MUAMALAT sebagai ASAS Pembangunan EKonom (1)

1.0

Pendahuluan

Dalam pembangunan Islam, ekonomi merupakan salah satu aspek terpenting untuk
membangunkan sebuah negara. Hal ini kerana, ekonomi merupakan tunjang bagi
mendapatkan hasil pendapatan yang akan menampung seluruh rakyat di dalam negara itu.
Oleh itu, pemimpin perlu bijak dalam merancang pembangunan ekonomi negara melalui
nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam Islam. Sebagai contoh, pemimpin mengamalkan
sikap yang positif seperti saling membantu antara satu sama lain walaupun dalam kalangan
pekerja.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolobg-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahnya.”
(Surah Al-Maidah: 2)
Melalui pembangunan ekonomi yang berteraskan Islam, sudah semestinya sistem muamalat
memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga hal kewangan sesebuah negara.
Perkara ini kerana, sistem muamalat merupakan kaedah atau cara yang sempurna yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT tanpa sebarang kesilapan. Sebagai contoh, perkara asas muamalat

ialah berpaksikan kejujuran dan keadilan misalnya dalam jual beli.
Sepertimana firman Allah SWT yang mambawa maksud: “Dan betulkanlah cara menimbang
itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.”
(Surah Ar-Rahman: 9)

1

2.0

Konsep Muamalat

Dari sudut bahasa, muamalat berasal dari perkataan aamala, yuamilu, muamalah yang
bermaksud perlakuan atau tindakan terhadap orang lain atau perhubungan yang
berkepentingan. Dari sudut istilah, sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan
bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian manusia, terutama dalam halhal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan.
Muhammad Yusuf Musa, muamalat ialah peraturan-peraturan Allah SWT yang harus
diikuti dan ditaati dalam hidup bermasyarakat untuk menjaga kepentingan seluruh manusia.
Secara mudahnya, muamalat adalah segala aturan Allah SWT yang mengatur hubungan
dengan manusia dalam memperoleh dan mengembangkan harta benda atau aturan Islam
mengenai kegiatan ekonomi yang dilakukan manusia.

Secara umumnya, muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam
perhubungan manusia dengan manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan kepada Syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.
Muamalat juga merangkumi semua hukum Syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia
seperti urusan jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
Segala harta yang ada di alam ini sama ada di muka bumi, didasar lautan semuanya
adalah milik Allah SWT secara mutlak. Manusia telah diamanahkan untuk memiliki harta
yang disediakan oleh Allah SWT melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah
dianugerahkan kepadanya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk ayat 15 bermaksud: “Dialah yang
menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk
rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada
Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan
takutilah kemurkaannya)
2.1

Tujuan Muamalat
Pelaksanaan muamalat dalam pembangunan ekonomi Islam salah satunya bertujuan

untuk mencegah dari berlakunya perbuatan-perbuatan yang salah seperti penindasan,

penipuan, rampas-merampas dalam pemilikan harta benda. Kemahuan manusia itu
2

sebenarnya tidak terhad, dengan itu peranan tazkiyyah dalam mengawal nafsu daripada terus
menguasai kemahuan manusia.
Tujuan kedua ialah tidak lain tidak bukan untuk beroleh keredhaan Allah SWT di
dunia dan akhirat. Secara umumnya, Allah SWT telah memberi amanah kepada manusia
untuk menjadi khalifah di muka bumi untuk menguruskan segala hal di dunia. Oleh itu, setiap
perkara yang dilakukan oleh manusia adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT
termasuklah dalam urusan muamalat.
Tujuan ketiga pula ialah menentukan segala peraturan-peraturan untuk manusia
dengan menggunakan jalan yang halal dan tidak salah disisi Allah SWT. Setiap perkara yang
manusia lakukan seperti jual beli perlulah mengikut aturan-aturan yang telah Allah SWT
tetapkan seperti penentuan hukum berkaitan halal haram.
2.2
Prinsip Asas Dalam Muamalat Islam
1. Semua urusan muamalat adalah harus
Pada asalnya segala urusan mualamat seperti jual beli hukumnya adalah harus. Tetapi
apabila terdapat nas-nas syarak yang mengharamkannya maka urusan tersebut akan
menjadi haram dilakukan oleh manusia. Seperti yang disebut dalam Surah Ali-Imran ayat

29 bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,
kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu
dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.”
2. Hak antara manusia dengan manusia lain
Hak pertama yang harus dijaga oleh setiap manusia ialah haram memakan harta orang
lain yang bukan pada haknya. Sebagai contoh, perbuatan memakan riba adalah haram
dalam ajaran Islam sepertimana disebutkan dalam Surah Ali Imran ayat 130 bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda
dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan”.
Hak seterusnya adalah haram dalam merampas hak orang lain seperti perbuatan
penipuan dalam perniagaan untuk mendapatkan yang bukan pada haknya yang sebenar.
Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 188 bermaksud: “Dan janganlah
sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang
batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu
3

dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui”.
Selain itu, haram juga untuk manusia melakukan perbuatan pecah amanah atau

mengkhianati orang lain. Sepertimana yang disebutkan dalam Surah al-Anfal ayat 27
bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang
kamu mengetahui (salahnya).”
Haram juga kepada peniaga memintas jual beli peniaga yang lain. Sebagai contoh,
peniaga bandar cuba memintas peniaga desa untuk berniaga di desa. Peniaga bandar
tersebut membeli barangan peniaga desa dengan harga yang rendah dan menjual barangan
tersebut di bandar dengan harga yang tinggi. Perbuatan ini sebenarnya adalah salah satu
perbuatan zalim kepada peniaga desa.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:
“Janganlah orang bandar menjual untuk orang desa, biarkanlah manusia diberi rezeki
sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain”. Nabi Muhammad S.A.W pernah
bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi orang yang beriman untuk berjual-beli atas
jual-beli saudaranya” (Hadis Riwayat Muslim).
Selanjutnya, haram juga peniaga mengumpan pembeli dengan harga yang rendah
sedangkan itu adalah harga sebenar apabila rundingan penurunan harga berlaku.
Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bermaksud:
“Jauhilah kamu daripada bersangka-sangka kerana sangkaan itu bicara yang paling
dusta, janganlah kamu intai mengintai, dan janganlah kamu sengaja mengumpan harga
yang tinggi dari pembeli (iaitu berpura-pura hendak membeli sesuatu barang dengan

meletakkan harga tinggi daripada pasaran dengan tujuan mengumpan pelanggan agar
mengikuti harganya ) dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”.
3. Berakhlak mulia
Islam menyeru umatnya agar sentiasa berakhlak mulia dalam apa jua urusan yang akan
dilakukan dan melarang dalam sikap akhlak keji. Salah satu akhlak yang dianjurkan Islam
dalam muamalat ialah bersikap benar. Berdasarkan kepada asas ini Islam mengharamkan
segala bentuk penipuan seperti menyembunyikan keaiban barang yang ingin dijual. Apabila

