Indianisasi di Asia Tenggara .

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

1.0

2014

PENGENALAN

Sebelum berlakunya proses pengindiaan di Asia Tenggara, sememangnya sudah
pun wujud perhubungan awal di antara India dengan Asia Tenggara. Perhubungan
ini dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah lagi secara dua hala di mana bukan
sahaja orang India menjelajah ke kawasan Asia Tenggara bahkan orang Melayu
juga turut sampai ke India. Pengaruh agama Hindu dan Buddha diterima secara
umum

sebagai

berdasarkan

antara


bukti-bukti

agama
sejarah

terbesar

dunia.

termasuk

Pada

masa

yang

tinggalan-tinggalan

sama,


arkeologi,

pengaruh tamadun India ini tersebar ke sebahagian besar kawasan di benua Asia
terutama Asia Tenggara dan Asia Timur. Namun begitu, pengaruh dan kesan
Indianisasi ini lebih jelas kelihatan dalam masyarakat di Asia Tenggara.
Apa yang dikatakan sebagai “pengindiaan” itu bukanlah bermaksud
“menjadikan India” dalam erti kata kebudayaan di Asia Tenggara ini berubah
menjadi kebudayaan India seluruhnya kesan daripada kedatangan budaya India
tersebut. Akan tetapi apa yang sebenarnya dimaksudkan adalah dengan
pengindiaan itu ialah unsur-unsur budaya India telah meresap masuk ke dalam
budaya tempatan setelah berlakunya pertembungan antara dua budaya itu. Ini
bukan bermakna budaya tempatan itu hilang langsung dan digantikan dengan
budaya India kan tetapi hanya sebahagian ciri-ciri India diserap masuk ke dalam
budaya tempatan mengikut kepada kesesuaian dan menerima apa yang sesuai
sahaja dan menyelaraskannya dengan kehendak dan keadaan tempatan.
‘Indianization’ atau Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agama
Hindu-Buddha yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan
penyebaran kesusasteraan Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan agama serta
amalan-amalan Hindu-Buddha. Dari segi istilahnya, konsep Indianisasi digunakan

dengan

pengertian

luas

iaitu

pengaliran

pengaruh

agama,

politik

dan

kebudayaan India1. Menurut Brian Harisson, sifat-sifat budaya Hindu-Buddha
yang meliputi unsur yang didapati dari India melalui aspek politik, perundangan,

agama, kesenian, bahasa dan sastera. Sementara itu, Coedes juga berpendapat
bahawa Tanah Besar telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran
agama dan kebudayaan India di Asia tenggara 2. Proses Indianisasi ini berlaku
1

Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah Dan Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Islam, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2003, hlm.5.

2

G.Coedes Walter F. Vella (Ed),The Indianizd States Of Southeast Asia (Terjemahan Susan
Brown Cowing), Kuala Lumpur: University Of Malaya Press, 1968, hlm.10.

1

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

disebabkan perluasan India di sebelah Timur. Menurut George Coedes lagi, beliau

menyatakan bahawa sarjana pengajian epigrafi dan penulis subjek moden
pertama, Indianisasi dikembangkan melalui cara tersendiri di Asia Tenggara untuk
menghasilkan karya seni yang sangat asli. Selain itu, beliau turut mengatakan
bahawa sarjana pengkhususan epigrafi dan penulis subjek moden yang pertama,
proses Indianisasi berkembang dengan cara yang tersendiri di Asia tenggara
untuk menghasilkan karya seni yang sangat asli dan bermutu 3.
Berbeza pula dengan sarjana Quartrilh Wales. Beliau menyatakan bahawa
proses Indianisasi tidak melibatkan sebarang penjajahan orang India ke atas Asia
Tenggara tetapi proses Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara adalah satu
proses kebudayaan dan agama Hindu yang sesuai dengan keadaan tempat lahir
diserap masuk kedalam kehidupan tempat yang telah menjadi satu bentuk
tamadun yang baru4. Selain daripada itu, menurut Casparis pada tahun 1983
pula

mencadangkan

prinsip

awal


Indianisasi

untuk

menggantikan

corak

perhubungan berkekalan antara benua kecil India dan Maritim Asia Tenggara atau
mungkin pemahaman berkaitan Indianisasi digantikan oleh perhubungan yang
rumit diantara pelbagai daripada dua buah rantau.
Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia
Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-kawasan tersebut. Hal ini
disebabkan di dalam proses Indianisasi, pelbagai aspek kehidupan dari India
dibawa masuk ke Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama
mereka iaitu Hindu dan Buddha. Ajaran agama Buddha berasaskan ajaran
Sindharta Gautama Buddha. Agama ini pada awalnya telah berpusat di India dan
telah disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka seperti Maharaja Asoka
dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara amnya
terbahagi kepada dua fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman

Hinayana. Agama Hindu pula mendapat tempat daripada golongan bangsawan
dan raja-raja kerana di dalam agama Hindu, terdapat konsep kasta dan
perbezaan taraf. Golongan bangsawan dianggap mulia dan dianggap mempunyai
kaitan dengan dewa-dewa. Ekoran daripada itulah, agama Buddha telah
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan kerana agama Buddha

3

Thieery Zephir, Khmer Lost Empire Of Cambodia, London: Themes and Hudson ltd,
1998,hlm.98.

4 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka, 1981,hlm.53.

2

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf ataupun hierarki

sosial.
Penggunaan

istilah

‘penghiduan’

(indianization)

dan

perkembangan

kebudayaan Hindu (expansion of Indian culture) telah digunakan oleh sarjanasarjana Barat bagi memperlihatkan kesan pengaruh Hindu ke atas Asia Tenggara.
Coedes pula menganggap negeri-negeri yang beroleh kemajuan hasil daripada
pengaruh Hindu sebagai les etats hindouises. Walaupun begitu, agama Buddha
juga memainkan peranan

penting dan agama Buddha Theravada menjadi


anutan sebahagian besar penduduk-pendududk Burma, Arakan, Thailand dan
Kemboja.

Unsur-unsur

Hindu-Buddha

ini

sememangnya

berkisar

daripada

pengaruh India yang dijadikan sebagai ideology moral dan politik. Menurut
Professor Yoneo Ishii, sehingga tahun 1975, Buddhisme dijadikan sebagai agama
rasmi di Kampuchea dan Laos sementara di Siam agama ini dianggap sebagai
agama rasmi dari segi pengalaman. Melalui perbincangan dalam soalan ini akan
menerangkan bagaimana proses indianisasi ini berlaku di Asia Tenggara yang

dilakukan

oleh

egen-egen

penyebaran

budaya

India

dan

kesan

serta

pengaruhnya dalam sistem sosial, politik dan ekonomi masyarakat Asia Tenggara.
Malahan, menurut sarjana Kulke menyatakan bahawa hubungan sosial

yang akrab di antara masyarakat di kedua-dua belah pihak Teluk Benggala
berbanding dengan jarak sosial antara kuasa agung India dan orang Asia
Tenggara telah menjadikan India sebagai rujukan untuk menarik Asia Tenggara.
Di tambah lagi dengan definisi Casparis yang menyatakan prinsip awal
Indianisasi untuk mengantikan corak perhubungan yang kekal antara benua Kecil
India dan bahagian Maritim Asia Tenggara atau mungkin penjelasan yang
berkaitan dengan proses Indianisasi ditukarkan dengan perhubungan yang rumit
diantara pelbagai bahagian daripada dua buah rantau ini 5.

