Perkembangan Bahasa kebangsaan di Malays

1

1.0 PENGENALAN
Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu medium kearah penyatuan dan
pembangunan negara bangsa Malaysia. Bahasa Kebangsaan telah mengalami
perkembangan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga
kini. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang bertepatan
dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menyatakan bahawa
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan baahsa rasmi bagi persekutuan.1
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang
ulung dan menjadi Lingua Franca dalam urusan perdagangan dan pemerintahan di
Kepulauan Melayu sejak berabad lamanya.2
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah berdasarkan kepada
beberapa sebab. Antaranya ialah kerana Tanah Melayu adalah negeri bagi orang
Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda bagi Tanah Melayu, Bahasa Melayu
adalah bahasa perantara bagi negeri-negeri di negeri ini, bahasa Melayu adalah bahasa
yang mudah dan sebagainya. Pendapat ini diutarakan oleh Za’ba dalam tulisannya
“Bahasa Kebangsaan Malaya Sa-Lapas Merdeka” yang menyenaraikan mengenai
sebab-sebab mengapa bahasa Melayu perlu dipilih menjadi bahasa kebangsaan di
negara Malaysia.3 Namun, terdapat pelbagai cabaran dalam reaksi terhadap
pengiktirafan tersebut. Penggunaan bahasa kebangsaan adalah penting kearah proses

pembentukan negara bangsa yang berjaya. Hal ini kerana bahasa adalah alat
penyatuan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan merupakan suatu bentuk penyelarasan bahasa di negara
ini. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga perlu dipertahankan
kerana bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa maka hilanglah bangsa

1 Syarifah Darmia, Perjuangan dan Cabaran Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di Malaysia 1957-1966,
Jurnal Sejarah, Pusat Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm., 123-124.
2 Adnan Nawang, Memoir Za’ba, Ipoh: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm., 23.
3 Sayrifah Darmia, Cabaran dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Bidang Pentadbiran dan
Pendidikan di Malaysia, 1957-1966, Jurnal Sejarah, Pusat Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 2013,
hlm., 307.

2

2.0 KONSEP NEGARA BANGSA MELALUI BAHASA KEBANGSAAN
Konsep “negara bangsa” atau “Nation State” sering kedengaran dalam usaha kearah
pembentukan penyatuan dan hala tuju pembangunan negara terutamanya selepas
sesebuah negara mencapai kemerdekaan termasuk negara Malaysia. Pembinaan
negara bangsa dalam kerangka Malaysia masih lagi didalam persoalan dan masih lagi

perbahasan dalam kalangan sarjana. Dalam pada itu, negara masih lagi berusaha
untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal dan sempurna. Usaha-usaha
kearah pembentukan negara bangsa yang sempurna dan ideal ini telah dilakukan oleh
pihak kerajaan. Namun, pelbagai cabaran dan halangan terpaksa dihadapi apatah lagi
negara ini mempunyai pelbagai kaum yang menyebabkan sentimen perkauman masih
lagi dimainkan oleh sesetengah pihak yang pada akhirnya akan membantutkan proses
pembentukan negara bangsa yang ideal.4
Malaysia pada hari ini masih lagi tercari-cari akan identiti bangsanya yang
tersendiri walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 58 tahun yang lalu.
Kegagalan dalam membentuk suatu identiti negara ini menjadi isu hangat antara
pelbagai pihak. Sebenarnya, Proses pembinaan negara dilihat adalah sebuah proses
yang panjang dan tidak akan pernah selesai. Proses pembinaan negara bangsa
memerlukan penyatuan unsur penting dalam negara, individu dan bangsa seperti
bahasa, budaya, politik, tujuan atau wawasan, perpaduan dan kesetiaan terhadap
negara itu sendiri. Jika unsur-unsur ini dapat disatukan dan dilaksanakan, maka akan
dengan mudah proses pembinaan negara bangsa itu dapat dilakukan. Pembinaan
negara bangsa merupakan keinginan negara untuk mencipta kesatuan, integrasi dan
identiti nasional.5
Bahasa merupakan salah satu daripada unsur penting kearah pembentukan negara
bangsa Malaysia yang ideal dan jitu tersebut. Bahasa dilihat berfungsi sebagai alat

penyatuan bangsa dalam pelbagai aspek sama ada dari aspek politik dan pentadbiran,
perundangan, pendidikan dan sebagainya. Penyelarasan bahasa adalah amat penting
bagi membentuk satu unsur dan tujuan dalam sesebuah negara untuk mencapai
sesebuah negara bangsa yang unggul. Bahasa yang digunakan juga adalah merupakan
4 Mohamad Rodzi, Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dalam (Jebat) 36, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009, Hlm., 93.
5 Chew Fong Peng, Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan Sastera, Jurnal Pengajian Melayu
Jilid 17, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, 2006, hlm., 137-138.

3

kepada sesebuah identiti negara bangsa. Untuk menjamin agar bahasa Melayu kekal
menjadi bahasa kebangsaan negara, maka Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah
diperkenalkan. Pelaksanaan dasar bahasa ini adalah penting bagi menyelaraskan
penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan pentadbiran awam, bidang kehakiman,
bidang perundangan, bidang pendidikan seperti di sekolah rendah dan menengah dan
institusi pengajian tinggi.6
Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, proses kearah
pembentukan negara bangsa melalui bahasa sering menjadi polemik dan mempunyai
cabarannya yang tersendiri. Walaupun bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa

kebangsaan atau bahasa rasmi persekutuan, tetapi kenyataannya adalah agak sukar
bagi negara untuk mencapai kata sepakat akan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
menimbulkan pelbagai isu, reaksi dan cabaran daripada bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa rasmi dunia serta terdapat juga beberapa pihak yang agak kurang
senang terhadap pengiktirafan ini.7 Perkara ini telah menghantui negara sejak ia
diumumkan dan menjadi sebuah isu yang kontroversial sehingga kini. Ini
menunjukkan bahawa Malaysia masih lagi menghadapi kecelaruan identiti terutama
kearah pembentukan negara bangsa yang sempurna.
Jadi, dapatlah dikatakan bahawa dalam mencapai sebuah negara yang unggul,
negara perlulah melalui proses pembinaan negara bangsa yang mempunyai pelbagai
unsur penting didalamnya seperti bahasa yang menjadi salah satu perkara penting
yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Walaupun terdapat pelbagai
cabaran dalam mencari identiti kearah pembentukan negara bangsa melalui bahasa
ini, pelbagai pihak terutamanya pihak pemerintah dan masyarakat perlu berusaha
sedaya upaya dalam mempertahankan bahasa kebangsaan dan meyakinkan
masyarakat mengenai kepentingan bahasa kebangsaan dalam proses pembinaan
negara bangsa Malaysia yang unggul.

