Kemelesatan Ekonomi Dunia Dan kesannya

Tajuk

: Kemelesatan Ekonomi Dunia dan Kesannya
Terhadap Malaysia.

Oleh
Catatan pada
Jabatan

: Nazri Ghani
: 9 Oktober 2011
: SK Peserian, Semerah, Batu Pahat.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1


Pendahuluan

3

2

Permulaan Krisis Ekonomi Amerika

4

3

Kesan Krisis Terhadap Malaysia

6

4

Pakej Rangsangan Ekonomi


7

4.1 Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama

8

4.2 Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua

9

4.3 Kesan Pakej Rangsangan Ekonomi

10

Pengangguran

12

5.1 Peranan Penasihat Ekonomi Negara


13

5

5.2 Cadangan Langkah-langkah bagi
Menjamin Pekerjaan
6
7

Kesimpulan

14
18

Apendix

19

1


1.

Pendahuluan
Model ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh kebanyakan negara khususnya

Amerika dan Eropah telah memacu kemajuan yang pesat dalam pelbagai bidang dengan
pergerakan modal yang besar merentasi sempadan. Terdapat juga negara-negara Asia
yang mengikuti sistem ekonomi ini antaranya Singapura dan Korea Selatan. Sistem ini
terbukti berjaya meningkatkan daya saing negara berkenaan di peringkat global
seterusnya dikenali antara negara ekonomi baru dunia selain kumpulan negara G7.
Namun sistem ekonomi ini juga mempunyai kesan negatif jika disalahgunakan
dengan tujuan meraih keuntungan berlebihan tanpa mengira kesan ekonomi kepada
rakyat berpendapatan rendah dan negara miskin. Ketamakan penanam modal mengaut
keuntungan dengan kuasa kewangan mereka telah memberi kesan kepada negara
ekonomi kapitalis seperti Amerika yang mengalami krisis sub-prima seterusnya
mempengaruhi negara yang bergantung dengan suasana ekonomi di Amerika.
Sub-prima adalah sebuah model kewangan yang digunakan bagi menggantikan
model kewangan tradisional di Amerika. Dalam model kewangan tradisional
pembiayaan hanya melibatkan dua pihak iaitu pembeli hartanah dan pihak bank

sebaliknya model sub-prima melibatkan tiga pihak iaitu pembeli hartanah, pihak bank
dan pemegang bon. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan model yang disebutkan di atas.

Rajah 1.1 Model Kewangan Amerika

2

2.

Permulaan Krisis Ekonomi Amerika
Secara tradisional, bank-bank di Amerika membiayai pinjaman gadaijanji mereka

melalui deposit yang diterima dari para pelanggan. Hal ini telah menyekat jumlah
pinjaman gadaijanji yang boleh mereka berikan. Bank telah beralih ke model baru di
mana mereka menjual gadaijanji ke pasaran bon. Hal ini telah menambah dana untuk
diberikan kepada para peminjam. Ini menyebabkan bank tidak lagi memiliki insentif
untuk menyemak dengan teliti gadaijanji mereka yang bermasalah.
Sektor swasta telah secara dramatik memperluaskan peranannya dalam pasaran
bon gadaijanji, yang sebelumnya didominasi oleh agensi kerajaan seperti Freddie Mac.
Mereka menawarkan gadaijanji yang baru, seperti pinjaman sub-prima untuk peminjam

dengan sejarah kredit yang buruk dan dokumentasi pendapatan yang lemah yang selama
ini sukar untuk berurusan dengan agensi seperti Freddie Mac. Ini termasuklah gadaijanji
"jumbo" untuk hartanah melebihi dari had gadaijanji USD 417,000 (£ 202,000) yang
diberikan oleh Freddie Mac. Perniagaan ini terbukti sangat menguntungkan bagi bank,
yang memperoleh bayaran untuk setiap gadaijanji yang diurusniagakan. Mereka
mendesak broker untuk menjual lebih banyak gadaijanji.
Broker-broker telah menawarkan kepada pemilik rumah agar membuat
pembiayaan semula ke atas rumah mereka bagi mendapatkan wang. Sikap rakyat
Amerika yang berbelanja melebihi kemampuan menyebabkan mereka gagal melunaskan
kembali hutang yang dibuat hingga menyebabkan rumah mereka diambil alih oleh pihak
bank. Dalam masa yang sama berlaku lambakan rumah yang tidak dijual di pasaran. Ini
memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan harga hartanah jatuh seterusnya merugikan
syarikat perumahan.
Menurut BBC News, Kejatuhan nilai hartanah telah mempengaruhi ekonomi
Amerika, di mana industri pembinaan mengurangkan separuh output mereka, dan ini
mengakibatkan kehilangan antara 1-2 juta peluang pekerjaan. Banyak syarikat pembinaan
kecil kehilangan perniagaan mereka manakala syarikat-syarikat besar juga mengalami
kerugian yang teruk. Industri pembinaan membentuk 15% daripada ekonomi AS, namun
penurunan di pasaran hartanah juga mempengaruhi banyak industri lain, misalnya,
pengeluar barang keperluan rumah dan sebagainya.