4

ini berlaku secara tidak langsung akan memberi mudharat kepada pengguna misal kata
kerosakan barangan tersebut disembunyikan.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Hakim bermaksud: “Tidak halal bagi
seseorang yang menjual sesuatu jualan melainkan hendaklah dijelaskan segala
kekurangannya dan tidak halal bagi orang yang mengetahui sesuatu keaiban melainkan
hendaklah dinyatakannya”.
4. Memberi manfaat kepada masyarakat
Islam telah mengharamkan pelbagai muamalat yang tidak membawa faedah kepada
individu mahupun dalam kehidupan masyarakat seperti perjudian, menjual daging khinzir,
bangkai, berhala dan seumpamanya. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari

dan Muslim yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan rasul-Nya mengharamkan
menjual arak,bangkai, khinzir dan berhala”. Dan riwayat Ahmad yang bermaksud:
“Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu Dia juga telah mengharamkan
keuntungan daripadanya”.
5. Tidak menyebabkan kehilangan hak padanya
Berasaskan perkara ini, Islam telah mengharamkan beberapa bentuk muamalat seperti
al-munabazah, al-mulamasas dan menjual binatang di dalam perut ibunya atau barangan
seumpamanya yang tidak boleh diserahkan. Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan
oleh Muslim bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang daripada almulamasah dan al-munabazah”.
Secara umumnya, al-Munabazah ialah apabila penjual menjual sesuatu barang kepada
pembeli sebelum beliau melihat secara keseluruhan barangan tersebut. Manakala, alMulamasah ialah bermaksud memegang barang dengan tidak melihatnya secara
menyeluruh. Apabila perkara ini terjadi, ia akan memberi kesan kepada pembeli juga
penjual. Kesannya adalah berkemungkinan besar barangan tersebut akan tidak sempurna
pada bentuknya. Daripada Abdullah bin Umar r.a pernah berkata: Daripada Rasulullah
S.A.W bahawa baginda melarang menjual janin dalam kandungan ibunya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
6. Tidak menyebabkan meninggalkan kewajiban lain

5


Islam tidak melarang umatnya melakukan urusan jual beli, tetapi Islam melarang urusan
jual-beli yang boleh melalaikan seseorang. Sebagai contoh, larangan berjual beli setelah
azan Jumaat telah dilaungkan dan meletakkan syarat yang bertentangan dengan ajaran
Islam. Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Jumuah ayat 9
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual
beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat
yang sebenarnya)”.
2.3

(Surah al-Jumuah: 9)

Peranan Muamalat Dalam Pembangunan Ekonomi Islam
Muamalat memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Islam,

pertamanya mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan
berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada
sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Inilah

matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
Kedua, muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang
penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang
tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas. Supaya semua kegiatan ekonomi
yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.
Kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba, rasuah, menipu
atau sebagainya yang dilarang oleh Allah SWT. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda
Rasulullah S.A.W bermaksud: “Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram
kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan
menimpanya”

(Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-

Halim)
Selain itu, bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam
menjalankan suatu amanat Allah SWT. Dalam pada itu, dapat memudahkan manusia untuk
merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhai-Nya. Sekiranya tiada
peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang
6


banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan
orang lain.
Seterusnya, dapat mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan
taraf ekonomi keluarga,masyarakat dan negara serta dapat melahirkan masyarakat yang saling
bekerjasama, tolong–menolong dan bantu-membantu dalam mengerjakan amal kebaikan dan
kebajikan bersama.
Terakhirnya, muamalat juga menghalang daripada perbuatan monopoli kekayaan
hanya pada golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki
harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah
SWT. Dengan itu, semua manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah SWT dengan sama
rata dan juga dapat mengelakkan sikap dengki-mendengki antara satu sama lain.
3.0

Perkaitan Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam Dalam Muamalat
Islam

3.1

Tasawwur Islam sebagai acuan pembangunan Ekonomi Islam


Taswwur islam adalah satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat
islam terutama di Malaysia. Tasawwur bermaksud suatu tanggapan atau persepsi pemikiran
seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah arab yang memberi
maksud antaranya suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan, cuba
memberi gambaran terhadap sesuatu dan memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.
Tasawwur juga menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah taswwur
ini berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawwur di sisi falsafah bermaksud
suatu bentuk pemikiran yang tergambar dalam akal manusia mengenai alam dan kehidupan.
Ahli psikologi bertanggapan bahawa tasawwur ialah gambaran sesuatu perkara di dalam akal
tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.
Terdapat beberapa cubaan untuk memelayukan istilah tasawwur islam seperti
mentakrifkan kepada tasawwur ini adalah suatu pandangan hidup islam yang diambil dari
istilah inggeris Islamic World-View. Walau bagaimanapun Prof. Dr. Harun Din berpendapat
adalah lebih baik istilah Tasawwur Islam dikekalkan mengikut sebutan asal bahasa Arab yang
maksudnya lebih tepat.