3.0 PERJUANGAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN


6 Chew Fong Peng, 2006, hlm., 140.
7 Syarifah Darmia, 2013, hlm., 125.

4

Dalam menggerakkan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai salah
satu daripada unsur penting kearah pembinaan negara bangsa, sudah pastilah
semangat dan kesedaran awal terhadap perkara ini perlu dititik beratkan. Perjuangan
awal dalam memartabatkan bahasa kebangsaan telah muncul sejak awal pembentukan
negara bangsa Malaysia. Perjuangan ini telah dipelopori oleh golongan atau individu
tertentu, pertubuhan atau persatuan atau kelompok masyarakat yang telah mempunyai
kesedaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar ia terus subur dan dapat
dipertahankan walau terdapat pelbagai cabaran yang menghantuinya. Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini telah disepakati dalam
perjanjian kemerdekaan dan seharusnya tidak ada apa yang harus dikhawatirkan lagi.8
Perjuangan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan ini dimulai dengan peranan
kerajaan itu sendiri. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1959 telah
mengadakan sebuah kerjasama bahasa antara Malaysia dengan Indonesia melalui
Perjanjian Persahabatan dengan mengambil kira perkembangan pesat bahasa

Indonesia selepas republik itu mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 berbanding
Malaysia yang mencapai kemerdekaan yang agak lambat iaitu pada 1957 selain
terdapat tentangan dalaman dalam merealisasikan hasrat ini. Oleh itu, Malaysia telah
merujuk Indonesia yang dilihat lebih maju dari segi kebahasaan demi memartabatkan
bahasa Melayu di Malaysia. Tun Abdul Razak yang memegang jawatan Timbalan
Perrdana Menteri ketika itu telah menandatangani perjanjian ini dengan Ir. H.
Djuanda yang memegang jawatan Perdana Menteri Indonesia. Untuk itu, mahasiswa
Malaysia telah dihantar ke Universiti Indonesia untuk mengikuti pengajian dalam
bidang bahasa dan kesusasteraan.9 Jadi, jelas menunjukkan bahawa kerjasama
Malaysia Indonesia telah dilaksanakan bagi memperjuangkan penggunaan bahasa
kebangsaan berpandukan negara Indonesia yang dilihat lebih matang dalam soal
bahasa ini demi mengukuhkan pembinaan negara bangsa melalui bahasa.
Selain itu, kerajaan melalui dasar bahasa telah melindungi dan memelihara
bahasa kebangsaan. Dasar bahasa dibentuk bagi menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai alat perpaduan bangsa atau negara, untuk menyelesaikan masalah kecekapan
komunikasi di peringkat pentadbiran negara serta untuk menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai alat kemajuan bangsa atau negara. Dalam kaedah politik ini,
8 Chew Fong Peng, 2006, hlm., 140.
9 Asmah Omar, Muafakat Bahasa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm., 3


5

dapatlah dilihat bahawa semangat nasionalisme Melayu memainkan peranan penting
dalam usaha untuk memperjuangkan bahasa kebangsaan bagi menggantikan bahasa
inggeris selepas negara mencapai kemerdekaan.10
Perjuangan untuk memartabatkan bahasa melayu dalam konteks dasar bahasa
adalah seperti bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa tujuan rasmi
kerajaan, bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk peperiksaan PMR
dan SPM, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama institusi pengajian tinggi
dan sebagainya. Inilah antara isi kandungan yang terkandung dalam dasar bahasa di
Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Bahasa

Kebangsaan

1967

sehingga

kepada Akta


Pendidikan

1996

bagi

memperjuangkan bahasa kebangsaan di negara ini.
Selain itu, perjuangan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dapat dilihat
melalui penubuhan institusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perkara ini telah
dinyatakan dalam Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978),
Pindaan dan Perluasan 1995 dan Akta A 930 (PIPP 2006-2010). Peranan DBP adalah
jelas untuk memperkasa dan memartabatkan bahasa kebangsaan agar ia terus subur di
negara ini seperti menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan dan
menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul. DBP misalnya telah
melaksanakan program pemerkasaan di semua peringkat lapisan masyarakat. Hal ini
dapat dilihat apabila DBP telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan membentuk Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Melayu
bagi melihat proses pengajaran dan pembelajaran disekolah-sekolah untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan.11

Kerjasama DBP dengan KPM juga terserlah apabila kurikulum Bahasa Melayu
telah diperkenalkan pada tahun 2003 bagi mensasarkan murid dapat menguasai
kemahiran asas mendengar, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik
di peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam pada itu, kurikulum bahasa
Melayu juga berperanan sebagai wadah untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui
sastera apabila pelbagai pertandingan seperti pertandingan menulis esei, cerpen, puisi
10 Chew Fong Peng, 2006, hlm., 141
11 A. Aziz Deraman, Bahasa Sebagai Wadah Perpaduan Bangsa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2009, hlm., 12

6

dan sebagainya dilaksanakan bagi memberi kesedaran terhadap nilai murni melalui
bahasa kebangsaan. Sukatan-sukatan yang berbentuk patriotisme, kenegaraan dan
nilai murni juga telah dilaksanakan dalam memenuhi program kurikulum ini agar
proses untuk meningkatkan semangat nasionalisme dapat dituai sejak bangku sekolah
lagi. Jadi, jelaslah bahawa peranan DBP dilihat mampu memartabatkan bahasa
kebangsaan agar ia terus menjadi alat penyatuan dan identiti bangsa atau negara ini.12
Pertubuhan atau persatuan yang memainkan peranan penting dalam perjuangan
memartabatkan bahasa kebangsaan. Misalnya, Persatuan Penulis Nasional Malaysia

(PENA) telah menggesa supaya sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi darjah satu dan dua
disamping menambah bilangan waktu mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu,
PENA juga menggesa calon SPM wajib mengambil ujian lisan untuk lulus bahasa
kebangsaan pada 1971. Di samping itu, PENA menggesa maktab perguruan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pangantar dan pelajar haruslah mampu
menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu. Di peringkat universiti pula, PENA
menggesa agar bahasa Melayu digunakan di dalam Universiti Malaya dan Universiti
Sains Malaysia. Jadi, jelaslah bahawa PENA juga memainkan peranan penting dalam
memperjuangkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di Malaysia agar ia terus
subur dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia.13

4.0 BAHASA KEBANGSAAN DALAM PENDIDIKAN
Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan bahasa
sebagai bahasa pengantar di sekolah.14 Bidang pendidikan meliputi semua program
yang dijalankan di semua institusi pendidikan dari yang paling rendah, iaitu peringkat
12 A. Aziz Deraman, 2009, hlm., 13-14
13 Mukhtaruddin Mohd Din, Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan bahasa di Malaysia, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,1982, hlm., 5
14 Rustam A. Sani, Politik dan Polemik Bahasa Melayu, Utusan Publications, Kuala Lumpur, 1993, hlm., 56.