2.0

GELOMBANG PROSES INDIANISASI

2.1

Pemerintahan Dinasti Gupta (Abad ke 4-6 M)

Empayar Gupta sedikit sebanyak telah merancakkan semula perkembangan
tamadun India yang agak malap ratusan tahun sebelumnya. Empayar yang
5

Michael Jacq Hergoualch, Translated Victoria Hobson, The Malay Peninsula: Crossroads of
The Maritime Silk Road. ( 100 BC-1300AD), Boston: Brill, 2002, hlm.74.

3

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

menguasai bahagian tengah India ini telah diasaskan oleh Chandragupta I.
Tempoh pemerintahan empayar Gupta dikenali sebagai Zaman Klasik dalam
Tamadun India kerana pencapaiannya yang tinggi dalam bidang kesusasteraan
Hindu, seni bina kuil, perkembangan Sains dan perkembangan lain-lain. Dalam
bidang seni, Empayar Gupta didapati merupakan pelopor kepada pembinaan kuil
Hindu yang mempunyai nilai seni keindahan yang tunggal dan kemudiannya
disebarkan ke seluruh India.
2.2

Pemerintahan Pallava (Abad KE-4-9M)

Bahagian Selatan India pernah menyaksikan terbentuknya beberapa buah
kerajaan yang berasingan. Perkembangan tamadun India di sebelah Selatan ini
dikenali sebagai Zaman Sangam kerana sumbangan terhadap kesusasteraan dan
mengadakan perdagangan dengan Eropah serta Asia Tenggara. Dalam kerajaan
Pallava ini sudah menunjukkan bibit permulaan penyebaran budaya dan
pengaruh Hindu-Buddha ke Asia Tenggara melalui hubungan perdagangan yang
dijalinkan ketika itu. Keadaan ini sudah pasti melibatkan golongan vaisya yang
berfungsi dalam aspek perdagangan pada masa itu. Kedatangan golongan Vaisya
ke Asia Tenggara telah membina petempatan-petempatan perdagangan India di
Asia Tenggara sekaligus memudahkan interaksi di antara penduduk tempatan
dan menyebarkan kebudayaan Hindu-Buddha.
2.3

Pemerintahan Pala (Abad Ke 8-12M)

Kerajaan Pala menyebarkan fahaman agama Buddha Mahayana bukan hanya di
Tibet pada abad ke-7 tetapi juga pada abad ke-8 di Jawa. Walaupun fahaman
Mahayana sudah tidak ada di Jawa, namun pengaruhnya dapat dilihat pada candi
Borobudur sebagai salah satu karya seni manusia yang megah. Di sana pada 772
pendiri

dinasti

Sailendra

mendekorasi

bukit

dalam

sebuah

stupa

yang

memperlihatkan visual dunia mitologi dan metafizik Mahayana. Situasi ini
menggambarkan kewujudan pengaruh ajaran Hindu-Buddha melalui kesenian
telah diasimilasikan ke dalam hidup masyarakat.
2.4

Pemerintahan Chola (Abad Ke 9-13M)

Kerajaan Chola wujud antara tahun 300 sebelum Masihi sehingga 300 Masihi.
Semasa pemerintahan kerajaan Chola, pengaruh tamadun India tersebar dengan
meluasnya ke Asia Tenggara khasnya dibawah pemerintahan Rajendra Chola
yang dapat membentuk Srivijaya di Asia Tenggara. Kerajaan Chola telah
4

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

meluaskan kekuasaan sehingga ke seberang laut iaitu ke Asia Tenggara. Pada
kerajaan

Dinasti

Chola,

arkitektur

candi

India

gaya

timur

mencapai

kemuncaknya. Walaupun pada hakikatnya kerajaan Chola gagal bertahan lama
namun mereka mewariskan monumen abadi khusunya dalam unsur-unsur seni
seperti yang terdapat pada Angkor Wat dan Borobudur.

3.0

PROSES DAN PERDEBATAN INDIANISASI

Beberapa teori telah dikemukakan mengenai cara-cara kedatangan pengaruh dan
kebudayaan India di Asia Tenggara. Antara teori-teori tersebut ialah, Ksyatria
merupakan tentera dari India yang datang ke Asia Tenggara untuk meluaskan
kekuasaan mereka dan tanah jajahan mereka melalui cara ini proses Indianisasi
dapat dibawa masuk ke dalam Asia Tenggara. 6 Walaubagimanapun toeri ini
disangkal oleh Brian Harrison. Manakala golongan Brahmin juga dikatakan
memainkan peranan yang besar dalam proses penerapan agama Hindu dan
kebudayaan India. Golongan ini telah menjalankan kegiatan penyebaran agama
Hindu pada masyarakat tempatan di Asia Tenggara contoh seperti di Bali
Indonesia yang mengamalkan ajaran Hindu sehingga terdapatnya candi-candi
yang dibina contoh candi Borobudur yang menunjukkan bukti wujudnya proses
Indianisasi di Asia Tenggara7.
3.1

Perpindahan Masyarakat India di Asia Tenggara

Terdapat dua teori yang menerangkan gelombang penghijrahan orang-orang
India salah satu daripadanya adalah perpindahan tersebut disebabkan keadaan
kacau-bilau di India. Hal ini menyebabkan ramai orang India melarikan diri
mencari tempat kediaman di seberang laut. Kekacauan tersebut disebabkan oleh
penaklukan kejam kalinga oleh Maharaja Maurya iaitu Asoka pada abad ke-3 S.M.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang menyokong teori tersebut
kerana pengaruh India hanya terdapat di Asia Tenggara pada beberapa abad
kemudian.

6 Robert L. Brown, The Dvarati Wheels of The Law And The Indianization of South East Asia, Leiden:
BRILL,

1996, hlm.187.

7

J. Stephen Lansing, The Indianization Of Bali,Journal of Southeast Asian Studies 14, no.2,
1983: 421

5

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

Teori seterusnya ialah perpindahan tersebut adalah disebabkan oleh
desakan serangan-serangan Kushan ke atas India dalam abad pertama. Namun
begitu, tidak terdapat bukti yang menunjukkan penaklukan Raja Kushan telah
menyebabkan orang India lari ke seberang laut. Terdapat juga teori yang
menyatakan bahawa pelarian keluar orang India adalah akibat daripada
serangan-serangan Samudragupta padahal ia merupakan satu perkara yang
tidak mungkin berlaku pada bahagian awal kedatangan pengaruh India ke Asia
Tenggara.