7

Tasawwur amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan adalah
lahir dari tasawwurnya terhadap kehidupan ini. Tasawwur yang betul akan melahirkan
tindakan yang betul. Begitu juga jika sebaliknya. Perbezaan tasawwur adalah berpunca
daripada banyak aspek antaranya ialah latarbelakang pendidikan yang mempengaruhi
penguasaan ilmu seseorang terhadap Islam.
Oleh yang demikian, Islam telah memberi perhatian yang berat terhadap pendidikan.
Ini adalah untuk memastikan setiap insan mempunyai tasawwur dan pengetahuan yang jelas
terhadap hakikat kehidupan di atas muka bumi ini.
3.1.1 Perkaitan tasawwur Islam sebagai acuan pembangunan ekonomi Islam
Ekonomi merupakan faktor terpenting dalam pembangunan sesebuah tamadun. Setiap
tamadun mempunyai kegiatan ekonomi masing-masing. Ekonomi memainkan peranan
penting dalam memajukaan sesebuah tamadun dengan menggunakan acuan sendiri.
Pembangunan barat berbeza visi dan misi mereka dalam kegiatan ekonomi.
Mereka mementingkan keduniaan semata-mata. bagi mereka apa jua cara boleh
dilaksanakan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini adalah amat berbeza
dengan cara islam. islam bersifat menyeluruh. Islam mementingkan duniawi dan ukhrawi.
Islam mengseimbangkan diantara keduannya ini. Dalam islam matlamat tidak menghalalkan
cara. Apabila ilmu tassawwur ini benar-benar sebati tertanam didalam hati dan diri setiap
umat islam, segala kegiatan ekonomi akan dijalankan dengan lebih harmoni dan yang pasti
tidak akan berlaku penindasan, pergolakan dan perbalahan.
Kesan tasawwur islam ini didalam pembangunan ekonomi adalah tidak akan berlaku
unsur riba,rasuah dan pecah amanah. Tassawwur seperti yang sedia maklum adalah
pandangan hidup islam. apabila ilmu tasawwur dapat dikuasai didalam diri setiap umat islam
sudah pasti rasuah riba dan pecah amanah dapat dihapuskan. Allah melarang dan
mengharamkan hamba-Nya melakukan riba dan rasuah seperti mana dalam firman Allah
dalam surat Ar-Ruum Allah ta’ala berfirman:
“Dan sesuatu Riba (tambahan) yang kamu berikan agar Dia bertambah pada harta
manusia, Maka Riba itu tidak menambah pada sisi Allah. dan apa yang kamu berikan berupa
zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, Maka (yang berbuat
demikian) Itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).”
(Surah Ar-Ruum: 39)
8

Dari firman Alah ini jelas menyatakan bahawa riba adalah haram disisi islam. segala
apa yang Allah larang ada sebabnya seperti pengharaman riba. Allah mengharamkan riba
kerana riba ini ini menindas umat islam. hal ini kerana riba mengenakan bunga yang tinggi
keatas suatu barangan yang diniagakan. Bukankah ini sudah menjadi suatu kesalahn dan
penindasan terhadap seseorang itu? Sesungguhnya islam itu bersaudara dan mementingkan
persaudaraan. Disebabkan riba ini boleh menyebabkan pergaduhan, penindasan dan
perbalahan.
Seterusnya , apa yang dapat dilihat dari penanaman tasawwur dalam diri adalah gejala
rasuah dapat dielakkan. Seperti yag kita sedia maklum bahawasanya rasuah ini adalah suatu
perbuatan khianat dan jahat yang dilakukan oleh seseorang yang ingin sesuatu itu dengan
jalan yang pintas dan bukan haknya. Apa yang bermain dalam diri seseorang yang
mengamalkan rasuah ini hanyalah keuntungan pada dirinya dan tidak memikirkan nasib
orang lain. Rasuah adalah penyebab keruntuhan sesebuah negara. Contoh yang dapat dilihat
pada dunia sekarang adalah Negara India.
Negara India merupakan suatu negara yang kuat mengamalkan rasuah. Setiap apa
yang ingin dijalankan pasti ada unsur rasuah. Kesan rasuah terhadap negara itu adalah rakyat
tertindas dan orang miskin terus miskin dan orang kaya terus kaya. Rasuah ini juga menjadi
faktor orang luar tidak mahu melabur dalam kegiatan ekonomi sesebuah negara dan
menyebabkan hasil pendapatan negara semakin teruk.
Apabila tasawwur ini dapat di realisasikan oleh umat islam sudah pasti rasuah dapat
dihapuskan. Islam adalah sebuah agama yang syumul dan harmoni mementingkan
kesejahteraan umat. Dalam pembangunan, islam mementingkan agama dari yang lain.
Berbeza dengan barat yang membelakangkan agama dari pembangunan. Barat memisahkan
agama dan jua pembangunan. Islam tidak memisahkan bahkan menjadikan agama adalah
tunjang asas pembangunan. Hasil dari menjadikan agama sebagai asas pembangunan, rakyat
dan

umat

seluruh

alam

pasti

tidak

aka

nada

berlaku

kacau-bilau,

pergaduhan,penindasan,pergaduhan dan sebagainya.
3.2

Manusia sebagai Pelaku Muamalat Islam

Dalam aspek pembangunan Islam, manusia merupakan penggerak utama yang layak untuk
membangunkan sesebuah negara. Hal ini kerana, manusia telah dikurniakan akal fikiran
untuk berfikir dengan sempurna berbanding makhluk lain yang dicipta oleh Allah SWT.

9

Manusia juga telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi, sebagai bukitnya
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya AKU
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi!" Mereka berkata: "Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerusakan di bumi dan
menumpahkan darah; (Mengapa tidak kami saja yang Engkau jadikan khalifah itu), padahal
kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya AKU Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Surah Al-Baqarah: 30)
Manusia sebagai pelaku pembangunan tidak akan terikat dengan aspek-aspek
pembangunan dalam ekonomi sahaja, malah manusia juga turut terlibat dalam mengabdikan
diri kepada Allah SWT. Misalnya, dalam melakukan sesuatu pembangunan ekonomi
bertujuan kerana Allah SWT ataupun niat utamanya adalah untuk mendapatkan keredhaan
Allah SWT.
Dalam konteks pengurusan kewangan Islam pula, muamalat merupakan kaedah yang
bertepatan dengan syariah. Sistem muamalat bertujuan untuk mengendalikan semua perkara
yang berkaitan dengan kewangan yang bermula daripada hal-hal seharian sehingga hal-hal
yang berkaitan Negara misalnya daripada aspek ekonomi, politik dan sosial.
Muamalat merupakan peraturan yang dikurniakan Allah SWT kepada hambanya
dalam melaksanakan urusan hal ehwal kewangan yang bertepatan dengan syariat Islam.
Manusia merupakan penggerak utama yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal
kewangan Islam (muamalat), bersesuaian dengan status manusia yang telah dilantik sebagai
khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini.
Oleh itu, manusia hendaklah mengamalkan sistem muamalat dalam menguruskan hal
ehwal kewangan untuk menjalinkan hubungan yang harmoni sesama manusia disamping
dapat memiliki keredhaan Allah SWT.
3.2.1 Fungsi khusus manusia
Fungsi khusus manusia dalam Islam telah wujud bermula daripada alam roh. Alam
roh merupakan alam perjanjian antara manusia dengan Allah SWT untuk melakukan segala
perintah Allah SWT seperti beribadah kepada Allah SWT dan meninggalkan segala
10