3

Keadaan ini telah menimbulkan krisis subprima di AS sehingga menyebabkan
beberapa bank utama di negara itu bankrap. Krisis subprima AS telah menyebabkan
jatuhnya harga hartanah, kelembapan ekonomi, dan kerugian yang dialami oleh bankbank dan syarikat kewangan di Amerika antaranya seperti Fannie Mae, merill Lynch &
Co, Washington Mutual, Lehmann Brothers dan AIG . Perubahan dasar dalam gadaijanji
dan tabungan serta lambakan hutang tidak berbayar telah menjejaskan kecairan tunai
institusi kewangan.
Bank-bank dan institusi kewangan di mana-mana negara merupakan tunjang
ekonomi sesuatu negara dan jika institusi ini mula tumbang, ekonomi negara itu akan
turut tumbang dan jika negara yang tumbang itu ialah satu negara gergasi seperti AS
maka ianya akan tumbang dan mencederakan banyak negara-negara di dunia.
Antara kesannya ialah pasaran saham menjadi tidak menentu akibat penarikan
modal oleh para pelabur. Menurut sumber pada 20 September 2008, purata indeks Dow
Jones Industrial telah kehilangan 504 mata atau 4.42 %. Nilai matawang Amerika juga
kian merosot dan memberi kesan kepada negara yang terlalu bergantung kepada nilai
dolar dalam perdagangan. Usaha menyelamat beberapa syarikat gergasi telah dilakukan
oleh pentadbiran Amerika menggunakan dana persekutuan namun ia tidak dapat
membantu memulihkan kembali kelembapan ekonomi Amerika dengan pantas. Jelaslah

Amerika telah mengalami krisis dan sudah tentu akan melibatkan banyak negara dunia
yang bersandarkan eksport ke negara tersebut antaranya Jepun dan Malaysia.
Kemelesetan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan Jepun pada suku tahun
terakhir 2008 telah menandakan bermulanya era kemelesetan ekonomi dunia. Banyak
kerajaan di seluruh dunia telah membuat persiapan untuk menghadapi krisis ekonomi
global ini dengan pengenalan beberapa pakej penyelamat bagi memastikan kemelesetan
ekonomi yang terburuk pada dekad ini tidak menular dan seterusnya memburukkan lagi
keadaan ekonomi dunia.

4

3.

Kesan Krisis Terhadap Malaysia
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa walaupun

negara-negara maju telah mengumumkan empat pakej rangsangan ekonomi yang begitu
besar melebihi 3 trilion dolar Amerika, sejumlah besar digunakan untuk menyelamatkan
institusi kewangan dan syarikat gergasi mereka, namun masih belum dapat memulihkan
keyakinan para pengguna dan pelabur. Malah pengumuman terkini menunjukkan kadar

pengangguran di Amerika Syarikat berada di tahap 8.1%, kadar paling tertinggi sejak
tahun 1983. ( Dewan Rakyat : 10 Mac 2009 ).
Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini telah memberi impak ke atas
ekonomi negara dalam suku keempat tahun 2008. Eksport dan pengeluaran industri
negara mula merosot dan pelaburan berkurangan. Sentimen pengguna juga telah turut
terjejas. Berikutan ini, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencatatkan
penurunan kadar yang ketara rendah sebanyak 0.1 peratus, berbanding dengan purata
sebanyak 6.3 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2008. Pengurangan
ini disebabkan, terutamanya oleh penguncupan eksport, bagi tempoh yang sama, telah
mengalami kejatuhan nilai sebanyak 13.4 peratus. Kejatuhan eksport ini telah
menjejaskan pertumbuhan sektor ekonomi, terutamanya pembuatan yang telah
mencatatkan penguncupan sebanyak 8.8 %.
Ekonomi Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang menggalakkan sebelum ini
kerana peningkatan perdagangan antarabangsa yang mencakupi hampir 200% daripada
KDNK, iaitu antara yang tertinggi di dunia. Pertumbuhan ekonomi negara juga telah
dijanakan oleh aliran masuk pelaburan asing yang tinggi dan pembangunan pasaran
modal yang mantap. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia,
Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa ekonominya yang begitu terbuka sudah
pasti menerima tekanan berikutan kegawatan ekonomi global.
Tekanan terhadap ekonomi Malaysia disebabkan oleh empat faktor iaitu

berkurangnya nilai eksport akibat permintaan dunia yang merosot, penurunan harga
komoditi eksport, Kemerosotan FDI dan kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia
seterusnya memberi impak negatif kepada sektor perkhidmatan.