7

tadika hinggalah kepada yang paling tinggi, iaitu peringkat universiti. Setelah Laporan
Jawatankuasa Razak diterbitkan pada April 1956 dan digunakan oleh kerajaan sebagai
asas Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Majlis Perundagan Persekutuan telah
meluluskan cadangan tersebut dan kemudiannya dikenali sebagai Ordinan Pendidikan
1957. Dasar Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu ditakrifkan di bawah Seksyen 3
Ordinan Pendidikan, (halaman 11) iaitu Dasar Pendidikan Persekutuan adalah untuk
mengasaskan satu sistem kebangsaan yang diterima oleh rakyat secara menyeluruh
yang boleh memenuhi keperluan dan mempromosikan budaya, ekonomi, sosial dan
pembangunan politik sebagai sebuah negara dengan tujuan untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memelihara pertumbuhan bahasa dan
budaya rakyat selain kaum Melayu yang tinggal di dalam negara.15 Maka, dengan
wujudnya Ordinan Pendidikan 1957 ini, idea sekolah kebangsaan telah diketepikan
dan kanak-kanak dalam komuniti di Malaysia akan terus mendapat pendidikan asas di
sekolah vernacular yang berbeza. Pada tahun 1957, Ordinan Pendidikan 1957 menjadi
batu asas untuk dasar pendidikan kebangsaan di Malaya. Ordinan terbaharu ini
merupakan pertimbangan berasaskan perkiraan kerjasama perkauman.16 Pertimbangan
dan kerjasama adalah lebih baik daripada mengambil pendirian yang tidak fleksibel
mengikut kaum.
Selepas tiga tahun merdeka iaitu pada tahun 1960, Kerajaan Malaya telah
merangka sebuah jawatankuasa yang diberi nama sebagai Jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran 1960 (Education Review Committee 1960).17 Peranannya adalah
untuk menyemak semula sistem pendidikan di negara ini.

Jawatankuasa ini

dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Rahman bin Haji Talib yang menjadi Menteri
Pelajaran pada waktu itu. Oleh sebab itu, jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai
Jawatankuasa Rahman Talib. Selain itu, jawatankuasa ini mendapati bahawa hampir
separuh daripada pelajar sekolah rendah terdiri daripada mereka yang belajar di
sekolah Melayu. Maka, cadangan telah diberikan agar penggunaan bahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, yang
bukan sahaja diwujudkan dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah.
Walaupun Jawatankuasa Rahman Talib ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai
15 Asmah Haji Omar, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2015, hlm., 132.
16 Alis Puteh, Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2015, hlm., 104.
17 Alis Puteh, 2004, hlm., 109.

8

bahasa pengantar hingga ke peringkat universiti, namun keadaan pada ketika itu telah
menyebabkan bahasa Melayu belum luas digunakan dalam bidang ilmu, terutama
sekali dalam sains dan teknologi. Hal ini telah menyebabkan bahasa Inggeris
dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Inggeris yang sedia ada,
khususnya yang mendapat bantuan daripada kerajaan. Kesannya, terdapat dua bahasa
pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dipertahankan untuk menjadi
salah satu daripada dua bahasa rasmi negara.
Melalui perakuan-perakuan yang terdapat dalam Jawatankuasa Rahman Talib,
maka sekolah-sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Sekolah rendah Inggeris beransur-ansur menjadi sekolah jenis
kebangsaan. Oleh hal yang demikian, berlakunya penukaran bahasa pengantar
daripada bahasa Inggeris kepada bahasa kebangsaan bermula dengan satu atau dua
mata pelajaran dalam bahasa Melayu dari Darjah 1, ditambah satu atau dua lagi pada
Darjah 2, sehingga Darjah 6 semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu. 18
Proses ini kemudiannya berlaku pada peringkat sekolah menengah dengan kaedah
yang sama, apabila murid-murid sekolah rendah mula memasuki sekolah menengah.
Sekolah Jenis Kebangsaan pula layak menerima peruntukan daripada kerajaan,
dengan syarat sukatan pelajaran kerajaan dipatuhi. Jawatankuasa juga mencadangkan
penarikan balik bantuan kewangan daripada Sekolah Menengah Cina yang ingin
meneruskan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar mereka. Mana-mana aliran
yang dipilih oleh pelajar-pelajar dari sekolah Cina, sama ada aliran Inggeris atau
Melayu, mereka harus menempuhi kelas peralihan (Remove Class) dalam bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu selama 3 tahun sebelum mereka boleh mengambil Sijil
Rendah Pelajaran dalam aliran bahasa yang dipilih.19
Cadangan-cadangan

ini

dibuat

adalah

berdasarkan

faktor

yang

ingin

mengurangkan jurang bahasa dan perbezaan kaum kerana kaedah ini merupakan
paling sesuai untuk memantapkan perpaduan kaum. Sekolah-sekolah kebangsaan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala Sekolah Jenis
Kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa
pengantar. Sebagai contoh, terdapat sebanyak 60 buah sekolah menengah Cina swasta

18 Jeniri Amir, Bahasa Negara dan Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2009, hlm., 140.
19 Asmah Haji Omar, 2015, hlm., 123.

9

yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.20 Dengan itu,
jawatankuasa ini menetapkan kesemua sekolah, tidak kira swasta atau bantuan
kerajaan, kebangsaan atau jenis kebangsaan mesti mematuhi satu kurikulum dan
sukatan

kandungan

umum

yang

sama

rata.

