Pencapaian Tamadun Islam di China
Pencapaian Tamadun Islam di China
Islam mempunyai warisan yang kaya di China. Islam mula sampai di China dari negara-negara Arab
pada zaman Dinasti Tang iaitu dalam tahun 651 Masihi. Walaupun umat Islam terbahagi kepada
dua puak yang besar, iaitu puak Sunnah dan Syiah, namun, umat Islam di China kebanyakannya
tergolong dalam puak Syiah. Setelah tersebar sekian lama dan mengalami perkembangan dan
perubahan dalam suatu jangka masa yang panjang, Islam yang bercirikan China telah terbentuk.
Melaluinya wujudlah jambatan yang menghubungkan ekonomi, budaya dan persahabatan antara
China dengan negara-negara Arab. Penyebaran agama Islam yang paling luas dalam sejarah China
telah berlangsung pada zaman Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907), Dinasti Song (tahun 960
hingga 1279) dan Dinasti Yuan (tahun 1271 hingga 1368). Sehingga zaman Dinasti Ming (tahun
1368 hingga 1644), 10 etnik minoriti China telah menganut beragama Islam, iaitu etnik Uygur, etnik
Hui, etnik Kazak, etnik Tajik, etnik Uzbek, etnik Kirgiz, etnik Tatar, etnik Salar, etnik Dongxiang dan
etnik Bonan. Agama Islam memberikan pengaruh yang besar kepada etnik-etnik tersebut,
khususnya dalam bidang sejarah, budaya, etika, moral, gaya hidup dan adat resam. Pertembungan
Islam dan budaya tradisi China telah menambah kandungan khazanah yang amat berharga kepada
budaya dan sejarah China.
Persatuan Islam China ditubuhkan di Beijing pada tahun 1953. Persatuan ini merupakan pertubuhan
kebangsaan yang berfungsi untuk memastikan pelaksanaan dasar bebas beragama kerajaan
dipatuhi, memupuk semangat patriotik di kalangan umat Islam, menyebarkan ajaran dan amalan
agama Islam, melindungi hak dan kepentingan umat Islam yang sah, mengukuhkan perpaduan
bangsa, dan mengekalkan kestabilan sosial, penyatuan negara dan kedamaian dunia. Namun,
dalam tempoh Revolusi Kebudayaan yang dimulakan pada tahun 1966, semua aktiviti keagamaan
terpaksa dihentikan, masjid-masjid di merata tempat juga menghadapi ancaman yang teruk. Setelah
Revolusi Kebudayaan berakhir pada tahun 1976, kerajaan China bukan sahaja menyusun semula
dasar yang berkaitan dengan isu-isu etnik minoriti dan keagamaan, malah menjalankan semula
dasar bebas beragama untuk menggalakkan perkembangan pelbagai agama.
Jumlah umat Islam meningkat dengan pesat di China bermula pada hujung tahun 1960-an. Menurut
banci penduduk yang dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006, jumlah umat Islam di Tanah
Besar China lebih daripada 20 juta orang. Sekarang ini, di mana sahaja ada kawasan kediaman
masyarakat Islam, di situ terdapatlah masjid yang berbeza-beza saiznya. Menurut statistik rasmi, di
China sekarang ini terdapat lebih daripada 17 ribu buah kuil dan biara agama Buddha, lebih
daripada 1500 buah kuil pengikut fahaman Tao, lebih daripada 4600 buah gereja Katholik dan lebih
daripada 12 ribu gereja Kristian, manakala jumlah masjid mencatat lebih daripada 30 ribu buah.
Selain membina masjid yang baru, kerajaan China juga memperuntukkan dana untuk membina
semula atau membesarkan masjid yang sedia ada di pelbagai tempat untuk menampung lebih ramai
penganut yang melaksanakan ibadat bersama-sama.