5

4.

Pakej Rangsangan Ekonomi
krisis ekonomi dunia 2008 bukanlah krisis pertama yang dihadapi Malaysia malah

negara telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya dalam tahun 1969,
1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu telah dapat diatasi dengan jayanya dan ekonomi
negara telah muncul lebih kukuh. Krisis ekonomi 2008 membawa negara sekali lagi
berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang jauh lebih getir berbanding dengan
krisis-krisis terdahulu. Walau bagaimanapun, berbekalkan pengalaman lalu kerajaan terus
berusaha menggunakan sumber negara secara berhemah bagi mengelakkan impak yang
lebih besar kepada ekonomi negara dan rakyat keseluruhannya.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah
memperkenalkan langkah-langkah bagi memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara

pada 4 November 2008. Antaranya menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan
yang kondusif serta penjanaan peluang pekerjaan yang mapan bagi sektor swasta iaitu
mengurangkan duti import bahan pembinaan, usahasama dengan pihak swasta bagi
membangunkan tanah kerajaan, tambahan RM 200 Juta makro kredit dan sebagainya.
Selain itu, kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan
mengekalkan permintaan dalam negara antaranya melalui pengurangan potongan
caruman KWSP pekerja, pelanjutan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan serta
peningkatan had kelayakan pinjaman kereta bagi kakitangan awam, dan lain-lain.
Kerajaan juga berusaha meningkatkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan di
mana mengutamakan projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan
import yang rendah. Kerajaan juga mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi
jawatan yang kritikal dalam sektor awam secara kontrak selain mempercepatkan
pelaksanaan pendaftaran serta liputan penuh penerima kebajikan masyarakat berdasarkan
kelayakan baru.
Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan
juga telah mengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani masalah kewangan
global dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama pada 4 November
2008 dan pakej rangsangan ekonomi kedua pada 10 Mac 2009.

6

4.1

Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama
Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama merangkumi tiga strategi khusus dalam

Bajet 2009 iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti
dan memperkukuhkan daya tahan negara. Pakej ini merupakan inisiatif kerajaan yang
melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM 7 Billion bertujuan memangkinkan aktiviti
ekonomi dalam negeri serta merangsang aktiviti ekonomi sektor swasta dan menjamin
kesejahteraan rakyat yang melibatkan pelaksanaan lima teras misi nasional mengikut tiga
strategi yang ditetapkan.
Peruntukan Pakej ini adalah berdasarkan kepada penjimatan subsidi bahan api
berdasarkan kriteria-kriteria bahawa negara mesti berbelanja ke arah projek-projek yang
memberi kesan multiplier kepada ekonomi negara dan membela kesejahteraan rakyat.
Menurut YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pakej ini adalah pilihan terbaik
bagi meningkatkan domestic consumption untuk mencapai ekonomi yang lebih baik
dengan unjuran sebanyak 3.5 % pada tahun 2009. Sementara itu, nilai defisit pula
dikekalkan pada tahap 4.8 %.
( Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2008 ).
Kepantasan bertindak bagi melaksanakan semua program adalah amat kritikal.
Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan Unit Pengurusan Projek (Project Management Unit
- PMU) di bawah Kementerian Kewangan bertujuan memantau dan menyelaras
pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi serta memastikan pelaksanaan yang
cekap dan berkesan. Unit ini melapor terus kepada Menteri Kewangan yang dianggotai
oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, badan kawal selia, dan syarikat berkaitan kerajaan
yang terpilih.

7

4.2

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua
Pakej Rangsangan Kedua bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi

global ke atas ekonomi negara. Sekiranya usaha-usaha ini tidak diambil, ekonomi negara
akan mengalami kemelesetan yang serius. Pakej ini dibentangkan di Dewan Rakyat pada
10 Mac 2009 oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ketika itu Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia.
Pakej Rangsangan Kedua bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang
menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran. Ini termasuk pekerja,
pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur.
Di samping itu, langkah-langkah yang dirangka dalam Pakej Rangsangan ini bukan
sahaja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat
tetapi merangkumi juga inisiatif membina kapasiti ekonomi pada jangka panjang.
Pakej Rangsangan ini memberi tumpuan kepada empat teras utama, iaitu
mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, meringankan beban
rakyat terutamanya golongan mudah terjejas, membantu sektor swasta menghadapi krisis
serta membina keupayaan masa depan negara. Pakej Rangsangan ini berjumlah RM 60
bilion. Pakej ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, iaitu 2009 dan 2010.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 15 billion merupakan suntikan fiskal, RM 25
billion Dana Jaminan dan RM 10 billion pelaburan ekuiti, RM 7 billion inisiatif
pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta RM 3 billion insentif cukai.
( Kementerian Kewangan Malaysia, 2009 )
Jumlah RM 60 bilion ini merupakan hampir 9% daripada KDNK. Pelaksanaan
Pakej Rangsangan yang bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dilakukan dalam
sejarah ekonomi negara. Oleh itu, Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua perkhidmatan
yang berkaitan dikehendaki mengemukakan Laporan Kemajuan Pelaksanaan secara
berkala setiap minggu kepada KSP dan disalinkan kepada KSN, KPPA, KP ICU dan Unit
Pengurusan Projek (PMU) bagi Pakej Rangsangan Ekonomi ini manakala prestasi
pelaksanaan projek atau program di bawah Pakej ini dan Bajet 2009 akan menjadi KPI
Pegawai Pengawal yang berkaita.
8