Matlamat

ini

adalah

untuk

mempromosikan perpaduan melalui sekolah, semua aktiviti, penggubalan kurikulum,
pengurusan peperiksaan dan pemilihan buku teks disatukan di bawah Kementerian
Pelajaran. Sehingga tahun 1960, tugasan utama menyediakan dan mengeluarkan
kandungan sukatan yang sama untuk kesemua sekolah telah disiapkan. Kesemua jenis
sekolah diperkenalkan dengan peperiksaan awam dan sekolah-sekolah menengah
mesti mengendalikan peperiksaan awam dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
sahaja. Pada tahun 1960, objektif utama dasar pendidikan di Malaysia adalah untuk
menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan yang bahasa Melayunya menjadi bahasa pengantar utama.21 Kesemua
sekolah rendah berpengantar bahasa Inggeris dalam negara pula perlu menukarkannya
kepada bahasa Melayu.
Seterusnya, dasar pendidikan kebangsaan telah menubuhkan Akta Pelajaran 1961
yang digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
Matlamat utama penubuhan Akta Pelajaran 1961 adalah bertujuan untuk menjadikan
bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Dasar ini telah menggubal pendidikan melalui satu sukatan kandungan yang sama,
diperkuat melalui satu bahasa umum yang akan menggalakkan pertumbuhan
kesamarataan dan pembangunan nilai-nilai utama yang dikongsi bersama.22 Kesannya
telah membawa kepada kemunculan satu budaya umum yang akan memberikan asas
pada ikatan sosial dan perpaduan. Selain itu, Akta Pelajaran 1961 telah mengawal
sistem pendidikan di Malaysia yang pada ketika itu menjadi tanggungjawab Kerajaan
Persekutuan. Akta Pelajaran 1961 telah memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran
yang bertujuan untuk membuat keputusan atas kesemua dasar yang berkaitan
pelajaran, termasuklah arah dan objektif pendidikan, juga jumlah serta peruntukan
untuk anugerah-anugerah kewangan, berkuasa untuk menutup sekolah dan berkuasa
atas segala hal pelajaran berkaitan sekolah, pengurusan, pentadbir dan pekerja,
20 Asraf, Manifesto Budaya, Pupus Bahasa, Pupuslah Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm., 54.
21 Idris Aman, Aksen Bahasa Kebangsaan: Realiti Identiti Integrasi, Bangi, 2011, hlm., 89.
22 Ismail Hussein, Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm., 120.

10

lembaga penasihat pelajaran, pendaftaran guru dan undang-undang kecil peperiksaan
awam.23
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi
pendidikan diperteguhkan lagi apabila dalam tahun 1971, kerajaan membuat semakan
semula dasar yang disyorkan oleh Jawatankuasa Rahman Talib. Tinjauan dilakukan
dengan tujuan supaya perkembangan pendidikan dalam tahun-tahun 1971 sehingga
1975 selari dengan matlamat Rancangan Malaysia Pertama, dan juga dengan yang
berikutnya iaitu Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utama penyemakan sistem
pendidikan 1971 adalah bertujuan untuk membangunkan dan menguatkan sistem
pendidikan kebangsaan bagi menyokong perancangan untuk perpaduan kebangsaan,
menyeimbangkan pendidikan, peluang dan bahan antara bandar dengan luar bandar,
melaksanakan dasar bahasa serta memperbaik sistem pendidikan dari aspek kuantitatif
dan kualitatif pada semua peringkat untuk menyumbang kepada pembangunan
ekonomi, sosial, budaya dan politik.24 Matlamat tersebut telah membawa perubahan
daripada sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan. Hal ini telah
menyebabkan pertukaran pertama dilancarkan pada Januari 1968 dengan pertukaran
sekolah rendah Inggeris menjadi sekolah kebangsaan.
Pertukaran ini dimulai dengan beberapa peringkat, iaitu dimulai dengan lima
mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu dari Darjah 1 hingga Darjah 3 di sekolah
Inggeris. Kelas aliran Melayu juga dimulakan di sekolah menengah vokasional pada
tahun 1968 dan sekolah menengah teknik pada tahun 1970. Pada tahun 1973, semua
subjek Sastera di Tingkatan 1 pada peringkat pendidikan menengah diajar dalam
bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris.25 Pada tahun 1975, semua
kanak-kanak Cina dan India yang bermula enam tahun pendidikan rendah dan telah
dimasukkan ke kelas peralihan dalam pengantar bahasa Melayu. Pada tahun 1976,
semua subjek Sastera, Sains dan subjek teknikal di Tingkatan 1 diajar dalam bahasa
Melayu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris dan semua subjek Sastera di
Tingkatan 4 turut diajarkan dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1978, aliran sastera di
23 Asmah Haji Omar, Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2004, hlm., 68.
24 Yahya Othman, et.al, Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik, Utusan Publications,
Kuala Lumpur, 2009, hlm., 105.
25 Yahya Othman, et.al, 2009, hlm., 116.

11

Tingkatan 6 diajar dalam bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Inggeris. Pada tahun 1980, kesemua kursus untuk tahun satu dalam bidang Sastera
dan Kemanusiaan diajar dalam bahasa Melayu di universiti-universiti di Malaysia.
Pada tahun 1983, semua kursus tahun satu bagi aliran sains diajar dalam bahasa
Melayu di universiti.
Universiti pertama yang menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ialah
Universiti Malaya (UM). Universiti ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.26 Di Jabatan Pengajian Melayu di universiti ini, ada kursus yang diajar
dalam bahasa Inggeris, dan juga ada yang diajar dalam bahasa Melayu. Selepas
Universiti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur, semua kursus yang
diajar di Jabatan Pengajian Melayu ditukar kepada Bahasa Melayu. Mulai tahun 1969,
universiti kedua telah dibangunkan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM). Pada
mulanya, universiti ini sama seperti Universiti Malaya yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pentadbiran dan pengajaran. Pada tahun
1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan dan sesuai dengan
konsep ‘kebangsaan’ yang terdapat dalam namanya dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam hal ehwal pentadbiran, dan sebagai
bahasa utama dalam bidang pengajaran.27 Kemudiannya, pada tahun 1972 Universiti
Pertanian Malaysia (UPM) telah ditubuhkan dengan menggunakan bahasa kebangsaan
dalam bidang pentadbiran, dan sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran
kursus-kursusnya. Dasar yang dilaksanakannya sesuai dengan dasar yang ditentukan
oleh kerajaan .
Pada tahun 1970, secara rasminya bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar
di Universiti Malaya. Hal ini bermakna bahasa Melayu digunakan dalam majlis rasmi,
pentadbiran, pengajaran dan peperiksaan. Dalam menyampaikan kuliah dan tutorial
serta seminar, bahasa Melayu telah dilaksanakan untuk tahun-tahun berikutnya di
sebahagian jabatan. Jabatan Pengajian Bahasa Melayu di Fakulti Sastera
menggunakan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa pengantar sejak tahun
1959. Objektif utama Dasar Bahasa Universiti Malaya adalah untuk membolehkan

26 Asmah Haji Omar, Languange And Language Situation In South East Asia: With a Focus On Malaysia,
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm., 56.
27 Hassan Ahmad, The Language Policy of Malaysia, Art Printing Works, Kuala Lumpur, 1999, hlm., 96.