laranganNya. Manusia berjanji di alam roh dan akan membuktikan segala perjanjiannya di
alam dunia. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-A’raff, ayat 172 yang
bermaksud:
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi
mereka dan Allah SWT mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):
"Bukankah aku ini tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi" (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak
mengatakan : "Sesungguh-nya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap
ini (keEsaan Tuhan)"

(Surah al-

A'raff: 172)
Roh dalam konteks Islam terbahagi kepada dua. Pertama, rohul-hayah yang
bermaksud nyawa yang dimiliki oleh setiap makhluk yang hidup termasuk makhluk selain
manusia. Sebagai contoh, haiwan dan jin. Kedua pula ialah rohul-tamayyiz yang membawa
maksud roh yang dibawa oleh manusia. Rohul-tamayyiz memainkan peranan yang sangat
penting merangkumi akal, qalbu dan nafsu.
Peranan utama yang penting dalam diri manusia ialah qalbu, qalbu bermaksud hati
yang ada dalam setiap manusia. Qalbu memainkan peranan dalam mengawal atau menguasai
keimanan seseorang. Terdapat lima tingkatan iman yang dikuasai oleh qalbu, pertama ialah
iman taqlid yang merupakan iman ikut-ikutan, kedua pula ialah iman ilmu yang bermaksud
seseorang yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. Kedua-dua
tingkatan ini merupakan tingkatan iman yang paling rendah.
Ketiga pula ialah iman ayan yang bermaksud seseorangan yang mempunyai ilmu dan
mengamalkannya. Keempat ialah iman haq yang merupakan iman yang benar. Terakhir sekali
ialah tingkatan iman yang paling tinggi iaitu iman hakikat yang merupakan iman para nabi
dan rasul. Manusia sekurang-kurangnya perlu memiliki antara tiga tingkatan iman ini untuk
memelihara keimanannya atau qalbu menguasai dirinya.
Iman sangat berkait rapat dengan nafsu. Jika rendah keimanan seseorang, maka
seseorang itu mempunyai masalah qalbu dan nafsu mula menguasai dirinya. Menurut Islam,
nafsu terbahagi kepada tujuh peringkat yang terdiri daripada nafsu ammarah, nafsu
lawwamah dan nafsu mulhimah. Ketiga-tiga nafsu ini dikira sebagai nafsu yang jahat kerana
ia terdorong dengan dosa-dosa yang dimurkai Allah SWT dan melakukan dosa tersebut tanpa
rasa ingin bertaubat kepada Allah SWT. Sebagai contoh, berjudi.
11

Seterusnya ialah nafsu mutmainnah, nafsu radhiyah, nafsu mardhiyyah dan nafsu
kamilah yang dikira sebagai nafsu yang baik. Sebagai contoh, seseorang itu rasa bersalah
apabila melakukan sesuatu kegiatan yang berdosa seperti mencuri. Segala ini dapat memberi
kesan yang dapat diperhatikan melalui tujuh anggota lahir manusia iaitu mata, telinga, mulut,
tangan, perut, kemaluan dan kaki.
3.2.2 Melaksanakan Muamalat dengan hubungan tiga dimensi
Sebagai pelaku dalam muamalat, manusia seharusnya mempertahankan atau memelihara
hubungan mereka untuk membangunkan negara. Hal ini secara tidak langsung dapat
menjalinkan hubungan yang harmoni antara pencipta dan sesama makhluk. Hubungan tiga
dimensi ini terdiri daripada memelihara hubungan dengan Allah SWT, memelihara hubungan
sesama manusia dan memelihara hubungan sesama alam.
Pertama, memelihara hubungan dengan Allah SWT. Manusia hendaklah memelihara
hubungan dengan Allah SWT dengan cara memperolehi pendapatan atau harta pencarian
yang diredhai Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang sanggup memilih melakukan sesuatu
pekerjaan yang sukar atau memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk memperoleh rezeki
yang halal misalnya bekerja sebagai tukang kebun. Pekerjaan ini secara tidak langsung dapat
memelihara hubungan dengan Allah SWT walaupun bayaran yang dimiliki sedikit.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya den
belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah)
yang menjadikan kamu menguasainya sebagai wakil, maka orang yang beriman antara kamu
serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap
beroleh pahala yang besar"

(Surah Al-Hadid: 7)

Kedua ialah memelihara hubungan sesama manusia. Sesetengah pendapat mengatakan
bahawa, menjaga hubungan sesama manusia lebih sukar berbanding menjaga hubungan
dengan Allah SWT. Sebagai contoh dalam perniagaan kedai runcit, seorang pengusaha yang
merupakan rakan kita terasa hati dengan perbuatan kita yang meletakkan harga barangan
lebih rendah berbanding harga barangan di kedainya dan menjadikan pembeli di kedainya
semakin berkurangan. Perkara ini membuatkan hubungan kita dan pengusaha itu semakin
renggang dan terputus kerana perbuatan kita yang mementingkan diri.
Oleh itu, kita hendaklah membantu antara satu sama lain untuk memelihara hubungan
sesama manusia. Sebagai contoh, meletakkan harga yang sama agar keadilan terhasil dalam
12

perniagaan tersebut. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa tidak berasa belas kasihan sesama manusia, Allah pasti tidak akan menaruh
belas kasihan kepadanya."