3.2

Teori Penyebaran Hindu-Buddha di Asia Tenggara

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa orang ahli sejarah mendapati
bahawa kedatangan atau penyebaran Hindu- Buddha di Asia Tenggara tidak
dapat dipastikan kesahihannya. Hal ini kerana para sarjana tidak dapat mengenal
pasti teori penyebaran agama Hindu- Buddha secara tepat.

Namun demikian,

terdapat beberapa pendapat atau pandangan daripada para sarjana yang boleh
diguna

pakai

walaupun

kesahihannya

belum

dapat

dipastikan.

Perkara

sedemikian adalah berdasarkan teori `trivamsa` yang mana teori ini menekankan
peranan yang sangat penting terutamanya golongan Brahmin, Ksyatria atau
Vaisya yakni golongan berpengaruh dalam sistem Kasta 8. Antaranya;
3.2.1 Teori Ekonomi
Teori ekonomi atau teori Vaisya ini diperkenalkan oleh sarjana barat iaitu N.J
Krom dan disokong oleh sejarawan lain seperti G.Coedes 9. Dalam teori ini
mengatakan bahawa penyerapan kebudayaan India berlaku ke Asia Tenggara
secara

damai (penetration

pacifique) kerana

peranan

yang

cukup

besar

dimainkan oleh orang India itu sendiri. Teori ekonomi merupakan teori yang
tertua diperkenalkan dan berdasarkan teori ini jugalah yang telah membawa
kepada kebanjiran serta galakkan kepada para pedagang India datang ke Asia
Tenggara sejak awal abad masihi lagi. Begitu juga pendapat Coedes, dalam
8

Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas
Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubutor Sdn.Bhd, 2000. hlm.54.

9

Ahmad Jelani Halimi. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. 2008. Hlm.68.

6

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

bukunya The Indianised States of Southeast Asia

2014

telah menyebut tentang

perkembangan kebudayaan India di Asia Tenggara ini berlaku kesan daripada
hubungan perdagangan. Para pedagang ini terdiri daripada kasta Vaisya
merupakan penyebar budaya India melalui perhubungan mereka kepada
penduduk tempatan10. Perkara sedemikian bukan sahaja tertumpu kepada prinsip
para pelaut dan pedagang India itu sendiri iaitu mencari emas dan rempah. Hal
tersebut berlaku adalah kerana

India telah memperoleh emas melalui jalan

darat di Siberia sejak sebelum masihi lagi.
Walau bagaimanapun, ianya telah terhalang kerana disekat oleh orangorang di Asia Tengah. Lantaran itu menyebabkan mereka terpaksa mengimport
mata wang dari Rom, namun ianya tidak berkekalan. Pada masa yang sama,
telah berlaku sesuatu yang baru di mana pada masa tersebut timbulnya alasan
untuk mengembara ke Asia Tenggara yang dianggap sebagai `Survanabhumi`
(Bumi Emas), `suvarnadhipa` (Semenanjung Emas), ataupun turut dikenali
sebagai `Golden Khersonese`. Hal ini terbukti dalam karya Jataka yang mana
mengandungi kisah- kisah kegiatan para pedagang dari India yang berdagang di
Asia Tenggara untuk mencari kekayaan seperti emas. Para pedagang India
tersebut bukan saja menetap secara tetap, malah ada di antara mereka yang
telah berkahwin dengan penduduk tempatan lalu memperkenalkan kebudayaan
India secara beransur ansur.
3.2.2 Teori Politik
Teori politik atau teori Ksyatariya pula diperkenalkan oleh sarjana barat iaitu C. C
Berg11.Sejajar dengan maksud Ksyatariya itu sendiri iaitu pahlawan, teori ini
adalah berlawanan dengan teori pertama tadi iaitu teori ekonomi. Hal ini kerana
teori Ksyatariya ini menekankan penyebaran keindiaan itu secara kekerasan atau
penaklukan dan ianya bebeza dengan teori ekonomi yang mengatakan bahawa
penyebaran keindiaan tersebut adalah secara damai. Teori politik ini terdapat dua
versi iaitu akibat kekacauan politik di India dan penjajahan yang dilakukan oleh
putera raja atau hulu balang.
Berdasarkan versi pertama, kekacauan politik di India telah menyebabkan
sesuatu

destinasi

mengalami

keruntuhan

yang

mana

akhirnya

telah

10 Ibid,.hlm.69.
11

Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas
Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000, hlm.55.

7

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

menyebabkan golongan raja dan bangsawan telah lari dan mencari kawasan
perlindungan di Asia Tenggara. Lantaran itu juga telah mendorong mereka untuk
membina sebuah kerajaan baru. Manakala versi kedua pula ialah berdasarkan
pendapat yang mengatakan bahawa para putera dan hulu balang telah
melakukan penaklukkan ke kawasan tertentu di sekitar di Asia Tenggara. Sebagai
contoh, terdapat seorang putera asing yang bergelar Kusyana Canda telah
Berjaya merampas pemerintahan kerajaan Funan pada abad ke 4 sepertimana
yang tercatat dalam catatan tahunan China (Chinese Anal).
Hal sedemikian memungkinkan penyerapan teori ini pada tahun 1926 yang
mana

golongan

sarjan

India

yang

bersemangat

Nasionalisme

telah

menubuhkan The Greater India Society yakni satu gerakkan intelektual yang
menganggap bahawa Asia Tenggara sebagai Lesser India iaitu kawasan jajahan
India pada masa lampau. Antara tokoh yang bersetuju dengan pendapat
sedemikian adalah P. N Bose, R. Mookerji, dan R. C Majumdar.

3.2.3 Teori Agama
Melalui teori agama ini pula, dikatakan ianya adalah hasil peranan yang amat
penting

dimainkan

oleh

tokoh-

tokoh

agama

Buddha.

Menurut

Bosch,
12

pengindiaan kawasan ini telah dimulakan oleh mubaligh agama Buddha .Hal ini
adalah kerana ajarannya yang bersifat universal. Sebagai contoh, peranan yang
dimainkan oleh pemerintah beragama Buddha seperti Maharaja Asoka dari
Dinasti Maurya sekitar tahun 330 hingga 180 S. M yang mana dikatakan bahawa
beliau telah menghantar sami ke Ceylon, alam Yunani dan juga nusantara. Bukan
itu

saja,

terdapat

juga

lagenda

mengatakan

bahawa

beliau

juga

turut

menghantar dua orang sami iaitu Sona dan Utara ke Suvanna-Bhumi (Bumi
Emas) yang berkemungkinan Burma. Perkara tersebut membuktikan bahawa
sami- sami Buddha telah sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 3 masihi.
Penyebaran agama Buddha ini diteruskan lagi oleh beberapa pemerintah
walaupun setelah berakhirnya pemerintahan empayar Maurya seperti Kanishka
(78 masihi), Raja Harshavardhana (Abad ke 7) 13. Sebagai mubaligh yang
bertanggungjawab
12

menyebarkan

agama

Buddha,

mereka

bukan

hanya

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2008, hlm.31.