4.3

Kesan Pakej Rangsangan Ekonomi
Sehingga 5 Jun 2009, RM 7 billion yang diperuntukkan untuk Pakej Rangsangan

pertama, 99% atau RM6.95 billion telah diagihkan. Daripada jumlah ini, sebanyak
RM4.02 bilion atau 57.9% yang melibatkan 43,681 projek telah ditawarkan kepada
kontraktor-kontraktor yang berjaya. sebanyak RM1.4 bilion telah dibelanjakan untuk
menyiapkan 10,979 projek. Ini turut melibatkan projek-projek kecil seperti menaik taraf
dan membaikpulih jalan luar bandar, jambatan, sekolah dan hospital yang
berjumlah RM 500 juta telah dilaksanakan.
Di samping itu, program penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek
infrastruktur asas (PIAS) bernilai RM592 juta siap dilaksanakan. Projek rumah mesra
rakyat yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM200 juta bagi membina 2,664 unit
rumah telah dilaksanakan dengan segera. Perlaksanaan projek ini telah memberi kesan
positif kepada aktiviti sektor pembinaan pada suku pertama tahun 2009, di mana sektor
ini telah mencatat pertumbuhan 0.6%. Perlaksanaan projek tersebut telah memberi
peluang pekerjaan dan pendapatan kepada kontraktor-kontraktor kecil, terutamanya di
kawasan luar bandar.
Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pula, sejumlah 7,811 projek bernilai RM
4.2 billion telah diberikan sehingga 5 Jun 2009. Daripada jumlah projek tersebut,
sebanyak RM 1.2 bilion telah dibelanjakan untuk menyiapkan 453 projek. Ini turut
melibatkan program penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur
asas (PIAS) bernilai RM 173 juta yang melibatkan 2,686 projek, yang memberi tumpuan
kepada Sabah dan Sarawak. Ini secara langsung telah dapat membantu meningkatkan
aktiviti ekonomi serta kualiti hidup rakyat luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
Peruntukan sebanyak RM 674 juta telah ditambah sebagai subsidi untuk
mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung. Ini
telah membantu mengurangkan kadar inflasi kepada 3.0% pada bulan April 2009,
berbanding dengan 8.5% pada bulan Julai dan Ogos 2008. Kerajaan juga telah
menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan Syariah berjumlah RM5 bilion. Bon ini
telah mendapat sambutan yang amat baik dan habis dilanggan.

9

Sejumlah RM 460 juta disediakan bagi memberi latihan kemahiran dan teknikal
kepada golongan sasaran. Perbelanjaan ini juga termasuk pemberian elaun harian
berjumlah antara RM500 hingga RM1,800 sebulan. Sehingga Jun 2009, seramai 3,200
orang pelatih telah mengikuti program latihan kemahiran dan teknikal di pusat-pusat
latihan kemahiran negeri dan ini telah bertambah dari semasa ke semasa.
Di samping itu, program untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan
PhD turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kesemua peruntukan
berjumlah RM 200 juta telah dihabiskan diagihkan. Selain itu, sebanyak 4,869
kekosongan jawatan di pelbagai agensi dalam sektor awam juga telah diisi. Trend
bilangan pemberhentian pekerja telah mula reda dengan bilangannya telah berkurangan
daripada 7,665 pada bulan Disember 2008 kepada 3,085 pada bulan Mei 2009 sejak pakej
rangsangan ekonomi ini dilaksanakan.
Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, Kementerian Sumber Manusia telah
disediakan peruntukan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Program bagi Pekerja Yang
Diberhentikan, Graduan Menganggur, Belia, JobsMalaysia Centre (JMC),/ CommunityBased Employment Support Service (CESS), Kursus Modular dan Job Creation bagi
membantu

pekerja yang hilang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Program tersebut telah berjaya membantu pekerja yang diberhentikan kerja mendapat
pekerjaan serta mengurangkan pengangguran. Bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 24 Jun
2009 Kementerian telah berjaya membuat 20,049 penempatan pekerjaan.
Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan untuk memulihkan ekonomi telah dapat
memberi keyakinan para pelabur, terutama dalam pasaran ekuiti. Ini jelas dilihat apabila
Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mencatatkan peningkatan ketara sejak Pakej
Rangsangan Ekonomi Kedua diumumkan. KLCI telah melonjak sehingga 1,072.85 mata
pada 8 Jun 2009 berbanding 855.25 mata pada 10 Mac 2009. Perlaksanaan pakej
ransangan dijangka memberi kesan lebih ketara ke atas ekonomi negara dan dijangka
mencatatkan pertumbuhan positif dalam suku ke empat tahun 2009.
( Parliamentary reply Pakej Rangsangan Ekonomi, 2009 )