(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Ketiga, memelihara hubungan dengan alam. Penjagaan alam sangat penting dalam
kehidupan, hal ini kerana apabila berlaku suatu pencemaran pasti kesannya akan terkena pada
manusia juga. Berkaitan dengan aspek muamalat, manusia sebagai pelaku seharusnya tidak
terlalu mengejar keuntungan sehingga merosakkan flora dan fauna. Sebagai contoh,
melakukan aktiviti pembalakan secara besar-besaran bertujuan untuk membina pencakar
langit demi mendapatkan hasil wang yang lumaian.
Menurut Callicott (2000), jalan terbaik untuk mengatasi masalah alam sekitar adalah
dengan mengubah sikap dan amalan seharian masyarakat dari berfokuskan kepentingan diri
kepada berfokuskan alam sekitar. Oleh itu, manusia hendaklah menyedari bahawa hidupan
lain di muka bumi ini juga perlu hidup dengan aman dan tenteram. Sebagai contoh haiwan
liar seperti harimau yang semakin terancam akibat perbuatan manusia sendiri. Sepertimana
sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah
melantik kamu sebagai pengurusnya. dia melihat apa yang kamu lakukan.”

(Hadis

Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, berperanan sebagai khalifah Allah SWT dan wakil Allah SWT di
atas muka bumi ini, manusia perlu mewujudkan hubungan serta berinteraksi sesama manusia
dan menggunakan sumber alam dengan memupukkan rasa tanggungjawab, amanah,
berakhlak dan penuh etika. Bersesuaian dengan perkataan “hablum-minallah” dan “hablum
minannas”. Manusia seharusnya tidak putus asa untuk mengeratkan hubungan dengan Allah
SWT disamping menghubungkan diri sesama manusia dan sumber-sumber alam.
3.2.3 Kesan sekiranya Muamalat yang dijalankan tidak mengikut Syariat Islam
1.
2.
3.
4.
5.

Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan
Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman
Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri
Mendapat harta dengan cara yang tidak halal
Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan

membazir
6. Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas
orang lain demi kepentingan sendiri

13

3.3

Skala waktu Muamalat Islam
Secara asasnya, skala waktu pembangunan berteraskan Islam meliputi tiga alam iaitu

alam roh, alam dunia dan alam akhirat. Alam roh adalah alam pertama yang akan dilalui
pelaku muamalat dan ketika di alam ini berlakunya proses penyaksian dan pengiktirafan
Allah SWT sebagai Tuhan Sekalian Alam. Firman Allah SWT dalam Surah al-A`araf ayat
172 bermaksud:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi
terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan
kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah
lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”

(Surah

al-A`raaf: 172)
Di alam ini juga manusia telah mengangkat sumpah dan menerima tugas sebagai
hamba dan khalifah (wakil Allah) hidup di muka bumi. Sepertimana firman Allah SWT
dalam Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan
Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”.
Selepas alam roh, manusia akan pergi ke alam dunia iaitu alam yang berlakunya
segala urusan seperti politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Ketika di alam dunia inilah
berlakunya pembuktian manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi dan
begitu juga dengan urusan muamalat sebagai asas pembangunan ekonomi Islam.
Sebagai contoh, apabila pelaku muamalat tidak berjaya melaksanakan muamalat
dengan mengikut Syariat Islam yang sebenar, maka secara tidak langsung perkara ini
sebenarnya menunjukkan bahawa pelaku tersebut telah gagal menyempurnakan tugas sebagai
hamba dan khalifah Allah SWt seperti yang dijanjikan ketika di alam roh. Hal ini kerana,

14

muamalat ialah tatacara atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT agar manusia
dapat melaksanakan urusan ekonomi dengan mengikut Syariat Islam yang sebenar.
Isu yang berlaku hari ini, kebanyakan urusan muamalat dilaksanakan dengan tidak
mengikut Syariat Islam yang sebenar. Hal ini kerana, dalam Islam jelas telah mengharamkan
perbuatan riba, tetapi pada hari ini dalam urusan perniagaan riba masih lagi berlaku walaupun
dalam kadar yang kecil. Islam telah menjelaskan bahawa amalan riba adalah hukumnya
haram maka sudah pasti hukum riba tetap haram sehingga hari kiamat.
Jika diteliti, hari ini kebanyakan bank Islam juga masih berlakunya amalan riba
walaupun dalam kadar yang kecil berbanding bank-bank konvensional lain. Amalan ini
sebenarnya tidak memberi kesan positif walau sedikit pun terhadap perkembangan
pembangunan ekonomi Islam, sebaliknya lebih banyak memberi kesan negatif terhadap
pembangunan ekonomi Islam.
Hal ini kerana, matlamat utama pembangunan ekonomi Islam adalah untuk mendapat
keredhaan Allah SWT. Apabila amalan riba masih wujud dalam muamalat, secara tidak
langsung akan memberi impak terhadap perkembangan pembangunan ekonomi Islam. Dalam
pada itu, berkemungkinan besar redha Allah SWT juga jauh dalam segala urusan
pembangunan ekonomi tersebut.
Alam akhirat adalah alam pembalasan dan alam terakhir kepada semua pelaku
muamalat. Alam pembalasan yang dimaksudkan ialah pembalasan segala perbuatan pelaku
muamalat ketika berada di alam dunia. Jelaslah bahawa alam akhirat adalah alam
kesinambungan dari alam dunia dan penentuan sama ada manusia masuk ke dalam syurga
atau neraka.
Oleh itu, jelaslah bahawa ketiga-tiga alam ini saling berkait-rapat antara satu sama
lain. Begitu juga dengan perkembangan pembangunan ekonomi Islam saling bergantung
dengan perlaksanaan muamalat yang dilakukan. Apabila muamalat tidak dilakukan dengan
betul mengikut Syariat Islam, maka secara tidak langsung akan merosakkan pembangunan
ekonomi Islam kerana pendapatan yang batil.