8

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

berdakwah kepada orang kebanyakan malah mereka memasuki istana-istana raja
dan memujuk mereka supaya memeluk agama Buddha 14. Penggunaan tulisan
dan bahasa Sanskrit telah digunakan untuk mengajar kitab-kitab agama kepada
pihak agama15. Berdasarkan perkembangan ini, telah ramai penduduk tempatan
menganut agama ini dan ada antara mereka yang telah mengembara ke India
untuk melanjutkan pelajaran mereka tentang agama Buddha 16.

3.2.4 Teori Penduduk Asia Tenggara
Bagi J.C.Van Leur pula, perkembangan kebudayaan ini adalah berpunca dari
masyarakat tempatan sendiri yang menjalankan perdagangan dan pelayaran ke
India17. Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik kemudiannya
disesuaikan dengan budaya masyarakat tempatan untuk diamalkan. Campuran
antara unsur tempatan dengan pengaruh dari India dapat dilihat pada candi
Borobudur, candi Angkor watt, dan candi Lembah Bujang. Apabila kembalinya
mereka dari India, mereka sendiri yang cuba untuk menyebarkan kebudayaan
India kepada masyarakat tempatan. Teori ini diperkukuhkan lagi dengan
penemuan ahli arkeologi yang mengatakan terdapat penyesuaian di antara
pengaruh kebudayaan India dengan pengekalan tradisi tempatan.
Masyarakat di Asia Tenggara hanya mengambil beberapa aspek daripada
beberapa aspek kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan kebudayaan
13

Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam:
Karisma Publication, 2006, hlm.16.

14 Ahmad Jelani Halimi, Op.Cit, hlm.32.
15 Abdul Rahman Hj Abdullah, Op.Cit, hlm.14.
16 Abdul Rahman Hj Abdullah, Op.Cit, hlm.15.
17

Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2003, hlm.57.

9

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

tempatan yang sedia ada. Pendapat dikukuhkan lagi dengan bukti bahawa
masyarakat Asia Tenggara merupakan golongan pelaut, pelayar, pedagang yang
hebat

dan

telah

meneroka

laut

yang

luas

untuk

menjalankan

aktiviti

perdagangan. Penglibatan masyarakat Asia Tenggara dalam aktiviti perdagangan
dan pelayaran disokong pula oleh kemahiran dan pengetahuan mereka dalam
ilmu pelayaran di samping pengetahuan dalam pembuatan kapal dagang atau
lebih dikenali sebagai jong. Penganutan Agama Hindu–Buddha oleh raja-raja di
Asia Tenggara telah menyebabkan golongan raja atau pemerintah sendiri
menjemput golongan Brahmin datang untuk mengiktiraf atau mengesahkan
peranan mereka sebagai raja.
Golongan Brahmin telah diberi kedudukan tinggi dalam susun lapis
masyarakat di Asia Tenggara kerana pengetahuan yang mendalam dalam soal
agama, adat-istiadat, bahasa Sanskrit dan lain-lain. Raja-raja di Asia Tenggara
telah menggunakan golongan Brahmin dari India untuk menonjolkan kebesaran
mereka dan ini telah mengangkat status atau martabat raja di Asia Tenggara
pada kedudukan yang tinggi dalam susun lapis masyarakat di Asia Tenggara
kerana mempunyai pengalaman yang mendalam dalam soal-soal agama, adat
istiadat, bahasa Sanskrit dan lain-lain.

4.0

AGEN-AGEN PENYEBAR PROSES INDIANISASI DI ASIA TENGGARA

Hubungan Tamadun India dengan Asia tenggara telah bermula sejak dahulu lagi
sehingga

kebudayaan

India

dicampurkan

dengan

kebudayaan

tempatan.

Kemasukan pengaruh India dapat dikesan pada abad pertama kurun masihi lagi 18.
Pelbagai teori telah diketengahkan tentang proses Indianisasi di Asia Tenggara.
Menurut pendekatan tradisi, terdapat teori ‘trivamsa’ yang menekankan peranan
tiga kasta tertinggi iaitu Brahmin, Ksyatriya dan Vaisya. Manakala menurut
pendekatan moden, disebabkan oleh faktor-faktor politik, sosial, ekonomi dan
agama. Walau bagaimanapun, peranan orang India dan penduduk tempatan
memainkan peranan penting dalam proses Indianisasi. Dalam proses Indianisasi
di Asia Tenggara, dapat dikesan bahawa proses perkembangannya bersifat dua
18

R. Rajakrshan & M Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Sdn.Bhd,
1994, hlm.179.

10

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

hala atau timbal balik. Hal ini disebabkan oleh penyebaran pengaruh India di Asia
Tenggara adalah bukan hanya melibatkan peranan orang-orang India sahaja
malahan penduduk-penduduk

tempatan di Asia Tenggara turut memainkan

peranan dalam proses penyebaran budaya India ke seluruh kawasan Asia
Tenggara.
4.1

Golongan Vaisya

Penyerapan budaya India ke Asia Tenggara berlaku secara damai (penetration
pacifique) dan bukannya melalui paksaan atau kekerasan. Menurut N.J Krom,
orang-orang India yang mula menetap di Nusantara adalah golongan saudagar
iaitu faktor ekonomi telah menggalakkan kedatangan para pedagang India ke
Asia Tenggara sejak awal abad Masihi. Kumpulan saudagar atau vaisya ini
dianggap sebagai perintis jalan ke Asia Tenggara berikutan berlakunya kemajuan
dalam teknologi perkapalan. Para pedagang India ini telah menduduki beberapa
penempatan di Asia Tenggara dan terus mengadakan hubungan baik dengan
orang tempatan melalui kegiatan perdagangan mereka. Terdapat juga saudagarsaudagar ini yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dari lapisan
masyarakat yang berpengaruh.
Menurut

seorang

ahli

sejarawan

Georges

Coedes

(1886-1969),

perhubungan di antara wilayah Mediterranean dengan India diikuti oleh
penubuhan empayar-empayar Maurya dan Kushan telah membawa kepada satu
perdagangan yang penting dalam barang-barang mewah di antara Timur dengan
Barat. Coedes juga menyatakan bahawa perkembangan kebudayaan India
merupakan hasil daripada kegiatan perdagangan India dengan Asia Tenggara
pada permulaan tahun Masihi. Petempatan-petempatan perdagangan India telah
berkembang

di

pelabuhan-pelabuhan

Asia

Tenggara

dan

keadaan

ini

memudahkan kedatangan puak-puak yang lebih berpendidikan seperti sami-sami
dan ahli-ahli persuratan untuk mengembangkan kebudayaan India. Dengan cara
ini kebudayaan India telah disebarkan kepada masyarakat di Asia Tenggara.
Coedes mengemukakan empat corak unsur-unsur kebudayaan yang
didatangkan dari India ke Asia Tenggara antaranya ialah konsep diraja yang
bersifat Hindu atau Buddha, penulisan sastra yang menggunakan bahasa
Sanskrit,

kepercayaan

yang

dipetik

dari

Hikayat-hikayat

Ramayana

dan

Mahabharata, cerita-cerita Purana dan buku-buku Sanskrit yang mengandungi
tradisi diraja dan salasilah keturunan keluarga-keluarga diraja di daerah Ganges
11