10

Tidak dinafikan bahawa strategi dan langkah yang telah dirangka dalam keduadua pakej rangsangan yang komprehensif dan menyeluruh ini seiring dengan tindakan
oleh kebanyakan negara luar telah dapat mengurangkan impak kemelesetan ekonomi
dunia terhadap ekonomi domestik serta dapat memastikan kesejahteraan rakyat.
5.

Pengangguran
Krisis ekonomi yang membelenggu dunia, telah menyebabkan permintaan

terhadap barangan eksport Malaysia berkurangan terutama barangan yang berasaskan
industri elektrik dan elektrikal. Keadaan ini menyebabkan sektor perkilangan yang
berkaitan

mengurangkan

kemampuan

pengeluaran

mereka

antaranya

tindakan

mengurangkan pekerja secara VSS, menghadkan kerja lebih masa dan menutup
sebahagian operasi kilang serta menyatukan operasi kilang agar lebih ekonomik, berdaya
saing serta dapat mengimbang kos dengan lebih baik.
Utusan Malaysia 31 Mac 2009 melaporkan bahawa Sebanyak 26,224 orang telah
diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac 2009. Ini berpandukan kenyataan oleh
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 12,674 rakyat tempatan dan 6,651 warga asing
diberhentikan kerja begitu sahaja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan
sukarela (VSS). Menurut Shamsuddin lagi lebih banyak pekerja hilang pekerjaan
sekiranya keadaan ekonomi tidak segera diperbaiki.
Kerajaan juga menjangkakan seramai 40,000 hingga 58,000 orang akan
diberhentikan kerja ekoran krisis ekonomi global. Timbalan Menteri Sumber Manusia,
Datuk Noraini Ahmad berkata, angka sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi
global dan sejauh mana kesan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan
kedua kelak.

( Kosmo, 26 Februari 2009 )

11

Mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM), mulai 1 Oktober 2008
sehingga 25 Jun 2009, seramai 30, 111 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja.
Daripada jumlah tersebut, sejumlah 15,716 atau 52.2 peratus adalah pekerja lelaki dan
14, 395 atau 47.8 peratus pekerja wanita.
Pengangguran dalam kalangan rakyat jika tidak ditangani dengan berhemah dan
bijak akan membuka rantaian masalah lain antaranya meningkatnya kadar jenayah,
kemiskinan, masalah sosial dan sebagainya. Oleh itu perlu ada langkah yang berkesan
agar matlamat kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat mencapai sasarannya.
Sebuah kerajaan yang baik boleh tumbang akibat masalah pengangguran yang tidak
ditangani dengan segera apatah lagi ada tangan-tangan tersembunyi yang sedia
mengambil peluang akibat kemelut tersebut untuk mengkucar-kacirkan suasana semasa.
5.1

Peranan Penasihat Ekonomi Negara
Peranan penasihat ekonomi amat penting dalam perancangan dan pelaksanaan

aktiviti ekonomi sesebuah negara. Malaysia juga mempunyai sebuah badan yang
membantu kerajaan iaitu Majlis Penasihat Ekonomi (MPE) yang ditubuhkan bagi
menyediakan nasihat pakar sebagai sokongan secara langsung kepada Perdana Menteri.
Majlis ini terdiri daripada 6 hingga 8 penasihat pakar dalam hal-hal ekonomi. Jawatan
Pengerusi Majlis ini adalah bertaraf Menteri. Di samping itu Bank Negara juga turut
bertindak sebagai agensi penasihat ekonomi terutama berkaitan sistem kewangan negara
agar ia dapat diuruskan dengan baik, lancar, telus dan sempurna.
Antara tugas penasihat ekonomi negara ialah menganalisa data-data ekonomi,
menilai pembangunan dalam ekonomi domestik dan antarabangsa dan mengenal pasti
bidang yang perlu diberi perhatian. Selain itu ia perlu menjalankan aktiviti perisikan dan
pengawasan rapi serta membuat ramalan tentang keadaan ekonomi negara seterusnya
membentangkan saranan-saranan dasar pada sesi taklimat tetap kepada Menteri
Kewangan dan juga melalui penyertaan dalam pelbagai forum pembuat dasar ekonomi di
peringkat kebangsaan.