12

pelajar menghadiri kuliah dan menjawab peperiksaan dalam bahasa Melayu. 28
Kesemua kursus diberikan dalam bahasa Melayu melainkan kursus-kursus seperti
bahasa Arab, Cina, Tamil, Sanskrit dan seumpamanya. Dasar Bahasa Universiti
Malaya juga mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kurikulum
universiti dan sebagai bahasa penting dalam peristilahan Sains.
Di Semenanjung Malaysia dan Sabah, sekolah rendah kebangsaan yang
dahulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sejak tahun 1975. Di
Sarawak, program pertukaran bahasa di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris)
dimulakan pada tahun 1977 bermula dengan darjah 1. Program pertukaran bahasa ini
membolehkan kanak-kanak daripada kaum yang berbeza untuk bergaul antara satu
sama lain dan menerima pendidikan dalam satu suasana pembelajaran yang
berpengantar sama.29 Pada peringkat menengah rendah, program pertukaran bahasa
bagi Tingkatan 1 dilaksanakan pada tahun 1976, diikuti oleh Tingkatan 2 pada tahun
1977 dan Tingkatan pada tahun 1978. Kesannya, pada tahun 1975 telah tertubuhnya
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris. Pada tahun 1970, kelas peralihan hanya
dijalankan dalam bahasa Melayu untuk kanak-kanak dari Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina dan India. Pada penghujung Tingkatan 3, pelajar-pelajar menduduki
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau LCE yang dibuat dalam kedua-dua
bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sejak tahun 1978, hanya
peperiksaan SRP dibuat di Sabah dan Sarawak, sementara itu, SRP mula
diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1977.
Akta Pendidikan 1996 telah menjadi undang-undang utama yang mengawal
semua tahap pendidikan sejak tahun 1960. Akta ini juga merupakan satu dasar yang
memurnikan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan
juga menyediakan satu kurikulum umum dan peperiksaan awam untuk sekolahsekolah.30 Akta ini dipinda dari tahun 1995 untuk memperkuat kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pembelajaran dalam bahasa Melayu bukan sahaja
28 Asmah Haji Omar, The Linguistic Scenery in Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992,
hlm., 83.
29 Awang Sariyan, Teras Pendidikan Bahasa Melayu, Asas Pegangan Guru, PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd., 2004, hlm., 45.
30 Awang Sariyan, Warna dan Suasana, Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1996, hlm., 56.

13

dibuat di institusi pengajian awam, bahkan juga di institusi pendidikan swasta. Hal ini
termasuklah satu pekeliling yang jelas di semua kolej dan universiti swasta untuk
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sebagaimana termaktub
dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Akta Pendidikan yang dipinda adalah
untuk menyumbang kepada perkembangan sosial negara yang menekankan kurikulum
dan bahasa umum. Akta ini telah menyebabkan kursus-kursus di institusi pengajian
tinggi, khususnya institusi pengajian tinggi awam menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan institusi pengajian tinggi swasta diberikan kebebasan
untuk menggunakan bahasa Inggeris.31 Pada tahun 2003, kerajaan mengumumkan
subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris di Darjah 1, Tingkatan 1
dan Tingkatan 6 Rendah.

5.0 BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERUNDANGAN
Pada dasarnya, bahasa Melayu mendapat pengiktirafan sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi di Malaysia menerusi undang-undang tertinggi tanah air, iaitu
Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Perkara 152 menjelaskan kedudukan bahasa
Melayu yang telah diangkat martabatnya di Malaysia. Selain Perlembagaan
Persekutuan, penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperkasakan lagi
kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 secara jelasnya memperuntukkan tentang bahasa yang perlu digunakan di
mahkamah.32 Secara spesifiknya, hal ini dapat dilihat dalam Seksyen 8 Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 yang memperuntukkan bahawa bahasa Melayu hendaklah
digunakan sebagai bahasa mahkamah di Malaysia. Peruntukan ini meletakkan satu
31 Collins, James. T, Malay, World Language: A Short History, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998,
hlm., 78.
32 Ismail Hussein, Tamadun Melayu Meyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Penerbitan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 2001, hlm., 87.

14

obligasi yang berat terhadap badan kehakiman dalam menjalankan prosiding dalam
bahasa Melayu.
Dalam merealisasikan hasrat Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,
terdapat beberapa perkara yang harus diberikan perhatian dalam memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah di Malaysia. 33 Antaranya, aspek
peristilahan undang-undang yang tepat dalam bahasa Melayu. Undang-undang
merupakan suatu bidang yang kaya dengan istilahnya yang tersendiri. Seperti bidang
perubatan yang mempunyai istilah saintifiknya yang tersendiri, bidang undangundang pula mempunyai istilah undang-undangnya. Istilah tersebut adalah dalam
bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Latin ataupun bahasa Perancis. Umum
mengetahui bahawa kebanyakan istilah undang-undang wujud dalam bahasa Inggeris.
Oleh itu, apabila istilah-istilah tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, badan
kehakiman harus memastikan bahawa istilah yang digunakan adalah tepat dan
menepati maksud istilah Inggeris yang asal. Kadangkala, terdapat juga istilah yang
tidak pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebelum ini. Dalam konteks ini,
harus dipastikan bahawa kaedah padanan yang betul telah digunakan dalam
menterjemahkan istilah Inggeris yang berkenaan.
Di samping itu, perkara yang harus diberikan fokus ialah tatabahasa bahasa
Melayu. Sistem ejaan yang betul, tanda baca, kata ganda, kata majmuk, “di” sebagai
imbuhan dan kata sendi nama, hukum “diterangkan menerangkan” dan sebagainya
seharusnya diambil kira dalam menjalankan prosiding dalam bahasa Melayu. 34
Walaupun terdapat segelintir pihak yang memandang isu ini sebagai perkara yang
remeh, namun perlu diingat bahawa sebagai negara yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, kita seharusnya menekankan pengunaan bahasa Melayu
yang menepati hukum bahasa. Sehingga kini, masih terdapat kesalahan tatabahasa
yang ketara dalam penghujahan para peguam dan keputusan mahkamah di Malaysia
yang perlu diambil tindakan segera. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan sumber
rujukan undang-undang, khususnya buku-buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris
kerana pengaruh sistem undang-undang Inggeris atau common law. Ini menjadi antara
cabaran utama pengendalian prosiding undang-undang dalam bahasa Melayu. Sudah
33 Collins, James. T, Wibawa Bahasa Kepiawaian Dan Kepelbagaian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1999, hlm., 68.
34 Asmah Haji Omar, Bahasa Malaysia Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm., 73.