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

dan pengalaman Dharmasastra, hukum-hukum agama Hindu terutamanya
Manava Dharmasastra atau undang-undang manu.
4.2 Golongan Ksyatriya
Selain daripada golongan Vaisya, penyebaran Indianisasi juga dilakukan oleh
golongan

Ksyatriya

berdasarkan

teori

politik

atau

teori

Ksyatriya

yang

dikemukakan oleh C.C Berg. Menurut Berg, teori Ksyatriya menekankan proses
penyebaran secara kekerasan dan penaklukan berbanding teori Vaisya yang
menyarankan penyebaran kebudayaan India secara damai. Penaklukan yang
dilakukan ke atas petempatan-petempatan awal di Asia Tenggara contohnya
seperti menyebabkan mereka mendesak dan memaksa penduduk tempatan Asia
Tenggara supaya menerima dan mengikuti serta mengamalkan kebudayaan dan
agama yang mereka bawa dari India ke Asia Tenggara di Jawa Indonesia, Kemboja
dan Kedah Tua.
Teori Ksyatriya yang dikemukakan oleh C.C Berg itu mengatakan bahawa
berlaku kekacauan politik yang membawa kepada keruntuhan sesuatu dinasti di
India,

yang

telah

mendorong

golongan

raja

dan

bangsawan

mencari

perlindungan di tempat lain, termasuklah Asia Tenggara dan seterusnya berjaya
menubuhkan kerajaan baru di Asia Tenggara. Selain itu, teori ini juga mengatakan
terdapat juga golongan putera raja atau hulubalang India yabg datang menjajah
ke kawasan-kawasan tertentu di Asia Tenggara. Sebagai contoh, seorang putera
bangsa asing yang bergelar Kusyana Canda telah merampas takhta kerajaan
Funan pada abad ke-4 dan juga dikatakan bahawa Raja Rajendra Chola telah
menyerang Srivijaya dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1023
Di samping itu mereka dikatakan telah keluar dari India untuk mencari
tanah-tanah jajahan baru kerana perebutan kuasa dalam negeri mereka sendiri.
Oleh itu, bersama-sama dengan pengikut-pengikut mereka telah belayar ke Asia
Tenggara untuk berkelana dan ada yang menjadi lanun. Di kawasan ini dikatakan
mereka telah mengalahkan pembesar-pembesar tempatan dan menguasai negeri
mereka sekaligus putera-putera India telah berkahwin dengan wanita-wanita
tempatan dan mendirikan kerajaan-kerajaan bercorak
Golongan yang turut menyumbang kepada penyebaran kebudayaan India
adalah Golongan Brahmin. Kedatangan golongan Brahmin ini dikatakan adalah
disebabkan oleh saudagar-saudagar India yang telah berkahwin dengan wanita
tempatan yang mempunyai kedudukan berpengaruh.
12

Selain itu, kedatangan

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

golongan Brahmin juga adalah atas jemputan raja-raja dan melantik golongan
Brahmin sebagai penasihat Raja. Sebagai contoh raja orang Indonesia yang
berusaha memakai nama-nama Hindu dan mengundang orang-orang Brahmin
dari India sebagai konsultan yang dapat memperkenalkan peradaban intelektual
dan kesusasteraan Hindu di istananya.
Raja

menganggap

dengan

adanya

golongan

Brahmin,

Raja

dapat

memperoleh legitimasi dalam kerajaan kerana bagi golongan Brahmin Raja
merupakan jelmaan Tuhan dan harus ditaati perintahnya. Golongan Brahmin
telah datang ke istana-istana Raja contohnya di Indonesia mengajar agama
Buddha, menarik Raja-raja dan keluarga memeluk agama Buddha dan melantik
beberapa orang sami di Indonesia. Golongan Brahmin turut berfungsi dalam
upacara-upacara agama terutamanya di Istana-istana dan masih diamalakan
sehingga hari ini contohnya seperti Burma, Thailand dan Kemboja. Oleh itu, raja
telah mengambil golongan Brahmin untuk mengkuduskan mereka sebagai
dewaraja mengikut fahaman dan istiadat India lama.
4.3

Golongan Mubaligh Hindu-Buddha

Menurut Bosch, pengindiaan kawasan ini telah dimulakan oleh mubaligh agama
Buddha. Teori agama dikatakan sebagai faktor pendorong dalam penyebaran
kebudayaan India di Asia Tenggara. Dalam hal ini, tokoh-tokoh buddhalah yang
memainkan peranan dalam penyebaran ajaran agama Buddha kerana ajarannya
dikatakan bersifat universal. Golongan mubaligh Buddha ini juga merupakan
golongan yang terawal datang ke kawasan Asia Tenggara. Dari segi sejarahnya,
golongan raja yang beragama Buddha iaitu Maharaja Asoka dari Dinasti Maurya
(330-180 S.M). Beliau bukan sahaja mengirim para sami Buddha ke Ceylon
bahkan dikatakan juga ke alam Yunani.
Di samping itu ramai mubaligh Buddha telah dihantar dan dikirim ke serata
dunia oleh Maharaja Asoka, pemerintah kerajaan Maurya (330-180 Masihi) iaitu
Sona dan Uttara ke Suvanna-Bhumi atau dikenali sebagai Bumi Emas yang
kemungkinannya ialah Burma. Antara mereka telah sampai ke Asia Tenggara dan
menyebarkan agama itu di kawasan ini. Sebagai mubaligh, mereka bukan hanya
berdakwah kepada orang kebanyakan malah mereka memasuki istana-istana raja
dan memujuk mereka supaya memeluk agama Buddha. Pendeta-pendeta Buddha
ini kemudian telah mengajar pihak istana tentang kitab-kitab agama itu yang
tertulis dalam bahasa Sanskrit.
13

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

4.4

2014

Penduduk Tempatan

Peranan masyarakat tempatan turut menyebabkan pengaruh Hindu-Buddha ini
tersebar di Asia Tenggara. Menurut Mohd Dahlan Mansoer dalam Sejarah Melayu
“ Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya, pelayar tempatan telah
mengembara sehingga ke Madagaskar sebelum kedatangan pengaruh Hindu ke
Nusantara”. Justeru itu, ada kemungkinan mereka singgah di India semasa dalam
perjalanan pulang dan membawa budaya India bersama mereka. Beliau
menyatakan bahawa terdapat pelayar Melayu yang sudah belayar jauh untuk
mengembara hingga ke Yaman serta Afrika dan Madagascar lalu menetap di
sana, terdapat juga pelayar Melayu ini yang sampai ke India. Oleh itu, setelah
mereka sampai ke Asia Tenggara mereka telah menyebarkan kebudayaan India
yang mereka perolehi semasa belayar itu, sama seperti kehadiran para pelaut
dan pedagang India ke Asia tenggara pada zaman yang sama. Perluasan kegiatan
perdagangan yang berlaku sekitar abad ke-5 dan ke-6 masihi membawa kepada
kemunculan kerajaan Srivijaya kemudiannya itu tidak lain merupakan peranan
masyarakat tempatan sendiri, dan bukannya pencapaian orang India.
J.C. Van Leur pula menekankan kepentingan peranan penduduk tempatan
walaupun dalam bentuk peranan yang terhad. J.C Van Leur merupakan tokoh
awal yang menekankan kepentingan penduduk tempatan walaupun dalam
bentuk

dan

peranan

yang

terbatas.