3.4

Ilmu Fardhu ‘Ain Sebagai Asas Muamalat Islam

15

Prinsip yang seterusnya ialah fardhu ‘ain sebagai asas pembangunan ekonomi islam. Fardhu
‘Ain bermaksud semua perkara yang diwajibkan oleh setiap muslim. Jika tidak
melakukannya ia dikira berdosa. Contonhya, solat, puasa, zakat dan sebagainya. Manakala
ardhu kifayah bermaksud cukup sebahagian daripada umat Islam yang melakukannya. Seperti
solat Jenazah.
Ilmu fardhu ‘ain terbahagi kepada tiga jenis iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawwuf.
Tauhid menceritakan tentang akidah yang berkaitan tentang maha pencipta. Di dalamnya juga
terselit tentang perihal rukun Islam dan rukun iman. Ilmu Fekah pula berkaitan dengan
syariat. Ia terbahagi kepada empat bahagian. Ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Akhir
sekali Tasawwuf yang berkaitan dengan akhlak, mahmudah dan mazmumah.
Kesemua aspek ini perlu ada dalam proses untuk menjayakan pembangunan islam ini.
Misalnya di dalam perniagaan. Allah Taala yang mengurniakan rezeki kepada hambanya iaitu
akidah. Mengetahui hukum halal dan haram yakni fekah dan barang yang hendak diniagakan
iaitu tasawwuf. Kesemua ini merupakan sebahagian daripada ilmu fardhu ‘ain yang perlu
dalam melaksanakan pembangunan ekonomi islam.

3.4.1 Kesan Mengamalkan Fardhu ‘Ain Dalam Muamalat
Mengamalkan fardhu ‘ain adalah wajib bagi setiap muslim dan dikira berdosa jika tidak
mengamalkannya. Secara ringkasnya tujuan ilmu fardhu ini adalah untuk kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat di samping untuk mendapat keredhaan Allah Taala. Berikut adalah kesan
mengamalkan ilmu fardhu ‘ain di dalam muamalat.
1. Perniagaan yang berlandaskan syariat Islam.
Berbeza dengan perniagaan jenis konvensional yang hanya mementingkan keuntungan
semata-mata tanpa memikir tentang hal halal dan haram. Sebaliknya, mereka menindas
kepada para pembeli seperti dengan menaikkan harga barang sesuka hati. Islam pula telah
menggariskan panduan yang sempurna dalam hal-hal yang berkaitan dengan jual beli.
Semasa proses menjual dan membeli Islam telah menetapkan beberapa syarat. Syaratsyaratnya ialah mesti ada penjual, pembeli, ijab qabul dan barang yang hendak diniagakan.
Kesemua syarat ini adalah untuk melindungi dan menghindarkan diri daripada unsurunsur tersembunyi seperti penipuan, riba’ dan sebagainya. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah
16

di dalam surah Al-baqarah ayat 275 bermaksud:“Dan Allah menghalalkan jual-beli dan
mengharamkan riba”
2. Mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT
Allah berfirman di dalam surah Al-Dhariyat Ayat 56 bermaksud: “Tidaklah aku
menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada ku.”
Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa tujuan utama manusia diciptakan di muka
bumi ini adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Taala. Caranya adalah
dengan melaksanakan segala perintah dan suruhannya. Yakni fardhu ‘ain. Dengan ini nescaya
kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah sepertimana firmannya di dalam surah
Saba’ ayat 34. Maksudnya: “Sungguh, bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Allah) di
tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada
mereka dikatakan), "Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan
bersyukurlah kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhanmu)
adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.”
Kesimpulannya, segala syariat yang terkandung di dalam Al-quran dan As-sunnah adalah
untuk kemaslahatan umat manusia dan bukannya untuk membebankan dan menyusahkan
mereka. Di dalamnya banyak mengandungi hikmah dan kelebihannya yang masih kita tidak
ketahuinya.
Jika dilihat melalui kesan pengamalan ilmu fardhu ‘ain kepada mualamat dalam
pembangunan ekonomi islam lebih banyak kelebihannya jika dilihat kepada kesan
mengamalkannya. Sebaliknya, jika tidak mengamalkannya lebih banyak keburukan yang
akan menimpa. Benarlah, bahawa islam adalah agama yang syumul dan sesuai digunakan
oleh semua orang.
3.5

Ibadah sebagai perkaedahan Muamalat Islam
Setiap hamba Allah SWT mestilah meyakini Allah SWT merupakan Pencipta serta

Pentadbir seluruh alam di mana Dia lah merupakan Tuhan yang Satu (wahid), tunggal, Esa
dan tiada Tuhan selain Dia. Selain itu, sebagai seorang khalifah atau hamba yang telah
diamanahkan bagi memakmurkan bumi dan seluruh isi alam mestilah mengabdikan diri
kepada Allah dan ianya haruslah dibuktikan melalui ibadah. Justeru, ibadah adalah satu aspek
terpenting yang diambil kira dalam melaksanakan pembangunan berteraskan Islam, sekiranya

17

sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak mengikuti syariat, maka sesuatu
pembangunan itu dianggap gagal.
Dalam konteks ibadah terbahagi kepada tiga iaitu ibadah asas, amalan-amalan utama
(fadho-ilul-iman) dan ibadah umum. Ibadah asas merangkumi ibadah wajib dilaksanakan
oleh setiap manusia, seperti sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji bagi yang berkemampuan dan sebagainya. Dengan
melaksanakan ibadah asas ini, maka terbentuklah satu hubungan menegak atau
hablumminallah iaitu hubungan di antara hamba dengan Pencipta. Maka, tertegaknya
hubungan sang hamba dengan Pencipta, maka secara tidak sedar manusia telah
membangunkan kerohanian dalam diri mereka.
Kedua, amalan-amalan utama (fadho-ilul-iman) merupakan satu bentuk ibadah yang
tidak wajib ke atas manusia sebagaimana ibadah asas tadi tetapi ianya merupakan salah satu
ibadah yang sangat digalakkan dalam diri setiap umat manusia sebagai mengukuhkan
keimanan seseorang yang fitrahnya iman sentiasa menaik dan menurun serta bertambah atau
berkurang. Selain itu, ibadah ini juga merupakan sebagai ibadah tambahan bagi menampung
kekurangan atau ketidaksempurnaan serta mencantikkan ibadah asas yang telah dikerjakan
bertujuan mendapat rahmat dan redha dari Allah Azza Wa Jalla. Misalnya, melaksanakan
solat-solat sunat, bersedekah, bersedekah, berselawat dan sebagainya.
Ketiga, ibadah umum pula merujuk kepada fardhu kifayah di mana ianya merupakan
satu ibadah yang diwajibkan pada golongan tertentu sahaja , misalnya munakahat, muamalat,
ekonomi, politik, perundangan dan sebagainya. Apabila ibadah umum ini ditegakkan, maka
tertegaklah hubungan antara manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan
sumber alam (hablumminannas), natijah daripada itu, maka tertegaklah pembangunan
material dan fizikal.
Seterusnya, sesuatu pembangunan itu mungkin tidak akan diterima oleh Allah SWT
sekiranya perkaedahannya tidak menepati dan melanggar syariat, bagi menjayakan sesebuah
pembangunan berlandaskan Islam, maka ibadah-ibadah tadi perlulah diusahakan serta
dijalankan dengan bersungguh-sungguh.
Kaedah ibadah asas dan juga amalan-amalan utama yang membawa unsur kerohanian
serta mengandungi nilai tasawwuf, fekah dan fardhu ain serta fardhu kifayah . Misalnya,
apabila seseorang mengerjakan sembahyang, berpuasa dan melaksanakan haji, ianya mestilah
dilakukan secara bersepadu kerana ianya merupakan tunjang kepada ketauhidan kepada Allah
18

