatan yang dilakukan oleh kerajaan Ming
yang telah mengiktiraf kerajaan-kerajaan kecil di Nusantara termasuk kerajaan Melaku Melaka.
Keadaan ini telah membawa kerajaan Melayu Melaka berkembang dan menjadi sebuah kerajaan
yang besar dan kuat. Kewibawaan politik kerajaan Majapahit di Nusantara pula semakin
menurun. Begitu juga dengan faktor dalaman menyebabkan kejatuhan kerajaan seperti setelah
kematian Patih Gajah Mada berlakunya kemerosotan di Majapahit pada ketika itu walaupun
belum jelas lagi gambaran kemerosotan Majapahit ini. Bagi kerajaan Angkor pula faktor
dalaman seperti kehausan sumber akibat ekstravaganza, berlakunya penukaran kepada aliran
Buddha Theravada di mana semua orang mendapat hak yang sama rata atau prinsip bahawa
semua orang adalah sama dan kegagalan jaringan sistem hidraulik menjadi faktor berlakunya
kejatuhan kerajaan Angkor.

5.0 BIBLIOGRAFI
11

D20142069164
Ahmad Jelani Hashim, (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia
Marwati Djoened Poesponegoro,Sejarah Nusantara Indonesia,
Slametmulyana. (1979) Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Jakarta, Bhratar Karya Aksara,

12