Sumber

arkeologi

sendiri

banyak

menunjukkan unsur-unsur local genius atau penyesuaian antara penerimaan
pengaruh kebudayaan India dan pengekalan tradisi sendiri. Hasil daripada
peranan timbal balik antara orang India dan penduduk tempatan sendiri, maka
berkembanglah agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Mereka telah
menyaring peradaban India yang datang ke Asia Tenggara untuk disesuaikan
dengan tuntutan dan suasana tempatan sehingga agama dan kebudayaan India
tidak lagi dalam bentuk yang asal. Misalnya, orang Indonesia belajar agama
Hindu-Buddha dan pergi berziarah ke India kemudian mereka menyebarkan
agama tersebut setelah kembali ke negara asal.

Secara ringkasnya, apa yang

sebenarnya berlaku ialah penduduk-penduduk Asia Tenggara telah mengambil
unsur-unsur kebudayaan Buddha dan Hindu yang dibawa masuk ke Asia Tenggara
dan

meresapkannya

ke

dalam

kebudayaan

tradisi

mereka,

menyesuaikannya mengikut kehendak dan pandangan mereka sendiri.
4.5

Golongan Pedagang
14

sambil

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

Seterusnya agen yang turut menyebarkan pengaruh Hindu-Buddha di Asia
Tenggara iaitu melalui peranan golongan pedagang. Golongan pedagang pula
merupakan golongan kedua selepas golongan mubaligh. Hubungan India dengan
kerajaan-kerajaan awal sebelum era Indianisasi adalah lebih kepada aktiviti
perdagangan dan hubungan ini juga telah berlaku sejak awal abad Masihi lagi.
Melalui faktor ekonomilah membawa kepada kemasukan pengaruh India di Asia
Tenggara. Pada masa itu, kemajuan dalam ilmu dan teknologi perkapalan telah
mengalakkan kedatangan mereka ke Asia Tenggara. Selain itu, terdapat beberapa
pandangan sarjana telah berpendapat bahawa, kedatangan masyarakat India ke
Tanah Melayu juga bermula sejak awal lagi. Penghijrahan mereka adalah berkait
rapat dengan perdagangan di negeri Melayu Tua seperti di Gangga Negara,
Beruas dan Melaka. Penempatan awal mereka di Melaka dan kini dikenali sebagai
Tanjung Keling. Mereka pada awalnya adalah pedagang yang berkahwin dengan
orang tempatan dan kerana itu wujud satu golongan India campuran Melayu
yang berdasarkan agama iaitu India Muslim. Kemasukan mereka secara besarbesaran pula kemudiannya juga dipengaruhi oleh faktor-faktor di negeri mereka
dan Tanah Melayu sendiri pada ketika itu.
Hubungan antara pedagang India dengan Asia Tenggara termasuk
Semenanjung Tanah Melalyu pada abad-abad awal Masihi sebahagian besarnya
adalah untuk tujuan perdagangan. Emas dan bahan-bahan wangian menjadi
tumpuan para pedagang dan peniaga dari Barat. Kawasan emas yang utama di
kawasan Semenanjung Tanah Melayu ialah di Raub, Pahang, lanjutan dari Patani
dan kelantan melalui kawasan Barat Pahang dan kawasan timur Negeri Sembilan
ke Melaka. Selain itu, emas juga boleh di perolah dari sungai di Semenanjung
Tanah Melayu. Sebelum ini tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan
beberapa jenis hasil hutan yang sukar diperoleh seperti kayu gaharu. Walau
bagaimanapun, keperluan mereka yang pertama ialah untuk mencari tempat
berlabuh yang selamat.
Mulai awal era Kristian terutama pada zaman Maharaja Claudius (41-54 M),
wujud perdagangan antara Empayar Romawi dan India. Wujud hubungan
perdagangan laut secara langsung ketika itu. Di Alexandria, pusat perniagaan
India ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan, manakala di Mandala di India
terdapat satu koloni pedagang Romawi. Dalam kedua-dua abad sebelum era
Kristian, India telah kehilangan sumber importnya yang utama iaitu besi apabila
pergerakan golongan nomad menyekat jalan Bactrian ke Siberia. Oleh itu, India
15

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

mengimport besi dari Empayar Romawi. Walau bagaimanapun, Maharaja
Vespasian (69-79 M) melarang pengeksportan bahan besi yang sangat bernilai itu
daripada Empayar Romawi, jadi pedagang India yang biasanya memperoleh
kebanyakannya bekalan emas dari Rom mengalihkan pandangan ke Asia
Tenggara, terutama Semenanjung Tanah Melayu sebagai alternatif untuk
mendapatkan emas. Selain emas, pedagang-pedagang India juga memperoleh
rempah, kayu yang wangi, bijih timah, gading, kapur barus, sumbu badak, tanduk
dan sebagainya. Sebagai balasan, mereka membawa manik dan azimat untuk
ditukarkan dengan bahan yang disebut tadi.

5.0

IMPAK PENGARUH INDIA KEPADA KERAJAAN DAN MASYARAKAT

AWAL.
Menurut Himansu Bhusan Sarkar pada tahun 1970 dalam Some of India the
Ancient Civilization of Indonesia and Malaysia, interaksi atau proses indianisasi
yang berlaku kira-kira 2 ribu tahun yang lalu telah banyak memberi kesan
terutamanya dalam aspek ekonomi iaitu aktiviti perdagangan sebagai teras
utama kepada indianisasi. Selain itu, indianisasi tersebut juga turut memberi
kesan dalam aspek politik serta sosial di Asia Tenggara dan seterusnya impak
kepada kerajaan dan masyarakat awal di asia tenggara.
5.1

Politik

Kedatangan pengaruh india ke Asia Tenggara telah membawa impak yang besar
keatas sistem politik dan pentadbiran terutamanya terhadap pentadbiran
kerajaan-kerajaan yang wujud di kawasan asia tenggara. Proses indianisasi ini
telah memainkan peranan besar dalam setiap aspek yang diamalkan oleh
pemerintah. Sebagai contoh, jika mengambil kira keadaan kerajaan awal asia
tenggara sebelum kedatangan pengaruh india ini. Ia lebih banyak mengamalkan
sistem masyarakat yang hidup secara berkelompok mengikut puak masingmasing, namun dengan meresapnya pengaruh india tersebut, masyarakat di asia
tenggara telah mengamalkan sistem pemerintahan yang lebih sistematik dan
berupaya untuk membentuk masyarakat “bernegara” yang kuat 19. Walaupun
sistem berasaskan pemerintahan beraja telah wujud di asia tenggara pada

19

Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan sesudah
Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000.hlm.62.