SWT yakni meyakini Allah SWT sebagai Allah yang Esa serta mempupuk nilai seorang
hamba yang kerdil dalam diri. Selain itu, nilai fekah pula mencerminkan garis panduan
seorang Muslim dalam melayari kehidupan berterasakan peraturan-peraturan, manakala, nilai
tasawwuf pula menentukan kekusyukan seorang hamba terhadap ibadah yang dikerjakan.
Dalam ibadah umum pula terdapat lima syarat iaitu pertama, mestilah niat kerana
Allah SWT, kedua isinya tidak bertentangan dengan syariat Allah SWT,ketiga pula setiap
pelaksanaanya mestilah menurut syariat , manakala keempat natijah atau kesannya tidak
bertentangan dengan syariat dan yang kelima ibadah-ibadah asas tidak ditinggalkan. Justeru,
dapat dilihat bahawa pentingnya tertegaknya hubungan hamba atau manusia dengan Allah
SWT serta hubungan mendatar iaitu hubungan manusia dengan makhluk Allah SWT serta
sumber alam

yang lain kerana ianya merupakan titik mula kejayaan pembangunan

berteraskan rohani, material dan fizikal.
3.5.1 Pelaksanaan Waqaf sebagai cadang Muamalat
a) Konsep waqaf
Waqaf merupakan satu amalan sunat yang digalakkan serta wajib dilaksanakan apabila
dibuat dengan wasiat. Oleh kerana umat Islam mahu berwakaf kerana ingin mendapatkan
keredhaan Allah , maka waqaf merupakan satu mekanisme perkongsian harta kekayaan
seseorang dengan orang lain. Dalam ekonomi, wujudnya golongan yang menagih semula
harta kekayaan kepada orang lain, sangat penting kerana ia membantu mencapai ekonomi
pembangunan negara.
Dari segi bahasa, waqf membawa erti berhenti, menegah dan menahan, manakala ulama’
fekah pula mendefinikan ianya sebagai al-habs yakni menahan kerana perkataan al-habs
banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW. Menurut syarak pula, waqaf merupakan satu bentuk
penyerahan harta dalam bentuk sorih (terangan) dan kinayah (sindiran), di mana harta
berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diambil serta diaplikasikan sebagai
tujuan kebajikan dalam bentuk umum mahupun khusus. Manakala, menurut istilah pula,
waqaf merupakan menahan sesuatu harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh orang lain di
mana harta yang hendak diwakafkan mestilah berada dalam keadaan yang baik, kekal serta
bertujuan sebagai mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Pewakaf atau dalam bahasa Arab disebut sebagai waqif tidak mempunyai apa-apa hak
lagi terhadap barang yang diwakafkan .
19

b) Bentuk-bentuk Waqaf
Wakaf terbahagi kepada dua jenis bentuk perwakafan iaitu wakaf am dan juga wakaf
khas. Wakaf am merupakan mana-mana harta wakaf yang dibuat untuk tujuan-tujuan
kebajikan atau khairat umum tanpa menentukan keuntungan khusus. Misalnya, perwakafan
ini boleh diaplikasikan sebagai tujuan meningkatkan taraf imej Islam dan masyarakatnya,
sebagai contoh, seseorang yang berwaqaf tanahnya untuk umat Islam secara umum dan
bertujuan kebajikan di mana pewakaf tidak meletakkan sebarang syarat kepada harta yang
diwakafkan.
Wakaf khas pula menunjukkan situasi di mana pewakaf berhak menentukan wakaf yang
dibuat atas dasar tujuan tertentu atau khusus ataupun keuntungan tertentu. Misalnya, seorang
pewakaf akan menetapkan

kepada siapakah wakafnya dibuat atau tujuan apakah atau

manakah wakafnya akan diaplikasikan. Contohnya, pewakaf mewakafkan tanah untuk
dijadikan sebagai tanah perkuburan ataupun mewakafkan tanahnya untuk kegunaan orang
miskin.
c) Rukun Waqaf
Bagi pewakaf atau waqif adalah disyaratkan pewakaf mestilah seorang yang merdeka, baligh,
berakal serta berkelayakan untuk bersedekah harta miliknya. Pewakaf juga mestilah sukarela
dan reda mewakafkan harta miliknya.
Penerima wakaf pula merupakan golongan yang khusus ditentukan oleh pewakaf
sama ada orang yang akan menerima wakaf itu seorang atau bilangan yang ramai. Sekiranya
pewakaf inginkan penerima wakaf merupakan masyarakat umum, maka pewakaf tidak perlu
menetapkan penerima khusus, contohnya, mewakafkan kepada golongan tertentu seperti
golongan fakir atau umat Islam.
Selain itu, harta yang diwakafkan mestilah berbentuk objek seperti mewakafkan
sebuah rumah di mana adalah disyaratkan juga harta yang hendak diwakafkan hendaklah
milik pewakaf serta memberi faedah dan manfaat serta boleh dipindah milik. Disamping itu,
lafaz wakaf yang digunakan dalam proses da keadah perwakafan ini mestilah menggunakan
lafaz sorih dan kinayah iaitu secara terang-terangan atau sindiran. Bagi lafaz sorih, lafaz yang
hendak dilafazkan membawa maksud tertentu sahaja seperti “ Aku mewakafkan rumahku ini
kepada fakir miskin”, manakala, lafaz kinayah pula membawa banyak maksud seperti
“Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.
20