12

Langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan dalam menjamin pekerjaan dalam
situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut dicadangkan oleh penasihat ekonomi
negara. Cadangan yang dikemukakan dapat membantu kerajaan seterusnya krisis yang
dihadapi boleh ditangani dengan baik dan berkesan.
5.2

Cadangan Langkah-langkah bagi Menjamin Pekerjaan.
Industri elektrik dan elektronik (E&E) menerajui sektor industri Malaysia dengan

menyumbang sebahagian besar kepada keluaran, eksport dan gunatenaga perkilangan
negara. Pada 2006, keluaran kasar industri ini berjumlah RM 214.9 bilion, manakala
eksport produk elektrik dan elektronik adalah sebanyak RM 282.2 bilion atau 61.7
peratus daripada jumlah eksport perkilangan. Industri berkenaan telah mewujudkan
397,553 peluang pekerjaan dan menyumbang 36.6 peratus kepada keseluruhan
gunatenaga dalam sektor perkilangan. Pada masa ini, industri elektronik Malaysia
berjaya membina keupayaan dan kemahiran yang signifikan bagi mengeluarkan
rangkaian meluas peranti semikonduktor, barangan elektronik pengguna lebih canggih
dan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Krisis ekonomi dunia menyebabkan industri elektrik dan elektrikal (E&E) terjejas
teruk kerana kurangnya permintaan terhadap barangan berkaitan terutama dari negara
pengimport utama seperti Amerika. Import dan eksport bagi barangan ini telah menjunam
semenjak 3 tahun yang lalu. Pertumbuhan dalam sektor ini juga turut terjejas dan lebih
parah lagi risiko kehilangan pekerjaan dalam sektor berkenaan.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi menjaga kebajikan pekerja apatah
lagi mereka adalah rakyat Malaysia. Ini jelas dinyatakan dalam Akta Pekerja 1955. Maka
langkah bagi menjamin menjamin pekerjaan seterusnya mengurangkan peningkatan
pengangguran dalam kalangan rakyat hendaklah diteliti agar masalah ini dapat ditangani
secara berkesan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

13

Antara langkah yang boleh dilaksanakan kerajaan ialah memperkenalkan program
latihan dan penempatan bagi bekas pekerja yang masih belum mendapat pekerjaan
bertujuan melatih mereka dengan kemahiran baru. Bagi mengurangkan sedikit beban
kewangan mereka, elaun latihan haruslah diberikan di samping jangka masa latihan
yang bersesuian dengan kemahiran baru yang diikuti. Jabatan Tenaga Kerja ( JTK ) juga
haruslah membuka bilik gerakan pendaftaran pekerjaan bagi pekerja yang kehilangan
pekerjaan mereka serta melatih dan memadankan mereka dengan pekerjaan lain yang
bersesuaian.
Seterusnya, keutamaan hendaklah diberi kepada pekerja tempatan bagi mengisi
jawatan dalam bidang yang memerlukan pekerja dan tidak terjejas dengan krisis
ekonomi. Jika syarikat terpaksa mengurangkan pekerja, maka pekerja asing hendaklah
diberhentikan dahulu sebelum pilihan kepada pekerja tempatan. Kerajaan boleh
meningkatkan kadar levi pekerja asing di mana Levi akan dibayar oleh majikan dan
bukannya oleh pekerja manakala pembayaran balik levi pekerja asing kepada majikan
akan dibuat secara prorata sekiranya tempoh perkhidmatan pekerja asing disingkatkan
berbanding kontrak asal. Sehubungan dengan itu dasar perberhentian pekerja asing
terlebih dahulu hendaklah dikuatkuasakan.
Satu direktori peluang pekerjaan di Malaysia juga hendaklah disediakan sebagai
rujukan pencari kerja yang mengandungi maklumat penawaran kerja di seluruh
Malaysia. Direktori ini boleh disediakan dalam bentuk cetakan bulanan, mingguan atau
secara online bagi memudahkan bekas pekerja mencari pekerjaan yang bersesuaian.
Program Penempatan Pekerjaan Khas untuk warga tempatan perlu diadakan bagi
memberi peluang mereka yang diberhentikan kerja mendapat kerja baru. Hal ini dapat
dilakukan dengan mendapatkan kerjasama majikan dari pelbagai sektor yang
memerlukan pekerja, parti-parti politik dan sebagainya.
Selain itu, bagi menggalakkan syarikat mengekalkan pekerja tempatan mereka,
insentif atau potongan cukai yang berpatutan haruslah dipertimbangkan. Pengurangan
sumbangan syarikat kepada Tabung Pembangunan Sumber manusia (HRDF) haruslah
diperhalusi terutama bagi syarikat-syarikat berasaskan E & E bagi membolehkan
mereka terus berkeupayaan mengekalkan pekerja tempatan.