16

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

asalnya, namun demikian, ia tidaklah sehebat yang wujud semasa berlakunya
proses indianisasi tersebut.
Jika melihat kepada kerajaan awal yang wujud di india, raja-raja yang
memerintah dianggap memiliki sifat kedewaan kerana peranan mereka sebagai
pelindung serta penjaga kebajikan penduduk. Kuasa mutlak yang dimiliki oleh
pemerintah tersebtu menyebabkan mereka mudah dianggap sebagai tuhan
ataupun dewa. Oleh yang demikian, dengan kedatangan pengaruh india,
golongan pemerintah di asia tenggara telah mengambil beberapa unsur daripada
konsep raja india untuk memperkukuhkan taraf mereka sebagai pemerintah.
Aspek ketuhanan yang diamalkan oleh golongan pemerintah di india telah
dijadikan asas oleh pemerintah kerajaan di asia tenggara dengan mengaitkan
mereka sebagai jelmaan dewa Visynu. Keadaan ini juga membolehkan wujudnya
pengaruh konsep Devaraja di Asia tenggara20.
Kesan pengaruh india ini juga amat ketara jika mengaitkan kewujudan
nama-nama kerajaan awal yang wujud di asia tenggara. Sebagai contoh, kerajaan
Funan yang dikatakan berasal daripada sebutan cina bagi istilah khmer bnam
yang bermaksud gunung. Gunung yang dikaitkan dengan kerajaan Funan adalah
gunung suci Ba Phnom yang merupakan simbol bagi kekuasaan kerajaan
tersebut. Namun demikian, pengaruh india boleh dilihat dalam penggunaan
konsep ini dimana konsep sedemikian menyamai gelaran ‘sailaraja’ di india 21.
Funan yang pada asalnya mengamalkan corak bermasyarakat yang berdasarkan
suku kaum (tribal-Society) telah berubah kepada sistem berkerajaan yang telah
membentuk empayar kuat di Asia tenggara selepas menerima pengaruh india ini.
Malahan kerajaan awal funan juga merupakan sebuah kuasa maritim di Asia
tenggara yang berkuasa selama beberapa abad iaitu pada kurun pertama hingga
kurun ke-6 masihi.
Penggunaan konsep devaraja

raja juga merupakan suatu kesan yang

sangat penting dalam melihat kesan pengaruh hindianisasi ini. Masyarakat india
mempercayai bahawa pemerintah mereka memiliki kuasa luar biasa kerana
dianggap sebagai penitisan dewa (avatar) Siva atau Visnu. Salah satu sifat yang
menonjol bagi seseorang raja india adalah peranan mereka sebagai perantara
antara kuasa alam semulajadi dan masyarakat yang diperintah. Oleh itu, mereka
20

M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm.147.

21 Ibid,.hlm.61.

17

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

menganggap raja mereka mempunyai sifat-sifat kedewaan yang harus dipuja,
ditakuti dan disembah. Unsur-unsur yang diamalkan di india telah diadaptasi oleh
pemerintah kerajaan yang wujud di Asia tenggara pada masa tersebut. Oleh itu,
untuk menggambarkan raja sebagai seorang manusia istimewa yang memiliki
kuasa luar biasa, kerajaan bercorak hindu-buddha di asia tenggara telah
mengaitkan raja dengan gunung ataupun bangunan suci yang bertingkat-tingkat
melambangkan gunung suci Mahameru, iaitu tempat menetapnya aspek
ketuhanan dalam tradisi agama hindu22.
Kesan akibat kedatangan pengaruh india ini juga menyebabkan raja yang
menjadi pemerintah di kerajaan asia tenggara akan dibebani tugas-tugas
keagamaan yang berat. Ini adalah disebabkan peranannya sebagai tokoh yang
melambangkan

pusat

alam

semesta.

Raja-raja

yang

memerintah

telah

dihubungkan dengan penjelmaan dewa-dewa agama hindu berdasarkan mazhab
yang diamalkan di dalam kerajaan tersebut. Misalnya, di kerajaan yang
menganut aliran Siva, maka pemerintahnya akan dianggap sebagai penjelmaan
dewa Siva manakala begitu juga sebaliknya 23. Keadaan ini telah menyebabkan
raja yang menaiki tahkta kerajaan akan berdepan dengan pelbagai adat istiadat
penabalan yang berdasarkan tradisi hindu-buddha sendiri. Upacara penabalan
raja ini akan dijalankan oleh golongan Brahmin yang mempunyai pengetahuan
tentang upacara-upacara tertentu sesuai dengan tradisi hindu-buddha di India.
Pengaruh india juga telah membawa masuk konsep Mandala (Circle of
king) yang

mana difahami

sebagai

aspek

tambahan

kepada

raja yang

memerintah. Ini iaitu simbolik kepada bulatan yang merupakan lingkungan
kekuasan raja. Secara fizikalnya negara ataupun kerajaan yang wujud di asia
tenggara tidak mempunyai sempadan yang jelas dan juga tidak tetap tetapi ia
bergantung mengikut raja yang berkuasa. Konsep ini dikenali sebagai Mandala
yang membawa makna “bulatan raja-raja” 24.
Selain itu, kesan daripada kedatangan pengaruh hindu-buddha ini juga
telah mewujudkan konsep daulat dalam sistem politik negara. Kedaulatan raja
tersebut sebenarnya dianggap sebagai sifat asli raja itu sendiri yang merupakan
22

M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm.152.

23 Koentjaraningrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta: Balai Pustaka, 1994,hlm.40.
24

Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000, hlm.179.

18

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

titisan dewa. Bagaimanapun untuk meneguhkan kepercayaan rakyat tentang
konsep daulat ini, adakalanya ditambah dengan kekuatan dan kesaktian melalui
pemilikan barang-barang pusaka yang melambangkan kedaulatan pemerintah itu
sendiri25. Konsep daulat ini telah menjamin ketaatan rakyat terhadap pemerintah
dan telah memberikan manfaat yang sangat penting kepada kesinambungan
pemerintahan raja dalam sesebuah kerajaan di asia tenggara, ini disebabkan
melalui konsep tersebut, rakyat telah menumpahkan seluruh kesetian mereka
kepada raja yang memerintah.
5.2

Sosial

Kesan kedatangan pengaruh agama hindu-budhha ke asia tenggara sebenarnya
tidaklah

membawa

masyarakatnya.

banyak

Walaupun

perubahaan

pada

asasnya

dalam

sistem

berlakunya

kepercayaan

pertukaran

sistem

kepercayaan daripada animisme kepada ajaran agama hindu-budhha.walau
bagaimanapun perkembangan agama hindu ini sebenarnya lebih tertumpu
kepada golongan atasan. Manakala golongan bawahan pula masih cenderung
kepada kepercayaan lama26. Keadaan tersebut mempunyai kaitan dengan sebuah
konsep iaitu Great Tradition dan Little Tradition. Dalam konsep ini, kesan proses
indianisasi ini boleh dilihat dalam pengamalan kepercayaan yang telah membawa
perubahan terhadap sistem kepercayaan masyarakat. Ini disebabkan situasi pada
zaman tersebut yang berkaitan dengan ketaatan terhadap pemerintah membawa
kepada polisi ‘agama raja adalah juga agama rakyat’.
Kemasukan

pengaruh

hindu-buddha

juga

telah

membawa

kepada

pemelukan agama ini oleh penduduk asia tenggara. Hal ini mempunyai kaitan
dengan pendapat yang diutarakan oleh M. rajantheran yang menyebut selepas
sahaja pemerintah kerajaan di asia tenggara menganut agama tersebut. Mereka
telah bertindak dengan mengistiharkan agama hindu atau budhha sebagai
agama rasmi kerajaan mereka sesuai dengan kepercayaan yang dianuti oleh raja
tersebut27.