Terdapat dua kategori harta yang boleh diwakafkan iaitu harta tak alih ( ‘aqar atau
immovables) dan harta alih (manqul atau moveables). Harta tak alih kebiasaanya merujuk
kepada harta yang banyak diwakafkan sejak zaman Baginda SAW yang merupakan amalan
tradisi ketika itu kerana ianya bersifat kekal serta menepati kriteria dan ciri terpenting di
mana ianya wujud satu elemen kekal pada asset tersebut serta manfaat harta yang boleh
diwakafkan.
Manakala, harta alih pula merujuk kepada bentuk objek yang sentiasa bergerak atau
mengalir dan bersifat tidak kekal misalnya, wang, buku ,sejadah dan sebagainya. Namun,
tidak semua ulama’ berpandangan bahawa ianya boleh diwakafkan kerana elemen kekal tidak
wujud dalam aset yang diwakafkan. Misalnya, asset berbentuk wang, saham boleh
diwakafkan dengan cara berniat menukarkannya kepada bentuk harta kekal atau harta tak alih
sebagai pelaburan yang dibenarkan Islam.
d) Perkaitan Ibadah
Seperti apa yang telah dibincangkan tadi, dengan melaksanakan wakaf sebagai cabang
muamalat dan merupakan bidang ilmu fardhu kifayah,secara tidak langsung, akan dapat
menegakkan serta membangunkan hubungan material dan fizikal serta ia juga mampu
memberikan keuntungan kepada manusia yang memberi dan menerima manfaat contohnya
pelaksanaan wakaf yang hakikatnya penting dalam dunia pembangunan Islam. Justeru, secara
tidak sedar ianya memberikan dan membuktikan tentang kepentingan di antara hubungan di
antara ketiga-tiga ibadah tadi, maka apabila terlaksananya satu pembangunan yang
berteraskan Islam selain daripada memberi manfaat kepada orang lain, maka, keredhaan
Allah jua pasti akan mengiringi setiap pembangunan dan pelaksanaanya yang dibawa.
3.6

Sumber alam sebagai alat Muamalat
Secara asasnya, sumber alam adalah sumber utama dalam pembangunan ekonomi

Islam. Fungsi sumber alam adalah untuk kegunaan manusia dalam memenuhi segala
keperluan asas mereka. Penciptaan sumber alam berkait dengan keimanan dan ketakwaan
pelaku muamalat terhadap Allah SWT. Hal demikian dikatakan kerana Allah SWT adalah
pencipta segala sumber alam sama ada didalam perut bumi mahupun segala yang ada
dilangit.
Buktinya disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud: “Dialah yang
menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai
21

bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu
dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu;
maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua
mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”
Ayat lainnya dalam surah yang sama bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan
untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah
(bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Surah al-Baqarah:

29)
Jelaslah bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak segala sumber alam yang ada
didunia ini. Seharusnya pelaku muamalat mengetahuinya agar mereka sentiasa berserah diri
kepada Allah SWT dan menjadikannya lebih beriman dan patuh kepada-Nya serta tidak
menggunakan segala sumber alam yang ada kepada perkara yang tidak mendatangkan
manfaat kepada seluruh pelaku muamalat.
Umumnya, kemahuan pelaku muamalat adalah tidak terhad disebabkan dorongan
nafsu jahat yang berjaya menguasai jiwanya. Dengan penerapan prinsip Allah SWT adalah
pencipta sumber alam dan segala apa yang dilakukan pelaku muamalat terhadap sumber alam
akan dipertanggungjawabkan kelak oleh Allah SWT. Secara tidak langsung jiwa pelaku
muamalat pastinya akan dapat dikawal daripada hasutan nafsu jahat.
Oleh itu, pelaku muamalat seharusnya menggunakan setiap sumber alam yang ada
mengikut etika serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Syariat Islam. Dalam konteks
pembangunan ekonomi Islam, muamalat adalah peraturan atau tatacara pelaku pembangunan
ekonomi agar segala urusan yang berkaitan penggunaan sumber alam dilaksanakan dengan
jalan yang betul mengikut Syariat Islam.
Dalam pada itu, sumber alam juga haruslah digunakan mengikut kaedah yang betul
iaitu hendaklah digunakan untuk memenuhi keperluan dharuri. Keperluan dharuri bermaksud
keperluan asasi manusia seperti pakaian, makanan dan lain-lain. Kaedah kedua iaitu
memenuhi keperluan hidup seperti kenderaan, barangan dapur dan bermacam lagi keperluan
manusia.
Isu yang berlaku dalam muamalat adalah sumber alam digunakan pada perkara yang
tidak mendatangkan manfaat kepada pelaku muamalat. Sebagai contoh, buah-buahan telah
22

diproses untuk dijadikan arak. Perkara ini mendatangkan mudharat kepada manusia kerana
arak akan menyebabkan banyak kesan terhadap kehidupan manusia.
Jelaslah apabila syariat Islam dijadikan asas utama dalam urusan muamalat, sudah
pasti perkara-perkara khilaf tidak akan berlaku sepanjang urusan muamalat berlangsung. Hal
ini kerana syariat Islam itu jelas tidak ada kecacatan padanya dan sebagai panduan dalam
kehidupan manusia untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

3.7

Prinsip Ketujuh: Marhatillah sebagai matlamat utama Mualamat Islam

Islam sangat menggalakkan setiap manusia berusaha dan bekerja keras mengaut seberapa
banyak harta dunia yang mereka inginkan. Tetapi Islam melarang perbuatan menganiayai
orang lain. Islam juga mengharam perbuatan mencuri, merompak, amalan riba, rasuah,
sorong barang dan lain-lain supaya harta hanya dikumpul dengan cara yang baik sahaja.
Selain iman, Islam sendiri adalah suatu aturan yang wajib ditaati oleh tiap-tiap orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Islam telah menetapkan peraturan-peraturan
ketika berniaga, berjual beli dan bermuamalat sesama manusia. Jika semua manusia ikut
sepenuhnya syariat Islam, pasti tidak akan berlaku penindasan sama ada ke atas penjual
ataupun pembeli. Kedua-dua akan mendapat manfaat daripadanya.
Pertama, Islam menetapkan peraturan terhadap perkara-perkara yang tidak dibenarkan
dalam urusan jual beli, sama ada bara