Bentuk Muka Bumi di Penempatan Telipok

AG20603
GEOMORFOLOGI
LANSKAP DI KAWASAN KAJIAN: PEMERHATIAN DI KAWASAN PENEMPATAN
TELIPOK
ABDILLA BIN KHAIROL
BA10110002
PUAN JURRY FOO

1.0

PENGENALAN

Skim Penempatan Telipok merupakan satu projek kerajaan dalam menempatkan semula
penduduk yang dahulunya tinggal di Pulau Gaya ke satu tempat yang baharu yakni penempatan
Telipok. Keseluruhan penduduk yang menetap di kawasan penempatan Telipok ini merupakan
mereka yang berpendapatan rendah dan dalam kategori penduduk miskin. Tambahan pula,
tahap pendidikan secara puratanya adalah pada tahap persekolahan rendah dan tidak
bersekolah. Akan tetapi, dalam laporan ini membincangkan tentang lanskap di kawasan
penempatan telipok. Pemerhatian kepada lanskap di kawasan penempatan ini sangat menarik
memandangkan kawasan letakan penempatan ini merupakan di atas bukit yang dirata untuk
divina kawasan penempatan (lihat gambar 1.1). Terdapat beberapa lanskap yang menjadi

kriteria yang menggambarkan kawasan penempatan ini sama ada lanskap tersebut terhasil
secara semulajadi ataupun dilakukan oleh manusia itu sendiri.
Objektif bagi laporan ini boleh dikatakan sebagai melihat lanskap yang sedia ada atau
lanskap yang terhasil akibat manusia sebagai agen geomorfologi. Selain itu, objektif laporan ini
juga melihat agen-agen yang terlibat dalam penghasilan lanskap tersebut. Objektif yang ketiga
adalah mengenalpasti proses yang terlibat dalam penghasilan lanskap tersebut. Akhir sekali,
penghasilan model bagi melihat perkaitan antara agen-agen tersebut dalam penghasilan
lanskap tersebut.
2.0

METODOLOGI

Salah satu kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah pemerhatian.
Pemerhatian yang dijalankan adalah dengan ke kawasan kajian ini iaitu kawasan penempatan
Telipok. Darjah ketersampaian ke kawasan kajian adalah sangat rendah memandangkan
kawasan kajian ini merupakan kawasan tempat tinggal saya iaitu pengkaji yang mengkaji
lanskap yang terhasil di kawasan penempatan Telipok ini.
Selain itu, kaedah yang digunakan adalah menggunakan imej satelit untuk menunjukkan
kawasan kajian serta skala kawasan kajian yang terlibat dalam kajian ini. Imej ini penting untuk
memberi gambaran tentang bagaimana kawasan kajian tersebut serta kawasan yang terlibat


dalam menentukan kawasan lanskap semulajadi dan buatan manusia. Kaedah yang terkhir
adalah kaedah yang menggunakan teknologi iatu pengambilan gambar untuk menunjukkan
lanskap yang terhasil akibat daripada proses-proses geomorfologi yang disebabkan oleh agenagen geomorfologi juga. Gambar-gambar tersebut boleh dilihat dan dirujuk di kawasan
lampiran bagi memudahkan pembaca untuk memahami isu yang dikaji dalam laporan kajian ini.
3.0

HASIL KAJIAN

Melihat kepada objektif ketiga bagi kajian ini, untuk melihat lanskap yang telah terbentuk sama
ada oleh manusia atau secara semulajadi, satu proses iaitu satu keadaan yang menyebabkan
bentuk tersebut terhasil perlu dikenal pasti. Dalam kajian ini, proses yang disentuh adalah
proses hakisan. Proses hakisan merupakan satu proses peralihan batuan atau peralihan
sedimen yang akan menyebabkan keadaan sesuatu tanah tersebut semakin rendah dari
keadaan asal1. Dalam erti kata lain, proses hakisan yang berlaku itu akan menghasilkan
pandang darat fizikal yang baru (gambar 3.1). Selain itu, terdapat juga proses yang lain yang
membentuk lanskap di kawasan penempatan tersebut, iaitu proses susutan tanih. Susutan tanih
ini merupakan satu proses yang melibatkan pergerakan bahan dari satu kawasan ke satu
kawasan yang lain2. Dalam erti kata lain, kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kawasan
lanskap di kawasan penempatan Telipok berbeza (gambar 3.2).