15

menjadi kebiasaan bahawa rujukan dalam bidang undang-undang kebanyakannya
dalam bahasa Inggeris. Apabila sumber ini wujud dalam bahasa Inggeris, ia
menyulitkan para pengamal undang-undang dan anggota kehakiman untuk mengalih
bahasa ilmu yang diperoleh ke dalam bahasa Melayu.
Oleh itu, beberapa usaha secara pentadbiran telah dibuat untuk menggunakan
bahasa Melayu oleh Jabatan Peguam Negara. Jabatan Peguam Negara telah
menubuhkan Seksyen Bahasa Kebangsaan pada 1974 untuk menyediakan dokumendokumen dalam bahasa Kebangsaan seperti undang-undang, triti, perjanjian dan
borang-borang.35 Selain itu, Jabatan Kehakiman telah mengeluarkan arahan mengenai
penggunaan bahasa Kebangsaan dalam urusan kehakiman di Mahkamah Rendah dan
Mahkamah Tinggi. Di samping itu, Jabatan Kehakiman akan menubuhkan Biro
Terjemahan untuk menterjemah keputusan-keputusan mahkamah ke dalam bahasa
Melayu. Bagi tujuan tersebut, penggunaan bahasa Melayu yang tepat harus
diutamakan kerana mahkamah menjadi sumber rujukan yang penting menerusi
keputusan kes yang dibuatnya. Penekanan kepada aspek bahasa Melayu harus
dititikberatkan oleh mahkamah agar para pengamal undang-undang sentiasa
mengambil inisiatif untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu. Para
penyelidik dan penulis juga harus menerbitkan penyelidikan dan penulisannya dalam
bahasa Melayu ke arah memperkaya khazanah ilmu undang-undang dalam bahasa
Melayu di negara ini. Sokongan, kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat
dalam bidang perundangan amat penting ke arah melakukan transformasi bahasa di
mahkamah-mahkamah Malaysia.

6.0 BAHASA KEBANGSAAN DALAM POLITIK / PENTADBIRAN
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
kerajaan berusaha mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara ini. Usaha kerajaan ketika itu jelas dapat dilihat dalam bidang
pentadbiran dengan mengadakan matlamat selepas sepuluh tahun negara mencapai
kemerdekaan, iaitu semua urusan rasmi melibatkan penulisan surat, perbicaraan
dalam mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan hendaklah
35 Asmah Haji Omar, Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm., 34.

16

dijalankan dalam bahasa Melayu.36 Bermakna, dalam tempoh masa sepuluh tahun
sebelum tarikh tersebut kerajaan perlu melengkapkan kakitangan awam dengan
pengetahuan bahasa kebangsaan. Antara tindakan yang diambil oleh kerajaan ialah
mengadakan kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan kakitangan awam. Kursus
ini mula diadakan pada tahun 1960 di bawah anjuran Bahagian Pelajaran Lanjutan,
Kementerian Pelajaran Tanah Melayu. Ia dijalankan secara teratur dan mempunyai
sukatan pelajarannya yang tersendiri. Tujuan utamanya adalah untuk memberi
pengetahuan bahasa kebangsaan yang mencukupi kepada pegawai dan kakitangan
kerajaan.37 Ini bagi membolehkan pentadbiran negara dijalankan dalam bahasa
kebangsaan. Kelas untuk kursus ini diadakan di sekolah kerajaan pada waktu malam.
Sementara itu, guru-guru yang mengajar pula terdiri daripada guru-guru yang
mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua.
Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama ketika itu telah berucap
dalam Persidangan Kedua wakilwakil negeri, kementerian, jabatan-jabatan kerajaan
dan ahli-ahli JKKP Bulan Bahasa Kebangsaan bertempat di Dewan Tuanku Abd.
Rahman, Kuala Lumpur pada 31 Mei 1961. Antara isi kandungan ucapan Tunku ialah
beliau mengingatkan supaya pegawai-pegawai kerajaan hendaklah menggunakan
bahasa kebangsaan bukan hanya semasa dalam Minggu dan Bulan Bahasa
Kebangsaan sahaja. Katanya lagi, tuduhan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu
tidak lengkap untuk dijadikan bahasa pentadbiran adalah tidak benar. Hal ini kerana
sekiranya bahasa Inggeris dapat digunakan semasa pentadbiran penjajah British
dahulu maka tidak ada sebab bahasa Melayu tidak boleh digunakan dalam
menjalankan pentadbiran.
Sementara itu, galakkan untuk mempelajari bahasa Melayu tidak hanya terbatas
kepada pegawai Melayu sahaja tetapi pegawai-pegawai kerajaan yang bukan
berbangsa Melayu turut diberikan peluang untuk mempelajari bahasa kebangsaan
secara percuma selama dua tahun. Tunku menegaskan bahawa sesiapa yang tidak
mempelajari bahasa kebangsaan akan mengalami kerugian pada masa hadapan. Hal
ini kerana pegawai-pegawai yang bersikap tidak endah terhadap kemahiran bahasa
Melayu akan berhadapan dengan masalah tidak mendapat kenaikan pangkat dan
kenaikan gaji. Jika ditelusi, ini bukan sahaja merupakan satu peringatan kepada
36 Asmah Haji Omar, 1993, hlm., 89.
37 Awang Sariyan, 1996, hlm., 56.