Dengan ekonomi yang berkembang pesat di China, taraf hidup rakyat semakin meningkat. Begitu
juga dengan taraf hidup umat Islam. Kini ada penganut Islam yang sudah mampu berbelanja untuk
membina masjid. Contohnya, Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat Kumpulan Farmaseutikal
Xiuzheng, Xiu Laigui dan isterinya, iaitu pasangan penganut agama Islam yang telah melabur lebih
4 juta Yuan RMB untuk membina Masjid Tonghua di provinsi Jilin. Masjid yang luasnya lebih
daripada 1400 meter persegi itu siap dibina pada tahun 2006.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah umat Islam China yang mampu menunaikan fardu haji
ke Mekah juga terus meningkat. Jumlah tersebut mencecah 10 ribu orang buat kali pertamanya
pada tahun 2007. Menurut pegawai dari Jabatan Agama Provinsi Gansu, umat Islam di sana yang
menunaikan fardu haji ke Mekah dengan menyertai jemaah haji dari China pada tahun 1985 hanya
berjumlah lebih 10 orang sahaja. Manakala pada tahun ini, jumlah mereka telah mencecah hampir
2500 orang, mencipta rekod baru dalam sejarah provinsi itu. Persatuan Islam China telah
menubuhkan jabatan khas pada bulan Mei lalu untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji demi
memberikan bantuan kepada umat Islam China yang menunaikan fardu haji ke Mekah. Persatuan
itu bukan sahaja menyediakan penterjemah dan doktor untuk mengiringi jemaah haji, malah
menghantar petugasnya ke Mekah lebih dulu untuk mengatur penginapan dan kemudahan
pengangkutan untuk memastikan umat Islam China dapat menunaikan fardu haji dengan lancar di
sana.
Selain itu, budaya Islam juga berkembang dengan baik di China pada masa ini. Muzium Etnik Hui
China—muzium pertama yang mempamerkan budaya Islam di China telah dibuka di Wilayah
Autonomi Hui Ningxia pada bulan September lalu. Sejarah etnik Hui, agama, budaya, adat resam,
tokoh dalam sejarah dan perkembangan etnik Hui serta maklumat tentang sejarah dan budaya
agama Islam di dunia dipamerkan di muzium itu menerusi gambar, tulisan, artifak, arca, audio dan
video.
Tamadun Cina: Kesusasteraan, Kesenian, Sains Dan Teknologi Cina
18.1 PENGENALAN
Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian yang
sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan
perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah dibincangkan dalam bab terdahulu, proses
pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang. Tamadun Cina telah melahirkan
perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran
dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tidak
kurang pentingnya dalam tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi.
18.2 BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK
Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM dan pci-kembangannya
berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah
menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina
klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun negara
China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang
Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (nonphonetic); dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha
mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya meninggalkan
beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina dan penyebarannya.
Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak
menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut
tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun
begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau
dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali
huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa
menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan
membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai.
18.3 KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK
18.3.1 Puisi
Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi 305 buah
nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat
(kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari
kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM).
Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi
contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama
empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun
qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada
asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh
tarian.
Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen
naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan
kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi
sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai
pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.
Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina
awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini
menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan
kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.
Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti Tang (618-907)
menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada
tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan.
Puisi yang telah dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap
Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih
orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi utama yang
wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi (puisi lapan baris)
juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan
pelbagai terna.
Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat terhad. Sebenarnya
yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud dalam banyak bentuk selain bentuk
shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian
dalam bentuk puisi. Yang harus diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur
dan digubah dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali sebagai
lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao,
Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti Song
(960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular dan representatif.
Ringkasnya, bolehlah kita simpulkan di sini secara keseluruhannya, puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri
tersendiri. Antara ciri yang hams diberikan perhatian ialah pertama, puisi Cina berhubungan rapat
dengan muzik; kedua, bersifat kompak (padat) dan singkat, panjangnya kadang-kadang serupa dengan
sepucuk telegram; ketiga, puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard
sastera lain di dunia ini sangat kurang, dan epik tidak wujud; dan keempat, puisi mempunyai fungsi
sosial dan politik selain fungsi sastera.
18.3.2 Prosa
Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam tiga jenis
genre. Bentuk/^, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220) misalnya, menunjukkan sifat puisi
bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic
prose), prosa berima (rhyme prose), rapsodi (rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam
bahasa Inggeris. Genre lain dalam kumpulan ini termasukpianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa
berirama iaitu syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan, dan bagu
wenzhang (eight-legged essay), yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan calon
peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai
syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa jenis bagu begitu dominan dalam bidang
penulisan Cina selama berabad-abad (1487- 1901).
Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa
klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan
(percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stall karya pakar zaman purba, khasnya klasikklasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model. Bahasa klasik adalah jauh berbeza
dan bahasa pertuturan sehan-hanan kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun,
bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa
yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada
pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang
rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi
Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehmgga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis
drama dan fiksyen.
Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial dan
politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti
harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk
'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.