Selain itu, terdapat juga proses luluhawa yang membentuk lanskap di penempatan
telipok tersebut (gambar 3.3). Proses luluhawa ini merupakan luluhawa organik yang mana
melibatkan manusia sebagai agen luluhawa tersebut. Proses luluhawa ini boleh dikatakan
sebagai proses pemecahan batuan sama ada secara mekanikal atau secara kimia3. Akan tetapi,
proses yang terlibat juga bukan disebabkan oleh keadaan semulajadi, tetapi boleh dikatakan
sebagai kehendak dan keperluan manusia yang tinggal di kawasan penempatan Telipok.
Kehendak dan keperluan semasa oleh penduduk di sana menyebabkan beberapa proses atau

1

Gabler E. R. et. al, 2007, Essential of Physical Geography (Eight Edition), Thomson Brooks/Cole; Belmont,
California, page 424.
2

deBlij H.J. & Muller P.O, 1996, Physical Geography of the Global Environment, John Wiley & Sons Inc; Canada
page 390.
3

Marsh W.M, 1987, Earthscape A Physical Geography, John Wiley & Sons Inc; Canada, page 384.


pengubahsuaian lanskap muka bumi di kawasan penempatan telipok tersebut. Proses
pembinaan rumah yang berlaku di kawasan penempatan telipok bukan sahaja mengubah
lanskap tetapi mengubah fungsi guna tanah di kawasan tersebut. Hal ini terjadi dengan andaian
bahawa sesebuah penempatan atau perumahan yakni rumah yang di bina adalah hanya
sementara untuk satu tempoh masa yang tertentu4.
4.0

ELEMEN TERLIBAT

Berdasarkan dapatan kajian serta pemerhatian yang telah dijalankan, elemen yang terlibat
dalam pembentukan lanskap bagi kawasan Penempatan Telipok boleh dikategorikan kepada
dua.

ELEMEN YANG TERLIBAT

SEMULAJADI

BUKAN SEMULAJADI








Air.
Angin.
Suhu.

RAJAH 4.1

Aktiviti manusia.

Rajah menunjukkan dua jenis elemen yang terlibat dalam membentuk lanskap di
kawasan kajian.

Berdasarkan pengkategorian tersebut, terdapat dua kategori yang menjadi pemangkin
kepada pembentukan muka bumi di kawasan tersebut. Akan tetapi, elemen utama yang
mempengaruhi kawasan lanskap di kawasan kajian adalah air serta aktiviti manusia. Bagi


4

deBlij H.J. & Murphy A.B, 2003, Human Geography Culture, Society, and Space (Seventh Edition), John Wiley &
Sons Inc; Canada, page 287.

elemen yang berkaitan dengan suhu, ianya hanya mempengaruhi dari segi proses luluhawa
yang mana hanya berlaku di kawasan batuan yang terdedah kepada cahaya matahari sahaja
(lihat gambar 3.3). Kawasan tersebut hanyalah satu kawasan kecil jika dibandingkan dengan
kawasan yang dipenuhi atau kawasan yang terdapatnya aktiviti manusia. Bagi elemen angin
pula, ianya hanya menjadi satu faktor yang sangat minor berbanding elemen air dan aktiviti
manusia yang dominan. Angin hanya akan bertindak apabila tibanya musim ribut atau musim
tengkujuh, tetapi disebabkan kawasan kajian yang dikelilingi oleh bukit maka angin tidak
menjadi elemen yang penting.
Air dan aktiviti manusia merupakan satu gabungan elemen yang mencorak lanskap di
kawasan kajian. Hal ini disebabkan air yang mampu mengubah kawasan daratan di kawasan
kajian menjadi lumpur akan menjadi pemangkin kepada perubahan lanskap di kawasan kajian.
Larian air permukaan di kawasan kajian adalah sangat tinggi hal ini kerana, terdapat kawasan
tanau runtuh yang membawa sebahagian tanah menggelonsor ke bawah dalam jumlah yang
besar. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat tayar yang diletakkan di bahagian tepi kawasan
berlakunya tanah runtuh tersebut (gambar 4.1). kejadian tanah runtuh tersebut disebabkan