17

pegawai-pegawai kerajaan tentang kepentingan bahasa Melayu tetapi juga merupakan
satu tindakan yang tegas dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan penggunaan
bahasa Melayu dalam pentadbiran.
Namun begitu, langkah pelaksanaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran
bukanlah dijalankan secara sertamerta tetapi kerajaan mengadakan dasar memulakan
pelaksanaan penggunaan bahasa tersebut dengan cara beransur-ansur. Ia bertujuan
untuk memudahkan penduduk negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum
membiasakan diri mereka dengan penggunaan bahasa kebangsaan.38 Perkara ini dapat
dilihat melalui ucapan Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari. Dalam ucapannya di
Dewan Bahasa pada 12 Julai 1962, beliau menyebut bahawa kerajaan menggunakan
cara pujukan bukan kekerasan sungguhpun kerajaan boleh menggunakan paksaan
undang-undang untuk memastikan bahasa kebangsaan bertapak kukuh di negara ini.39
Pada tahun 1964, kelas bahasa kebangsaan telah mengalami perubahan tempat
dan waktu kerana pada tahun tersebut ia mula diadakan di pejabat kerajaan pada
waktu pejabat. Tujuannya adalah untuk memudahkan para pegawai dan kakitangan
kerajaan yang tinggal jauh dari bandar untuk sama-sama mempelajari bahasa
kebangsaan.40 Kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan kakitangan kerajaan ini
boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Setiap peringkat akan mengambil masa
selama satu tahun dan setiap hujung tahun akan diadakan peperiksaan. Hanya peserta
yang lulus akan dinaikkan ke peringkat yang seterusnya. Terdapat dua bahagian dalam
peperiksaan tersebut iaitu bahagian bahasa lisan dan bahasa persuratan. Di peringkat
akhir kursus iaitu peringkat ketiga, Sijil Kelayakan Dalam Bahasa Kebangsaan akan
diberikan kepada individu yang lulus. Akhirnya, usaha kerajaan ini mula
menunjukkan hasil apabila pada awal bulan September 1966 kerajaan Selangor telah
memulakan sepenuhnya pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam semua urusannya
dengan jabatan kerajaan dan syarikat perniagaan.41 Serentak dengan itu juga arahan
dibuat untuk memulangkan balik semua surat dalam bahasa Inggeris yang dikirimkan
kepada kerajaan negeri berserta dengan terjemahannya. Ia merupakan antara langkah
38 Asmah Haji Omar, 1993, hlm., 95.
39 Alis Puteh, 2015, hlm., 97.
40 Abdullah Hassan, Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam,
1997, hlm., 78.
41 Abdullah Hassan, 1997, hlm., 83.

18

pertama kerajaan dalam usaha mengembangkan bahasa kebangsaan dalam urusan
pentadbiran.

7.0 REAKSI DAN CABARAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN
Dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang ideal, terdapat pelbagai
cabaran yang tidak dapat dielakkan yang perlu diharungi oleh negara untuk mencapai
tujuan tersebut. Dalam usaha untuk menggunakan dan menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, terdapat pelbagai reaksi dan cabaran yang sudah
kedengaran sejak ia diumumkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 lagi. Isu dan
cabaran ini berlarutan sehingga kini. Proses untuk memartabatkannya juga
mempunyai cabarannya yang tersendiri. Adalah menjadi sesuatu kelaziman bagi
negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia dalam
menyeragamkan penggunaan bahasa kebangsaan ini. Negara terpaksa berhadapan
dengan masalah perpaduan yang agak sukar kerana masyarakat yang berbilang kaum
ini. Perbezaan latar belakang, budaya, agama sangat ketara di negara ini yang
menyebabkan usaha kearah penyatuan mempunyai cabarannya yang tersendiri.42
Antara isu atau cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam reaksi penggunaan
bahasa kebangsaan ini adalah seperti apabila kerajaan telah mengumumkan
kesamarataan taraf bahasa Melayu dan bahasa Inggeris selepas sepuluh tahun negara
mencapai kemerdekaan pada 1957. Pengumuman ini telah mengundang reaksi
pelbagai pihak. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu akan digugat
kedudukannya apabila disamaratakan dengan bahasa Inggeris dalam proses
mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu tersebut. Terdapat beberapa
pihak yang melihat kemampuan untuk bahasa Melayu berdiri sama rata dengan
bahasa Inggeris adalah rendah yang pada akhirnya akan menimbulkan kesulitan untuk
mengembangkannnya. Kurangnya keyakinan akan bahasa kebangsaan di negara
mengambil kira faktor penjahahan pihak kolonial yang hanya memberikan jawatan
yang terbaik kepada golongan yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Perkara

42 Abdullah Hassan , Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm., 10.

19

ini secara tidak langsung mempengaruhi masyarakat yang memandang tinggi bahasa
tersebut dan meminggirkan bahasa kebangsaan.43
Maka dari itu, hanya golongan yang cekap dalam bahasa Inggeris terutamanya
dari kalangan bukan Melayu mendapat faedah dari dasar British ini dan mereka
sememangnya menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana
takut digugat akan kedudukan mereka dalam bidang-bidang tertentu apatah lagi
apabila mereka hanya mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak mahir dalam bahasa
Melayu. Dalam pada itu, ketidaktegasan pihak pemerintah dalam memperluaskan
penggunaan bahasa kebangsaan di institusi kerajaan dilihat tidak menarik minat kaum
bukan Melayu untuk menggunakan bahasa Melayu berbanding menggunakan bahasa
Inggeris. Ini menjadi suatu cabaran buat negara apatah lagi negara sudah mencapai
kemerdekaan dan kata sepakat untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi kerajaan dan pemerintahan negara. Ketidak tegasan pihak kerajaan ini
mendapat kritikan dari pelbagai pihak yang menganggap pihak kerajaan lemah dalam
memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dalam
bidang politik dan pemerintahan.44
Reaksi dan cabaran dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan juga menarik perhatian ahli politik. Isu bahasa telahpun dimainkan dalam
politik yang sememangnya akan menambahkan lagi cabaran dalam membina negara
bangsa yang berjaya melalui bahasa. Pihak parti pemerintah dilihat akan
mempertahankan tindakan mereka manakala di pihak pembangkang pula akan
berusaha memburukkan pihak lawan untuk mengalahkannya dalam beberapa siri
pilihanraya umum. Walaupun perkara ini telah menjadikan bahasa kebangsaan dapat
diselamatkan, namun ia akan menegangkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.
Desakan dan tuntutan bukan Melayu untuk menjadikan bahasa Cina dan Tamil
sebagai bahasa kebangsaan semakin kuat kedengaran.
Dalam pilihanraya umum 1959 misalnya kaum bukan Melayu dalam reaksinya
telah mempertikaikan mengenai kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957. Kaum Cina masih lagi menentang kenyataan ini dan mendesak
supaya parti komponen Parti Perikatan iait MCA untuk memainkan peranan mereka
43 Abdullah Hassan, 1987, hlm., 11.
44 Syed Hussein Alatas, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Disekitar Persoalan Bahasa
Melayu 1957-1972, 1981, hlm., 46.