Zhuang Zi (Zhuang Zi juga nama penulis) boleh dikatakan prosa pra- Qin yang indah sekali. Manakala
Shiji (Rekod Sejarah) hasil Sima Qian, sebuah buku sejarah mempunyai penulisan prosa yang terbaik
sekali bagi zaman dinasti Han (206SM-220SM). Kecemerlangan Shiji terletak kepada sifatnya sebagai
model percantuman sejarah dan kesusasteraan. Buku ini diberi nilai sastera yang amat tinggi dan
mempunyai pengaruh besar terhadap bukan sahaja prosa, tetapi juga novel dan drama hari kemudian.
18.3.3 Drama
Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai merosot
di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan pusat
pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan
konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis
bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman
Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis
yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan
perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan
tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati
penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik
kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah
dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan
Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama
sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina
tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie
(kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).
Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju, lebih
panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih
fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama mi
berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana
stall nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.
Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dan berlainan daerah mula berkembang dan semakin
popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas- pentas di Beijing. Dari sini, kegiatan drama ini
akhirnya melahirkan opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran ramai masyarakat Cina sehingga
masa kini.
Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama Cina tradisional.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada tuan atau ketua adalah nilai yang
berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Secara keseluruhannya, drama Cina lebih
berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika berbanding agama. Drama bertujuan mendukung
kelakuan baik dan memberi amaran atau berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep
tragedi seperti yang terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami
atau menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina
yang tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat
ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman.
18.3.4 Fiksyen
Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar
tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk
diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan
percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama
ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip
moral etika dan juga sebagai alat politik. Walau bagaimanapun, pada zaman awal dinasti Song (9601279) perkembangan cerita dalam bahasa harian telah mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap
kematangan dan kegemilangan pada zaman dinasti Yuan (1279-1368), dinasti Ming (1368-1644) dan
dinasti Qing (1644-1911).
Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan naratif yang
panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Contoh terbaik ialah Sanguoyanyi (Roman
Tiga Negara), sebuah roman berdasarkan cerita yang telah lama tersebar di kalangan rakyat mengenai
perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir kurun ke-2. Roman sejarah seperti Sanguo yanyi
mengandungi maklumat-maklumat dan bahan-bahan yang begitu menarik bagi penulis drama Cina.
Beberapa fiksyen mempunyai nilai yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang
melukiskan kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la merupakan sebuah
novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi perwatakan dan pelukisan gambaran
yang mendalam serta bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam orang Cina.
Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia Utopia, dan menyokong
perubahan misalnya, karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). Terdapat fiksyen mengenai keghaiban
seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti/w
PingMei (Emas Vas Plum), walaupun buku ini juga mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang
penuh dengan rasuah dan keruntuhan moral. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari aspek bahawa
kebanyakannya member! wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam orang Cina pada zaman
sesuatu novel itu ditulis.
Bertepatan dengan penerimaan Buddhisme natijah dari interaksi dengan tamadun India maka terdapat
pengaruh unsur-unsur agama ini yang jelas. Fiksyen Cina berkembang di atas dasar tradisi mencerita
{story-telling) zaman lebih awal iaitu penglipur lara telah meniru format dikir agama Buddha untuk
menyampaikan cerita mereka. Selain daripada cara penyampaian, terdapat juga fiksyen yang temanya
telah diilhamkan oleh catatan agama Buddha. Antara contoh terbaik ialah Xiyou ji, yang menceritakan
dengan penuh imaginasi perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.
18.4 KESENIAN CINA
18.4.1 Muzik Klasik
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini.
Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti
penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang
berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat
hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah
kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.
Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut
bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini
termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis
alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang,
memetik dan menggesek.
Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM,
Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam
sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan
boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik
yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam
buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokohtokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang
lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.
Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam legenda.
Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah direkodkan komen bahawa
muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan
kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam
dunia manusia. Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah
muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia
fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam
memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan
terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau, muzik dan
pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat
unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik,
melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan
dan kecintaan dapat mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu
tidak mungkin dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian
demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.
Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan muzik yang
berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya muzik dari Iran juga banyak
mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam ke China pada
abad ke-8. Selain itu, muzik Cina juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh
negara China.
Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali muzik Korea
dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar ke Korea sejak zaman
pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta dikekalkan sebagai muzik sembahyang
sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan
peralatan muzik berasal dari negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak
diambil daripada sejarah dan legenda Cina.
18.4.2 Kaligrafi
Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di
negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti
seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi,
untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti
estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam
sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam
bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk
batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan
dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir
dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah
Wang Xizhi (321-379).
Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang sutera.
Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air
sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing,
rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah
menyerap dakwat.
Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis
stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan
untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall
biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu
sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi
empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus
dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan
seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang
bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya
berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah
teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat
difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk
kegunaan biasa.
Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar
kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik
berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk
memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi
juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya
dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.
Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagai
mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga
mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis hurufyang terdapat dalam
bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan.
Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah kaligrafi
yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh disamakan
dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls,
momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu
kesempurnaan seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan
tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.
18.4.3 Seni Lukis
Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.
Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi
antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya sebuah puisi yang berkaitan
dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap 'kesatuan di antara
puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan
juga seni ukir cap (seal engraving).
Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan
teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina.
Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan
cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang,
serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling
penting (essence) objek-objek mi mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis
landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam
bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea
mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan
landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam semula
jadi serta bersatu dengannya.
Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina.
Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.
Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak
berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan dengan
penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya
dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya
dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza
panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album.
Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi. Sesuatu
lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan tenaga (vitality) dan
perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan. Bagi seseorang
peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian
komposisi yang juga diperlukan.
Lukisan Cina di peringkat awal dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak diketahui namanya untuk
kegunaan istana dan keluarga feudal.
Bagaimanapun, selepas dinasti Han (206SM-220SM) konsep seni halus (fine art) mulai wujud sebagai
hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan satu tradisi
wujud iaitu pelukis pujangga amatur ini kian terpisah dengan tukang lukis istana dan tukang lukis
profesional yang menjual lukisan mereka untuk tujuan mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis
istana dan profesional lebih cenderung kepada sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan pencapaian
ketepatan dari segi visual (visual accuracy). Dalam lukisan mereka maksud sebenar disampaikan secara
tersembunyi kerana bukan semua maksud hams dikatakan. Bagi seorang pelukis pujangga, sedikit
bayangan adalah mencukupi. Percubaan untuk menyampaikan lebih daripada apa yang diperlukan akan
menyebabkan sesuatu lukisan itu dikritik sebagai kasar, dan dianggap tidak ada konsep seni.
Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak dianggap menyeluruh.
Subjek seperti peperangan, kekerasan, kematian, kawasan bandar, sudut gelap dalam kehidupan dan
kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina. Bagi orang Cina, seni lukisan bukan dihasilkan dengan
maksud untuk menggambarkan kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. Batu
dan sungai dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat dalam
alam semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk juga tidak ada tempat kerana orang Cina
tidak menerima lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi
keimanan dan akhlak.
Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan dan binatangbinatang juga digeman. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan figura. Dalam konteks ini,
perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara China. Jadi satu tema biasa bagi lukisan
figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau
berkenaan perpisahan dan pertemuan semula para pegawal kerajaan.
Boleh dikatakan kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan semangat seorang
sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu tetapi tidak boleh dipatah; burung
jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik mandarin yang selalu berpasangan menunjuk kepada
kesetiaan suami-isten. Simbol paling popular yang diambil dan dunia tumbuh-tumbuhan ialah orkid,
simbol Konfusian bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk yang
berbunga juga dalam cuaca saiji melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang tidak akan
tunduk dilihat dari segi politik, dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewakili sifat bertahan
dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk. Sifat simbolik
ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik yang membayangkan personaliti,
perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Oleh itu, kebanyakan pelukis Cina memberi fokus kepada
menyatakan kesedaran dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba menggambarkan objek sebenar
atau menyampaikan rasa realiti (sense of reality) atau objek bertiga dimensi.
Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan manusia harus memahami corak alam semula jadi
dan hidup bertepatan serta secara harmoni dengannya. Dalam lukisan, terutamanya lukisan landskap,
penekanan diberi kepada menggambarkan kefahaman manusia terhadap alam semula jadi. Pelukis juga
suka melukis objek kecil dalam alam sekitar seperti buluh, burung, tumbuhan, bunga, ikan dan
sebagainya. Kita dapat menyimpulkan aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua lukisan
Cina berkecenderungan Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga mempunyai fungsi sosial
dan moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan peranan sosial seseorang. Tukang lukis istana
juga melukiskan berkenaan peristiwa-peristiwa yang dianggap bertuah dan tidak dapat dilupakan. Ini
merupakan aspek Konfusian lukisan Cma.