14

Kerajaan hendaklah membekukan pengeluaran lesen agensi pengambilan pekerja
asing dan syarikat penyumberan luar serta memperketat syarat kemasukan mereka.
Langkah tersebut bertujuan memastikan tidak berlaku lambakan tenaga kerja asing di
dalam negara sewaktu permintaan semakin merosot berikutan kesan kemelesetan
ekonomi global. Pekerja industri yang diberhentikan akibat kesan kemelesetan ekonomi
perlu dibantu dengan menyerapkan mereka ke dalam sektor perladangan dan ternakan
atau diberikan modal khusus untuk membolehkan mereka memulakan kegiatan
berasaskan pertanian dan perniagaan kecil.
Pihak syarikat juga boleh memainkan peranan melatih semula pekerja mereka
dengan sokongan kerajaan dalam bentuk insentif dan bantuan yang bersesuaian. Ini akan
membantu pekerja meningkatkan kemahiran mereka seterusnya menyumbangkan kepada
kualiti produk yang dihasilkan. Langkah ini juga dapat membantu pengilang yang tidak
ada permintaan produk atau terpaksa mengurangkan operasi manakala pekerja tidak
diberhentikan tetapi diberi peluang untuk dilatih semula sehingga ekonomi kembali pulih
dan pekerja dapat kekal bekerja. Langkah mengadakan program latihan semula dilihat
praktikal kerana pembuangan pekerja untuk mengurangkan kos operasi bukan jalan
penyelesaian yang terbaik malah kos untuk pengambilan semula tenaga kerja bila
ekonomi kembali pulih adalah mahal.
Kerajaan juga hendaklah memastikan agar pembuangan pekerja oleh syarikatsyarikat adalah pilihan terakhir mereka. Pekerja yang diberhentikan hendaklah diberikan
pampasan yang setimpal dengan perkhidmatan mereka. Nasihat kewangan juga haruslah
diberikan agar pekerja terbabit membelanjakan pampasan yang diterima secara bijak serta
dapat memperkembangkan ekonomi mereka melalui aktiviti ekonomi lain seterusnya
dapat melalui detik sukar sebelum memperolehi pekerjaan baru dengan baik.
Pengembangan sektor ekonomi lain contohnya pelancongan, pendidikan,
perniagaan hendaklah digalakkan bagi memberi lebih peluang pekerjaan kepada rakyat.
Pembukaan pusat membeli belah terkemuka seperti Tesco, Carrefour dan Giant misalnya
sudah tentu membuka peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat. Oleh itu perlu ada
perancangan teliti bagi menarik pelaburan dalam sektor berkenaan.

15

Bagi menggalakkan pekerja terlibat dengan bidang pertanian, Konsep pertanian
kontrak di mana hasil pertanian mendapat jaminan pasaran hendaklah diperluaskan dan
diperkenalkan kepada golongan sasaran. Ini kerana terdapat pekerja berasal dari kawasan
desa yang mempunyai tanah pusaka dan sebagainya serta sesuai dijadikan tapak
memulakan aktiviti pertanian. Seperti yang kita sedia maklum keperluan bahan makanan
dan permintaannya dalam pasaran negara dan dunia adalah tinggi. Oleh itu para
pengusaha tidak perlu risau dengan nilai pasaran hasil pertanian mereka.
Buku berkaitan Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja hendaklah
disebarkan luaskan terutama kepada pekerja dan majikan yang terlibat dengan krisis agar
langkah-langkah bersesuian dapat diambil sebelum tindakan pemberhentian pekerja
diambil. Antara langkah yang dinyatakan dalam panduan berkenaan ialah menghadkan
kerja lebih masa, mengurangkan hari bekerja serta mengurangkan waktu kerja harian
selain mengadakan program latihan semula. Panduan ini hendaklah dipatuhi oleh syarikat
dan pihak JTK mesti mengawasi pelaksanaannya.
Akhir sekali, kerajaan hendaklah mengadakan latihan kerja yang bermutu
berasaskan teknologi di mana pekerja dilatih untuk menjadi tenaga kerja mahir dan
separa mahir agar tenaga kerja yang berlebihan boleh dieksport ke negara luar contohnya
seperti di Arab Saudi, UAE, Singapura dan sebagainya. Sektor pembinaan di negara
terbabit misalnya amat memerlukan tenaga kerja mahir akibat kerancakan pembangunan
yang dijalankan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga hendaklah melatih para mahasiswamahasiswi dengan silibus yang berasaskan keperluan pasaran. berkemahiran tinggi,
berteraskan R & D serta sektor yang masih belum diteroka sepenuhnya.
Kita sedia maklum bahawa pasaran buruh Malaysia secara umumnya tidak lagi
kompetitif bagi sesetengah pelabur. Ini kerana terdapat negara-negara Asean lain yang
dapat menawarkan tenaga kerja yang lebih murah. Oleh itu, tenaga kerja Malaysia
hendaklah memiliki kualiti dalam semua aspek bagi menandingi rakan-rakan mereka
dalam rantau ini atau rantau yang lain. Sikap terlalu memilih pekerjaan dan banyak
membuat tuntutan yang tidak munasabah akan merimaskan industri dan kemungkinan
operasi syarikat akan terganggu dan output juga akan terjejas.