oleh elemen air, akan tetapi aktiviti manusia iaitu penggunaan kenderaan seperti lori melalui
jalan tersebut mempercepatkan kejadian tanah runtuh. Tambahan pula, kawasan tersebut
merupakan satu tasik pada asalnya, yang hanya ditimbun sudah menjadikan struktur tanah di
kawasan tersebut longgar.

Model 1.0 Model perkaitan elemen yang terlibat dalam pembentukan lanskap di kawasan
kajian.

5.0

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, dapat disimpulkan bahawa pembentukan
lanskap yang berlaku di kawasan kajian secara pemerhatian melibatkan elemen aktiviti manusia
dan air yang menjadi elemen yang dominan, kerana disebabkan aktiviti manusia yang bukan
sahaja melibatkan faktor pergerakan harian aktiviti manusia tetapi juga disebabkan aktiviti lain
seperti pembinaan rumah tambahan di kawasan tepi bukit (lihat gambar 5.1). susutan tanih
juga berlaku di kawasan kajian yang mana disebabkan oleh faktor elemen air (lihat gambar
5.2).
Kajian yang dijalankan ini hanya berdasarkan pemerhatian, oleh itu satu kajian yang

lebih terperinci yang melibatkan kaedah yang lebih spesifik harus dijalankan bagi membuktikan
sama ada fakta yang diberikan adalah shih atau sebaliknya. Diharap satu kajian akan dijalankan
lagi di masa hadapan yang mana bukan sahaja mampu untuk memahami keadaan struktur
tanih tetapi mampu untuk menolong penduduk di kawasan tersebut dalam memahami sistem
pengurusan tebing, curam dan tanih.

LAMPIRAN

Kawasan
kajian
Penempatan
Telipok.

Gambar 1.1 kawasan kajian bagi kajian tentang bentuk muka bumi.

Gambar 3.1 menunjukkan lanskap yang terhasil akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.

Gambar 3.2 Paip plastik digunakan sebagai pengalir air sementara kerana kawasan tersebut
dahulunya merupakan tanah tetapi akibat kejadian tanah runtuh, maka langkah sedemikian
diambil untuk mencegah dari berlakunya lagi larian air permukaan yang berlebihan.


Gambar 3.3 kawasan yang menunjukkan kawasan yang akan berlakunya proses luluhawa
mekanikal atau kimia.

Gambar 4.1 Tayar disusun dibahagian tepi bagi menghalang berlakunya tanah runtuh.

Gambar 5.1 Kawasan rumah yang berada di kawasan kanan di dalam gambar merupakan
struktur bangunan yang dibina oleh manusia yang bukan struktur asal bangunan di kawasan
kajian.

Gambar 5.2 Keadaan tanah yang berlakunya susutan tanih.

RUJUKAN
deBlij H.J. & Murphy A.B, 2003, Human Geography Culture, Society, and Space (Seventh
Edition), John Wiley & Sons Inc; Canada, page 287.
deBlij H.J. & Muller P.O, 1996, Physical Geography of the Global Environment, John Wiley &
Sons Inc; Canada page 390.
Gabler E. R. et. al, 2007, Essential of Physical Geography (Eight Edition), Thomson Brooks/Cole;
Belmont, California, page 424.
Marsh W.M, 1987, Earthscape A Physical Geography, John Wiley & Sons Inc; Canada, page 384.