Mengenai pengaruh dari tamadun lain, seni khat dengan tulisan Arab bercorak Islam telah bersatu
dengan seni kaligrafi Cina untuk menghasilkan sent khat bersifat Cina beragama Islam. Seni lukis Cina
juga dipengaruhi oleh agama Buddha sejak zaman dinasti Han. Latar belakang dan dewa-dewi yang
berwarna-warm diambil daripada centa dan ajaran agama Buddha masih dapat dilihat di dinding dalam
Groto Dunhuang tinggalan dinasti Tang. Kaligrafi dan lukisan Cina memberi kesan terhadap seni Asia
Timur, iaitu Korea dan Jepun yang masih mengekalkan tulisan Cina kuno sebagai tulisan klasik mereka.
Seni kaligrafi telah disebarkan ke Korea dan Jepun pada zaman dinasti Tang. Sehingga masa kini, pakarpakar kaligrafi masih dihormati oleh masyarakat Korea dan Jepun serta karya kaligrafi dianggap sebagai
bahan seni yang amat bernilai. Lukisan Korea dan Jepun mempunyai kesan corak seni lukis dinasti
Tang. Kesan corak Lingnan shanshui iaitu lukisan landskap sekolah Lingnan dari dinasti Song banyak
terdapat dalam lukisan landskap Jepun.
18.4.4 Seni Pembinaan
Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini
sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak
dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari
pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan
alam semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak
harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha
untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam
kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya
ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang
mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan
masa depan sesebuah keluarga.
Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota
mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan
desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama.
Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga
puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu
merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan
meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu
waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa
tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok
yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China).
Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana
dan rumah-rumah kediaman.
Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka
yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di
atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang
mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.
Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke
atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan
bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya,
bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain
termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama
Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui.
Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang
berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah
keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan
ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman
diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan
untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer
Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan
susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina
bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling
mengagumkan.
18.4.5 Seni Cina yang Lain
Hasil area di negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan keperluan
istiadat, agama atau pengkebumian. Hasil area yang teragung merupakan patung dewa-dewi agama
Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.
Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, sent logam, seni lakuer, perabot dan
tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan porselin diperkembangkan pada
kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni
tembikar Eropah adalah sangat besar.
Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam bidang bahasa dan
kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun Cina. Pertama, pencapaian kesusasteraan dan kesenian
Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Kedua, kegunaan bahasa Cina telah menyebabkan
perkembangan kesusasteraan Cina berterusan tanpa gangguan. Bagaimanapun, unsur luar seperti
kedatangan Buddhisme menggalakkan interaksi tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing
kepada sastera Cina. Ketiga, kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain rungsi
sastera. Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol, harus mempunyai
tujuan mempertingkat dan menyempurnakan seseorang individu dan segi moral dan etika. Keempat,
sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan ciri zhonghe, iaitu harmoni antara emosi dengan
rasional, selaras dengan semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga
menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius tidak memberi
pengaruh yang kuat terhadap aspek seni Cina. Sebaliknya, seni Cina banyak memperlihatkan ciri-ciri
Daoisme dan Buddhisme. Selain itu, unsur-unsur budaya pendatang dari kawasan sekitar negara China
juga diserap dalam bidang seni.
18.5 SAINS DAN TEKNOLOGI CINA
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi
khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau
keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan
menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang,
dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan
sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah
membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan
teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.
Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman
moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan
Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan
teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu
mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara
China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau
perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar.
Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang
kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang
kepentingan sains dan teknologi moden.
18.5.1 Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu
menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar
ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang
sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga
adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
18.5.2 Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus)
disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak
digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung
dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di
dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga
mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang
matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
18.5.3 Bidang Perubatan
Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing.
Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen
Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga
teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua
kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam
badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh
dikawal dan mi merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen
menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti
hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta.
Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang
yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina
tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan
seseorang pesakit.
Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi
rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini,
organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana
darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat
mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir
lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing
dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril,
yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya
adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran
darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau
lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun
moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.
Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba),
binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000 jenis.
Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan
yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi (menentukan
penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna oleh sistem perubatan
Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor). Herba mahuang telah
digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna
dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang
berkaitan.
Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam memperkembangkan
sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan
oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan
kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia
Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52
jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.
18.5.4 Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej
yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga pelbagai imej yang
dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.
18.5.5 Bidang Alkimia
Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selamalamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini
mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan
adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden,
penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang
dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan,
termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
18.5.6 Teknologi Cina
Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian,
astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kuran