20

untuk menyalurkan perasaan tidak puas hati tersebut. Dari sisi lain, kaum Melayu
masih lagi berkeras untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa
kebangsaan walaupun ada usaha daripada UMNO untuk melembutkan hati bukan
Melayu dalam isu ini. PAS juga lantang ingin mempertahankan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan melihat UMNO sedikit demi sedikit memberi muka
kepada kaum bukan Melayu yang menyebabkan parti pemerintah itu kehilangan kuasa
di Kelantan dan Terengganu dan hampir hilang kuasa di Kedah.45 Ini menunjukkan
bahawa isu bahasa kebangsaan sering dimainkan oleh ahli politik hanya gara-gara
ingin mendapat undi. Perkara ini sudah semestinya menjadi cabaran hebat buat negara
dalam menangani masalah ini.
Selain itu, reaksi dan cabaran yang kedengaran apabila bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dalam bidang pendidikan. Sejak
Penyata Razak 1956 (Ordinan Pelajaran 1957) dan Penyata Rahman Talib 1960 (Akta
Pendidikan 1961) diumumkan, pelbagai isu dan cabaran mula timbul dalam reaksi
terhadap pengumuman tersebut. Sebelum ini, kaum Cina dan kaum India masingmasing mengambil sukatan pelajaran dari negara asal mereka yang akan
menimbulkan masalah kepada negara menyelaraskan penggunaan bahasa kebangsaan
dalam pendidikan. Isu telah timbul dalam penggunaan bahasa pengantar di sekolah
jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan institusi
pengajian tinggi. Persaingan telah timbul antara bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.46
Dasar Pelajaran Razak yang diperkenalkan mendapat reaksi buruk kaum bukan
Melayu yang menganggap hanya menguntungkan kaum Melayu berbanding kaum
lain di negara ini. Pada tahun 1960-an, kaum bukan Melayu menganggap bahawa
penggunaan bahasa kebangsaan akan menghapuskan bahasa sekolah aliran Cina dan
aliran Tamil dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Atas sebab dan desakan ini, Khir Johari selaku Menteri Pelajaran pada waktu
ingin mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 selepas pilihanraya umum 1959
diadakan. Dari sisi lain, Akta Pelajaran 1961 turut mendapat reaksi dari pelbagai
pihak. Kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina menganggap bahawa Akta ini
merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menghapuskan kebudayaan dan bahasa
45 Syarifah Darmia, 2013, hlm., 130.
46 Syed Hussein Alatas, 1981, hlm., 47.

21

serta pelajaran ibunda mereka. Masalah ini diperpanjang menjadi masalah politik
apabila parti pembangkang mula memainkan isu ini untuk menuntut hak mereka dan
menganggap pihak pemerintah cuba untuk menghapuskan bahasa ibunda mereka.
Penentangan terhadap isu ini juga diwarnai dengan demonstrasi yang diadakan di
beberapa tempat seperti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk menuntut
kesamarataan bahasa ibunda mereka. Pihak pemerintah juga telah menekankan
bahawa bahasa Melayu mesti dijadikan sebagai bahasa yang tunggal dan tidak
disamaratakan dengan bahasa lain.47
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa yang sangat menegangkan dan
memberi cabaran yang cukup hebat buat kerajaan dalam menangani masalah bahasa
antara kaum ini. Peristiwa rusuhan kaum ini memberi pengajaran kepada pihak
pemerintah untuk mengatasi segala masalah yang timbul antara kaum. Rusuhan antara
kaum ini menjadi kemuncak kepada reaksi dan cabaran dalam pembinaan negara
bangsa melalui bahasa kebangsaan. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilihat
merupakan salah satu usaha pihak pemerintah untuk meredakan ketegangan yang ada.
Namun, keadaan ini telah mengundang reaksi yang kurang senang pula dalam
kalangan kaum Melayu yang merasakan kedudukan bahasa Melayu tergugat dalam
perancangan DEB ini.48 Ini menunjukkan bahawa adalah bukan menjadi suatu perkara
yang mudah dalam usaha untuk mengembangkan dan menyelaraskan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan yang
mempunyai pelbagai cabaran ini.
Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa proses pembinaan negara
bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan mempunyai cabarannya yang tersendiri.
Dalam reaksi terhadap cabaran ini memperlihatkan bagaimana negara menangani
masalah ini supaya ianya tidak menjadi lebih buruk. Pelbagai langkah dan usaha
boleh dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menangani masalah ini untuk membentuk
sebuah negara yang berjaya.

47 Abdullah Hassan , Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm., 13.
48 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Jurnal (JEBAT) ke-36, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009, hlm.,
100-101.

22

8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Dasar Bahasa Kebangsaan yang menetapkan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan bahasa ilmu tidak sewajarnya dipandang remeh dan diganggu
gugat dengan pelaksanaan program yang melemahkan dasar tersebut.
Sebaliknya dasar itu perlu diperkukuh dengan pengisian program dan
pelaksanaannya secara tegas dan meluas dalam segenap bidang
kehidupan bertamadun di negara ini. Rakyat Malaysia, tanpa mengira
asal usul mereka, tidak seharusnya bersikap seperti kebanyakan
rakyat Amerika pada hari ini yang jahil tentang dunia luar dan
berkeras dengan ekabahasa mereka. 49 Malah, mereka menganggap
penguasaan

satu

bahasa

itu

merupakan

satu

perkara

yang

membanggakan negara dan bukannya satu perkara yang memalukan.
Hasrat

rakyat

Malaysia

untuk

mahir

dalam

pelbagai

bahasa

sewajarnya disokong. Rakyat Mal