Sebagai

contoh

kerajaan

Dvaravati

yang

mencapai

tahap

kegemilangan pada abad ke-6 masihi telah diperintah oleh Raja Anawrahta telah
memeluk agama budhha mazhab Theraveda dan seterusnya mengistiharkan
25
26
27

Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia , Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd,2003, hlm.24.
Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia , Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd,2003, hlm.157.
M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999,hlm.50.

19

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

budhha sebagai agama rasmi kerajaan tersebut. Kesannya, semenjak zaman
tersebut, agama buddha tetap menjadi agama rasmi kerajaan Burma. Kesan
kemasukan pengaruh india ini telah menyebabkan agama hindu dan Buddha
telah berkembang dengan meluas di asia tenggara tanpa tentangan daripada
mana-mana pihak. Agama hindu telah diamalkan di serata asia tenggara.
Walaupun agama yang mereka anuti kelihatan bercampuraduk dan beerlakunya
sinkritisme dengan agama pribumi, namun ia telah disesuailkan dengan konsep
agama hindu.
Dalam hierarki masyarakat asia tenggara selepas kemasukan pengaruh
india pula, tidak dapat dinafikan konsep kekastaan sememangnya wujud
walaupun tidak diamalkan secara langsung mengikut seperti sistem kasta yang
diamalkan di india. Pengaruh sistem kasta ini boleh dilihat buktinya melalui
pengamalan di jawa amat jelas melalui penggunaan perkataan chaturvarna dan
kekerapan rujukan kepada golongan Brahman, ksyatriya, dan sudra. Unsur-unsur
pengkastaan ini merupakan kesan daripada pengaruh hindu-buddha yang dibawa
masuk dari india.
Dalam aspek kesenian pula, kemasukan pengaruh hindu-buddha ini telah
membentuk pengaruh seni yang sangat berkait dengan tradisi hindu. Semasa
proses ini berlaku, pembinaan candi-candi, patung dan arca telah berkembang
dengan pesat. Ini berlaku kerana peranannya yang berfungsi sebagai tempat
penyembahan dan pemujaan roh nenek moyang bagi agama hindu. Monumen
tersebut telah menjadi warisan pengaruh hindu-buddha yang masih wujud hingga
hari ini. Candi-candi yang masih wujud sehingga pada hari ini seperti candi
Borobudur dan Angkor yang menjadi lambang kepada keagungan kerajaan awal
asia tenggara. Pembinaan monumen-monumen tersebut adalah disebabkan
kesan pengaruh agama hindu yang telah menyebabkan pihak pemerintah
sentiasa memandang tinggi pembinaan bangunan kuil-kuil dan candi, hal ini
mempunyai kaitan dengan kepentingan agama itu kepada kerajaan mereka 28.
Dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan pula, terdapat dua unsur
penting yang membawa kepada perbezaan antara sistem pendidikan yag
diamalkan dalam oleh pemerintah. Corak pendidikan yang diamalkan oleh
pengaruh hindu lebih cenderung kepada golongan atasan sahaja berbanding
dengan agama Buddha yang bercorak kerakyatan. Namun demikian pendidikan
28

M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999,hlm.156.

20

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

telah berkembang dengan pembelajaran formal dijalankan melalui penggunaan
medium bahasa yang menggunakan bahasa Sanskrit dan tamil. Corak pendidikan
formal yang dimaksudkan disini ialah pengajian tentang agama hindu atau
Buddha. Pengaliran bahasa Sanskrit ini telah menyebabkan wujudnya karya
sastera di alam asia tenggara. Ini dapat dilihat daripada penemuan arkeologi
terhadap inskripsi dan kitab-kitab lama 29.

5.3

Ekonomi

Dalam aspek ekonomi pula, akibat kedatangan pengaruh india yang meresap
dalam corak pemerintahan kerajaan di asia tenggara. Corak ekonomi pada masa
tersebut terbahagi kepada dua iaitu kerajaan agrarian dan kerajaan maritim.
Kerajaan agrarian ini merupakan kerajaan yang mengamalkan sektor ekonomi
bercorak pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan. Pada asasnya ia
terbentuk di lembangan sungai yang subuh. Manakala kerajaam maritim pula
ialah kerajaan yang mengamalkan ekonomi bercorak perdagangan. Kesan
penting daripada kewujudan kerajaan maritim adalah munculnya hubungan
perdagangan diantara kerajaan di asia tenggara dan kerajaan lain seperti china
dan hubungan perdagangan dengan dunia Arab.
Selain itu, kesan proses indianisasi ini juga menyebabkan hubungan
perdagagan antara india dan kerajaan-kerajaan di asia tenggra menjadi lebih
pesat. Ini berlaku ekoran pedagang luar seperti daripada arab, parsi dan china
datang ke asia tenggara untuk tujuan berdagang. Masyarakat terlibat secara
langsung dalam pelbagai bentuk perusahaan seperti yang terdapat di bali,
Indonesia. Rakyat bali terlibat secara langsung dalam perusahaan

seperti

mengukir arca serta patung dewa-dewa hindu yang digunakan didalam kuil. Pada
zaman khmer, kuil-kuil menjadi kaya disebabkan pemberian daripada para
pembesar atau penaung-penaung mereka. Ini membolehkan bantuan dan
pembiayaan untuk kegiatan kebajikan dapat dijalankan 30.
Walau bagaimanapun, sebelum kedatangan pengaruh hindu-buddha ini,
corak ekonomi masyarakat bergantung kepada pemberian alam seperti kegiatan
29
30

Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd, 2003, hlm.28.
Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000, hlm.185.

21

SEJARAH ASIA TENGGARA : PRA-KOLONIAL (AJ21903)

2014

memburu binatang, memungut hasil hutan dan bercucuk-tanam. Oleh itu, seperti
aspek lain, ekonomi juga membawa perubahan serupa kerana turut mengalami
pengaruh yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Namun pengaruh
india terhadap sektor ekonomi ini tidaklah membawa perubahan yang besar
kerana kegiatan-kegiatan ekonomi masyarakat asia tenggara sebelum proses
indianisasi tetap berlaku walaupun pengaruh india telah meresap dalam
masyarakat asia tenggara. Kedatangan pengar