16

6.

Kesimpulan
Kerajaan sentiasa mengambil berat segala permasalahan rakyat. Selaras dengan

slogan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan menuntut segenap
lapisan masyarakat sama-sama berganding bahu membantu kerajaan dalam menjayakan
setiap misi yang telah ditetapkan. Jika krisis ekonomi Asia pada 1997, sering
diperkatakan negara Barat sebagai urus tadbir kewangan yang lemah, korupsi, sikap
politik yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya kini negara ekonomi sebesar
Amerika yang dikatakan memiliki segala kecanggihan juga turut mengalami krisis.
Lalu, di manakah keadilan tuduhan-tuduhan liar yang selama ini memperlekehkan orang
Asia tentang urusan negara mereka ?
Philippe Ries (2006) dalam bukunya ASIAN STORM : The Economic Crisis
Examine menyatakan bahawa badai kewangan Asia meninggalkan sisa kebenaran yang
menyedihkan tentang ledakan ekonomi Asia yang tidak pernah berlaku sebelumnya –
bank lumpuh akibat hutang lapuk dan syarikat membuat pinjaman besar dalam
matawang asing tidak dilindungi, bersama pelaburan berisiko tinggi, amalan perniagaan
diragui, nepotisme dan rasuah yang berleluasa. Jadi apakah agaknya komen Philippe
apabila krisis yang sama melanda Amerika.
Jelaslah bahawa kita bukan orang yang tidak mempunyai ilmu dalam ekonomi.
Pemimpin-pemimpin kita juga melanjutkan pengajian ekonomi di negara Barat.
Kemampuan kita adalah setanding malah kadangkala lebih baik dalam merangka dan
memberi reaksi segera terhadap suasana ekonomi negara. Seperkara lagi para penasihat
ekonomi hendaklah meningkatkan kemampuan mereka dalam menganalis dan memberi
cadangan yang praktikal dan berkesan kepada kerajaan untuk dilaksanakan.
Tindakan kerajaan mengadakan pakej rangsangan ekonomi dalam situasi sukar
sekitar 2008 -2009 amatlah bertepatan demi kesejahteraan negara dan rakyat. Dengan
adanya pakej sebegini negara kurang mengalami kesan langsung yang ketara akibat
krisis ekonomi As seperti masalah pengangguran dan sebagainya.

17

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI

Bank Negara Malaysia (2003). Maklumat Am Bank Negara Malaysia. Kuala Lumpur :
Bank Negara Malaysia
Dewan Rakyat. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009) Teks Pembentangan
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009). Kuala Lumpur : Parlimen
Malaysia.
Malaysia. Bahagian Penerbitan Dasar Negara. (2008) Rancangan Isu Khas Pakej
Rangsangan ekonomi 2009. Kuala Lumpur : Bahagian Penerbitan Dasar Negara.
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia (2008). Langkah-langkah Memperkukuhkan
Daya Tahan Ekonomi Negara. Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan Malaysia
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia (2009). Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua..
Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan Malaysia
Malaysia. Dewan Rakyat (2009). Parlimentry reply – Pakej Rangsangan Ekonomi. Kuala
Lumpur : Parlimen Malaysia.
Malaysia. Dewan Rakyat (2009). Pengangguran - Dewan Rakyat – Sidang 2 Dari 15 Jun
– 30 Jun 2009. Kuala Lumpur : Parlimen Malaysia.
Malaysia. Kementerian Sumber Manusia (2009). Garis Panduan Pengurusan
Pemberhentian Pekerja (kegunaan Majikan dan Pekerja). Putrajaya : JTKSM

18

Nooriah Yusof, Katiman Rostam (2008). Sumber Manusia dan Kelebihan Daya Saing
Lokasi Industri Barangan Elektrik dan Elektronik : Kes Zon Perindustrian Bayan
Lepas, Pulau Pinang. Pulau Pinang : USM
The Commissioner of Law Revision (2006). Act 265 EMPLOYMENT ACT 1955
Incorporating all amendments up to 1 January 2006. Kuala Lumpur : Percetakan
Nasional Berhad.

Philippe Ries (2006). ASIAN STORM : The Economic Crisis Examine. Massachusetts :
Turtle Publishing

58,000 dijangka hilang kerja (26 Februari 2009). Akhbar Kosmo, ms 3.

19